KKP AQIDAH

Embed Size (px)

Text of KKP AQIDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS PENGAJIAN ISLAM 2: AQIDAH _____________________________________________________________________ NAMA : NOR AINA MARDIYYAH BT ZAIDAN NO.K.P : 910428-04-5326 NAMA : NABILAH FARHANAH BT NOH NO.K.P : 910329-05-5086 NAMA : IZATUL SHUHADA BT CHE BERAHIM NO.K.P : KUMPULAN/UNIT : PPISMP PA&AQ/BI/BA NAMA MATAPELAJARAN : PENGAJIAN ISLAM 2/ AQIDAH 2 NAMA PENSYARAH : USTAZ ZULKARNAIN BIN MOHAMAD TARIKH SERAHAN : 5 OKTOBER 2009 Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : . Nama Penulis : . Tarikh : .. Tandatangan : . Nama Penulis : . Tarikh : .. Tandatangan : . Nama Penulis : . Tarikh : .. AQIDAH JABATAN AGAMA ISLAM DAN MORAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS SENARAI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT PENGHARGAAN PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH ZAMAN NABI MUHAMMAD, ZAMAN SAHABAT DAN ZAMAN BANI UMAIYYAH SEJARAH KEWUJUDAN MAZHAB-MAZHAB AQIDAH SERTA PEGANGANNYA KESAN AQIDAH TERHADAP TERHADAP PEMBANGUNAN INDIVIDU PARA SAHABAT DAN MASYARAKAT ISLAM ISU-ISU AQIDAH DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN SEBAB-SEBAB PERBEZAAN AQIDAH PARA SAHABAT DENGAN UMAT ISLAM HARI INI RUMUSAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN PENGHARGAAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kami menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan Aqidah. Kami mengucapkan sekalung penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Zulkarnain bin yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan cemerlang. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberikan komentar terhadap kerja kursus ini. Tidak lupa juga, ibu bapa kami yang banyak memberikan semangat dan sokongan ketika kami menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini secara langsung mahupun tidak langsung.. Sekian. PENGENALAN Kata aqidah diambil dari kata al-aqdu, yakni ikatan dan tarikan yang kuat. Ia juga berarti pemantapan, penetapan, kait-mengait, tempel-menempel, dan penguatan. Perjanjian dan penegasan sumpah juga disebut aqdu. Jual-beli pun disebut aqdu, karena ada keterikatan antara penjual dan pembeli dengan aqdu (transaksi) yang mengikat. Termasuk juga sebutan aqdu untuk kedua ujung baju, karena keduanya saling terikat. Juga termasuk sebutan aqdu untuk ikatan kain sarung, karena diikat dengan mantap. Istilah aqidah di dalam istilah umum dipakai untuk menyebut keputusan pikiran yang mantap, benar maupun salah. Jika keputusan pikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nashrani bahwa Allah adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas). Istilah aqidah juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak bisa dihinggapi kebimbangan. Iaitu apa-apa yang dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya sebagai madzhab atau agama yang dianutnya, tanpa melihat benar atau tidaknya. SEJARAH PERKEMBANGAN AKIDAH ZAMAN NABI,SAHABAT DAN BANI UMAIYAH SEJARAH AKIDAH ZAMAN NABI DAN SAHABAT Pada zaman Nabi,Umat Islam dan para sahabat pada zaman Rasulullah S.A.W menerima terus segala ajaran dan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W tanpa banyak persoalan dan kiranya ada persoalan dan tidak faham mereka terus menemui Rasulullah dan meminta penjelasan.Antara lain juga,Rasulullah sendiri pun sememangnya menjelaskan segala perkara yang menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan di kalangan para sahabat.Justeru itu,pada masa Rasulullah persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau sifat ketuhanan tidak timbul. Pada zaman sahabat pula tidak berlaku kerana para sahabat dapat memahami ayat Al Quran atau sifat Allah sebagaimana yang disifatkan oleh Allah di dalam Al Quran dan hadis.Antara lain juga para sahabat menerima dan memahami kandungan Al Quran dan hadis berkaitan dengan aqidah dan sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna yang sebaliknya.Untuk itu,pada zaman nabi kepercayaan umat Islam sangatlah kukuh dan teguh.Contohnya,dalam surah al-Ikhlas: ~ 4O- +.- NEO ^ +.-EO- ^g ;)-4C 4 ;ONC^@ 4 }74C N-. -O lEO^j"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4) Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt. Zaman nabi,Baginda menyatukan umat dan kaum muslimin serta menjaga kedaulatan Islam.Untuk itu juga,semua kaum muslimin mengembalikan apa sahaja masalah mereka kepada nabi.Antara lain juga,para sahabat pada masa itu,disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran.Antara lain juga,nabi sentiasa mengawal mereka daripada perpecahan dan perselisihan pendapat.Dimana perdebatan dan perpecahan dalam masalah akidah merupakan suatu perkara besar dan masalah yang sangat ditakuti.Untuk itulah kaum muslimin sentiasa diingatkan supaya mentaati rasul dan ditegah daripada berselisih.Antara akibat buruk daripada perdebatan itu,sebagaimana firman Allah swt: W-ONOgC4 -.- N.Oc4O4 4W-ONN4O4L> W-OU4=^4- =UE-'O>47+4jO W W-+O;-4 _ Ep)-.- E74` -)OO- ^jg Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Anfaal:46) Namun begitu manusia telah dikurniakan akal pemikiran,maka begitu juga para sahabat,ada di antara dan kalangan mereka yang memiliki tabiat suka mengambil tahu dan berfikir ,yang telah mendorong sesetengah sahabat untuk memikirkan tentang zat allah .Namun begitu,Rasulullah menegah mereka berbuat begitu. Antara lain juga nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.Di mana pada suatu ketika nabi menemui para sahabat,sedang waktu itu mereka berdebat tentang perkara qadar,maka Nabi bersabda kepada mereka: , Terjemahan:Apakah kerana ini kamu diperintahkan ?apakah kerana ini aku ditulis?Sesungguhnya binasa orang-orang sebelum kamu adakah di ketika mereka berselesih masalah ini.Aku tugaskan diri kamu supaya jangan berbantah-bantah pada qadar itu. Dalam keadaan lain,nabi menyuruh supaya membuat pertimbangan dan meneliti apa yang diterima atau daripada ahli ktab ,iaitu tidak membenarkan terus apa yang mereka katakan dan tidak mendustakan semuanya. Disebabkan apa yang telah nabi sampaikan itu adalah terang,jelas dan nyata,maka ia tidak perlu diperdebatkan lagi.Antara lain juga Al-Quran menyuruh rasul-Nya mengahdapai kaum dengan member nasihat dn peringatan .Firman Allah: p)4 EO7EE_ +.- NUu E)4pOUEu> ^gg +.-N7^4 :E4uO4 4O4CgOE41^- E1g+L7 gO1g]O)U4^C` ^g_ Dan jika mereka membantah kamu, Maka Katakanlah: "Allah lebih mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan".Allah akan mengadili di antara kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu dahulu selalu berselisih padanya.(Al-Hajj:68-69) Apabila perlu ada pertukaran fikiran,maka hendaklah dilakuakn dengan cara yang paling baikdan perbincangan yang mendatangkan tujuan baik.Antara lain Al-Quran mengarahkan akal manusia daripada dalil-dalil akal dan menghindarkan perdebatan dan perselisihanmanusia.Sebagaiman firman Allah: 4 W-EO7gO_q` u-U4-:^- ) /-) "Og-}=O;O ) 4g~-.- W-OU_u4g` W W-EO7O~4 EL4`-47-Og~-.) 4@O^q 4L^1)4@O^q4 :O) E4_)47_)4 /g4 }^44+O 4pO)UON` ^jgDan janganlah kamu berdebat denganAhli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka dan Katakanlah: "Kami Telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami Hanya kepada-Nya berserah diri".(Al-Ankabut:46) Para sahabat telah beriman sepenuhnya dengan akidah serta menyerahkan segala jiwa mereka dengan penuh keyakinan dan ketaatan kepada Allah.Dengan itu,pada masa itu tidak timbul masalah akidah.Antara lain juga waktu itu wahyu sedang diturunkan,mereka juga hadir dan hidup dalam suasana dengan berdamping diri dengan rasulullah,dengan itu nilai penghormatan dan persahabatan dengan Nabi begitu kukuh dan menyebabkan mereka tidak timbul sebarang keraguan dan tidak ada apa-apa syak terhadap akidah yang mereka terima daripada Rasulullah itu. Dalam persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan sifat Allah,semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya daripada Nabi dan mengikut apa yang terdapat Al-Quran dan hadis.Penerimaan para sahabat juga sepenuhnya tanpa ada keraguan atau kemusykilan terhadap apa yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis tersebut.Semua para sahabat mensabitkan sebagaimana yang terdapat atau dijelaskan melalui Al-Quran dan al-Hadis dengan penuh keimanan dan penerimaan.Para sahabat hanyalah bertanya dalam perkara yang berkaitan hukum hakam,ibadah dan cara untuk melakukannya dengan sempurna.Bukti dan secara logiknya dapat kita nilai,dimana perkara yang ditanya tersebut .sudah tentu ada hadis yang dapat menjelaskan perkara