50
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) BMM 3142 KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PELAJAR : SYARUDIN BIN IBRAHIM ANGKA GILIRAN : 2012141360117 NO. KP : 761104045227 UNIT : PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN FEBRUARI 2012 SEMESTER 7 2015 UNTUK PERHATIAN: ENCIK MOHD PUAD BIN JOHAR TARIKH HANTAR: 11 MAC 2015

KKP BMM3142 BUDAYA MELAYU.docx

Embed Size (px)

Citation preview

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM 3142 KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PELAJAR: SYARUDIN BIN IBRAHIM

ANGKA GILIRAN : 2012141360117

NO. KP: 761104045227

UNIT: PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN FEBRUARI 2012 SEMESTER 7 2015

UNTUK PERHATIAN:ENCIK MOHD PUAD BIN JOHARTARIKH HANTAR: 11 MAC 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKABORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : SYARUDIN BIN IBRAHIMAngka Giliran : 2012141360117

Tajuk Tugasan : KEBUDAYAAN MELAYU

Pensyarah : EN. MOHD PUAD BIN JOHARSubjek / Kursus : BMM3142

Tarikh Hantar : 11 MAC 2015Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :

Pengakuan PelajarSaya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _____________________________ Tarikh : 11 MAC 2015 ( SYARUDIN BIN IBRAHIM )

Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksaModerator

Kekuatan :

Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki :

Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh :

Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas yang Diberikan Pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 11 MAC 2015

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus4

2Halaman Pengakuan7

3Penghargaan8

4Peta Pemikiran9

5Pengenalan16

6Konsep Budaya17

7Konsep Pantun19

8Implikasi / Impak Penggunaan Pantun Dalam Bangsa Melayu22

9Kesimpulan31

10Refleksi33

11Rujukan37

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Nama Pelajar: Syarudin bin IbrahimNo. Kad Pengenalan: 761104045227Angka Giliran: 2012141360117Kumpulan: PPG Ambilan Februari 2012 Semester: 7 Mata Pelajaran : BMM 3142 Kebudayaan Melayu Pensyarah Pembimbing : Encik Mohd Puad Bin JoharTARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANCATATANT/TANGAN

7 Feb. 2015Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran.

Tugasan perlu dihantarselewat-lewatnya pada 7 Mac 2015

..

12 Feb. 2015Mendapat maklumat dan perbincangan dengan rakan sekelas.

Mencatat setiap maklumat yang diterima...

.

14 Feb. 2015Menghubungi rakan sekelas untuk mendapatkan kepastian tentang tajuk tugasan melalui aplikasi Facebook dan Whatsapp. Mencari maklumat. Mendapatkan buku berkaitan dengan pantun.

..

.

18 Julai 2014Mencari maklumat dari buku dan internet serta perpustakaan luar dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Membuat nota ringkas. Melihat bahan-bahan dalam buku dan internet...

.

21 Feb. 2015Menyediakan draf Menyusun maklumat Menganalisis maklumat berdasarkan soalan. Menghubungkan maklumat yang relevan...

..

1 Mac 2015Menghasilkan draf peta pemikiran (i-think) dan mengemaskini bahan. Mendapatkan contoh grafik dari laman web i-think.....

3 Mac 2015Mendapatkan bahan sokongan dari internet. Memilih pantun yang sesuai. Membuat analisis tajuk.....

4 Mac 2015Semakan terakhir terakhir analisis teks Mengenalpasti dan membuat semakan.....

5 Mac 2015Mengemaskini tugasan yang diberi. Mengemaskini hasil tugasan dengan menyemak ejaan, ayat dan struktur tatabahasa.....

6 Mac 2015Mencetak hasil tugasan dan proses binding untuk menghantar tugasan. Proses binding Tugasan selesai...........................

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ..Nama Pelajar: SYARUDIN BIN IBRAHIMAngka Giliran: 2012141360117No.K/P : 761104045227Tarikh : 11 Mac 2015

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerja kursus pendek (KKP) BMM 3142 Kebudayaan Melayu ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah, Encik Mohd Puad Bin Johar yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada kami dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Kami percaya jika beliau tidak membantu, kerja kursus ini tidak akan berjaya mencapai standard yang dikehendaki.Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seunit yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada kami sangat berguna dalam penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan lebih baik. Diharapkan kalian semua dapat berkongsi maklumat lagi pada masa kelak.Tidak dilupakan sama sekali, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat rakan-rakan sekelas atas usaha dan komitmen bagi kejayaan kami menuntut di IPG. Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.Sekian, terima kasih.

TUGASAN 1: Peta pemikiran konsep budaya, masyarakat dan kebudayaan Melayu.

Peta Pemikiran 2: Ciri-Ciri Budaya

Peta Pemikiran 3: Konsep Budaya

Peta Pemikiran 4: Definisi Masyarakat

Peta Pemikiran 5: Ciri-ciri Masyarakat

Peta Pemikiran 6: Kebudayaan Melayu

PensyarahBuku

Kebudayaan boleh dipelajari melalui orang dewasa atau kelompok setara.

Memiliki kualiti penyesuaian yang melibatkan manusia dengan alam persekitarannya.

Mempunyai nilai integratif. Umumnya, sesuatu bangsa disatupadukan oleh kebudayaan yang sama.

KesinambunganBudaya

Boleh diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, dan boleh ditokok tambah.

Kebudayaan mempunyai kualiti sosial yang melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat.dan diamalkan oleh semua.

ModulInternet

Peta Pemikiran 7: Kesinambungan Budaya

TUGASAN 2: Mengkaji, menilai, menganalisis dan merumuskan salah satu budaya Melayu sama ada budaya material atau budaya bukan material yang memperlihatkan jati diri bangsa Melayu.

1.0 PENGENALANNegara Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang kaya dengan flora dan fauna. Begitu juga dengan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan budaya. Maka tidak hairanlah negara Malaysia mempunyai adat resam dan amalan hidup seharian yang mewarnai daripada kepelbagaian budaya dan kepercayaan. Secara tidak langsung, mempamerkan kepada tamadun dunia yang besar di luar sana bahawa Malaysia mempunyai keunikan yang terserlah dengan kewujudan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia disamping Pulau Pinang yang boleh berbangga dengan anugerah Tapak Warisan Dunia dari UNESCO. Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya. Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

2.0 KONSEP BUDAYABudaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Namun, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan mengenai konsep budaya yang perlu kita perhalusi satu persatu antaranya ialah;Edward B. Taylor (1871), beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Selain itu, menurut Kamus Dewan (2010), pula mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang merujuk kepada budi + daya. Dua perkataan ini terangkum menjadi budaya. Bu membawa maksud asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan. Tegasnya lagi, budi merujuk kepada aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nialai. manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah saya simpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Budaya juga dilihat merupakan suatu cara hidup seharian yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi seterusnya. Budaya juga berkait rapat dengan unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Oleh itu, budaya boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu budaya material dan budaya bukan material. Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material. Manakala budaya bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical existence), misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai. Modul ini mengemukakan satu contoh elemen material, iaitu keris dan satu contoh elemen bukan material, iaitu adat istiadat. Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya. Oleh yang demikian, saya telah memilih sendiri untuk menghuraikan dan menganalisis satu budaya Melayu bukan material iaitu pantun dalam tugasan subjek BMM 3142 kali ini.

3.0 KONSEP PANTUN

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.Sering kali kita mendengar pantun di atas sewaktu belajar di sekolah, terutama apabila kita belajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ia antara puisi popular dan yang paling mudah untuk dipelajari dan diamalkan. Dengan kata lain, masyarakat Melayu kaya dengan budaya mengenai puisi tradisional. Salah satunya penggunaan pantun yang mempunyai keistimewaan dan peranannya yang tersendiri dalam kalangan masyarakat dahulu dan kini. Penggunaan pantun dalam masyarakat Melayu merupakan satu bukti kehidupan masyarakatnya yang unik. Pantun yang terhasil daripada kata-kata yang puitis dalam setiap baris dan rangkap terutama unsur tersirat yang kadang kala begitu menarik untuk dikaji. Pada masa yang sama, pantun juga membuktikan falsafah bangsa Melayu yang mendalam cirinya tanpa kita ketahui asal usulnya secara tepat dan terperinci. Sesuai dengan peribahasa 'tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas', pantun memiliki banyak keistimewaan dan peranan yang tersendiri dalam kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), pantun ialah karangan berangkap yang terbentuk secara berpasangan dalam jumlah baris yang genap, iaitu daripada dua baris serangkap hingga pantun enam belas baris serangkap. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai jenis pantun berdasarkan tema seperti pantun nasihat, pantun adat, pantun kanak-kanak, pantun agama, pantun sindiran atau kiasan, pantun jenaka, pantun teka- teki, pantun cinta dan kasih sayang dan pantun budi.Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), pantun termaksuk dalam nilai budi dan berbahasa oleh seseorang yang pandai mengguna tutur kata dengan sempurna dan melayan tetamu dengan baik. Contohnya, pantun mengungkap sifat terpuji seperti:Makan sirih berpinang tidak,Pinang ada dari Melaka;Makan sirih mengenyang tidak,Sebab budi dengan bahasa.Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya).Manakala, menurut Alias Hamzah (2011), menyatakan pantun merangkumi:a) Pembayang atau SampiranPembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.b) Maksud atau IsiMaksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebu (tema).c) PerkataanPantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

d) Suku KataTiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.e) Rima atau BunyiRima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.Maka dapatlah saya simpulkan bahawa pantun merupakan karya tradisional masyarakat Melayu zaman dahulu yang mengandungi pelbagai unsur secara lisan tanpa diketahui asal usulnya secara ilmiah. Pantun juga dilihat sebagai salah satu cara komunikasi halus dalam menyampaikan maksud tersirat di kalangan orang Melayu semasa berbahasa kerana ingin menjaga nama baik dan air muka masyarakat Melayu itu sendiri. Ia meliputi adat, budi, agama, nasihat, jenaka dan kasih sayang yang mana kesemua ini merupakan rencah dalam kehidupan orang Melayu memelihara warisan dan identiti mereka agar tidak hilang ditelan zaman. Oleh itu, menjadi tanggungjawab generasi masa kini terutama para pelajar mengenal, menggunakan dan mewarisi puisi pantun ini agar tidak dilupakan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

4.0 IMPLIKASI / IMPAK PENGGUNAAN PANTUN DALAM BANGSA MELAYU

Zaba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain Harun Mat Piah, (1989). Oleh yang demikian, fungsi pantun amat besar dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Untuk melihat dengan lebih mendalam lagi, berikut dinyatakan implikasi-imlikasi pantun dalam memperlihatkan jati diri bangsa Melayu antaranya ialah:

4.1 Menzahirkan Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih.Dalam membincangkan mengenai bangsa Melayu yang berbudi, tergambar pada fikiran kita bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu mementingkan seseorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang lain akan menerima budi baktinya. Maka, tanggapan awal bahawa budi yang baik yang begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati amat dipegang. Teringat saya sewaktu kecil, bahawa orang Melayu pada waktu itu banyak mengamalkan berbalas-balas budi dalam pelbagai bentuk antaranya yang melibatkan bahasa, pergaulan, makanan dan adat istiadat perkahwinan. Namun, sikap masyarakat Melayu ini juga mempunyai batasan dalam berbudi dan menghargai jasa jika terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Dengan ini, masyarakat Melayu telah menggunakan media pantun budi dalam mereka menjaga imej dan identiti serta jati diri mereka agar segala amalan dan kehidupan terpelihara sehinggakan telah menjadi budaya seharian. Sebagai contoh pantun yang berkaitan dengan budi atau menzahirkan penghargaan seperti berikut:Sarat perahu muat pinang,Singgah berlabuh di Kuala Daik;Jahat kelaku lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik. Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Ini bermakna perbuatan baik akan lebih dikenang orang daripada perbuatan jahat. Setiap perbuatan yang baik akan diterima oleh masyarakat dan biasanya mereka yang berbuat baik itu akan menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya, begitu juga sebaliknya. Berbanding dengan perbuatan jahat, bangsa Melayu akan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran kerana setiap perbuatan jahat juga akan menerima balasan akhirnya. Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada tolok bandingnya. Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya.Selain itu, amalan nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja, cedera hati kenang-kenangan kepada jiran-jiran yang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban dipikul dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan. Sebagai rumusannya, pantun budi telah digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu sejak turun-temurun dalam kehidupan seharian mereka dengan menjadikan bangsa Melayu sememangnya memandang tinggi kepada orang yang berbudi lebih daripada segalanya. Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi. Tambahan pula, penggunaan dan fungsi pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu maksud dan juga hasrat yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.

4.2 Tujuan Adat IstiadatImplikasi yang kedua pula, mengenai pantun adat yang diamalkan sejak dari dahulu lagi masih diteruskan sehingga ke hari ini. Antaranya ialah adat istiadat perkahwinan, adat harta pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya :Menanam kelapa di pulau Bukum,Tinggi sedepa sudah berbuah;Adat bermula dengan hukum,Hukum bersandar di Kitabullah.Pantun tersebut jelas menggambarkan adat istiadat Melayu dimana hukumnya berakhir atau bermula dari Kitabullah atau Al-quran. Kearifan masyarakat tempatan yang terkandung yakni tentang peraturan adat yang bertumpu pada ajaran Al-quran. Sebagian besar orang Melayu di Malaysia beragama Islam, perlulah merujuk ajaran agama Islam dalam melaksanakan peraturan adat yang ada supaya tidak bercanggah dengan syariat agama.

Dalam hal adat perkahwinan bangsa Melayu juga berbalas-balas pantun telah lama diamalkan, baik semasa adat merisik, bertunang mahupun pernikahan kedua-dua mempelai. Misalnya pantun berikut:Ikan berenang di dalam lubuk,Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang. Berdasarkan pantun di atas, ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan dan dipertahankan secara tidak langsung telah menjadi kebanggaan orang Melayu hingga ke hari ini. Pantun ini menyatakankan tentang sudah menjadi lumrah dan kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang iaitu tangkai, begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai masa dan ketikanya. Setiap lelaki atau anak teruna akan mencari seorang perempuan (anak dara) untuk dijadikan pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik terlebih dahulu perempuan yang ingin dikahwininya itu. Dalam pantun adat ini, pihak rombongan lelaki tersebut akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan pergi ke rumah pihak perempuan seterusnya merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan atau hasrat pemuda berkenaan yang ingin mengahwini gadis tersebut. Maka kaedah menggunakan pantun sebagai simbolik yang terselindung disebaliknya untuk menyampai hasrat yang terpendam telah digunakan dalam adat perkahwinan bangsa Melayu.Berbanding dalam hal dan istiadat perminangan, jika seseorang lelaki itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang perempuan, beliau haruslah mengikut adat, iaitu adat meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat sebagai seorang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing terlebih dahulu. Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai mas kahwin, bilangan hantaran dan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan dan sebagainya. Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah berpunya. Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuan tersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain, misalnya dalam pantun berikut:Buah berangan di rumpun pinang,Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

4.3 Meluahkan Rasa Kasih Sayang dan Kerinduan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kasih membawa maksud perasaaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu,cinta). Selain itu kasih juga membawa maksud berasa sayang. Manakala sayang pula membawa maksud mengasihi atau mencintai, kasihan atau berasa belas.Implikasi penggunaan pantun yang seterusnya dalam masyarakat Melayu juga dapat dilihat untuk meluahkan perasaan kasih sayang tanpa mengira batasan umur, pangkat dan jantina sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.Kasih sayang dalam masyarakat Melayu meliputi perasaan cinta, kasih dan sayang serta rindu kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam semulajadi. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat Melayu tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan keperluan rohari dan sifat lumrah manusia yang tidak dapat dihalang oleh manusia lain daripada terus berlaku kerana ianya sudah ditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :Dari mana pipit melayang, Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati.Dalam pantun berkenaan, ia menceritakan mengenai kasih sayang yang bermula dari mata sehinggalah turun ke hati. Pantun tersebut juga memaparkan mengenai ajaran tentang kasih sayang iaitu melalui atau datangnya dari pandangan kita terhadap seseorang dan seterusnya menimbulkan perasaan rasa sayang dihati seperti dalam soal persahabatan, percintaan, dan sebagainya. Menyentuh soal kasih sayang dalam perhubungan perlulah berpegang teguh kepada kesetiaan bagi memastikan perhubungan dapat berjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Dalam perhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan. Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapat bertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kasih dan sayang tidak dilaksanakan dalam perhubungan. Sebagai implikasinya, pantun kasih sayang dapat menggambarkan identiti kehidupan masyarakat Melayu dalam memainkan peranan serta mempengaruhi gaya hidup masyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Pengaruh pantun merangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu kini, terutama golongan pelajar perlu sedar itu mereka mesti mempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidak ditelan perubahan zaman.4.4 Untuk Sindiran dan Tempelak Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Berbanding dengan bidang sastera yang lain, melalui pantun terutama membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah selain menjaga hati dan perasaan sesama masyarakat Melayu khusunya. Ini dapat dilihat dalam pantun berikut:Ayam dikepuk dipanggil pulang, Kain tercarik tersangkut duri;Usah ditepuk air di dulang, Kelak terpercik muka sendiri. Dalam pantun tersebut, ia membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita terutama ahli keluarga sendiri. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat dan mengata sesama saudara mara atau sahabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri akhirnya. Segala kekurangan dan kelemahan yang dimiliki oleh ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar. Ini secara tidak langsung juga akan menggambarkan betapa ketidakharmonian kita dalam membina tamadun masyarakat Melayu kelak. Oleh itu, sebagai implikasi dalam masyarakat Melayu penggunaan kias dan sindiran ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan dan sindiran banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaannya dapat menjadi peranan dalam melindungi sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan. Dengan ini, secara tidak langsung perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan demi menjaga maruah dan kehormatan dalam hidup bermasyarakat.

4.5 Menyampaikan Mesej Berunsur KeagamaanPantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama merupakan pantun yang menerangkan mengenai ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan hukum hakam. Pantun ini juga menyeru dan meminta umat Islam terutama bangsa Melayu supaya taat dan sentiasa melakukan perkara baik yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan kejahatan serta segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu dan mengajar umat Islam tentang setiap perbuatan, tingkah laku dan ibadat yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan contoh pantun agama dan penerangannya :Sayang-sayang buah kepayang, Buah kepayang hendak dimakan; Manusia hanya mampu merancang, Kuasa Allah yang menentukan.Pada rangkap pantun agama ini, ia menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang telah membawa maksud walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu perkara seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak dan menentukan atas manusia yang diciptanya. Hal ini kerana Allah sahajalah penentu dalam segala hal disebabkan manusia di muka bumi ini hanyalah sebagai hamba yang tidak berdaya dan berkuasa berbanding Allah. Oleh itu, manusia hanya boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T, tambahan pula kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang dan menidakkannya. Bukan itu sahaja, orang-orang Melayu sentiasa merujuk kepada ajaran Islam apabila mereka menghadapi permasalahan. Misalnya, dalam pertembungan dengan berbagai-bagai unsur budaya yang dibawa dari luar, bagi menentukan sama ada unsur tersebut dapat diterima atau tidak, mereka akan merujuk kepada ajaran Islam. Malahan, mereka juga sentiasa menilai kembali unsur-unsur budaya warisan dari segi kesesuaiannya dengan ajaran Islam. Sebagai rumusannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan ini menjadi tunjang akidah dan pegangan yang tidak boleh dilepaskan. Ia sebagai panduan dan pedoman masyarakat Melayu yang mempunyai pelbagai adat istiadat agar tidak bercanggah dengan syariat agama Islam. Oleh itu, dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat orang Melayu dalam menempuh kehidupan seharian. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman seiring dengan tuntutan agama itu sendiri. Tidak dapat dinafikan juag, penggunaan pantun agama memang banyak unsur pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu dunia ataupun akhirat.Oleh yang demikian, budaya dalam masyarakat Melayu yang meliputi segala tingkah laku hendaklah berlandaskan syariat Islam. Orang Melayu mesti meletakkan ajaran Islam sebagai landasan yang utama dalam menentukan perjalanan hidup mereka di dunia. Secara tidak langsung, segala perintah Allah akan mereka turuti supaya mereka tidak tergelincir ke arah perkara-perkara yang ditegah dan membawa kemungkaran oleh Allah S.W.T.

5.0 KESIMPULANKewujudan pantun sejak dari zaman purba dalam kehidupan masyarakat Melayu berbentuk puisi tradisional Melayu telah duwarisi turun-temurun. Khazanah ini merupakan budaya bukan material yang tertua di dalam masyarakat orang Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau mahupun acara majlis rasmi. Khazanah klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya walaupun tanpa kita ketahui dari mana asal usulnya. Sebagai generasi baharu era kemodenan, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian ilmiah agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman. Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat pada zamannya. Pantun juga menjadi wacana dan medium untuk menyampaikan mesej-mesej terlindung atau pesanan berbentuk keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik tanpa menjejaskan hubungan persaudaraan.Menurut Fatimah Abdullah (2009), pantun Melayu merupakan artifaks yang merakam pelbagai aspek kehidupan sosial secara tulus, tidak hanya perkara-perkara positif. Ia merakam nilai, norma dan perubahan-perubahan yang berlaku. Oleh itu, satu penyelidikan yang lebih serius dan mendalam terhadap pantun kerana ia merupakan artifaks yang merakamkan nilai, norma, falsafah serta bentuk, struktur dan isi kandungan masyarakat Melayu. Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini terutama para pendidik dan pelajar agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari dan mendalami pantun Melayu, kita dapat mengenali masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Maka sebagai guru mahupun pelajar, menjadi tanggungjawab dan menyemai perasaan bangga dalam memlihara pantun ini dengan baik supaya jati diri kita sebagai bangsa Melayu yang kental tersemat di dalam sanubari.Ini bersesuaian dengan pendapat Muhammad Daud (2014), menyatakan menyedari khazanah dan warisan budaya Melayu ini menghadapi kemungkinan pupus sebagai wahana pengantara dalam masyarakat Melayu masa kini, dan amat menyedihkan apabila unsur-unsur moden terus menular sehingga keaslian pantun kian terjejas, seharusnya usaha-usaha untuk mempopularkan pantun yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pihak media dipuji dan diberi sokongan.Oleh yang demikian, pantun mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam masyarakat kita. Situasi ini menjadikan kedudukan pantun itu sesuatu yang bernilai dan harus dikekalkan dalam kebudayaan kita, biar mati anak, jangan mati adat membuktikan bahawa pantun itu sesuatu yang berharga dalam kebudayaan kita.

6.0 REFLEKSI Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya Syarudin Bin Ibrahim (761104045227) Unit Bahasa Melayu dapat menyiapkan tugasan KKP BMM 3142 Kebudayaan Melayu yang diberikan kepada semua pelajar Program Pensiswazahan Guru PPG Semester 7 tahun 2015 ini. Tugasan kali ini perlu saya buat secara individu. Oleh itu saya telah meluangkan banyak masa untuk menyiapkan tugasan ini. Proses pertama tugasan ini memerlukan saya mencari internet, buku atau jurnal dari sekurang-kurangnya tiga sumber yang menjadi rujukan untuk membuat tugasan ini. Dengan izin Allah, saya telah memilih dan memuat turun dari pelbagai sumber, akhirnya saya telah memilih pelbagai artikel iaitu buku dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk tugasan.Tugasan pertama ini memerlukan saya membaca dan mencerakinkan kandungan sumber rujukan dan jurnal ini. Setelah itu, saya perlu mengkaji, menilai, membuat analisa dan nota ringkas mengenai tajuk-tajuk yang terkandung dalam artikel yang dibaca. Proses membuat analisa dan pembacaan ini banyak memakan masa. Artikel dan sumber yang tidak berkaitan juga telah saya sisihkan bagi menjimatkan masa kerana tugasan di sekolah juga perlu dilunaskan pada masa yang sama. Untuk tugasan yang kedua pula saya perlu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk mengulas dan menghurai berkaitan dengan merumuskan salah satu budaya Melayu sama ada budaya material dan bukan material yang memperlihatkan jati diri bangsa Melayu. Tugasan kali ini begitu mencabar kerana tugasan perlu dibuat sewaktu dalam bulan Februari dan Mac. Di mana pada bulan ini saya banyak terlibat dengan sukan olahraga peringkat MSSNM Kawasan Tanjung. Di sekolah pula, tugasan menanda kertas peperiksaan kerana saya mengajar tahun 6 yang sememangnya pelbagai program kecemerlangan diatur. Hal ini kerana setiap minggu mulai bulan Februari di adakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal September nanti. Tempoh masa 6 minggu menyiapkan tugasan ini amat mencabar. Kekangan masa ini menyebabkan saya lebih merangka dan menyusun tugasan sekolah serta pengajian melalui masa terluang yang ada. Pengalaman hampir 6 minggu untuk menyiapkan kerja kursus ini sungguh bermakna. Ini merupakan satu cabaran dalam meningkatkan lagi ilmu terutama bidang yang berkaitan pendidikan ini memberikan pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan profesion keguruan. Dengan adanya pengetahuan ini tahap keyakinan saya semakin bertambah dalam menyampaikan ilmu pendidikan di sekolah walhal buat masa ini saya tidak pernah menghiraukan sebahagian kandungan sistem pendidikan walau sekali pun. Terutama hal-hal dan bidang yang berkaitan dengan kebudayaan Melayu memandangkan saya lebih mengutamakan tugas-tugas hakiki sebagai seorang guru seperti menghias kelas, mengambil kedatangan murid, mengisi markah secara online selain mengajar di dalam kelas dengan pelbagai mata pelajaran lain. Apabila saya tekun menyiapkan tugasan ini secara mendalam, barulah saya faham banyak ilmu berkaitan budaya Melayu yang masih saya tidak ketahui walaupun saya seorang guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Sesungguhnya rasa bersyukur apabila saya dapat membuat tugasan ini disamping bantuan rakan-rakan dan terutamanya pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Puad bin Johar banyak memberi input dan penerangan. Pada mulanya saya mengalami kesukaran untuk menganalisis sumber dan artikel tersebut memandangkan ia perlu dilaksanakan dengan betul dan mengikut peraturan dan kehendak proforma kursus. Semasa menghurai dan menganalisis juga saya mengalami kekeliruan mengenai konsep budaya, kebudayaan, dan masyarakat Melayu. Ini disebabkan ketiga-tiganya berhubungan dan berkaitan antara satu sama lain. Yang mana secara kasar, misalnya konsep budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Manakala konsep kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal). Berbanding masyarakat pula, bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup.Selain itu, saya menghadapi kesukaran untuk mencari maksud dan pengertian pantun-pantun yang dianalisa memandangkan ketiadaan sumber rujukan yang banyak dalam koleksi saya. Maka, saya telah pergi ke perpustakaan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk membuat rujukan. Dengan itu, rujukan tambahan dilaksanakan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran berbanding nilai berkaitan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, berharga atau sebaliknya. Cuma kita perlu memegang konsep dan pengertian yang telah diberikan di dalam modul, buku dan melayari internet memberikan gambaran dan konsep yang sangat jelas.Selain itu, saya beranggapan jika saya tidak diminta melaksanakan tugasan ini, sudah tentu saya masih lagi tidak mengetahui mengenai ilmu Kebudayaan Melayu yang saya ada ini dengan penuh penelitian tajuk demi tajuk. Akhirnya dengan bahan-bahan rujukan yang diperoleh daripada internet dan perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan tugasan ini berjaya disiapkan. Sekalung penghargaan saya ucapkan sekali lagi kepada pensyarah yang bertanggungjawab untuk KKP ini iaitu atas bimbingan Encik Mohd Puad bin Johar dan panduan yang telah diberikan sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar daripada pihak tuan, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Namun kekuatan dan kelemahan juga berlaku kepada diri ini memandangkan segala huraian perlu disokong dengan fakta-fakta yang jelas kerana tajuk yang dibincangkan ini sedikit sebanyak banyak menyentuh soal budaya Melayu keseluruhannya. Semasa saya cuba meneliti dan menganalisa budaya bukan material berkaitan dengan budaya pantun, pelbagai kemahiran perlu saya kuasai seperti melakukan pemilihan teksserta membina peta pemikiran yang sesuai. Proses membuat peta pemikiran pula banyak memakan masa . Sehubungan dengan itu saya telah menggunakan satu perisian untuk membuat peta pemikiran iaitu perisian Edraw Max. Perisian ini membolehkan saya membuat peta pemikiran lebih cepat dan prosesnya amatlah mudah. Namun terdapat kekurangan semasa menggunakan perisian ini kerana perlu melakukan proses mengubah atau converting ke perisian MicroSoft Office Word.Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi kefahaman, pengetahuan dan dapat mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja kursus pendek (KKP) ini. Saya berharap sebagai seorang guru di sekolah dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh semasa menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

SYARUDIN BIN IBRAHIMPPG BAHASA MELAYUSEMESTER 7 2015

RUJUKANBuku / Jurnal:Anwar Ridhwanggara (2004), Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Fatimah Abdullah (2009), Pantun Sebagai Perakam Norma:Penelitian Awal Terhadap Perkahwinan dan Keluarga Melayu. Jurnal Melayu (4).Harun Mat Piah (2004), Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamarudin Hj. Husin et. al. (1998), Pengajian Melayu 5 Dan 6: Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber, Budaya Dan Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.Muhammad Daud (2014), Pen Merah Pen Biru U Marah I Love U. Kuala Lumpur. Sinar Harian.Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Oxford FajarSiti Hajar Abdul Aziz (2009), Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar______ (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htmhttp://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24035/Article_13.PDFhttp://aliashamzah2095.blogspot.com/p/jenis-jenis-pantun.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-melayu.htmlhttp://noorazmanmahat.blogspot.com/2011/04/karangan-spm-2011peranan-dan.htmlhttp://shamarsetia.blogspot.com/2012/04/pantun-dan-maksud.htmlhttp://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/bmm3114-konsep-budaya-nota-kuliah.htmlhttp://journalarticle.ukm.my/3008/1/1-Karim.pdf

4