5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN FLETCHER, OFF JALAN TUN RAZAK 53200 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA KLINIK BOLA SEPAK TEMPAT: PADANG SJK(T) JALAN FLETCHER TARIKH : 23 & 30 OKTOBER 2010 ANJURAN: KELAB BOLA SEPAK

KLINIK BOLASEPAK

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KLINIK BOLASEPAK

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JALAN FLETCHER,

OFF JALAN TUN RAZAK

53200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KLINIK BOLA SEPAK

TEMPAT:

PADANG SJK(T) JALAN FLETCHER

TARIKH :

23 & 30 OKTOBER 2010

ANJURAN:

KELAB BOLA SEPAK

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JALAN FLETCHER, OFF JALAN TUN RAZAK, KL

Page 2: KLINIK BOLASEPAK

1.0 PENDAHULUAN

Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang

dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bolasepak yang

tinggi yang lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang

benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka

meningkat dewasa, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu

bermain dengan baik. Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan

yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pihak sekolah

melalui Kelab Bolasepak  amat bertuah dan berbesar hati dengan persetujuan

jurulatih bertauliah dari Polis Diraja Malaysia untuk mengadakan Klinik

Bolasepak di sekolah ini. Melalui klinik ini diharapakn setiap murid akan

dapat menimba ilmu yang amat berguna daripada jurulatih. Pihak guru-guru

juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam

program ini. Semoga program ini menjadi satu usaha awal ke arah

melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil, Jalan Fletcher Kuala Lumpur dan dapat mewujudkan akademi bola

sepak.

 

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran

bola sepak dan mencungkil bakat di kalangan murid-murid. Program ini juga

dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia “1 Murid 1

Sukan’ untuk meningkatkan potensi setiap murid dari awal bangku sekolah.

Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan akademi bola

sepak yang bakal diwujudkan terulung kali di sekolah Tamil di Malaysia.

 

Page 3: KLINIK BOLASEPAK

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan pendedahan kemahiran bolasepak secara

sistematik dan betul kepada murid-murid.

3.2 Menanamkan minat terhadap bolasepak dikalangan murid dan

masyarakat di SJK(T) Jalan Fletcher.

3.3 Mendedahkan murid-murid tentang teknik latihan dan aspek

pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain

bolasepak

3.4 Menjalin kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, dan

masyarakat dalam membantu kecemerlangan sekolah

3.5 Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat

terhadap pasukan bola sepak sekolah.

 

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 23 & 30 Oktober 2010 iaitu pada

hari Sabtu.

4.2 Dilaksanakan selama 2 hari

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

- Sesi Pertama

23/10/2010 (Sabtu) – 8.00pagi – 11.00 pagi & 2.00 petang – 4.00

petang 

- Sesi Kedua

30/10/2010 (Sabtu) – 8.00pagi – 10.00 pagi & 2.00 petang – 4.00

petang 

Page 4: KLINIK BOLASEPAK

5.0 TEMPAT

- Padang SJK(T) Jalan Fletcher, Kuala Lumpur

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kumpulan murid-murid lelaki yang terdiri dari Tahun

1 hingga Tahun 6.

7.0 BAYARAN

Bayaran sebanyak RM 20.00 akan dikenakan untuk seorang murid.

8.0 AKTIVITI PROGRAM

Aktiviti program ini akan merangkumi aspek:

- Latihan asas fizikal/ kecergasan

- Kemahiran asas bolasepak

- Undang-undang bolasepak

- Taktikal bolasepak

 

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan menjadi perintis kepada

pembentukan akademi bola sepak yang akan bertapak dibawah naungan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Jalan Fletcher, Kuala Lumpur. Seterusnya

diharapkan ia akan membuka mata pihak tertentu peri pentingnya kemahiran

dan ilmu bolasepak yang betul dan sistematik. Semoga ia menjadi satu

persiapan yang jitu ke arah melahirkan pemain yang bermutu bermula dari

peringkat kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap

apabila dewasa. 

Page 5: KLINIK BOLASEPAK

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

(Encik Muhammad Adam Bin Abdullah) (Puan Valarmathi A/P Balakrishnan)

Setiausaha Kokurikulum, Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,

Jalan Fletcher, Off Jalan Tun Razak, Jalan Fletcher, Off Jalan Tun Razak,

53200, Kuala Lumpur. 53200, Kuala Lumpur.