Upload
sementabentong
View
116
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
p2
Citation preview
PEMBANGUNAN NEGARA
(Bahagian C)
1. Politik.
Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu:
1.1 Kepimpinan
1.2 Nasionalisme
1.3 Peraturan dan undang-undang
2. Ekonomi.
Tajuk ini terdapat tiga sub tajuk iaitu:
2.1 Pertanian
2.2 Usahawan
2.3 Perdagangan
POLITIK
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain (wikipedia)
Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Ia juga dipanggil ilmu siasah (berasal daripada bahasa Arab) atau ilmu kenegaraan.
Kajian buku Sejarah Melayu dan SBDKL adalah bersesuaian dengan pendapat yang mengaitkan politik juga wujud dalam sektor korporat, agama dan institusi seperti institusi pemerintahan beraja (feudal). Kajian harus menjurus kepada sistuasi penceritaan karya sastera yang dihasilkan dan mampu diterjemahkan kepada kehidupan masa kini.
1.1 Kepimpinan. (Calon seharusnya mampu menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara)
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pengawasan seorang pemimpin
Menurut Kamus Dewan(1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo
(1997), kepimpinan ialah satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan
sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau
mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Fleishman menyatakan: ‘Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang
diarahkan melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau beberapa matlamat’
(1973:3).
Tannenbaum, Weschler dan Massarik (1961) juga memberi definisi yang hampir sama. Bagi Fiedler
pula, kepimpinan adalah :......kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan dimana
kuasa dan pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan
mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas induvidu itu’(1967:
11).
Gaya Kepemimpinan.
Apabila disebut perkataan kepemimpinan sebenarnya ia masih merujuk kepada perkataan kepimpinan
atau "leadership". Banyak definisi menyebut maksud perkataan tersebut tidak lari dari maksud proses
mempengaruhi orang lain. Kepemimpinan adalah serangkaian kegiatan pemimpin
yang tidak dapat dipisahkan dengan kedudukan serta gaya atau perilaku
pemimpin itu sendiri.
Kepemimpinan dalam Sejarah Melayu (SS)
Proses mempengaruhi ahli masyarakat dan kumpulan tertentu adalah melibatkan gaya kepemimpinan.
Sejarah Melayu dilihat mempunyai kepentingan ini melalui beberapa peristiwa penting yang terdapat
di dalamnya yang melibatkan pelbagai peringkat pemimpin terutamanya golongan raja atau sultan.
Sultan Muzaffar Syah terkenal sebagai pemimpin yang berdedikasi dan sanggup berkorban apa
sahaja demi negara. Beliau sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu demi memastikan Melaka dapat
mencapai kesejahteeraan dan keamanan. Beliau sangat mengenali bakat kepimpinan di kalangan
rakyat sebagaimana tindakan baginda melantik Bendahara Paduka Raja Tun Perak.
Sultan Mansyur Syah adalah sultan yang lebih bertolak ansur sekalipun masih dianggap autokratik.
Dalam peristiwa pembunuhan Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Raja
Muhammad dalam peristiwa sepak raga, baginda sedia mendengar cadangan pihak rakyat. Akhirnya
Raja Muhammad tidak dirajakan di Melaka tetapi dihantar ke Pahang (Inderapura) dan menjadi raja di
sana.
Sultan Alaudin Riayat Shah dikenali sebagai sultan yang berjiwa rakyat kerana sanggup menyelami
hati nurani rakyat. Beliau sanggup keluar pada waktu malam untuk menangkap pencuri. Gaya
kepimpinan beliau boleh diibaratkan kepimpinan melalui tauladan.
Kemudian cuba kita selidiki pula gaya kepemimpinan ketua-ketua masyarakat dan ketua pengurusan perniagaan yang wujud dalam novel SBDKL.
1.2 Nasionalisme
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.
Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan
politik" (political legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti
budaya", hujah liberalisme yang menganggap kesahihan politik adalah
berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada
amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik
serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan
mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme,
pengasingan dan sebagainya.
Aspek nasionalisme yang diketengahkan dalam teks Sejarah Melayu dan SBDKL
adalah menjurus kepada aspek sosial yang jauh daripada faktor-faktor ekstrim
yang menjadi kajian golongan sains politik. Oleh itu kajian tentang kegiatan
kemasyarakatan yang menjurus kepada memenuhi tanggungjawab kepada
negara boleh dikaitkan dengan nasionalisme atau cintakan negara. Kecintaan
negara tidak hanya menjurus kepada kekuatan tentera yang mampu
mengangkat senjata menentang musuh negara semata-mata.
Nasionalisme dalam Sejarah Melayu
1.Mempertahankan negara daripada serangan musuh.
Negara Siam adalah negara yang sering mengancam Melaka dalah negara Siam
melalui beberapa siri peperangan. Pada peringkat awal, seorang nasionalisme
yang berjawatan penghulu di Kelang telah berusaha dengan gigih
mempertahankan Melaka daripada serangan berkenaan. Kemudia diikuti
dengan beberapa siri serangan yang lain yang memaksa rakyat Melaka tidak
tidur malam berjaga bagi memastikan Melaka terselamat daripada serangan
musuh. Iktibar daripada kejadian ini adalah semangat nasionalisme yang telah
ditunjukkan oleh rakyat Melaka yang sanggup berjuang demi negara.
2. Membina nama baik negara melalui hubungan diplomatik.
Zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah adalah satu zaman yang memerikan
kisah hubungan diplomatik dengan empat negara iaitu Sulawesi, Siam,
Majapahit dan China. Walaupun terdapat unsur anakronisme dalam hubungan
Melaka dengan Majapahit, namun teknik penulisan Tun Sri Lanang ini juga
adalah gambaran semangat cinta beliau kepada negara. Semua wakil diplomat
yang diutuskan telah membawa nama baik negara bagi memastikan Melaka
sentiasa agung dan dihormati. Sebaliknya jika aspek ini tidak ditimbulkan, tentu
tujuan penceritaan Sejarah Melayu tidak akan sampai maksudnya. Melaka telah
digambarkan sebagai sangat kaya, pemurah dan bijaksana ketika menjalin
hubungan dengan China. Malah ketika dengan Siam, kelihatan Melaka amat
hebat dari segi peperangan dan dapat membuktikan bahawa Melaka memang
wajar menang pada setiap kali berperang dengan Siam.
3. Mempertahankan jajahan takluk negara.
Melaka mempunyai banyak tanah jajahan seperti Pahang, Terengganu,
Kelantan, Riau, Siak, Kampar, Haru dan sebagainya. Apabila terdapat
pertelingkahan dan masalah di negari jajahan, maka beberapa orang penting
Melaka telah dihantar untuk menyelesaikan masalah. Segala masalah yang
dihadapi telah diselesaikan dengan bijaksana oleh sultan dan para pembesar
Melaka.
4. Taat setia kepada raja dan negara.
Cinta kepada negara juga digambarkan dengan sikap dan tingkahlaku rakyat
Melaka. Mereka sangat setia kepada raja dan negaranya. Keseluruhan rakyat
Melaka amat patuh kepada arahan sultan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja
demi raja dan negara. Namun jika amalan telah berlaku sebaliknya, negara
akan mengalami masalah dan menuju kehancuran. Hal ini telah berlaku pada
penghujung pemerintahan Melaka dimana rakyat kurang taat, tidak
menghormati raja dan melakukan rasuah. pengkhianatan terhadap negara
seperti ini telah menyebabkan semangat cinta kepada negara hilang dan
akhirnya Melaka kalah kepada tentera luar seperti Portugis.
1.3 Peraturan dan undang-undang.
Kehidupan manusia perlu dikawal dengan peraturan dan undang-undang samada dalam bentuk bertulis atau termaktub secara turun temurun melalui satu kepercayaan yang tinggi terhadap keluhuran undang-undang yang telah dipersetujui bersama. Setiap ahli masyarakat akan terikat dengan undang-undang yang telah dipersetujui dan dianggap telah menderhaka atau melanggar perjanjian jika mengingkarinya.
1. Sejarah Melayu meletakkan asas perundangan tertinggi dikaitkan dengan perjanjian atau waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana (Nila Utama). Isi perjanjian itu dijelaskan dalam halaman 25.
2. Kemudian apabila kerajaan melayu Melaka ditubuhkan dan agama Islam sampai ke Melaka, telah ditetapkan beberapa aturan dan larangan sebagaimana yang terdapat pada halaman 74. Pada halaman 75 pula dijelaskan tentang pelbagai adat isitiadat sehingga halaman 80.
3. Apabila Sultan Muzaffar Syah menaiki takhta, baginda telah menyuruh membuat kitab undang-undang sebagaimana pada halaman 86 hingga 87 seperti berikut:
Sebermula adalah Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan itu, terlalu baik budi pekerti baginda dengan adilnya dan murah serta ampun periksa dengan saksama pada mengasihani
rakyat baginda; dan bagindalah menyuruhkan membuat kitab undang-undang supaya jangan bersalahan lagi segala hukum menteri.
EKONOMI
Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-
sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak
terhad. Sumber ekonomi merupakan faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk
mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Ia terdiri daripada buruh, tanah, modal
dan usahawan. Sumber ekonomi adalah terhad penawarannya. Kehendak manusia pula
bermaksud ialah keinginan individu terhadap barangan dan perkhidmatan yang tidak
terhad kehendaknya.
Ekonomi dalam Sejarah Melayu (SS)
Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan
pertanian. Bukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud
kegiatan pertanian dan cita masyarakat setempat yang ingin kaya raya punya emas
segala. Lalu anganan para penduduk yang ingin kaya raya itu diimaginasikan melalui
cerita ajaib dengan harapan menjadi kenyataan. Kedatangan keturunan raja Melaka
dikatakan telah mengubah tanaman berkenaan iaitu pokok padi berbuah emas, berdaun
perak dan berbatangkan suasa.
Sejarah Melayu juga telah mengemukakan aspek ekonomi lampau yang menjurus
kepada sistem ekonomi sara diri sebagaimana yang digambarkan dalam cerita Badang.
Badang digambarkan sebagai seorang penangkap ikan yang berperang dengan unsur
alam termasuk unsur ghaib seperti hantu. Persoalan tentang kaedah untuk mendapat
sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana Badang menggunakan lukah untuk
menangkap ikan. Namun lukahnya sering tidak berhasil dan rosak kerana ada faktor
halangan yang diungkap melalui kehadiran seekor hantu. Berikutan diri Badang yang
semakin kuat kudratnya, kegiatan ekonominya bertukar menjadi seorang yang mampu
membersihkan kebun dan hutan. Lalu sebahagian masyarakat memanfaatkan
kemampuan Badang yang perkasa untuk tujuan aktiviti pertanian mereka. Kekuatan
Badang juga adalah gambaran cita-cita masyarakat pada masa itu yang mengharapkan
teknologi tertentu yang memudahkan kerja seharian mereka dengan mengimaginasikan
Badang menjadi kuat kerana makan muntah hantu. Jika dilihat pada masa kini, Badang
yang dimaksudkan kini adalah sebuah jentera berat yang juga mampu melakukan kerja
dengan mudah dan pantas. Badang adalah sumber manusia yang lebih dikenali sebagai
buruh dalam istilah ekonomi. Dia adalah pekerja yang berkesan kerana sifatnya yang
rajin. Malah Badang juga adalah pekerja yang sangat produktif kerana kuat bekerja dan
mempunyai kekuatan. Sebagai sumber ekonomi yang penting, Badang telah
menyubangkan sesuatu yang bermakna demi keajuan sesebuah penempatan iaitu di
negara Singapura. Sekiranya seorang yang bernama Badang mampu memberikan
sumbangannya dengan maksimum, sudah tentu jika wujud ramai orang seperti Badang,
sesebuah negara akan terus maju dan lebih makmur. Jika keadaan berlaku sebaliknya,
kemungkinan yang akan berlaku juga menjadi sebaliknya. Negara akan mundur dan
tidak mampu menjana pendapatan negara yang lebih tinggi kerana masyarakatnya
malas dan bersifat lemah.
Terdapat juga unsur ekonomi yang berkait dengan perniagaan yang dapat dibuktikan
melalui aktiviti pedagang Arab yang datang berniaga di Melaka dan pada masa yang
sama mengembangkan agama Islam. Usaha golongan peniaga yang datang ke Melaka
bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan para pedagang, malah ia akan mampu
memberikan peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup
samada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Jika orang Melaka ingin
mendapatkan pakaian, maka para pedagang akan dapat memenuhi kehendak mereka.
Jika Melaka memerlukan sejumlah barangan yang lebih banyak, maka kegiatan import
perlu dilakukan. Hal ini telah dilakukan oleh Sultan Mahmud, di mana beliau telah
mengarahkan Hang Nadim supaya membeli kain di India. Hang Nadim telah diminta
membeli 40 jenis kain dengan 40 warna. Setiap jenis kain pula mengandungi
mengandungi 40 corak. Malangnya usaha terebut tidak berjaya, kerana kapal Hang
Nadim telah tenggelam dipukul ribut. Perkataan "mengenali dagang dan santeri" adalah
menggambarkan betapa pembesar negara amat menjaga kepentingan golongan
peniaga. Golongan peniaga dianggap sebagai sangat penting kerana mereka
menyumbang kepada pendapatan negara. Banyak golongan berkepentingan
(stakeholder) yang mengharapkan sumbangan kekayaan peniaga. Namun malangnya
keadaan menjadi tidak terkawal dan wujudlah rasuah dan pembunuhan. Hal ini boleh
memberi kesan kepada kejatuhan negara seperti Melaka. Oleh itu negara kita juga harus
menghindarkan diri dari rasuah kerana ia boleh mengundang kepada salah satu sebab
kejatuhan negara.
Ekonomi dalam SBDKL
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur Selaras dengan isu ekonomi tahun 70an dalam novel
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur pula secara jelas mengungkapkan aspek ekonomi
moden yang menjurus kepada latar zaman novel tersebut dihasilkan. Isu tentang
pengurusan sumber yang terhad seperti tanah lombong adalah menjadi salah satu
persoalan novel ini. Pembukaan lombong tidak semudah kata-kata. Ia perlu dirancang
dengan baik dari semua aspek samada dari sudut manusia, alam dan kepentingan-
kepentingan lain. Lalu timbul pelbagai konflik yang menyentuh jiwa nurani masyarakat.
Juga terdapat aspek kegiatan pertanian berskala kecil seperti tanaman bunga orkid.
Kegiatan ekonomi harus bermula dengan kegiatan kecil-kecilan (skala kecil). Jika aktiviti
itu berdaya maju, mungkin ia boleh diperbesarkan. Sifat keusahawanan yang ada pada
diri cik Puan Tipah, belum cukup untuk mencipta kejayaan. Terdapat banyak halangan
dan dugaan yang menyebabkan kegagalan berlaku. Kebunnya telah dirosakkan oleh
pihak yang dengki dan iri hati. Perkara seperti ini mungkin menjadi sebab kepada
kegagalan untuk menyumbang kepada pembangunan negara kerana produktiviti tidak
dapat dihasilkan.
Pengagihan sumber ekonomi pula dijelaskan melalui kegiatan perdagangan sehingga
kepada kegiatan eksport ke luar negara. Perniagaan ini mempunyai skala yang lebih
besar berbanding tanaman orkit cik Puan Tipah. Rancangan encik Muhammad dan Datok
Tan (Tan Chong Seng) mengeksport lada hitam ke luar negara adalah bukti kegiatan
ekonomi yang terdapat dalam novel ini. Proses ini berkait rapat dengan konsep
usahasama di antara rakan kongsi yang mempunyai banyak pengalaman. Sumbangan
ekonomi seperti ini tentu memberi kesan yang lebih signifikan kepada pembangunan
sesebuah negara. Semua kegiatan ekonomi yang telah dibincangkan sebenarnya
memberi gambaran tentang kepentingannya kepada pembangunan negara. Hal ini
adalah kerana ia berkait rapat dengan produktiviti negara dan seterusnya menyumbang
kepada pendapatan negara yang besar.
Realiti negara pada masa kini bahawa kegiatan pertanian seperti padi dan kelapa tetap
menjadi pilihan utama kerana ia adalah sumber makanan negara.Pada masa yang sama
kegiatan eksport dan import terus berjalan dengan baik. Perpindahan ke Felda adalah
salah satu proses penstrukturan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hal ini
berkait rapat dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada
masa novel ini dikarang. Aspek ini adalah hujah kuat yang menggambarkan tentang
tema ekonomi novel ini. Gambaran ini adalah sala satu cara memanfaatkan sumber-
sumber seperti manusia dan tanah. Ketika tanah lombong kurang subur kawasannya,
maka tanah baru di felda lebih signifikan(penting). Tanah di Kampung Tualang lebih
sesuai untuk aktiviti perlombongan berbanding pertanian. Kegiatan ekonomi paling
hangat dibincangkan ialah kegiatan perlombongan bijih timah. Usaha ini telah giat
dilakukan oleh encik Muhammad dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Sementara
itu ada pihak yang menyokong dengan syarat aspek ekonomi perlu diseimbangkan
dengan keperluan akhirat.