17
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN 690810-13-5566 ( PPGBM2611 ) BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU PENDAHULUAN Kemenjadian murid merupakan satu gagasan Kementerian Pelajaran yang menuntut para guru untuk memberi nilai tambah kosa ilmu ,kemahiran dan daya usaha sedia ada dalam rangka pemikiran ‘ di luar kotak ` secara optimum.Justeru, sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Di sini bertepatan pemilihan cerita rakyat Melayu Sarawak yang bertajuk Dayang Isah Tandang Sari untuk melihat sejauh mana bidang sosial ini wujud dalam sesebuah masyarakat. Cerita Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu mitos dan cerita turun temurun bagi penduduk 1

Kkp BMM3134 New.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

PENDAHULUAN

Kemenjadian murid merupakan satu gagasan Kementerian Pelajaran yang

menuntut para guru untuk memberi nilai tambah kosa ilmu ,kemahiran dan daya usaha

sedia ada dalam rangka pemikiran ‘ di luar kotak ` secara optimum.Justeru, sebagai

pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang

merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini

membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan

masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam

kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia,

budaya meliputi  setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang

diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam,

kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang

mengandungi budaya rakyat asal. Di sini bertepatan pemilihan cerita rakyat Melayu

Sarawak yang bertajuk Dayang Isah Tandang Sari untuk melihat sejauh mana bidang

sosial ini wujud dalam sesebuah masyarakat. Cerita Dayang Isah Tandang Sari

merupakan salah satu mitos dan cerita turun temurun bagi penduduk dari kawasan

Batang Saribas Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil

ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral,

undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati

untuk diterima bersama.Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang

dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam

kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat

negara.

1

Page 2: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

1.0 Tugasan 1 : Esei Akademik

1.1 Kajian Bidang Sosial Masyarakat Melayu Sarawak dalam cerita “ Dayang Isah Tandang Sari”

Lagenda Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu mitos dan cerita turun

temurun bagi penduduk dari kawasan Batang Saribas . Lagenda Dayang Isah Tandang

Sari merupakan sebuah cerita rakyat yang menggambarkan kehidupan masyarakat

Melayu pada zaman sebelum kedatangan penjajah barat. Aspek sosial masyarakat

Melayu Sarawak yang terpancar di dalam cerita Dayang Isah amat jelas dan

mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu lain di Semenanjung Malaysia.

Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang

dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu Sarawak ini meliputi nilai murni,

struktur sosial dan undang-undang, adat resam dan kepercayaan.

1.1.1 Amalan Nilai Murni

Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang  menjadikan

bangsa  Melayu ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya.

Nilai merupakan salah satu  aspek  yang  sentiasa  ditekankan  oleh  ahli  masyarakat.

Melalui Cerita Lagenda Dayang Isah nilai kemasyaraktan banyak diamalkan dalam

kehidupan harian . Petikan penyataan berikut membuktikan amalan masyarakat yang

menjadi tunjang atau prinsip hidup mereka.

Bagi memenuhi keperluan hidup masing-masing, penduduk pinggir hutan itu

saling bertukar-tukar hasil pencarian. Mereka juga berpegang kepada prinsip ‘berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Ibarat ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia

kerana muafakat’ itulah sendi kerukunan kehidupan bermasyarakat di situ

2

Page 3: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

 Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan

sebagainya yang ada pada individu. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga

adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini

merupakan panduan pembentukan imej masyarakat

Nilai-nilai yang dipupuk dalam hubungan di kalangan anggota-anggota

masyarakat seperti yang tergambar dalam kehidupan pendudukan di bawah

pemerintahan Temenggong Kadir adalah selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam

memperkukuhkan ikatan sosisal dalam kelompok.Orang-orang muda sentiasa

menghormati orang tua. Dan orang tua itu pula hendaklah sentiasa menunjukkan kasih

sayang kepada orang-orang muda.Ikatan sosial itu terjalin melalui perlakuan-perlakuan

yang menyatakan kasih sayang antara seorang dengan seorang yang lain.

Nilai tanggungjawab turut terpancar dalam cerita Dayang Isah semasa

menentukan pasangan perkahwinan .Dalam memilih pasangan perkahwinan, orang-

orang Melayu mempunyai ukuran nilai sendiri. Dalam perkara ini, bukan sahaja

melibatkan nilai-nilai yang diberikan dalam ajaran Islam, tetapi didapati pengaruh tradisi

budaya itu sangat jelas.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jodoh

atau pasangan anak mereka. Perkara itu mempunyai nilai-nilai tertentu yang menjadi

pertimbangan mereka. Misalnya, Datuk Temenggong yang ingin mengahwinkan

Dayang Esah dengan Abang Bunut iaitu seorang pemuda yang gagah perkasa dan baik

tingkah lakunya.

1.1.2 Struktur sosial dan Undang-udang

Struktur sosial merupakan komponen atau set sosial di mana setiap komponen

berfungsi sehingga membolehkan masyarakat tersebut terus wujud. Masyarakat Melayu

tradisional sebagai sebuah organisasi yang mempunyai struktur sosialnya sendiri.

Lapisan masyarakatnya terdiri daripada golongan raja atau sultan , bangsawan atau

pembesar dan rakyat biasa . Di dalam cerita Dayang Isah jelas menggambarkan

kewujudan bentuk tersebut. Datuk Temenggong yang di hantar oleh Sultan Brunei

untuk memerintah kawasan Saribas dengan autoriti dan kuasa yang mutlak. Di

3

Page 4: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

bawahnya adalah golongan pembesar . Mereka umumnya terdiri daripada pembesar

yang menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Datuk Temenggong. Ia diikuti dengan

golongan rakyat biasa.

Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti

oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu

tempat. Memandangkan sesuatu undang-undang tidak dibuat secara nyata dalam

Sejarah Melayu, jadi perlaksanaan undang-undang harus didasarkan kepada sesuatu

hukuman yang dipraktikkan. Hukuman yang dikira paling berat ialah bunuh. Hukuman

ini boleh dijatuhkan kepada orang yang menderhaka, membuat fitnah, membunuh dan

mengambil isteri orang.  Contoh yang paling jelas dalam Lagenda Dayang Isah di mana

Nakhoda Khar telah membunuh Abang Bunut kerana berdua-duaan bersama isteinya

Dayang Isah . Sementara pembunuhan terhadap Dayang Isah kerana curang.Bagi

Temenggong Kadir pula membalas dendam atas kematian anaknya Dayang Isah

dengan membunuh Nakhoda Khar.Dalam hal ini jelas membuktikan undang-undang

dilakukan tanpa mengikut satu sistem undang-undang.

1.1.3. Adat dan Kepercayaan

Adat merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang

dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat memainkan peranan

penting di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Dalam masyarakat

dan budaya Melayu adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan

sehinggalah kematian.Adat perkahwinan jelas diamalkan di dalam cerita Lagenda

Dayang Isah. Nakhoda Khar telah pergi ke rumah Datuk Temenggong untuk

meminang Dayang Isah. Setelah pinangan dipersetujui oleh pihak perempuan adat

bertunang dilakukan dan dan seterusnya majlis perkahwinan. Adat istiadat Melayu

khususnya adat perkahwinan banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan

unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke

Alam Melayu. 

4

Page 5: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

Selain adat, aspek agama dan kepercayaan turut sinonim dengan kebudayaan

orang Melayu.  Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam.  Namun demikian,

sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem

kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan

tersebut.  Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awal adalah berbentuk

animisme yang mempercayai kuasa ghaib. Contohnya kepercayaan kepada mimpi

amat jelas digambarkan di dalam Lagenda Dayang Isah. Datuk Temenggong yang

amat mempercayai mimpi berlaku dalam dua situasi iaitu ketika bermimpi mendengar

suara menyuruhnya pergi ke hulu sungai untuk menemukan seorang bayi di rumpun

buluh. Mimpi kedua yang dialami oleh Datuk Temenggong ketika hendak

mengahwinkan Dayang Isah di mana menurut suara yang didengar di dalam mimpinya,

Dayang Isah harus dikahwinkan dengan sesiapa yang dapat menyediakan sepuluh kati

emas. Kedua-dua mimpi ini telah mempengaruhi tindakan secara sedar orang yang

terlibat dalam mimpi berkenaan. Unsur mimpi tidak dianggap membawa makna

sesuatu, tetapi merupakan komunikasi langsung daripada satu pihak di dunia tidak

nyata dengan pihak di dunia nyata.Keyakinan Datuk Temenggong kepada mimpinya

ternyata bercanggah dengan lunas-lunas ajaran agama Islam.

1.2 Huraian Tasawwur Masyarakat Dalam Cerita Dayang Isah dengan Masyarakat

Arus Perdana.

Masyarakat Melayu mengalami perubahan alam pemikiran secara evolusi bermula

dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu, Buddha,

Islam, dan sekularisme. Dalam hal ini, pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi

oleh konsep-konsep kepercayaan tersebut seperti yang tergambar dalam kepercayaan

masyarakat dalam cerita Dayang Isah yang taksub dengan mimpi untuk menentukan

sesuatu keputusan berbeza dengan pemikiran masyarakat arus perdana yang

bersandarkan kepada reality. Perubahan ini menunjukkan alam pemikiran Melayu

terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin berlaku

5

Page 6: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan

penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan.

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan

intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas

sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang

mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama

sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa perubahan

keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu. Demikianlah hubungan Islam dengan

masyarakat Melayu ketika awal kedatangannya sehingga meninggalkan kesan dalam

jiwa bangsa Melayu. Kini Islam dan Melayu sudah menjadi suatu sinonim yang tidak

dapat dipisahkan.

Dalam Lagenda Dayang Isah juga, tergambar sosial kehidupan masyarakat

Melayu yang terkongkong dalam kehidupan tradisi mengikut susun lapis masyarakat

iaitu golongan bangsawan ,pembesar dan orang biasa . Kedudukan sosial masyarakat

ditentukan oleh keturunan, kekuasaan dan kekayaan. Jadi golongan orang kebanyakan

tidak berpeluang untuk meningkatkan taraf kehidupan baik dari segi ekonomi atau

bidang ilmu pengetahuan. Kini, Masyarakat Melayu dalam bidang ilmu pengetahuan

tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan, seperti zaman

Hindu-Buddha, tetapi disebarkan juga dalam kalangan rakyat jelata melalui pendidikan

dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren. Jelas sekali peranannya

yang amat penting dalam proses pembangunan negara, yang sepatutnya menjadi jiwa

dan pembentuk keperibadian sesebuah negara itu sendiri. Sudah tentu juga dalam

realiti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, proses pembentukan

kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat

melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Lantaran itu perancangan

kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi

pembinaan bangsa dan ketahanan negara

6

Page 7: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

Amalan nilai murni amat dititikberatkan di dalam kehidupan masyarakat seperti

yang tergambar di dalam cerita Dayang Isah.Antara nilai murni yang tergambar adalah

seperti mentaati pemimpin, berbudi bahasa, saling menghormati dan keadilan. Sejarah

masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat

setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang

Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu

amat menghormati pemimpin.

Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian

budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi

orang yang berdisiplin.Namun, Generasi muda yang melalui sistem pendidikan arus

perdana ternyata semakin terhakis nilai budaya dan akar adat resam bangsanya

sendiri.Bukan sahaja persoalan tulisan dan bahasa Melayu semakin tersisih malah

kandungan pendidikan yang tidak memberi perhatian kepada soal unsur sejarah

bangsa dan budaya bangsa itu sendiri.Buku teks yang menjadi tatapan guru dan pelajar

dari peringkat rendah sehingga tinggi hampir gersang dari pendidikan budaya bangsa.

Akibatnya citarasa dan aspirasi bukan sahaja pelajar malah pendidik itu sendiri tidak

mengambilkira soal kebudayaan bangsa.

Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua

adalah satu nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman

masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak

pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa

dipandang penting dalam masyarakat Melayu Menghormati dan mendengar nasihat

orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup

mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus

dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat sekeliling.Kebudayaan kebangsaan

dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan ternyata juga semakin menipis.

Struktur sosial berkisarkan cerita Dayang Isah memberi gambaran

Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi yang mempunyai struktur

sosialnya sendiri. Lapisan masyarakatnya terdiri daripada golongan raja atau sultan ,

7

Page 8: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

bangsawan atau pembesar dan rakyat biasa . Golongan yang memiliki kekayaan dan

kekuasaan akan dipilih sebagai pemerintah manakala rakyat biasa dari golongan yang

miskin dan lemah. Sebaliknya, dalam masyarakat Melayu moden, yang lebih terbuka

dan dipengaruhi berbagai-bagai nilai sosial yang dibawa dari luar, maka faktor-faktor

yang menentukan kedudukan seseorang itu dalam ruang sosial turut mengalami

perubahan. Faktor keturunan tidak lagi begitu dominan. Orang biasa juga turut

berpeluang untuk memperbaiki kedudukan sosial. Mobiliti dalam ruang sosial itu

didapati lebih terbuka. Antara faktor-faktor penting dalam menentukan kedudukan sosial

dalam masyarakat Melayu kini adalah pendidikan,kebolehan dan

keahlian,kekayaan,pekerjaan, keagamaan ,peribadi atau perlakuan.

2.0 Tugasan 2: Produk Buku Skrap Cerita Dayang Isah Tandang Sari

Buku skrap dilampirkan bersama dalam tugasan penulisan Esei Akademik.

3.0 Penulisan Refleksi

Bidang sosial yang digambarkan dalam cerita Dayang Isah berkisarkan cara

hidup yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang meliputi sistem sosial,

agama, kepercayaan, adat resam , sikap dan nilai. Pengalaman semasa menyiapkan

tugasan ini adalah saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang

kebudayaan Melayu dari segi bidang sosial masyarakat Melayu khususnya masyarakat

Melayu di daerah Saribas. Melalui kajian terhadap cerita Dayang Isah ini, saya dapat

membuat penilaian tentang kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam cerita rakyat

tersebut.

Antara kekuatan yang wujud melalui cerita Dayang Isah ialah masyarakat

Melayu tradisional sangat menekankan ikatan atau hubungan yang erat di kalangan

anggota-anggota kelompok. Mereka membina dan tinggal di kampung. Konsep

8

Page 9: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

kampung itu membawa pengertian yang mendalam tentang kepentingan hubungan

sosial, “berkampung”.Mereka memupuk nilai-nilai sosial, berasaskan kepada kelompok

“orang kita”. Ikatan kekitaan itu dapat diteliti kepada berbagai tindakan yang mereka

lakukan. Mereka menyedari bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Mereka menyedari bahawa sebagai anggota kelompok yang erat hubungan sosial,

mereka dapat membina kepentingan bersama.

Selain itu nilai kekeluargaan juga wujud seperti yang digambarkan dalan institusi

keluarga Datuk Temenggong yang mengamalkan saling menghormati antara suami

isteri dan anak yang memberikan taat setia kepada ibu bapa. Ajaran Islam sangat

menekankan anak-anak sentiasa menghormati atau tidak boleh membelakangkan ibu.

Nilai-nilai yang dipupuk dalam hubungan di kalangan anggota-anggota keluarga itu,

adalah selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam memperkukuhkan ikatan sosisal

dalam kelompok.Orang-orang muda sentiasa menghormati orang tua. Dan orang tua itu

pula hendaklah sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang muda. Dalam

perkembangan itu, Islam merupakan benteng utama kepada orang-orang Melayu bagi

mempertahankan nilai-nilai tradisi. Di samping pesatnya proses globalisasi, kesedaran

untuk mempertahankan tradisi budaya tidak dinafikan.

Kekuatan aspek sosial masyarakat Melayu berdasarkan cerita Dayang Isah juga

wujud dalam sistem pemerintahan .Pemerintah yang adil seperti Datuk Temenggong

amat disenangi oleh masyarakat. Pemimpin ialah orang yang dapat memainkan

peranan dalam memberikan kepimpinan, seperti memberikan nasihat, bimbingan, dan

membawa pengikut-pengikut atau anak buahnya kepada kehidupan yang lebih baik.

Kepimpinan itu bermula dalam keluarga dan kemudian di kalangan kekerabatan,

sebelum terlibat kepimpinan di kalangan anggota-anggota kelompok dan seterusnya

masyarakat.

9

Page 10: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

Walaupun dalam cerita Dayang Isah banyak memperlihatkan kekuatan, namun

beberapa kelemahan juga wujud dalam aspek sosial masyarakat Melayu pada ketika

itu. Antara kelemahan yang jelas wujud ialah pemikiran masyarakat yang masih

menerima pengaruh animism dan Hindu walaupun mereka menganut agama Islam.

Pengaruh-pengaruh luar ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu

sehingga kini. Antaranya ialah pengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai,

adat bersanding dan sebagainya. Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat

Melayu dengan terlalu taksub dengan mimpi sebagai panduan hidup

mereka.Sedangkan pemikiran masyarakat sekarang hanya menganggap mimpi cuma

satu fantasi bukan realiti yang boleh dijadikan pegangan dalam kehidupan.

Kelemahan aspek sosial masyarakat dalam Cerita Dayang Isah juga didapati

wujud dalam sistem undang-undang yang diamalkan. Undang-undang kebiasaannya

ialah peraturan sesuatu tempat. Memandangkan sesuatu undang-undang tidak dibuat

secara nyata dalam Sejarah Melayu, jadi perlaksanaan undang-undang harus

didasarkan kepada sesuatu hukuman yang dipraktikkan. Sesuatu hukuman yang

dilaksanakan dijatuhkan tanpa bukti yang kukuh. Pengamalan tradisioanal dalam

menjatuhkan hukuman dianggap tidak releven pada masa sekarang . Kini Tindakan

yang melulu tanpa melakukan penyiasatan akan meruntuhkan ikatan kemasyakatan .

Struktur sosial dalam masyarakat tradisional amat mempengaruhi amalan

kehidupan di mana golongan atasan amat mementingkan keturunan, kekayaan

kedudukan dan juga paras rupa. Senario ini terpancar dalam cerita Dayang Isah dan ini

merupakan gambaran kelemahan yang wujud dalam institusi masyarakat . Dalam

memilih pasangan hidup anak-anak , si bapa lebih memilih sesiapa yang memiliki harta

yang banyak. Contonya Datuk Temenggong yang menerima pinangan Nakhota Khar

yang sanggup memberikan sepuluh kati emas kepadanya dan terpaksa mengetepikan

Abang Bunut yang tidak mempunyai harta..

Dalam masyarakat Melayu tradisional, cerita rakyat dan konsep penglipura

begitu dominan dalam masyarakat.  Disinilah segala mitos, legenda, didaktik

10

Page 11: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

disampaikan oleh pengarang karya lisan.  Modenisasi dalam masyarakat Melayu

khususnya di Kuching Sarawak telah mengubah konsep cerita rakyat tradisional kepada

bentuk cerita rakyat moden.  Cerita rakyat tradisional bertukar medium dan bentuk yang

lebih canggih sesuai dengan konteks zaman.  Bentuk genre baru ini mempunyai ciri-ciri

bentuk khusus, bentuk didaktif, unsur mitos dan legenda moden.  Bentuk cerita rakyat

ini juga tidak lagi disampaikan dari mulut ke mulut, sebaliknya disampaikan melalui

teknologi moden khususnya sistem pesanan ringkas (sms).  Unsur-unsur nasional dan

daerah saling berinteraksi antara satu sama lain yang membawa kepada asimilasi

dalam cerita rakyat moden. 

Kekuatan dan kelemahan aspek sosial yang terpancar di dalam cerita Dayang

Isah dapat dijadikan garis panduan terpenting untuk menjana acuan Negara bangsa

yang berintergriti , berdaya saing dan bersatu padu. Perubahan ini menunjukkan alam

pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin

berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan

dan penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam

Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan

masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan

masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama

mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara

hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu.

Dalam konteks negara bangsa, adalah amat penting bagi masyarakat kini

menilai dan menghayati kembali nilai-nilai dalam budaya Melayu yang telah menjadi

asas dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majmuk,

seharusnya kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan dan

keharmonian. Penerapan nilai bahasa dan budaya Melayu perlu dilaksanakan oleh

semua pihak dan pelbagai bidang. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan

lagi keharmonian masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan

untuk memupuk nilai- nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman

11

Page 12: Kkp BMM3134 New.docx

NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 ( PPGBM2611 )

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

sekarang supaya dapat mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan

masyarakat Malaysia.

Kesimpulannya, melalui tugasan saya banyak memperoleh pengalaman dan

pengetahuan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Bidang sosial yang dikaji dalam

cerita Lagenda Dayang Isah Tanjung Sari memberi saya peluang membuat

bandingbeza pengamalan masyarakat tradisional dengan masyarakat kini. Saya yakin

nilai-nilai yang diamalkan seperti yang dipancarkan di dalam cerita Lagenda Dayang

Isah masih releven untuk membentuk generasi yang berintergriti , berdaya saing dan

bersatu padu selari dengan Falsafah Kebudayaan Kebangsaan.

12