27
Khasiat Pisang Khasiat Pisang Khasiat Pisang Khasiat Buah Pisang Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih

Khasiat pisang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Khasiat pisang

Khasiat PisangKhasiat Pisang

Khasiat Pisang

Khasiat Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Page 2: Khasiat pisang

PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Page 3: Khasiat pisang

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Page 4: Khasiat pisang

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati…

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Page 5: Khasiat pisang

Fazz Enterprise – kerepek house @ BantingSeperti yang dijanjikan. Banting, aku tak pasti kenapa, ape asal usul sejarah dia, tapi agak sinonim dengan kerepek. Bila orang datang Banting mesti nak cari kerepek. Ntah la, maybe sape2 dari Banting boleh tolong explainkan kat aku. Aku nak tunjuk kat korang, antara kedai famous pengeluar kerepek kat Banting ni. Ada banyak, so sape2 ada tempat kerepek yg lagi menarik boleh suggestkan untuk aku okay.

Page 6: Khasiat pisang

Nak pergi ke sana, quite senang sebab tak perlu nak masuk dalam2 kampung or kelapa sawit. Dari hospital banting tu, dekat je, dalam 500m je kot. If hospital banting tu belah kanan korang, gi straight sampai simpang 4 ada traffic light; amik kiri, nanti pergi depan, dok lane kanan, usha signboard belah kanan. Pastu belok masuk, jalan sikit je da sampai.

Kalu sape ada GPS, kat GPS ada Fazz ni

Satu aku nak bg taw. Dekat area2 ni, ada jugak kedai kerepek nama Feez. Sila take note ok, sebab Fazz dengan Feez tak sama. Aku mula2 pergi ke Feez pastu kuar balik lol. Sebab cam hambar je.

Page 8: Khasiat pisang

Fazz enterprise,Jalan Cempedak, Kampung Sungai Lang Baru,42700 Banting, Selangor.

Tel : 03 – 3187 7281Fax : 03– 3181 7281E-mail : [email protected]

(Perhatian: Review ini ditulis berdasarkan pandangan personal kami, mengenai rasa makanan, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri dan ia agak subjektif. Sebarang maklumat yang ditulis adalah berdasarkan pada tarikh review ini ditulis dan mungkin terdapat perubahan dimasa lain. Kami tidak mendapat apa-apa kredit untuk review ini)

Page 9: Khasiat pisang

Resepi : Kerepek pisang

[email protected]

saje nak share resepi ni sebab baru petang tadi buat, siap pack nak jual kat sekolah..hehehe...

Bahan-bahan ( )

pisang nipah yg dah agak-agak tua(ikut suka la kuantitinya)

minyak secukupnya untuk menggoreng

sedikit serbuk kunyit

garam dan gula sebagai perasa ( larutkan kedua dalam air suam)

Cara-cara

1. panaskan minyak

2. masukkan sedikit serbuk kunyit dalam minyak( untuk naikkan seri kerepek nanti)

3.

bila minyak dah agak panas. sagat pisang yang telah dikupas kulitnya terus dalam minyak supaya tak melekat antara satu sama lain..

4. masukkan 1 atau 2 sudu air garam + gula tadi

5.

Page 10: Khasiat pisang

goreng la sampai masak, then angkat dan toskan...boleh la rasa masin manisnyer..kalau tawar tambah lg sukatan gula n garamnya..

BUKU

Kompilasi Hidangan Snek

Kompilasi Majalah Karangkraf

Harga: RM 7.00

ISBN: 978-983-124-755-6

Halaman: ~64

Bahasa: Bahasa Melayu

Berat: 150 gram

Tarikh Terbit: 15 Jan 2012

Kategori: Resipi

Sinopsis

Rasanya yang pedas, manis, masin dan rangup dikunyah menjadikan snek seperti kerepek dan keropok begitu digemari ramai hingga kini. Sama ada tradisional mahupun moden, setiap satunya memiliki keistimewaan sendiri. Kerepek bawang, kerepek ubi pedas, kacang goreng dan muruku merupakan snek tradisional yang masih kekal malahan dikormesialkan. Jika dahulu snek seperti ini banyak dihidangkan pada hari raya tetapi kini kita boleh menikmatinya bila-bila masa sahaja. Bagi yang meminati snek ringan

Page 11: Khasiat pisang

seperti ini, buku Kompilasi Hidangan Snek membantu anda menyediakan 60 resipi menarik. Dijamin sedap!

Tajuk : Usahawan Cilik - Kerepek Af

Pengarang : A. Razak Adam

Penerbit : PTS Professional

ISBN : 978-967-5226-02-1

Selepas pohon-pohon getah tua di tanah FELDA dimusnahkan, penduduk-penduduk FELDA mengambil keputusan mahu menanam pokok kelapa sawit pula. Pokok kelapa sawit mengambil masa selama tiga tahun untuk matang. Oleh sebab itu, penduduk FELDA terpaksa menanam tanaman kontan seperti ubi keledek dan sebagainya.

Pada suatu hari, Ravi Kumar iaitu sahabat Sahar memuji kelazatan kerepek keledek yang digoreng oleh ibu Sahar. Oleh itu Ravi Kumar mencadangkan kepada Sahar untuk menerima tawaran daripada Cikgu Idris iaitu guru koperasi sekolah untuk menjual kerepek hasil buatan ibunya yang lazat itu.

Lama kelamaan perniagaan kerepek keledek Sahar semakin berkembang apabila Sahar semakin giat menyertai kursus-kursus keusahawanan. Tanpa memandang ke belakang, Sahar bercadang membesarkan perniagaan kerepeknya dengan membuat kilang yang diusahakan oleh abangnya, Abang Halim. Akhirnya, kejayaan perniagaan kerepek itu telah mengubah nasib keluarga Pak Hassan. Saharlah

Page 12: Khasiat pisang

yang paling banyak berusaha bagi kejayaan itu dan sekaligus menukar persepsi rakan-rakan sekelasnya yang memandang anak FELDA sebagai golongan miskin.

KERATAN AKHBAR - KOSMO - Ahad, Mac 22, 2009

Usahawan Kerepek Raih Pendapatan RM 4.3Juta

Usahawan kerepekOleh JAGATHESWARY [email protected]

Usahawan kampung, Mahmudin Abas(gambar kecil) mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi

Page 13: Khasiat pisang

kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?

BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup.

Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor.

Bergelar usahawan kampung, beliau kini meraih pendapatan lumayan hanya dengan menghasilkan dan memasarkan kerepek ubi kayu. Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun daripada hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakannya sejak tahun 1983.

Perusahaan Fazz Enterprise Kerepek House, milik Mahmudin tidak bermula dengan modal yang besar atau memaksanya membuat pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Mahmudin kini boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dan dipasarkan di Singapura; Dubai; Melbourne, Australia; Brunei dan Hong Kong.

Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Ia hasil kerja keras dan didorong rasa tanggungjawab untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat isteri dan tiga orang anaknya yang sedang membesar ketika itu.

Semuanya bermula selepas anak kelahiran Kampung Kanchong Darat ini memutuskan untuk berhenti kerja selepas 12 tahun berkhidmat di sebuah kilang di Petaling Jaya bagi membuka perniagaan sendiri. Menurutnya, ketika

Page 14: Khasiat pisang

itu pendapatan sebagai pekerja kilang tidak mencukupi untuk menyara isteri dan tiga orang anak.

Bekas juru teknik itu memberitahu, beliau tidak pula menyerahkan nasibnya kepada takdir semata-mata selepas berhenti kerja.

"Isteri saya, Tuminah Kamsah banyak memberi galakan kepada saya untuk membuka perniagaan kerepek pisang tandan dan ubi kayu secara kecil-kecilan. Dapur memasak pula terdiri daripada tungku dan kayu api.

"Bermula dengan sebuah tungku, saya kemudiannya mempunyai 10 tungku. Tetapi kini, saya lebih selesa menggunakan dapur gas,'' katanya kepada Kosmo!. Ketekunan dan kegigihan mengusahakan perniagaan kerepek ubi kayu ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai di sekitar kampungnya dan kampung berhampiran.

"Daripada sebuah kuali, saya tambah dua lagi kuali besar untuk menggoreng bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya.

Usaha-usaha pemasaran dilakukannya sendiri. Tanpa perasaan segan dan malu, beliau menemui pengusaha kedai di lebuh raya, stesen minyak serta pasar raya mini untuk memasarkan kerepek ubinya.

Bagi menjamin bekalan ubi kayu yang mencukupi, Mahmudin menanam pokok ubi sendiri di tanah terbiar sekitar kediamannya. Di samping itu, beliau juga membelinya daripada pembekal-pembekal lain yang mengeluarkan ubi kayu yang bermutu tinggi.

Menurutnya, pokok ubi yang ditanam di sekitar rumahnya adalah daripada jenis yang menghasilkan ubi berwarna kuning yang sememangnya sesuai dijadikan kerepek.

"Untuk mendapatkan hasil ubi yang baik, pokok-pokok ini perlu dijaga dan dibaja. Baja yang saya gunakan ini diimport dari luar negara.

"Pokok ubi kayu mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai. Justeru itu, saya menanam secara berperingkat supaya bekalan ubi diperoleh sepanjang tahun," jelasnya sambil menyatakan, beliau mendapat keyakinan dan kepercayaan pembekal lain yang sentiasa menyalurkan bekalan tanpa sebarang masalah.

Tambahnya, faktor cuaca menjadi antara cabaran hebat yang perlu

Page 15: Khasiat pisang

ditempuhi untuk menjamin bekalan mencukupi daripada pembekal.

"Persaingan semakin hebat kerana semakin ramai menceburi perniagaan makanan ringan ini. Ini ditambah pula dengan harga barangan seperti diesel, minyak masak dan plastik pembungkus yang telah meningkat," ujarnya.

Dalam pada itu, Mahmudin memberitahu, aspek pemasaran juga penting dalam perniagaan.

"Katakan, saya berjaya menghasilkan makanan yang sedap tetapi kalau saya tidak tahu memasarkannya, produk saya hanya dapat dijual di keliling kampung atau kedai runcit yang kecil sahaja."Tetapi kalau saya bijak memasarkannya, saya boleh boleh pergi jauh sampai ke luar negara dan alhamdulillah, kerepek keluaran syarikat saya kini boleh dinikmati masyarakat antarabangsa.

"Ini kerana hotel-hotel terkemuka di ibu kota turut menjadikan kerepek sebagai makanan ringan dalam senarai menu hariannya," ujarnya.Mahmudin yang tidak mempunyai pendidikan formal mengenai perniagaan, berkata, kejayaan beliau sudah tentunya boleh menjadi contoh generasi muda hari ini.

Ternyata Mahmudin mempunyai falsafah perniagaannya sendiri yang boleh dijadikan panduan.

"Kalau hendak berniaga, kenalah ramah dengan orang. Pelanggan adalah tuan, tidak mengapa kalau kita merendah diri. Kerja juga mesti bersungguh-sungguh, jangan fikir hendak rehat banyak.

"Masa itu penting. Pada awal perniagaan dulu, saya dan isteri bekerja sampai pukul 12 malam, setiap hari. Semua pekerja sudah balik ke rumah tetapi kami berdua masih bekerja," katanya yang mendirikan sebuah kilang yang dilengkapi mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek.

Sehingga kini, perusahaan Fazz Enterprise menghasilkan kira-kira 77 jenis makanan ringan. Untuk kerepek ubi kayu, di samping perasa masin, terdapat juga beberapa perasa lain.

Antaranya ialah perasa pedas kering, pedas basah, manis, tawar lemak,

Page 16: Khasiat pisang

barbeku (BBQ), selain turut menghasilkan kerepek jejari ubi.

Makanan ringan lain termasuklah kerepek pisang, rempeyek, kerepek kentang, keropok kacang dal, keropok keju, kacang rani, bahulu Kemboja, bangkit kelapa dan lain-lain lagi.

Makanan ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7F yang diambil sempena nama anak-anaknya. Makanan ringan keluarannya juga dijual di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan pantai timur melalui ejen-ejen perniagaan.

Setelah bertahun-tahun mengusahakan perniagaan kerepek dan menikmati kejayaan, apa perancangan Mahmudin seterusnya?

"Sekarang, saya hanya bertindak sebagai penasihat. Isteri saya membantu menjaga kualiti produk dan saya berharap, anak-anak akan meneruskan usaha saya ini.

"Manakala kilang baru yang menelan perbelanjaan kira-kira RM780,000 diharap dapat disiapkan secepat mungkin. Ini penting kerana kilang yang ada sekarang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan," ujarnya.

MAJALAH RASA

Kerepek Pisang Tanduk (Home Made) untuk di Jual dgn Harga Borong

Multifood74 - Tue 31/Jan/12,

Page 17: Khasiat pisang

Salam sejahtera warga majalah semua.. kami ada membuat kerepek pisang tanduk (di potong serong) dan ingin mencari pasaran baru diruangan ini. kami mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menjual secara kecil2n atau secara borong n kami sedia memenuhi permintan n tempahan anda. harga boleh dirunding berdasarkan kuantiti order. packing serendah 100gm / 1kg/5kg mengikut kesesuaian n keselesaan anda. juga bersedia memberikan label produk d packing anda secara percuma. tiada kos tersembunyi.. kami juga ada menjual pelbagai jenis kerepek ubi/keropok/kerepek tempe n kuah rojak petis, berminat? sila hubungi kami di [email protected] atau tel 012-6069726.

ELEMEN 1

-MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

Page 18: Khasiat pisang

BUKU

Page 19: Khasiat pisang

MAJALAH

Page 20: Khasiat pisang

INTERNET

Page 21: Khasiat pisang

SURAT KHABAR

Page 22: Khasiat pisang

ELEMEN 2

Page 23: Khasiat pisang

-MEREKOD FAKTA SEJARAH