2
DAUN PANDAN –sinonimnya dalam masyarakat melayu (idris bald) Anda semua pasti kenal Daun Pandan atau dalam bahasa inggeris dipanggil screw pine leaves atau saintifiknya disebut (Pandanus amarylifolius). Kalau di kampong-kampong ia ditanam di tepi longkang belakang rumah kerana sifatnya yang sesuai ditanam di kawasan lembab manakala sebahagian penghuni bandar menanamnya di dalam pasu. Ia mudah ditanam dan cepat merebak atau menyemak. Penggunaan daun pandan agak meluas dalam masyarakat melayu dan ianya tidak terhad sebagai bahan dalam pemakanan malah berguna dalam perubatan masyarakat melayu. Diantara kegunaan daun pandan adalah air perahan daunnya kerap dijadikan sebagai bahan perasa, perwarna dan pewangi dalam pelbagai kuih muih tradisional melayu seperti kuih talam, kuih ketayap (kuih gulung), seri muka, buah melaka,,bingka (bengkang,kata orang utara). Juga dimasak bersama nasi lemak atau nasi putih bagi membangkitkan lagi keharuman nasi berkenaan. Helaian daunnya juga dimasuk bersama masakan air gula untuk dibuat gula cendol, sirap, mewangikan masakan penyat (juga disebut serawa bagi orang utara), bubur kacang dan pelbagai jenis bubur. Selain dari itu, daun pandan juga adalah pewangi asli bunga rampai di majlis kenduri kendara masyarakat melayu. Juga digunakan untuk pembuatan bedak sejuk atau sebagai pencegah lipas, pewangi dalam tandas dan juga pewangi dalam kereta. Dalam perubatan tradisional pula, lemah saraf atau gelisah dikatakan mampu diatasi dengan mengambil 3 helai daun muda dan direbus bersama 3 gelas air ditapis dan diminum 2/3 kali sehari. Bagi menghitam dan mengatasi rambut gugur atau menghidar kelemumur, daun pandan juga boleh digunakan dengan merebus daun pandan hingga air rebusan menjadi hijau dicampur dengan air mengkudu dan diramas pada rambut selama 10 hingga 15 minit. Segenggam daun pandan yang ditumbuk halus kemudian airnya diambil dan dicampur sedikit garam untuk diminum 3 hari berturut-turut dikatakan boleh mengubat panau.

Khasiat Dan Kegunaan Daun Pandan

  • Upload
    pei-jia

  • View
    62

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kegunaan daun pandan

Citation preview

  • DAUN PANDAN sinonimnya dalam masyarakat melayu (idris bald) Anda semua pasti kenal Daun Pandan atau dalam bahasa inggeris dipanggil screw pine leaves atau saintifiknya disebut (Pandanus amarylifolius). Kalau di kampong-kampong ia ditanam di tepi longkang belakang rumah kerana sifatnya yang sesuai ditanam di kawasan lembab manakala sebahagian penghuni bandar menanamnya di dalam pasu. Ia mudah ditanam dan cepat merebak atau menyemak.

    Penggunaan daun pandan agak meluas dalam masyarakat melayu dan ianya tidak terhad sebagai bahan dalam pemakanan malah berguna dalam perubatan masyarakat melayu.

    Diantara kegunaan daun pandan adalah air perahan daunnya kerap dijadikan sebagai bahan perasa, perwarna dan pewangi dalam pelbagai kuih muih tradisional melayu seperti kuih talam, kuih ketayap (kuih gulung), seri muka, buah melaka,,bingka (bengkang,kata orang utara). Juga dimasak bersama nasi lemak atau nasi putih bagi

    membangkitkan lagi keharuman nasi berkenaan.

    Helaian daunnya juga dimasuk bersama masakan air gula untuk dibuat gula cendol, sirap, mewangikan masakan penyat (juga disebut serawa bagi orang utara), bubur kacang dan pelbagai jenis bubur.

    Selain dari itu, daun pandan juga adalah pewangi asli bunga rampai di majlis kenduri kendara masyarakat

    melayu. Juga digunakan untuk pembuatan bedak sejuk atau sebagai pencegah lipas, pewangi dalam tandas dan juga pewangi dalam kereta.

    Dalam perubatan tradisional pula, lemah saraf atau gelisah dikatakan mampu diatasi dengan mengambil 3 helai daun muda dan direbus bersama 3 gelas air ditapis dan diminum 2/3 kali sehari.

    Bagi menghitam dan mengatasi rambut gugur atau menghidar kelemumur, daun pandan juga boleh digunakan dengan merebus daun pandan hingga air rebusan menjadi hijau dicampur dengan air mengkudu dan diramas pada rambut selama 10 hingga 15 minit.

    Segenggam daun pandan yang ditumbuk halus kemudian airnya diambil dan dicampur sedikit garam untuk diminum 3 hari berturut-turut dikatakan boleh mengubat panau.