View
30
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KKP TITAS.docx
5/19/2018 KKP TITAS.docx
1/35
1
PENDAHULUAN
Penulisan folio ini berfokuskan terhadap penulisan tokoh tamadun Jepun dan
sumbangannya kepada tamadun dunia. Dalam memenuhi kriteria penilaian bagi
sukatan pelajaran untuk subjek ini, Bahagian Pendidikan Guru telah menetapkan satu
tugasan bagi menilai tahap pemahaman seseorang guru pelatih terhadap subjek ini.
Secara keseluruhannya, folio ini adalah penulisan esei pendek. Oleh itu, sebarang
maklumat dan fakta telah diringkaskan supaya pembaca mudah faham. Isi esei pendek
ini juga adalah padat supaya banyak maklumat dapat dimasukkan di dalamnya.
Secara amnya, tamadun ialah satu ungkapan yang digunakan untuk
menggambarkan kemajuan dan pencapaian manusia dalam pelbgai bidang kehidupan.
Pentafsirannya adalah berbeza mengikut kefahaman dan disiplin pemikiran yang
berkait rapat dengtan kepercayaan seseorang. Justeru itu pada hari ini kita dapat
melihat pelbagai pencapaian dan peristiwa yang berlaku sama ada yang berkait
dengan kemajuan dan kemusnahan manusia serta alam. Oleh itu berlakulah pelbagai
tindakan yang memberi kesan yang amat besar kepada kehidupan manusia dan alam
ini.
Tamadun Jepun merupakan salah satu tamadun yang menyumbang ke arah
tamadun dunia. Antara sumbangan tamadun Jepun yang dapat dikenalpasti ialah
penghapusan sistem feudalisme, komunikasi dan perhubungan, pendidikan, undang-
undang, kesusasteraan ideologi dan agama, ekonomi dan banyak lagi.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam tamadun Jepun ialah Maharaja Meiji,
Syogun Tokugawa, Hosokawa Hanzo Yorinari dan lain-lain.
Holistiknya, penulisan folio ini hanya berteraskan apa yang ada dalam tamadun
Jepun yang memenuhi keperluan Kerja Kursus Pendek iaitu tokoh dan sumbangantamadun Jepun kepada tamadun dunia.
5/19/2018 KKP TITAS.docx
2/35
2
S I
5/19/2018 KKP TITAS.docx
3/35
3
TOKOH DAN SUMBANGAN TAMADUN JEPUN TERHADAP TAMADUN DUNIA.
TOKOH 1 : MAHARAJA MEIJI
Maharaja Meiji (, Meiji-tenn?) (3 November 1852 30 Julai 1912)
ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional,
memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda. Beliau
dilahirkan pada 3 November 1852 dan mangkat pada 30 Julai 1912. Sebelum beliau
menjadi Maharaja Jepun pada ketika itu, Maharaja sebelumnya ialah Maharaja Kmei.
Selepas kemangkatan beliau, penggantinya ialah Maharaja Taish. Nama pasangan
Maharaja Meiji ialah Maharani Shken. Mereka mempunyai beberapa orang zuriat iaitu
Putera Raja Yoshihito, Puteri Masako, Puteri Fusako, Puteri Nobuko, dan PuteriToshiko. Ayahanda kepada Maharaja Meiji ialah Maharaja Kmeidan bondanya ialah
Nakayama Yoshiko.
Nama diri baginda ialah Mutsuhito (, Mutsuhito?). Seperti maharaja-maharaja
sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat. Selepas
kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman
pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat. Oleh sebab
memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali
sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja
Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama
posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap
kurang sopan.
Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang
terpencil, belum berindustri dan feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan daimyo
yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara. Apabila baginda mangkat
pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam
negara (Lihat Pemulihan Meiji) dan timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas
dunia.
5/19/2018 KKP TITAS.docx
4/35
4
Garis Masa Peristiwa-Peristiwa Sepanjang Riwayat Dan Pemerintahan Maharaja
Meiji
Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak perubahan besar kepada
masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa peristiwa-peristiwa utama:
* 3 November 1852: Meiji (ketika itu dikenali sebagai Sachinomiya) dilahirkan oleh
gundik diraja Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei
* 1853: Searmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry tiba di
Jepun pada 8 Julai; dianggap sebagai "Pembukaan" Jepun. Kematian Syogun.
* 185455: Penandatanganan perjanjian bersama Amerika Syarikat oleh Bakufu.
* Akhir 1850-an1860-an: Gerakan "sonno-joi" menjadi giat sepenuhnya.
* 1858: Penandatanganan perjanjian bersama Belanda, Empayar Rusia dan Great
Britain oleh Bakufu.
* 1860:
o Mac: Tairo Ii Naosuke, dibunuh.
o 11 November: Sachinomiya secara rasminya diisytiharkan Putera Raja dan
dikurniakan nama diri Mutsuhito.
* 1862: Peristiwa Namamugi
* 186465: Serangan Shimonoseki oelh kapal-kapal British, Amerika, Perancis dan
Belanda; disusuli pertelingkahan antara pihak syogun dan Choshu.
5/19/2018 KKP TITAS.docx
5/35
5
* 1866: Kematian Syogun, Tokugawa Iemochi pada 29 Ogos; pelantikan Tokugawa
Yoshinobu sebagai Syogun.
* 1867:
o 4 Januari: Pemulihan rasmi pemerintahan diraja; tamatnya pemerintahan syogun
Tokugawa setelah 265 tahun
o 31 Januari: Kemangkatan Maharaja Komei akibat penyakit cacar berdarah, penaikan
takhta Mutsuhito secara tidak rasmi.
o 12 September: Pertabalan rasmi Maharaja Meiji.
o 23 Oktober: Nengo ditukar ke tahun pertama Meiji.
o 6 November: Ibu negara berpindah dari Kyoto ke Edo, dinamakan semula sebagai
Tokyo.
* Akhir 1860-an1881: Zaman pemberontakan dan pembunuhan di Jepun.
* 1869
o 11 Januari: Perkahwinan Meiji ke Ichijo Haruko yang mulai saat itu bergelar
Maharani Shoken.
o 4 September: Meiji menyambut Duke Edinburgh.
* 1871: Pemansuhan kawasan han diisytiharkan.
* 1873: Istana Edo ranap akibat kebakaran; maharaja berpindah ke Istana Akasaka.
Putera-puteri sulung baginda lahir tanpa nyawa.
* 1877: Pemberontakan Satsuma
* 1878: Pembunuhan Okubo Toshimichi.
* 31 Ogos 1879: Kelahiran Putera Yoshihito, putera tunggal Meiji yang bakal menjadi
Maharaja Taisho.
5/19/2018 KKP TITAS.docx
6/35
6
KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN
Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun
untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan
ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang
Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.
Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk
mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor
militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.
i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong
cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah
memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya
rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja
kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.
ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini
mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkandan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada
seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh
dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu
negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa
Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.
iii. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini
mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.
Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan
penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu
mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah
5/19/2018 KKP TITAS.docx
7/35
7
dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke
Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan
perindustrian.
iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini
sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun
menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui
konsep kaizen dan arigato.
ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 - 1912)
Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Teraju pemerintahan di
pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito. Beliau yang ketika itu
masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas
jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 1867). Sewaktu awal
kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud
pemerintah yang menerima pencahayaan, struktur pemerintahan hanya terdiri
daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda, berumur dalam awal 30an dan
penghujung 20an. Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu
menunggang