65
MENDIRIKAN KHEMAH ABD AZIZ BIN ISHAK BSM IPG KAMPUS PULAU PINANG

KHEMAH & IKATAN 0502

  • Upload
    kizxzai

  • View
    267

  • Download
    17

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBSM

Citation preview

Page 1: KHEMAH & IKATAN 0502

MENDIRIKAN KHEMAH

ABD AZIZ BIN ISHAKBSM

IPG KAMPUS PULAU PINANG

Page 2: KHEMAH & IKATAN 0502

PENGENALAN

Proses mendirikan khemah adalah satu aktiviti yang mudah. Namun sikap sambil lewa boleh membawa padah. Oleh itu ketua perlu memastikan tapak khemah perlu sesuai, selamat dan selesa. Berikut ialah beberapa panduan mendirikan khemah yang boleh diaplikasikan

Page 3: KHEMAH & IKATAN 0502

PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN

SUMBER ASASBENTUK MUKA BUMIPERHUBUNGANSINAR MATAHARIDENAI BINATANGARAH KIBLATARAH LALUAN ANGIN

Page 4: KHEMAH & IKATAN 0502

SUMBER ASAS

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air.Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya.Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. Jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebelah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

Page 5: KHEMAH & IKATAN 0502

BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering.Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat.Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan tidur.Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.Anda juga tidak digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua.Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda.

Page 6: KHEMAH & IKATAN 0502

BENTUK MUKA BUMI

Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan.Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin.Anda juga DILARANG untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

Page 7: KHEMAH & IKATAN 0502

PERHUBUNGAN

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu.Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anada mudah dikesan dari udara.

Page 8: KHEMAH & IKATAN 0502

SINAR MATAHARI

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

Page 9: KHEMAH & IKATAN 0502

DENAI BINATANG

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang.Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Page 10: KHEMAH & IKATAN 0502

ARAH KIBLAT

Setibanya di suatu lokasi yang sesuai, yang perlu di perhatikan adalah di mana arah kiblat daripada kawasan tersebut, dan dijadikan kawasan tersebut di hadapan, atau wujudkan satu lokasi untuk menunaikan Solat.Sekiranya ada orang yang ingin mendirikan Solat di tempat itu, dia tidak menghadap apa-apa aktiviti manusia.

Page 11: KHEMAH & IKATAN 0502

ARAH LALUAN ANGIN

Walaupun keadaan angin tidak menentu, tetapi ini boleh di perhatikan melalui bentuk muka bumi dan kawasan laluan angin “majoriti”.Setelah perkara-perkara ini diketahui, barulah kita cuba memenuhi kriteria asas yang lainnya.

Page 12: KHEMAH & IKATAN 0502

MENDIRIKAN/MEMASANG KHEMAH

Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan.Biasanya, Khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran palastik (nilon) dan sebagainya.Pada masa kini, khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia adalah ringan dan senang dibawa ketempat perkhemahan.

Page 13: KHEMAH & IKATAN 0502

Anda seharusnya mengetahui nama bahagian yang terdapat pada khemah.Kebiasaannya, sebuah khemah mempunyai bahagian seperti dinding, bumbung, pancang, tali pancang, penahan angina, tiang daripada kayu atau besipintu.Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin.Terdapat juga khemah yang tidak mempunyai tiang besi yang siap.Selain itu, terdapat juga khemah pasang siap seperti khemah ridge.

Page 14: KHEMAH & IKATAN 0502

BAHAGIAN-BAHAGIAN KHEMAH

Page 15: KHEMAH & IKATAN 0502

JENIS-JENIS KHEMAH

Khemah satu tiang adalah ringan dan senang didirikan.Khemah jenis ini sesuai untuk perkhemahan ringkas.Ia boleh ditegakkan dengan menggunakan satu tiang seperti pada rajah.Khemah satu tiang juga dapat digunakan oleh seorang atau dua orang peserta sahaja.

Page 16: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH SATU TIANG

Page 17: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH bentuk ‘A’

Khemah bentuk ‘A’ dapat digunakan oleh tiga hingga enam orang peserta.Khemah jenis ini sesuai digunakan untuk menghadiri perkhemahan ringkas dan kumpulan.Khemah ini juga senang dibawa dan didirikan serta ringan. Ia boleh ditegak dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang bumbung.Anda juga boleh menggunakan tali yang ditegangkan bagi membentuk bumbung khemah seperti penerangan dalam tajuk mendirikan khemah.

Page 18: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH BENTUK DINDING

Khemah bentuk dinding sesuai digunakan untuk perkhemahan kumpulan.Khemah ini senang dibawa, disimpan dan didirikan.Bentuk khemah ini lebih kurang sama dengan khemah bentuk ‘A’.Khemah bentuk dinding mempunyai penahan angin atau hujung bahagian tepi.Penahan angin ini tingginya lebih kurang 15 – 25 sentimenter.Khemah bentuk ini mempunyai ukuran 7.75 meter panjang dan 3.9 – 4.2 meter lebar (termasuk penahan angin)

Page 19: KHEMAH & IKATAN 0502

Khemah bentuk ini sesuai bagi suatu kumpulan patrol.Harganya tidak mahal berbanding dengan khemah bentuk lain.Khemah ini lebih selesa digunakan dan mempunyai ruang yang luas untuk berehat.Khemah ini juga sesuai digunakan oleh satu patrol yang mempunyai ahli lebih kurang enam hingga lapan orang.Cara mendirikan khemah jenis ini sama dengan cara mendirikan khemah bentuk ‘A’.

Page 20: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH BENTUK DINDING 1

Page 21: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH BENTUK DINDING 2

Page 22: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH RIDGE

Sekarang kebanyakkan kumpulan menggunakan khemah ridge untuk berkhemah.Khemah ini sangat sesuai digunakan bagi berkhemah dikawasan pergunungan, ditepi sungai, jambori dan sebagainya.Khemah ini sesuai untuk tiga hingga sepuluh orang peserta.Khemah ini boleh dikelaskan kepada 3 jenis, iaitu

Khemah ridge jenis helaian terbang (tentbarque double),Khemah ridge dua tiang danKhemah ridge besar.

Page 23: KHEMAH & IKATAN 0502

Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.Biasanya khemah jenis ini diperbuat daripada nilon atau terilin.Tiang khemah ini diperbuat daripada aluminium atau aloi (pancalogam).Khemah ini dapat memuatkan antara empat hingga tujuh orang peserta.

Page 24: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH BENTUK HELAIAN TERBANG

Page 25: KHEMAH & IKATAN 0502

Bentuk khemah ridge dua tiang lebih kurang sama dengan bentuk khemah dinding.Khemah ridge ini mempunyai dua lapis bahagian bumbungnya.Khemah ini lebih mahal harganya, namun kebanyakkan kumpulan menggunakan khemah jenis ini.Khemah ini dapat memuatkan tiga hingga enam orang peserta.Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.

Page 26: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH BENTUK RIDGE DUA TIANG

Page 27: KHEMAH & IKATAN 0502

Khemah ridge besar biasanya diperbuat daripada kanvas.Khemah jenis ini terdapat dalam berbagai-bagai saiz dan berat.Misalnya, 35 kg, 40 kg dan tank 110kg.Khemah jenis ini dapat menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.Biasanya, khemah ini digunakan diperkhemahan tertentu dan terlampau berat untuk dibawa.Tank 110 kg hanya digunakan oleh pasukan tentera Negara kita.Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

Page 28: KHEMAH & IKATAN 0502

KHEMAH BENTUK RIDGE BESAR

Page 29: KHEMAH & IKATAN 0502

KAYU PANCANG DAN CARA MEMANCANG

Sesetengah khemah seperti khemah bentuk dinding dan khemah bentuk ‘A’ tidak mempunyai pancang yang telah siap.Pancang khemah ini perlu dibuat dikawasan perkhemahan.Biasanya khemah bentuk ridge mempunyai pancang yang telah siap.Apabila berkhemah dikawasan berpasir, tanah lembut dan semasa angin bertiup kencang, pancang yang telah siap tidak sesuai digunakan. Ini kerana pancangnya pendek.

Page 30: KHEMAH & IKATAN 0502

Pancang yang dibuat daripada batang kayu sebesar ibu jari kaki dan panjangnya 0.3 – 0.4 meter boleh dibuat dikawasan perkhemahan.Hujung pancang ditajamkan seperti pada rajah 4.8(a). Pancang juga boleh dibuat daripada kayu yang leper (papan) seperti pada rajah 4.8(b).Apabila memancang tali khemah, pancang yang digunakan seharusnya diketuk dengan pengetuk supaya kedudukannya bersudut tepat dengan tali khemah dan bersudut 45 dengan tanah seperti pada rajah 4.8(c ).Setelah memastikan kedudukan pancang betul dan teguh, anda boleh mengikat tali khemah pada pancang tersebut.

Page 31: KHEMAH & IKATAN 0502

Terdapat dua cara mengikat tali khemah pada pancangnya apabila tali khemah yang telah siap dengan pengubahsuaiannya seperti pada rajah 4.8 (d), anda boleh menegang dan mengendurkan tali khemah dengan cara mengubah kedudukan kayu pengubahsuaiannya.Cara yang kedua ialah anda boleh menggunakan ikatan belibagi mengikat tali pada pancangnyaBiasanya, seorang yang belum mahir berkhemah akan mengikat tali pada pancangnya.Selepas itu, barulah mereka mengetuk pancang kedalam tanah.Keadaan ini menyebabkan tali khemah akan menjadi kendur dan pancang menjadi tidak teguh dan kemas.

Page 32: KHEMAH & IKATAN 0502

Tali khemah pada pancang seharusnya dikendurkan sedikit ikatannya sewaktu hujan.Tali khemah akan menjadi semakin tegang sewaktu hujan kerana proses pengecutan dan ditimpa hujan.Tali yang terlampau tegang boleh menyebabkan khemah mudah rosak dan koyak.

Page 33: KHEMAH & IKATAN 0502

PANCANG DARIPADA KAYU YANG LEPER

Page 34: KHEMAH & IKATAN 0502

CARA MENGETUK PANCANG KHEMAH

Page 35: KHEMAH & IKATAN 0502

MENDIRIKAN KHEMAH

Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, kita hendaklah mengetahui cara mendirikan khemah.Secara amnya terdapat dua cara mendirikan khemah, iaitu cara mendirikan khemah bentuk ‘A’ dan dinding serta cara mendirikan khemah bentuk ridge.

Page 36: KHEMAH & IKATAN 0502

MENDIRIKAN KHEMAH BENTUK ‘A’ DAN DINDING

Kedua-dua jenis khemah ini boleh didirikan dengan menggunakan dua batang tiang dan satu batang kayu bumbung.Potong kayu atau buluh yang tingginya antara 1.2 – 1.5 meter untuk tiang khemah.Kemudian, tanamkan kedua-dua tiang khemah.Selepas itu, ikat kayu bumbung dengan menggunakan ikat seraya.Seterusnya pasang helaian khemah seperti rajah 4.9.

Page 37: KHEMAH & IKATAN 0502

CARA MEMASANG HELAIAN KHEMAH

Page 38: KHEMAH & IKATAN 0502

CARA MEMASANG KHEMAH YANG RINGKAS

Page 39: KHEMAH & IKATAN 0502

Kadangkala semasa kecemasan, kita boleh mendirikan kedua-dua jenis khemah ini dengan menggunakan seutas tali.Kita seharusnya mencari dua batang pokok yang jaraknya sesuai untuk membentang khemah.Ikat batang pokok tersebut dengan menggunakan lilit dua simpul.Kemudian, pasangkan hekaian khemah seperti rajah 4.10 kita seharusnya membalut pokok tersebut untuk mengelakan berlakunya kerosakan disebabkan oleh tali pada pokok yang digunakan.

Page 40: KHEMAH & IKATAN 0502

MENDIRIKAN KHEMAH BENTUK RIDGE

Khemah ridge dua tiang merupakan khemah pasang siap. Khemah jenis ini dapat didirikan dengan membentangkan ground sheet ditempat yang akan didirikan khemah.1. Pancangkan keempat-empat penjuru dengan tegang seperti pada

rajah 4.11 (a).2. Pasang semua tiang dan besi bumbung khemah.3. Sambungkan tiang dan batang bumbung dengan sambungan yang

betul seperti rajah 4.11 (b).4. Ketuk pancang dan ikat tali dipancang pada rajah 4.11 (c).5. Dirikan tiang khemah perlahan-lahan pada rajah 4.11 (d).6. Ikat dengan tegang tali khemah seperti pada rajah 4.11 (e).

Page 41: KHEMAH & IKATAN 0502

Beberapa peringatan yang harus diikuti oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah ialah:

1. Parit-parit kecil disekeliling khemah seharusnya dibina supaya air hujan yang turun dapat mengalir jauh dari khemah.

2. Tali khemah seharusnya diikat dengan tegang dan betul ke pancangnya supaya khemah tidak menggelendong.

3. Jarak antara khemah tidak terlalu hamper. Keadaan ini boleh menyebabkan pergerakan dalam khemah merbahaya. Jarak yang terlampau jauh pula akan menyukarkan perhubungan antara peserta. Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.

4. Apabila berkhemah dihutan, kita seharusnya membawa ubat nyamuk dan serbuk sulfur (belerang). Serbuk sulfur ditaburkan disekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa daripada memasuki khemah pada waktu malam.

Page 42: KHEMAH & IKATAN 0502

LANGKAH-LANGKAH MENDIRIKAN KHEMAH RIDGE

Page 43: KHEMAH & IKATAN 0502

KESELAMATAN KHEMAH

Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari memasuki khemah.

Page 44: KHEMAH & IKATAN 0502

Pastikan khemah ditutup jika tiada orang didalamnya.Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

Page 45: KHEMAH & IKATAN 0502

PENJAGAAN KHEMAH

Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia.Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwan perosak dan ditempat yang kering.Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan lengkap sebelum disimpan.

Page 46: KHEMAH & IKATAN 0502

TALISIMPULAN DAN IKATAN

ABD AZIZ BIN ISHAKBINA INSAN GURU-PPG

IPG KAMPUS PULAU PINANG

Page 47: KHEMAH & IKATAN 0502

DEFINISI TALI

Diperbuat daripada sabut, dawai, kapas,rami, hemp dan bahan-bahan campuran (sentetik).Terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat.

Page 48: KHEMAH & IKATAN 0502

TENTANG SIMPULAN DAN IKATAN

Empat perkara yang berkaitan:i. Simpulan (Knotting )ii. Ikatan ( lashing )iii. Sambat (splicing )iv. Mematikan hujung tali ( whipping )

Page 49: KHEMAH & IKATAN 0502

SIMPULAN

Simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.

Page 50: KHEMAH & IKATAN 0502

SAMBAT

Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.Menyambung dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan selamat semasa digunakan.Ikatan yang dibuat pada hujung tali supaya tidak terurai. Penyambatan semula dilakukan dengan ikatan mahkota dan setiap bebenang diselitkan di bawah dan seterusnya di atas bebenang sehingga hujungnya kukuh dan tidak terbuka.Biasanya memadai dengan menyelitkan tali untuk bebenang yang lengkap yang lengkap dan sekali untuk separuh bebenang. Ikatan ini dilakukan agar tali tahan lama dan senang digunakan.

Page 51: KHEMAH & IKATAN 0502

MEMATIKAN HUJUNG TALI

Perlu untuk mengelakkan tali terburai di hujungnya.

Page 52: KHEMAH & IKATAN 0502

FUNGSI IKATAN DAN SIMPULAN

Antara beberapa penggunaannya seperti:1. Mendaki2. Kehidupan seharian3. Memancing4. Seni5. Pengakap6. Mencari dan Menyelamat7. Bidang Perkapalan dan sebagainya.

Page 53: KHEMAH & IKATAN 0502

Ikatan Silang Tungku

Ikatan Silang

Gunting

Ikatan Serong

Ikatan Seraya

Ikatan Balak

Simpulan Manuk

Simpul Belit

Simpulan Bunga Keti

Simpulan Tindih Kasih

Dan Lain-lain

Ikatan Buku Sila

Simpulan Himpit

Jenis-jenis Simpulan

dan ikatan

Page 54: KHEMAH & IKATAN 0502
Page 55: KHEMAH & IKATAN 0502

IKATAN BUKU SILAIkatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan.Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Page 56: KHEMAH & IKATAN 0502

IKATAN MANOK (CLOVE HITCH)

Ikatan simpul manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

Page 57: KHEMAH & IKATAN 0502

SIMPULAN TINDIH KASIHSimpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau pengikat leher binatang supaya tidak terjerut.Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang terjatuh dalam sungai

Page 58: KHEMAH & IKATAN 0502

SIMPULAN BUNGA KETISimpulan bunga keti digunakan bagi menyambung tali yang tidak sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan selamat.

Page 59: KHEMAH & IKATAN 0502

BUNGA KETI BERGANDAIkatan bunga keti berganda juga digunakan untuk menyambung dua tali tali yang tidak sama sama besar saiznya dan dapat digunakan dengan selamat.

Page 60: KHEMAH & IKATAN 0502

SIMPULAN ANGKA NO.8

Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan. Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.

Page 61: KHEMAH & IKATAN 0502

IKATAN SIMPUL PULIHIkatan simpul pulih digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa perlu memotongnya.Ia juga digunakan untuk menguatkan tali yang tidak kukuh.

Page 62: KHEMAH & IKATAN 0502

LILIT DUA SIMPUL

Page 63: KHEMAH & IKATAN 0502

SIMPUL BELIT LUCUT / IKATAN PENCURI (HIGHWAYMAN’S HITCH)

Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas.Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.

Page 64: KHEMAH & IKATAN 0502

LILIT BALAK (TIMBER HITCH)

Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah. Untuk menarik balak atau kayu.Untuk memulakan Ikat Serong.

Page 65: KHEMAH & IKATAN 0502

SEKIAN TERIMA KASIH