43
1.0 PENDAHULUAN 2.0 PENTAKSIRAN FAIROS AZMI BIN MARZAH PPG 2.07 1 PENDAHULUAN Pada semester 2 ini semua pelajar PPG BM 2.07 akan mengambil mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah rendah ( BMM 3103 ) dikehendaki membuat satu kerja kursus pendek. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dan membuat nota dalam bentuk pengurusan grafik, menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi kemahiran Bahasa Melayu sekolah rendah Tahap 2 berdasarkan Taksonomi Bloom. Berdasarkan JSU tersebut, guru diminta membina 10 ujian objektif aneka pilihan. Di samping itu, guru perlu menyediakan instrumen pemarkahan/peraturan memberi markah bagi ujian yang telah dibina, dan menyediakan penulisan refleksi tentang kekuatan, kekurangan, dan cadangan penambahbaikan perkara yang pelajar lalui sepanjang melaksanakan projek ini. BMM 3103 ialah Mata Pelajaran Pentaksiran, subjek ini diperkenalkan bertujuan sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, alat mencari punca kelemahan murid, mendapatkan keberkesanan pengajaran guru, menilai prestasi dan kemajuan pelajar, mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar, membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan, membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar, bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid, memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik serta membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan. Ianya membantu dari segi pelbagai aspek di sekolah. Ini menjadikan JSU amat penting dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah itu.

KKB BMM 3103

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KKB BMM 3103

Citation preview

1.0 PENDAHULUAN

2.0 PENTAKSIRAN

2.1 Konsep PentaksiranKONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai,maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan

2.2 Definisi Pentaksiran

Definisi

Pentaksiran boleh didefinisi dari pelbagai kontek. Salah satunya ialah pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pula pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Manakala pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Oleh hal yang demikian boleh dirumuskan bahawa aktiviti pentaksiran perlu dijalankan secara berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat.

2.3 Tujuan PentaksiranMerancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan dan Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaranProses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranTujuan Pentaksiran

2.4 Fungsi Pentaksiran

2.5 Aspek aspek Utama Pentaksiran

2.6 Ciri-ciri Pentaksiran yang baik

2.7 Rumusan PentaksiranRumusan Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

3.0 PENGUJIAN

3.1 Definasi Pengujian

Definasi Pengujian

Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar)Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

3.2 Tujuan Pengujian

a) Mengukur:- kecergasan, kemahiran, pengetah atau atribut psikologib) Mengukur pembelajaranc) Menentukurkan (prauji)d) Mengukur pencapaiane) Menyemak kandungan kursus (ujian latihan)f) Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred)g) Memotivasikan pelajarh) Menyediakan maklum balas kepada pelajari) Menyediakan maklum balas kepada guruj) Mengukur keberkesanan pengajaran

Tujuan Pengujian

3.3 Ciri-ciri Pengujian

3.4 Insrumen Pengujian

Insrumen Pengujian

Alat/ kaedah/ pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons (data) dalam pentaksiran bagi mengukur penguasaan terhadap sesuatu bidang pembelajaran atau pengajaran

3.5 Rumusan PengujianRumusan Pengujian

Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu

Rumusan Pengujian

4.0 PENILAIAN

4.1 Definisi Penilaian

4.2 Konsep Penilaian

4.3 Tujuan PenilaianMenolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Tujuan Penilaian

4.4 Perkaitan Antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

5.0 TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

5.1 Definisi Taksonomi BloomDefinisi Taksonomi Bloom

Istilah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ruj. : Kamus Pelajar Edisi KeduaKajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.Ruj. : Kamus Dewan Edisi EmpatDiasaskan oleh Benjamin S. Bloom tahun 1956.Kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dalam bidang pendidikan, digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.Berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Amat menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Soalan perlu dibuat pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

5.2 Kerangka Konsep

5.3 Taksonomi Bloom

5.4 Domain Kognitif

5.4.1 Definisi Domain Kognitif

Definisi Domain KognitifMembincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

5.4.2 Tahap Domain Kognitif

Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Tahap Domain KognitifPengetahuan

5.4.3 Peringkat Peringkat Dalam Domain Kognitif

5.5 Domain Afektif ( Domain David Krathwohl )5.5.1 Definisi Domain Afektif ( Domain David Krathwohl )

Definisi Domain AfektifTaksonomi Krathwohl diasaskan oleh David R. Krathwohl.Taksonomi ini merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

5.5.2 Peringkat-peringkat Dalam Domain AfektifPeringkat-peringkat Dalam Domain Afektif

Penerimaan - Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi. Gerak Balas - Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Menilai - Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi , kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan serta menilai berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik. Organisasi - Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Perwatakan - Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang dan perubahan tingkah laku yang positif selepas sesi P&P.

5.6 Domain Psikomotor5.6.1 Definisi Domain Psikomotor

Berkaitan dengan aspek-aspek keterampilan yang melibatkan fungsi sistem saraf dan otot (neuronmuscular system) dan fungsi psikis.

Definisi Psikomotor

5.6.2 Peringkat-peringkat Dalam Domain Psikomotor

6.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

6.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian

Definisi JSU

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. JSU mengandungi maklumat seperti :- Topik pelajaran Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan Pemberatan/peratus pemberatan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar. Bentuk ujian (objektif, subjektif,esei, amali, kerja kursus dll) Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item.

6.2 Tujuan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )

Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan

Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan tidak tahu aras)

Tujuan

6.3 Syarat Jadual Spesifkasi Ujian ( JSU )

Ujian tidak dibina semberangan. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji. panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

6.4 Ciri-ciri Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran dan menegak kandungan. Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan. Mengandungi aras yang mengikut aras taksonomi. Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran. Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain. Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Ciri-ciri JSU

6.5 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )1) Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. 2) Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. 3) Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.4) Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras- aras kemahiran yang diuji.5) Kertas ujian dapat digubal secara sistematik 6) kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.7) Memberi panduan untuk membentuk format ujian. 8) Memberi panduan untuk membentuk soalan. 9) Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.10)Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.11)Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.12) Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang; 13) Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

Kepentingan JSU

6.6 Langkah-langkah membina JSU

6.7 Konsep IK (Indeks Kesukaran)Konsep IK (Indeks Kesukaran) Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah) Pengiraan :IK = B / J (jumlah yang sedikit)B = bil. Calon menjawab betulJ = jumlah keseluruhan calon IK = BT + BR / J (jumlah yang banyak - lebih 40 orang)BT = jumlah calon dalam kumpulan tinggi yangmenjawab betulBR = jumlah calon dalam kumpulan rendahyang menjawab betulJ = jumlah keseluruhan calon

7.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4NOTOPIK / TAJUK / SUBTAJUKARAS KEMAHIRANJUMLAH

PEGETAHUNKEFAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN

1Imbuhan11

2Kata Sendi11

3Struktur Ayat11

4Antonim11

5Sinonim11

6Kata Banyak Makna11

7Kata Adjektif11

8Peribahasa11

9Kata Ganda11

10Kata Ganti Nama11

JUMLAH21212210

8.0 UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM

PengetahuanAras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya. Ianya dapat menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Oleh hal yang demikian, perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya

Contoh Soalan :1. Mak andam __________ air bunga ke seluruh badan Kak Hawa.

A. menjirusC, merenjisB. menyimbahD. Menyiram

2. Ahmad _________ berusaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR.

A. kepadaC. akanB. perluD. harus

KefahamanAras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini murid menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri. Soalan pada tahap ini, menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Contoh-contoh perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

Contoh Soalan :

3. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Seharian suntuk datuk bekerja di sawahnya.II. Baju itu sangat suntuk untuk budak yang gemuk itu.III. Jangan menunggang basikal terlalu suntuk dengan kawan-kawan.IV. Tempahan yang diberikan oleh ketuanya untuk menyiapkan tugasan itu begitu suntuk.

A. I dan IIC. III dan IVB. II dan IIID. I dan IV

AplikasiMurid menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atauprosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentangpengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru. Pada peringkat ini, saoalan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan - perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

Contoh Soalan :

4. Kejadian ganjil sering berlaku di kediaman yang baru diduduki oleh keluarga Encik Khairul.Perkataan seerti bagi ganjil ialahA. istimewaC. pelikB. canggihD. unik

5. Persatuan itu telah dibubarkan kerana tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pendaftar syarikat.Perkataan berlawanan bagi dibubarkan ialahA. dimansuhkanC. ditutupkanB. ditubuhkanD. dibatalkan

AnalisisAras kognitif yang menunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah. Oleh itu contoh perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

Contoh Soalan :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

6. Lebih baik __________ beredar dari sini sebelum pihak msuh tiba . arah Bendahara Ali kepada Laksamana Hang Tuah.

A. beta C. hambaB. patikD. tuan hamba

SintesisAras kognitif yang menghendaki murid menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

Contoh Soalan :

7. ________ daripada rumah itu rosak teruk apabila _______ ketul batu besar telah jatuh dari bukit yang berhampiran.

A. Sebahagian ....... beberapaB. Setengah ....... setiapC. Sekalian ..... satuD. Sesetengah ...... sesuatu

8. Sementara menunggu bas sampai, Azmi ______ di kaki lima pondok bas itu.

A. lalu-lalangB. simpang-siurC. mundar-mandirD. bolak-balik

PenilaianAras kognitif yang menghendaki murid melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu. Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh Soalan :Pilh ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.9. Kami berbesar hati kerana menerima kunjungan Datuk Mustapa ke tempat kami. Kata ketua kampung dalam ucaapannya.

A. Ketua kampung memberitahu bahawa dia dan penduduk kampung berbangga dengan kunjungan Datu Mustapa ke kampung mereka.B. Ketua kampung berucap bahawa kedatangan Datuk Mustapa amat ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung.C. Datuk Mustapa berbesar hati kerana menerima kunjungan penduduk kampung.D. Penduduk kampung berbangga kerana ketua kampung sudi mengunjungi Datuk Mustapa.

Pilih ayat yang betul.

10. A. Baju yang berpotongan labuh seperti ini bukan sesuai untuk mereka yang berbadan rendah. B Majalah-majalah di kedai itu tidak untuk dibaca tetapi untuk dijual.C. Dia bukan anak angkat Tuan Budin tetapi anak saudara sebelah isterinya.D. Budak lelaki yang bersongkok itu tidak abang Khairil.

9.0 INSTRUMEN PERMARKAHAN / PERATURAN DALAM UJIAN

BILPERKARAKERTAS 1/ 011

1

InstrumenUjian Berbentuk Objektif

2ItemUjian Objektif

- Pilihan A,B,C atau A,B,C,D

- Aneka Pilihan

3Jumlah Soalan

10 Soalan

- 10 Soalan Objektif ( kemahiran Bahasa )

4

Agihan Markah10 markah

5

Peruntukan Masa13 minit

6

Aspek Pentaksiran1) Tatabahasa 10 soalan

a) Morfologib) Sintaksisc) Golongan katad) Kosa Katae) Peribahasa

7

PemarkahanDikotumus 1 : 0

8

SkopMerangkumi semua Sukatan PelajaranTahun 1 hingga Tahun 6

9

AlatanTiada

10.0 KESIMPULAN

Dalam KKBI BMM 3103 ini, terdapat beberapa kepentingan seperti dapat membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran, membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran, megesahkan suatu paras pencapaian pelajar, membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu. Ianya juga banyak membantu dalam menentu aras penulisan kertas soalan untuk murid bagi menentukan mencapaian yang baik dalam peperiksaan.

Refleksi Individu Dalam masyarakat alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam setiap pendidikan di Negara kita.Ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran Bahasa Malaysia l. Guru sekarang menganjak peranannya sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat kepada peranan sebagai pemudah cara dan pengurus untuk mendapat maklumat. Begitu juga dalam setiap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di masa kini.Pada semester 2 ini, para pelajar PPG yang mengambil mata pelajaran Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah rendah ( BMM 3103 ) dikehendaki membuat satu kerja kursus pendek. Para pelajar dikehendaki mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dan membuat nota dalam bentuk pengurusan grafik, menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi kemahiran Bahasa Melayu sekolah rendah Tahap 2 berdasarkan Taksonomi Bloom. Berdasarkan JSU tersebut, guru diminta membina 10 ujian objektif aneka pilihan. Di samping itu, pelajar perlu menyediakan instrumen pemarkahan/peraturan memberi markah bagi ujian yang telah dibina, dan menyediakan penulisan refleksi tentang kekuatan, kekurangan, dan cadangan penambahbaikan perkara yang pelajar laluisepanjang melaksanakan projek ini. Kerja kursus yang diberikan ini boleh membantu saya dalam proses pemgajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana kerja kursus yang diberikan ini membolehkan saya memahami bagaimana seorang guru menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi kemahiran Bahasa Melayu sekolah rendah Tahap 2 berdasarkan Taksonomi Bloom serta bagaimana seorang guru membuat analisis sebelum menyediakan soalan peperiksaan untuk murid. Oleh yang demikian, KKBI yang diperoleh ini dapat memberi pengetahuan yang baru kepada saya. Sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru, saya merasakan tugasan ini adalah salah satu daripada garis panduan dan langkah yang bijak serta amat sesuai bagi membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang pendidik untuk menyediakan saya tentang pentaksiran, pengujian dan penilaian yang boleh diaplikasikan semasa membina soalan dan menjadi panduan untuk saya dalam melaksanakan ujian. Sememangnya tugasan ini banyak membantu saya menjadi seorang guru yang lebih berinformasi dan berpengetahuan luas dalam bidang ini serta boleh membantu saya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan proses p&p di sekolah kelak. Tidak dapat dinafikan KKBI ini memberikan pendedahan yang banyak dalam membantu saya apabila saya mengajar disekolah nanti. Penerangan oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Dr. Zarina binti Ahmad juga membantu sedikit sebanyak dalam proses saya menyiapkan KKBI ini. Info- infi yang diberikan dapat saya jadikan panduan dalam melaksanakan tugasan ini. Diharap beliau berpuas hati terhadap hasil tugasan yang telah saya sediakan ini serta dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua orang. Insyaallah.

Di sediakan Oleh :FAIROS AZMI BIN MARZAHPPG AMBILAN FEB KELAS 2.07

RUJUKAN

Nik Safiah Karim et.al. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf (1989), Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Sasbadi Sdn, Bhd.

Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM (2012), BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

http://www.slideshare.net/zaidillah/ee-ah-meng

http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html

FAIROS AZMI BIN MARZAH PPG 2.07 45