kkp falsafah

Embed Size (px)

Citation preview

1.0

PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Hal ini kerana hala tuju arah pendidikan ditentukan dengan sejauh mana pegangan kita terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutama sekali bagi golongan pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan misalnya dalam merangka kurikulum sekolah dilakukan dari semasa ke semasa contohnya perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan ini menunjukkan usaha kerajaan untuk merealisasikan dasar matlamat ini Falsafah Pendidikan adanya

Kebangsaan

lantas

perubahan

berlaku

kerana

penambahbaikan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Salah satu unsur dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi cabaran pada golongan pendidik pada masa sekarang adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis. sekali lagi tanggungjawab ini digalas oleh golongan pendidik . oleh itu, golongan pendidik seharusnya berkebolehan dan mempunyai kemahiran kemahiran tertentu agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai selaras dengan sembilan cabaran Wawasan 2020 yang semakin menghampiri kita.

1

2.0 2.1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Seiring dengan pembangunan, negara kita Malaysia turut mempunyai falsafah

pendidikan yang tersendiri. Hal ini kerana falsafah pendidikan yang sendiri telah disedari kepentingannya di negara ini lalu Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) telah digubal pada tahun 1988 bersandarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Idea untuk penggubalan FPN ini telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Tambahan itu, laporan itu turut memperlihatkan kita kepentingan mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan seperti petikan tersebut : Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan. ( Laporan Kabinet, 1979:226 ) Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) tahun 1998, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) pada tahun 1996 ( Kementerian Pendidikan, 1999 ). Falsafah pendidikan Kebangsaan, 1996 berbunyi :2

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2.2 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) ini berperanan sebagai panduan dan hala tuju kepada segala usaha ,mengembangkan dan memajukan pendidikan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Hal ini adalah kerana pendidikan adalah proses utama dan asas kepada pembentukan insan yang baik, seimbang dan bersatu padu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang terpenting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Dengan proses pendidikan, negara Malaysia juga akan mencapai matlamat pendidikannya yang tersendiri. Seterusnya, FPK berperanan sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Hal ini kerana pendidik mempunyai kredibiliti yang tinggi terhadap pelajar pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara. Justeru, pendidik atau guru mestilah memastikan penyampaian ilmu pengetahuan,3

kemahiran dan nilai harus mempunyai kesan yang positif dan merujuk kembali kepada FPK. FPK turut berperanan sebagai rujukan untuk para pendidik memahami sistem pendidikan negara kerana FPK merupakan tonggak utama yang menjadi dasar kepada segala hal yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini. Para pendidik haruslah memahami sistem pendidikan di negara ini supaya segala matlamat dan objektif FPK dapat dicapai kerana para pendidik merupakan agen penyebaran ilmu dan pengetahuan. Para pendidik haruslah bersikap profesional supaya tugas dapat dijalankan selaras dengan dasar dan tujuan FPK. Selain itu, FPK berperanan menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui silibus kurikulum yang berorientasikan program bersepadu, pengajaran dan pembelajaran yang mementingkan penyerapan nilai murni, reformasi pendidikan berorientasikan pendidikan umum serta perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang teknologi dan vokasional. Guru memainkan peranan yang penting dalam perkara ini kerana gurulah yang perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan pelajar yang progresif serta mahir dan cekap untuk melaksanakan tugas mereka sebagai warganegara yang produktif dan boleh memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pemodenan negara. Guru juga haruslah memastikan bahan pelajaran yang disediakan sempurna agar pelajar menjadi tertarik dengan pembelajaran supaya dapat membuatkan matlamat pendidikan negara menjadi kenyataan.

4

Kurikulum sekolah juga telah diubah dari semasa ke semasa dari segi bahan pengajaran agar lebih menekankan nilai-nilai murni yang diserapkan ke dalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Tambahan itu, FPK berperanan juga mengubah keperibadian pendidik sejajar dengan misi dan visi positif dalam profesion agar tujuan dan matlamat FPK menjadi kenyataan. Sebagai seorang pendidik, perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan mata pelajaran serta pengetahuan ikhtisas keguruan agar menjadi seorang pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berketerampilan dan berakhlak mulia bagi melahirkan pelajar yang mampu mengembangkan lagi potensi diri mereka dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial secara seimbang. Sistem pendidikan negara telah di telah dianjakkan ke hadapan dengan adanya FPK yang menghuraikan secara jelas prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar dan membentuk sistem pendidikan di Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga ke peringkat yang paling tinggi. FPK menjadi simbolik kepada tujuan dan objektif pendidikan untuk individu dan negara yang mana kedua-duanya selaras untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta akan menjadi rakyat Malaysia yang baik dan terbilang.

5

2.3 Ciri Ciri Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Berdasarkan FPK, salah satu aspek yang terkandung di dalamnya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui perkembangan individu yang menyeluruh. Insan yang seimbang dan harmonis dihuraikan dihuraikan di dalam FPK seperti berikut : .Insan ini juga akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka seharusnya hendaklah memiliki ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak. mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990) Individu yang memiliki sahsiah seimbang dan sepadu di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan antaranya bermatlamat ke arah pembentukan akhlak yang mulia : menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak mulia. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, ms. 12) Seterusnya, amat penting bagi individu untuk memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani), dan kesihatan diri yang baik (jasmani) agar akan dapat melahirkan individu yang

6

mampu hidup secara harmonis dengan orang lain. Insan yang seimbang dan harmonis akan mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal dan reflektif lalu melahirkan insan minda kelas pertama. Insan yang sering berusaha untuk memperoleh ilmu dan menyebarkan ilmu serta berpegang kepada nilai-nilai murni adalah merupakan insan yang seimbang dan harmonis. Insan sebegini memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup menghadapi apa jua halangan dan rintangan yang melanda. Selain itu. Insan yang seimbang dan harmonis juga berfikiran matang dan berpandangan positif serta akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat , agama, bangsa dan negara. Individu ini juga akan menjaga maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara dan berusaha memupuk persepaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan dan saling menghormati.

7

2.4 MEREALISASIKAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 2.4.1 Pengenalan Salah satu unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui perkembangan individu yang menyeluruh. Setelah mengetahui ciri ciri insan yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam FPK, kita dapat mengetahui bahawa dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis ini bukanlah satu kerja yang mudah. Oleh sebab guru merupakan agen penyebaran ilmu, maka guru juga memainkan peranan penting untuk merealisasikan matlamat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari sudut JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Seorang guru haruslah mempunyai kemahiran kemahiran yang tertentu yang perlu dikuasai guru bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.4.2 Kemahiran Kemahiran Yang Perlu Ada Bagi Seorang Guru. Antara kemahiran kemahiran yang perlu ada pada seorang guru adalah berkemahiran dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini bertepatan dengan cabang falsafah epistemologi iaitu merupakan ciri ciri FPK yang bersifat menyeluruh dan bersepadu. Apabila kita berilmu, maka kita dapat mengenal pasti potensi dan kebolehan individu. Usaha untuk memperkembangkan potensi tersebut dapat

diusahakan dengan menyeluruh dan bersepadu. Kemahiran ini juga bertepatan dengan cabang falsafah epistemologi yang melibatkan usaha yang berterusan iaitu tiada ilmu yang bersifat mutlak. Penyesuaian diri haruslah mengikut peredaran zaman dan8

perkembangan semasa amat penting misalnya teknologi maklumat (ICT) , k-ekonomi dan sebagainya. Perubahan ilmu akan menggalakkan proses kembang nya suatu ilmu pengetahuan dan kemahiran diri dan berlakunya penekanan pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai seorang guru, kita seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana pada era globalisasi ini pemikiran guru seharusnya berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan sains dan teknologi. Seorang guru haruslah mempersiapkan diri dengan pengetahuan am di samping mata pelajaran contohnya dasar baru dalam pendidikan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jika seorang guru mengharapkan pengetahuan yang sedia ada dan hanya percaya kepada pengalaman yang diperoleh adalah tidak cukup. Seorang guru tidak seharusnya mengharapkan informasi informasi dari pihak sekolah sahaja, tetapi sebagai seorang guru, kita seharusnya berkemahiran untuk mencari maklumat maklumat sama ada dari segi pembacaan dari buku buku, jurnal, internet dan sebagainya. Seorang guru seharusnya bijak menggunakan kemudahan yang sedia ada sama ada dari segi media cetak mahupun media elektronik. Dunia zaman sekarang adalah dunia tanpa sempadan ataupun dunia di hujung jari. Sebagai seorang guru seharusnya mempunyai intelek yang tinggi kerana guru berperanan sebagai pembina daya kefahaman dan patriotisme murid. Oleh itu, kemahiran untuk mencari maklumat amatlah penting bagi seorang guru agar matlamat FPK untuk membina insan yang seimbang dan harmonis tercapai. Selain itu, bagi menjamin tercapai nya matlamat FPK ini, seorang guru seharusnya berkemahiran tinggi untuk merangka dan melaksana strategi pembelajaran9

yang berkesan. Seorang guru haruslah berpandangan progresif dan saintifik. Untuk menguasai kemahiran ini. Guru haruslah memastikan agar penguasaan penuh aspek aspek JERIS . Contohnya, untuk melahirkan pelajar pelajar yang seimbang dan harmonis, sebagai guru kita haruslah memastikan ciri ini terdapat dalam diri kita terlebih dahulu. Oleh itu, apabila penguasaan ini berlaku, kita dapat merangka strategi pembelajaran dengan baik sekali. Selain itu, bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Tambahan lagi, kemahiran guru juga diperlukan untuk mengenal pasti bakat dan potensi setiap murid dan menggalakkan proses perkembangan potensi tersebut berlaku. Bukan setakat itu sahaja, di samping berkemahiran merangka aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkemahiran memperkembangkan bakat murid seorang guru juga haruslah seimbang dari segi emosi dan rohani. Selaras dengan cabang falsafah aksiologi iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan dan juga berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Bagi menerapkan nilai nilai ini ke dalam jiwa murid murid, seorang guru seharusnya berkemahiran tinggi dalam menerapkan nilai nilai ini dalam diri murid. Kerana bukan sahaja penerapan nilai nilai ini dititikberatkan, tetapi juga dari segi penghayatan dan aplikasi nilai nilai ini dalam kehidupan seharian murid juga penting. Ini bermakna proses pembentukan akhlak generasi muda negara iaitu modal insan negara pada masa kini dan pada masa hadapan terpikul di atas bahu seorang pendidik ataupun guru. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam diri seorang guru untuk memupuk nilai nilai ini dalam jati diri murid. Hal ini demikian kerana, untuk membina insan yang10

seimbang dan harmonis seharusnya mengambil kira semua aspek iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Seorang guru haruslah bijak memainkan peranan sebagai role model untuk dijadikan contoh bagi murid. Oleh itu, etika keguruan seharusnya diamalkan sepanjang masa. Justeru, matlamat FPK dapat direalisasikan untuk membina insan yang seimbang dan harmonis kerana modal insan yang terhasil bukan sahaja mempunyai daya intelek yang tinggi malah dari segi rohani juga cemerlang dan juga aspek aspek JERIS yang lain. Oleh itu, seorang guru haruslah berkemahiran tinggi dalam menerapkan nilai murni dalam diri pelajar . Selain daripada itu, seorang guru juga seharusnya mempunyai kemahiran dalam mengawal emosi kerana seorang insan yang cemerlang adalah mempunyai EQ dan IQ yang tinggi. Emosi berasal daripada perkataan Greek emovere yang bermaksud untuk keluar. Secara mendalam nya emosi adalah bertujuan ditonjolkan keluar adalah untuk mendapat kepuasan kendiri. Menurut Mok Soon Sang (2010) emosi juga merupakan tindak balas reflektif secara semula jadi yang dikaitkan dengan sistem saraf dalam otak manusia sebagai mekanisme komunikasi perasaan individu. Seseorang yang dapat mengawal emosi dengan baik merupakan individu yang berjaya mengatasi konflik dalaman mereka. Oleh itu, seorang guru yang baik seharusnya berkemahiran untuk mengawal emosi. Contohnya, sebagai seorang guru, kita seharusnya mengawal emosi kita untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar. Misalnya, kita mempunyai masalah atau marah dengan rakan sekerja ataupun sedih dengan ahli kematian ahli keluarga. Sebagai seorang guru kita seharusnya bijak mengatasi emosi ini dengan baik agar kes kes seperti penderaan murid murid di sekolah tidak berlaku.11

Dalam pengajaran, emosi memainkan peranan yang penting sama ada isi penting yang ingin ditekankan dapat disampaikan dengan baik ataupun tidak. Kita harus sedar bahawa sebagai seorang guru, kita mempengaruhi emosi murid- murid. Oleh itu, seorang guru seharusnya bijak mengawal emosi kendiri mahupun mengawal emosi murid murid atau pun dengan kata lain mengawal emosi kelas atau mengawal keadaan kelas. Misalnya, apabila seorang guru ingin memulakan kelas, apabila sudah mengenal pasti emosi murid murid ketika itu, seorang guru mestilah menganalisa tindakan susulan yang harus dilakukannya. Contohnya, apabila terdapat seorang murid yang beremosi sedih, seorang guru haruslah berkemahiran bertindak untuk menyelesaikan dan mengatasi emosi murid tersebut. Keadaan lain pula, apabila ada murid yang tidak dapat mengawal emosi marah lalu berlaku pertelingkahan, bagi seorang guru haruslah bijak meleraikannya dan mengatasi masalah ini. Pengurusan emosi yang baik dapat melahirkan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal. Seterusnya, sebagai seorang guru juga, kita berdepan dengan masyarakat. Tugas kita tidak hanya berakhir di sekolah. Kita juga menjadi pendidik kepada masyarakat. Jadi, kemahiran mengawal emosi dengan baik dapat memberi impak positif terhadap masyarakat sekeliling kita. Sebagai guru, kita menjadi role model kepada masyarakat dan tidak hanya di bilik darjah semata mata. Oleh itu, untuk mencapai matlamat FPK dari segi unsur menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis seorang guru haruslah berkemahiran dalam mengawal emosi kendiri dan sekeliling dengan baik. Tambahan lagi, untuk mencapai matlamat FPK bagi unsur melahirkan insan yang seimbang dan harmonis adalah berkemahiran tinggi dalam pergaulan dari setiap12

peringkat umur. Sebagai seorang guru, kita merupakan idola kepada masyarakat dan juga murid murid. Jikalau pergaulan sosial kita adalah cemerlang, hal ini dapat mendidik masyarakat dan murid murid kita secara tidak langsung. Oleh sebab berdasarkan FPK insan yang seimbang dan harmoni meliputi aspek JERIS maka jika seorang guru berkemahiran tinggi dalam pergaulan sosialnya, maka, secara tidak langsung insan yang insan yang seimbang dan harmonis dapat dihasilkan selari dengan matlamat FPK. Secara tuntasnya , FPK memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan sistem pendidikan yang berteraskan FPK dapat membina sebuah institusi pendidikan yang berkesan dan setaraf dengan negara negara kelas pertama dunia. Selain itu, apa yang dapat dikatakan tentang insan yang dikatakan seimbang dan harmonis adalah insan yang memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis ini, sebagai guru, kita haruslah mempunyai kemahiran kemahiran seperti kemahiran mencari ilmu pengetahuan, kemahiran merangka dan melaksana pembelajaran dan pengajaran dengan baik, kemahiran mengenal pasti potensi kendiri dan murid, kemahiran mengawal emosi kendiri dan sekeliling dengan baik dan kemahiran pergaulan sosial yang cemerlang. Jika kemahiran kemahiran ini dititikberatkan di samping sentiasa berpegang kepada etika perguruan. Maka, matlamat PFK dapat direalisasikan terutamanya dari segi elemen menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis.

13

3.0 KESIMPULAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dokumentasi rasmi yang penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan di negara Malaysia. Pendidik perlulah berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping etika

perguruan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru sebagai usaha merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan membantu seorang guru dalam memahami perkara perkara yang berhubungan dengan pendidikan misalnya proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Oleh itu, golongan pendidik yang berinovasi dan berketerampilan dapat

dibentuk demi melahirkan produk modal insan yang seimbang dan harmonis. individu yang sedemikian akan mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup agar dapat mempertahankan maruah diri, agama, masyarakat, bangsa dan negara.

14

4.0 Rujukan 1. Akta pendidikan di Malaysia dicapai pada 26 Februari 2012 di

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf 2. Choong Lean Keow (2007).Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Dr.Rosnanaini Sulaiman et al.(2011).Kemahiran Berfikir.Puchong:Penerbitan

Multimedia Sdn.Bhd 4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dicapai pada 25 Februari 2012 dari

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php 5. Hajah Noresah Baharom et al. (Ed.) (2002).Kamus Dewan (edisi ke-3). Hulu Kelang 6. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dicapai pada 25 Februari 2012 dari http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafah-pendidikan.html 7. Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dicapai pada 25 Februari 2012 dari http://zackzahran.blogspot.com/2010/03/1.html 8. Mok Song Sang.(2011). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd 9. Mok Song Sang.(2011).Kecerdasan Emosi.Puchong: Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd 10. Noriati et al.(2012).Falsafah & Pendidikan di Malaysia.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd 11. Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dicapai pada 25 Februari 2012 dari http://bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.h tm15

12. Peranan

seorang

guru.

Dicapai

pada

28

Februari

2012

dari

http://skkuangs.wordpress.com/2010/03/16/peranan-guru/

16

5.0 REFLEKSI 5.1 Refleksi Nur Hidayah Binti Mansor

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Pada kali ini tugasan yang diberikan adalah berkenaan dengan peranan Falsafah Pendidikan (FPK), ciri ciri insan yang seimbang dan harmonis serta kemahiran kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan guru. Pada mulanya saya dan pasangan saya Rosalina Zafirah telah membuat pembacaan secara langsung dan tidak langsung. Dengan pengetahuan yang sedia ada dan pengetahuan tambahan yang kami dapat mengenai konsep falsafah. Kami mula mendalami apa itu FPK dan peranannya. Kemudian kami khususkan lagi kepada unsur insan yang seimbang dan harmonis. Setelah kami faham barulah kami mencari ciri ciri insan yang seimbang dan harmonis. Kemudian kami berbincang dan berfikir secara kritis dan kreatif kemahiran kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk mencapai matlamat FPK ini. Hasil tugasann ini telah memberi kami latihan untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Setelah menyiapkan tugasan ini, apa yang saya dapat secara keseluruhannya adalah saya berasa amat gembira kerana saya berjaya memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan baru. Melalui tugasan ini juga saya dapat bekerjasama dengan pasangan saya Rosalina Zafirah. Semangat kerjasama dan tolong-menolong antara kami semakin baik dan hubungan kami juga bertambah rapat. Kami belajar bertukar tukar pandangan dan menghormati pandangan sesama sendiri. Dan saya berjaya bertoleransi dengannya dengan baik sekali. Hal ini dapat dilihat apabila kami

17

melakukan diskusi dan pembahagian tugas yang adil dilakukan. Oleh sebab demikian kami dapat menjimatkan masa dan menggunakan masa dengan bijak. Saya ditugaskan untuk membuat soalan kedua manakala Rosalina membuat soalan pertama. Walaupun demikian, kami berbincang dahulu mengenai isi jawapan sebelum mula mengarang esei jawapan. Pada mulanya, saya kurang memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) yang diajar di dalam kelas. Namun saya bersyukur kerana setelah menyiapkan tugasan ini, pemahaman saya dalam subjek falsafah di Malaysia semakin baik dan mendalam. Bukan itu sahaja, saya lebih meminati subjek ini dan mengubah persepsi bahawa subjek falsafah bukan semata mata berdasarkan penghafalan tetapi perlu penghayatan yang mendalam. Setelah melakukan pembacaan untuk memahami apa itu FPK, saya mula

berminat untuk mengetahui apa itu FPN dan FPG. Pengetahuan dan pemahaman saya juga semakin baik. Saya juga sedar peranan saya sebagai seorang guru kelak adalah penting dalam merealisasikan matlamat FPK. Selain berpegang kepada etika keguruan, saya juga seharusnya menyiapkan diri saya dengan kemahiran kemahiran penting seperti yang telah dinyatakan dalam esei bagi soalan kedua iaitu kemahiran yang perlu ada pada seorang guru bagi mencapai matlamat FPK terutamanya bagi unsur membina insan yang seimbang dan harmonis dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Walaupun pada mulanya, saya tidak memahami tajuk tugasan ini dan kelihatan membosankan, akhirnya saya berminat melakukan tugasan ini. Saya gembira, terdapat perubahan dalam diri saya sebagai seorang guru pelatih. saya lebih memahami sistem

18

pendidikan di negara kita dan saya mula mengikuti perkembangan semasa sistem pendidikan di negara kita. Saya berharap dengan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat sepanjang melakukan tugasan ini dapat membantu saya dalam pemahaman saya dalam subjek ini ketika dalam peperiksaan mahupun dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Saya juga berharap menjadi seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mendukung cita cita FPK, berinovasi dan cemerlang dan komited dalam menjalankan tugas kelak. Sekian, terima kasih.

Diesediakan oleh,

.. NUR HIDAYAH BINTI MANSOR 911006-02-6090 6 Mac 2012

19

5.2 Refleksi Rosalina Zafirah Binti Rozali Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dariNya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek ( KKP ) bagi subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ini dalam masa yang telah diberi. KKP bagi subjek ini memerlukan saya untuk memahami apa itu Falsafah Pendidikan kebangsaan ( FPK ) serta mengetahui peranan-peranannya. Justeru, dengan menyiapkan KKP ini, saya telah mendapat pelbagai informasi berkenaan dengan FPK dan membuatkan saya lebih menghayati FPK itu sendiri. FPK ini amat penting untuk saya tahu, fahami dan hayati memandangkan saya akan menjadi warga pendidik pada masa akan datang. Hal ini adalah kerana FPK turut mempunyai peranan sebagai bimbingan untuk para pendidik dalam melaksanakan tugas tugas pendidikan. Jadi dengan ini saya berharap agar saya mampu menjadi seorang guru yang mempunyai pegangan dan berinovasi dalam menjalankan tugas sejajar dengan matlamat pendidikan kebangsaan. Selain itu, ilmu baru yang dapat saya perolehi adalah berkaitan dengan ciri-ciri insan yang seimbang dan harmonis kerana sebelum saya membuat KKP ini, saya langsung tidak mengambil tahu berkaitan perkara ini. Saya juga tidak memahami makna FPK yang sebenarnya sebelum ini. Sekarang, saya sudah mampu untuk membuat huraian berkaitan ciri insan yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam FPK. Saya juga telah mengetahui bagaimana caranya agar saya sendiri tergolong dalam golongan individu yang seimbang dan harmonis sepertimana yang dimaksudkan di dalam FPK.

20

Berbalik kepada FPK, dengan membuat KKP ini juga menjadikan saya seorang individu yang mempunyai sifat inkuiri yang tinggi. Pada sebelum ini, saya hanya bersikap sambil lewa sahaja dalam membuat sesuatu sebaliknya selepas membuat banyak rujukan berkaitan dengan FPK, saya menyedari hakikat bahawa saya sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi guru mestilah sama-sama turut memainkan peranan demi menjadikan FPK sebagai kenyataan. Dalam menyiapkan KKP ini, saya dan rakan sekumpulan, Hidayah telah mencari sumber-sumber rujukan dari pelbagai sumber. Kami telah mengadakan perbincangan terlebih dahulu seterusnya membuat pengagihan tugas. Hal ini supaya kami mampu melatih diri kami untuk membuat sesuatu kerja dengan sistematik dan teratur. Selain itu, kami telah belajar menguruskan masa dengan bijak memandangkan KKP ini perlu dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Secara kesimpulannya, pelbagai pengetahuan dan ilmu yang baru telah saya perolehi dalam menyiapkan KKP ini khususnya berkaitan FPK. Semoga segala ilmu ini dapat saya manfaatkan pada masa akan datang.

Rosalina Zafirah Binti Rozali 921204-06-5460

21