39
Penghargaan Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak St. Nicholas Home untuk memberikan kami membuat kerja amali dengan menolong dan memberikan tunjuk ajar sepenuhnya mengenai latar belakang sekolah tersebut dan kepada kakitangan St. Nicholas Home kerana memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini. Selain itu, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Khidmat Masyarakat, Cikgu Ummu kerana memberikan peluang kepada kami untuk mengambil bahagian di dalam subjek ini menerusi kegiatan sosial yang memberikan pengajaran dan ilmu yang amat bermanfaat. Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi aktiviti yang lebih bermanfaat kepada insan- insan yang mengharapkan bantuan.

khidmat masyarakat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: khidmat masyarakat

Penghargaan

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak St.

Nicholas Home untuk memberikan kami membuat kerja amali dengan menolong dan

memberikan tunjuk ajar sepenuhnya mengenai latar belakang sekolah tersebut dan kepada

kakitangan St. Nicholas Home kerana memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan

projek ini. Selain itu, kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Khidmat Masyarakat,

Cikgu Ummu kerana memberikan peluang kepada kami untuk mengambil bahagian di dalam

subjek ini menerusi kegiatan sosial yang memberikan pengajaran dan ilmu yang amat

bermanfaat.

Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang

benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi aktiviti yang lebih bermanfaat

kepada insan-insan yang mengharapkan bantuan.

Page 2: khidmat masyarakat

Saya, Fazlu Muhyudin ialah pelajar ijazah dalam bidang sains computer di Kolej Sentral, Pulau

Pinang. Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri daripada Razeen, Hakim, Kah

Hooi, Eng Hong, Lim Kean Hoi, Tatt Qi, Ali, dan Neoh Chin Yang telah menjalankan projek

Khidmat Masyarakat di St. Nicholas Home, Penang. Laporan ini disampaikan melalui

penyampaian video kepada para pelajar mengenai aktiviti yang telah dibuat. Kami memilih

tempat tersebut kerana semangat cinta kami terhadap orang yang tiada penglihatandan ingin

membantu mereka. Tambahan pula, kami kagum dengan perjuangan beberapa orang disana yang

sudi meluangkan membantu mereka dengan sanggup mengorbankan masa dan tenaga disana.

Secara tidak langsung, kerja amaliyang kami lakukan telah memberikan kami pengetahuan yang

lebih mendalam mengenai mereka dan ini dapat menjadi teladan kepada pelajar yang lain dan

menaikkan semangat mereka untuk turut membantu mereka yang tiada penglihatan.

Page 3: khidmat masyarakat

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar kawasan pembelajaran kampus

• Menjalankan kerja amali di luar waktu pembelaaran sekurang-kurangnya 3 jam.

• Penyertaan aktif dalam kerja khidmat masyarakat kepada komuniti masyarakat.

PENGENALAN :

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali mengikut lembaga MQA yang memerlukan

penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah

dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan

komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai

sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan

dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini

murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan

kepada sekolah dan masyarakat.

Page 4: khidmat masyarakat

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar waktu

pembelajaran.

Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat

dan negara.

PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT

MASYARAKAT

1. PERANCANGAN

2. KERJA AMALI

3. REFLEKSI

4. LAPORAN

5. PENGHARGAAN

Page 5: khidmat masyarakat

PERANCANGAN

a. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek

b. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek

c. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat

d. Menyenarai dan membahagikan tugas

e. Menentukan cara mengumpul maklumat

f. Menentukan cara merekod projek

KERJA AMALI

a. Melaksanakan projek

b. Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan

c. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan

tugas

REFLEKSI

a. Menilai kerja yang telah dijalankan

b. Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan

c. Menulis jurnal refleksi peribadi

Page 6: khidmat masyarakat

LAPORAN

a. Menentukan cara menyediakan laporan

b. Menulis laporan individu/kumpulan

c. Membentangkan laporan

OBJEKTIF PROJEK

i)        Mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar dengan masyarakat di St. Nicholas Home

melalui aktiviti yang melibatkan saling bekerjasama dan percaya-mempercayai antara satu sama

lain.

ii)       Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan supaya lebih selesa dan kondusif .

iii)     Memberi perangsang dan motivasi kepada ahli lain melalui aktiviti bersemaikan khidmat

masyarakat.

Page 7: khidmat masyarakat

Strategi Pelaksanaan

Perancangan :

Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak beberapa minggu lepas.

Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pemilihan

projek ’St. Nicholas Home’ ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti yang

dicadangkan dalam tema khidmat masyarakat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat

sempena sesi brainstorming dengan tujuan untuk membantu masyarakat.

Kumpulan kami memilih ’St. Nicholas Home’ kerana dapat mendedahkan bagaimana orang tiada

penglihatan menjalankan aktiviti harian. Pihak yang terlibat dalam projek ini ialah ahli kumpulan

kami, juru gambar dan kakitangan St. Nicholas Home. Maklumat yang diperolehi untuk

menjayakan projek ini ialah dengan cara pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan

melalui ICT, soal jawab serta risalah. Kumpulan kami memilih cara dokumentasi dan power-

point, video untuk merekod hasil projek.

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan daripada pihak St.

Nicholas Home dan sokongan kakitangan banyak membantu kami dalam merancang projek ini.

Kelulusan daripada pihak kolej, pensyarah mata pelajaran kami dan kerjasama daripada kaki

tangan serta masyarakat setempat di St. Nicholas Home telah membakar semangat kami untuk

meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang

terpaksa dihadapi seperti masa dan isu-isu lain.

Page 8: khidmat masyarakat

Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap

keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah dibincang dengan rapi dan secara adil dan saksama

agihan tugas dan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap ahli bagi melancarkan projek ini.

Page 9: khidmat masyarakat

TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti yang dijalankan Catatan9 pagi – 9.30 pagi Sesi taklimat Oleh kakitangan

St. Nicholas Home

9.30 pagi – 10.30 pagi Pembersihan asrama lelaki Semua ahli terlibat

10.30 pagi – 11.30 pagi Pembersihan asrama perempuan Semua ahli terlibat

11.30 pagi – 12.00 tengah hari

Sesi temuramah dan soal jawab dengan pihak St. Nicholas Home

Semua ahli terlibat

Page 10: khidmat masyarakat

Refleksi

Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah akhir projek

dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah, kekurangan dan kekuatan yang

dilalui sepanjang melaksanakan projek St. Nicholas Home. Kami turut memberikan pandangan

atau cadangan untuk menambahbaik projek dalam khidmat masyarakat masa akan datang. Setiap

ahli kumpula telah membuat catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini.

Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan telah

menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada refleksi

ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi melalui

projek ini. Antaranya ialah kami dapat :

i. mengetahui prosedur mengadakan dan membuat aktiviti

ii. mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancar

iii. memahami peraturan-peraturan organisasi

iv. menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak

v. berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan orang yang

lebih dewasa

vi. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek

vii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.

Page 11: khidmat masyarakat

Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa menjalankan projek.

Antaranya ialah :

i. Pihak St. Nicholas Home tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai aktiviti

harian secara jelas.

ii. Gagal membuat temuramah dengan orang tiada penglihatan kerana tidak digalakkan.

iii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan menganjurkan aktiviti.

iv. Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan projek

yang dicadangkan.

Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami ada seperti

semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar

daripada pihak St. Nicholas Home serta sokongan daripada kakitangan serta orang ramai

mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak St. Nicholas Home seharusnya

memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatih

berkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar. Akhirnya mata

pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah dijadikan anjakan

paradigma dalam memupuk semangat kemasyarakatan terhadap orang kurang upaya.

Page 12: khidmat masyarakat

Khidmat Masyarakat Beri Impak Positif Kepada Remaja?

Khidmat masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan masyarakat yang

memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan pula. Antara tindakan yang

termasuka dalam kategori khidmat masyarakat ini ialah membantu orang tua di rumah orang tua,

anak-anak yatim di rumah kebajikan dan juga menjalankan kutipan derma untuk disumbangkan

kepada badan kebajikan yang tertentu atau memerlukan bantuan segera itu. Amalan murni ini

sudah mula tertanam dalam diri remaja di negara ini kerana sudah wujud pelbagai persatuan

yang menjurus untuk membantu golongan yang sebegini di negara kita ini. Lantaran itu, memang

ada banyak impak positif yang timbul dalam jiwa remaja yang melibatkan diri mereka dalam

aktiviti ini.

Sudah pasti impak yang paling ketara ialah remaja itu akan menyedari erti kehidupan yang

sebenarnya atau realiti kenyataan hidup. Dalam usaha mereka membantu golongan ini remaja

akan memahami betapa pentingnya kehidupan ini dihargai dan digunakan dengan sebaik

mungkin tanpa melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka pada masa

depan. Remaja akan melihat diri mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan itu dengan lebih

baik lalu mampu melahirkan satu pandangan yang positif tentang erti kehidupan yang hakiki dan

bukannya sekadar seperti katak di bawah tempurung sahaja. Maka, semakin banyak aktviti

sebegini dilakukan semakin luaslah pandangan hidup remaja itu kelak.

Tambahan pula, penglibatan remaja dalam aktiviti membantu golongan yang memerlukan

bantuan ini akan menghalang mereka daripada terbabit dalam kancah yang tidak sihat. Bukan

sahaja mereka sudah mempunyai pemahaman erti kehidupan yang jelas tetapi aspek masa turut

Page 13: khidmat masyarakat

membantutkan peluang mereka untuk terbabit dalam aktiviti yang tidak sihat pula. Biasanya

aktiviti sebegini dijalankan pada hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah yang pastinya

akan menyebabkan remaja menghabiskan masa dengan melakukan perkara-perkara yang positif

daripada memikirkan tindakan yang neatif seperti melepak dan sebagainya. Jelaslah, amalan

khidmat masyarakat berupaya membentuk satu persekitaran yang sesuai buat remaja daripada

terjebak dalam kancah negatif yang sering kita lihat dalam media massa itu.

Satu lagi impak murni yang timbul ekoran melakukan aktiviti khidmat masyarakat ini ialah

remaja akan memahami erti menghormati individu lain. Bagaimanakah perkara ini boleh timbul

dalam diri remaja menerusi amalan yang mudah ini? Remaja pastinya akan melihat dan

berinteraksi dengan golongan tua, kanak-kanak yatim dan orang miskin lalu membawa mereka

melihat keadaan keluarga sendiri seperti ayah, ibu, adik dan diri sendiri yang menimbulkan

keinsafan akan tindakan mereka sebelum ini. Sesungguhnya, remaja yang melibatkan diri dalam

amalan murni ini akan memandang ibu dan ayah mereka dengan satu pandangan yang berbeza

kerana mereka sudah sedar sikap hormat amat penting dalam naluri manusia itu.

Impak terakhir yang boleh dilihat dalam diri remaja ialah imej remaja itu sendiri akan berubah.

Kalau sebelum ini remaja kita sering dipandang serong dengan pelbagai tohaman dilemparkan

kepada mereka baik di dalam media massa mahupun jiran tetangga, imej itu sudah berubah sama

sekali. Remaja yang melibatkan diri dalam khidmat masyarakat akan dipandang tinggi oleh

masyarakat setempat kerana remaja itu sudah membuktikan bahawa diri mereka mampu

melakukan sesuatu yang positif untuk memajukan masyarakat mereka. Jadi, semakin kerap

Page 14: khidmat masyarakat

remaja melibatkan diri dalam khidmat masyarakat semakin tinggilah imej remaja itu pada mata

masyarakat dan keluarganya.

Kesimpulannya, semua impak positif yang dinyatakan di atas bakal timbul dalam diri semua

remaja yang berani melibatkan diri mereka dalam aktiviti murni ini. Semakin banyak remaja

yang terbabit dalam program khidmat masyarakat ini semakin baiklah buat negara kerana satu

kelompok remaja yang berwawasan tinggi berupaya dihasilkan pula. Kewujudan remaja

sebeginilah yang mampu menjadikan negara kita berupaya mengharungi cabaran globalisasi

yang semakin sengit itu.

Page 15: khidmat masyarakat

MAKLUMAT MENGENAI ST. NICHOLAS HOME

DAN

AKTIVITI YANG DIANJURKAN

Page 16: khidmat masyarakat
Page 17: khidmat masyarakat
Page 18: khidmat masyarakat
Page 19: khidmat masyarakat

Pendapat Berkumpulan Khidmat Masyarakat di St Nicholas

Tan Eng Hong

STC0911161BC

Setelah menyertai program khidmat masyarakat di St Nicholas pada 05/10/2012 09.00 pagi

bersama rakan- rakan dan kami hadir ke St Nicholas di satu kumpulan.

Terdapat beberapa insiden yang menakjubkan saya ketika sampai dan masuk ke dalam sekolah

tersebut. Salah satu ialah persekitaran sekolah yang didekorasi dengan pokok bunga yang cantik

serta menyergarkan. Tidak dikecuali ialah tempat tempat lapang langsung tidak dicemari.

Persekitaran tersebut sangat bersih dan kemas.

Page 20: khidmat masyarakat

Seterusnya, pelajar- pelajar atau anggota- anggota yang berada di sana juga tidak berasa asing

dengan kehadiran kami. Mereka tetap melakukan proses harian mereka iaitu belajar dan berjalan

kaki bersama- sama rakan mereka ke kantin atau kuliah dan bilik mereka. Mereka juga beratur

ketika memasuki kuliah masing- masing.

Yang mengejutkan saya ialah, bilik mereka tidaklah berserak walaupun mereka menghadapi

masalah penglihatan. Mereka tetap mengemaskan bilik atau katil mereka dengan elok dan tidak

membuang barang- barang mereka dengan sesuka hati.

Walaupun sumbangan kami hanya RM20 dari setiap anggota kami dan hanya mengelap tingkap

dan kipas di bilik mereka, tetapi kami tetap tidak membuat kerja kami dengan sesuka hati.

Dengan harapan kami dapat memberikan mereka sedikit sumbangan dan memberikan mereka

kediaman yang lebih selesa dan tidak dilaputi dengan habuk yang tebal.

Akhir sekali, saya harap kehadiran kami dan sumbangan kami dapat memberikan sedikit

kegembiraan dan keselesaan kepada mereka.

Page 21: khidmat masyarakat

LIM KEAN HOOI

ST0870295

Berdasarkan aktiviti yang dilakukan di St. Nicholas Home (Rumah Orang Cacat Penglihatan),

saya telah mendapatkan beberapa pengajaran dan mempunyai beberapa pendapat dan cadangan

yang akan dibincangkan dalam ruangan laporan ini.

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah membuat satu lawatan ke St. Nicholas Home tersebut

bersama-sama dengan 8 orang ahli kumpulan. Saya telah dibawa oleh pihak yang berkenaan dari

rumah tersebut untuk membuat lawatan serta mengagihkan kerja gotong-royong di dalam

kawasan rumah tersebut, tetapi yang amat dikesali ialah bahawa pihak berkuasa yang

bertanggungjawab dari rumah tersebut tidak membenarkan kami membuat temu ramah yang

selanjutnya dengan ahli-ahli OKU yang tinggal dalam tempat kediaman tersebut.

Page 22: khidmat masyarakat

Seterusnya, saya juga menyaksikan bahawa ahli OKU, pihak berkuasa dan pelbagai pihak

daripada peringkat yang berbeza juga mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang amat

mendalam. Hal ini kerana saya telah memantau terdapat paderi yang membuat ucapan

sembahyang dan membuat aktiviti kepujian terhadap Tuhan yang dipercayai oleh penganut

agama Kristian.

Selain itu, saya juga telah difahamkan bahawa kawasan-kawasan yang terletak dalam rumah

OKU tersebut juga ditandakan pelbagai tanda-tanda atau symbol yang dapat dirangsangkan oleh

OKU yang cacat penglihatan untuk berjalan dengan mudah dan mengetahui bahawa kawasan

mana yang ditujukan. Contohnya, saya dan 8 orang ahli yang lain telah dibawa oleh pihak

berkenaan membuat satu kunjungan ke kantin rumah tersebut. Lantai kantin tersebut telah

ditandakan dengan garisan yang kasar supaya memudahkan golongan OKU berjalan dengan

lancar dan mudah dan dapat mengelakkan melanggari meja atau alatan yang terdapat dalam

kantin.

Selain daripada kantin yang ditandakan dengan garisan kasar, sesetengah kawasan dinding juga

ditandakan dengan garisan atau tanda perkataan yang dapat disentuh dan dirangsang dan

memudahkan ahli OKU untuk membaca perkataan tersebut.

Akhirnya, saya berasa kunjungan atau lawatan ini dapat membantu saya lebih memahami

keperluan dan keprihatinan yang harus diberi kepada golongan OKU sama ada dari aspek fizikal

atau pun mental. Saya juga berasa sangat gembira dan memuaskan kerana dapat membantu pihak

berkuasa rumah tersebut melakukan aktiviti gotong-royong yang amat bermakna.

Page 23: khidmat masyarakat

Ali Imran idris

STC0911200BC

Pada 5 Oktober 2012, saya, Ali Imran bin Idris, bersama 9 orang rakan-rakan pergi ke Rumah

Orang Buta St. Nicholas untuk membantu masyarakat orang buta di sana. Oleh kerana kami

membuat temujanji dengan secara tiba-tiba, kami tidak dapat menemu bual orang OKU di sana.

Sebaliknya, kami ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kami ditugaskan untuk membersih tingkap-tingkap dan kipas-kipas bilik mereka. Berdasarkan

suasana di bilik-bilik tersebut, kami mendapat bahawa Rumah Orang Buta ini menyediakan

kemudahan tempat tinggal yang cukup untuk masyarakat OKU. Di waktu kami bekerja, saya

dapat melihat bahawa suasana di sekeliling Rumah Orang Buta ini sangatlah sunyi. Mungkin

kerana waktu kami datang untuk menolong bukanlah waktu di mana keluarga mereka melawat,

atau waktu mereka melakukan aktiviti.

Page 24: khidmat masyarakat

Semasa kami menemuramah beberapa kakitangan di sana, kami dapat mengetahui bahawa

mereka menyediakan banyak aktiviti untuk dilakukan oleh orang OKU di sana. Di antaranya

ialah mengait, membuat bakul, dan bermain permainan-permainan lain. Saya berpendapat

bahawa ini adalah satu amalan yang bagus untuk orang-orang kurang upaya.

Orang-orang buta, walaupun kehilangan daya penglihatan, masih merupakan manusia. Mereka

juga perlukan tempat tinggal, layanan mesra, cita-cita dan pekerjaan seperti orang lain. Rumah

Orang Buta St. Nicholas menyediakan semua itu untuk mereka, supaya mereka dalam menjalan

kehidupan yang sempurna. Kerja khidmat masyarakat untuk membantu orang-orang yang kurang

upaya sebegini adalah satu amalan yang mulia, dan patut diteruskan, cuma ia juga patut

dirancang dengan teliti (seperti membuat temujanji pada awal waktu) supaya kita boleh

membantu dengan lebih berkesan.

Page 25: khidmat masyarakat

Lim Kah Hooi

STC0911159BC

Semasa saya sampai di St. Nicholas Home dengan kawan-kawan saya, saya

berasa sangat kagum dengan tempat ini. Kenapa saya berasa macam itu, ini adalah

kerana kali ini kali pertama saya pergi untuk perkhidmatan masyarakat, oleh itu saya

tidak pernah menjangkakan bahawa St. Nicholas Home mempunyai tempat yang

begitu besar untuk orang buta tinggal di situ dan tempat yang besar begitu untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

Saya masih ingat sebelum kita sampai ke pejabat utama St. Nicholas Home, saya

melihat sebuah gereja kecil di sebelah laluan kami menuju ke pejabat utama dan

saya terjumpa ada beberapa orang tua sedang berdoa dengan imam di dalam itu.

Setiap koridor di St. Nicholas Home mempunyai susur tangan, supaya orang

Page 26: khidmat masyarakat

buta mampu untuk bergerak ke lokasi yang mereka mahu tanpa orang lain untuk

membimbing mereka. Di dalam St. Nicholas Home, terdapat beberapa jenis orang

buta seperti penuh buta, separuh buta, buta pekak dan bisu atau lain-lain. Jenis

yang sama akan berada dalam kumpulan yang sama dan hidup bersama-sama di

St Nicholas Home, contohnya kanak-kanak perempuan buta akan hidup bersama-

sama, lelaki separuh buta akan tinggal di asrama lelaki yang sama, dan wanita

separuh buta akan tinggal di asrama wanita yang sama.

Walaupun sebahagian daripada mereka adalah penuh buta dan tidak berupaya

untuk sepenuhnya menjagakan diri mereka sendiri, tetapi sebahagian daripada

mereka yang hanya separuh buta juga menjaga diri mereka sendiri and membantu

pekerja di St. Nicholas Home untuk membuat kerja seperti dobi atau membawa

kotak. Tetapi, masih ada sesuatu yang mereka tidak mempunya lakukan dengan

mereka sendiri dan ini adalah mengapa kita berada di sini untuk membantu mereka,

seperti pembersihan yang mungkin akan mencederakan diri mereka sendiri apabila

mereka tidak dapat melihat. Sebagai contoh, membersihkan kipas siling dan tingkap.

Kami memisahkan tugas-tugas kami dalam kumpulan untuk membantu mereka

membersihkan kipas siling dan tingkap, dan ini membelanjakan kira-kira 3 jam bagi

proses pembersihan. Namun, kita hanya berjaya untuk membersihkan beberapa

tempat sahaja termasuk asrama wanita, asrama lelaki, dan tingkap dapur, asrama

lelaki, dan kantin.

Page 27: khidmat masyarakat

Selepas perkhidmatan sosial ini, saya merasakan bahawa jika kita memisahkan

tugas kita dengan sewajarnya dan membantu antara satu sama lain, tugas boleh

dilakukan dengan sangat baik. Bukti ini adalah kami berjaya untuk membersihkan

tingkap dan kipas siling untuk beberapa tempat di St. Nicholas Home dalam masa

beberapa jam sahaja. Malangnya, tempat St. Nicholas Home terlalu besar, kami

tidak boleh membersihkan semuanya dalam masa beberapa jam ini.

Bagi pandangan saya sendiri, saya fikir bahawa kami memang sudah membantu

mereka, walaupun apa yang kami lakukan adalah hanya beberapa pembersihan

untuk mereka, tetapi seperti sebahagian daripada mereka juga terlibat dalam kerja-

kerja untuk diri mereka sendiri. 'Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit'. Walaupun ia

hanya satu perkara yang kecil, tetapi, jika kita semua membantu mereka maka ia

akan menjadi satu bantuan yang besar kepada mereka. Jika saya mendapat peluang

sekali lagi kembali ke St. Nicholas Home untuk membantu mereka, saya tidak akan

ragu-ragu.

Page 28: khidmat masyarakat

Fazlu Muhyudin

STC0911199BC

Daripada lawatan yang kami lakukan ke St. Nicholas Home, saya dapati bahawa kita perlu

menghargai dan menolong insan yang kurang upaya ini menerusi menjaga, memberi

perlindungan dan membantu golongan cacat penglihatan tanpa mengira bangsa atau agama.

Selain itu, saya mendapati bahawa pihak St. Nicholas Home mewujudkan persekitaran yang

harmoni dan penuh keprihatinan dengan tujuan meningkatkan taraf hidup serta kebajikan para

pelatih dan para penghuni di St. Nicholas Home ini. Pelbagai jenis aktiviti dijalankan di institut

ini dan pelajar yang datang belajar disini adalah dari semester ke semester. Contohnya, sesi 1

akan ada satu kumpulan pelajar dan sesi 2, kumpulan pelajar baru akan masuk. Ketika itu, pelajar

sesi pertama akan tamat pengajian dan balik ke rumah mereka masing-masing.

Page 29: khidmat masyarakat

Di institut ini, mereka mempunyai pelatih daripada pelbagai bangsa dan Negara. Contohnya, dari

negara Africa, United Kingdom, America, dan sebagainya. Melalui aktiviti yang dijalankan ini,

saya mempelajari banyak pengetahuan dan ilmu daripada kakitangan St. Nicholas Home ini.

Secara ringkas, hidup orang yang tiada penglihatan adalah amat susah dan mereka perlu

mengharungi pelbagai kesusahan. Kita haruslah menghargai dan bersyukur kepada tuhan kerana

membawa kita ke dunia ini dengan penuh anggota badan dan tanpa kekurangan. Kita mempunyai

semua nikmat yang tuhan berikan dan sebaliknya insan orang tiada penglihatan adalah teramat

susah dan perlu dilengkapi untuk menghadap masyarakat di luar institut ini. Situasi ini boleh

dikatakan ibarat “ Beri seekor ikan kepada seseorang, ia hanya boleh makan sehari. Ajarnya

untuk memancing ikan, ia boleh makan seumur hidup”. Bersyukurlah kita kepada tuhan….