75
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A' 1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua- dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan

Koleksi Simpulan Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Koleksi Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'

1. Abang AngkatMaksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang IparMaksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang KandungMaksud: Abang yang seibu sebapa.Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu AnginMaksud: Telah musnah sama sekali.ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu JahalMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu LahabMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu NawasMaksud: Orang yang suka berhelah.Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada AkalMaksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada AnginMaksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada BakatMaksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

Page 2: Koleksi Simpulan Bahasa

11. Ada CanMaksud: Ada peluang.Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada GayaMaksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada HatiMaksud: Keinginan.Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada JalanMaksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-AdaMaksud: Ada sesuatu.Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat BalaiMaksud: Adat dalam istana raja.Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik AngkatMaksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik IparMaksud: Adik kepada isteri atau suami.Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik KandungMaksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu BukuMaksud: Bertinju.Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

Page 3: Koleksi Simpulan Bahasa

21. Adu Domba = Mengadu DombaMaksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu KeningMaksud: Berhadap-hadapan muka.Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu LenganMaksud: Beradu kekuatan.Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu NasibMaksud: Mencari rezeki.Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu UntungMaksud: Mencari rezeki.

26. Air MandiMaksud: Sudah menjadi kebiasaan.Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air MukaMaksud: a) Wajah b) MaruahContoh Ayat:a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air PasangMaksud: Paras air laut yang meningkat.Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air SembilanMaksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air SetamanMaksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.

Page 4: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air SurutMaksud: Paras air laut yang turun.Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayamMaksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal BelutMaksud: Orang yang pandai tipu muslihat.Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal KancilMaksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal SejengkalMaksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas CakapMaksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas KataMaksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas PerutMaksud: Makan sedikit.Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih AkalMaksud: Berubah pendapat atau fikiran.Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih AnginMaksud: Berpindah tempat tinggal.Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih MukaMaksud: Menyamar.Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

Page 5: Koleksi Simpulan Bahasa

42. Alim KucingMaksud: Pura-pura baik.Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran MasaMaksud: Perubahan masa.Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran MasyarakatMaksud: Kehendak masyarakat.Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil AbuMaksud: Maksud yang tidak kesampaian.Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil AdaMaksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil AnginMaksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil BahagianMaksud: Menyertai.Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil BeratMaksud: Beri perhatian.Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil HaluanMaksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil HatiMaksud: Berasa tersinggung.Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat

Page 6: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil IngatanMaksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil MukaMaksud: Membuat sesuatu supaya disukai.Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil SumpahMaksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil TahuMaksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak AdamMaksud: Umat manusia.Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak AirMaksud: Sungai kecil.Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak AngkatMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak BajuMaksud: Baju dalam.Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak BuahMaksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit

Page 7: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Bukit kecil.Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak DidikMaksud: Orang di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak EmasMaksud: Orang yang sangat disayangi.Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak GaharaMaksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak HaramMaksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak JantanMaksud: Lelaki yang berani.Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak KandungMaksud: Anak sendiri.Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak KapalMaksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak NegeriMaksud: Penduduk di sesebuah negeri.Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak PerahuMaksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak PiatuMaksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak PungutMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

Page 8: Koleksi Simpulan Bahasa

74. Anak TunggalMaksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak TutMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat AlisMaksud: Kehairanan.Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat BahuMaksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat DiriMaksud: Sombong.Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat KakiMaksud: Pergi meninggalkan.Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat KeningMaksud: Kehairanan.

81. Angkat MataMaksud: Menentang sesuatu tindakan.Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat MukaMaksud: Dimanja-manjakan.Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat NamaMaksud: Terkenal.Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat SenjataMaksud: Berperang.Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.

85. Angkat SuaraMaksud: Meninggikan suara.

Page 9: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat SumpahMaksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing HitamMaksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing KurapMaksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api PeperanganMaksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api PercintaanMaksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di DahiMaksud: Mendapat malu.Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di KeningMaksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di mukaMendapat malu.

94. Asam GaramMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas AnginMaksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas NamaMaksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

Page 10: Koleksi Simpulan Bahasa

97. Atas Pagar:Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:Maksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

 

Page 2 of 12

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'

1. Babi Buta = Membabi Buta Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir. Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan. Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya. Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Page 11: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh. Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian. Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa Maksud: Orang yang tidak berguna. Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin. Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian. Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

15. Banyak Akal Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak Cakap Maksud: Orang yang suka berleter. Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak Mulut

Page 12: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan. Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut.Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang Maksud: Persaudaraan yang jauh. Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda. Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati Maksud: Merajuk. Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.

27. Bawa Hidup Maksud: Merantau mencari penghidupan. Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

28. Bawa Mati Maksud: Menyebabkan mati.

Page 13: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain. Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa Nasib Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa Maksud: Menyelamatkan diri. Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang. Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

33. Bawa Tempurung Maksud: Minta sedekah. Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah Maksud: Mendatangkan keuntungan. Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.

35. Bawah Angin Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur. Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap. Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias. Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa

Page 14: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Mengorbankan diri. Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan. Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat. Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.

43. Belahan Hati Maksud: Orang yang sangat dikasihi. Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari Maksud: Kemudian hari. Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang.

47. Bendera Putih Maksud: Mengaku kalah. Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu. Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah.

49. Berat Lalat Maksud: Pura-pura berani. Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam.

Page 15: Koleksi Simpulan Bahasa

50. Berani Mati Maksud: Tidak takut mati. Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir Maksud: Orang yang pendiam. Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati Maksud: Kurang senang. Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.

53. Berat Kaki Maksud: Malas. Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.

54. Berat Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata. Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

55. Berat Mata Maksud: Mengantuk. Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

56. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam.

57. Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

58. Berat Tangan Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang.

61. Beri Muka Maksud: Memanjakan.

Page 16: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

62. Berita Hangat Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan. Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap Maksud: Orang yang suka bercakap sombong. Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

65. Besar Kepala Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil. Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

66. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar. Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut Maksud: Hamil. Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.

68. Betul Bendul Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh. Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya.

69. Biang Keladi Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.

70. Bidan Tarik Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir.

71. Bidan Terjun Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.

72. Bintang Gelap

Page 17: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Bernasib malang. Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.

74. Bintang Terang Maksud: Nasib baik. Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik.

75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit. Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang Maksud: Terlalu bongkok kerana tua. Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya.

78. Buah Bibir Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia.

79. Buah Cakap Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

80. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

81. Buah Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam Maksud: Hasil tulisan atau karya. Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.

84. Buah Mulut Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

Page 18: Koleksi Simpulan Bahasa

85. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.

87. Bual Kosong Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting. Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.

88. Buang Adat Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi. Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.

89. Buang Air Besar Maksud: Berak. Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil Maksud: Kencing. Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak. Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka Maksud: Menghilangkan malu. Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau. Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang.

94. Buang Lelah Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan. Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.

95. Buang Malu Maksud: Menghilangkan malu.

Page 19: Koleksi Simpulan Bahasa

96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka. Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri. Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh. Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.

99. Buang Sial Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang. Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.

101. Buang ubat Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya. Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.

102. Buat Akal Maksud: Mencari helah. Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.

103. Buat Bodoh Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu. Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

105. Buat Perkara Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik. Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.

106. Buaya Darat Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan. Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya.

Page 20: Koleksi Simpulan Bahasa

107. Bujur Sirih Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih. Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu. Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.

109. Buka Mata Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain. Contoh Ayat: a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya. b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.

110. Buka Mulut Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan. Contoh Ayat: a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu Maksud: Memberi peluang. Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar. Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.

113. Buka Telinga Maksud: Mendengar baik-baik. Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang Maksud: Membocorkan rahsia. Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima Maksud: Penumbuk. Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.

Page 21: Koleksi Simpulan Bahasa

116. Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat. Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.

118. Bulan penuh Maksud: Cantik. Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

119. Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap. Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.

120. Bulat Kata Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa Maksud: Orang yang berjasa kepada negara. Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.

122. Bunga Bibir Maksud: Kata-kata yang manis. Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.

123. Bunga Dedap Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang. Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru. Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat Maksud: Berusaha mencari pangkat. Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang

Page 22: Koleksi Simpulan Bahasa

menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan. Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan.

128. Buruk Hati Maksud: Orang yang jahat. Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku Maksud: Kelakuan tidak senonoh. Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat.

130. Buruk Makan Maksud: Pelahap. Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut Maksud: Percakapan yang kasar. Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan. Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.

133. Buruk sSngka Maksud: Menaruh curiga. Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.

134. Buruk Selera Maksud: Makan apa sahaja. Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang.

135. Buruk Siku Maksud: Meminta barang yang telah diberikan. Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi Maksud: Perangai yang jahat. Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya.

Page 23: Koleksi Simpulan Bahasa

137. Busuk Hati Maksud: Orang yang berhati jahat. Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.

140. Buta Hati Maksud: Bersikap kejam. Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.

141. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam Maksud: Rabun pada waktu malam. Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.

144. Buta Perut Maksud: Tidak bertimbang rasa. Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.

145. Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna. Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.

Page 24: Koleksi Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'

1. Cabut Nyawa Maksud: Membunuh. Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing Gila Maksud: Meronta-ronta. Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

3. Cacing Kepanasan Maksud: Gelisah. Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

4. Cacing Naik Ke Mata Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau. Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata Maksud: Anak. Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

6. Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah. Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap Besar Maksud: Meninggi diri. Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian. Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap Tinggi Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

Page 25: Koleksi Simpulan Bahasa

11. Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk. Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur Mulut Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur Tangan Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul Angin Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia. Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

19. Cari Fasal Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari Fikiran Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

21. Cari Ikhtiar Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari Makan

Page 26: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai. Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

26. Cari Rezeki Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang. Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

28. Cari Seteru Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari Susah Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi Maksud: Jejak ke bumi. Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

32. Cepat Lidah Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

33. Cepat Mulut Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya. Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat Tangan Maksud: Orang yang suka mencuri. Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

Page 27: Koleksi Simpulan Bahasa

35. Cerai Hidup Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup. Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih Maksud: Putus percintaan. Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.

37. Cerai Mata = Bercerai Mata Maksud: Berpisah. Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.

38. Cerai Mati = Bercerai Mati Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia. Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

39. Cerai Susu = Bercerai Susu Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu. Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.

40. Cerita Burung Maksud: Berita yang tidak berasas. Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka.

41. Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian. Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai.

42. Cuci Mata Maksud: a) Melihat pemandangan yang cantik. b) Melihat perempuan yang cantik-cantik. Contoh Ayat: a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya. b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.

43. Cuci Perut Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain. Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.

44. Cuci Tangan

Page 28: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan. Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.

45. Cucur Keringat Maksud: Bekerja keras. Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu.

46. Cucur Peluh Maksud: Bekerja keras.

47. Cupak Hanyut Maksud: Lenggang yang lembut. Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut.

48. Curi Hati = Mencuri Hati Maksud: Memikat hati. Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim.

49. Curi Tulang Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'D'

1. Dabik Dada = Mendabik DadaMaksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

2. Dagang PiatuMaksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

3. Daki DuniaMaksud: Harta dunia.Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

4. Dakwat TumpahMaksud: Rambut yang hitam lebat.Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

5. Dalam KekeringanMaksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.

Page 29: Koleksi Simpulan Bahasa

6. Dalam TanganMaksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat HatiMaksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

8. Dapat Khabar = Mendapat KhabarMaksud: Menerima berita.Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

9. Dapat Malu = Mendapat MaluMaksud: Menanggung malu.Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

10. Dapat Nama = Mendapat NamaMaksud: Menjadi terkenal.Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.

11. Dapat TerpijakMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.

12. Darah Daru Setampuk PinangMaksud: Masih muda.Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

13. Darah DagingMaksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

14. Darah GemuruhMaksud: Mudah gugup.Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

15. Darah ManisMaksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

16. Darah Panas

Page 30: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Cepat marah.Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

17. Darah PutihMaksud: Keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

18. Datuk NenekMaksud: Leluhur.Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

19. Delima MerekahMaksud: Warna bibir yang cantik.Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

20. Depan Hidung = Di Depan HidungMaksud: Terlalu dekat.Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.

21. Detak HatiMaksud: Perasaan, kata hati.Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.

22. Detik JantungMaksud: Bunyi degup jantung.Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.

23. Diam Diri = Berdiam DiriMaksud: Tidak berkata-kata.Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.

24. Diam PenggaliMaksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.

25. Diam-Diam LepuMaksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.

26. Diam-Diam UbiMaksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

Page 31: Koleksi Simpulan Bahasa

27. Dingin HatiMaksud: Tidak riang.Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.

28. Dingin KepalaMaksud: Berfikiran tenang dan waras.Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.

29. Dingin TanganMaksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.

30. Duduk PerutMaksud: Hamil.

31. Duit KopiMaksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

32. Durian RuntuhMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'E'

1. Ekor BelangkasMaksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

2. Ekor LipasMaksud: Rambut pada lubang tengkuk.Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

3. Ekor MataMaksud: Sudut mata.Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

4. Ekor PulauMaksud: Hujung pulau.Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

5. Elok BudiMaksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

Page 32: Koleksi Simpulan Bahasa

6. Emas PutihMaksud: Campuran emas berwarna putih.Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

7. Emas TempawanMaksud: Orang yang dikasihi.Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

8. Embun BetinaMaksud: Titis embun yang kecil-kecil.Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.

9. Embun JantanMaksud: Titis embun yang besar-besar.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'F'

1. Faham Kiri = Berfahaman KiriMaksud: Berfikiran politik yang radikal.Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

2. Fajar MenyingsingMaksud: Awal pagi.Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'G'

1.Gadai Bergolok = Bergadai BergolokMaksud: Berbelanja sehingga berhabis.Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

2. Gadai Nyawa = Bergadai NyawaMaksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

3. Gadis SuntiMaksud: Anak perempuan yang belum baligh.Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

4. Gaji ButaMaksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

Page 33: Koleksi Simpulan Bahasa

5. Gaji PokokMaksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

6. Gambaran HidupMaksud: Teladan.Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

7. Ganti TikarMaksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.

8. Garam HidupMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

9. Gatal MulutMaksud: Suka bercerita keburukan orang.Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

10. Gatal TanganMaksud: Suka membuat yang bukan-bukan.Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.

11. Gelap ButaMaksud: Sangat gelap.Contoh Ayat: "Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya.

12. Gelap FikiranMaksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

13. Gelap HatiMaksud: Sukar memahami pelajaran.Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.

14. Gelap MataMaksud:A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.B) Pitam.

Page 34: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.

15. Gelap PemandanganMaksud: Pitam.

16. Gelap Wang = Menggelapkan WangMaksud: Menggunakan wang yang bukan hak.Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.

17. Gelegar BuluhMaksud: Bercakap besar tetapi kosong.Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.

18. Geli HatiMaksud: Rasa lucu hendak tertawa.Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

19. Gelora HatiMaksud: Perasaan yang tidak tenang.Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.

20. Gelora SemangatMaksud: Perasaan berkobar-kobar.Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.

21. Gencatan SenjataMaksud: Memberhentikan peperangan.Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

22. Gendang Paha = Bergendang PahaMaksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.

23. Gerak BadanMaksud: Bersenam.Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.

24. Gerak Hati

Page 35: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Perasaan.Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

25. Gerak JalanMaksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan.Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.

26. Gerakan GelapMaksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan.

27. Gigi AirMaksud: Tepi air laut.Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.

28. Gigi HutanMaksud: Tepi hutan.Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.

29. Gila AngauMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.

30. Gila BabiMaksud: Penyakit sawan babi.Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.

31. Gila BayangMaksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.Contoh Ayat: "Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang," nasihat Zakir kepada Daud.

32. Gila Bayang-BayangMaksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil.Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.

33. Gila HartaMaksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan.Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.

34. Gila IsimMaksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.

35. Gila Judi

Page 36: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.

36. Gila KuasaMaksud: Sangat ingin mendapat kuasa.Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.

37. Gila PangkatMaksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya.

38. Gila PerempuanMaksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.

39.Gila TalakMaksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.

40. Gila UratMaksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.

41. Gila-Gila AirMaksud: Kurang sihat ingatan (fikiran).Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.

42. Gila-Gila BahasaMaksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.

43. Golok KayuMaksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.

44. Gulung TikarMaksud: Muflis.Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting HatiMaksud: Melukai perasaan.Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

Page 37: Koleksi Simpulan Bahasa

46. Gunung Hati = Menggunung HatiMaksud: Tersangat ingin.Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung PayungMaksud: Orang kesayangan.Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung RuntuhMaksud: Bunyi bergemuruh.Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'

1. Habis AkalMaksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis BulanMaksud: Hujung bulan.Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi AbuMaksud: Musnah.Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis JodohMaksud: Bercerai.Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis ModalMaksud:A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.Contoh Ayat:A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan NyawaMaksud:A) Mati.

Page 38: Koleksi Simpulan Bahasa

B) Menebus dengan nyawa.Contoh Ayat:A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis PerkaraMaksud: Selesai.Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis TahunMaksud: Penghujung tahun.Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa MataMaksud: Persembahan yang mengasyikkan.Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa TelingaMaksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa TanganMaksud: Tidak mendapat apa-apa.Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur HatiMaksud: Sangat sedih.Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat HatiMaksud: Sangat marah.Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat KukuMaksud: Suam-suam.Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi AyamMaksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.

Page 39: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus HatiContoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga DiriMaksud: Maruah.Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga MatiMaksud: Harga tetap.Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga PokokMaksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati BerlianMaksud: Sangat baik hati.Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

22. Hati KecilMaksud: Perasaan dalam batin.Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati MudaMaksud: Rasa muda dalam hati.Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati NuraniMaksud:A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.B) Perasaan hati yang murni.Contoh Ayat:A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

Page 40: Koleksi Simpulan Bahasa

25. Hati TawajuhMaksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati TerbukaMaksud: Ikhlas.Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati TungauMaksud: Penakut.Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

28. Hati WajaMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam KromoMaksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung BelangMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung TinggiMaksud: Orang yang sombong.Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup TerbuangMaksud: Tersia-sia diri.Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

33. Hilang AkalMaksud: Gila.Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di HatiMaksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang HarapanMaksud: Tiada mempunyai harapan lagi.

Page 41: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang IngatanMaksud: Gila.

37. Hilang LenyapMaksud: Hilang tanpa berita.Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang NyawaMaksud: Mati.Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang SemangatMaksud: Terkejut.Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang TimbulMaksud: Sekejap ada sekejap tiada.Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir MudikMaksud: Berjalan ke sana ke mari.Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

42. Hina BudiMaksud: Berkelakuan buruk.Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap DarahMaksud: Memeras atau menindas orang.Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

44. Hisap JariMaksud: Kecewa.Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung PangkalMaksud: Asal mula.Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

Page 42: Koleksi Simpulan Bahasa

46. Hukum AlamMaksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum AllahMaksud: Takdir Tuhan.Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang DarahMaksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang LapukMaksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang NyawaMaksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'

1. Ibu AngkatMaksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu AyamMaksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu KandungMaksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu KeladiMaksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu PertiwiMaksud: Tanah tempat kelahiran.Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri

Page 43: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Terlalu berat.Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat HatiMaksud: Menawan.Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat JanjiMaksud: Membuat perjanjian.Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat KataMaksud: Menggubah kata.Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat PerutMaksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan BaiduriMaksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri HatiMaksud: Dengki.Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi DadaMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi HatiMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi PerutMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi RumahMaksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'

Page 44: Koleksi Simpulan Bahasa

1. Jadi Abu ArangMaksud: Barang yang telah rosak. Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa KudaMaksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi LangitMaksud: Orang yang sangat diharapkan. Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi FikiranMaksud: Masalah yang harus difikirkan. Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-UmangMaksud: Suka menggunakan hak orang lain. Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga HatiMaksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga MulutMaksud: Berhati-hati bila bercakap. Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan BelakangMaksud: Menggunakan cara yang tidak sah. Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan BuntuMaksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian. Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan DamaiMaksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan. Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan FikiranMaksud: Cara berfikir. Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

Page 45: Koleksi Simpulan Bahasa

12. Jalan KakiMaksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan TengahMaksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah. Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum HalusMaksud: Tipu muslihat. Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air MukaMaksud: Menjadi malu. Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh BangunMaksud: Maju mundur. Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh CintaMaksud: Menaruh cinta (kasih). Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari LangitMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh Harga DiriMaksud: Jatuh maruah. Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh HatiMaksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh MelaratMaksud: Menjadi miskin. Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh NamaMaksud: Menanggung malu.

Page 46: Koleksi Simpulan Bahasa

23. Jatuh SakitMaksud: Mendapat sakit. Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh SemangatMaksud: Hilang keberanian. Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak BahuMaksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak BaraMaksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah. Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak KeruhMaksud: Perbuatan yang kurang baik. Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.

28. Jejak LangkahMaksud: Mencontohi. Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.

29. Jejak Orang TuaMaksud: Mengikut kelakuan orang tuanya. Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.

30. Jinak-Jinak LalatMaksud: Persahabatan yang tidak mesra. Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.

31. Jinak-Jinak MerpatiMaksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak. Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling AirMaksud: Juling sedikit. Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

33. Juling ItikMaksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.

Page 47: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'

1. Kacang HantuMaksud: Orang jahat.Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki ArakMaksud: Orang yang suka minum arak.Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki AyamMaksud: Tidak memakai kasut.Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki BangkuMaksud: Tidak pandai bermain bola.Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki BotolMaksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki BuliMaksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki GaduhMaksud: Orang yang suka bergaduh.Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki GunungMaksud: Di bahagian permulaan gunung.Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan

Page 48: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki LangitMaksud: Langit di bahagian bawah.Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki LimaMaksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki PerempuanMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki RambuMaksud: Orang yang suka merayau.Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki SeribuMaksud: Cabut lari.

16. Kaki UmpatMaksud: Orang yang suka mengumpat orang.Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki WayangMaksud: Orang yang suka menonton wayang.Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku LidahMaksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing HitamMaksud: Orang yang dipersalahkan.Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.

20. Kampung HalamanMaksud: Kampung tempat dilahirkan.

Page 49: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata DuaMaksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata HatiMaksud: Perasaan.

23. Kata PujanggaMaksud: Perkataan orang bijak pandai.Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

24. Kata PutusMaksud: Ketentuan yang terakhir.Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya AnakMaksud: Banyak anak.Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya HatiMaksud: Pemurah.Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

27. Kaya HutangMaksud: Orang yang banyak hutang.Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil HatiMaksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut HatiMaksud: Takut.Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

30. Kelas KambingMaksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

Page 50: Koleksi Simpulan Bahasa

31. Keliling PinggangMaksud: Sangat banyak.Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

32. Ke Luar NegeriMaksud: Pergi ke negeri lain.Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang HatiMaksud: Gembira.Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan SayapMaksud: Meluaskan usaha.Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.

35. Kena TanganMaksud: Dipukul.Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala AnginMaksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala BeratMaksud: Bodoh.Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala BeritaMaksud: Tajuk sesuatu berita.Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala DinginMaksud: Penyabar.Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala DuaMaksud: Orang yang tidak setia.Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.

Page 51: Koleksi Simpulan Bahasa

42. Kepala KainMaksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala UdangMaksud: Bodoh.

44. Kera SumbangMaksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

45. Kerang BusukMaksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras HatiMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepalaMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras LidahMaksud: Tidak pandai bercakap.Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.

49. Keras MulutMaksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat RotanMaksud: Memutuskan perhubungan.Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

51. Kering DarahMaksud: Terkejut.

52. Kering HatiMaksud: Tiada rasa belas kasihan.Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.

53. Keringat Dingin

Page 52: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Takut.

54. Kerja TanganMaksud: Pertukangan tangan.Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam BatuMaksud: Sangat kedekut.Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa RajaMaksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar AnginMaksud: Berita yang belum sah.Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar BurungMaksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing BertandukMaksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.

60. Kucing KurapMaksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku BesiMaksud: Memerintah dengan kejam.Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku KambingMaksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci DiriMaksud: Mengurung diri.Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci Hati

Page 53: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Rahsia.Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci MulutMaksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang AdabMaksud: Tidak sopan.Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang AdatMaksud: Tidak sopan.

68. Kurang AjarMaksud: Tidak sopan.

69. Kurang AkalMaksud: Tidak pandai.Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang AsamMaksud: Tidak sopan.

71. Kurang BahasaMaksud: Tidak halus budi bahasanya.Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang FikirMaksud: Tidak berhati-hati.Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.

73. Kurang HatiMaksud: Tidak berminat.Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.

74. Kurang ImanMaksud: Mudah terpedaya.Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.

75. Kurang Ingat

Page 54: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Pelupa.Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang MenjadiMaksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut FikiranMaksud: Susah hati.Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu EmbunMaksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

79. Kutu JalanMaksud: Orang yang suka merayau.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'

1. Langit HijauMaksud: Sangat jauh.Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah BaikMaksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik. Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah BendulMaksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

4. Langkah KananMaksud: Bernasib baik; bertuah.Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah KiriMaksud: Malang.Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribuMaksud: Cabut lari.

Page 55: Koleksi Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah SumbangMaksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang DadaMaksud: Perasaan lega.Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang HatiMaksud: Perasaan lega.

10. Lapik PerutMaksud: Makan Sedikit.

11. Lari SemangatMaksud: Terkejut.

12. Laut LepasMaksud: Tengah laut.Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai MalangMaksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

14. Lembut Gigi Daripada LidahMaksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut HatiMaksud: Penyayang.Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.

16. Lena AyamMaksud: Belum tidur betul.Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-AnganMaksud: Membuat sesuatu yang diingini.Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk

Page 56: Koleksi Simpulan Bahasa

membeli kereta baru.

18. Lepas DiriMaksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas TanganMaksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah BercabangMaksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah BiawakMaksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

22. Lidah KerasMaksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah PanjangMaksud: Suka menghasut.Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah Tak BertulangMaksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

25. Lintah DaratMaksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas KudungMaksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

27. Lubuk Akal Lautan BudiMaksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmu

Page 57: Koleksi Simpulan Bahasa

Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.

29. Lubuk HatiMaksud: Dalam hati.Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

30. Luka HatiMaksud: Pilu.Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.

31. Lupa DaratanMaksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus AkalMaksud: Jujur.Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.