5
4 2.2 Jenis-Jenis Khurafat Kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan khurafat dan tahyul yang boleh membawa kepada syirik, melanggar persaksian syahadah mereka sendiri adalah disebabkan oleh kebodohan dan kelalaian dari memahami tauhid, sebaliknya mereka lebih rela memilih untuk taqlid buta (mengikut tanpa mempersoalkan) kepada adat kebiasaan nenek moyang. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 106. Maksudnya : “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, Maka Sesungguhnya kamu kalau begitu Termasuk orang-orang yang zalim" . Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mewujudkan dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu?. Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum syarak. Amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan

Khurafat Dan Azimat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

adat

Citation preview

Page 1: Khurafat Dan Azimat

  4 2.2 Jenis-Jenis Khurafat Kebanyakan orang yang terjerumus ke dalam perbuatan khurafat dan tahyul yang boleh membawa kepada syirik, melanggar persaksian syahadah mereka sendiri adalah disebabkan oleh kebodohan dan kelalaian dari memahami tauhid, sebaliknya mereka lebih rela memilih untuk taqlid buta (mengikut tanpa mempersoalkan) kepada adat kebiasaan nenek moyang. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 106.

 Maksudnya : “Dan  janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, Maka Sesungguhnya kamu kalau begitu Termasuk orang-orang yang zalim" . Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang  berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mewujudkan dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu?. Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan hukum syarak atau bertentangan sama sekali dengan hukum syarak. Amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan

  5 yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu. Sebenarnya banyak perkara khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antaranya ialah : (1) Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial seperti tepung tawar, lenggang perut, mandi bunga/mintok limau dan mandi safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak wujud kesiaalan dalam diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial. (2) Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu manusia tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah. (3) Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat

Page 2: Khurafat Dan Azimat

yang mengamalkan jurus kebatinan. Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang  bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang bukan asalnya dari Islam seperti ilmu seru gerak dan jurus kebatinan. (4) Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya. Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan  bersumber dari al-Quran dan hadith kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Quran mahupun hadith. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak

  6 ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Misalnya seruan kepada sesuatu, menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW, memperlekehkan ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta kepada batu atau kayu dan sebagainya. (5) Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun sama ada terhadap perkara yang telah lalu atau pada masa akan datang merupakan sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan salah satu syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun. (6) Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini. (7) Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tersabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci. Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Oleh yang demikian, atas sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal. (8) Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari gangguan makhluk halus. (9) Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur‟an atau sesuatu yang berkaitan dengan agama. (10) Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin, Khadam, Masuk Tok Nenek dalam  badan (menurun). Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat  berbeza sama sekali dengan manusia.

  7 (11) Mengamalkan ilmu pengasih. Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samaada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu. (12) Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah. Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh  para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki

Page 3: Khurafat Dan Azimat

oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada  pelakunya. (13) Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”. Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Oleh itu, bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Fenomena ini melambangkan tentang kejahilan tentang perkara agama. (14) Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau. Tujuan mereka untuk menguji sejauh mana kehebatan ilmu yang dimiliki, membantu orang lain yang  bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT. (15) Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau bahagian lain. Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :

  8 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan  berkelengkapan sesuai dengan keadaannya”. (16) Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks. Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk. (17) Menggunakan objek untuk menakuti jin. Penggunaan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur  beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah. (18) Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat. Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat. (19) Kepercayaan kepada tuah keranda. Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya. Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-  Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.  Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.  Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.

Page 4: Khurafat Dan Azimat

 Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan. (20) Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain. Tindakan menzalimi  binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak,  bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.