Koleksi petua (1)

Embed Size (px)

Citation preview

Koleksi petua ini dipetik daripada pelbagai sumber dan sumbangan orang ramai. Kemujarabannya tidak diketahui.

Menghilangkan Jerawat Membuang Lemak Badan Melangsingkan Tubuh Melicin & Memerahkan Kulit Muka Menegangkan Kulit Muka Mencantikkan Kulit Muka Menghilangkan Cagu Melembutkan Rambut Menghaluskan Kulit Kaki Dan Tangan Melentikkan Bulu Mata Melebatkan Bulu Kening Menghaluskan Kulit Muka Menghilang Bau Badan Menghilangkan Parut Mengatasi Pecah Pada Jari Merawat Kulit Berkedut Menghilangkan Kelemumur Menegangkan Kulit & Hilangkan Jerawat Menghilangkan Ketuat Mengelak Kulit Bersisik Mengatasi Bulu Roma Lebat Menghaluskan Kulit Badan Mencerahkan Ketiak Menghilangkan Bulu Ketiak Menghilangkan Bau Ketiak Menghitamkan Uban Melembutkan Tapak Tangan Mengurangkan Bintik Putih Menghilang Lebam Bawah

Menurunkan Berat Badan Mengempiskan Perut Menghasilkan Kulit Cantik Mengatasi Tumit Pecah Awet Muda Kulit Cerah dan Licin Menghilangkan Bau Mulut Menghilangkan Bekas Jerawat Melembapkan Muka Mengelak Keguguran Rambut Mengilat dan Menghitamkan Rambut Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir Bibir Sentiasa Berseri Menaikkan Seri Muka Menghilangkan Jeragat Merawat Panau Menghilangkan Parut Campak Meluruskan Rambut Melebatkan Rambut Mewangikan Rambut Menguatkan Akar Rambut Memutih dan Mengilatkan Gigi Memerahkan Bibir Menyegarkan Mata Mencantikkan Betis Tangan Gebu Dan Licin Mencantikkan Kuku Tangan Dan Kaki Mengilat Kuku Kaki Mengelak Kuku Panjang Patah

Mata Menanggalkan Daki Pada Badan Menghilangkan Bintik Hitam

Untuk menyumbang petua atau membaca petua-petua yang lain, sila lawati Teratak Petua Dan Tips Menegangkan Kulit Muka Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar. Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya. Menghaluskan Kulit Muka Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit. Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang Melicin dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali. Menghilangkan Bau Mulut Petua 1 : Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan berkumur. Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia mengeluarkan bau yang harum. Petua 2 : Amalkan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak dan minum air suam. Makanlah setiap pagi dan malam selama 3 hari atau 3 hari sekali. Kulit Cerah dan Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. Mengelak Kulit Bersisik Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi jgn sampai mendidih kerana ia akan merosakkan khasiatnya. Minum 2 kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi

telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas. Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Menghaluskan Kulit Badan Petua 1 : Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (skrub) Petua 2 : Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus. Menghilangkan Bau Badan Petua 1 : Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Petua 2 : Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari. Melembutkan Rambut Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air

menggelupas. InsyaAllah akan mendapat kulit yang lebih halus dan licin. Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan . Mencantikkan Kulit Muka Petua 1 : Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Petua 2 : Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur. Petua 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian cucilah dengan air bersih. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada. Rambut Berbuah Dan Bercabang Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan

bersih.Lakukan selama dua minggu. Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur. Merawat Kulit Berkedut Petua 1 : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan. Petua 2 : Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (seelokeloknya air hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa titis jus lemon ke dalam madu sebelum disapukan pada wajah. Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Melembutkan Tapak Tangan Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan anda yang basah. Ratakan sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan merasakan tapak tangan anda menjadi lebih lembut. Mewangikan Rambut Hiris dua biji limau nipis nipis-nipis secara melintang. Kemudian gosokkan

2 minggu sekali. Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas. Menyegarkan Mata Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya :Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Mencantikkan Betis Ambil minyak kelapa dan sapukan pada betis setiap hari. Selang 2-3 hari, urut pula dengan menggunakan hampas kelapa. InsyaAllah betis anda sentiasa cantik. Merawat Panau Petua 1 : Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat

ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Amalkan setiap kali sebelum mandi. Menghilangkan Parut Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut. Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lamakelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah. Petua 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelokeloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut. Petua 4 : Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas. Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari. Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus.

berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya. Petua 2 : Gosoklah panau dengan belerang mancis api terutama pada waktu tengahari. Kemudian ketika mandi, gosok pula dengan air limau nipis. InsyaAllah panau tersebut akan cepat hilang. Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki Letakkan 5-10 asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur. InsyaAllah kuku anda akan kelihatan cantik. Mengatasi Bulu Roma Lebat Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. Insya-Allah bulu roma anda akan gugur Memerahkan Bibir Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan

Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan. Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. Menghilangkan Kelemumur Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan. Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan tuala. InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan. Mengatasi Pecah Pada Jari Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki, bancuhlah sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila sebati, sapukan pada bahagian jari yang pecah-pecah. Amalkan selalu

menjadi merah seperti delima merekah. Memutih dan Mengilatkan Gigi Petua 1 : Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat. Petua 2 : Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosoklah pada gigi. Amalkan selalu. Petua 3 : Tumbuk kayu arang sehingga halus dan gosokkan pada gigi. Petua 4 : Ambil 7 biji pinang yang telah kering kulitnya. Bakar pinang sehingga hangus dan hitam. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gunakan serbuk tersebut untuk mencuci gigi. Amalkan petua ini 3 kali seminggu. InsyaAllah kesan kekuningan pada gigi akan hilang. Menghilangkan Jerawat Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus . Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara .

dan lihat hasilnya. Menanggalkan Daki Pada Badan Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya. Menghilangkan Cagu Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. Awet Muda Petua 1 : Amalan memakan ulam-ulam yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda. Petua 2 : Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda lebih bersih, berseri dan kulit cantik. Mengelak Keguguran Rambut Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga

Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih. Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang. Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat. Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan. Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh

hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi. Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. Menghilangkan Parut Campak ( Chiken Pox ) Petua 1 : Pada tanda yang berlubang, sapukan kulit pisang (bahagian dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut boleh menyembuhkannya. Cuba hari-hari selepas cacar tersebut kering. Manakala pada tanda hitam , kisar kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak. Insyaallah. Petua 2 : Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari. Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu. Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut. Menghilangkan Bekas Jerawat Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan. Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu. Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu. Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap

Meluruskan Rambut Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit. Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih. Bibir Sentiasa Berseri Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya. Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan. Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula. Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg

malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering. Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam. Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam. Mengempiskan Perut Petua 1 : Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya. Petua 2 : Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit. Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. Mencerahkan Ketiak Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba petua ini. Campur sedikit kapur sireh bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi. Menghilangkan Bulu Ketiak Petua 1 : Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. InsyaAllah dgn cara ini, bulu ketiak akan hilang. Petua 2 : Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. Gaul rata dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil. Petua 3 : Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya. Menghilangkan Bau Ketiak

Petua 3 : Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Petua 4 : Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut. Petua 5 : Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut. Menurunkan Berat Badan Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan

Petua 1 : Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali seminggu. Petua 2 : Rebus lima helai daun sireh dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan airnya tinggal separuh gelas. Tapis dan campur gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu. Petua 3 : Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari. Petua 4 : Tumbuk daun sireh dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu. Mengilat Kuku Kaki Petua 1 : Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sekerap yang anda mahu. Petua 2 : Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku kaki supaya kembali bersih dan berkilat. Melembapkan Muka Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi. Menguatkan Akar Rambut Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk

limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu. Membuang Lemak Badan Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. InsyaAllah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba. Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut. Menghilangkan Bintik Hitam Petua 1 : Sapukan ubat gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah anda sebelum masuk tidur. Warna bintikbintik hitam akan beransur pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus. Petua 2 : Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu. Melebatkan Bulu Kening Petua 1: Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk lumat. Sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik. Petua 2 : Ambil batang pucuk paku. Ramas sehingga keluar lendir. Sapukan lendir tersebut pada bulu kening. Amalkan selalu. Mengelak Kuku Panjang Patah Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih, dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. InsyaAllah kuku akan menjadi kuat dan berseri. Mengurangkan Bintik Putih Petua 1 : Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren. Kisar bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan

Melangsingkan Tubuh Petua 1 : Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal. Petua 2 : Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi. Petua 3 : Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari. Petua 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan. Menghilangkan Jeragat Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih saja) dan 1/2 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk lumat kunyit hidup , kemudian campurkan dgn tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pad kulit muka selama 20 minit sebelum mandi. Petua ini bukan saja dapat menghilangkan jeragat malah dapat melicin dan menegangkan kulit muka. Menghilangkan Lebam Mata Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di tempattempat yang ada bintik putih. InsyaAllah jika rajin mengamalkannya, bintik2 putih di muka akan berkurangan. Petua 2 : Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering airnya. Kisar beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras ini utk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit perlahan2 selama 5 minit. Cuci hingga bersih. InsyaAllah wajah akan lebih halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.

Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali. Mengilat Dan Menghitamkan Rambut Petua 1 : Ambil segenggam kelapa yang baru diparut (yang bersih). Ketika mandi, kelapa itu hendaklah digosok rata-rata pada bahagian rambut, dijadikan seperti syampu setiap hari ketika mandi. Nescaya rambut anda menjadi hitam berkilat. Petua 2 : Ambil daun ati-ati dan tumbuk jadikan air. Sapukan pada rambut, kemudian basuh dan bilas supaya hitam berkilat. Menghitamkan Uban Masalah uban turut dialami oleh mereka yang masih muda. Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari. Tangan Gebu dan Licin Ambil sedikit garam dan perahan limau kasturi, gosoklah pada tangan.

KOLEKSI PETUAKoleksi Petua ini adalah rujukan dari pelbagai media cetak dan elektronik. Keberkesanannya belum diketahui secara saintifik. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab jika petua-petua ini memberi kesan sampingan semasa/setelah mengamalkannya. Semoga kita mendapat manafaat bersama dalam mengamalkan petua-petua ini. Menghilangkan pahit peria Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya

Allah, mesti berkesan. Mencuci Sayuran yang kotor Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka. Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi. Mengekalkan warna sayur hijau Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lainlain. Menghilangkan bau di dalam peti sejuk Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba Tangan Pijar kerana cili Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih. Menghilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya Allah. Selamat mencuba.

Mempercepatkan air mendidih Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba. Daging mudah empuk Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda....

Menghilangkan rasa masin dalam gulai Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat. Membersih kerang Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih. Menghilangkan bau hamis di kuali Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi. Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam - 1 pain air). Kulit telur lekang dengan mudah Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk hiasan dalam masakan dimajlis tertentu cubalah amalkan petua dibawah ini. Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan. Cara memasak air dengan cepat Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.

Ikan haruan tak hanyir Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa. Menghapuskan bena pada daun sayuran Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia disiang. Mengurangkan masin ikan kering Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas. Elakkan semut dari gula

Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4 biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan keharuman kepada gula itu. Meratakan garam untuk kerepek Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun kadangkadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin. Membuat roti canai lembut Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa. Menghilangkan hanyir ikan dan makanan laut Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hiriasan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa. Menghilangkan kesan susu dalam botol Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya didalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang . Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. InsyaAllah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati. Merangupkan acar mentimun Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Getah tidak melekat Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam.(air garam). Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda. Elak Jag Kaca Pecah Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba! Supaya buah epal tidak berubah warna Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeninghkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika

sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa. Menghilang bau hangit nasi Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba. Supaya ayam cepat empuk Bagi anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut istilah orangorang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan ayam kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam keras, liat dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun dibawah ini diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda jadikan panduan untuk melembutkan daging ayam kampung tadi. Caranya ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan dibuang serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak mengikut resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena getah betik atau papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak. Selamat mencuba. Peti Sejuk Tidak Berbau 1. Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau. 2. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan. Mengatasi masalah stokin longgar Menghadapi masalah anak-anak yang bersekolah memang merunsingkan terutama tentang pakaian mereka. Kerana kebanyakan anak-anak yang bersekolah khusus yang masih kecik-kecil lagi tidak begitu pandai menguruskan diri sendiri tanpa perhatian dari ibu sendiri. Kerana itu menghadapi masalah stoking longgar memang menjadi masalah utama yang terpaksa anda hadapi. Disini ada satu cara yang dirasakan sesuai untuk anda ikuti iaitu dengan mengikut panduan yang kami berikan. Caranya mudah iaitu terpulang kepada gaya anda memakainya. Semudah cara ialah dengan melipatkan stoking yang longgar tadi hingga ke bahagian atas buku lali. Lipat-kecil-kecil, cara begini bukan sahaja mudah tetapi juga kelihatan cantiknya. Tauge segar Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam. Empokan kacang hijau Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang panjang. Bila saja kacang hijau di jerang, masukkan satu camca kecil minyak masak dan satu camca kecil garam. Elakkan terung menjadi hitam apabila sudah dipotong Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh. Atasi nasi mentah Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan

sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalikbalikkan dan tutup hingga nasi itu berwap. Menghilangkan kotoran pada kulit kerang Untuk menghilangkan kotoran pada kerang ambil beberapa batang serai kemudian ditumbuk jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan lepas itu kulit kerang akan kelihatan cantik dan bersih. Selamat mencuba. Menghilangkan rasa pahit pada sayur peria Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 - 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya. Khasiat asam jawa Adakah anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana kerja-kerja dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga disamping masak-memasak. Jika anda ingin menghilangkan warna kehitam-hitaman itu cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan merasa kecewa. Caranya ialah ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika memasak terutama ketika habis menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau hanyirnya anda ramasramaskanlah hampas asam jawa tadi dengan tangan, terutama pada bahagian yang kotor. Jika anda lakukan begini selalu pasti masalah anda yang kuku hitam dan memalukan itu akan segera hilang. Asam jawa ini juga baik untuk digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki yang sering pecah-pecah dan berwarna kehitam-hitaman. Caranya ialah dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah itu sapukan sedikit dengan asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk beberapa minit dan kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur, pasti masalah kaki hitam dan berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.

Mengurangkan kemasinan ikan masin Jika kita ingin menggoreng ikan masin yang terlebih garam supaya tidak terlalu masin, terlebih dahulu rendam ikan masin tersebut ke dalam bekas yang berisi air garam juga. Garam yang kita rendam itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut. Jikalau tidak percaya cubalah petua ini. Selamat mencuba.

Menghilangkan bau busuk puting Jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan menggunakan botol dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah puting botol yang berbau. Walaupun anda telah cuba menghilangkan baunya yang masam dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi, tetapi anda masih tidak berjaya. Ada satu cara yang ringkas dan mudah dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang anda harus lakukan ialah dengan merendamkan puting botol tadi dalam air panas kemudian bubuhlah garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit hingga kekotorannya hilang, hasilnya pasti puting botol tadi bersih dan berbau harus. Menghilangkan bau hanyir ikan atau daging Ambil sedikit tepung jagung. Sapukan ke serata badan ikan atau daging. Biarkan beberapa minit, basuh dan dimasak. Insya Allah, bau hanyir itu akan hilang. Selamat mencuba.

Menyimpan tauhu supaya tahan lama Tauhu tidak boleh disimpan terlalu lama walaupun disimpan baik-baik dalam peti sejuk, kerana ia boleh bertukar menjadi masam. Tetapi ada satu cara untuk mengatasinya. Mula-mula anda ambillah tauhu tadi dan bersihkan, sudah itu tiriskan biar kering. Masukkan dalam satu bekas dan rendamkan ia dengan air panas, tunggulah sampai air tadi menjadi sejuk kembali. Sesudah itu barulah keluarkan tauhu tadi dan direndam dalam air dan simpanlah. Anda tidak perlu bimbang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk, ianya boleh tahan lama dan tidak akan bertukar menjadi masam Merangupkan timun acar Ambil sedikit kapur sirih, masukkkan ke dalam bekas yang berisi air dan gaulkan. Masukkkan timun yang hendak dibuat acar tadi. Rendam semalaman barulah masak. Anda akan dapat rasa timun yang ranggup dan enak. Salamat mencuba. Melembutkan cucur Jika anda inginkan rasa cucur yang lembut apabila dimasak, bancuhlah adunan tepung cucur dengan air suam. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun telah lama sejuk Elak sayur keladi gatal apabila dimakan Keladi yang telah dipotong dibersihkan terlebih dahulu. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Insya Allah keladi tersebut tidak gatal apabila dimasak nanti. Hilangkan bau dalam peti sejuk Caranya mudah sahaja, ambil 2 hingga 3 potong kulit nanas dan masukkan kedalam peti sejuk. InsyaAllah bau yang kurang menyenangkan dari peti ais akan hilang dengan sendirinya. Selamat mencuba. Melambatkan nasi menjadi basi Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian. Melancarkan laci almari yang tersekat Jika laci almari atau meja anda tersekat dan sukar dibuka dan ditutup, ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi bawah laci anda. Jika laci anda menggunakan rel dibahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian tersebut. Selepas itu pasang kembali laci anda dan lihatlah hasilnya. Laci lebih mudah dibuka dan tidak akan tersekat lagi. Menghilangkan arang di periuk Setengah-setengan suri rumah ingin memasak masakan cara kampung dengan menggunakan dapur arang atau dapur kayu. Namun Masalah yang timbul adalah untuk mencuci kembali periuk yang digunakan agar seperti sediakala sukar diatasi. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum periuk itu digunakan, periuk tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun serbuk dicampur tepung gandum dan sedikit air. Insya Allah masalah kesukaran menanggalkan arang diperiuk tadi akan mudah diatasi. Mencantikkan Telur Rebus Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu. Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang. Ia bukan

sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh. Supaya Telur Tahan Lama Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama. Hilangkan lemak ayam Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya... Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu. Taugeh tahan lama Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam gelugur dan simpan di dalam peti ais. Ayam goreng lebih sedap Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba.... Hilangkan rasa pijar pada tangan Semasa memasak mengunakan cili (cili padi atau cili kering) tangan kita akan terasa pedas/pijar. Untuk menghilangkannya, selepas memegang cili, gosok sekeliling jari jemari dengan garam selama 1-2 minit. Selepas itu basuh dengan air. Mengatasi Nasi Lembik Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Mengelakkan makanan melekat di kuali Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, ianyas selalu melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku, goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning kemudian barulah dimasukkan minyak dalam kuali. Selamat mencuba Untuk merangupkan cucur udang Jika puan ingin merangup dan menambah selera cucur udang, caranya ialah masukkan empat sudu besar minyak masak untuk satu kilo tepung gandum. Ketika masak jangan kuatkan api biar sederhana dan untuk melembutkan rasa di dalamnya masukkan serbuk penaik satu sudu teh kecil dan biarkan lima minit. Selamat memcuba ya. Membuat sambal yang sedap Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan masa untuk

memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi Harumkan Bawang Tumis Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Mengempukkan daging Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat. Merangupkan ayam goreng Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Selamat mencuba Hilangkan Bau Hamis Daging Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging. Mengelak daripada nasi mentah Sekiranya nasi yang anda masak mentah, anda jangan padamkan api. Buka tudung periuk dan tudung dengan plastik, kemudian baru tudung semula dengan tudung periuk. Tunggu selama 5 minit, insya Allah nasi anda akan masak. Mengelakkan nasi yang dimasak cepat basi Untuk mengelakkan nasi yang dimasak dari cepat basi, semasa anda membasuh beras kali pertama hingga ke tiga dengan menggunakan tangan anda. Selepas itu untuk kali ke empat bila anda masukkan air ke dalam beras itu anda tidak perlu lagi menyentuh air tersebut walaupun untuk mengukur. Bagi tujuan mengukur anda perlu mengagak sahaja.

Untuk mempercepatkan kacang hijau yang direbus kembang Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang untuk dijadikan bubur, masukkan satu atau dua sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Tak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang. Nasi Lemak Cepat Masak Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak. Jika nasi hangit Tugas memasak bukan sahaja dikhaskan untuk perempuan malah lelaki pun kadang kala terpaksa memasak terutamanya orang bujang. Tetapi pada masa kini biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Jika kita memasak nasi dan secara tidak sedar nasi yang kita masak itu hangit tentulah menyebabkan selera kita berkurangan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas, Insya Allah nasi tersebut tidak berasa hangit lagi. Merangupkan ayam goreng Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan bau peti sejuk Selepas beberapa lama peti sejuk digunakan, biasanya ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk menghilangkan bau tersebut letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya akan hilang dalam beberapa hari. Cara hilangkan getah di pisau Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih. Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut. Selamat mencuba. Hilangkan Bau Nasi Hangit Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan. Menyedapkan Sambal Sotong Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu. Kekalkan kesegaran tomato tanpa menyimpan dalam peti ais Buah tomato yang baru dibeli, jika tidak digunakan jangan dibasuh tetapi simpankan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut hendaklah tidak ditutup dan pastikan tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari. Ini untuk menjamin supaya tomato tersebut tidak mudah layu ataupun kecut. Menghilangkan kesan hitam pada kulit kerang Cuci kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan bilas dengan air bersih. Kemudian barulah dimasak. Melembutkan donat Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya puan-puan bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk. Bersihkan Siput Sedut Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak. Membuat krim coklat yang berkilat Tentu ramai yang menginginkan kek coklat yang cantikkan? Caranya mudah jer, apabila krim coklat yang dibuat daripada coklat masakan tu dah masak, letakkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat, sebelum disapukan di atas kek kita. Elak ikan goreng melekat pada kuali Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan. Hindari Bau Busuk Kulit Udang Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.

Mengelakkan gula dimasuki semut Masukkan beberapa tangkai bunga cengkih dalam balang gula anda dan tutup rapat. Memekatkan kuah Kadang-kadang masakan kita cair. Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke dalam masakan tersebut. Mengelakkan Lipas Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daundaun baru. Hilangkan rasa hanyir ikan Bagi penggemar ikan patin tentu anda mengalami masalah untuk hilangkan bau hanyir ikan tersebut. Untuk mengatasinya, bersihkan ikan tersebut dengan menggunakan air cucian beras beberapa kali dan selepas itu barulah dibersihkan menggunakan air biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk ikan-ikan yg berbau hanyir. Selamat mencuba. Hilangkan kesan hitam pada periuk Apabila kita telah merebus telur mungkin terdapat kesan hitam selepas siap merebusnya. Ini akan menyebabkan periuk kita tidak cantik. Untuk menghilangkannya, ambil asam keping sebanyak 2 atau 3 keping dan tambah sedikit air, kemudian masak di atas api sehingga mendidih dan kesan hitam itu hilang. Insyaallah periuk anda akan berkilat dan boleh digunakan semula. Memekatkan Sup Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek. Menggoreng ikan Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali ketika menggoreng, sebelum masukkan ikan, panaskan minyak bersama 2 atau 3 keping asam gelugor atau asam keping. Setelah panas barulah dimasukkan ikan. Terpulang pada puan-puan sama ada ingin turut menggoreng ikan bersama asam keping tersebut kerana ianya tidak menjejaskan rasa ikan yang digoreng. Merasa garam dalam masakan Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini bermakna masakan anda itu terlebih garamnya. Selamat mencuba Cili masuk mata Jika kita menumbuk sambal dan termasuk dalam mata kanan, jirus ibu jari kaki kiri. Dan kalau terkena mata kiri, jiruskan ibu jari kaki kanan. Menghilang Tanda Hitam Pada Periuk Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali. Menjernihkan minyak masak Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya, goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah minyak itu akan menjadi jernih semula. Melembutkan daging/ayam kampung Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah daging/ayam tadi akan menjadi lembut.

Ayam Sentiasa Segar Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk Merangupkan ayam goreng Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menghilangkan hanyir ayam ketika mencuci Untuk menghilangkan bau hanyir ayam sekiranya kita mencucinya dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi hendaklah dibasuh dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang. Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilangkan hanyir dan lendir lemaknya yang keluar ketika membasuh

Ayam goreng lebih sedap Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba. Mengenak dan mewangikan ikan kukus Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis selama satu jam. Racikkan halia dan disumbatkan pada penutup insang ikan sebelum di kukus. Hilangkan Lendir Bendi Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta. Nasi tidak berbau hangit Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, cuba anda gunakan petua ini. Basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. InsyaAllah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba. Kuali Melekat Kuali baru selalunya melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng. Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng. Daging kambing tidak berbau Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat Mencuba

Mengelakkan pisang cepat busuk Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba... Merangupkan cucur Tambah majerin dan air kapur bersama tepung beras. Insya Allah cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan Cara Menyimpan Udang Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Sudu Berkarat Ambil sedikit cuka/secubit garam dan air paip. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi berserta sudu dan rendam semalaman. Anda lihatlah hasilnya Menghilangkan bau cili semasa memasak Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. Selamat mencuba. Cara Melembutkan Daging Bagaimanapun daging yang liat masih bolih dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak. Melembutkan daging secara tradisi. Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing. Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing. Melembutkan daging secara moden. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya. Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya. Mencuci seterika kotor Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang. Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi. Ayam Sentiasa Segar Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini boleh

menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah simpan dalam peti sejuk.

Periuk bocor Periuk bocor boleh ditampal dengan menggunakan asam jawa, ambil sedikit asam jawa kemudian tampal dibahagian yang bocor sebelum digunakan untuk memasak. Langkah ini hanya untuk menampak lubang kecil sahaja.

Mencantikkan sayur yang telah di celur Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan. Hilangkan Bau Botol Atau Balang Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih. Memelihara buah daripada lebam Tentu anda semua perasan apabila buah yang sudah dipotong lambat dimakan, buah itu akan menjadi lebam. Cara mengatasinya mudah saja. Sapukan garam halus pada buah yang sudah dipotong ataupun bilas buah yang dipotong dengan air garam. Mudah sajakan. Bahan proses, bagaimana menyimpannya? MAKANAN proses adalah makanan di dalam tin atau makanan yang segera boleh dimakan. Sekiranya perlu dimasak, ia hanya menggunakan masa yang sedikit sahaja. Tentu di dapur anda banyak menyimpan bahan makanan proses ini. Tahukah anda apa cara yang betul untuk menyimpannya? 1. Bahan makanan yang mudah ini sama ada barangan tin atau berbungkus perlu disimpan di tempat sejuk, kering dan gelap. Keadaan basah akan menyebabkan tin berkarat. Suhu yang sesuai untuk menyimpannya ialah antara 9 hingga 10 darjah selsius. 2. Bilik perlu mempunyai tingkap yang ada skrin bagi mengelakkan kemasukan serangga. Udara segar sangat diperlukan. Cermin tingkap yang berwarna gelap juga perlu untuk mengurangkan cahaya matahari menembusi ke bilik itu. 3. Rak makanan sebaiknya diperbuat daripada jenis besi yang tidak boleh berkarat seperti keluli kalis karat atau plastik. 4. Rak tersebut perlu diletakkan 10 sm jauh dari dinding dan di bahagian bawah rak tersebut hendaklah 23 cm tingginya dari lantai supaya senang dibersihkan. 5. Apabila menggunakan tong untuk menyimpan bahan makanan, tong-tong ini perlu yang beroda supaya senang dialihkan semasa berkemas. 6. Makanan di dalam botol seperti jeruk, jem dan kaya perlu disimpan di tempat yang sejuk dan gelap kerana cahaya terang akan merosakkan makanan itu. Makanan ini juga hendaklah disimpan di dalam peti sejuk sekiranya terdapat peraturan yang mengkehendakinya selepas botol itu dibuka. 7. Mentega dan marjerin perlu dibungkus ketat sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

8. Makanan campuran atau makanan siap sedia terutama sekali yang mempunyai campuran sos dan telur mayonis perlu disimpan di dalam peti sejuk dan hendaklah digunakan dengan seberapa cepat. 9. Makanan yang kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang bersih, kering dan kedap udara. 10. Makanan sejukbeku perlu disimpan pada suhu 18 darjah celcius. Elakkan menyimpan balik makanan selepas dinyahbeku. Mungkin tidak merbahaya sekiranya makanan sejukbeku disimpan lama tetapi ini akan mengubah bentuk, warna, tekstur dan juga rasanya. Pengisar Sentiasa Tajam Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam. Melembutkan daging/ayam kampung Caranya ialah dengan masukkan sehelai daun nangka ke dalam rebusan daging atau ayam kampung. Rebus sehingga daging/ayam kampung masak. Insya Allah daging/ayam tadi akan menjadi lembut. Cara Mengawet Telur Mentah Agar telur yang akan disimpan tahan lama, sebelum disimpan terlebih dahulu dicuci dengan air bersih. Selanjutnya, rendamlah telur tersebut ke dalam air kapur dan garam selama dua hari dua malam. Setelah itu angkat, lapkan dan disimpan di tempat dingin. Tips Memilih & Mengolah Kerang 1. Kerang, adalah haiwan laut mempunyai kulit luar, memiliki kandungan protein yang tinggi di samping mineral seperti zat besi, seng, kalsium, yodium dan selenium. 2. Kerang boleh dimasak dengan atau tanpa kulit. Jenisnya bervariasi, di antaranya kerang bulu, kerang darah, kerang hijau, kerang kepah yang disebut juga kerang tahu atau kerang putih, kerang kampak (scallop) dan tiram. 3. Pilih kerang yang hidup dan segar. Tandanya, kulitnya tertutup atau menutup sendiri jika diketuk. 4. Kerang dijual segar atau ketika dibuka isinya nampak segar. 5. Rendam kerang dengan kulitnya dalam air bergaram dan simpan dalam bekas tertutup di tempat gelap agar kotoran luruh. Berus kulit kerang di bawah air mengalir hingga kotoran terbuang. Pegang kerang dengan tangan lalu keluarkan daging dengan menyelipkan pisau kecil di antara kulitnya. 6. Kerang lazat dikukus atau direbus. Untuk mendapatkan rasa kerang rebus yang benar-benar sedap,rebus kerang dalam air mendidih yang sudah dibubuh garam, serai, daun salam dan lengkuas di atas api sedang hingga masak. 7. Untuk mendapatkan rasa kerang kukus yang lazat, rendam kerang segar dalam air yang sudah dibubuh garam, bawang putih selama 15 minit dan kukus selama 20 minit hingga masak. 8. Sambal untuk dimakan bersama kerang rebus atau kerang kukus ialah sambal botol yang khusus untuk makanan seafood (laut). Tapi untuk rasa yang lebih istimewa, cuba adunkan 2 sudu makan nenas parut, 2 sudu makan sambal botol perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega kacang botol dan 2 sudu teh air jeruk limau. Panduan memilih daging Belilah daging di kedai-kedai rasmi yang telah memiliki surat tanda niaga. Sebelum diolah, daging direbus terlebih dahulu dalam air mendidih dengan suhu 100 darjah selsius, minimum 1 jam. Daging harus dipotong kecil-kecil supaya tingka kematangannya merata, dan panas dapat sampai ke bahagian dalam. Semakin besar potongannya, semakin lama waktu yang diperlukan untuk merebus. Lebih baik daging digoreng dalam hirisan nipis, dimasak menjadi gulai atau rendang kerana waktu pemanasannya lama dan suhu didih minyak dapat mencapai sekitar 160 darjah selsius. Hindari pengolahan dengan menggunakan pemanasan dalam waktu singkat (misalnya dibuat sate), apalagi pengolahan daging setengah masak seperti steak ala barat (untuk pengolahan seperti ini kita harus yakin bahawa daging benar-benar bebas penyakit).

Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air. Tip Memilih & Memelihara Oven JIKA ingin membeli oven, pilih yang sesuai dengan keperluan anda sehari-hari. Berikut, tip memilih dan menjaga oven yang baik. Tentukan kapasiti oven yang sesuai dengan keperluan. Apakah keluarga anda sering kali harus memanggang masakan dalam jumlah besar atau sebaliknya? Pilih oven yang mudah dibersihkan dan mempunyai jendela pada bahagian depan oven sehingga anda dapat melihat makanan yang sedang dipanggang. Auto-timer penting bagi anda yang jarang berada di dapur sehingga anda dapat memanggang tanpa khuatir panggangan anda akan hangus. Selain itu, lebih baik menggunakan pengatur waktu saat memanggang daripada membuka dan menutup pintu oven sehingga suhu dalam oven tidak turun. Sebelum digunakan, panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit hingga mencapai suhu yang sesuai. Usahakan selalu memeriksa suhu oven, caranya letakkan pengukur suhu pada bahagian tengah oven dan panaskan oven hingga suhu 180 darjah selsius. Jika tidak sama bererti oven anda 'bocor' dan perlu diservis. Pekatkan Kuah KADANG kala makanan berkuah yang kita masak agak cair dan tidak pekat seperti yang kita inginkan. Jadi, untuk memastikan makanan berkenaan menjadi likat tambahkan sama ada gula, keledek yang telah dilenyek atau sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah bancuh dua sudu besar tepung jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh mengurangkan rasa masin masakan. Elakkan tauhu daripada melekat Tahukah anda cara mengatasi masalah tauhu yang melekat pada kuali ketika menggoreng? Caranya ialah taburkan sedikit garam halus di permukaan atas dan bawah tauhu sebelum menggoreng. Hasilnya tauhu itu tidak akan melekat dan hancur ketika digoreng. Menyegarkan Kembali Sayur Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya. Pelbagai Cara Simpan Daun Herba Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba seperti daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun ketumbar). Selain mungkin gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang diet atau mahu mengurangkan garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam masakan. Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohonpohon herba. Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara:Petua Mengupas Telur Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas. Cara Memilih Sayuran Pilih sayur-sayuran hijau yang segar dan cerah warnanya. Sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras. Bentuk sayur-sayuran jenis buah-buahan perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut pada kulitnya. Pastikan yang ia tidak lembik. Sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup apabila dipatahkan.

Sayur-sayuran jenis akar dan bebawang perlu keras apabila dirasa dan kelihatan banyak mengandungi air. Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah mempunyai warna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.

Cara Menyimpan Sayuran Sekiranya anda mempunyai peti sejuk, semua jenis sayuran perlu disimpan di bahagian bawah atau bahagian khas untuk sayuran. Sayuran hijau perlu dibasuh terlebih dahulu dan disimpan di dalam kotak plastik peti sejuk atau dibalut dengan kertas agar sentiasa segar. Sekiranya tidak mempunyai peti sejuk, sayuran boleh juga diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur. Elakkan menggunakan beg plastik untuk mengelakkan sayuran itu menjadi layu dan vitaminnya hilang. Sayuran di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik sahaja tin tersebut dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk. Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk. Jika perlu hendaklah disimpan di dalam bakul rotan untuk mendapatkan udara. Cara Memilih Daging Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara islam) Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli. Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara. Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat "ketakutan" ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat. Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak. Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar. Simpankan dalam peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.

Memilih Udang Segar Udang tentu enak jika dimasak pedas atau digoreng begitu sahaja. Untuk memilih udang yang segar atau tidak, pastikan ketika membeli kulit udang melekat dengan isinya sekali. Jika untuk menyimpan udang yang selebihnya, bersihkan terlebih dahulu dan susun ia di dalam bekas plastik selapis demi selapis dengan setiap lapisan dibubuh plastik. Pastikan juga selepas itu masukkan air kira-kira paras udang dan tutup bekas plastik sebelum disimpan di bahagian dingin beku. Melembutkan Daging Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.

Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersamasama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya. Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut. Elak kek Jadi Kecut dan Mendap Hati pasti hampa apabila melihat kek yang kita masak menjadi kecut dan mendap setelah diangkat. Malah lebih menyakitkan bila ianya susah untuk dihias dengan aising untuk menjadikannya lebih menarik. Petua agar ia nampak menarik ialah, apabila kek sudah masak jangan biarkan ia terus di dalam bekas. Sebaliknya terus diangkat dan letakkan ia di dalam redai untuk menyejukkan ia. Nescaya kek yang dimasak akan nampak cantik dan tidak melengkung di dalam. Wajik Cantik dan Berkilat Kuih wajik menjadi salah satu menu istimewa ketika musim perayaan atau majlis kenduri. Untuk menghidangkan wajik menjadi cantik dan nampak berkilat ada caranya yang tersendiri. Ketika mula memasaknya, masukkan agar-agar dan gula dan kemudian biarkan ia beku. Tetapi ketika mengacau wajik, campurkan agar-agar tadi ke dalamnya. Setelah ia sejuk, wajik anda akan kelihatan cantik dan lebih berkilat. Sudah pasti setiap tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan tertarik untuk menjamahnya. Susu Ganti Santan Dalam Masakan Kari Lain orang lain caranya dalam menghidangkan makanan berkari. Untuk menyedapkan masakan kari yang dimasak, bancuh kari terlebih dahulu dan biarkan ia semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimasak keesokan harinya. Kalau orang di bahagian utara cara memasak kari agak berlainan sedikit. Kebanyakannya tidak meletakkan santan untuk melemakkan ia sebaliknya menggantikan dengan santan rendah lemak, sedikit gula dan air asam. Masakan kari anda akan lebih lazat dan berkhasiat sesuai dihidangkan seisi keluarga. Memasak Menggunakan Putih Telur Beberapa jenis kuih kadang-kadang hanya memerlukan putih telur sebagai sebahagian daripada bahannya. Gunakan telur yang telah disimpan beberapa hari. Telur yang segar boleh menyebabkan putih telur 'tidak naik' sewaktu anda memukulnya. Pastikan pemukul telur dan mangkuk benar-benar bersih. Jangan ada kesan-kesan seperti pepasir kerana ia boleh memberikan hasil kurang memuaskan. Bagi mengambil bahagian putih telur, pecahkan setiap biji telur di dalam bekas berasingan. Kemudian asingkan putih telur berhati-hati. Ingat, bahagian kuning telur biarkan pun sedikit boleh memberi kesan sewaktu anda memukul putih telur nanti. Selepas memukul bahagian putih telur dan mencampurkannya dengan gula, jangan biarkannya lama. Sebaiknya, putih telur tersebut dicampurkan terus dengan bahan lain untuk membuat kuih.

Memilih ikan yang baik Terdapat beberapa petua bagaimana mahu memilih ikan yang baik dan segar: Pastikan mata ikan terang dan warna hitam pada bola matanya tidak bercampur sisik ikan tidak banyak gugur. Tidak terdapat luka pada ikan berkenaan Warna insangnya masih dilapisi lendir asli Badannya tidak berbau

Karipap lebih rangup Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak. Melembutkan daging Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda. Memudahkan mengopek kerang Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya. Mempercepatkan pembekuan agar-agar Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan. Mengelak kain batik daripada luntur Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi. Menghilangkan bau nasi hangit Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Petua Kekalkan Kelangsingan Badan Petua ini buat mereka yang ingin mengekalkan kelangsingan badan. Selain daripada memakan makanan yang seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan, anda boleh amalkan petua berikut: Makanlah dengan teratur mengikut masanya, jangan makan makanan lain di antara senggang antara waktu-waktu makan berkenaan, makanlah hanya apabila anda berasa lapar dan berhenti sebelum anda berasa kenyang. Dengarnya mudah tapi sukar untuk diamalkan. Petua 'Menghalau' Asap Rokok Terdapat beberapa cara 'menghalau' asap-asap tersebut. Antaranya Nyalakan beberapa batang lilin. Letakkan mangkuk berisi cuka di empat penjuru sudut ruang berkenaan. Kipaskan dengan tuala basah pada asap berkumpul sehingga asap-asap itu hilang. Petua naikkan seri wajah Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahanlahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda. Petua Hindarkan Kulit Berkedut Untuk mengelakkan kulit bahagian perut berkedut, terutamanya selepas bersalin, ikuti cara di bawah: Ambil satu sudu kecil air limau nipis Ambil 20 titik minyak kayu putih Ambil satu sudu kecil air kapur sirih Gaulkan kesemuanya dan sapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.Lakukan selama dua minggu berturut-turut. Insya Allah berhasil. Pening Kepala Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air.Sapu tempat yg sakit dgn minyak bawang putih. Lemah Otot Ambil 3 ulas bawang putih dan hancurkan.Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yg lemah. Demam Selsema Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sekali.Dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

Susah Hadam Rebus bawang merah bersama kulitnya.Kemudian kupas bawang itu.Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dlm madu asli dan dijadikan krim sapuan roti.Amalkan selalu. Serangan Angin Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan.Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dlm bancuhan itu.Kacau dan minum campuran itu setiap hari. Menghilangkan karat di pakaian Perahkan air limau nipis ke dlm bekas berisi 1 sudu kecil garam halus.Kacau hingga sebati dan sapukan kat pakaian yg terkena karat tu.Biarkan beberapa minit sebelum dibubuh sabun dan diberus seperti biasa. Hampas Teh Suburkan Tanaman Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dlm pasu dan siramkan tanaman itu seperti biasa.Dlm beberapa hari,tanaman anda akan menjadi subur dan hijau. Mengatasi Sengal Tulang Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya.Sapukan getah itu kat sendi2 tulang,di bahagian tubuh anda yg mengalami sengal.Terutama pada sebelah pagi. Daun Puding Atasi Gatal Bersihkan segenggam daun puding lalu dikisar lumat.Lumurkan ke seluruh kulit kepala.Bungkus kepala dgn tuala bersih selama 1 jam.Akhir sekali bilas rambut dgn air bersih.Lakukan 2 kali seminggu. Legakan Sakit Gigi Celupkan seputik kapas ke dlm esen pisang tekankan atau sapukan kat gigi yg sakit. Segarkan Mata Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur. Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yg bersih,dan sapukan airnya secra nipis di sekeliling hidung bayi.Awas!!!Jangan biarkan air itu meleleh ke dlm hidung. Kulit Limau Hilangkan