Upload
nguyenthu
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MAJLIS MALAMKILAUAN PAHLAWAN
Kelab Sukan HKL
Majlis Kilauan Pahlawan diadalah di Hotel Grand Season Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Majlis Sukan dan Kebajikan Kementerian Kesihatan Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Kerjasama Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mencari dana Majlis Sukan WPKL, yang akan turut serta dalam Sukan KKM ke 28 yang akan berlangsung di Melaka pada 1 Mei 2014. Majlis diserikan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan, persembahan kebudayaan serta persembahan nyayian oleh tetamu yang hadir.
2
Dari Meja Ketua Editor
sambungan dari muka surat 1
Buletin HKL Edisi I - 2014 Kembali menemui pembaca dengan aneka sajian rakaman aktiviti sepanjang tempoh tiga bulan pertama 2014 ( Jan - Mac 2014).Usaha dan gerakerja yang berterusan dari pelbagai jabatan, bahagian, cawangan, unit dan sebagainya tentunya memberi manafaat kepada semua. Diharapkan dengan pelbagai aktiviti yang dimulai dalam tempoh tiga bulan pertama ini akan membuah
hasil yang berbaloi dan telah memulai langkah yang baik untuk menghadapi cabaran bulan-bulan mendatang sehingga kepenghujung tahun 2014.Tirai 2014 kita sudah tempuhi dengan perancangan yang rapi . Cabaran mendatang akan dihadapi dengan penuh teliti semoga kejayaan diperolehi jua.Terima kasih kepada semua yang menjayakan program, semoga terus berjaya.
Ketua Editor Buletin HKL
3
Kongres Jubeli Emas HKL yang diadakan pada 21 -24 Mac 2014 sempena Jubeli Emas Hospital Bersalin HKL. Program ini dianjurkan oleh Jabatan O & G dengan kerjasama pihak swasta yang
membuat pameran peralatan - peralatan baru. Tujuan program ini diadakan bagi memberi pendedahan penggunaan peralatan terkini berkaitan dengan penyakit puan dan teknik terkini perawatan.
KONGRES JUBELI EMAS HOSPITAL BERSALIN HKL
JABATAN O & G
4
Pada 27 Jan. 2014 HKL telah menerima kunjungan delegasi daripada Hospital Universiti
St Marianna, Jepun. Ia adalah kunjungan kali kedua yang melibatkan 15 orang kakitangan hospital dari pelbagai peringkat seperti pegawai perubatan, jururawat , juru x -ray dan jurutera klinikal. Tujuan lawatan adalah untuk melihat bagaimana Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL berfungsi . Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma HKL menyambut ketibaan delegasi serta memberi taklimat aktiviti
jabatan.
LAWATAN DELEGASI HOSPITAL UNIVERSITI ST. MARIANNA , JEPUN
5
Sambutan Hari Gloucoma Sedunia peringkat HKL 2014 diadakan pada 21 Mac 2014 di Kompleks Pakar & Rawatan Harian HKL yang dianjurkan oleh Jabatan Oftamologi HKL. Majlis ini memberi peluang kepada
orang ramai untuk membuat pemeriksaaan mata dan khidmat nasihat penyakit mata. Tujuan sambutan dan hari terbuka ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penyakit mata, langkah pencegahan serta bahaya penyakit mata .
SAMBUTAN HARI GLOUCOMA SEDUNIA HKL 2014Jabatan Oftamologi
6
MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN KUALITI HKL
Mesyuarat Majlis pengurusan Kualiti HKL diadakan pada 12 -13 Feb 2014 di Auditorium Mutiara Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) Bangsar yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Kualiti HKL. Majlis
diadakan julung kali yang melibatkan semua Ketua Jabatan, Bahagian, Cawangan dan Unit di HKL. Majlis dirasmikan oleh Pengarah HKL dan diikuti dengan persembahan oleh Jawatankuasa . Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang aktiviti serta langkah inovatif dan penambahbaikan yang dibuat oleh semua JK Kualiti HKL.
Unit Pengurusan Kualiti
7
8
SEMINAR PEMANTAPAN GMP BAGI PEMBANTU
PENYEDIAAN MAKANAN HOSPITAL SEMENANJUNG
MALAYSIAJabatan Dieteti & Sajian
Seminar Pemantapan GMP Pembantu Penyediaan Makanan Hospital Semenanjung
Malaysia diadakan pada 25 Jan 2014 yang dihadiri oleh Y Bhg. Tan Yoke Hua , Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM, Y Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir Mohd Asraf , Mantan KSU KKM, Y Bhg. Dato’ Hj Omar Osman, Mantan Presiden CUEPACS serta Pengarah HKL. Tujuan majlis ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penyediaan makanan serta meraikan mantan Presiden CUEPACS .
9
PERHIMPUNAN BULANAN : JAN 2014
Perhimpunan Bulanan Warga Kerja HKL bulan Jan 2014 diadakan pada 24 Jan 2014 di
Auditorium Utama HKL yang dianjurkan oleh Jabatan Anestasiologi & Rawatan Rapi HKL. Majlis dimulai dengan pengenalan aktiviti Jabatan oleh Ketua Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapid dan perasmian dilakukan oleh Pengarah HKL. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan warga kerja Jabatan dan diakhiri dengan lawatan ke pameran aktiviti Jabatan di Lobi Utama.
Siri taklimat kebakaran oleh pihak persendirian di HKL diadakan di Unit
Pendidikan Kesihatan pada 22 Jan 2014. Tujuan taklimat ini memberi kesedaran bahaya kebakaran dan langkah segera yang perlu dilakukan bagi memberi bantuan kecemasan serta teknik memadam api yang betul .
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi TAKLIMAT KEBAKARAN
Unit Pendidikan Kesihatan
10
PERHIMPUNAN BULANAN : FEB 2014
SEMINAR DENGGI
Jabatan Pergigian Pediatrik
Jabatan Kecemasan
Perhimpunan Bulanan HKL bulan Feb 2014 diadakan pada 28 Feb 2014 (Jumaat) yang dianjurkan oleh Jabatan Pergigian Pediatrik HKL bertempat Di Auditorium Utama HKL. Majlis dimulai dengan ucapan
aluan dan pengenalan oleh Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik HKL dan dirasmikan oleh Dr. Muhamad A. Majid , Timbalan pengarah (Perubatan) I HKL. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan sesi pemberitahuan kakitangan yang bertukar keluar dan masuk HKL. Majlis diakhiri dengan sesi lawatan pameran aktiviti Jabatan.
Bagi memberi kesedaran dan langkah proaktif mencegah dan kawalan denggi yang sedang mengganas sekarang , Jabatan
Kecemasan menganjurkan Seminar Penyakit Denggi yang diadakan pada 20 Feb 2014 dengan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya di Auditorium Utama HKL. Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan menyeluruh masalah denggi dan tindakan yang perlu diambil bagi mengawal penyakit denggi.
11
PERHIMPUNAN BULANAN : MAC 2014
Jabatan Pembedahan Neorologi
Perhimpunan Bulanan Warga Kerja HKL bulan Mac diadakan pada 28 Mac 2014 (Jumaat)
dianjurkan oleh Jabatan Pembedahan Neorologi HKL dan diadakan di Auditorium Utama HKL . Majlis dimulai dengan ucapan wakil Ketua Jabatan Pembedahan Neorologi dan dirasmikan oleh Pengarah HKL. Majlis juga diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh warga Jabatan Pembedahan Neorologi dan diakhiri dengan lawatan pameran aktiviti Jabatan.
PROGRAM BEYOND SELF RETREAT 2013
Program ini dijalankan oleh Jabatan Kecemasan HKL di Auditorium Utama pada 20 - 22 Jan
2014 yang bertujuan untuk membincangkan hala tuju jabatan 2014. Majlis dimulai dengan ucapan dasar oleh Y Bhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Abu Hassan Ashaari Abdullah, Ketua Jabatan Kecemasan dan diteruskan oleh beberapa penceramah lain. Program ini juga dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan peri pentingnya setiap pengamal perubatan dan perawat kesihatan mempunyai ilmu yang cukup bagi menghadapi cabaran kesihatan yang semakin mencabar.
Jabatan Kecemasan & Trauma
12
MAJLIS ANUGERAH CME / CPD HKL
Majlis Anugerah CME / CPD HKL diadakan pada 5 Mac 2014 di Auditorium Utama HKL yang dianjurkan oleh Jawatankuasa
Pembelajaran Berterusan HKL dan dirasmikan oleh Pengarah HKL . Ceramah utama disampaikan oleh Y Bhg. Dato’ Dr. Abdul Razak Awang Kecil. Mantan Pengarah HKL. Program juga dilengkapi dengan penerbitan Buletin CME /CPD HKL dan penyampaian anugerah CME /CPD HKL .
13
KURSUS FOTOGRAFI SIRI 1.0 2014
Kursus Fotografi Siri 1.0 2014 diadakan pada 11 Mac 2014
di Bilik Seminar Unit pendidikan Kesihatan HKL yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Kesihatan HKL. Seramai 50 orang peserta dari pelbagai Jabatan hadir kursus ini yang bertujuan untuk mengembangkan sumber manusia berkemahiran dengan fotografi. Pelbagai pendedahan dan teknik terkini diberikan oleh Jurufoto HKL Sdr. Badaruzzaman Md. Yusuf. Bagi memberi pengalaman, peserta dibawa membuat amali penggunaan teknik fotografi di Taman Tasik Tititwangsa.
Unit Pendidikan Kesihatan
14
Seminar Penggunaan Ubat Generik diadakan pada 18 Mac 2014 di Auditorium Utama HKL yang dianjurkan oleh Jabatan Farmasi . Majlis
dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Jabatan Farmasi dan dirasmikan oleh Dr.A. Majid, Timbalan Pengarah ( Perubatan ) I HKL . Tujuan seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan ubat generik kepada kakitangan HKL.
SEMINAR PENGGUNAAN UBAT GENERIK
15
Seminar Pemantapan Akidah Siri 2.0 2014 diadakan pada 28 Feb 2014 di Masjid HKL yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Agama HKL. Majlis dihidangkan dengan ceramah pemantapan ibadah oleh Ustaz jemputan kepada warga
HKL yang hadir. Tujuan seminar pemantapan akidah ini dibuat untuk memberi pendedahan tentang akidah yang perlu difahami serta serba-sedikit tentang penyelewengan yang disedari atau tidak sedar.
SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH SIRI 2.0 2014
Unit Hal Ehwal Agama HKL
Majlis Pelancaran Bahan Pendidikan Pesakit (Hospital Mesra Ibadah) diadakan pada 25 Feb 2014 di
Hospital Sungai Buloh yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Hospital Kuala Lumpur sebagai pelaksana juga terlibat dengan konsep Hospital Mesra Ibadah . Program ini dibuat dengan kerjasama dari pihak JAKIM sebagai penasihat pelaksanaan.
MAJLIS PELANCARAN BAHAN PENDIDIKAN PESAKIT ( HOSPITAL MESRA IBADAH)
16