16
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah rnab Dengan Buaya . Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini. Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan- haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian. Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu. “Hai Arnab, cantik sungguh gigi  ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu. “Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.” Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah- lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah

Koleksi Cerita BM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita bahasa melayu

Citation preview

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    1/16

    Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

    arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang

    akan saya sampaikan pada hari ini ialah rnab Dengan Buaya.

    Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab

    itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi

    dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu

    memuji kecantikan gigi arnab ini.

    Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong.

    Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka

    berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

    Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya

    sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

    Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pastiaku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh

    gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.

    Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa

    bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak

    makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.

    Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksagigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab

    pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-

    lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    2/16

    riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah

    kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

    Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi

    bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

    sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

    Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang

    kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu

    hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan

    membiarkannya tinggal di situ.

    Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteripenebang kayu.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    3/16

    Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa

    hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa

    percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

    Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul

    yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke

    dalam bakul tersebut.

    Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.

    Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa

    sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijagadengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu

    berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya

    berjalan kearah hutan.

    Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang

    kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!

    Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.

    Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya

    akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.

    Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil

    berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang

    ke rumah.

    Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima

    kasih.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    4/16

    Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

    arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang

    akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.

    Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat

    cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi

    oleh raja.

    Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja

    Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja

    Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan.

    Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana

    baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.

    Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan PuteriSulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah

    melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri

    Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.

    Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri

    Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu

    berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu

    tidak berwarna putih.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    5/16

    Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil

    menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri

    Bongsu,

    Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri

    Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.

    Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri

    Ambun.

    Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima

    kasih.

    Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

    arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang

    akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.

    Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepadarajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga

    puteri baginda yang sangat cantik.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    6/16

    Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa

    orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja

    yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan

    puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang

    gagah perkasa dan kacak itu.

    Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang

    berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke

    kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan

    segera belayar meninggalkan pantai itu.

    Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi

    kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu

    menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

    Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuhAmpai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan

    Ampai-ampai ke tepi laut.

    Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah

    baginda.

    Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga

    sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya,

    dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    7/16

    kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.

    Sekian, terima kasih.

    Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

    arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang

    akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.

    Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah

    menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap,

    baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat

    negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu

    sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak

    angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.

    Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan

    seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan

    jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah

    anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!

    Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang

    pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahutersebut.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    8/16

    Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang

    mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua.

    Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan

    perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang

    begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.

    Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke

    perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah

    berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.

    Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-larimendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-

    apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta

    pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.

    Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

    Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

    arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang

    akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

    Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba

    bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-

    binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa

    permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    9/16

    Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di

    hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku

    tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau

    aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.

    Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

    Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau?

    Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

    Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.

    Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.

    Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.

    Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan

    engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.

    Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan

    tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik

    Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan

    satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.

    Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnyaperut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan

    berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    10/16

    SKRIP CERITA TAHAP 1

    SI T NGG NG N K DERH K

    Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku

    tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

    Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

    Para hadirin sekelian,

    Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si

    Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

    Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah

    keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak

    tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak katapepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

    Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di

    halaman rumah...

    Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi

    merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yangindah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...

    Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    11/16

    Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...

    jangan tinggalkan ibu, Tanggang...

    Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..

    Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung

    sendirian.

    Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang,

    beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya

    dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada

    kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yangtua dan miskin di kampung.

    Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-

    anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah

    berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si

    Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira

    dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpitterus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si

    Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.

    Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa

    hati ibu semenjak kepemergianmu nak...

    Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepadaisterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si

    Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    12/16

    Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku

    tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

    Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

    Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh

    anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai.

    Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada

    Tuhan;

    Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui darisususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke

    atas anak yang durhaka!!!

    Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah

    langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam

    bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

    Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....

    Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....

    Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

    Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin

    hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibatdaripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

    Para hadirin sekelian;

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    13/16

    Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka

    kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil

    hingga ke dewasa.

    Terang bulan di malam sepi,

    Cahaya memancar ke pohon kelapa,

    Hidup di dunia buatlah bakti,

    Kepada kedua ibu dan bapa.

    Sekian, terima kasih.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    14/16

    TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

    Terima kasih Pengerusi Majlis

    Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong.

    Yang terlena, sedar-sedarkan.

    Yang tersedar, dengar-dengarkan

    Yang terdengar fikir-fikirkan.

    Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar

    dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telahmenjadi mangsanya.

    Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka

    berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba

    Sang Kancil bangun dan bersuara.

    Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah

    kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.

    Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.

    Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    15/16

    Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya

    cuba menewaskan singa itu.

    Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

    Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar

    kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

    Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita

    sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut

    dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

    Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikanpertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa

    masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

    Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.

    Kata Tebuan dengan berani.

    Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.

    Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku

    akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat.

    Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.

    Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-

    pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi

    letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubanghidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

    Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya

    mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.

  • 5/23/2018 Koleksi Cerita BM

    16/16

    Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua

    binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

    Ingat kawan-kawan,

    1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.

    2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

    3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

    Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan

    disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatanfizikal..

    Sekian, terima kasih.