Upload
sekolah-portal
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
1/32
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
KURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH RENDAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAHTAHUN 62002
Pusat Perkembangan Kurikulum
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
2/32
1
PENDAHULUAN
KemahiranHidup
Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran bercorak amali yang diajar dalamTahap II Kurikulum Bersepadu SekolahRendah. Mata pelajaran ini digubal untukmengembangkan keupayaan dalam bidang rekabentuk dan teknologi serta perniagaan dan
keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasaimelalui penguasaan kemahiran praktis,pengetahuan serta pemupukan sikap yangpositif berasaskan teknologi dankeusahawanan.
Buku ini disediakan untuk membantu gurumerancang dan melaksanakan kegiatantersebut melalui aktiviti dan projek yang
dicadangkan. Kandungannya mendedahkantentang kemahiran asas, pengetahuan yangberkaitan serta nilai dan sikap yang perludipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiatkerja yang baik, dan sikap yang positif.
Matlamat Tidak
Berubah
MATLAMAT DALAM EDISI PENYEMAKAN
Dalam edisi semakan, matlamat kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidakberubah dan kebanyakan objektif matapelajaran dikekalkan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolahrendah bertujuan membolehkan murid
memperoleh kemahiran praktis asas danpengetahuan berasaskan teknologikeusahawanan, dan aspek pengurusan dirisupaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri serta cenderung berusahaniagadan mereka cipta
Kemahiran
Teknologi,KecenderunganMereka Cipta,SemangatKeusahawanan
Kurikulum ini masih menuju ke arah
memperkembangkan kebolehan murid dalamkemahiran teknologi, kecenderungan merekacipta dan semangat keusahawanan. Kemahiranasas yang sedemikian dapat digunakansepenuhnya untuk membolehkan muridberdikari dan yakin diri serta mampu menjalanikehidupan secara produktif dalam duniateknologi dan ekonomi yang kompleks dansentiasa berubah. Murid juga digalakkan
mengambil inisiatif dan merebut peluang yangada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilaimurni, sikap yang positif dan budaya kerjayang baik diterapkan semasa menjalankanaktiviti amali agar kesepaduan dalam matapelajaran ini dapat diwujudkan.
PerubahanKandungan
Dari segi kandungan, beberapa tajuk KemahiranHidup Sekolah Rendah telah disusun semula
untuk mengukuhkan kesinambungan danmengelakkan pertindihan serta mengemaskinikandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebihfokus, elemen Kreativiti dan Reka Ciptaditambah. Terdapat dua bidang dalamKemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
3/32
2
Reka Bentuk dan Teknologi dan Perniagaandan Keusahawanan.
OBJEKTIF KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAHRENDAH TAHUN 6
Objektif Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun4 adalah untuk membolehkan murid:
1. Menggunakan bentuk asas untuk menjanaidea kreatif dalam penghasilan projek
2. Menerangkan hubung kait bentuk denganfungsi produk
3. Membuka dan memasang produk untukmengenal pasti fungsi komponen
4. Menghasilkan sesuatu projek gabungankayu dengan bahan kitar semula bukanlogam
5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan sertamenggunakannya dengan teknik yangbetul
6. Mengenal pasti dan membezakan diantara litar siri dan selari
7. Menghasilkan projek elektrik
8. Menyenggaraan alatan tangan danperkakas selepas menggunakannya
9. Menghasilkan tanaman hiasan
10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yangboleh dijual
11. Merancang jualan dan menyediakanbarang untuk jualan
12. Menyenaraikan ciri bungkusan yangmenarik
13. Mengira harga jualan dan untung14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja
yang baik dan selamat.
ORGANISASI KANDUNGANTAHUN 6
Dua Bidang Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang
iaitu :1. Reka Bentuk dan Teknologi2. Perniagaan dan Keusahawanan
Reka Bentukdan Teknologi
Bidang Reka Bentuk dan Teknologimembekalkan murid Tahun Empat denganpengetahuan dan kemahiran teknologi untukmenghasilkan projek yang berlainan denganmenggunakan proses reka bentuk. Untuk
tujuan ini, murid didedahkan kepadapengenalan kreativiti serta turut juga melakukankajian reka bentuk dan kefungsian produk.Murid juga menggunakan teknik dan prosespembuatan yang melibatkan bahan gabungan
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
4/32
3
kayu dengan bahan kitar semula bukan logamserta penghasilan projek elektrik. Di samping itu,murid juga menghasilkan tanaman hiasan danmelakukan kerja penyenggaraan alatan yangtelah digunakan. Amalan untuk memastikankeselamatan diri dan orang lain semasamelakukan aktiviti turut diberi penekanan.
Perniagaan danKeusahawanan Bidang Perniagaan dan Keusahawananmembekalkan murid dengan pengetahuanmengenai amalan perniagaan dankeusahawanan. Mereka mengenal pastikumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barangdan mengumpul maklumat untuk mendapatkansumber bekalan. Murid juga merancangpenyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut
didedahkan cara membuat promosi jualan,melayan pelanggan dan merekod jual belidengan lebih sistematik. Amalan untukmemupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakindiri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan.Murid didedahkan secara tidak langsungtentang kaedah mencari dan menggunakanpeluang perniagaan dengan bijaksana.
PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN
Penekanan Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakanpembelajaran melalui pengalaman. Muridmelakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti
untuk menguasai kemahiran praktis yang bolehdigunakan dalam kehidupan hariannya.Penguasaan kemahiran praktis ini meliputikemahiran :
- membuat lakaran bentuk-bentuk asas- mereka bentuk dan penghasilan projek- mengenal pasti dan membezakan litar
elektrik
- menyenggara dan membaik pulih alatan- menghasilkan tumbuhan hiasan- mengusahaniaga barang
Murid perlu didedahkan kepada pengetahuanyang berkualiti dengan kemahiran yang hendakdikuasai. Guru tidak seharusnyamenyampaikan pengetahuan secara tersendiriatau terasing daripada aktiviti murid.
Mata pelajaran ini juga mementingkanpemupukan nilai dan sikap seperti berdikari,inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, danberminat menjalankan kerja-buat-sendiri.
KaedahPengajaran danPembelajaran
Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita,kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan
boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan.
Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapafaktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saizkelas, dan taraf kebolehan murid. Guruhendaklah mewujudkan suasana pembelajaran
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
5/32
4
yang terbuka supaya kaedah ini dapatdigunakan dengan berkesan untukmenggalakan pembelajaran yang lebihmencabar.
PenggunaanBahanTerbuang
Dalam menjalankan aktiviti atau membuatprojek, guru tidak seharusnya bergantung hanyapada bahan yang dibeli sahaja. Bahan terbuang
dan mudah didapati di persekitaran hendaklahdikenal pasti dan digunakan seberapa banyakyang boleh. Antara bahan tersebut termasuklahrotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang,reja kayu, reja paip plastik, bahagian ataukomponen mesin yang sudah digunakan lagiseperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.
Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos
di samping dapat menanamkan sifat jimatcermat dan inovatif kepada murid. Dengan inimurid akan lebih sedar kepada sumber yangada di sekeililing mereka dan berupayamenggunakannya untuk mendapat faedah.
KemahiranBerfikir
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) harus menjadi satu landasan dalampengajaran dan pembelajaran yang mana daya
imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dandiperkembangkan.
Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuandalam Bidang Pembelajaran "Reka Bentuk danTeknologi" termasuk :
1. Membezakan bentuk-bentuk asasdalam pesekitaran
2. Menghubung kait bentuk asas dalamaktiviti membina bentuk produk
3. Menjana idea kreatif dan inovatif
4. Mentafsir lukisan kerja
5. Menjana idea-idea baru untukmenyelesaikan masalah danmenghasilkan projek
6. Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yangdiperlukan
7. Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.
Kaedah KajianMasa Depan
Murid Kemahiran Hidup juga perlumengembangkan daya berfikir secara kritis dankreatif ke arah membentuk masa depan yanglebih sempurna.
Unsur penting Kajian Masa Depan harusdiserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup untukmerangsang daya intelek dan mengupaya muriduntuk menghasilkan produk yang dapatmemanfaatkan dan memberi sumbangan kearah menentukan hala tuju masa depan.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
6/32
5
Contohnya dalam proses mereka bentuk, muridmengkaji keadaan yang sedia ada, mencarialternatif, membuat pilihan dan akhirnyamenghasilkan produk yang berkenaan Disamping itu murid juga boleh menjangka danmeramalkan kesan atau impak produk barumereka dalam senario masa depan.
Nilai Murni Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerjayang relevan harus merentasi aktiviti yangdikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dansikap positif seperti berusaha mencapaikecemerlangan, berfikiran terbuka, bersediamenimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hatimenggunakan sumber dapat dipupuk supayamenjadi kebiasaan dalam pengendalian danurusan hidup murid. Begitu juga dengan
kesedaran tentang kos sesuatu projek, harusdiberi penekanan dalam semua projek yangdihasilkan.
Kemahiran interpersonal seperti menghargaipendapat dan usaha orang lain, berkomunikasidengan baik, bersedia menerimakritikan membina, memberi dorongan kepadaorang lain yang menemui kegagalan, menjalin
persahabatan, belajar secara koperatif danbekerja secara kumpulan danmemupuk semangat kerjasama dengan rakansebaya perlu juga diterapkan semasapengajaran dan pembelajaran.
Kerelevanan Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalandalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatupengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna,menyeronokkan dan berguna kepada murid.Teknik ini boleh menarik minat murid terhadapsesuatu aktiviti atau tajuk.
Teknologi
Maklumat danKomunikasi
Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalampembelajaran mereka terutamanya dalampengumpulan, pemilihan dan pemprosesanmaklumat. Dengan ini kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayarilaman web, menggunakan perisian, CD-ROMdan pengkalan data serta berkomunikasisecara elektronik.
PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN
Pengendalianaktiviti
Selaras dengan penekanan mata pelajaran inikepada penguasaan kemahiran, pencapaiannyahendaklah dibuat melalui aktiviti. Kadang kalaaktiviti ini dijalankan secara tersendiri. Padaketika yang lain gabungan beberapa aktivitidijalankan untuk menghasilkan projek.Pengendalian aktiviti dicadangkan mengikut
peringkat berikut:
a. perancangan
- merancang aktiviti atau projek
- merancang bahan dan alatan
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
7/32
6
- merancang kaedah pengajaran
b. penyampaian
- motivasi- tunjuk cara kemahiran- arahan aktiviti- pelaksanaan
- penyeliaan dan bimbingan
c. penilaian
- dapatan dari segi kemahiran,pengetahuan, dan nilai
- hasil kerja
Aktiviti yang dicadangkan dalam buku inimerupakan aktiviti contoh untuk membolehkan
murid menguasai kemahiran. Aktiviti bolehdibuat secara individu atau secara kumpulan.Murid juga digalakkan mereka cipta projeksecara individu atau secara kumpulan denganpersetujuan guru. Dalam pemilihan aktiviti,beberapa faktor harus diambil kira oleh guruseperti jumlah alatan dan bahan, masa,bilangan murid, dan kebolehan murid. Guruhendaklah memastikan bahawa :
- murid yang ditempatkan dalamkumpulan terdiri daripada murid yangpelbagai kebolehan ;
- aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya
- dapat diselesaikan dalam dua waktupengajaran termasuk waktu untuk muridmengemas alatan dan tempat kerja ;
- aktiviti yang dirancangkan sebaik-baiknya terdiri daripada gabungandengan unit lain. Contohnya unit RekaBentuk dan Penghasilan Projek
digabungkan dengan unit Baik Pulih danPenyenggaraan.
- murid mengadakan perbincangantentang cara menggunakan alatan danbahan serta langkah menjalankan kerja.
Semasa murid menjalankan kerja, guruhendaklah memastikan murid :
- sentiasa mengamalkan langkahkeselamatan diri dan orang lain, alatan,dan bahan ;
- memilih alatan dan bahan yang sesuaidan menggunakannya dengan betul dancermat ;
- sedar tentang kos alatan dan bahanserta menggunakannya secara tidakmembazir ;
- menjalankan kerja mengikut turutanyang betul ; dan
- menggunakan alatan dan bahan dengan
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
8/32
7
- tidak membiarkannya bersepah-sepah.
Di akhir setiap pelajaran guru hendaklahmemastikan murid ;
- mengemaskan alatan dan bahan yangtelah digunakan ;
- membersihkan alatan dan menentukan
bilangannya cukup sebelum disimpan ;dan
- membersihkan tempat kerja dan diri.
Penilaian Penilaian adalah sebahagian proses pengajarandan pembelajaran. Pengajaran danpembelajaran akan lebih berkesan sekiranyapenilaian dijalankan secara berterusan.
Maklumat daripada penilaian yang berterusanini akan dapat membantu guru mengatasikelemahan pelajar serta mengukuhkan danmempertingkatkan lagi proses pengajaran danpembelajaran melalui tindakan susulan yangdijalankan oleh guru. Tujuan tindakan susulanadalah untuk memastikan murid akan terusmaju.
Penilaian bagi mata pelajaran ini bolehdijalankan melalui :
- pemerhatian- lisan- penulisan
Ketiga-tiga cara ini boleh digunakan untukmenilai projek atau aktiviti yang dijalankan olehmurid sama ada melalui proses kerja atau hasilkerja murid. Penilaian yang dijalankanhendaklah mencakupi semua objektifpengajaran dan pembelajaran. Penilaian yangdijalankan tidak seharusnya menekankankonsep lulus atau tidak lulus. Sebaliknya
penilaian itu hendaklah menekankan sama adaseseorang murid telah menguasi aspek yangdinilai itu atau belum. Penilaian juga seharusnyatidak menekankan perbandingan pencapaianantara seorang murid dengan seorang muridyang lain.
Guru boleh menilai tahap penguasaan danpencapaian murid dari segi kemahiran,
perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dansikap murid melalui pemerhatian aktiviti danprojek yang dijalankan oleh mereka.
Penilaian yang dijalankan oleh guru perludicatatkan. Guru boleh mencatat dengan caramencatat kenyataan, menanda pada kenyataan,dan memberi gred. Senarai semak adalah satucontoh merekod maklumat penilaian. Penilaian
yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalambuku rekod mengajar dan rekod profil.
KESELAMATAN
Keselamatan Am Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
9/32
8
sentiasa diamal dan dipatuhi setiap kalimenjalankan kerja amali. Organisasi bengkeldan pengurusan kerja yang mudah bolehdilakukan secara bergilir-gilir di kalangan muridbagi memberi mereka pengalaman tambahanserta menanamkan semangat bekerjasama,bertanggungjawab dan berdisilpin.
Semasa menjalankan kerja praktis, guruhendaklah memastikan tempat kerja bebasdaripada perkara yang boleh mendatangkanbahaya. Guru hendaklah mengambil segalalangkah keselamatan sepanjang masapengajaran dan pembelajaran
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
1. Tunjukkan teladan kerja yang selamatkepada murid
2. Pastikan peraturan keselamatandipatuhi oleh semua pihak dan tanamkanrasa tanggungjawab terhadapkeselamatan diri dan orang lain.
3. Bimbing murid mengenal pasti perkara
yang boleh mendatangkan bahaya
4. Pastikan keadaan tempat kerjamempunyai cahaya yang cukup,pengudaraan yang baik, dan lantai tidaklicin
Paparkan poster, ilustrasi, danperingatan tentang keselamatan supayadapat difahami oleh semua murid.
5. Pastikan penjagaan alatan, bahan,perkakas, dan mesin hendaklahdilakukan berterusan supayaberkeadaan baik dan selamatdigunakan.
6. Adakan tempat yang sesuai dan selamatuntuk menyimpan alatan dan bahanyang mudah terbakar, pecah, danmerbahaya.
7. Labelkan semua alatan dan bahan.
8. Pastikan projek yang dijalankan tidak
menggunakan kuasa elektrik arus ulangalik.
9. Jangan menggunakan bekas bahanberacun, bahan kimia, dan bahan yangmudah terbakar ;
10. Sediakan kit pertolongan cemas sertaalat memadam api;
11. Ambil tindakan keselamatan apabilaberlaku kemalangan; dan
12. Sediakan buku log untuk mencatatkemalangan yang berlaku.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
10/32
9
KeselamatanDiri
Perkara berikut hendaklah diambil perhatianuntuk menjaga keselamatan diri semasamenjalankan kerja praktis :
1. Patuhi peraturan keselamatan sepanjangmasa.
2. Pakailah pakaian yang sesuai dankemas serta kasut yang bertutup.
3. Ikat rambut yang panjang dengan kemasatau ikat hujung tudung bagi murid danguru perempuan.
4. Elakkan bermain atau bergurau ditempat kerja.
5. Gunakan alatan dan bahan dengan betul
dan selamat
6. Gunakan air dan sabun untuk mencucitangan selepas bekerja.
PEMETAAN DAN KESINAMBUNGANKANDUNGAN
Pemetaan
KandunganTahun Empat
Susunan kandungan dalam Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah TahunEmpat ada ditunjukkan dalam jadual Pemetaan.Kandungan Sukatan Pelajaran seperti berikut.Peruntukan masa yang dinyatakan merupakancadangan untuk membantu guru dalampenyediaan perancangan pengajaran. Masa
untuk pengajaran Kemahiran Hidup SekolahRendah ialah dua waktu seminggu dan minitdalam sewaktu ialah tiga puluh minit.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
11/32
10
FORMAT HURAIAN
Tiga Lajur Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tigalajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran;Hasil Pembelajaran; dan Cadangan AktivitiPembelajaran.
Bidang, Unitdan HasilPembelajaran
Dalam lajur pertama, bidang pembelajaran, unitpembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur dua dinyatakan mengenai hasilpembelajaran, keluasan dan kedalaman skopsetiap unit pembelajaran dihuraikan dalambentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tigaaras. Pemeringkatan kemahiran dan
pengetahuan kepada aras tertentu bertujuanuntuk membantu guru menyampaikanpengajaran dan pembelajaran yang lebihberkesan dengan mengambil kira kadarpembelajaran dan keupayaan murid.
Aras Aras 1 merupakan aras asas yang mestidikuasai oleh semua murid sebelum merekameneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2
merangkumi kandungan yang perlu dipelajarioleh semua murid selepas mereka menguasaikandungan Aras 1.
Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk muridyang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1dan 2. Dengan ini kekompleksian pembelajaran
meningkat dari Aras 1 ke Aras 3.
CadanganAktivitiPembelajaran
Lajur ketiga, iaitu Cadangan AktivitiPembelajaran bertujuan membantu gurumerancang dan membekalkan pengalamanpengajaran dan pembelajaran yang sesuai danbermakna kepada murid. Guru bolehmengubahsuai cadangan ini dan mereka bentukaktiviti tambahan yang bersesuaian dengankebolehan murid dan keadaan sekelilingmereka.
Huraian untuk Tahun Empat diperincikanseperti berikut.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
12/32
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
13/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
2
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
e. Pendokumentasian
(Cadangan peruntukanialah 1 minggu )
Membuat kemasan
Menguji kefungsian projek danmembuat pembaikan
Aras 1
Mengumpul dan merekod maklumat
Membuat Buku Idea
Sesi persembahan dan kritik diadakan
Mengumpul dan menyimpan maklumat dariaspek pernyataan masalah, lakaran idea,pemilihan lakaran, penjelasan ciptaan dananggaran kos
Perbincangan kekuatan dan kelemahan projek
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
14/32
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
15/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
4
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Aras 2
Menguji beberapa bahan pengalirdan penebat
Aras 3
Membuat projek elektrik danelektronik
Menyediakan beberapa contoh pengalir danpenebat .
Contoh bahan pengalir ialah aluminium, kuprumdan air.
Contoh bahan penebat ialah kayu, plastik , kacadan asbestos.
Membuat projek menggunakan set pengelip
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
16/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
5
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.5 Baik pulih danpenyenggaraan
( Cadangan peruntukanmasa ialah 5 minggu )
b. Penyenggaran danmembaiki kerosakanpada mesin mudah
Aras 1
Mengenal pasti bahagian yang perludibaik pulih
Memilih bahan dan alatan tanganyang sesuai untuk kerja membaikpulih
Menjalankan kerja baik pulih danmenggantikan komponen yang rosak
Memeriksa, menguji dan melaras
Aras 2
Memeriksa, menguji dan melarasrantai basikal
Menyenggara dan baik pulih pam basikal danbahagian basikal seperti loceng dan brekbasikal
Alatan tangan yang tangan yang diperlukanseperti playar gabung boleh laras, pemutar skrurata, pemutar skru philips, tukul bonggol bulatdan penggumpil tayar
Bahan yang diperlukan seperti gris, minyakpelincir, kertas las, glu sentuh dan kain reja
Penekanan tentang penyimpanan alatan tangandan bahan selepas kerja amali perlu diutamakan
Memilih alatan tangan dan bahan yang sesuai
Meneggangkan rantai basikal secara individuatau berkumpulan
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
17/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
6
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Penyenggaraan danmembaiki kerosakankecil pada perabot
Aras 3
Menampal tiub basikal
Mengganti tiub basikal
Aras 1
Mengenal pasti bahagian yang rosak
Memilih alatan tangan dan bahan
Membaiki atau mengganti bahagianyang rosak
Penampal tiub siap guna boleh digunakan
Contoh perabot ialah kerusi dan meja murid.
Alatan tangan yang diperlukan seperti tukulkuku kambing, gergaji, sesiku L, pita pengukurdan kekunci Allen
Bahan yang diperlukan ialah paku, skru, glu,kertas las, kayu dan papan lapis
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
18/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
7
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.6 Jahitan
(Cadangan peruntukanmasa ialah 2 minggu)
b. Penghasilan artikelAras 1
Mengenal pasti bahan terpakai untuk
dikitar semula
Menjahit artikel mudah daripadabahan terpakai
Aras 2
Mengenal pasti jenis mata jahitanhiasan dan bahan hiasan
Menghias artikel
Bahan terpakai yang boleh dijadikan artikel
jahitan ialah seperti pakaian, langsir tingkapdan kusyen lama
Tunjuk cara menjahit artikel mudah sepertibekas pensel, bekas duit syiling, beg serbaguna, pengikat rambut, cekak rambut, alaspinggan, alas dulang dan alas gelas.
Murid menjahit artikel mudah
Mata jahitan asas yang dpelajari di Tahun 5boleh digunakan sebagai jahitan hiasan padaartikel
Contoh jahitan yang lain seperti jahitan silangpangkah, insang pari dan jahitan rantai
Bahan hiasan adalah labuci, renda dan benangsulam
Murid menghias artikel yang telah disiapkan diaras satu
Hasil kerja dipemer dan dinilai
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
19/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
8
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.9 Tanaman sayuran
(Cadangan peruntukanmasa ialah 8 minggu)
a. Penyedian tapakAras 1
Menyatakan peralatan perkebunandan kegunaannya
Mengenal pasti tapak/kawasan yangsesuai untuk ditanam dengan sayur-sayuran.
Membersihkan tapak
Menggembur tanah
Membina batas
Membubuh baja asas
Meletakkan sungkupan
Aras 2
Menanam sayur-sayuran secarahidroponik
Memilih jenis sayuran yang sesuaiditanam secara hidroponik
Mempamerkan peralatan pekebunan yang biasadigunakan seperti; cangkul, sudip tangan danpencakar tangan
Di antara bahan yang boleh dijadikansungkupan adalah seperti:rumput kering, jerami padi, pelepah kelapa ataupenutup plastik hitam bersalut aluminium..
Jika sekolah tidak mempunyai kawasan/tanahyang sesuai, aktiviti menanam sayur-sayuranboleh dilakukan di dalam bekas.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
20/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
9
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Penanaman danpenjagaan
Menyenarai dan memasang peralatansistem hidroponik
Menyemai biji benih
Menyediakan larutan nutrien
Aras 1
Mengenal pasti jenis sayur-sayuranyang hendak ditanam
Menyemai biji benih
Menanam sayur-sayuran di batas atau
dalam bekas
Sistem yang dipilih ialah Hidroponik Kultur AirTakung (KAT).medium - span, benang/kapas batubekas - palung/bekas palstik
larutan baja dan airpenutup - polistrin
Menyediakan larutan nutrien mengikut kadaryang disyorkan
Murid menanam sayur-sayuran di kawasansekolah secara kumpulan.
Jenis sayur-sayuran :Daun, buah, ubi atau akar dan kekacang
Biji benih halus disemai dikotak atau tapaksemaian sementara biji benih besar disemaiterus ke batas
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
21/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
10
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
c. Pemungutan hasil
Menyiram dengan kaedah dan kuantitiyang sesuai
Membuat penjarangan dan menyulam
Merumput dan membaja
Mengawal perosak dan penyakit
Aras 2
Memilih jenis sayuran yang sesuaiditanam dalam pasu atau bekas
Menyediakan campuran tanah untukpenanaman sayuran dalam pasu ataubekas
Menjaga sayuran dalam pasu/bekas
Aras 1
Mengenal pasti tempoh matangsayuran yang sesuai untuk dipunguthasil
Menunjuk cara kerja penjagaan sepertipenyiraman, membuat penjarangan, merumputdan membaja, kerja pengawalan perosak danpenyakit
Kerja-kerja pengawalan perosak dan penyakityang menggunakan racun kimia hendaklahdilakukan oleh guru
Nota:Sekolah yang mempunyai kawasan terhadaktiviti menanam sayur-sayuran hendaklah
dilakukan dalam bekas seperti pasu ataupenanaman secara hidroponik
Perkara yang perlu diberi perhatian dalampenjagaan sayuran dalam pasu atau bekasialah ruang, cahaya, penyiraman danpembajaan.
Murid memungut hasil tanaman sayur-sayuran dan membuat kendalian lepas tuaiseperti menggred, membersih danmembungkus/mengikat.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
22/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
11
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Mengendalikan hasil lepas tuai Nota:Guru boleh dapatkan nasihat teknikal teknologimenanam sayur-sayuran daripada agensipertanian yang berhampiran seperti MARDIatau Jabatan Pertanian
Panduan menanam sayur-sayuran boleh jugadidapati didalam majalah atau RisalahBingkisan Pertanian keluaran JabatanPertanian Semenanjung Malaysia.
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
23/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
12
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Bidang Pembelajaran2. Perniagaan dan
Keusahawanan
2.2 Merancang danMenyediakan BarangJualan
(Cadangan Peruntukanmasa ialah 2 minggu)
a. Membuat rancanganjualan
Aras 1
Menerangkan cara mendapat bekalanmelalui komisen
Menyenaraikan barang yang sesuaidijual secara komisen
Membuat rancangan jualan
Membuat jadual kerja
Aras 2
Menghuraikan faedah menjual barangsecara komisen
Maksud komisen:Bayaran yang diterima kerana menjual ataumenguruskan penjualan barang orang lain
Sumbangsaran menyenaraikan barang yangsesuai dijual secara komisen
Faedah menjual secara komisen:- Modal tidak diperlukan untuk mendapatkan
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
24/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
13
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Menyediakan barangjualan
Aras 1
Mengenal pasti pengendalian jualansecara komisen
bekalan- Risiko rendah- Kos promosi ditanggung oleh pembekal
Latihan mengira peratus komisen boleh
dijalankan
Sumbangsaran pengendalian jualan secarakomisen
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
25/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
14
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Mempromosi Jualan
(Cadangan peruntukanmasa ialah 2 minggu)
c. Promosi melaluikatalog
Aras 1
Menyenarai kandungan yang perludalam katalog
Merekabentuk dan menghasilkankatalog mudah untuk barang yanghendak dijual
Mempromosi dan menjual barang
menggunakan katalog
Aras 2
Menilai cara mempromosi barangmenggunakan katalog
Gunakan katalog yang sedia ada sebagaipanduan murid
Simulasi mempromosi barang menggunakankatalog
Main Peranan :Beri tumpuan kepada kecekapan bertutur danpenyampaian maklumat oleh murid semasajualan bersemuka
Murid menilai rakan sekelas menjalankanpromosi barang menggunakan katalog
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
26/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
15
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.4 Mengurus Jualan
(Cadangan peruntukan masaialah I minggu)
c. Menyusun atur barang Aras 1
Menerangkan cara yang sesuai untuksusun atur barang yang hendak dijual
Menyusun atur barang untukpersediaan jualan
Aras 2
Menilai susun atur barang yang
menarik dan kurang menarik
Latihan menyusun atur barang. Beri tumpuankepada kebersihan tempat, rak atau meja,keselamatan dan kekemasan
Projek jualan sebenar
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
27/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
16
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.7 Risiko Dalam Perniagaan
(Cadangan peruntukan masaialah 1 minggu)
a. Risiko dan caramengurangkannya
Aras 1
Menyatakan maksud risiko
Menyenaraikan risiko dalamperniagaan yang biasa dihadapisemasa menjual
Mengenal pasti punca risiko
Mencadangkan cara mengurangkanrisiko
Maksud risiko ialah kemungkinan atau bahayakerugian dalam perniagaan
Risiko dalam perniagaan:Kecurian, kebakaran, pecah amanah, bencanaalam, kemalangan, penipuan dan kegawatanekonomi
Punca risiko :
Kecuaian, pengurusan tidak cekap, kurangpengawasan, sistem penyimpanan rekod yanglemah
Cara mengurangkan risiko :Membuat perancangan dengan telitiMengenal pasti beberapa pilihan penyelesaianMengambil insurans
Sumbangsaran cara mengurangkan risiko
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
28/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
17
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.8 Sikap pengguna yang bijak
(cadangan peruntukan masaialah 2 minggu)
a. Mendapatkan maklumatbarang
b. Etika perniagaan danhak pengguna
Aras 1
Mengenal pasti ciri barang yangmasih baik
Aras 2
Membanding beza barang yang
masih baik dan barang yang rosak
Aras 1
Menerangkan etika perniagaan
Mengenal pasti hak pengguna
Keadaan fizikal barang :Rupa, warna, bau, rasa dan tekstur
Membuat buku skrap label barang danmenandakan maklumat penting.
Membuat inferens melalui pemerhatian barangyang masih baik dan barang yang rosak
Contoh :Beras, susu, keropok, roti
Kaitkan etika perniagaan dengan aktivitimempromosi dan mengurus jualan dalam Tahun4 dan Tahun 5
Perbincangan hak pengguna:Hak mendapat maklumatHak mendapat gantirugiHak untuk memilih
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
29/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
18
BIDANG / UNIT / TAJUK
PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Aras 2
Menghuraikan tanggungjawabpengguna
Perbincangan mengenai murid sebagaipengguna yang bertanggungjawab menjagakemudahan sekolah dan kemudahan awam
Keratan akhbar digunakan
Sudut pengguna diwujudkan
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
30/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
19
PEMETAANBIDANG / UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN
DALAM SUKATAN PELAJARANKEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 61. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27
1.1 Keselamatan Dan Organisasi Bengkel 1
a. Peraturan keselamatan b. Organisasi bengkel
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7a. Pengenalan kreativiti b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungankayu dengan bahan kitar semula bukan logam
b. Mereka bentuk dan menghasilkan projekberasaskan logam dan bahan kitar semula
1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5
a. Penyenggaraan alatan tangan b. Penyenggaraan bahagian bangunan c. Penyenggaraan dan membaiki
kerosakan pada mesin mudah
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
31/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
12
BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada
perabot
1.6 Jahitan 2 2a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel
1.7 Tanaman Hiasan 8a. Pengenalan b. Pemilihan biji benih c. Penanaman d. Penjagaan
1.8 Ikan Hiasan 8a. Pengenalan b. Penyediaan bekas c. Pengurusan
1.9 Tanaman Sayuran 8a. Penyediaan tapak
b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil 2. Perniagaan dan keusahawanan 8 8 8
2.1 Barang Jualan 2a. Kumpulan sasaran b. Jenis barang yang sesuai dijual c. Sumber bekalan
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2a. Membuat rancangan jualan
b. Menyediakan barang jualan 2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2
a. Promosi melalui pembungkusan b. Promosi melalui poster c. Promosi melalui katalog
8/14/2019 K.Hidup - Tahun 6
32/32
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Enam
13
BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 62.4 Mengurus Jualan 1 2 1
a. Melayan pelanggan b. Mendapatkan pesanan c. Menyusun atur barang
2.5 Merekod Jualan 2a. Merekod barang b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan c. Mengira untung atau rugi
2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2a. Merekod pendapatan dan
perbelanjaan
b. Merancang perbelanjaan 2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1
a. Risiko dan cara mengurangkannya 2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2
a. Mendapatkan maklumat barang
b. Etika perniagaan dan hak pengguna JUMLAH 35 35 35