6
KISAH NABI DAUD A.S(Cerita Lelaki) Assalamualaikum warahmahtulahi wabaraahkatuh, Nabi Daud as ialah anak kepada Yisha bin Uwaid yang dilahirkan di Baitul Laham, Palestin. Baginda adalah rasul utusan Allah kepada kaum Bani Israel. Surah Sad ayat 26, maksudnya : “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikanmu khalifah di bumi.” Pantun Bangsa Israel terkenal mulia, Ada “Tabut” peti rahsia , Disebabkan lupa Allah Yang Esa, Tanah air tergadai penjajah berkuasa. Kawan-kawan… Alangkah bertuahnya kita tinggal di Malaysia negara yang aman dan makmur. Syukurilah nikmat kemakmuran ini dengan menjadi warganegara yang cintakan negara. Kasihkan negara tuntutan agama.Contohilah kegigihan dan kecekalan rakyat Palestin, sehingga hari ini umat Islam Palestin masih bertahan dan tetap berjuang mempertahankan negaranya. Teman-teman sekalian, Sungguh hebat Nabi Daud Waktu kecil membunuh Jalut

Kisah Nabi Daud A

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kisah Nabi Daud A

KISAH NABI DAUD A.S(Cerita Lelaki)

Assalamualaikum warahmahtulahi wabaraahkatuh,

Nabi Daud as ialah anak kepada Yisha bin Uwaid yang dilahirkan di Baitul Laham, Palestin.

Baginda adalah rasul utusan Allah kepada kaum Bani Israel.

Surah Sad ayat 26, maksudnya :

“Wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikanmu khalifah di bumi.”

Pantun

Bangsa Israel terkenal mulia,

Ada “Tabut” peti rahsia ,

Disebabkan lupa Allah Yang Esa,

Tanah air tergadai penjajah berkuasa.

Kawan-kawan…

Alangkah bertuahnya kita tinggal di Malaysia negara yang aman dan makmur. Syukurilah nikmat

kemakmuran ini dengan menjadi warganegara yang cintakan negara. Kasihkan negara tuntutan

agama.Contohilah kegigihan dan kecekalan rakyat Palestin,  sehingga hari ini umat Islam

Palestin masih bertahan dan tetap berjuang mempertahankan negaranya.

Teman-teman sekalian,

Sungguh hebat Nabi Daud

Waktu kecil membunuh Jalut

Peristiwa ini berlaku di dalam peperangan di antara Raja Jalut dan Raja Tholut.

“Hei Bani Israel, serahkan rajamu atau aku sembelih kamu semua…!”. Cabar Jalut angkuh sekali.

Page 2: Kisah Nabi Daud A

Tiba-tiba…,berdiri seorang kanak-kanak berbekalkan lastik di tangan merayu agar Tholut

mengizinkan dirinya menentang Jalut durjana.

Surah Al-Baqarah ayat 251, maksudnya

“Dan Daud membunuh Jalut (dalam peperangan itu)kemudian Allah memberikan kepadanya

pemerintahan dan hikmah.”

Raja Tolut sangat gembira,

Nabi dijodohkan dengan puterinya,

Mewarisi takhta menjadi raja,

13 tahun usia baginda.

Kawan-kawan..

Contohilah keberanian dan kewibawaan Nabi Daud. Baginda tidak menjadikan usia sebagai

penghalang untuk menabur jasa pada negara. Sebagaimana bagi dua penerima Anugerah

Tokoh Kanak-Kanak sempena Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat negeri

Kelantan 2012 tidak menjadikan penyakit yang mereka hadapi sebagai penghalang untuk

mencapai kejayaan dalam kehidupan. Walaupun Tengku Ahmad Zulkarnain Tengku Petra, 8,

dan Aida Susahira Ahmad, 10, menghidap penyakit lemah otot atau myopathy dan

thalassemia, masing-masing sudah menanam cita-cita menjadi doktor apabila dewasa kelak.

Hadirin sekalian,

Di antara mukjizat baginda,

Allah kurnia kemerduan suara,

Page 3: Kisah Nabi Daud A

Zabur dibaca lunak dan merdu,

Burung terbang hinggap terpaku

Sambil memuji Allah yang satu.

Satu lagi mukjizat nabi,

Besi dibentuk menggunakan jari,

Itulah anugerah daripada Ilahi.

Surah Saba’ ayat 10, maksudnya :

“Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah bersama Daud. Dan kami telah

melembutkan besi untuknya”

Banyak perkara ajaib di dunia ini. Contohnya penemuan kalimah Allah pada pokok, awan,

buah-buahan dan sebagainya. Itulah bukti Allah maha berkuasa.

Nabi Daud ahli ibadah,

Solat dan zikir silih berganti

Puasa pula selang sehari

Setiap detik ingat Ilahi.

Surah Sad ayat 17,maksudnya :

Page 4: Kisah Nabi Daud A

“dan ingatlah akan hamba Daud yang mempunya kekuatan ( dalam pegangan agamanya).

Sesungguhnya dia sentiasa merujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi

perintah Kami”

Ketika menjadi nabi dan raja,

Rakyat jelata sayangkan baginda,

Kerajaan kuat, luas pemerintahannya,

Berkat kesabaran taatkan Yang Esa.

Contohilah ibadah puasa dan solat Nabi Daud..Menjalani ibadah dengan ikhlas akan

menghindarkan kita daripada melakukan gejala negatif seperti penagihan dadah,merompak

dan membunuh yang sememangnya dilarang agama. Negara kita juga telah dikejutkan

dengan kejadian 17 kes rompakan melibatkan mesin pengeluaran wang automatik yang telah

dilaporkan oleh institusi perbankan sehingga September 2012. Perkara ini sewajarnya tidak

terjadi andainya kita kembali ke jalan Islam.

100 tahun usia baginda,

Dalam sujud ajalnya tiba

Ketika jenazah diusung ke pengebumian

Itulah saat paling memilukan

Puluhan rakyat menyaksikan

Beburung naungi jenazah kesayangan

Surah Sad ayat 25, maksudnya :

Page 5: Kisah Nabi Daud A

“Dan sesungguhnya dia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali

yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak)”

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti mati.Harimau mati meninggalkan belang manusia mati

meninggalkan nama.Contohilah para tokoh yang telah berjasa pada negara ,walaupun telah

lama meninggalkan kita namun sumbangan mereka masih kita kecapi sehingga kini.

Kisah nabi jadi pedoman,

Berbuat baik sesama insan,

Ingatlah pada Ar-Rahman,

Jadilah hamba beriman.

Sekian wabbillahi taufik wal hidayah, wasalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh.