KKP RBT 3120_KamalKhaidarDin

  • View
    1.103

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of KKP RBT 3120_KamalKhaidarDin

KKP RBT 3120 TEKNOLOGI SAINS RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN

A.

Proses Penghasilan Pakaian. a. Langkah Penghasilan Pakaian.

Baju Kurung Pesak Gantung

i.

Ambil Ukuran

Paras pinggang belakang Paras Punggung Labuh baju Lebar bahu Labuh tangan dari tengkuk Keliling pangkal lengan Keliling leher Keliling dada Keliling punggung1

ii.

Cara-cara merajah pola

Badan 0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm 2-1 = Ukuran paras punggung 3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm 4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan 6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0 7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

2

Pesak atas 10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka 12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang 13-12 = 4cm 14-13 = dinaikkan 2cm Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14 Pesak bawah 15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka. Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16. Leher (seperti membuat leher baju kurung biasa)

3

iii.

Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan

Lukis pola seperti dalam gambar di atas. # # # 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana untuk dapat 6.5cm? Ukur

lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm, maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,42/6= 7cm4

Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek.

iv.

Cara Membuat Leher Baju Kurung

1. Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.

5

Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.

6

Potong ikut bentuk seperti dalam rajah.

Akan jadi seperti ini.7

Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inci/1.25 inci.

8

Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.

9

Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.

Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.

10

'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.

Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.

11

Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tergunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.

Terbalikkan lapik dan seterikakan.

12

Akhirnya akan menjadi seperti ini. (lihat rajah di atas)

Selepas disterika, akhirnya akan terhasillah leher baju kurung pesak gantung.

v.

Cara Menjahit Baju Kurung Pesak Gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik. 2. Cantumkan bahagian-bahagian baju: - Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.13

- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus. - Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah. - Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. - Cantumkan bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. 3. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Kemudian, jahit kemasan leher. 4. Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas. 5. Inilah hasilnya.

6. Inilah baju kurung pesak gantung yang telah siap dijahit.

14

b.

Alatan dan Bahan

Terdiri daripada : alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas karbon alat memotong seperti gunting fabrik, gunting benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan gunting lubang butang. Alat menjahit seperti jarum dan benang. Alat menekan seperti sterika, bod sterika dan kain lembap.

i.

Alat Mengukur dan Menanda

Rajah 1: Pita Ukur

Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah memeri dan berbulu. Pilih pita ukur yang bertanda dengan terang dan berlogam pada kedua-dua hujungnya.

15

ii.

Alat Memotong

Rajah 2: Gunting Fabrik Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam. Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja. Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum simpan.

16

iii.

Alat Menjahit a. Roda Surih

Rajah 3: Roda Surih # Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisangarisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.

b. Pembaris

Rajah 4: Pembaris Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.

17

Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm. Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu pembentuk.

c. Kapur Tanda

Rajah 5: Kapur Tanda Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda pola pada fabrik buat sementara. Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci. Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hitam, merah, biru dan kuning. Ia berukuran 6cm serta berbentuk tiga atau empat segi.

18

d. Jarum Jahitan Tangan

Rajah 5: Jarum Jahitan Tangan Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang kasar bernombor besar. Jarum bernombor 7 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa. Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau didalam kotak jarum.

19

e. Penetas Jahitan

Rajah 6: Penetas Jahitan Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan. Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

f. Jidal

Rajah 6: Jidal20

Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari hantu semasa menjahit dengan tangan.

Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik.

g. Benang Jahit

Rajah 7: Benang Jahit Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit. Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan nombor 70 untuk fabrik halus.

21

h. Jarum Peniti

Rajah 8: Jarum Peniti Jarum peniti yang baik adalah jarum yang : - halus - tajam - dibuat daripada keluli berkilat Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.

22

c.

Pengurusan Grafik Proses Penghasilan Baju Kurung Pesak Gantung.

Ambil ukuran

Merajah pola

Badan

Lengan

pesak atas

pesak bawah

leher

Melukis pola lubang leher / bulan

Membuat leher baju kurung

23

Menjahit baju kurung pesak gantung

Baju kurung pesak gantung telah siap dan boleh dipakai.

24

B.

Pemeliharaan Ikan Hiasan

a. Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan

Sisik

Sirip dorsal

Garisan lateral

Mata

Mulut

Sirip kaudal / ekor

Penutup insang

Sirip pektoral

Sirip pelvik

Sirip anal

i.

Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,

kecederaan dan penyakit .

ii.

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan25

ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

iii.

Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang

hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

iv.

Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulutnya

dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

b. Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan aksesori lain. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.26

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihar