135

kitar semula

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Mg

Citation preview

Page 1: kitar semula
Page 2: kitar semula

i

Page 3: kitar semula

ii

KEBERKESANAN PROGRAM KITAR SEMULA

KAJIAN KES: TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU

NURSHAHIDA BINTI OMRAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam – Alam Sekitar

Fakulti Kejuruteraan Awam

Univeristi Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2005

Page 4: kitar semula

iii

Page 5: kitar semula

iv

DEDIKASI

Bismillahirrahmanirrahim......

“ Ya Allah.... Wahai Tuhan yang maha mengetahui ....Ajarkanlah kami apa yang kami

jahil, ingatkanlah kami apa yang kami lupa, tunjukkanlah kami jalan-jalan yang

selamat, lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhkanlah kami daripada

segala kekejian samada nyata daripadanya mahupun yang tersembunyi.”

“ Ya Allah .... Terangilah hatiku ini dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana

Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya dengan rahmatMu

wahai Tuhan yang maha pengasih.”

Amin ......

Khas buat ayahanda

Ir. Omran bin Hj. Ab. Hamid,

bonda

Che Fatimah binti Embong,

kakanda

Dr. Nurliana binti Omran,

sahabat yang dikasihi

Ghazaly bin Bakar,

penasihat akademik Puan Azmahani binti Abd. Aziz,

penyelia projek sarjana muda Puan Normala binti Hashim

juga rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa diingati ......

Page 6: kitar semula

v

PENGHARGAAN

Sabda Rasulullah SAW:

"Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan

memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Dan para malaikat meletakkan naungan

sayapnya para orang menuntut ilmu itu kerana sangat rela apa yang dilakukannya.

Bahawasanya para ulama adalah pewaris para nabi dan sesungguhnya para nabi itu

tidak mewariskan dirham maupun dinar, akan tetapi yang diwariskan adalah ilmu. Oleh

sebab itu, barang siapa mengambil ilmu tersebut, sungguh ia telah mengambil kebajikan

teramat banyak."

(HR. Attirmidzi, Abu Daud).

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek, Puan Normala binti Hashim diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah

diberikan sepanjang proses kajian projek ini.

Terima kasih juga diucapkan buat kakitangan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

(MPJBT), pegawai 3R Southern Waste Management Sdn. Bhd. – En Zanial Mohd Salleh,

kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd. dan penduduk kawasan Taman Perling, Johor Bahru

diatas kerjasama dan luangan masa yang diberikan bagi membantu menjayakan kajian

ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu dan bapa saya kerana turut memberikan dorongan dan

membantu dalam menjayakan dan kajian ini dan memahami akan tugas saya. Juga buat

rakan-rakan seperjuangan yang memberikan sokongan dan tidak kira terlibat secara

langsung atau tidak langsung bagi proses penyiapan projek ini. Jasa anda semua tidak

sama sekali saya lupakan dan semoga Allah memberkati hidup anda semua dengan

hidayahnya. Terima kasih.....

Page 7: kitar semula

vi

ABSTRAK

Pengurusan sisa pejal pada masa kini semakin meruncing di negara kita.

Dijangkakan hayat bagi tapak pelupusan yang sedia ada hanyalah dua tahun bergantung

kepada jumlah sisa yang dijanakan. Beberapa tahun lalu Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan telah memutuskan untuk melancarkan program kitar semula di

seluruh negara sebagai jalan alternatif memanjangkan hayat tapak pelupusan.

Penguatkuasa tempatan juga melakukan usaha untuk memastikan masyarakat dididik dan

diberitahu berkenaan dengan penjagaan alam sekitar. Oleh itu, kajian di kawasan Taman

Perling, dibawah penguatkuasaan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT),

diadakan bagi mengukur tahap kesedaran masyarakat. Kajian ini penting bagi mengetahui

masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat dan dengan itu, ianya akan membantu

dalam memajukan program yang telah dibina dan membantu memperbaiki sistem

pengurusan kitar semula. Data bagi kajian literatur diperolehi daripada pengumpulan data

kajian yang lepas dan berkunjung ke pihak-pihak yang terlibat. Data bagi analisis

didapati daripada borang kaji selidik dan temubual dengan orang ramai. Data itu

kemudiannnya dianalisa menggunakan Satisfied Package for Science Statistics (SPSS)

dan tujuannya ialah untuk mendapatkan pandangan serta pendapat penduduk terhadap

pengurusan sisa pejal dan kitar semula di kawasan kajian. Kajian menunjukkan

pengurusan sisa di Taman Perling adalah baik. Walaubagaimanapun, pengurusannya

masih perlu diperbaiki bagi mengatasi masalah yang sedia ada. Terdapat hubungan

signifikan diantara kesedaran masyarakat dan latar belakang meraka, berdasarkan

keputusan Korelasi Bivariate dan ujian-T (T-test). Bagi kitar semula kertas dan plastik,

terdapat hubungan dengan bangsa dan jenis rumah responden, kitar semula aluminium

dengan jangka masa menetap dan kitar semula kaca dengan umur responden. Secara

keseluruhannya, responden yang telah berkahwin lebih prihatin dan berkeinginan untuk

mengitar semula bahan buangan mereka.

Page 8: kitar semula

vii

ABSTRACT

Nowadays, solid waste management has become a critical problem in our country.

The existing landfill age is estimated only between one to two years depending on the

amount of waste disposed. Few years ago the Ministry of Housing and Local Government

have decided to launch a recycling program through the country as an alternative way to

prolong the lifespan of the waste disposed sites. The Local Authority is also making an

effort to ensure that peoples are being thought on awareness of the environment. In

conjunction with that, a research was carried out in Taman Perling residence, under the

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah authority, to gauge the public awareness. This

study is important to know the real problems faced by the public, so that it will help in

developing an engineered program and help to improve the management system of

recycling. Data for literature reviews are collected by gathering information from past

years studies and visit the related organization. Data for analysis are collected by

questionnaire and interviews on public opinion. Then the data will be analyzed using

SPSS (Satisfied Package for Science Statistic) and purpose of the questionnaires was to

gather the views and opinions of the public regarding municipal solid waste management

and recycling program in the area. The study shows that waste management in Taman

Perling is fairly good. However, the managements still need to be polish and increase to

overcome the problems occurred. As for the recycling part, there is a significant relation

between public awareness and their background based on the Bivariate Correlation and

the T-Test results. For paper and plastic recycling, there is a significant relationship with

respondent’s racial and types of dwelling, recycle aluminum with length of stay and glass

with respondent’s age. Overall, married male and female respondents are more aware of

recycling their waste.

Page 9: kitar semula

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN i

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

HALAMAN DEDIKASI iv

HALAMAN PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

HALAMAN SENARAI JADUAL xii

HALAMAN SENARAI RAJAH xiv

HALAMAN SENARAI CARTA xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Definisi 4

1.3 Kenyataan Masalah 5

1.4 Matlamat kajian 9

1.5 Objektif kajian 10

1.6 Skop kajian 10

1.7 Kepentingan dan kebaikan kajian 11

1.8 Kawasan kajian 11

Page 10: kitar semula

ix

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori yang digunakan 14

2.3 Pengurursan Sisa Pejal 15

2.4 Punca Utama dan Penjanaan Sisa Pejal 17

2.4.1 Kawasan penjanaan sisa pejal 17

2.4.2 Pengelasan sisa pejal 20

2.5 Proses Pemungutan sisa pejal 25

2.5.1 Kaedah pemungutan 28

2.5.2 Penglibatan pihak berkuasa 29

2.6 Proses penyimpanan sisa pejal 29

2.6.1 Sistem Bekas Pegun 30

2.6.2 Sistem Bekas Punggah 31

2.7 Proses pengasingan Sisa Pejal 32

2.7.1 Pengasingan Sebelum Pelupusan 33

2.7.2 Pengasingan dikilang 33

pemprosesan

2.7.3 Pengasingan ditapak pelupusan 33

2.8 Kaedah Pengasingan 34

2.9 Proses Pelupusan Sisa Pejal 35

2.9.1 Pengurangan Isipadu 35

2.9.2 Pemprosesan Di Tapak 36

2.9.3 Kaedah Pelupusan 37

2.10 Nilai Pasaran Bahan Kitar Semula 40

2.11 Pengurusan Sisa Pejal Oleh SWM 43

2.12 Kitar Semula 45

2.12.1 Kertas 48

2.12.2 Kaca 51

2.12.3 Aluminium 52

2.12.4 Plastik 54

Page 11: kitar semula

x

2.13 Penglibatan Komuniti dalam 56

Program Kitar Semula

2.14 Tahap Pendidikan Komuniti 57

Terhadap Kempen

2.15 Pendapat Umum 58

2.16 Kempen kesedaran 59

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 60

3.2 Kaedah Pendekatan Kajian 61

3.2.1 Pemerhatian dan pengumpulan 62

Maklumat atau data

3.2.2 Proses Pengumpulan Dan 62

Penganalisian Data

BAB IV ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Pendahuluan 64

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 65

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 66

Perempuan

4.2.2 Analisis Latar Belakang Responden Lelaki 71

4.3 Analisis Sumber Maklumat Kitar Semula 77

4.4 Analisis Kesedaran Kitar Semula 78

4.5 Analisis Penglibatan Aktiviti Kitar Semula 83

Diantara Jantina

4.6 Analisis Jenis Bahan Kitar Semula dan 82

Hubungannya Dengan Latar Belakang Responden

4.6.1 Analisis Kitar Semula Kertas Dengan Latar 84

Belakang Responden

Page 12: kitar semula

xi

4.6.2 Analisis Kitar semula Aluminium Dengan 85

Latar Belakang Responden

4.6.3 Analisis Kitar Semula Plastik Dengan 87

Latar Belakang Responden

4.6.4 Analisis Kitar Semula Kaca Dengan Latar 89

Belakang Responden

4.7 Analisis Umur Dan Minat Untuk menyertai 90

Program Kitar Semula

4.8 Analisis Bilangan Responden dan Tempat 92

Mereka Kitar Semula

4.9 Analisis Tong Kitar Semula Di Kawasan Kajian 93

– Taman Perling

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan 95

5.2 Cadangan 99

5.2.1 Perundangan 100

5.2.2 Pengurusan 100

5.2.3 Pendidikan 101

5.2.4 Promosi Dan Pengiklanan 102

RUJUKAN 104

LAMPIRAN 106

Page 13: kitar semula

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Anggaran Penjanaan Sisa Pejal Bagi 8

Beberapa Buah Negara Membangun

1.2 Anggaran Janaan Sisa Pejal Bagi Beberapa 9

Bandar Utama Di Malaysia

2.1 Kriteria Yang Mempengaruhi Sumber 16

Penghasilan Sisa Pejal

2.2 Pengelasan Jenis Sisa Pejal Bandaran (Refuse) 24

2.3 Senarai Model dan Kapasiti Tong Sampah 30

2.4 Harga Barangan Yang Boleh Dikitar Semula 41

2.5 Harga Pasaran Sisa Pejal 41

2.6 Perbandingan Harga Terkini Barangan Kitar 42

Semula Dalam Kawasan MPJBT

2.7 Komposisi Sisa Pejal Bandaran 44

2.8 Bahan Yang Boleh Dikitar Semula dan 47

Kaedah Penyediaanya

2.9 Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2002) 49

2.10 Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2003) 50

2.11 Bahan Logam Yang Boleh Dikitar Semula 53

2.12 Klasifikasi Dan Penggunaan Plastik 54

2.13 Jenis Plastik Yang Boleh Dikitar Semula 55

3.1 Jadual Perancangan Kajian 61

4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan 80

Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula

4.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap 80

Pendidikan Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula

4.3 Taburan Bilangan Responden Mengikut Umur 81

Page 14: kitar semula

xiii

Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula

4.4 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jenis 81

Rumah Terhadap Bahan Yang Dikitar Semula

4.5 Ujian-t Perbezaan Penglibatan Aktiviti Kitar 82

Semula Diantara Jantina

4.6 Bilangan Responden Mengikut Kekerapan 82

Mengitar Semula

4.7 Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang 84

Responden Dengan Kitar Semula Kertas

4.8 Nilai-nilai Keertian Bagi Bangsa Dan Kitar 85

Semula Kertas

4.9 Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang 85

Responden Dengan Kitar Semula Aluminium

4.10 Nilai-nilai Keertian Bagi Jangka Masa Menetap 86

Dan Kitar semula Aluminium

4.11 Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang 87

Responden Dengan Kitar Semula Plastik

4.12 Nilai-nilai Keertian Bagi Bangsa dan Jenis Rumah 88

Dengan Kitar Semula Plastik

4.13 Korelasi Koeffisien ( r ) bagi Latar Belakang 89

Responden Dengan Kitar Semula Kaca

4.14 Nilai-nilai Keertian Bagi Umur dan Kitar 90

Semula Kaca

4.15 (a) Koeffisien Korelasi Bagi Umur Dan Aktiviti 91

Kitar semula Yang Minat Dijalankan

4.15 (b) Nilai-nilai Keertian Bagi Umur Dan Aktiviti 92

Kitar Semula Yang Minat Dijalankan

4.16 Senarai Lokasi Tong Kitar Semula Di Sekitar 94

Taman Perling

Page 15: kitar semula

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Aliran Proses Pemungutan Sampah Oleh 27

Southern Waste Management

2.2 Pintu Masuk Pusat Kitar Semula dan Stesen 27

Pemindahan Sisa Pejal di Jalan Taruka Larkin

2.3 Salah Satu Sistem Kenderaan Pemampat Yang 29

Digunakan Di Malaysia

2.4 Pelupusan Menggunakan Kaedah Kawasan 37

2.5 Sistem Pelupusan Kaedah Kawasan Sedang 38

Dijalankan

2.6 Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan 39

2.7 Diagram Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan 39

2.8 Aliran Bahan dan Penjanaan Sisa Pejal Dalam 45

Masyarakat

2.9 Proses Mengitar Semula 47

2.10 Salah Satu Tong dan Kaedah Yang Digunakan 50

Pengumpulan Kertas Sebelum Dikitar Semula

2.11 Pameran Dan Jualan Hasil Kertas yang Telah 51

Dikitar Semula Sempena TV3 Sure Heboh 2004

2.12 Jenis-jenis Botol Yang Boleh Dikitar Semula 52

2.13 Proses Pengumpulan Tin-tin Aluminium Sebelum 53

Dikitar Semula

2.14 Pengumpulan Botol-botol Plastik Untuk Dikitar 55

Semula di Beijing, China

Page 16: kitar semula

xv

SENARAI CARTA

CARTA TAJUK MUKA SURAT 4.1 Peratus Responden Perempuan Mengikut Umur 66

4.2 Peratus Responden Perempuan Mengikut Bangsa 67

4.3 Bilangan Responden Perempuan Mengikut 68

Tahap Pendidikan

4.4 Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pekerjaan 68

4.5 Bilangan Responden Perempuan Mengikut 69

Pandapatan Bulanan

4.6 Bilangan Responden Perempuan Mengikut Masa 70 Menetap Di Kawasan Kajian

4.7 Bilangan Responden Perempuan Mengikut Kategori 70

Rumah dan Tahap Pemilikan

4.8 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Umur 71

4.9 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Bangsa 72

4.10 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut 73

Tahap Pendidikan

4.11 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut 73

Pekerjaan

4.12 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut 74

Pendapatan Bulanan

4.13 Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut 75

Agama Dan Taraf Perkahwinan

4.14 Bilangan Responden Lelaki Mengikut Kategori Rumah, 76

Tahap Pemilikan Dan Jangka Masa Menetap

4.15 Bilangan Responden Perempuan Mengikut Sumber 77

Maklumat Kitar Semula dan Pengetahuan Terhadap

Pelancaran Kitar Semula

Page 17: kitar semula

xvi

4.16 Bilangan Responden Lelaki Mengikut Sumber 78

Maklumat Kitar Semula dan Pengetahuan Terhadap

Pelancaran Kitar Semula

4.17 Bilangan Responden Lelaki Dan Perempuan Mengikut 79

Aktiviti Kitar Semula

4.18 Bilangan Responden Mengikut Sebab Mereka 79

Kitar Semula

4.19 Bilangan Responden Mengikut Tempat Mereka 92

Kitar Semula

4.20 Bilangan Responden Terhadap Tong Kitar Semula 94

Yang Terdapat Di Taman Perling

Page 18: kitar semula

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan salah satu negara yang semakin meningkat maju dan salah

satu daripada negara dunia ketiga yang sedang berkembang pesat dari segi industri,

ekonomi dan pembangunan. Pertambahan penduduk yang menjadi salah satu faktor

utama perkembangan ini dari sehari ke sehari telah menjadi satu fenomena dimana

ianya telah menyebabkan jumlah penjanaan sisa pejal dari setiap premis atau kawasan

juga turut meningkat. Kawasan atau premis ini termasuklah kawasan perindustrian

atau perkilangan, kawasan perumahan atau taman-taman perumahan, kedai-kedai,

restoran dan sebagainya. Dengan bertambahnya jumlah penjanaan sisa pejal, ini akan

mengakibatkan ruang di tapak pelupusan sampah dinegara ini terhad dan tidak

mencukupi. Dianggarkan setiap orang menghasilkan sampah lebih kurang 0.7 kg

dalam masa sehari. Dengan jumlah sebanyak itu, menjadikan jumlah keseluruhan sisa

pejal yang dihasilkan di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru adalah lebih

kurang 143 500 kg sehari. Dalam masa satu tahun, jumlah sisa pejal yang dihasilkan

oleh penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru adalah sebanyak 51 660

tan.

Page 19: kitar semula

2

Kombinasi daripada pertumbuhan penduduk dan pembangunan yang sedang

pesat membangun serta kemajuan dan teknologi yang semakin canggih pada masa

kini, telah mewujudkan bidang penciptaan bagi menghasilkan barang-barang baru

untuk kemudahan manusia. Peningkatan yang ketara ini telah banyak mengubah gaya

hidup manusia terutama sekali penduduk di Malaysia dan menjadi faktor penggalak

kepada penghasilan sisa pejal [Zuraida Zulkifli, 1998]. Penggunaan bahan daripada

kertas, plastik, botol, tin aluminium dan sebagainya kian meningkat dan bahan-bahan

ini adalah bahan yang boleh dikitar semula. Ini sekaligus menambahkan lagi kuantiti

sisa yang perlu dijana dan dihantarkan ke tapak pelupusan. Malah, sisa yang terdiri

daripada bahan-bahan tersebut adakalanya dibuat daripada bahan yang tidak mudah

reput. Dianggarkan dalam satu tahun jumlah sisa pejal yang terhasil kira-kira

sebanyak 2.7 tan [Era Hijau, 1997]. Oleh itu masyarakat seharusnya sedar bahawa

bahan buangan mereka sebenarnya adalah terdiri daripada bahan yang boleh dikitar

semula. Dengan mengitar semula, kita dapat menjimatkan kos pelupusan sisa pejal

dan dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru untuk menghasilkan bahan-

bahan tersebut. Tenaga juga dapat dijimatkan dengan mengitar semula bahan-bahan

tersebut. Kos yang tinggi bagi mengurus dan mengendalikan pelupusan sisa pejal

perlu diberi perhatian terutamanya dengan kerjasama daripada pihak berkuasa

tempatan dan pihak swasta.

Pelupusan sisa pejal yang tidak teratur dan tidak mengikut prosedur yang

ditetapkan akan menyumbang kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan sisa

pejal. Pelupusan sisa pejal yang kurang sempurna adalah lebih membahayakan

kesihatan kerana sekurang-kurangnya 22 penyakit manusia adalah berpunca daripada

sisa pejal. [Noraini Jaafar,1994] . Pembiakan nyamuk, lalat dan tikus di tempat

pelupusan sisa pejal akan menyebabkan penyakit daripada haiwan berkenaan yang

bebas berkeliaran tersebar kepada manusia. Pengaliran air sampah ke dalam tanah

juga akan menyebabkan air bumi tercemar dan seterusnya mengalir ke bekalan air

mentah.

Page 20: kitar semula

3

Di Johor Bahru, selain daripada majlis perbandaran, syarikat swasa turut

memainkan peranan bagi memudahkan kerja-kerja pengumpulan dan pengutipan

sampah di setiap tempat yang ditetapkan mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh

kedua-dua belah pihak. Southern Waste Management (SWM) dan Alam Flora adalah

merupakan dua syarikat yang diberikan kontrak bagi menguruskan sisa pejal dan

tapak pelupusan serta pengasingan dan guna semula.

Program kitar semula adalah dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan yang dilancarkan pada awal tahun 1990 dan berterusan sehingga sekarang

bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kitar semula dan

kebaikan kitar semula. Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan program ini di

kawasan masing-masing dan membelanjakan antara 40 hingga 70 peratus daripada

hasil kutipan tahunan mereka untuk menguruskan sampah [Berita Harian, 2 April

2001]. Sebagai langkah untuk mengurangkan sisa pejal dan memperkenalkan kitar

semula di Johor Bahru, kerajaan negeri telah melancarkan kempen kitar semula pada

Mac 2000 untuk seluruh negeri Johor bagi menunjukkan betapa pentingnya kitar

semula dan perlunya penglibatan setiap peringkat mesyarakat dalam menjayakan

program kitar semula.

Bagi program kitar semula diperingkat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

(MPJBT) pula, ianya dilancarkan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Hj Abdul

Ghani Othman pada 18 Mac 2001 yang lalu, bertempat di Giant Hypermarket,

Plentong. Dalam program tersebut, pihak MPJBT dan Southern Waste Management

(SWM) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kempen/program dan juga

merancang aktiviti yang berterusan bagi memastikan kejayaan kempen kitar semula

[Laporan Aktiviti Program Kitar Semula MPJBT, 2004].

Page 21: kitar semula

4

1.2 Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang

disusun oleh Dr Teuku Iskandar terbitan tahun 1984, maksud keberkesanan

ditafsirkan sebagai sesuatu tindakan yang diambil itu dapat dilihat daripada hasil yang

diperolehi sesudahnya. Dengan erti kata lain keberkesanan bermaksud tahap

pencapaian yang dicapai daripada sesuatu benda atau perkara yang dibuat.

Manakala program pula dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua, DBP

sebagai rancangan yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan.

Kamus Dewan Edisi Kedua cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang disusun

oleh Dr Teuku Iskandar terbitan tahun 1984 menyatakan bahawa kitar semula

ditakrifkan sebagai memperolehi atau mendapatkan semula bahan buangan seperti

kaca, plastik, kertas, aluminium atau sebagainya yang mana ia kemudiannya

dikumpul, diasingkan dan diproses semula kepada produk asal atau produk baru yang

lain. Dalam maksud lain, kitar semula merupakan satu proses yang memaksimumkan

penggunaan sisa pejal dan juga menjimatkan tenaga. Pendek kata, kitar semula dapat

menjimatkan kos, tenaga sekaligus mengurangkan penggunaan bahan baru. Ini dapat

mengurangkan penggunaan tanah yang tinggi sebagai tapak pelupusan serta

penggunaan bahan asli bagi mendapatkan barangan tertentu.

Bagi sisa pejal pula, ianya lebih diketahui sebagai benda yang tidak berubah

bentuk dan ditinggalkan setelah digunakan, dipakai, dimakan atau sebagainya. Dalam

konteks kajian ini, sisa pejal yang dimaksudkan adalah bahan buangan manusia

seperti kertas, plastik, kayu, tin, besi dan kaca. Walaupun ia dianggap tidak bernilai

bagi sesetengah pihak namun ia perlu diuruskan dengan baik agar tidak mencemarkan

persekitaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan sisa pejal sebagai

sesuatu yang pemiliknya tidak memerlukan lagi pada sebarang masa dan tempat serta

tidak mempunyai nilai yang tinggi di pasaran [Zuraida Zulkifli, 1998].

Page 22: kitar semula

5

Maka dengan itu, daripada keseluruhan maksud diatas dapat kita simpulkan

bahawa kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan dan hasil

yang diperolehi daripada rancangan untuk menghasilkan semula bahan-bahan yang

telah ditinggalkan atau dibuang untuk dipakai semula.

1.3 Kenyataan Masalah

Kitar semula merupakan satu proses yang bertujuan untuk meminimumkan

penjanaan dan pembuangan sisa pejal yang semakin meningkat dengan cara

mengguna semula bahan buangan yang mempunyai nilai tinggi untuk dikitar semula

seterusnya dapat memelihara alam sekitar daripada pencemaran bahan-bahan

buangan. Ini berpotensi membawa faedah yang tinggi dari segi ekonomi dan

pemuliharaan alam sekitar.

Daripada hasil kajian yang dijalankan, masalah yang sering berkait rapat dengan

penjanaan sisa pejal adalah masalah penempatan bahan buangan di tapak pelupusan.

Ini adalah kerana kapasiti untuk tapak pelupusan adalah terhad dan dengan

mengamalkan kitar semula, tapak pembuangan juga dapat diminimumkan kerana

ruang untuk tempat pelupusan sangat terhad pada masa sekarang kerana kebanyakan

tapak digunakan untuk kemajuan. Muatan untuk tapak pelupusan kebiasaannya

memerlukan sekurang-kurangnya 20 hingga 150 ekar tanah bagi menampung sisa

pejal yang dibuang, bergantung kepada lokasi dan jumlah penjanaan yang dihasilkan

[Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan].

Kitar semula juga sebenarnya berkait rapat dengan alam sekitar kerana bahan-

bahan yang digunakan untuk membuat kertas, tin aluminium, botol kaca dan plastik

diperolehi daripada penebangan pokok, peleburan logam, kaca dan sebagainya. Selain

daripada masalah kekurangan tapak pelupusan, isu pemeliharaan dan pemuliharaan

Page 23: kitar semula

6

alam sekitar juga dikaitkan dengan masalah penjanaan sisa pejal. Sebagai contoh, jika

pokok-pokok ditebang secara berleluasa tanpa kawalan, ia akan mengakibatkan kesan

buruk seperti tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan bumi dan kesan rumah hijau.

Dalam masa seminit 100 ekar hutan ditebang [Inspektor Arrow, TV3]. Di Amerika

Syarikat, kira-kira 500 000 batang pokok dari satu kawasan hutan diperlukan bagi

membekalkan akhbar kepada penduduknya setiap hari. [Era Hijau, 1996].

Pencemaran alam sekitar dan kepupusan habitat flora dan fauna juga akan

berlaku. Pencemaran alam sekitar yang dimaksudkan akan terjadi termasuklah

pencemaran air, udara dan tanah. Sebagai contoh, kebanyakan kawasan tanah yang

terdapat di negara kita merupakan kawasan tadahan air. Sekiranya kita tidak mula

mengambil tindakan sewajarnya dengan mengitar semula, tidak mustahil pada suatu

hari nanti kawasan tersebut akan digunakan sebagai tapak pelupusan sampah dan

seterusnya air larut lesap (leachate) toksik akan mencemari air minuman kita semua

[Risalah Hari Kitar Semula Kebangsaan].

Kitar semula juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga, kos dan bahan

mentah di tahap paling minimum jika dibandingkan dengan penghasilan semula

bahan baru menggunakan bahan mentah, iaitu:

Bahan mentah + Tenaga x 4 = Bahan baru

Manakala,

Kitar semula + Tenaga x 1 = Bahan baru

[Inspektor Arrow,TV3]. Ini secara tidak langsung akan menjimatkan ekonomi negara.

Sebagai contoh, dengan mengitar semula sebiji botol kaca berupaya menjimatkan

tenaga bagi menyalakan mentol yang berkuasa 100 watt selama 4 jam. Selain

daripada itu juga, ia dapat menurunkan suhu lebur untuk kaca baru dengan

penjimatan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca [Era Hijau,

1996].

Page 24: kitar semula

7

Daripada bahan yang dikitar semula, 3.7% adalah kaca dimana ia adalah bahan

yang paling tinggi penggunaannya dan mudah untuk dikitar semula. Bagi kertas dan

plastik pula, pengurangan penggunaannya dapat dilakukan dengan mudah jika kita

sebagai pelanggan di gerai-gerai minuman dan makanan membantu dalam

memainkan peranan meminimakan penggunaan bahan tersebut. Jika kita tidak

membungkus air minuman atau makanan, sebaliknya hanya minum dan makan di situ

sahaja menggunakan cawan dan pinggan yang telah disediakan, kita secara tidak

langsung telah membantu dalam proses kitar semula dalam mengurangkan

penggunaan kertas dan plastik disamping peniaga berkenaan dapat menjimatkan kos

perniagaannya. Tin aluminium lebih banyak digunakan iaitu 2/3 daripada tin

minuman ringan kerana nilai kitar semula tin aluminium adalah sangat tinggi dan

sangat popular dikitar semula selepas kertas dan kaca [Inspektor Arrow, TV3].

Berdasarkan Jadual 1.1, anggaran penjanaan sisa pejal bagi beberapa buah

negara membangun telah dibuat oleh pihak Southern Waste Management pada tahun

2000 telah menunjukkan bahawa New York, USA menjanakan sisa pejal paling

banyak, iaitu 1.8 kg seorang dalam sehari. Ini kemungkinan disebabkan oleh New

York merupakan bandar besar yang pesat membangun dan dipenuhi dengan aktiviti

perindustrian yang rancak. Ini diikuti pula dengan Rome, Tokyo, Paris dan Hong

Kong dengan masing-masing 1.8, 1.71, 1.61 dan 1.5 kg seorang dalam sehari. Ini juga

disebabkan oleh kepesatan pembangunan dan aktiviti perindustrian yang rancak di

bandar tersebut, yang juga merupakan bandar yang popular dengan aktiviti

pelancongan. Negara yang paling sedikit menjanakan sisa pejal mengikut Jadual 1.1

adalah Manila, Filipina. Ini berikutan Manila merupakan sebuah kepulauan kecil dan

tidak banyak perindustrian yang dijalankan disana. Pembangunan juga tidak pesat

membangun. Jadual 1.2 pula menunjukkan anggaran penjanaan sisa pejal bagi

beberapa bandar utama di Malaysia. Ianya menunjukkan trend yang sama, dimana

bandar-bandar utama yang pesat membangun dengan jumlah bilangan penduduk yang

ramai menjanakan sisa pejal yang paling banyak. Bandar utama yang paling banyak

menjanakan sisa pejal ialah Kuala Lumpur dann diikuti oleh Johor Bahru dengan

anggaran sisa yang terjana 1.75 dan 1.60 kg seorang dalam sehari.

Page 25: kitar semula

8

Jadual 1.1: Anggaran Penjanaan Sisa Pejal Bagi Beberapa Buah Negara Membangun

Negara Jumlah sisa yang terjana

(kg/orang/hari)

Lahore, Pakistan

Tunis, Tunisia

Manila, Filipina

Bandung, Indonesia

Calcutta, India

New York, USA

Tokyo, Jepun

Paris, Perancis

Hamburg, Jerman Barat

Rome, Italy

Hong Kong

0.7

0.65

0.6

0.66

0.61

1.8

1.61

1.52

1.43

1.71

1.5

Sumber: SWM Corporate Communications Department, 2000

1.4 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ialah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program

kitar semula yang dilaksanakan di kawasan kajian dalam konteks usaha untuk

mengurangkan penjanaan serta pelupusan sisa pejal melalui maklum balas semasa

daripada penduduk melalui kempen yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan

agar usaha-usaha mengurang, mengguna semula dan mengitar semula ( 3M ) dapat

diaplikasikan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Kajian ini juga untuk

mengetahui sejauh mana pengetahuan dan kesedaran penduduk tentang adanya

Program Kitar Semula yang telah dilancarkan pada tahun 2001 ini.

Page 26: kitar semula

9

Jadual 1.2: Anggaran janaan sisa pejal bagi beberapa Bandar utama di Malaysia

Bandar Bilangan Penduduk Anggaran Pihak

Berkuasa

(Matrik tan)

Sisa Yang Terjana

(kg/orang/hari)

Kuala Lumpur

Johor Bahru

Alor Setar

Kota Bharu

Melaka Tengah

Seremban

Kuantan

Kinta

Perlis

Pulau Pinang

Kota Kinabalu

Kuching

Petaling Jaya

Klang

Gombak

Kuala Terengganu

1 150 000

750 000

325 000

371 000

297 000

265 000

255 000

628 000

184 000

1 065 000

208 000

368 000

633 000

407 000

353 000

275 000

2 500

1 300

350

210

151

192

141

369

123

778

146

258

930

580

480

165

1.75

1.60

0.90

0.63

0.52

0.81

0.57

1.20

0.67

0.73

0.70

0.70

1.47

1.43

1.36

0.60

Sumber: Southern Waste Management Sdn Bhd, 2004

Page 27: kitar semula

10

1.5 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah :

a) Menilai tahap kefahaman masyarakat tentang kitar semula dan kesedaran

masyarakat terhadap program ini.

b) Memperkenalkan serta menyebarkan program ini kepada masyarakat.

c) Menilai minat dan tahap sokongan masyarakat terhadap program ini.

d) Menilai sejauh manakah keberkesanan program kitar semula dalam pelbagai

aspek.

1.6 Skop Kajian

Skop kajian yang dijalankan merangkumi beberapa aspek iaitu kesedaran

program, pelaksanaannya, tahap pendidikan, kehidupan sosial, penglibatan serta

pendapat masyarakat terhadap program kitar semula yang dijalankan oleh Pihak

Berkuasa Tempatan. Ianya bertujuan untuk menilai keberkesanan serta kemampuan

program yang dilaksanakan di kawasan Taman Perling melalui kajian soal selidik dan

mendapatkan serba sedikit maklumat daripada pegawai 3R - SWM dan juga Alam

Flora. Ianya juga menilai peranan orang ramai untuk menjayakan program kitar

semula dengan mengadakan kaji selidik di pasaraya, pusat kitar semula dan juga

pusat beli semula yang berdekatan dalam kawasan kajian, dalam usaha

mengurangkan penjanaan sisa pejal.

Page 28: kitar semula

11

1.7 Kepentingan dan Kebaikan Kajian

Kajian ini penting bagi menilai sejauh manakah keberkesanan program kitar

semula yang telah diperkenalkan selama enam tahun ini dan mengkaji sejauh

manakah peranan masyarakat setempat dalam menjayakannya. Kajian ini juga

bertujuan untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjayakan

program kitar semula dengan berkerjasama dalam menjayakan kajian ini.

Page 29: kitar semula

12

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui dengan

lebih banyak lagi maklumat dan fakta yang akan membantu dalam kajian yang dibuat

berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan. Ianya juga sedikit sebanyak

membantu dalam penghasilan laporan dan juga mengenalpasti kaedah yang perlu

dilakukan bagi melaksanakan kajian. Ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih

terperinci dan khusus mengenai kitaran yang berlaku dalam proses kitar semula

terutama sekali pengurusannya, komposisi sisa yang terjana, analisis-analisis yang

dibuat, pemprosesan, jentera-jentera yang terlibat dan juga jumlah tong kitar semula

yang telah ditempatkan di sekitar kawasan kajian bagi mengetahui keberkesanan

program kitar semula yang telah dilancarkan. Pendek kata, kajian literatur adalah

bertujuan bagi memantapkan lagi kajian yang dijalankan.

Sisa pejal merupakan bahan buangan berbentuk pepejal sepenuhnya atau separa

pepejal yang terhasil daripada aktiviti seharian manusia. Bahan buangan tersebut

merupakan bahan yang tidak diperlukan atau tidak dapat digunakan lagi. Sebagai

contoh, sisa bandaran semakin meningkat akibat perkembangan sains dan teknologi

Page 30: kitar semula

13

yang telah menjurus kepada penciptaan barangan baru yang lebih kompleks dengan

tujuan untuk memudahkan kegiatan seharian manusia.

Selain daripada itu, pertambahan sisa pejal yang perlu dilupuskan dari masa ke

semasa memerlukan pengawasan bagi mengelakkan masalah yang timbul akibat

lebihan sisa ini. Ini menimbulkan kesukaran bagi pihak Majlis Perbandaran ataupun

Bandaraya dalam mengatasi peningkatan sisa yang semakin bertambah dan juga

menyukarkan pihak pengurusan dalam memantau keadaan di tapak pelupusan.

Kebanyakan masalah ini berpunca daripada sistem pengurusan sisa yang kurang

efektif dan berkesan. Maka dengan itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah

menswastakan pengurusan bagi pengurusan sisa pejal.

Melalui hasil kajian yang dibuat, kitar semula telahpun dijalankan oleh negara-

negara maju terlebih dahulu dan telah mendapat sambutan yang baik daripada semua

penduduk negara tersebut. Jepun sebagai contohnya, telah memperkenalkan program

kitar semula kepada penduduk negaranya dan telah berjaya mengurangkan sisa pejal

yang dihasilkan sebanyak 20%. Semua ini adalah kerana kesedaran dan rasa

tanggungjawab rakyat negara itu terhadap kepentingan kitar semula. [Risalah SWM,

2003]. Negara-negara maju yang lain yang juga turut bersama-sama menjayakan kitar

semula termasuklah Britain, Australia, Kanada, Amerika, Switzerland, Denmark,

German, Netherlands, Finland dan lain-lain negara [Inspektor Arrow, TV3].

Kejayaan yang diraih oleh negara-negara di rantau ini telah meyakinkan pihak

pengurusan MBJB untuk mempraktikkan program ini selaras dengan kehendak

kerajaan yang telah melancarkan program ini untuk dijayakan bersama oleh semua

pihak. Bagi memastikan program kitar semula berjaya, pengetahuan tentang

pengurusan sisa pejal adalah perlu dan penghasilannya memerlukan pengurusan yang

mantap. Pengurusan sisa pejal mengandungi empat ciri yang penting iaitu penjanaan,

penyimpanan, pemungutan dan pelupusan.

Page 31: kitar semula

14

2.2 Teori yang digunakan

Beberapa orang pengkaji telah membuat kajian mengenai kitar semula dan

menjalankan penilaian terhadap populasi di suatu tempat mengenai kemampuan dan

kejayaan mereka dalam melaksanakan program kitar semula. Mereka juga membuat

kajian bagi melihat sejauh mana kitar semula berperanan dalam kehidupan

masyarakat setempat dan sejauh mana masyarakat mengamalkannya bagi mengurangi

sisa pejal yang dihasilkan.

Sebagai contoh, melalui kajian yang dihasilkan oleh Mohd Fathi Yassir (2001)

dengan penulisannya yang berjudul Kitar Semula Bahan Buangan Berdasarkan Kertas

– Kajian Kes: Taman Universiti, merumuskan bahawa populasi melaksanakan kitar

semula dan menyokong sepenuhnya program kitar semula. Kajian yang dijalankan

oleh Zuraida Zulkifli (1998) pula, yang telah menghasilkan Projek Sarjana Muda

yang berjudul Kitaran Semula Sisa Pejal Di UTM - Satu Kajian Kemungkinan, telah

melakukan kaedah soal selidik dan temubual bagi mendapatkan maklum balas dan

data mengenai kajian tersebut. Hasil daripada soal selidik dan temubual tersebut,

jawapan positif telah diperolehi dan data yang dicatatkan juga menunjukkan

peningkatan kesedaran populasi terhadap kepentingan kitar semula. Begitu juga yang

dilakukan oleh Paizol Paiman yang telah menghasilkan projek yang berjudul Potensi

Kaedah Kitar Semula Dan Guna Semula Sisa Pejal – Kajian Kes Kampus UTM

Skudai pada tahun 1997 dan juga projek yang dihasilkan oleh Harminderjeet Kaur a/p

Kuldip Singh bagi tajuk Pengurangan Sisa Secara Guna Semula Dan Kitar Semula –

Kajian Kes Di Petaling Jaya pada tahun 1995.

Maka dengan itu, dalam mengetahui keberkesanan program kitar semula ini

bagi kajian yang dijalankan pada kali ini, kaedah temubual dan soal selidik juga

dilakukan disekitar kawasan kajian.

Page 32: kitar semula

15

2.3 Pengurusan Sisa Pejal

Sisa pejal adalah merupakan bahan buangan pepejal yang terdiri daripada

campuran pelbagai jenis bahan seperti kertas, plastik, botol, besi, kayu dan

sebagainya atau lebih dikenali sebagai sampah. Ianya bermaksud bahan atau barangan

yang tidak diperlukan dan digunakan lagi dan seterusnya dibuang. Kitar semula dapat

mengurangkan sampah kerana tidak semua bahan yang dibuang itu tidak boleh

digunakan lagi kerana terdapat barangan atau bahan yang masih digunakan semula

dalam penghasilan bahan baru dan masih boleh dimanfaatkan.

Pertambahan sisa pejal pada masa kini telah menyebabkan Pihak Berkuasa

Tempatan terpaksa memikirkan cara yang lebih berkesan bagi menangani masalah

timbunan sampah di tapak pelupusan. Oleh itu, satu sistem pengurusan sisa pejal yang

berkesan telah diperkenalkan dan operasi pengurusan yang profesional juga dicari

supaya masalah penjanaan sisa pejal yang semakin meruncing ini dapat diatasi. Salah

satu cara yang dilakukan ialah dengan menswastakan pengurusan sisa pejal untuk

dijalankan oleh pihak yang dilantik khusus untuk mengendalikan pengurusan sisa

pejal. Ini adalah kerana badan kerajaan, melalui majlis perbandaran tidak mampu

menguruskan sisa pejal secara bersendirian dan dengan itulah beberapa syarikat

swasta telah dilantik bagi melicinkan pengurusan bahan buangan berkenaan. Mereka

bertanggungjawab dalam kerja-kerja pemungutan, penyimpanan dan melupuskan sisa

pejal yang dihasilkan oleh sesebuah kawasan. Melalui kaedah pengurusan yang

mantap dan berkesan, sisa pejal dari seluruh tempat dapat diuruskan dengan baik dan

sedikit sebanyak masalah yang timbul akibat daripada sisa pejal dapat dikurangkan.

Pengurusan sisa pejal secara amnya mempunyai beberapa elemen penting

seperti penjanaan sisa, penyimpanan di tapak, kutipan, kerja-kerja mengalih dan

mengangkut, pemprosesan dan kitar semula serta pemprosesan. Walaubagaimanapun,

hanya empat elemen sahaja yang digunakan dinegara kita iaitu penjanaan,

penyimpanan, pemungutan dan juga pelupusan. Namun begitu, dalam usaha untuk

mengurangkan pelupusan sisa pejal di tapak, kaedah kitar semula merupakan satu

Page 33: kitar semula

16

kaedah yang dikatakan dapat membantu dari segi mencapai matlamat mengurangkan

kuantiti sisa pejal yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan.

Jadual 2.1: Kriteria yang mempengaruhi sumber penghasilan sisa pejal

Sumber Jenis Sumber Jenis sisa yang terhasil

Kawasan Kediaman Rumah murah, rumah

berkembar, banglo

sederhana, banglo

apartmen

Sisa makanan, sampah,

habuk, sisa terpilih

Perdagangan Gudang, restoran, pasar,

bangunan pejabat, hotel,

bangunan perkhidmatan

Sisa makanan, sampah,

habuk, sisa kemasan dan

binaan, sisa terpilih

Bandar Gudang, restoran, pasar,

bangunan pejabat, hotel,

bangunan perkhidmatan

Sisa makanan, sampah,

habuk, sisa kemasan dan

binaan, sisa terpilih

Industri Pembinaan, industri berat,

jentera kimia,

perlombongan, reactor

kuasa

Sisa makanan, sampah,

habuk, sisa kemasan dan

binaan, sisa terpilih

Kawasan Lapang Lorong, taman, lebuh raya,

taman rekreasi

Sisa terpilih, sampah

Loji Rawatan Air, air sisa, industri,

proses rawatan

Sisa rawatan, sisa hasil

daripada pembinaan

Kawasan Pertanian Bendang, lading, kawasan

ternakan

Sisa makanan, sisa

tanaman dan sisa tani

Sumber: Institute Of Solid Wastes Of American Public Works Association, 1990

Page 34: kitar semula

17

2.4 Punca Utama Dan Penjanaan Sisa Pejal

Sisa pejal berpunca daripada beberapa kawasan yang dikenalpasti menghasilkan

sejumlah pembuangan sisa pejal dalam kuantiti yang banyak, mengikut jumlah

populasi atau penduduk setempat. Penjanaan sisa pejal secara langsung bergantung

kepada penggunaan tanah dan lokasi yang dikenalpasti sebagai tapak pelupusan sisa

pejal. Kuantiti sisa pejal yang terhasil adalah saling berkait rapat dengan kepadatan

penduduk dan aktiviti seharian mereka, dan ini kebiasaannya tidak terjadi di kawasan

luar bandar yang jumlah penduduknya tidak terlalu padat dan aktiviti yang tidak

begitu sibuk.

Dalam menentukan perancangan sesuatu sistem sisa pejal terutama sekali

kaedah kutipan dan pelupusan sisa yang lebih berkesan, data komposisi sisa pejal

serta kuantiti yang dijana perlu diperoleh terlebih dahulu bagi menentukan perjalanan

kerja-kerja pengurusan sisa pejal dari segi kos pengurusan dan masa yang diperlukan.

Penjanaan sisa yang banyak akan menyebabkan pertambahan kos pengurusan dan

menyebabkan jangka hayat sesebuah tapak pelupusan itu menjadi pendek. Oleh itu,

dengan mengitar semula bahan sisa berkenaan, dapatlah menyelesaikan masalah

longgokan sisa pejal yang terjana di tapak pelupusan.

2.4.1 Kawasan Penjanaan Sisa Pejal

Penjanaan sisa pejal pada kebiasaannya bergantung kepada tahap penggunaan

tanah dan juga pengezonan sesebuah kawasan. Selalunya kebanjiran sisa pejal

terutama sekali sisa bandaran di tapak pelupusan adalah seringkali berkait dengan

jumlah kepadatan penduduk dan kepelbagaian aktiviti penduduk yang kebanyakannya

tidak terkawal berbanding dengan kehidupan di desa dan di kawasan pedalaman.

Page 35: kitar semula

18

Melalui kajian dan hasil penelitian yang dijalankan, terdapat enam punca utama

penjanaan sisa pejal yang telah dikenalpasti untuk dikategorikan kepada beberapa

kawasan dan kawasan yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada peningkatan

sisa pejal adalah seperti berikut:

a) Kawasan Kediaman

Kawasan kediaman merangkumi kawasan rumah-rumah kediaman di

kawasan kediaman atau taman, pangsapuri, flat, kondominium, asrama,

setinggan dan sebagainya yang meliputi kawasan tempat tinggal penduduk.

Sisa yang kebiasaannya dihasilkan adalah merupakan bahan lebihan makanan,

buangan isi rumah, sampah sarap seperti daun-daun, debu-debu, dahan-dahan

pokok, suratkabar dan sebagainya yang terdiri daripada buangan kering atau

basah.

b) Kawasan Perindustrian atau Perdagangan

Meliputi kawasan yang mempunyai kilang, gudang penyimpanan, tekstil

dan pusat pemprosesan bahan untuk tujuan perkilangan, bengkel kereta dan

sebagainya. Sisa pejal yang terjana adalah pada kebiasaannya besi, kotak,

kayu, plastik dan lain-lain.

c) Kawasan Perniagaan

Kawasan perniagaan ini meliputi premis-premis perniagaan seperti

warung, restoran, kedai-kedai, pasaraya, pusat membeli-belah, bangunan

pejabat dan juga gerai-gerai. Sisa yang biasanya dihasilkan seperti kertas,

platik, sisa makanan, buangan basah dan kering, sampah-sarap dan

sebagainya.

Page 36: kitar semula

19

d) Kawasan Pertanian

Kawasan pertanian adalah seperti kawasan penanaman sayur, buah-

buahan, ladang-ladang kelapa sawit, getah dan kawasan ternakan haiwan.

Kawasan ini melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan haiwan seperti

pembajaan, penyiraman, pemberian makanan, pembajakan dan sebagainya.

Sisa yang terhasil kebiasaannya buangan pertanian, baja, poko-pokok kering,

kayu-kayuan, tumbuh-tumbuhan mati, kotak dan sebagainya.

e) Kawasan Pusat Perawatan

Meliputi kawasan pusat penyelidikan, hospital, poliklinik, klinik

kerajaan dan swasta dan juga kawasan pengolahan serta perawatan air yang

mana kawasan banyak membuang sisa merbahaya sama ada dalam bentuk

pejal atau cecair.

f) Kawasan Terbuka

Kawasan ini meliputi kawasan dimana manusia menjalankan aktiviti

riadah dan aktiviti sampingan seperti kawasan taman-taman rekreasi, kawasan

persekitaran bandaraya, tapak perkhemahan dan juga kawasan perkelahan.

Selain daripada itu, kawasan jalanraya, lebuhraya dan lorong-lorong juga

dinyatakan sebagai kawasan terbuka yang mana terdapat juga hasil sisa yang

dihasilkan.

Page 37: kitar semula

20

2.4.2 Pengelasan Sisa Pejal

Sisa pejal dikategorikan sebagai bahan buangan daripada jenis bukan cecair dan

gas yang dibuang oleh isi rumah, perdagangan, industri, pembinaan, institusi,

rekreasi, pertanian serta daripada aktiviti perlombongan. Sisa-sisa ini boleh

dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut kelas dan pengasingan, berdasarkan

jenis dan campuran bahan yang dibuang. Ianya berbentuk pepejal dan ada diantaranya

yang sukar untuk dilupuskan hasil daripada pembuangan kawasan yang telah

dinyatakan. Sisa pejal dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:

a) Sisa Makanan

Sisa makanan merupakan sisa ataupun saki baki daripada makanan, sayuran

yang telah rosak dan busuk, sisa pengurusan rumah tangga dan dari restoran. Sisa

makanan dikatakan berpotensi untuk menjadi rosak dan reput dalam tempoh masa

yang singkat dan seterusnya menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Kebiasaannya, kawasan kediaman, restoran, kafeteria serta kedai-kedai yang

menjual bahan makanan menjana sisa jenis ini [Era Hijau, 1999].

b) Sampah Sarap

Sampah sarap pula merupakan sisa pejal yang boleh dikategorikan kepada

dua, iaitu sampah yang boleh terbakar atau tidak boleh terbakar. Sampah yang

boleh terbakar terdiri daripada kayu, kertas, perabot, plastik, tekstil getah dan

sebagainya. Manakala bagi jenis yang tidak terbakar pula termasuklah tin, kaca,

aluminium, logam dan lain-lain. Kawasan perumahan, rekreasi dan kawasan yang

seumpamanya biasanya penyumbang besar sisa jenis ini [Era Hijau, 1997].

Page 38: kitar semula

21

c) Debu- debu Dan Sisa Pembakaran

Sisa jenis ini merupakan bahan-bahan yang tertinggal hasil daripada aktiviti

pembakaran kayu, arang batu, sampah sarap dan sebagainya. Kebiasaannya, debu

dan sisa pembakaran ini mengandungi zarah-zarah yang halus, bahan berdebu,

arang kayu dan sejumlah bahan bakar serta zarah-zarahnya [Era Hijau, 1999].

d) Bahan Buangan Industri Dan Perdagangan

Bahan buangan industri dan perdagangan ini kebiasaannya terdiri daripada bahan

serpihan, sampah sarap, debu dan terdiri daripada sisa berbahaya. Sisa-sisa ini

terjana akibat daripada aktiviti perkilangan, dari loji-loji penapisan, penjanaan

kuasa dan dari loji-loji pemprosesan. Bahan buangan sisa industri adalah terdiri

daripada kotak-kotak besar, lebihan gulungan kain, kayu, bekas simpanan bahan

mentah, serpihan bahan, lebihan bahan, tong-tong besar dan sebagainya yang

mana sebahagian daripadanya adalah berbahaya [Era Hijau, 1999].

e) Kenderaan Lama Yang Telah Ditinggalkan

Kebiasaannya terdapat di kawasan bengkel membaiki kenderaan dan

adakalanya di dalam semak samun di tepi jalan yang selalunya sukar untuk

dilupuskan dan amat menyakitkan mata yang memandang. Bangkai kenderaan

adalah terdiri daripada sisa yang boleh terbakar dan tidak mudah terbakar [Era

Hijau, 1999].

f) Bahan Buangan Pembinaan

Ianya merupakan bahan buangan yang terhasil daripada kerja-kerja

pembinaan, pengubahsuaian dan pembaikan bangunan ataupun infrastruktur yang

lain. Sisa jenis ini termasuklah sisa daripada runtuhan bangunan serta pelbagai

bahan buangan yang berlebihan dan tidak digunakan dalam kerja-kerja

Page 39: kitar semula

22

pembinaan. Sisa-sisa pembinaan terdiri daripada sisa yang boleh terbakar seperti

kayu, papan, kertas bungkusan dan sebagainya serta sisa jenis yang tidak boleh

terbakar contohnya seperti konkrit, kepingan keluli, asbestos, paku, bitumen,

simen, besi dan sebagainya [Era Hijau, 1999].

g) Enapcemar

Sisa jenis ini terhasil daripada aktiviti-aktiviti pembersihan air. Penapisan

yang dilakukan akan menyekat pepejal terampai untuk diasingkan dan dibuang.

Kebiasaannya, sisa yang terhasil terdiri daripada bahan-bahan organik yang

mudah reput. Kawasan loji pembersihan air dan kolam pengoksidaan banyak

menghasilkan sisa daripada jenis ini [Era Hijau, 1999].

h) Bahan Buangan Berbahaya

Bahan buangan berbahaya biasanya terdiri daripada sisa-sisa toksid dan bahan

kimia yang terhasil daripada aktiviti perindustrian yang banyak terlibat dalam

penghasilan bahan-bahan kimia serta dari hospital dan pusat kesihatan yang mana

banyak menjana sisa jenis klinikal. Sisa jenis ini memerlukan rawatan dan

pengurusan yang rapi dan teliti bagi mengelakkan perkara-perkaa yang tidak

diingini daripada berlaku serta tidak mencemarkan alam sekitar [Era Hijau, 1999].

i) Sisa Buangan Pertanian

Sisa jenis ini biasanya dijana di kawasan pertanian seperti kebun, ladang

ternakan, taman, sawah dan sebagainya. Bahan organik dan kimia

kebanyakkannya boleh didapati di kawasan ini hasil daripada pembuangan bekas

yang berisi racun serangga, baja dan sebagainya. Selain daripada itu, hasil

tanaman yang buruk dan busuk serta najis haiwan juga merupakan sisa yang

terjana di kawasan ini tetapi sisa jenis ini mudah reput kerana terdiri daripada

Page 40: kitar semula

23

bahan-bahan organik. Selain daripada itu, bangkai haiwan yang sudah mati juga

termasuk dalam kategori ini.

j) Sisa Buangan Terbuka

Sampah sarap yang berasal daripada kawasan terbuka seperti taman

permainan, rekreasi, jalan raya, kawasan sekeliling, buangan yang ditinggalkan

seperti rangka kenderaan, katil lama, almari kayu dan sebagainya. Sisa buangan

ini juga termasuklah sisa sampah sarap yang berterbangan daripada kawasan-

kawasan berhampiran yang biasanya terdiri daripada kertas, plastik, kain-kain

atau lain-lain bahan buangan yang mudah terbang ditiup angin.

2.5 Proses Pemungutan Sisa Pejal

Pemungutan sisa pejal merupakan salah satu operasi penting dalam kerja-kerja

pengurusan sisa pejal di sesebuah kawasan. Kebiasaannya kos operasi pemungutan

yang perlu ditanggung oleh sesebuah pihak adalah lebih tinggi berbanding dengan

menjalankan aktiviti-aktiviti lain kerana ia sangat rumit dan setiap kawasan penjanaan

harus dipastikan diurus dengan sempurna. Sisa pejal yang dijana setiap hari akan

bertambah jika tidak dipungut dan ini akan mendatangkan masalah kepada kedua-dua

belah pihak dari segi kos dan masalah kesihatan. Kawasan bandar biasanya

bermasalah kerana kepadatan penduduk berbanding luar bandar. Kekerapan proses

pemungutan bergantung kepada penjanaan sisa pejal yang dihasilkan di mana ia akan

dipungut setiap hari jika kuantiti yang dihasilkan adalah tinggi. Seringkali masalah

pemungutan sampah ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang timbul, tetapi

masalah ini lebih kritikal disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan termasuk

pengangkutan dan pengambilan buruh bagi menampung kerja-kerja terutamanya

semasa pemungutan dan pelupusan sampah.

Page 41: kitar semula

24

Jadual 2.2: Pengelasan Jenis Sisa Pejal Perbandaran (Refuse)

Jenis Komposisi Sumber

Sisa Dapur Sisa daripada penyediaan,

penyimpanan, masakan dan

hidangan makanan.

Sisa mudah terbakar:

Kertas, kotak, dahan kayu,

perabot kayu dan seumpamanya

Sampah Sarap

Sisa tidak mudah terbakar:

Logam, tin, perabot besi, kaca,

bahan-bahan mineral

Debu Sisa daripada pembakaran untuk

masakan dan juga pembakaran

untuk pelupusan sampah.

Kawasan perumahan,

restoran, kedai pasar

Sisa kaki lima Dedaun, Lumpur, bahan sisa

lain yang terdapat di dalam tong

sampah.

Kaki lima, lorong, tapak

sewaan dan denai

Sisa pembinaan Sisa kayu, paip, bahan

pembinaan yang lain.

Kawasan pembinaan,

pengubahsuaian rumah

Sisa runtuhan Papan, batu-bata, paip dan

bahan-bahan binaan yang lain

hasil daripada runtuhan struktur

bangunan

Kawasan runtuhan untuk

membina struktur

bangunan yang baru

Sisa terpilih Bahan letupan, sisa patologi,

bahan radioaktif

Kawasan rumah, hospital,

hotel, kedai, pasar,

kawasan perindustrian

Sisa loji rawatan Sisa daripada tangki septik,

bahan pepejal dan kumbahan

loji rawatan

Loji rawatan, tangli septik

Sumber: Institute For Solid Waste Of American Public Works Association, 1970

Page 42: kitar semula

25

2.5 Proses Pemungutan Sisa Pejal

Pemungutan sisa pejal merupakan salah satu operasi penting dalam kerja-kerja

pengurusan sisa pejal di sesebuah kawasan. Kebiasaannya kos operasi pemungutan

yang perlu ditanggung oleh sesebuah pihak adalah lebih tinggi berbanding dengan

menjalankan aktiviti-aktiviti lain kerana ia sangat rumit dan setiap kawasan penjanaan

harus dipastikan diurus dengan sempurna. Sisa pejal yang dijana setiap hari akan

bertambah jika tidak dipungut dan ini akan mendatangkan masalah kepada kedua-dua

belah pihak dari segi kos dan masalah kesihatan. Kawasan bandar biasanya

bermasalah kerana kepadatan penduduk berbanding luar bandar. Kekerapan proses

pemungutan bergantung kepada penjanaan sisa pejal yang dihasilkan di mana ia akan

dipungut setiap hari jika kuantiti yang dihasilkan adalah tinggi. Seringkali masalah

pemungutan sampah ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang timbul, tetapi

masalah ini lebih kritikal disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan termasuk

pengangkutan dan pengambilan buruh bagi menampung kerja-kerja terutamanya

semasa pemungutan dan pelupusan sampah.

Proses pemungutan sampah di bandar pada masa kini lebih kompleks dan agak

sukar untuk dilaksanakan akibat daripada penjanaan sisa pejal yang tidak teratur

terutamanya di kawasan perumahan dan kawasan yang lebih komersil. Akibat

daripada penjanaan sisa yang tidak teratur inilah yang menyukarkan pihak yang

berwajib untuk menjalankan kerja-kerja pemungutan sampah. Kerja-kerja

pemungutan sampah ini kebiasaannya dilakukan oleh pihak yang telah dilantik oleh

Pihak Berkuasa Tempatan mengikut kawasan. Bagi kawasan pentadbiran Majlis

Bandaraya Johor Bahru, sistem pengurusan sisa pejal ini telah diswastakan kepada

Southern Waste Management (SWM).

Kelengkapan peralatan dan khidmat buruh yang mencukupi adalah sangat

penting dalam mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan dan pemungutan sisa

pejal. Beberapa faktor memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan

sistem pemungutan sisa pejal di sesebuah kawasan. Antaranya ialah:

Page 43: kitar semula

26

1. Kekerapan kerja-kerja pemungutan

2. Jenis khidmat pemungutan yang disediakan

3. Jenis sistem pemungutan, peralatan dan jumlah tenaga kerja yang

digunakan

4. Analisa sistem pemungutan

5. Memperkenalkan teknik terbaru dalam operasi pemungutan sisa

pejal

Di negara ini, kerja-kerja pemungutan yang dilakukan adalah bergantung

kepada jumah sisa pejal yang terjana di sesebuah kawasan. Kebiasaannya, kerja-kerja

pemungutan dilakukan setiap hari bagi kawasan yang mempunyai kepadatan

penduduk yang tinggi terutama sekali di kawasan bandar dimana banyak sisa pejal

yang terjana. Bagi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang kurang

seperti di desa dan juga di kawasan pedalaman, kerja-kerja pemungutan dilakukan

setiap dua hari atau bergantung kepada jumlah sisa pejal yang terjana. Rajah 2.1

menunjukkan aliran proses pemungutan sampah yang dijalankan oleh pihak Southern

Waste Management, yang bermula dengan kutipan sampah dari kawasan perumahan.

Kemudian lori yang mengutip sampah akan ke stesen pemindahan, dimana sampah-

sampah yang dikutip akan diletakkan dalam kumpulan, sehinggalah ianya

dipindahkan ke lori pemindahan yang lebih besar dan dihantar ke tapak pelupusan.

Page 44: kitar semula

27

Rajah 2.1: Aliran proses pemungutan sampah oleh Southern Waste Management

Sumber: Seminar On Waste Recycling (Zanial Mohd. Salleh – 3R Asisstant)

Rajah 2.2: Pintu masuk Pusat Kitar Semula dan Stesen Pemindahan

Sisa Pejal di Jalan Taruka Larkin, Johor Bahru.

Kutipan sampah dari kawasan perumahan

Lori kutipan menuju ke stesen pemindahan

Di kawasan Stesen Pemindahan Sampah di pindahkan ke lori besar

Pembuangan di kawasan pelupusan

Lori pemindahan mengangkut sampah ke tapak pelupusan

Page 45: kitar semula

28

2.5.1 Kaedah Pemungutan

Kaedah pemungutan yang digunakan untuk sistem bekas pegun menggunakan

dua kaedah sistem kenderaan iaitu:

a) Sistem Kenderaan Secara Manual

Sistem ini adalah sepenuhnya menggunakan tenaga manusia atau tenaga

buruh untuk kerja pemungutan yang dijalankan. Sampah yang telah dibungkus

akan diangkat dan dicampakkan ke dalam lori tanpa bantuan sebarang mesin

pengangkat. Sistem jenis ini digunakan bagi memungut sampah-sampah daripada

tong-tong yang kecil dan hanya sesuai untuk sisa pejal yang bersaiz kecil dan

sederhana. Malah ia juga digunakan bagi memungut sampah yang terkumpul

sama ada daripada kerja-kerja lanskap ataupun pembersihan kawasan yang terdiri

daripada daun-dun kering yang telah diikat di dalam beg plastik hitam.

Kebiasaannya, lori jenis terbuka digunakan bagi memungut sampah-sampah

tersebut. Namun, sistem ini kurang efektif kerana berupaya memungut sampah

yang sedikit dan memerlukan jumlah jarak perjalanan yang jauh.

b) Sistem Kenderaan Pemampat

Sistem ini menggabungkan antara tenaga mausia dan jentera mekanikal untuk

operasi pemungutan dijalankan. Tenaga manusia adalah untuk mengangkat tong-

tong yang bersaiz kecil dan berisi sisa pejal ke dalam lori sebelum ianya

dimampatkan dan disimpan ke dalam perut lori. Manakala bekas yang lebih besar

saiznya akan ditolak menghampiri lori pemampat oleh pekerja sebelum ianya

diangkat secara sistem hidraulik ke dalam pemampat. Bekas yang telah

dikosongkan akan diletakkan kembali ke tempat asal untuk dipenuhi. Kerja-kerja

pemungutan menggunakan lori tersebut diteruskan sehinggalah kapasiti muatan

lori tersebut telah dipenuhi dan kemudiannya dibawa terus ke tapak pelupusan.

Operasi menggunakan jentera jenis pemampat ini adalah lebih efisyen kerana

Page 46: kitar semula

29

muatan yang boleh dibawanya adalah tinggi dan memerlukan tenaga buruh yang

sedikit sahaja.

Rajah 2.3: Gambar Salah Satu Sistem Kenderaan

Pemampat Yang Digunakan Di Malaysia

2.5.2 Penglibatan Pihak Berkuasa

Dalam proses pemungutan ini, Pihak Berkuasa Tempatan pada kebiasaannya

kerja-kerja pemungutan sampah ini kebiasaannya dilakukan oleh pihak yang telah

dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut kawasan. Bagi kawasan

pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru, sistem pengurusan sisa pejal ini telah

diswastakan kepada Southern Waste Management (SWM).

2.6 Proses Penyimpanan Sisa Pejal

Penyimpanan sisa pejal yang baik akan memudahkan kerja-kerja pihak yang

terbabit ketika proses pemungutan dilakukan. Bagi kawasan perumahan, sisa pejal

dibungkus di dalam beg plastik hitam sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.

Namun, pengasingan perlulah dilakukan terlebih dahulu agar memudahkan kerja-

kerja pihak terbabit untuk mengasingkan sisa yang akan dilupuskan dengan sisa yang

akan dikitar semula. Bagi kawasan komersil, tong-tong sampah pelbagai saiz

disediakan bertujuan untuk mengumpulkan kapasiti sisa sama ada banyak ataupun

sedikit.

Page 47: kitar semula

30

Untuk kawasan yang luas, tong yang lebih besar diperlukan dan disediakan

terutamanya di pasar-pasar awam, kawasan kilang dan juga kawasan rumah pangsa

dimana sisa yang dijana adalah terlalu banyak dan besar. Bagi tong kitar semula,

ianya disediakan dalam tiga jenis tong yang berlainan warna dan kegunaan bagi

memudahkan kerja-kerja pengasingan dilakukan. Kebiasaannya, tong-tong kitar

semula ini ditempatkan di kawasan yang menjadi tumpuan awam kerana kawasan ini

banyak menjana bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Terdapat pelbagai jenis

bekas penyimpanan sementara disediakan oleh pihak yang terbabit untuk kegunaan

penduduk. Diantaranya ialah Wheelie Bir – HDPE, Rear End Loader – HDPE, Rel

Bin, Rear End Loader – metal, RoRo Bin dan RoRo Bin. Kapasiti bagi setiap model

tong sampah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Senarai Model dan Kapasiti Tong Sampah

MODEL KAPASITI (liter)

Wheelie Bir – HDPE 80 - 240

Rear End Loader – HDPE 660

Rel Bin 600 - 1200

Rear End Loader – metal 1 500

RoRo Bin 11 000

RoRo Bin 22 000

Sumber: Southern Waste Management Presentation

Penyimpanan sisa pejal yang biasa digunakan adalah sistem bekas pegun dan

system bekas punggah.

2.6.1 Sistem Bekas Pegun

Sistem jenis ini digunakan secara meluas di negara ini terutama sekali di

kawasan-kawasan kediaman, asrama dan kawasan lain yang melibatkan jumlah

penjanaan sisa pejal yang tidak banyak. Bekas-bekas yang digunakan kebiasaannya

Page 48: kitar semula

31

adalah bersaiz kecil dimana ia berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara

sebelum kerja-kerja pemungutan dilakukan oleh pihak yang terbabit dan terus

dihantar ke tapak pelupusan. Saiz yang biasa digunakan adalah berukuran di antara

1.4 hingga 2.4 m3 bergantung kepada kawasan yang akan diletakkan. Ia lazimnya

diletakkan berhampiran kawasan perumahan seperti rumah pangsa, flat dan

kondominium serta di sekolah. Bekas pegun yang biasa digunakan mengikut model

keluaran pihak Southern Waste Management ialah Wheelie Bin – HDPE, Rear End

Loader – HDPE dan Rear End Loader.

2.6.2 Sistem Bekas Punggah

Sistem ini digunakan untuk menampung jumlah sisa pejal yang lebih banyak

dan besar daripada yang ditampung oleh sistem bekas pegun. Ia biasanya berukuran

11 hingga 22 m3 dengan sisa pejal yang dihasilkan dari kawasan industri,

perdagangan dan perniagaan. Pada kebiasaannya ia diletakkan di suatu kawasan yang

strategik dan berdekatan dengan kawasan penjanaan yang luas, tidak menjejaskan

aktiviti seharian dan mudah untuk kerja pemungutan dijalankan. Model yang biasa

digunakan adalah Ro-Ro Bin dan trak pemindahan untuk membawa semua sampah

dan sisa pejal ke tapak pelupusan. Sistem jenis ini amat menjimatkan masa serta tidak

memerlukan banyak tenaga kerja.

Bagi sistem ini, terdapat dua kaedah digunakan, iaitu:

a. Cara Lazim

Bagi kaedah ini, proses pemungutan sisa pejal dilaksanakan

dengan mengangkut bekas yang dipenuhi dengan sisa pejal untuk

dibawa terus ke tapak pelupusan untuk dilupuskan. Selepas ianya

dikosongkan, bekas tersebut dibawa kembali ke lokasi asalnya dimana

ia diambil. Kenderaan pengangkutnya akan meneruskan perjalanan

Page 49: kitar semula

32

bagi membawa bekas yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi

operasi jenis ini kebiasaannya pergi dan kembali ke stor tanpa

membawa bekas bersamanya.

b. Cara Tukar Bekas

Dalam perlaksanaan kaedah ini, kenderaan pemungut akan

membawa bekas yang kosong ke tempat pengumpulan untuk

digantikan dengan bekas yang telah dipenuhi. Bekas yang kosong

tersebut ditinggalkan manakala bekas yang penuh dengan sisa pejal

akan dibawa ke tapak pelupusan untuk dibuang. Bekas tersebut dibawa

untuk operasi yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Operasi

sebegini akan berpanjangan sehinggalah kesemua bekas telah ditukar

dan sehinggalah ke tempat pengumpulan yang terakhir.

2.7 Proses Pengasingan Sisa Pejal

Proses pengasingan sisa pejal kebiasaannya dilakukan secara manual iaitu

dengan menggunakan tenaga buruh yang ada. Pengasingan perlu dijalankan bagi

memudahkan aktiviti pemungutan dan juga untuk pemulihan sumber. Di samping itu,

ia juga bertujuan untuk kemudahan kerja pengurusan sisa pejal mengikut kategori dan

jenisnya. Pada kebiasaannya, pengasingan dilakukan untuk bahan-bahan seperti

plastik, kaca, kertas, tin aluminium dan sisa makanan. Kerja pengasingan ini

sebenarnya boleh dilakukan dengan pelbagai cara walaupun begitu, cara manual tetap

digunakan.

Page 50: kitar semula

33

2.7.1 Pengasingan Sebelum Pelupusan

Pada kebiasaannya, pengguna sendiri akan melakukan kerja-kerja pengasingan

sebelum proses pelupusan. Para pengguna akan mengasingkan sisa yang dihasilkan

mengikut jenis ke dalam bekas yang berasingan. Sisa-sisa ini kemudiannya akan

dipungut oleh pihak yang bertanggungjawab dan dihantar ke tempat yang

mengendalikan sisa pejal untuk tujuan kitar semula atau ke tapak pelupusan.

Kaedah sebegini mungkin nampak mudah dan di ambil ringan oleh sesetengah

pihak, tetapi ianya masih belum dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana

kurangnya sikap perihatin dan rasa tanggungjawab oleh para pengguna. Ini mungkin

timbul disebabkan oleh sifat kurangnya perihatin pengguna terhadap alam sekitar.

2.7.2 Pengasingan Di Kilang Pemprosesan

Pengasingan sisa pejal di kilang pemprosesan dilakukan dengan memisahkan

bahan-bahan buangan tersebut mengikut sifat yang terdapat pada bahan tersebut.

Salah satu cara yang dilakukan ialah dengan melalui kaedah pencincangan. Kerja-

kerja ini dilakukan bertujuan untuk memisahkan sisa pejal tersebut kepada bentuk

yang lebih kecil. Pengisar tukul tegak atau jenis mendatar kebiasaannya digunakan

bagi proses pencincangan ini.

2.7.3 Pengasingan Di Tapak Pelupusan

Bagi kerja-kerja ditapak pula, pengasingan akan dilakukan oleh tenaga buruh

atau pekerja-pekerja yang telah dipertanggungjawabkan dalam menjalankan kerja ini.

Ia dilakukan secara manual sama ada dengan menggunakan bakul atau guni sebagai

bekas bagi mengisi bahan buangan yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan tersebut

kemudiannya dijual kepada orang tengah atau pihak industri yang terlibat dalam

program kitar semula.

Page 51: kitar semula

34

2.8 Kaedah Pengasingan

Dengan mengasingkan sisa pejal ini dengan lebih awal, secara tidak langsung

berupaya untuk mengurangkan kuantiti sisa pejal di tapak pelupusan. Kaedah yang

digunakan kebiasaannya bergantung kepada jenis sisa yang hendak diproses. Terdapat

tiga kaedah yang utama yang dipraktikkan:

i. Kaedah Pengasingan Secara Pengeringan Dan Penyahairan

Kaedah ini digunakan bagi mengurangkan kandungan

lembapan yang terdapat di dalam setiap jenis sisa yang terkumpul.

Ianya bertujuan untuk pemulihan tenaga dan pembakaran bagi

mengurangkan berat sisa pejal. Proses pengeringan olakan,

pengeringan dan radiasi akan dilakukan terhadap sisa pejal biasanya

dipraktikkan.

ii. Kaedah Pengasingan Komponen Secara Mekanikal

Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan bahan-bahan yang

boleh dibaik pulih. Tenaga yang digunakan untuk proses pengasingan

ini diperolehi daripada teknik pemprosesan yang telah dijalankan

sebelum ini. Peralatan yang digunakan adalah bergantung kepada jenis

sisa yang hendak diproses.

iii. Kaedah Pengasingan Secara Magnetik Dan Elektro-Mekanikal

Dalam proses kaedah ini, pengasingan dilakukan bertujuan

untuk memisahkan bahan-bahan yang mengandungi logam sebelum

diproses. Teknik pengasingan ini dilakukan secara meluas terutamanya

dalam bidang pembuatan logam. Peralatan yang digunakan adalah

bergantung kepada jenis sisa yang akan diproses.

Page 52: kitar semula

35

2.9 Proses Pelupusan Sisa Pejal

Sisa pejal yang telah dipungut akan dibawa ke tapak pelupusan untuk

dilupuskan. Tapak pelupusan biasanya terletak jauh dari kawasan penempatan

penduduk supaya tidak mendatangkan masalah pencemaran dan rasa tidak selesa

kepada penduduk. Sisa pejal yang hendak dilupuskan perlu menjalani beberapa

proses terlebih dahulu supaya ia lebih mudah dilupuskan.

2.9.1 Pengurangan Isipadu

Untuk memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan, kaedah pengurangan

isipadu digunakan. Kaedah ini mempunyai tiga proses iaitu:

a) Kaedah Penunuan

Kaedah ini akan dapat mengurangkan isipadu sisa pejal tetapi ia

menghasilkan abu kerana sisa yang dihasilkan akan terbakar dan zarah-zarah

akan berpecah. Kos bagi kaedah ini tinggi dan ia dalam masa yang sama

mencemarkan udara kerana terdapat asap yang terhasil.

b) Kaedah Percincangan

Bagi kaedah ini sisa pejal akan diubah bentuk menjadi cebisan-cebisan

yang kecil dan lebih mudah dilupuskan. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat

mengurangkan masalah pencemaran bau dan kerja-kerja pelupusan lebih

mudah dilaksanakan.

Page 53: kitar semula

36

c) Kaedah Pirolisis

Pembakaran akan dilakukan tanpa menggunakan gas oksigen dalam

kaedah ini. Ia menghasilkan isipadu gas yang perlu dirawat pada kuantiti

isipadu yang kecil. Sisa pejal akan melalui zon pengeringan sebelum ke zon

pirolisis.

2.9.2 Pemprosesan Di Tapak

Di tapak, sisa pejal perlu diuruskan dengan sempurna supaya ruang yang

terdapat mencukupi untuk menampung jumlah sisa pejal yang dihasilkan. Ini penting

dalam penjimatan ruang bagi melupuskan sisa pejal. Proses di tapak juga melibatkan

pengasingan untuk tujuan kitar semula di mana sisa pejal yang boleh dikitar semula

dikumpulkan dan diasingkan. Ini melibatkan penggunaan tenaga manusia untuk

memilih dan mengasingkan sisa pejal yang boleh dikitar semula.

Pelupusan sisa pejal melalui proses pemadatan dan penutupan sisa

menggunakan tanah yang diratakan setelah sisa berkenaan dipadatkan. Ini penting

kerana jika sisa dan tanah tersebut tidak dipadatkan dengan sempurna ia akan

menggunakan ruang yang banyak dan haiwan seperti tikus dan burung gagak akan

berkeliaran untuk mencari makanan di tapak pelupusan.

Sisa yang terkumpul setelah proses pengasingan berlaku akan diletakkan di

suatu kawasan yang terkawal. Jentera seperti jentolak dan pemadat digunakan untuk

menolak sisa pejal dan meratakannya sebelum kerja pemadatan dilakukan. Setelah itu

tanah digunakan untuk mengambus atau menimbus sisa pejal berkenaan.

Page 54: kitar semula

37

2.9.3 Kaedah Pelupusan

Kaedah yang biasa digunakan dalam proses pelupusan sisa pejal:

a) Kaedah Kawasan

Kaedah ini sesuai digunakan di kawasan yang struktur tanahnya

rendah dan rata. Sisa pejal diratakan dan dipadatkan. Benteng tanah dibina

disekeliling tapak pelupusan dengan kecerunan yang pada kebiasaannya 1:3

dan pada ketebalan antara satu hingga dua kaki. Lapisan tanah merah

dijadikan penutup dengan ketebalan 15 hingga 30 cm. Sisa pejal yang telah

ditutupi tanah dikenali sebagai sel dan pembinaan sel baru di sebelah sel lama

bertujuan mengambus sisa pejal. Sel bertingkat akan dibina apabila tingkat sel

di bawah dipenuhi.

Rajah 2.4: Pelupusan Menggunakan Kaedah Kawasan

Page 55: kitar semula

38

Rajah 2.5: Sistem Pelupusan Kaedah Kawasan Sedang Dijalankan

b) Kaedah Perparitan

Untuk kaedah ini parit digali dan tanah yang digali digunakan sebagai

penutup untuk menimbus kembali sisa pejal. Kawasan yang telah digali

mempunyai saiz keluasan antara 30 hingga 120 m panjang dan lebar 5 hingga

8 m dengan kedalaman antara 1 hingga 2 m. Hamparan sisa pejal pada

kecerunan 1:3 dan dipadatkan pada kedalaman 1 hingga 2 kaki. Ketebalan

penutup adalah pada 15 hingga 30 cm dan kawasan yang mempunyai air tanah

adalah sesuai bagi mengelakkan resipan air larut lesap ke permukaan tanah

atau dari tapak pelupusan.

Page 56: kitar semula

39

Rajah 2.6: Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan

Rajah 2.7: Diagram Sistem Pelupusan Kaedah Perparitan

c) Kaedah Ruang

Kaedah ini adalah yang paling praktikal kerana ia merupakan

gabungan kaedah lain dan digunakan di kebanyakkan tapak pelupusan. Sisa

pejal yang dihantar akan ditempatkan di antara kawasan yang dipisahkan oleh

tebing-tebing dan dipadatkan di dalam satu ruang. Dengan kaedah ini masalah

pelarutan air larut lesap ke dalam tanah dapat dikurangkan.

Page 57: kitar semula

40

2.10 Nilai Pasaran Bahan Kitar Semula

Nilai pasaran bagi bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula semakin

berharga pada masa kini. Ini adalah langkah baik kerajaan untuk menggalakkan

masyarakat dalam melibatkan diri dalam menjayakan program kitar semula. Ini

terbukti dengan hasil penjualan bagi bahan tersebut yang semakin meningkat akibat

meningkatnya tahap kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kitar semula bahan

buangan dan menjaga keseimbangan alam sekitar. Pengendali pusat kitar semula

menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap bahan yang dikitar semula. Bahan-

bahan tersebut mempunyai nilai yang baik dan berpatutan dengan kuantiti yang dijual

kepada pengusaha pusat kitar semula. Bahan-bahan yang dikumpul akan dihantar ke

kilang pemprosesan bahan kitar semula. Walaubagaimanapun, tiada penetapan harga

bagi barangan tersebut tetapi anggaran nilai bagi barangan tersebut boleh didapati.

Peningkatan bahan untuk kitar semula adalah ditahap yang baik kerana

masyarakat sudah mula dapat menerima proses kitar semula disamping dapat

menambah pendapatan sambilan hasil daripada penjualan bahan-bahan tersebut.

Terdapat juga sesetengah individu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan

dengan membuat kutipan dari rumah ke rumah seperti membeli botol, besi buruk,

surat khabar lama dan sebagainya iaitu bahan yang boleh dikitar semula. Ada juga

individu yang berjaya menjalankan perniagaan ini sehingga dapat mengubah taraf

hidupnya. Semua ini merupakan salah satu cara kempen yang dijalankan bagi

menggalakkan penglibatan masyarakat dalam program kitar semula. Jadual 2.4,

Jadual 2.5 dan Jadual 2.6 menunjukkan harga barangan dan perbandingan harga

barangan yang boleh dikitar semula mengikut jenis dan dalam kawasan Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

Page 58: kitar semula

41

Jadual 2.4 : Harga Barangan Yang Boleh Dikitar Semula

Bahan Harga Belian

(RM/kg)

Harga Jualan

(RM/kg)

Keuntungan

(RM/kg)

Surat Khabar

Kertas Putih

Kertas Komputer

Kadbod

Tin Aluminium

Sisa Aluminium

Besi Gred A

Besi Gred B

Besi Gred C

Tembaga

Bateri

Botol Arak

Campuran Botol

Plastik

0.09

0.35

0.49

0.37

1.52

1.82

0.33

0.27

0.20

4.71

0.30

0.08

0.03

0.23

0.15

0.44

0.71

0.30

1.98

2.13

0.46

0.35

0.26

5.11

0.46

0.15

0.12

0.46

0.06

0.09

0.23

0.15

0.30

0.30

0.12

0.08

0.06

0.40

0.15

0.08

0.08

0.23

Sumber: Seminar On Waste Recycling – Habani Helmi (2002)

Jadual 2.5: Harga Pasaran Sisa Pejal

Harga Pasaran (RM/kg) Bahan

1992 1994 1997

Kertas

Kaca

Plastic

Aluminium

0.10

0.10

0.20

1.50

0.10

0.18

0.15

1.50

0.15

0.15

0.13

1.50

Sumber: Berita Harian (2002)

Page 59: kitar semula

42

Jadual 2.6: Perbandingan Harga Terkini Barangan Yang Boleh Dikitar

Semula Dalam Kawasan MPJBT

Harga Pasaran (RM/kg) Bahan / Produk

2002 2004

Surat Khabar, Majalah 0.20 0.16

Kadbod, Kotak, Kertas

Minyak (Kertas Perang)

0.20 0.16

Kertas Komputer, Kertas

Putih & Hitam (A4, A3,

A1) – Kedua-dua penuh

atau telah koyak

0.28 0.20

Kertas Campuran

k) Buku-buku, Komik,

Sampul Surat

l) Surat Buangan,

Kertas berwarna

dsb

0.10 0.10

Tin Aluminium – Tin

Minuman Ringan/ Bergas

1.80 2.60

Tin Keluli

m) Tin Makanan

(sardin)

n) Tin Minuman

(Milo), Tin Susu

0.10 0.10

Botol dan bekas kaca

o) Bekas Makanan

p) Botol Minuman

0.05 0.05

Plastik Lembut (Pet

Plastic)

q) Botol Air Mineral

0.20 0.10

Page 60: kitar semula

43

r) Botol Minuman

Ringan/Bergas

Plastik Campuran

s) Bekas Shampu,

Pencuci, Makanan

t) Tupperware,

Pelbagai produk

Plastik

0.20 0.10

Sumber: Mohd Razmi (2002) dan Southern Waste Management (2004)

2.11 Pengurusan Sisa Pejal Oleh SWM

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) adalah

dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam pengurusan sisa pejal dalam kawasan

pentadbirannya. Southern Waste Management (SWM) pula merupakan kontraktor

yang dilantik oleh MPJBT untuk hal-hal pengurusan sisa pejal yang telah berkuat

kuasa pada 1 November 1997 dan meliputi semua peringkat pengurusan.

Sisa pejal yang dipungut akan dihantar terus ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal

Taruka yang terletak di Larkin sebelum ianya dihantar ke tapak pelupusan yang

terletak di Ulu Tiram. Tapak pelupusan ini menggunakan kaedah pelupusan sanitari

iaitu cara kambus tanah. Kaedah ini adalah sesuai di mana sisa pejal yang termampat

akan ditutup dengan tanah dan pengalas lapisan sel dan paip udara dibina bagi

mengawal pelarutan air lesap dan pengeluaran gas beracun ke udara. Tapak pelupusan

ini meliputi kawasan seluas 36 ekar. Kajian yang dibuat menunjukkan lebih 80

peratus kawasan ini telah dipenuhi. ( Zanial Mohd. Salleh – 3R Asisstant, SWM ).

Jadual 2.7 menunjukkan komposisi sisa pejal bandaran yang menunjukkan kertas

adalah sisa paling berat.

Page 61: kitar semula

44

Sebagai langkah awal sebuah tapak pelupusan baru dikenal pasti bagi

menggantikan tapak pelupusan yang sedia ada iaitu tapak pelupusan di Seelong yang

terletak di kawasan Senai.

Jadual 2.7:Komposisi Sisa Pejal Bandaran

Peratus Berat (%) Komponen

Kadar Kadar Biasa

Sisa makanan

Kertas

Kadbod

Plastik

Barangan Tekstil

Getah

Barangan Kulit

Sisa Taman

Kayu

Bahan Organik

Kaca

Tin

Logam Besi

Logam Bukan Besi

Debu dan Seumpamanya

6-26

15-45

3-15

2-8

0-4

0-2

0-2

0-20

1-4

0-5

4-16

2-8

1-4

0-1

0-10

14

34

7

5

2

0.5

0.5

12

2

2

8

6

2

1

4

Sumber: Institute For Solid Waste Of American Public Works Association, 1970

Page 62: kitar semula

45

Bahan Mentah

Pengeluaran

Pelupusan

Pengguna

Pengeluaran Peringkat Kedua

Proses Kitar Semula

Bahan Sisa Tempat Tinggal

Aliran Bahan Biasa Aliran Bahan Mentah

Rajah 2.8: Aliran Bahan Dan Penjanaan Sisa Pejal Dalam Masyarakat

Sumber: C.Clayton, 1973

2.12 Kitar Semula

Kitar semula merupakan proses di mana bahan yang boleh digunakan kembali

seperti kertas, kaca, aluminium dan plastik dikitar semula bertujuan untuk

menjimatkan tenaga dalam penghasilan bahan baru disamping mengurangkan

penggunaan ruang untuk tujuan pelupusan. Kitar semula diperkenalkan bertujuan

untuk menggalakkan masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam proses

kitar semula iaitu dengan mengitar semula bahan-bahan berkenaan kerana masalah

pembuangan bahan yang boleh dikitar semula adalah tinggi.

Terdapat pelbagai keuntungan dan faedah yang diperolehi dengan mengitar

semula. Dengan mengitar semula, kita dapat menjimatkan sumber semulajadi. Ini

Page 63: kitar semula

46

adalah kerana ia memerlukan 15 hingga 20 batang pokok dan 1500 liter minyak untuk

menjadikan satu tan kertas. Ini bermakna kertas yang diperlukan untuk menghasilkan

surat khabar yang dibaca setiap hari dalam masa setahun bagi seorang dapat

menyelamatkan sebatang pokok. Manakala mengitar semula satu tan gelas pula boleh

menghasilkan 3000 botol dan bekas kaca. Ia juga dapat menggantikan 1.2 tan bahan

mentah seperti pasir, abu soda dan batu kapur.

Selain daripada itu, kitar semula juga dapat menjimatkan tenaga. Ini terbukti

apabila mengitar semula satu bekas kaca dpat menjimatkan tenaga yang cukup untuk

menyalakan mentol 100 Watt dalam jangka masa 4 jam. Tenaga yang diperlukan

untuk menghasilkan tin aluminium daripada bahan kitar semula pula adalah 5%

daripada tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan tin yang sama daripada bahan

mentah. Mengitar semula kertas pula hanya memerlukan kurang 60% tenaga daripada

menghasilkan kertas daripada balak pokok. Dengan kitar semula juga kita dapat

membantu dalam menyelamatkan alam sekitar. Ini kerana menghasilkan kertas kitar

semula menjadikan 75% kurangnya pencemaran udara dan 35% kurang pencemaran

air yang menghasilkan kertas daripada bahan gentian mentah.

Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi didedahkan terlebih dahulu

mengenai kitar semula dengan harapan setelah mereka tamat pengajian kelak mereka

akan sedar akan pentingnya kitar semula dalam kehidupan seharian kerana telah

dilatih terlebih awal. Kurangnya penglibatan masyarakat merupakan antara faktor

yang menggagalkan program kitar semula walaupun mereka tahu akan

kepentingannya.

Page 64: kitar semula

47

Rajah 2.9: Proses Mengitar Semula

Jadual 2.8: Bahan Yang Boleh Dikitar Semula dan Kaedah Penyediaannya

Bahan Contoh Penyediaan Kitar Semula

Kertas Surat Khabar

Majalah

Kotak Kadbod

Kertas Fotostat

Buku-buku Latihan

• Ikat semua kertas

dalam bentuk

bundle untuk

memudahkan

proses mengangkat

dan penyimpanan

• Jangan tinggalkan

bersama kertas

bersalut plastik, tisu

atau kertas fax

• Jangan tinggalkan

bersama kertas

basah atau bersalut

tanah

Plastik Botol Air

Botol Minyak Masak

Bekas Ais Krim

Botol Shampu dan

• Mampatkan botol

dan bekas yang

kosong

• Jangan tinggalkan

LAKUHASIL

KITAR SEMULA

NIAT

Page 65: kitar semula

48

Pencuci

Bag Plastik Beli-belah

Plastik Makanan Putih

Bekas Minuman

bersama bekas

makanan dan

bungkusan

Styrofoam

Tin Aluminium Tin Minuman Bergas • Tin yang kosong

dimampatkan dan

di kumpulkan

kedalam satu

plastik

Kaca Botol Minuman

Botol Sos

• Botol dikosongkan

dan segala penutup

dibuang

• Bersih dan

keringkan botol

Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003)

2.12.1 Kitar Semula Kertas

Penghasilan sisa pejal yang melibatkan kertas adalah bahan buangan yang

paling banyak sekali dibuang khususnya oleh suri rumah, pelajar sekolah dan institusi

pengajian, peniaga dan sebagainya. Kebanyakan peniaga masih lagi menggunakan

kertas sebagai pembungkus untuk menjalankan perniagaan masing-masing disamping

penggunaan kotak-kotak yang bersaiz besar. Pembuangan kertas yang terpakai seperti

pembalut hadiah, kertas putih, tisu, pembalut makanan dan sebagainya menjadikan

sampah daripada bahan berkenaan semakin banyak berbanding majalah, surat khabar,

buku yang boleh dikumpul kemudian dijual untuk tujuan kitar semula.

Kitar semula kertas dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 60%,

penjimatan tenaga sebanyak 70% dan pengurangan bahan cemar sebanyak 50%

Page 66: kitar semula

49

berbanding dengan memproses kayu untuk dijadikan kertas. [Razmi Omar, 2002].

Kertas yang dikumpul di pusat pengumpulan akan dihantar semula kekilang

pemprosesan untuk dijadikan kertas kembali. Proses penghancuran kertas akan

dijalankan dan air akan dicampurkan sebelum ia menjadi kertas semula dalam

gulungan kertas yang besar sebelum dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

Kertas yang dihasilkan melalui proses kitar semula adalah sama kualitinya dengan

kertas yang dihasilkan melalui penebangan pokok baru di hutan.

Kitar semula kertas dapat mengurangkan penebangan pokok dan penerokaan

hutan secara berleluasa disamping penjimatan tenaga. Tidak semua kertas boleh

dikitar semula kerana kertas yang bercampur dengan bahan lain seperti plastik, lilin

dan gam tidak boleh dikitar semula. [Era Hijau Kelluaran 3, 1996]. Jenis kertas yang

boleh dikitar semula adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.9 dan Jadual

2.10.

Jadual 2.9: Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2002)

Gred Janis Kertas Kandungan

1 Campuran Campuran kertas pelbagai kualiti seperti jenis

pembungkus dan serat.

2 Surat Khabar Bailed, kertas yang tidak melebihi 5% kertas

lain

38 Buku Lejar Warna

Berasingan

Kepingan bercetak dan tidak bercetak, warna

hirisan kayu dan pemotongan warna, kertas

bermutu tinggi, penulisan dan kertas lain yang

mempunyai kandungan setara serat dan

penyendat.

40 Buku Lejar Putih

Berasingan

Kepingan bercertak atau tidak bercetak, kertas

potong dan potongan sulfit putih, penulisan

dan kertas lain yang mempunyai kandungan

serat.

Sumber: Razmi Omar (2002)

Page 67: kitar semula

50

Jadual 2.10: Jenis Kertas Yang Boleh Dikitar Semula (2003)

Bahan Cara

Pengurangan

Guna Semula Apa/Bagaimana Dimana Kenapa

Surat

Khabar

- Kongsi

- Dapatkan segala

berita daripada

televisyen

ataupun media

elektronik

- Guna untuk

pembungkusan

- Berkongsi untuk

haiwan

- Gulung menjadi

satu gulungan

kertas yang besar

- Surat Khabar

dan sebagainya

- surat khabar

kosong

- Letakkan di

pusat kitar

semula atau

dibuangkan

kedalam tong

kitar semula

yang

berdekatan

- Penduduk

Malaysia

menggunak

an 280,000

tan surat

khabar

setahun

Kad Bod - Gunakan saiz

yang kecil

- Gunakan untuk

pembungkusan

- Dikosongkan

dan dileperkan

- Pusat Kitar

Semula

Kertas

Bergred

Tinggi

- Cetak pada

kedua-dua belah

muka

- Gunakan dua-

dua belah muka

- Boleh dikitar

semula

- Mana-mana

Pusat 3R

- 40-50%

sisa yang

dihasilkan

ialah kertas

Buku

Telefon

- Telefon pusat

3R yang

berdekatan

- Dikisarkan

dan dibuang

- Telefon

Pusat 3R yang

berdekatan

Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003)

Rajah 2.10: Salah Satu Tong Dan Kaedah Yang Digunakan Untuk Pengumpulan

Kertas Sebelum Dikitar Semula

Page 68: kitar semula

51

Rajah 2.11: Pameran dan jualan hasil kertas yang telah dikitar semula sempena

TV3 Sure Heboh 2004 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru.

2.12.2 Kitar Semula Kaca

Sisa kaca merupakan bahan yang paling mudah untuk dikitar semula kerana

nilai kitar semula kaca adalah tinggi. Kebanyakkan sisa kaca adalah terdiri daripada

botol-botol minuman yang telah digunakan. Daripada sisa pejal yang dihasilkan 3.7%

adalah bahan berasaskan kaca. Kitar semula kaca dapat mengurangkan penggunaan

air sebanyak 50%, bahan buangan perlombongan sebanyak 79% dan penggunaan

udara sebanyak 14%. Penggunaan bahan api juga dapat dikurangkan kerana kaca

yang dikitar semula melebur pada yang lebih rendah berbanding bahan mentah yang

baru untuk menghasilkan kaca.

Sisa kaca terutamanya botol dikumpulkan dan dihantar ke pusat kitar semula

dan dihancurkan sebelum dilebur pada suhu yang tertentu untuk penghasilan bahan

kaca yang baru. Proses daripada kaca kepada kaca berlaku di sini juga untuk

penghasilan bahan kaca yang baru. Penghasilan bahan kaca yang dikitar semula

adalah sama kualitinya dengan bahan yang baru.

Page 69: kitar semula

52

Botol yang digunakan sebenarnya boleh digunakan semula tanpa

membuangnya. Botol yang telah digunakan boleh dibasuh dengan bersih dan

dijadikan bekas simpanan makanan. Dengan cara ini, penggunaan botol dapat

dikurangkan dan sekaligus dapat menjimatkan ruang tanah bagi proses pelupusan.

Selain daripada itu, botol juga bolehlah dibeli hanya apabila diperlukan sahaja.

Rajah 2.12: Jenis-jenis botol kaca yang boleh dikitar semula

2.12.3 Kitar Semula Aluminium

Aluminium merupakan logam yang boleh dikitar semula dan mempunyai nilai

kitar semula yang tinggi. Kebanyakan tin minuman diperbuat daripada aluminium

iaitu merangkumi 2/3 daripada minuman ringan yang dijual. Logam ini diperolehi

daripada aktiviti kegiatan melombong yang dijalankan dikuari-kuari. Jika ianya

berterusan, ini bermakna sumber berkenaan akan habis dilombong bagi tujuan

mendapatkan logam aluminium. Tetapi jika dengan mengitar semula, kegiatan

melombong dapat dikurangkan sekaligus kawasan perlombongan baru tidak akan

diterokai. Kitar semula aluminium dapat mengurangkan penggunaan tenaga

disamping menjimatkan penggunaan bahan baru.

Tin-tin aluminium yang dikumpulkan akan dimampatkan dalam bentuk blok

kemudian dileburkan semula menjadi cecair. Cecair aluminium ini akan dibentuk

semula menjadi tin dalam pelbagai bentuk dan saiz. Proses peleburan hanya

Page 70: kitar semula

53

memerlukan 5% tenaga bagi tin aluminium yang dikitar semula berbanding dengan

peleburan bahan yang baru. Untuk kitar semula aluminium ia lebih popular kerana

mendapat sambutan daripada masyarakat khusus golongan remaja yang gemar

mengumpul tin aluminium untuk dijual. Pengumpulan tin aluminium lebih mudah

untuk dijalankan kerana ianya mudah didapati berbanding bahan kitar semula yang

lain. Proses kitar semula benar-benar menjimatkan penggunaan bahan baru dan

tenaga disamping menyelamatkan alam sekitar.

Jadual 2.11: Bahan Logam Yang Boleh Dikitar Semula

Bahan Cara

Pengurangan

Guna

Semula

Apa/Bagaimana Dimana Kenapa

Aluminium - Kurangkan

penggunaan

tin minuman

-

Bersihkan

dan guna

semula

- Bersihkan dan

dileperkan/

dimampatkan

- Pusat

pembuangan

3R

- Boleh

dikitar

semula

menjadi

tin baru

Bahan

Logam

Lain

- Sewa /

Pinjam

- Beli

daripada

pengitar

semula

logam

- Hantar ke

pengitar semula

logam / pusat

pembuangan

Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003)

Rajah 2.13: Proses Pengumpulan Tin-tin Aluminium Sebelum Dikitar Semula

Page 71: kitar semula

54

2.12.4 Kitar Semula Plastik

Plastik merupakan bahan yang sukar dan mengambil masa untuk dilupuskan. Ia

terdiri daripada campuran karbon, hidrogen dan unsur-unsur bukan logam yang lain

yang memakan masa yang lama untuk reput. Mengitar semula plastik agak rumit

kerana ia menggunakan proses kitaran haba yang memerlukan kos yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun, plastik tetap dikitar semula kerana ianya bahan yang sukar

untuk dilupuskan disamping ia juga dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan

tenaga.

Plastik yang paling banyak dikitar semula adalah terdiri daripada jenis yang

digunakan sebagai bekas makanan dan botol minuman sejuk berkarbonat iaitu

Polyethylene Terephthalate (PETE/1) dan plastik yang digunakan sebagai botol susu

dan botol bahan pencuci iaitu high-density polyethylene (HDPE/2). Kedua-dua jenis

ini adalah daripada jenis termoplastik.

Jadual 2.12: Klasifikasi Dan Penggunaan Plastik

Jenis Bahan Mentah Kod SPI Kegunaan Asal

Polyethylene Terephthalate 1-PETE Bekas makanan dan botol minuman

sejuk berkarbonat

High-Density Polyethylene 2-HDPE Botol susu dan botol bahan pencuci

Vinyl/ Polyvinyl Chloride 3-PVC Paip dan bekas barangan makanan di

rumah

Low-Density Polyethlene 4-LDPE Pembungkus nipis dan lain-lain bahan

filem

Polypropylene 5-PP Peti mengisi barang, kotak simpanan

barang, penutup dan petanda

Polystrene 6-PS Cawan dan bekas makanan

Resin dan pelbagai lapisan 7-lain-lain Plastik bercampur

Page 72: kitar semula

55

Sumber: Safri Abdul Hadi (1997)

Jadual 2.13: Jenis Plastik Yang Boleh Dikitar Semula

Bahan Cara

Pengurangan

Guna

Semula

Apa/Bagaimana Dimana Kenapa

Beg Plastik - Bawa beg

sendiri dari

rumah

- Plastik

sampah

dirumah

- Beg plastic

anjal

- Tong kitar

semula

- Ia memerlukan

10 hingga 20

tahun untuk

dilupuskan

Styrofoam - Gunakan

kertas atau

bungkusan

yang mudah

dilupuskan

- Simpan

dan duna

semula

-Bersihkan - Peningkatan

bahan buangan

Polystyrene

Sumber: 3R Recycling Kit, SWM (2003)

Rajah 2.14: Pengumpulan botol-botol plastik untuk dikitar semula di Beijing, China

Page 73: kitar semula

56

2.13 Penglibatan Komuniti Dalam Program Kitar Semula

Negara ini masih kekurangan persatuan-persatuan yang sepenuhnya

memperjuangkan program mencintai alam sekitar. Oleh yang demikian tidak

hairanlah penduduk di negara ini kurang terlibat dalam program kitar semula ini.

Walaupun begitu, penglibatan pihak persendirian umumnya individu-individu yang

banyak menjalankan kegiatan dan aktiviti sukarela, sedikit sebanyak membantu

mengembangkan lagi kempen kitar semula yang dilancarkan ini terutama sekali

kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan juga di pedalaman. Ini dapat

membantu Pihak Berkuasa Tempatan menyampaikan mesej mengenai kitar semula

dengan lebih berkesan dan jelas.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak ini pada masa sekarang seringkali

diselitkan dengan kerja-kerja pemungutan bahan-bahan kitar semula yang dibawa

oleh ahli persatuan. Untuk menarik perhatian dan minat lebih banyak lagi, mereka

memberikan ganjaran kepada barangan yang dibawa sama ada dalam bentuk barang

keperluan harian ataupun wang ringgit. Kutipan yang dibuat itu kemudiannya dijual

kepada pemborong yang mana wang yang terkumpul itu dimasukkan ke dalam tabung

persatuan bagi membiayai perjalanan aktiviti persatuan.

Selain mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, barangan yang

tidak diperlukan juga banyak dibaiki semula dan dikumpulkan oleh pelbagai

persatuan dan komuniti sama ada untuk dijual ataupun bagi memungut derma untuk

mengisi tabung badan-badan kebajikan yang tertentu. Wang yang diperolehi itu juga

boleh didermakan kepada mereka yang lebih memerlukan di samping untuk

memperbaiki kemudahan awam yang rosak.

Page 74: kitar semula

57

2.14 Tahap Pendidikan Komuniti Terhadap Kempen

Pendidikan pada peringkat awal merupakan titik permulaan yang amat baik bagi

membentuk sikap masyarakat yang perihatin dan cinta terhdap alam sekitar.

Kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar telah lama dididik di sekolah, namun,

tahap keperihatinan untuk bertindak masih kurang jelas dan masih berada pada tahap

yang rendah. [Recycling Bulletin, Februari 2001]. Oleh yang demikian, dalam

menjayakan kempen kesedaran terhadap kitar semula ini, pihak yang terbabit dan

yang bertanggungjawab terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengambil

sikap mengambil berat, prihatin dan inisiatif untuk memberikan pengetahuan dan

pendidikan mengenai kitar semula.

Orang ramai khususnya para pelajar berpeluang mengetahui dengan lebih

mendalam lagi mengenai proses pengurusan sisa pejal dan konsep amalan kitar

semula melalui kempen yang lebih giat dan aktif di sekolah-sekolah serta penyediaan

Pusat Pendidikan Alam Sekitar seperti yang dilakukan oleh pihak Southern Waste

Management [Interim News, SWM]. Penggunaan tong kitar semula dengan betul

merupakan latihan awal kepada kempen kitar semula dan ianya perlu diajar kepada

pelajar sekolah rendah agar mereka tahu akan kegunaan dan manfaat tong kitar

semula yang disediakan dalam warna dan kegunaan yang berbeza.

Selain daripada itu, penganjuran seminar berkenaan kitar semula juga dapat

membantu dalam menyalurkan maklumat kepada umum tentang prospek kitar semula

terhadap alam sekitar dan ekonomi. Di samping itu, program yang diadakan tersebut

juga perlu disediakan maklumat yang terperinci mengenai soal pemeliharaan alam

sekitar dan pada masa yang sama membolehkan pihak industri mencapai sebahagian

piawai ISO 14000 dalam aspek pengurusan alam sekitar [Interim News, SWM].

Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik dan dapat menarik penuh minat

umum, pertandingan rekacipta barangan dengan menggunakan bahan kitar semula,

mencipta lagu yang bertemakan kitar semula atau alam sekitar, penulisan esei,

Page 75: kitar semula

58

pertandingan kutipan dan membuat kertas kitar semula juga dapat membantu dalam

menimbulkan minat umum terhadap kempen terutamanya para pelajar dimana ianya

sekaligus dapat meningkatkan daya kreativiti mereka disamping menerapkan

semangat cintakan alam sekitar [Recycling Bulletin, Julai 2001].

2.15 Pendapat Umum

Masih ramai masyarakat yang berpendapat bahawa kempen mengenai kitar

semula ini perlu dipertingkatkan lagi, terutamanya di kawasan pentadbiran Pihak

Berkuasa Tempatan masing-masing. Selain daripada itu, kurangnya tempat khas

untuk menjayakan kempen ini juga menyebabkan orang ramai masih belum faham

akan pentingnya kempen kitar semula ini [Harian Metro, 22 Mac 2001]. Ramai yang

berpendapat bahawa selain kempen-kempen yang dijalankan di media, kempen yang

dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan lebih banyak ditumpukan dibandar.

Penduduk di desa atau kawasan pedalaman juga memerlukan penerangan yang lebih

jelas tentang kebaikan dan kepentingan kitar semula ini.

Daripada kajian yang dilakukan, peratus yang menggunakan kaedah kitar

semula adalah tinggi berbanding mereka yang tidak pernah mengamalkannya. [Paizol

Paiman, 1997]. Namun ianya masih belum mencukupi bagi mencapai hasrat kerajaan

untuk mewujudkan masyarakat yang cintakan alam sekitar. Para penduduk meminta

Pihak Berkuasa Tempatan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran serta

menambah bilangan tong kitar semula di kawasan tumpuan awam yang lebih banyak

menjana sisa pejal.

Page 76: kitar semula

59

2.16 Kempen Kesedaran

Kempen kitar semula ini pernah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan pada tahun 1993 [Berita Harian, 2 April 2001]. Namun pada

masa itu masyarakat masih belum sedar betapa pentingnya kitar semula dalam

kehidupan seharian. Oleh itu, buat kali kedua kempen ini dilancarkan sekali lagi

secara besar-besaran dan lebih agresif yang bertemakan ‘Fikir Dahulu Sebelum

Buang’. Pihak kementerian pula akan mengadakan kempen secara besar-besaran

melalui media masa dan berharap agar usaha yang dilakukan dapat meningkatkan

tabiat mengurangkan pembuangan sampah dan meningkatkan semangat kitar semula

di kalangan masyarakat. Namun, kempen tersebut tidak boleh dilakukan secara

paksaan melalui penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan usaha yang di

jalankan itu berhasil [Berita Harian, 20 Februari 2001].

Pihak kerajaan sekarang giat menjalankan kempen-kempen dengan

menambahkan lagi kekerapan publisiti sama ada melalui radio atau televisyen dengan

lebih kerap melalui mesej-mesej tertentu agar orang ramai lebih memahami konsep

kitar semula. Selain dari itu, pertubuhan-pertubuhan sukarela juga banyak

mengadakan kempen yang dijalankan sendiri bagi menyebarkan pemahaman terhadap

kempen kitar semula. Mereka banyak membantu pihak berwajib yang terlibat dengan

kitar semula dengan bersama-sama mengadakan kempen dan menjalankan kutipan.

Page 77: kitar semula

60

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Maklumat yang didapati adalah daripada kawasan kajian iaitu Taman Perling,

di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Maklumat yang

dikehendaki adalah berdasarkan pendapat orang ramai mengenai keberkesanan program

kitar semula di kawasan mereka. Kebanyakan penduduk atau komuniti tertumpu di sini

kerana faktor ekonomi yang amat memberangsangkan dan berkembang pesat. Dengan

itu, borang soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan

dengan keberkesanan program kitar semula di kawasan kajian disamping pengetahuan

dan kefahaman mengenai kitar semula.

Jadual 3.1 menunjukkan perancangan dalam menjalankan Projek Sarjana Muda

ini, bagi memastikan kajian yang dijalankan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan

dalam masa yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, kajian ini akan memerlukan

masa selama dua semester untuk disipkan seperti dinyatakan dalam jadual dibawah. Ini

termasuklah Pra-Projek Sarjana Muda dan Projek Sarjana Muda.

Page 78: kitar semula

61

Jadual 3.1: Jadual Perancangan Kajian

Tahun 2004 2005

Bulan

Aktiviti

11 12 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kajian Literatur

Kajian Metodologi

Borang soal selidik ,

pencarian maklumat

dan sesi temu bual

Analisis data dan

keputusan

Penulisan penuh

projek

* Bahagian yang berwarna mewakili aktiviti yang dijalankan mengikut bulan

3.2 Kaedah Pendekatan Kajian

Kajian berkenaan kitar semula telahpun dikaji sebelum ini oleh beberapa para

pengkaji lain dengan menggunakan beberapa kaedah pendekatan. Untuk kajian ini,

pendekatan yang digunakan adalah seperti berikut:

a) Pemerhatian dan pengumpulan maklumat serta data

b) Proses penganalisisan data

c) Kajian literatur

d) Cadangan serta pendapat

Page 79: kitar semula

62

3.2.1 Pemerhatian dan pengumpulan maklumat serta data

Kaedah pemerhatian dilakukan bagi mengetahui bagaimana keadaan tempat kajian

dan lokasi tong-tong kitar semula yang sesuai bagi tujuan mendapatkan maklumat dan

data. Juga bagi mengetahui sejauh manakah ia berfungsi dan digunakan oleh orang

ramai dalam menjayakan program kitar semula. Borang soal selidik yang akan

diedarkan juga perlu untuk mendapat maklum balas daripada orang ramai tentang

keberkesanan kitar semula di samping tinjauan ke pusat kitar semula yang berhampiran,

di dalam kawasan kajian. Semua ini adalah berdasarkan objektif dan matlamat kajian

iaitu bagi mengetahui keberkesanan proses dan program kitar semula.

Lokasi tong-tong kitar semula yang ditempatkan adalah seperti di stesen-stesen

minyak, sekolah dan pasaraya. Setiap tong yang diletakkan mempunyai tiga jenis warna

iaitu biru untuk kertas, perang untuk kaca dan jingga untuk aluminium dan plastik.

Kesemua tong berkenaan akan dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak yang telah dipertanggungjawabkan.

3.2.2 Proses Pengumpulan Dan Penganalisisan Data

Maklumat dan data diperolehi daripada pihak yang bertanggungjawab dalam

menjalankan proses kitar semula dan pusat pengumpulan yang menjalankan proses

pengumpulan sisa pejal yang boleh dikitar semula. Semua data yang diperolehi adalah

secara terus ke tempat berkenaan dengan menemubual kakitangan yang ditugaskan

dalam program kitar semula ini. Ini dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan

yang berkaitan untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Temubual telah

dilaksanakan dengan pihak penduduk tempatan, kakitangan Majlis Perbandaran Johor

Bahru Tengah (MPJBT) dan kakitangan Southern Waste Management Sdn. Bhd.

(SWM).

Page 80: kitar semula

63

Lawatan ke pusat pengumpulan sementara di Jalan Taruka juga perlu dibuat bagi

mengetahui sejauh mana keberkesanan program yang dilakukan berdasarkan kepada

longgokan bahan yang boleh dikitar semula. Selain daripada itu, lawatan ke Pusat

Pendidikan Alam Sekitar yang terletak dikawasan Larkin juga sedikit sebanyak dapat

membantu dalam menjalankan kajian ini. Ini adalah kerana pusat tersebut dapat

mendidik orang awam serta para pelajar mengenai kepentingan program kitar semula.

Selain daripada itu, temubual dibuat dan maklumat juga diperolehi daripada Alam

Flora Sdn. Bhd. Cawangan Kajang bagi membandingkan organisasi, cara pentadbiran

dan pengurusan dalam pengurusan sisa pejal dan proses kitar semula. Semua kaedah

yang digunakan bertujuan untuk mendapatkan data yang dikehendaki.

Page 81: kitar semula

64

BAB 1V

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan, menganalisis dan melihat hasil kajian daripada 100 data

yang telah diperolehi daripada borang soal selidik seperti yang dilampirkan di dalam

lampiran. Analisis yang dilakukan ini bertujuan untuk mendapatkan data masalah,

penyelesaian dan juga cadangan dalam menangani masalah yang mungkin timbul dalam

pengurusan kitar semula di kawasan Taman Perling, Johor Bahru. Soal selidik telahpun

dijalankan ke atas 100 responden secara rawak di Perling Mall, dimana pusat tumpuan

membeli-belah bagi pemduduk Taman Perling. Dalam 100 responden yang terlibat, 50

responden adalah lelaki dan 50 lagi adalah perempuan bagi menunjukkan perbezaan

tahap kitar semula dari segi jantina.

Page 82: kitar semula

65

Antara perkara yang dilihat dan dianalisis dalam kajian ini, yang merangkumi

aspek penting termasuklah:

1. Kajian latar belakang responden yang disoal selidik

2. Tinjauan kesedaran responden terhadap program kitar semula yang

dijalankan di sekitar tempat, tahap penggunaan tong-tong kitar

semula oleh responden dan cara mereka mendapatkan maklumat

berkenaan kitar semula.

3. Tinjauan terhadap jumlah dan jenis bahan yang dikitar semula dan

hubungannya dengan latar belakang responden.

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

Kajian yang dijalankan ini melibatkan 100 sampel daripada responden. Bilangan

lelaki dan perempuan yang telah disoal selidik seimbang, iaitu 50 bagi lelaki dan 50 lagi

bagi perempuan, yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Seperti yang

dinyatakan sebelum ini, kawasan kajian meliputi Taman Perling, Johor Bahru dan data

kajian yang dikumpul tertumpu kepada kawasan tumpuan penduduk, iaitu di Perling

Mall. Dalam kajian yang dijalankan ini beberapa aspek akan dianalisis, termasuklah

bangsa, agama, peringkat umur, status, peringkat pendapatan bulanan, tahap pendidikan

dan pekerjaan. Semasa kajian dilakukan, temuramah telah dilakukan secara tidak

langsung terhadap responden untuk mendapatkan pendapat serta cadangan dalam

melancarkan lagi program kitar semula.

Page 83: kitar semula

66

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden Perempuan

Seramai 50 responden perempuan yang telah membantu dalam menjayakan kajian

ini. Daripada 50 orang responden perempuan yang terlibat, 36% adalah berumur antara

35-55 tahun, 34% berumur antara 26-35 tahun, 16% berumur antara 21-25 tahun, 10%

berumur antara 15-20 tahun dan 4% berumur 55 tahun keatas. Ini menunjukkan

responden perempuan dalam umur pertengahan lebih prihatin dan memberikan

kerjasama dalam menjayakan kajian Kitar Semula ini. Ini berkemungkinan mereka

lebih berminat dan lebih cenderung untuk turut serta dalam menjayakan program kitar

semula. Carta 4.1 menunjukkan peratus responden perempuan mengikut umur.

4.0%

36.0%

34.0%

16.0%55 above35-5526-3521-2515-20Umur

Carta 4.1: Peratus Responden Perempuan Mengikut Umur

Carta 4.2 pula menunjukkan peratus responden perempuan yang memberikan

kerjasama mengikut bangsa. Sebanyak 64% daripada mereka adalah berbangsa Melayu,

16% berbangsa Cina, 16% berbangsa Cina, 2% adalah campuran atau peranakan dan

akhir sekali 2% lain-lain bangsa. Ini menunjukkan golongan majoriti adalah bangsa

Melayu yang memberikan kerjasama dan berminat dalam menjayakan kajian ini.

Page 84: kitar semula

67

2.0%16.0%

16.0%

64.0%

othersmixedindianchinesemalay

Bangsa

Carta 4.2: Peratus Responden Perempuan Mengikut Bangsa

Carta 4.3, 4.4 dan 4.5 pula menunjukkan tahap pendidikan, pekerjaan dan

pendapatan bulanan responden perempuan. Carta 4.3 menunjukkan bahawa respoden

yang bertaraf pendidikan sekolah menengah paling ramai memberikan kerjasama,

diikuti dengan kolej atau diploma, universiti dan akhir sekali lain-lain. Carta 4.4 pula,

menunjukkan responden dalam golongan lain-lain pekerjaan paling ramai, iaitu seramai

13 orang yang memberikan kerjasama. Ini berkemungkinan bahawa ramai responden

suri rumah yang lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam program kitar semula,

kerana mereka lebih mengetahui berkenaan sisa pejal yang dihasilkan dirumah. Carta

4.5 pula menunjukkan pendapatan bulanan responden perempuan dan yang tertinggi

ialah lingkungan pendapatan bulanan RM501-1500 dan RM1501-2000.

Page 85: kitar semula

68

51011

24B

ilan

gan

25

20

15

10

5

Tahap Pendidikanothersuniversity/degreecollege/diploma

0high schools

Carta 4.3: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Tahap Pendidikan

othersstudentsself employedgovernmentofficer

businessacademiciansprofessional

Pekerjaan

14

12

10

8

6

4

2

0

Bila

ngan

13

56

911

33

Carta 4.4: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pekerjaan

Page 86: kitar semula

69

aboveRM2000

RM1501-2000RM501-1500RM301-500RM0-300

Pendapatan Bulanan

20

15

10

5

0

Bila

ngan

10

1616

2

6

Carta 4.5: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Pendapatan Bulanan

Carta 4.6 dan 4.7 menunjukkan jangka masa menetap, kategori rumah dan tahap

pemilikan responden yang terlibat. Kebanyakkan responden yang terlibat telah menetap

di sekitar Taman Perling lebih dari 5 tahun, iaitu seramai 26 orang, diikuti dengan 12

orang yang kurang dari setahun, 9 orang 3 - 5 tahun, 2 orang 2 - 3 tahun dan akhir sekali

seorang 1-2 tahun. Ini menunjukkan bahawa penduduk yang sudah lama menetap di

Taman Perling mengambil berat akan kebersihan dan pengurusan sisa kitar semula di

kawasan rumah mereka. Berdasarkan Carta 4.7, responden yang paling ramai adalah

responden yang memiliki sendiri rumah yang mereka diami, iaitu seramai 28 orang dan

18 daripadanya menetap di rumah sebuah atau banglo.

Page 87: kitar semula

70

more than 5years

3-5 years2-3 years1-2 yearsless than 1year

Masa Menetap

30

25

20

15

10

5

0

Bila

ng

an

26

9

21

12

Carta 4.6: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Masa Menetap Di Kawasan

Kajian

Tahap Pem

ilikanLain-lain

Sew

aB

eli/Milik

5

5 18

15

21

2 2multifamily/flat/apartment/condominium

kampung house/villagesingle/bungalowKategori Rumah

Carta 4.7: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Kategori Rumah dan Tahap

Pemilikan

Page 88: kitar semula

71

4.2.2 Analisis Latar Belakang Responden Lelaki

Carta 4.8 dan 4.9 menunjukkan peratus dan bilangan repsonden lelaki yang

memberikan kerjasama mengikut umur dan bangsa. Berdasarkan Carta 4.8, bilangan

dan peratus responden lelaki yang paling ramai ialah dalam lingkungan umur 35-55

tahun dengan bilangan 20 orang (40%) dan diikuti dengan peringkat umur antara 26-35

tahun dengan bilangan 15 orang (30%) . Ini menunjukkan responden lelaki yang terlibat

berkemungkinan membeli-belah bersama keluarga semasa kajian dijalankan di Perling

Mall dan mereka yang memberikan kerjasama adalah kebanyakkannya sudahpun

berkeluarga dan lebih prihatin terhadap kajian keberkesanan kitar semula ini. Carta 4.9

pula menunjukkan bangsa Melayu lebih ramai yang memberikan respon berbanding

dengan bangsa-bangsa lain, iaitu 30 orang (60%), diikuti dengan bangsa India dengan

bilangan 10 orang (20%).

36.0%

2040.0%

1530.0%

918.0%

36.0%

55 above35-5526-3521-2515-20Umur

Carta 4.8: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Umur

Page 89: kitar semula

72

4.0%2

4.0%2

20.0%10

12.0%6

60.0%30

othersmixedindianchinesemalay

Bangsa

Carta 4.9: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Bangsa

Carta 4.10, 4.11 dan 4.12 pula menunjukkan responden lelaki yang terlibat

mengikut tahap pendidikan, pekerjaan dan pendapatan bulanan. Menurut Carta 4.10,

responden yang bertahap pendidikan kolej atau diploma adalah tertinggi, diikuti pula

dengan tahap pendidikan univerisiti dan sekolah menengah. Carta 4.11 pula

menunjukkan bahawa responden lelaki dalam lingkungan professional adalah tertinggi

dengan 24%, diikuti dengan ahli perniagaan dan lain-lain dengan peratus yang sama,

iaitu 20%. Berdasarkan carta 4.12 pula, kebanyakkan responden berpendapatan bulanan

lebih daripada RM2000, dengan peratus 48% iaitu seramai 24 orang.

Page 90: kitar semula

73

othersgraduate/postgraduateuniversity/degreecollege/diplomahigh schools

Tahap Pendidikan

15

12

9

6

3

0

Bila

ngan

612.0%5

10.0%

1326.0%

1530.0%

1122.0%

Carta 4.10: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Tahap Pendidikan

othersstudentsretiredself employedgovernmentofficer

businessacademiciansprofessional

Pekerjaan

12

10

8

6

4

2

0

Bila

ngan

1020.0%

714.0%

24.0%

36.0%

36.0%

1020.0%

36.0%

1224.0%

Carta 4.11: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Pekerjaan

Page 91: kitar semula

74

above RM2000RM1501-2000RM501-1500RM301-500RM0-300

Pendapatan Bulanan

25

20

15

10

5

0

Bila

ngan

2448.0%

1224.0%6

12.0%36.0%

510.0%

Carta 4.12: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Pendapatan Bulanan

Carta 4.13 dibawah menunjukkan bilangan responden lelaki mengikut agama dan

taraf perkahwinan. Berdasarkan carta, responden lelaki yang telah berkahwin dan

beragama Islam adalah paling ramai, iaitu dengan bilangan 21 orang responden. Diikuti

dengan responden bujang beragama Islam, responden bujang beragama Kristian dan

responden bujang beragama Hindu. Ini menunjukkan bahawa lelaki yang sudah

berkeluarga lebih prihatin dan berkeinginan membantu dalam memperbaiki sistem

pengurusan bahan kitar semula.

Page 92: kitar semula

75

Lain-lainB

erkahwin

Bujang

Taraf Perkahwinan

1

23

11

21

6

7

8

othershinduismbudhismchristianmuslim

Agama

Carta 4.13: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Agama Dan Taraf

Perkahwinan

Carta 4.14 menunjukkan peratus dan bilangan responden lelaki mengikut kategori

rumah, tahap pemilikan dan jangka masa menetap. Berdasarkan carta, responden yang

paling ramai adalah responden yang terdiri daripada responden yang menetap dirumah

sebuah atau banglo, mempunyai tahap milikan sendiri dan sudah menetap lebih dari 5

tahun, dengan bilangan 11 orang. Ini diikuti pula dengan responden yang menetap

dirumah kampung, mempunyai tahap milikan sendiri dan juga sudah menetap lebih dari

5 tahun, dengan bilangan 6 orang. Ini dapat disimpulkan bahawa mereka yang menetap

lebih dari 5 tahun dan mempunyai tahap pemilikan rumah sendiri lebih mengambil berat

dalam pengurusan sisa kitar semula dan alam sekitar mereka.

Page 93: kitar semula

76

Lain-lainSewaBeli/MilikTahap Pemilikan

multi

family/flat/apartm

ent/condomini

umkam

pung house/villagesingle/bungalow

Kategori Perum

ahan

6

1

32

1

2

2 1

3

3

1 1

5

114

4

more than 5 years3-5 years2-3 years1-2 yearsless than 1 year

Masa Menetap

Carta 4.14: Peratus Dan Bilangan Responden Lelaki Mengikut Kategori Rumah, Tahap

Pemilikan dan Jangka Masa Menetap

Page 94: kitar semula

77

4.3 Analisis Sumber Maklumat Mengenai Kitar Semula

Carta 4.15 dan 4.16 menunjukkan bilangan responden berdasarkan pengetahuan

mereka berkenaan dengan perasmian kitar semula oleh kerajaan dan juga sumber

maklumat kitar semula responden. Berdasarkan Carta 4.15, responden perempuan lebih

tertumpu kepada televisyen sebagai sumber bagi mereka untuk mengetahui maklumat

berkenaan kitar semula, iaitu seramai 24 orang. Carta 4.16 pula menunjukkan bahawa

hampir separuh responden lelaki juga memilih televisyen sebagai sumber maklumat

program kitar semula. Ini berkemungkinan kerana televisyen merupakan satu alternatif

yang mudah, efisyen dan berkesan dalam penyampaian maklumat. Daripada kedua-dua

carta ini, dapat dilihat hanya 10 orang daripada 100 orang responden yang tidak tahu

berkenaan perasmian program kitar semula oleh kerajaan. Ini menunjukkan 90%

responden yang terlibat adalah responden yang mengambil tahu tentang program kitar

semula di kawasan mereka.

YaTidak Tahu

Perasmian K

itar Semula O

leh K

erajaan

2 2

14

41

3 2

22

all/othersfriendsinternetradionewspapertelevision

Sumber Maklumat Kitar Semula

Carta 4.15: Bilangan Responden Perempuan Mengikut Sumber Maklumat Kitar

Semula dan Pengetahuan Terhadap Pelancaran Kitar Semula Oleh Kerajaan

Page 95: kitar semula

78

TahuTidak Tahu

Pelancaran Kitar Sem

ula Oleh K

erajaan

17

4 1 3 1

18

4

2

all/othersfriendsinternetradionewspapertelevision

Sumber Maklumat Kitar Semula

Carta 4.16: Bilangan Responden Lelaki Mengikut Sumber Maklumat Kitar Semula dan

Pengetahuan Terhadap Pelancaran Kitar Semula Oleh Kerajaan

4.4 Analisis Kesedaran Kitar Semula

Carta 4.17 pula menunjukkan bilangan responden yang mengitar semula bahan

buangan mereka. Carta dibawah menunjukkan majoriti responden ada mengitar semula

bahan buangan mereka, walaupun responden dalam lingkungan kadang-kadang adalah

seramai 38 orang bagi lelaki dan 36 orang bagi perempuan. Hanya 5 orang responden

daripada 100 orang responden yang langsung tidak mengitar semula. Ini manunjukkan

bahawa 95% responden yang terlibat adalah responden yang mempunyai rasa

tanggungjawab untuk mengitar semula. Carta 4.18 menunjukkan bilangan responden

mengikut mengapa mereka mengitar semula. Berdasarkan carta, hanya 30 orang

responden yang merasakan bahawa kitar semula adalah satu tanggungjawab. Manakala

43 orang responden merasakan ianya satu perkara yang sepatutnya dilakukan. Hanya 5

orang responden yang mengitar semula kerana tong dan pusat pengumpulan kitar

semula berada berdekatan kawasan kediaman responden.

Page 96: kitar semula

79

TidakKadang-kadangYaAdakah Anda Kitar Semula

2.5

2.0

1.5

1.0

0.5

Jant

ina

2.5

2.0

1.5

1.0

0.5

Jantina

40 30 20 10 0 403020100 40 30 20 10 0

3

2

11

11

36

38

Carta 4.17: Bilangan Responden Lelaki dan Perempuan Mengikut Aktiviti Kitar

Semula

DoronganTong dan Pusat pengumpulan …

Sepatutnya dilakukan

Tak PastiTerpaksaTanggungjawab

Kenapa Anda Kitar Semula

50

40

30

20

10

0

Bila

ngan

75

43

87

30

Carta 4.18: Bilangan Responden Mengikut Sebab Mereka Kitar Semula

Page 97: kitar semula

80

Jadual 4.1: Taburan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula

glass plastic aluminium paper

always sometimes never always

sometimes never always

sometimes never always

sometimes never

professional 4 4 4 4 4 4 2 2

Jadual 4.2: Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula

glass plastic aluminium paper

always sometimes never always

sometimes never always

sometimes never always

sometimes never

high schools 3 9 28 7 8 25 8 8 24 21 10 9college/diploma 9 16 7 13 5 11 10 4 19 6 university/degree 12 9 6 9 6 4 15 2 9 12 graduate/postgraduate 2 2 2 2

education level

others 1 5 7 4 5 4 3 10 4 5 4

4academicians 6 2 4 6 2 4 business 21 13 8 6 14 1 13 8 government officer 4 2 11 2 9 6 1 4 12 9 8 self employed 2 8 1 4 5 4 6 1 4 5retired 2 2 2 2 students 4 8 4 8 2 4 6 6 6

occupation

others 4 21 8 4 13 4 8 13 20 1 4

Page 98: kitar semula

81

Jadual 4.3: Taburan Bilangan Responden Mengikut Umur Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula

glass plastic aluminium paper

always

sometimes never always

sometimes never always

sometimes never always

sometimes never

15-20 8 8 8 3

Jadual 4.4: Taburan Bilangan Responden Mengikut Jenis Rumah Terhadap Jenis-jenis Bahan Yang Di kitar Semula

glass plastic aluminium paper

always sometimes never always

sometimes never always

sometimes never always

sometimes never

single/bungalow 15 25 4 18 18 4 22 14 20 20 kampung house/village 4 15 4 4 11 8 2 9 8 7 4

category of dwellings

multi family/flat/apartment/condominium

4 18 20 16 15 11 11 14 17 25 8 9

521-25 4 13 4 13 5 4 8 10 4 326-35 18 14 14 17 1 10 18 4 23 8 135-55 4 12 23 10 11 18 8 13 18 20 15 4

age

55 above 3 2 5 3 2 5

Page 99: kitar semula

82

4.5 Analisis Penglibatan Aktiviti Kitar Semula Diantara Jantina

Jadual 4.5: Ujian –t Perbezaan Penglibatan Aktiviti Kitar Semula Diantara Jantina

Jantina n Min SD t p Lelaki 50 1.240 0.4314 0.479 0.633 Perempuan 50 1.200 0.4041

Berdasarkan Jadual 4.5 menunjukkan hasil analisis ujian-t (Independent). Didapati

min bagi lelaki dan perempuan ialah 1.24 dan 1.20 dengan sisihan piawai 0.431 dan

0.404. Varian dua kumpulan tersebut adalah sama dan perbezaan min antara lelaki

(1.24) dan perempuan (1.20) menunjukkan tiada perbezaan ketara dari segi penglibatan

aktiviti kitar semula. Kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan signifikan min skor

penglibatan aktiviti kitar semula diantara lelaki dan perempuan.

4.6 Analisis Jenis Bahan Kitar Semula dan Hubungannya Dengan Latar Belakang Responden Jadual 4.6: Bilangan Responden Mengikut Kekerapan Kitar Semula

Kitar Semula Kertas

Kitar Semula Aluminium

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent always 23 23,0 23,0 23,0sometimes 37 37,0 37,0 60,0never 40 40,0 40,0 100,0

Valid

Total 100 100,0 100,0

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent always 53 53,0 53,0 53,0sometimes 34 34,0 34,0 87,0never 13 13,0 13,0 100,0

Valid

Total 100 100,0 100,0

Page 100: kitar semula

83

Kitar Semula Plastik

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent always 24 24,0 24,0 24,0sometimes 36 36,0 36,0 60,0never 40 40,0 40,0 100,0

Valid

Total 100 100,0 100,0

Kitar Semula Kaca

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent always 4 4,0 4,0 4,0sometimes 37 37,0 37,0 41,0never 59 59,0 59,0 100,0

Valid

Total 100 100,0 100,0

Empat Jadual 4.6 diatas menunjukkan kekerapan responden untuk mengitar

semula mengikut jenis bahan. Didapati bahawa kertas merupakan bahan buangan yang

paling kerap dikitar semula, iaitu 53 peratus kerap dan diikuti pula dengan plastik

dengan 24 peratus dan aluminium dengan 23 peratus. Ini mungkin kerana kertas,

terutamanya surat khabar dibeli pada setiap hari dan kebanyakannya dikitar semula

melalui cara beli-balik oleh pihak swasta dari rumah ke rumah.

Page 101: kitar semula

84

4.6.1 Analisis Kitar Semula Kertas Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap

pembolehubah. Jadual 4.6 menunjukkan korelasi koeffisien ( r ) bagi latar belakang

responden dengan kitar semula kertas.

Jadual 4.7: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Kertas

Pembolehubah

Kolerasi Pearson ( r )

Signifikan

Umur

-0.180 0.074

Bangsa

0.288** 0.004

Tahap Pendidikan

0.129 0.202

Taraf Perkahwinan

-0.160 0.112

Jangka Masa Menetap

0.021 0.837

Jenis Rumah

0.082 0.419

** Signifikasi pada aras p<0.01

* Signifikasi pada aras p<0.05

Daripada jadual ini, didapati nilai r bagi pembolehubah bangsa adalah positif dan

paling hampir dengan 1.0, ini bermaksud pembolehubah ini mempunyai korelasi positif

yang kuat. Paras signifikan bagi pembolehubah ini menunjukkan 0.004 (kecil daripada

0.05 dan 0.01), maka paras signifikan ini sangat tinggi. Ini bermakna terdapat korelasi

yang sangat kuat antara bangsa dengan kitar semula kertas.

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa

terhadap kitar semula kertas, analisis linear regression dilaksanakan. Jadual 4.7

menunjukkan koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat

hubungan pengaruh.

Page 102: kitar semula

85

Jadual 4.8: Nilai-nilai Signifikan bagi Bangsa Dan Kitar Semula Kertas

B β t p Pemalar 1.269 9.719 Bangsa 0.194 0.288 2.975 0.004

Setelah dibuktikan wujudnya hubungan pengaruh antara bangsa dan kitar semula

kertas, maka dapatlah dibuat persamaan linear untuk tujuan unjuran, iaitu:

Kertas = 1.269 + 0.194 (Bangsa)

Persamaan ini menunjukkan hubungan positif. 4.6.2 Analisis Kitar semula Aluminium Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap

pembolehubah. Jadual 4.8 menunjukkan Korelasi Koeffisien ( r ) bagi latar belakang

responden dengan kitar semula kertas.

Jadual 4.9: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Aluminium

Pembolehubah

Kolerasi Pearson ( r )

Signifikan

Umur

-0.095 0.001

Bangsa

0.146 0.007

Tahap Pendidikan

0.078 0.000

Taraf Perkahwinan

-0.122 0.000

Jangka Masa Menetap

0.167 0.046

Jenis Rumah

-0.065 0.346

Page 103: kitar semula

86

** Signifikasi pada aras p<0.01

* Signifikasi pada aras p<0.05

Daripada jadual 4.8, didapati nilai r bagi pembolehubah umur, bangsa, tahap

pendidikan, taraf perkahwinan dan jangka masa menetap mempunyai korelasi positif

dan negatif yang kuat. Paras signifikan bagi pembolehubah ini menunjukkan kecil

daripada 0.05 (keyakinan pada 95%).

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa

terhadap kitar semula aluminium, analisis Linear Regression dilaksanakan. Jadual 4.9

menunjukkan Koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat

hubungan pengaruh yang paling kuat.

Jadual 4.10: Nilai-nilai Signifikan bagi Jangka Masa Menetap Dan Kitar Semula Aluminium

B β t p Pemalar 1.984 5.031

Jangka Masa Menetap

0.122 0.255 2.238 0.028

Setelah dibuktikan wujudnya hubungan pengaruh antara jangka masa menetap

dengan kitar semula aluminium. Maka diperolehi persamaan linear untuk tujuan

unjuran:

Aluminium = 1.984 + 0.122 (Jangka Masa Menetap)

Page 104: kitar semula

87

4.6.3 Analisis Kitar semula Plastik Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap

pembolehubah. Jadual 4.10 menunjukkan Korelasi Koeffisien ( r ) bagi latar belakang

responden dengan kitar semula plastik.

Jadual 4.11: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Plastik

Pembolehubah

Kolerasi Pearson ( r )

Signifikan

Umur

-0.292** 0.003

Bangsa

0.323** 0.001

Tahap Pendidikan

-0.206** 0.039

Taraf Perkahwinan

-0.255* 0.010

Jangka Masa Menetap

-0.205* 0.040

Jenis Rumah

-0.276** 0.005

** Signifikasi pada aras p<0.01

* Signifikasi pada aras p<0.05

Daripada jadual 4.10, didapati nilai r bagi pembolehubah adalah positif dan

negatif, ini bermaksud pembolehubah ini mempunyai hubungan korelasi positif dan

negatif, dengan paras signifikan yang menunjukkan nilai kecil daripada 0.01 (keyakinan

pada 99%) dan 0.05 (keyakinan pada 95%). Maka paras signifikan ini sangat tinggi. Ini

bermakna terdapat korelasi yang sangat kuat antara kesemua pembolehubah dengan

kitar semula plastik.

Page 105: kitar semula

88

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa

terhadap kitar semula plastik, analisis Linear Regression dilaksanakan. Jadual 4.11

menunjukkan Koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat

hubungan pengaruh.

Jadual 4.12: Nilai-nilai Signifikan bagi Bangsa dan Jenis Rumah Dan Kitar Semula Plastik

B β t p Pemalar 3.497 8.271 Bangsa 0.155 0.207 2.124 0.036

Jenis Rumah -0.297 -0.340 -3.705 0.000

Setelah dibuktikan, wujudnya hubungan pengaruh antara jenis rumah dan bangsa

dengan kitar semula aluminium. Maka diperolehi persamaan linear untuk tujuan

unjuran:

Plastik = 3.497 –0.297 (Jenis Rumah)

Plastik = 3.497 + 0.155 (Bangsa)

Hubungan kitar semula plastik dan jenis rumah menunjukkan hubungan negatif

dimana ia menggambarkan bahawa semakin banyak jenis rumah yang mewah (banglo

atau rumah sebuah), semakin berkurangan jumlah plastik yang dikitar semula.

Manakala hubungan bagi bangsa dan kitar semula plastik pula menunjukkan hubungan

positif, yang bermaksud bahawa semakin tinggi bilangan sesuatu bangsa, semakin

meningkatlah jumlah plastik yang dikitar semula.

Page 106: kitar semula

89

4.6.4 Analisis Kitar semula Kaca Dengan Latar Belakang Responden

Analisis Bivariate dilakukan bagi mendapatkan korelasi koeffisien bagi setiap

pembolehubah. Jadual 4.12 menunjukkan Korelasi Koeffisien ( r ) bagi latar belakang

responden dengan kitar semula kaca.

Jadual 4.13: Korelasi Koeffisien ( r ) Bagi Latar Belakang Responden Dengan Kitar Semula Kaca

Pembolehubah

Kolerasi Pearson ( r )

Signifikan

Umur

-0.260** 0.009

Bangsa

-0.051 0.617

Tahap Pendidikan

-0.152 0.131

Taraf Perkahwinan

-0.337** 0.001

Jangka Masa Menetap

-0.191 0.057

Jenis Rumah

-0.187 0.062

** Signifikasi pada aras p<0.01

* Signifikasi pada aras p<0.05

Daripada jadual 4.12, didapati nilai r bagi pembolehubah umur dan taraf

perkahwinan adalah paling hampir dengan 1.0, tetapi pembolehubah ini mempunyai

korelasi negatif. Paras signifikan bagi pembolehubah ini menunjukkan kecil daripada

0.01 (keyakinan pada 99%), maka paras signifikan ini sangat tinggi. Ini bermakna

terdapat korelasi yang sangat kuat antara umur dengan kitar semula kaca.

Seterusnya untuk mengetahui sejauh manakah pengaruh parameter yang dianalisa

terhadap kitar semula kaca, analisis linear regression dilaksanakan. Jadual 4.13

Page 107: kitar semula

90

menunjukkan koefisien (B) dan nilai signifikan bagi pembolehubah yang terdapat

hubungan pengaruh.

Jadual 4.14: Nilai-nilai Signifikan bagi Umur Dan Kitar Semula Kaca

B β t p Pemalar 3.009 16.657 Umur -0.146 -0.260 -2.670 0.009

Setelah dibuktikan wujudnya hubungan pengaruh antara umur dengan kitar semula kaca. Maka diperolehi persamaan linear untuk tujuan unjuran:

Kaca = 3.009 – 0.146 (Umur)

Hubungan kitar semula kaca dan umur menunjukkan hubungan negatif dimana ia

menggambarkan bahawa semakin meningkat umur responden, semakin berkurangan

jumlah kaca yang dikitar semula.

4.7 Analisis Umur Dan Minat Untuk Menyertai Program Kitar Semula

Jadual 4.12 (a) dibawah menunjukkan koefisien korelasi (r) antara parameter umur

dengan keinginan untuk aktif dalam program kitar semula. Berdasarkan jadual, didapati

bahawa semua nila r yang diperolehi bernilai negatif, iaitu berkadar songsang dan

menunjukkan bahawa keinginan untuk melibatkan diri dalam program kitar semula

adalah rendah apabila umur seseorang semakin meningkat. Dapat disimpulkan bahawa

golongan muda lebih cenderung dan minat untuk menjayakan program kitar semula ini.

Berkemungkinan juga golongan yang telah lanjut usia kurang minat untuk aktif bergiat

dalam program ini akibat daripada faktor usia dan juga tahap kesihatan yang tidak

membenarkan.

Page 108: kitar semula

91

Jadual 4.15 (a): Koefisien Korelasi Bagi Umur Dan Aktiviti Kitar Semula Yang Minat

Dijalankan

Umur Mengitar

Semula

Kempen

Kitar

Semula

Pengenalan

Kitar

Semula Di

rumah

Tong

Kitar

Semula

Di

Rumah

Pengasingan

Bahan Kitar

Semula

Umur 1.000 -0.089 -0.078 -0.489** -0.431** -0.075

** Signifikan pada tahap 0.01 (keyakinan pada 99%)

Bagi membuktikan sejauh mana pengaruh parameter-parameter yang dianalisa

terhadap umur, nilai paras signifikan perlu dirujuk. Berdasarkan jadual 4.12 (b)

dibawah, hanya terdapat satu nilai positif yang paling hampir dengan 1.0 dengan paras

signifikan kurang daripada 0.05 (keyakinan pada 95%), iaitu keinginan untuk mengitar

semula sahaja. Oleh itu, faktor umur mempengaruhi keinginan untuk mengitar semula

sahaja.

Berdasarkan jadual 4.12 (b), terbukti wujudnya kaitan antara umur dan parameter

yang dikaji. Oleh itu, dapat diterbitkan persamaan linear yang bertujuan untuk

menunjukkan unjuran bagi kaitan tersebut:

UMUR = 4.043 + 0.441 (KS)

Dimana;

KS = Kitar Semula

Page 109: kitar semula

92

Jadual 4.15 (b): Nilai-nilai Signifikan Bagi Umur Dan Aktiviti Kitar Semula Yang

Minat Dijalankan

B β t Signifikan Pemalar 4.043 10.724

Mengitar Semula 0.441 0.212 2.043 0.044 Kempen Kitar

Semula -0.389 -0.157 -1.572 0.119

Pengenalan Kitar Semula Di

rumah

-0.598 -0.430 -4.360 0.000

Tong Kitar Semula Di

Rumah

-0.447 -0.339 -3.265 0.002

Pengasingan Bahan Kitar

Semula

0.178 0.146 1.493 0.139

4.8 Analisis Bilangan Responden dan Tempat Mereka Kitar Semula

28

2

31

39house collectionbuy back centrecollection centrerecycling bins

Tempat Kitar Semula

Carta 4.19: Bilangan Responden Mengikut Tempat Mereka Kitar Semula

Page 110: kitar semula

93

Carta 4.19 menunjukkan perkaitan bilangan responden dan temapt mereka

mengitar semula bahan buangan mereka. Berdasarkan carta ini, 39 orang lebih suka

mengitar semula barangan kitar semula mereka di tong-tong kitar semula yang terdapat

disekitar kawasan mereka. Manakala 31 orang pula menghantar barangan buangan

mereka di Pusat Pengumpulan Kitar Semula yang berdekatan dengan kawasan mereka.

Ini diikuti pula dengan 28 orang yang hanya menunggu barangan kitar semula mereka

dikutip dari rumah ke rumah oleh pihak yang bertanggungjawab. Boleh dikatakan disini

bahawa kebanyakkan responden berkemungkinan tidak mendapat maklumat berkenaan

Pusat Beli Semula yang terdapat dikawasan mereka kerana hanya 2 orang sahaja yang

menghantar barangan kitar semula ke Pusat Beli Semula.

4.9 Analisis Tong Kitar Semula Di Kawasan Kajian – Taman Perling

Berdasarkan Jadual 4.13, dapat dilihat lokasi-lokasi tong kitar semula, bilangan

set dan jenis lokasi premis di kawasan kajian, iaitu Taman Perling, Johor Bahru.

Terdapat 9 set tong kitar semula ditempatkan di sekolah-sekolah di sekitar Taman

Perling, 1 set di pasaraya Perling Mall dan 3 set di stesen minyak. Ini dapat dilihat

bahawa tidak terdapat tong kitar semula yang diletakkan dikawasan perumahan atau

premis kediaman yang mana hasil buangan barangan kitar semula terjana adalah lebih

banyak berbanding dengan premis yang lain, terutamanya sekolah. Berkemungkinan

inilah punca kenapa majoriti responden tidak tahu dan tidak pasti sama ada tong kitar

semula di Taman Perling digunakan pada setiap masa atau tidak. Ini dapat dilihat

berdasarkan Carta 4.20 dimana 66 daripada responden yang terlibat tidak tahu atau

tidak pasti sama ada tong dikawasan kajian digunakan atau tidak.

Page 111: kitar semula

94

Jadual 4.16: Senarai Lokasi Tong Kitar Semula Di sekitar Taman Perling (1 set/4 unit)

Bil Majlis Bandaran Premis Bil Set Jenis Premis

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

MPJBT

Sek Agama Sri Perling 2

Sek Keb Sri Perling 2

Sek Keb Taman Perling

Sek Men Keb Sri Perling 2

Sek Men Sri Perling

Sek Men Taman Perling

Sek Men Taman Perling 2

SRJK Cina Taman Perling

Sek Men Perling

Perling Mall

BP Taman Perling

SHELL Taman Perling

SHELL Taman Perling (Hadapan)

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Sekolah

Pasaraya

Stesen Minyak

Stesen Minyak

Stesen Minyak

JUMLAH 13 set 52 Unit

66 4

30

not sure/dont know

not fullfull

Penggunaan Tong Kitar Semula

Carta 4.20: Bilangan Responden Terhadap Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di

Taman Perling, Johor Bahru

Page 112: kitar semula

95

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Kesimpulan

Berpandukan kepada keputusan yang diperolehi daripada analisis kajian ini,

didapati bahawa banyak kesimpulan dapat dihasilkan, sama ada dari segi positif dan

negatif. Ini termasuklah dari segi aspek kesedaran dan kerjasama orang awam dalam

menjayakan program kitar semula yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Walaupun

program kitar semula ini telahpun dilancarkan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Hj.

Abdul Ghani Othman pada 18 Mac 2001 yang lalu, didapati bahawa masih terdapat

majoriti orang awam yang tidak sedar akan kepentingannya dan beranggapan bahawa

program kitar semula tidak memberikan kepentingan dan pulangan kepada mereka.

Terdapat juga orang awam yang tahu akan kepentingan kitar semula, tetapi tidak

mengendahkannya dan menganggap bahawa terdapat pihak yang akan

menguruskannya. Ini dapat dilihat dengan ketara apabila terdapat tong yang telah

disalahguna sebagai tempat membuang sampah dan memasukkan api puntung rokok.

Selain daripada itu, hampir semua tong bercampur dengan sampah lain dan tidak ada

yang mengasingkan secara total. Oleh itu, objektif pertama kajian, iaitu menilai tahap

kesedaran masyarakat terhadap program ini, boleh dikatakan bahawa tahap kesedaran

Page 113: kitar semula

96

masyarakat terhadap program masih ditahap yang rendah jika dibandingkan dengan

negara-negara lain.

Objektif kedua pula adalah untuk memperkenalkan serta menyebarkan program

ini kepada masyarakat. Ini dilakukan semasa proses temu bual dan soal selidik

dijalankan di Perling Mall, dengan membantu pihak Southern Waste Management

(SWM) menyebarkan flyers dan juga pamplet berkenaan dengan program kitar semula.

Melalui proses ini, orang awam serba sedikit akan mendapat informasi tentang apa itu

kitar semula, kepentingan kitar semula, akibat tidak mengitar semula, bagaimana kitar

semula, dimana untuk kitar semula, barangan yang boleh kitar semula, informasi terkini

berkenaan dengan aktiviti kitar semula, pusat-pusat kitar semula yang berdekatan dan

juga fakta yang penting berkenaan dengan kitar semula.

Objektif kajian ini juga adalah untuk menilai minat dan tahap sokongan

masyarakat terhadap program ini. Berdasarkan penilaian yang telahpun dibuat, boleh

dikatakan bahawa:

1. Terdapat ramai diantara mereka yang berminat untuk mengitar semula, tetapi

sikap malas dan komplikasi dalam proses mengitar semula (pengasingan,

pembersihan dan sebagainya) menyebabkan mereka mengambil keputusan

untuk tidak mengitar semula bahan-bahan buangan di rumah mereka.

2. Kurangnya pendidikan dan pengetahuan dari segi pengenalan kitar semula di

rumah juga menyebabkan masyarakat kurang minat dan tidak memberikan

sokongan terhadap program.

3. Tidak mendapat sokongan yang menyeluruh daripada golongan professional

dan korporat dalam menjayakan program kitar semula , terutamanya dari segi

pembiayaan kempen, pengurusan dan perjalanan program.

4. Daripada penilaian terhadap responden yang terlibat, mereka tidak berminat

untuk mengitar semula kerana tong-tong yang dibekalkan diletakkan jauh

daripada kawasan perumahan dan mereka merasakan pihak yang

bertanggungjawab tidak mengutamakan bahan buangan daripada kawasan

Page 114: kitar semula

97

perumahan walaupun majoriti bahan buangan yang terhasil adalah daripada

kawasan perumahan.

Kajian ini juga bertujuan untuk menilai tahap perlaksanaan dan aktiviti program

kitar semula di kawasan kajian. Didapati bahawa tahap perlaksanaan dan aktiviti

program kitar semula di kawasan kajian masih ditahap sederhana dan tidak banyak

aktiviti yang menarik dijalankan bagi menarik minat masyarakat setempat untuk turut

mengitar semula bahan buangan daripada rumah mereka kerana:

1. Walaupun pihak SWM telah menetapkan bahawa terdapat pusat kitar semula

bergerak di sekitar Perling Mall dimana ianya sepatutnya beroperasi pada setiap

Sabtu jam 2.00 petang hingga malam, tetapi pihak SWM sendiri tidak mengikut

jadual yang mereka sendiri tetapkan kerana semasa kajian soal selidik dan

pemerhatian dijalankan pada hari dan waktu yang sama, tiada pusat kitar semula

bergerak beroperasi di kawasan berkenaan. Ini menunjukkan tahap perlaksanaan

program kitar semula oleh pihak yang bertanggungjawab di kawasan kajian

adalah sangat rendah.

2. Sikap orang awam yang lebih senang mengumpul bahan yang boleh dikitar

semula di rumah dan menunggu pihak yang berkuasa datang dari rumah ke

rumah untuk memungutnya.

3. Kekurangan tong kitar semula di tempat kajian terutamanya dikawasan

perumahan, menyebabkan orang awam kurang mahir menggunakannya

terutamanya daripada golongan tua.

4. Pembuangan tong kitar semula hanya terhad kepada 4 jenis item yang umum

sahaja.

5. Orang awam lebih gemar menggunakan tong sampah biasa daripada tong kitar

semula kerana semua jenis sampah boleh dibuang ke dalam tong sampah biasa

dan tong tersebut boleh didapati di mana-mana sahaja.

6. Kurangnya penyelenggaraan berkala daripada pihak yang bertanggungjawab

juga menjadi satu faktor kerana tong kitar semula selalunya mempunyai masalah

tidak boleh dibuka atau tersangkut.

Page 115: kitar semula

98

Antara program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak MPJBT dan SWM

sepanjang tahun 2004 yang lalu, berdasarkan Laporan Aktiviti Program Kitar Semula

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Tahun 2004 ialah

1. Pemantauan di lokasi-lokasi sedia ada dan mengenal pasti masalah-masalah

yang timbul dan mengatasinya.

2. Pihak SWM telah mengadakan ceramah, demonstrasi dan pameran di sekolah-

sekolah rendah dan menengah .

3. Hebahan juga dijalankan melalui media cetak, pengedaran risalah, poster dan

juga radio disampaikan untuk memastikan keberkesanan dan kesedaran orang

awam tentang Program Kitar Semula.

4. Menganjurkan Program Gerak Tumpu dibawah Majlis Program Kitar Semula

dan dijadikan satu agenda penting dalam mendapatkan kerjasama dan

penglibatan orang awam.

5. Pelancaran Kitar Semula di peringkat MPJBT melibatkan Jabatan-jabatan sedia

ada yang dilancarkan pada 19 Ogos 2004 dan dirasmikan oleh Tuan Yang

Dipertua.

6. Majlis sebagai ejen kitar semula akan mencari dan memungut bahan-bahan kitar

semula di taman-taman melalui Unit Kitar Semula Majlis yang telah

dilaksanakan awal Oktober 2004.

Penilaian sejauh manakah keberkesanan program kitar semula dalam pelbagai

aspek juga merupakan salah satu objektif bagi kajian ini. Program kitar semula yang

diperhatikan dikawasan kajian adalah tidak efisyen dan tidak memberikan kesan yang

mendalam kepada masyarakat setempat. Antara faktor-faktor yang mempengaruhinya

ialah:

1. Sikap orang ramai yang menyerahkan tanggungjawab tersebut sepenuhnya

kepada pihak kerajaan walaupun sebenarnya ia merupakan tanggungjawab

bersama.

Page 116: kitar semula

99

2. Sambutan program yang kurang memuaskan memandangkan masih ramai

diantara masyarakat yang memandang remeh terhadap program tersebut.

3. Kesukaran untuk meyakinkan masyarakat bahawa sampah atau bahan buangan

mempunyai nilai.

4. Sikap masyarakat yang terlalu mengharapkan pulangan atau intensif daripada

pihak bertanggungjawab.

Dalam kajian ini, tahap kefahaman masyarakat tentang kitar semula juga dikaji

dan didapati bahawa tahap kefahaman masyarakat adalah pada tahap sederhana. Ini

adalah kerana masih terdapat masyarakat yang tidak sedar akan kepentingan kitar

semula bagi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sisa pejal. Selain daripada

itu, terdapat juga tong-tong kitar semula disalah guna contoh seperti ianya dijadikan

tempat membuang sampah dan memasukkan puntung rokok. Hampir kesemua tong-

tong kitar semula yang diperhatikan dikawasan kajian juga bercampur dengan sampah

lain dan tidak ada yang mengasingkannya secara total.

5.2 Cadangan

Berdasarkan kesimpulan kajian, beberapa cadangan telah difikirkan dan dirujuk

bagi membantu menjayakan program kitar semula dan meningkatkan kesedaran juga

minat orang ramai terhadap kitar semula. Cadangan yang dikemukakan meliputi empat

aspek, iaitu:

a. Perundangan

b. Pengurusan

c. Pendidikan

d. Promosi dan pengiklanan

Page 117: kitar semula

100

5.2.1 Perundangan

Melalui perundangan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi menghadkan penghasilan

barangan baru selain daripada barangan hasil kitar semula.

2. Penguatkuasaan undang-undang tertentu bagi menghadkan penghasilan sisa

pejal bagi setiap premis atau keluarga.

3. Penguatkuasaan undang-undang tertentu agar setiap premis atau rumah

mengasingkan bahan buangan yang dihasilkan.

5.2.2 Pengurusan

Melalui pengurusan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Menambahkan lagi bilangan tong-tong kitar semula dan menempatkan tong-tong

kitar semula di kawasan premis kediaman, dimana majoriti barangan buangan

dihasilkan. Ia juga akan menyedarkan masyarakat bahawa kitar semula

merupakan sebahagian daripada hidup mereka.

2. Pemungutan secara berkala yang lebih kerap bagi mengelakkan tong-tong kitar

semula terlalu penuh, menyebabkan ia tidak boleh dibuka dan tersangkut.

3. Pusat kitar semula yang telah disediakan hendaklah disediakan dengan satu tong

sampah biasa untuk sisa pejal yang tidak boleh dikitar semula.

4. Pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala dan kerap supaya pusat atau

tong tidak berlaku vandalisma dan kerosakan.

5. Setiap premis kediaman dibekalkan beg-beg plastik kitar semula secara percuma

dan mengadakan kutipan bahan-bahan kitar semula dari rumah ke rumah,

Page 118: kitar semula

101

terutamanya rumah pangsa, teres, berkembar dan banglo seminggu sekali,

mengikut jadual.

Sebagai contoh seperti yang dilakukan oleh Alam Flora Sdn. Bhd., dimana setiap

premis kediaman di Putrajaya dibekalkan beg-beg plastik kitar semula secara

percuma berwarna biru dan jingga, terutamanya kawasan Presint 8, 9, 10, 11 dan 16

(Lihat Lampiran 8). Selain daripada itu, sebagai contoh Kerajaan Tempatan dan

Japan International Co-operation Agency (JICA) juga menjalankan projek

percubaan di Pulau Pinang, Miri dan Subang Jaya. Sasaran utama ialah meliputi

kawasan seluas 161 km persegi, De Palma Condominium, Subang jaya dimana

setiap minggu para peserta program akan dibekalkan dengan tiga beg plastik

berlainan warna- untuk kertas, plastik dan aluminium, dan kaca. Setiap beg plastik

yang dibekalkan (merah, oren dan putih) akan dilabelkan dengan nombor premis

kediaman yang terlibat.

6. Bagi premis bertingkat (pangsa), sediakan ‘Sangkar Kitar Semula’ pada setiap

blok dimana penghuni premis boleh memasukkan beg-beg plastik bahan kitar

semula kedalam sangkar tersebut untuk kutipan pihak bertanggungjawab secara

berkala.

7. Menjalankan Pusat Kitar Semula Tetap dan Pusat Kitar Semula Bergerak secara

terus-menerus dan lebih serius.

5.2.3 Pendidikan

Melalui pendidikan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak supaya ianya menjadi ikutan

dan dorongan kepada mereka apabila dewasa kelak.

Page 119: kitar semula

102

2. Kurikulum sekolah, terutamanya sekolah rendah boleh digubal supaya

matapelajaran yang berkaitan dengan pengurusan sisa pejal dan kitar semula

dapat diselitkan. Melalui cara ini, pelajar dapat memahami dengan awal isu-isu

yang berkaitan dengan alam sekitar seperti kepentingan dan mengapa kitar

semula.

3. Program pendidikan yang melibatkan ceramah, pameran, demonstrasi dan

pertandingan haruslah dikreatifkan lagi dan digiatkan terutamanya disekolah-

sekolah untuk menarik minat pelajar.

4. Pihak SWM juga boleh mengambil beberapa sekolah sebagai ‘anak angkat’

supaya aktiviti kitar semula dapat dijalankan dengan lebih berjaya kerana

pengguna lebih dekat dengan pihak yang bertanggungjawab. Sekolah yang

dijadikan ‘anak angkat’ ini juga boleh dijadikan rujukan kepada sekolah-sekolah

lain bagi program kitar semula.

5.2.4 Promosi dan pengiklanan

Melalui promosi dan pengiklanan, cadangan yang dikemukakan ialah:

1. Kerjasama daripada pihak media diperlukan bagi menjamin segala maklumat

yang disiarkan diterima oleh kumpulan sasaran yang ditentukan, terutamanya

dari segi aktiviti dan promosi kitar semula.

2. Maklumat bukan sahaja disampaikan dalam bentuk media cetak malahan

melalui media elektronik, termasuklah televisyen, radio dan internet juga.

3. Risalah atau pemberitahuan yang diterbitkan oleh Bahagian Perhubungan

Korporat SWM haruslah diperbanyakkan dan diedarkan kepada masyarakat

sama ada melalui penghantaran rumah ke rumah, selit didalam risalah akhbar

atau pengedaran di pasaraya-pasaraya yang menjadi tumpuan masyarakat.

4. Penampalan poster-poster kitar semula yang kreatif di kawasan strategik bagi

menarik perhatian orang ramai.

Page 120: kitar semula

103

5. Mengadakan pertandingan pengumpulan bahan kitar semula terberat secara

mingguan atau terkumpul agar ianya dapat menarik minat masyarakat.

6. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kejiranan Setempat atau media elektronik

agar keuntungan atau insentif yang diperolehi daripada hasil barangan kitar

semula dapat disumbangkan kepada tabung kebajikan. Sebagai contoh seperti

yang dilakukan di Bandar Bukit Damansara, dimana hasil yang diperolehi

disumbangkan kepada tabung kebajikan kejiranan (lihat Lampiran 6).

Page 121: kitar semula

104

RUJUKAN

1. Prof Dr Tan Poo Chang (2000), “Seminar On Community Participation In Waste

Reduction In Malaysia,” Department of Applied Statistics, Faculty of

Economics and Administration, University Malaya.

2. Alam Flora (2005), “ Flora 11”, Issue Jan 2005 KDN PP12577/5/2005

3. Southern Waste Management (2002), “Fresh Friend”, Southern Waste

Management Recycling Brochure.

4. Tan Meng Leng (1996), “Era Hijau, Third Issue: Introduction to Recycling

Program,” Beriat Publishing Sdn. Bhd.

5. Dr Teuku Iskandar (1984), “Kamus Dewan”, Dewan Bahasa Dan Pustaka

6. Sharifah Rafizah Sted Hussien, “Interim News Vol. 2/2000; Program

Pendidikan Kitar Semula dan Pusat Pendidikan Alam Sekitar”, SWM Corporate

Communications Department.

7. Harminderjeet Kaur a/p Kuldip Singh, “Pengurusan Sisa Pejal Secara Guna

Semula Dan Kitar Semula Kajian Kes Petaling Jaya”, Fakulti Kejuruteraan

Awam.

Page 122: kitar semula

105

8. Muhd Habani Helmi Abu Bakar (2002), “Keberkesanan Dan Pendapat Orang

Ramai Mengenai Program Kitar Semula Di Johor Bahru, Kajian Kes Majlis

Bandaraya Johor Bahru”, Fakulti Kejuruteraan Awam.

9. Peterson, Charles (1989), “What Does Waste Reduction Mean? Waste Age”,

January

10. U.S Environmental Protection Agency, 1991

Page 123: kitar semula

LAMPIRAN

Page 124: kitar semula

LAMPIRAN 5: CONTOH RESIT YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI BUY BACK CENTRE, PRESINT 8 PUTRAJAYA

Page 125: kitar semula

LAMPIRAN 6: CONTOH FLYERS YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI KAWASAN BANDAR BUKIT DAMANSARA

Page 126: kitar semula

LAMPIRAN 7: CONTOH PAMPLET YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD

Page 127: kitar semula

LAMPIRAN 8: CONTOH PAMPLET YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI PUTRAJAYA BESERTA JADUAL

Page 128: kitar semula

LAMPIRAN 9: PLASTIK BEG YANG DIGUNAKAN OLEH ALAM FLORA SDN BHD DI PUTRAJAYA.

Page 129: kitar semula

LAMPIRAN 10 Name/ Name: _______________________________________Phone/ Tel.: ________ Date/ Tarikh: _______________________________________Time/ Masa: ________ Location/ Lokasi: _____________________________________ Questionnaires/ Soal-selidik:

A. Demographics/ Latar belakang: A1. Gender/ Jantina:

□ Male/ Lelaki □ Female/ Perempuan

A2. Age/ Umur:

□ 15-20 □ 21-25 □ 26-35 □ 35-55 □ Above 55/55 ke atas

A3. Racial/ Keturunan:

□ Malay/Melayu □ Chinese/Cina □ Indian/India □ Mixed/Peranakan □ Others/Lain-lain

A4. Education/Pendidikan:

□ High school/ Sekolah menengah □ College/ Kolej/Diploma □ University/ Universiti / Degree/ Ijazah Sarjana Muda □ Graduate/ Post graduate/ Lepasan Ijazah □ Others/ Lain-lain

A5. Maritial Status/ Taraf Perkahwinan:

□ Single/ Belum berkahwin □ Married/ Berkahwin □ Others/ Lain-lain

A6. Religion/ Agama:

□ Muslim/ Islam □ Christian/ Kristian □ Budhism/ Bhudda □ Hinduism/ Hindu □ Others/ Lain-lain

A7. Occupation/ Pekerjaan:

□ Professional/ Profesional □ Academicians/ Pendidikan/ Pensyarah □ Business/ corporate/ usahawan □ Government officers/ pegawai kerajaan

Page 130: kitar semula

□ Self employed/ bekerja sendiri □ Retired/ pencen □ Students/ pelajar □ Others/ lain-lain

A8. Income levels/ tahap pendapatan (per month/sebulan)

□ RM 0-300 □ RM 301-500 □ RM 501-1500 □ RM 1501-2000 □ Above RM 2000/ RM 2000 ke atas

A9. Address location/ Lokasi alamat: A10. Length of stay/ Jangkamasa menetap:

□ 1 year or less/ 1 tahun atau kurang □ 1-2 years/ tahun □ 2-3 years/ tahun □ 3-5 years/ tahun □ 5 or more/ lebih 5 tahun

A11. Category of dwelling units/ kategori rumah:

□ Single / Banglo/ Rumah Sebuah/Taman Perumahan □ Kampung House/ Village/ Rumah Kampung □ Multi Family/ Rumah Flat/ Apartment/ Condominium

A12. Ownership/ tahap milikan:

□ Own/ Sendiri/ Beli □ Rent/ Sewa □ Others/ lain-lain (menumpang, bersama keluarga dll)

B. Environmental concerns/ Kesedaran Terhadap Alam-sekitar

B1. Adakah anda mengetahui pelancaran kempen kitar semula yang sedang dijalankan oleh kerajaan?

□ Ya □ Tidak

B2. Jika ya, bagaimana anda mengetahuinya?

□ TV □ Suratkhabar □ Radio □ Internet □ Kawan □ Lain-lain

Page 131: kitar semula

B3. Adakah anda tahu apakah barangan yang boleh dikitar semula?

□ Tahu □ Tidak tahu □ Tidak pasti

B4. Adakah anda tahu akan kewujudan tong kitar semula di kawasan anda?

□ Ya □ Tidak

B4. Adakah anda kitar semula barangan anda?

□ Ya, setiap masa □ Kadang-kadang □ Tidak

B5. Kenapa?

□ Susah dan Cerewet □ Tidak tahu dimana dan bagaimana □ Tidak memberi kepentingan □ Terlalu malas

B6. Kenapakah anda mengitar semula barangan anda?

□ Tanggungjawab □ Terpaksa □ Tidak pasti □ Satu perkara yang sepatutnya dilakukan □ Tong Kitar Semula dan Pusat Pengumpulan berdekatan dengan rumah □ Dorongan Majikan/Keluarga/ Seisi Rumah

C. Perlaksanaan Masyarakat Dalam Kitar Semula

C1. Jika kempen Kitar Semula dijalankan untuk tujuan kebajikan diadakan di sekitar tempat tinggal anda, adakah anda akan melibatkan diri?

□ Ya □ Tidak

C2. Apa barangan yang selalu dikitar semula?

□ Kertas ( ) Kerap ( ) Jarang-jarang ( ) Tidak pernah □ Aluminium ( ) Kerap ( ) Jarang-jarang ( ) Tidak pernah □ Plastik ( ) Kerap ( ) Jarang-jarang ( ) Tidak pernah □ Kaca ( ) Kerap ( ) Jarang-jarang ( ) Tidak pernah

Page 132: kitar semula

C3. Dimanakah selalunya anda kitar semula barangan anda?

□ Tong Kitar Semula (Tong 3 Warna) □ Pusat Pengumpulan □ Pusat Beli Semula □ Kutipan dari Rumah ke Rumah

C4. Perlukah kitar semula diperkenalkan dari rumah-kerumah?

□ Perlu □ Tidak perlu □ Tidak pasti

C5. Adakah anda setuju jika setiap rumah dibekalkan tong kitar semulanya sendiri?

□ Setuju □ Tidak setuju □ Tidak pasti

D. Keberkesanan Program Kitar Semula D1. Adakah tong kitar semula dikawasan anda digunakan?

□ Penuh □ Tidak penuh □ Tidak pasti / tidak mengambil tahu

D2. Pernahkah anda mengasingkan sampah anda untuk dikitar semula?

□ Pernah □ Tidak pernah □ Kadang-kadang

D3. Tahukah anda mengenai 3M (Mengurangkan, Mengguna semula dan Mengitar semula) ?

□ Tahu □ Tidak tahu □ Tidak pasti

D4. Tahukah anda kenapa kita digalakkan supaya mengitar semula?

□ Tahu □ Tidak tahu □ Tidak pasti

D5. Mengitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar dan menjimatkan penggunaan bahan baru dan tenaga. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

□ Setuju □ Tidak setuju □ Tidak pasti

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan bekerjasama dalam menjayakan kajian ini. Kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai.

Page 133: kitar semula

LAMPIRAN 11

Pengumpulan Kotak Di Belakang Perling Mall, Taman Perling

Tong Kitar Semula Di Perling Mall, Taman Perling

Page 134: kitar semula

Sampah Campuran Yang Diletakkan Di Luar Tong Kitar Semula

Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di Stesyen Minyak SHELL, Taman Perling

Page 135: kitar semula

Tong Kitar Semula Yang Terdapat Di Stesyen Minyak BP, Taman Perling

Tong Kitar Semula Di Kawasan Taman Perling