Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    1/73

    KOMBINASI PENGGUNAAN BONEKA DAN POWER TEACHING

    MEMBANTU MURID MENGINGATI FAKTA DALAM TAJUK

    “KETURUNAN MULIA” 

    MOHD ZULFIKRI BIN ZAINOL

    Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

    syarat-syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    (Pendidikan Islam Rendah)

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,

    BANGI, SELANGOR.

     NOVEMBER 2014

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    2/73

    “Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

    dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

    skop kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    (Pendidikan Islam Rendah)” 

    Tandatangan : ............................................................... 

     Nama Penyelia : USTAZ AMAR SIDQUE BIN MOHD AMIN 

    Tarikh : November 2014

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    3/73

    “Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan  

    ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” 

    Tandatangan : ............................................................. 

     Nama Penulis : MOHD ZULFIKRI BIN ZAINOL 

    Tarikh : November 2014

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    4/73

    DEDIKASI

    Khas untuk mak dan bapa; Zainol bin Ahmad dan Che Mahani Md Zain

    Terima kasih diatas kasih sayang dan pengorbanan yang tidak terhingga buat anakmu

    ini.

    Juga kepada adik-adikku; Zulhaqqi, Zafirah, dan Zahirah

    Semoga kalian juga mengecap kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan yang masih

     panjang.

    Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mendidikkusecara langsung dan tidak langsung,

    Pasti Taman Rakyat,

    SK Taman Rakyat,

    Maktab Mahmud Alor Star,

    Kolej Matrikulasi Perlis,

    IPG Kampus Pendidikan Islam.

    Serta buat sahabat-sahabat PISMP 1.04-8.04 2009/2014

    Terima kasih diatas segala bantuan, kerjasama serta memori bersama.

    Semoga Tuhan merahmati daku, dan kalian semua.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    5/73

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji

     bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat. Alhamdulillah,

    dengan izin dan inayahNya, saya dapat menyiapkan laporan kajian tindakan ini.

    Sekalung ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing,

    Ustaz Amar Sidque Bin Mohd Amin yang banyak memberikan tunjuk ajar dan

    nasihat dalam usaha menyempurnakan laporan. Kerjasama daripada semua

     pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral, Jabatan Al-Quran dan Sunnah, serta

    Jabatan Bahasa Arab, amatlah dihargai.

    Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan keluarga yang

    tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan dari jauh. Seterusnya kepada

    sahabat-sahabat yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan tugasan ini,

    terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

    Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

    langsung dalam membantu saya menyiapkan laporan ini. Jasa kalian amat bermakna.

    Jazakillahu khairan jazak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semoga

    dengan penghasilan penulisan ini ada manfaatnya untuk Islam.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    6/73

    ABSTRAK

    Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid mengingati isi pelajaran

    dalam tajuk ‘Keturunan Mulia’ dengan lebih mudah dan berkesan dengan

    menggunakan kombinasi bahan boneka dan kaedah  Power Teaching . Melalui kajian

    ini, boneka tangan digunakan untuk membantu menarik perhatian murid mengikuti

    sesi pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan interaksi dua hala yang lancardiantara guru dengan murid manakala kaedah Power Teaching pula dapat membantu

    mengukuhkan ingatan murid serta memudahkan guru memantau prestasi murid.

    Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun 1 di salah sebuah sekolah yang terletak di

    daerah Banting, Selangor. Data kajian dikumpulkan melalui 3 instrumen iaitu

     pemerhatian dalam kelas, temubual dan analisis dokumen. Dapatan menunjukkan

     berlaku peningkatan prestasi selepas murid-murid diperkenalkan dengan penggunaan

    kedua kombinasi boneka dan Power Teaching ini, di samping dapat memupuk rasa

    minat murid terhadap pelajaran Sirah. 

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    7/73

    ABSTRACT

    This action research is conducted to help students remember the lesson content in the

    title 'Keturunan Mulia' more easily and efficiently by using a combination of puppets

    and Power Teaching methods. Through this study, hand puppets used to help draw

    students attention during the learning and teaching sessions and to create a two-wayinteraction between teachers and students, while Power Teaching methods should

    help to strengthen their memories and allow teachers to monitor student’s

     performance. The study involved four students in year 1 from a school located in

    Banting, Selangor. Datas were collected through three instruments ; observation in

    the classroom, interviews and document analysis. The findings show an increase in

    student’s performance after they were introduced to the use of a combination of both

     puppets and Power Teaching, in addition to fostering student’s interest in learning

    Sirah.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    8/73

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    HALAMAN JUDUL i

    PENGESAHAN PENYELIA ii

    PENGAKUAN iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI RAJAH xi

    SENARAI LAMPIRAN xii

    1.0  PENDAHULUAN

    1.1  Pengenalan

    1.2  Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

    1

    2.0  FOKUS KAJIAN

    2.1  Tinjauan Masalah

    2.2 

    Analisis Tinjauan Masalah

    2.3 

    Isu Keprihatinan

    10

    3.0  OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 25

    4.0  KUMPULAN SASARAN 26

    5.0  TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    5.1  Prosedur Tindakan

    5.2  Cara Mengumpul Data

    28

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    9/73

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    10/73

    SENARAI JADUAL

    Jadual Perkara Muka Surat

    Jadual 1 : Proses tinjauan awal 14

    Jadual 2 : Maklumat responden 27

    Jadual 3 : Strategi pelaksanaan 31

    Jadual 4 : Cara mengumpul data 35

    Jadual 5 : Aspek –  aspek pemerhatian 36

    Jadual 6 : Temubual 36

    Jadual 7 : Analisis tingkahlaku responden 39

    Jadual 8 : Analisis ingatan responden 39

    Jadual 9 : Senarai soalan temubual 41

    Jadual 10 : Tahap kefahaman responden 41

    Jadual 11 : Tahap ingatan responden 41

    Jadual 12 : Tahap minat responden terhadap penggunaan boneka 42

    Jadual 13 : Tahap minat responden terhadap penggunaan PowerTeaching

    42

    Jadual 14 :Tahap keberkesanan penggunaan kaedah ‘Power

    Teaching’ dalam mengingati isi pelajaran. 

    44

    Jadual 15 : Analisis tingkahlaku responden 48

    Jadual 16 :Jadual tahap minat responden terhadap kaedah bercerita

    menggunakan boneka.

    49

    Jadual 17 : Soalan Temubual 1 49

    Jadual 18 : Analisis ingatan responden 51

    Jadual 19 : Tahap keberkesanan penggunaan kaedah ‘PowerTeaching’ dalam mengingati isi pelajaran. 

    52

    Jadual 20 : Soalan Temubual 2 52

    Jadual 21 :Pencapaian murid sebelum dan selepas menjalani sesi

     pengajaran 

    53

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    11/73

    SENARAI RAJAH

    Rajah Perkara  Muka Surat

    Rajah 1 : Model kajian tindakan Kurt Lewin 29

    Rajah 2 :Peningkatan markah yang diperoleh responden dalam

    kuiz

    45

    Rajah 3 :Jurnal Refleksi Sebelum sebelum menggunakan boneka

    dan Power Teaching dalam kaedah bercerita 45

    Rajah 4 :Jurnal Refleksi selepas menggunakan boneka dan PowerTeaching dalam kaedah bercerita

    46

    Rajah 5 : Petikan Jurnal Refleksi Guru 49

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    12/73

    SENARAI LAMPIRAN

    Lampiran Perkara Muka Surat

    1 Gambar –  gambar sepanjang proses PdP 60

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    13/73

    1.0 

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Bidang Sirah merupakan salah satu bidang yang terkandung didalam sukatan

     pelajaran Pendidikan Islam. Bidang ini memberi penekanan kepada pemahaman dan

    Sirah Rasulullah S.A.W, mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasi tuntutan

    sirah dalam kehidupan seharian.

    Pada peringkat sekolah rendah, terdapat sejumlah tajuk sirah yang diajar

    kepada murid bermula dari tahun satu hinggalah tahun enam. Bermula dari kelahiran

    Baginda Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah kewafatan baginda S.A.W. Kesemua

    tajuk-tajuk ini dibahagi-bahagi mengikut tahun-tahun tertentu. Pelajaran Sirah

    mempunyai teladan sepanjang zaman, dapat menusuk terus ke hati penuntutnya dan

    terus menjiwai lantas mencintai pembawanya Nabi Muhammad S.A.W bukan hanya

    sekadar menghafal peristiwa atau nama peperangan yang berlaku.

    Justeru, sebagai guru Pendidikan Islam, saya perlu memilih kaedah mengajar

    yang paling sesuai agar pengajaran itu dapat memberi kesan didalam kehidupan

     pelajar bukan sekadar dari segi prestasi akademik, bahkan juga diamalkan didalam

    hidup mereka dan meresap ke jiwa mereka.

    Saya berpendapat bahawa Sirah Rasulullah S.A.W sesuai diajar dengan

    menggunakan kaedah bercerita. Pelajar biasanya suka mendengar cerita yang

    menarik dan sesuatu cerita yang disampaikan dengan baik dapat membolehkan

     pelajar menumpukan perhatian seterusnya jalan cerita tersebut.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    14/73

    Kaedah bercerita dapat membuatkan manusia mudah mengingati cerita-cerita

    yang mereka dengar. Oleh yang demikian, dengan menggunakan kaedah bercerita, isi

    kandungan dakwah dapat kekal diingati.

    Selain itu, mengajar menggunakan kaedah bercerita bukanah sesuatu yang

    asing dalam dunia Islam. Al-Quran selaku sumber teratas seorang muslim sendiri

    menggunakan kaedah bercerita untuk mendidik akhlak manusia. Contohnya seperti

    kisah Nabi-Nabi terdahulu; misalnya kisah Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya.

        

       

      

     

             

          

       

               

            

          

          

          

       

       

     

           

      

     

         

                                                                                                        

    Maksudnya : Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "

    Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri Dengan

    sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada

    Allah Yang menjadikan kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih

     baik bagi kamu di sisi Allah Yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat

    kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi

    Maha Mengasihani". (Surah Al Baqarah, ayat 54)

    Sesungguhnya kaedah bercerita juga mempunyai kemahiran-kemahiran

    tertentu yang perlu dikuasai agar ianya benar-benar memberi kesan kepada murid

    dengan efektif dan membantu murid mengingati sesuatu peristiwa sirah dengan

    mudah. Dalam bercerita perlu ada kemahiran seperti mimik muka, intonasi suara dan

     juga penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Selain itu, guru perlu pandai

    melakukan gerak geri dan pernyataan muka yang sesuai dengan pertuturan yang

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    15/73

    lancar diikuti bahasa sesuai dengan keadaan tertentu. Guru boleh menggunakan

     pelbagai alatan untuk membantu menghidupkan cerita yang hendak disampaikan.

    Oleh itu, saya ingin melaksanakan kajian tindakan yang menunjukkan

    sejauhmana penggunaan bahan bantu mengajar dalam kaedah bercerita dapat

    membantu murid mengingati kronologi peristiwa dalam bidang sirah.

    1.2 Refleksi Pengalaman Lalu

    Sebagai seorang guru pelatih, sudah termaktub bahawa kami perlu menjalani

    dan melalui pengalaman berada di sekolah. Pengalaman-pengalaman tersebut

    ditimba melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Program PBS ini

    dijalankan selama seminggu sebanyak empat kali dari semester satu sehingga

    semester empat. Manakala program Praktikum pula perlu dilalui sebanyak tiga kali.

    Sebanyak empat buah sekolah telah saya jejaki ketika program PBS. Ini termasuklah

    sekolah di negeri Kedah, Melaka dan juga Sabah.

    Banyak pengalaman yang telah saya perolehi di tujuh buah sekolah yang

     pernah saya jejaki. Pengalaman-pengalaman tersebut pula agak berbeza, kerana

    setiap sekolah mempunyai latar budaya dan masyarakat yang berbeza antara satu

    sama lain. Tidak dapat saya nafikan lagi bahawa melalui pengalaman-pengalaman

    tersebut, saya dapat memperbaiki dan menambahbaik kualiti dari sudut pengajaran

    dan pembelajaran dan juga peribadi saya sebagai seorang bakal guru. Dan melalui

     pengalaman-pengalaman yang tersebut juga saya mendepani beberapa cabaran yang

    saya kira sebagai suatu penghalang untuk saya menjalankan aktiviti pengajaran dan

     pembelajaran dengan lancar seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan.

    Pada bulan Mac tahun 2013, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke

    Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 untuk sesi Praktikum pertama, timbul perasaan risau

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    16/73

    membayangkan suasana ketika didalam kelas. Apa yang membuatkan saya terfikir

     begitu adalah kerana bilangan muridnya yang mencecah 1,000 orang. Saya mula

     bimbang kalau-kalau saya tidak dapat mengawal kelas yang sudah pasti mempunyai

     bilangan murid yang ramai. Telahan saya benar, bagi setiap tahun, sekolah tersebut

    mempunyai sekurangnya sepuluh buah kelas, manakala bagi setiap kelas mempunyai

    hampir 40 orang murid. Saya ditugaskan untuk mengajar tahun 4 Asma’i. Pertama

    kali saya masuk ke kelas tersebut untuk sesi memperkenalkan diri, murid-murid

    kelihatan mudah mendengar arahan. Saya berasa lega dan selesa dengan tingkahlaku

    yang ditunjukkan oleh mereka. Bahkan, ketika saya masuk untuk melihat sesi

    Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) yang dijalankan oleh guru pembimbing saya

     pun, mereka menunjukkan tingkahlaku yang amat positif.

     Namun begitu, perkara yang diharap-harapkan tidak berlaku. Masuk sahaja

    minggu kedua saya mengajar di kelas tersebut, murid-murid mula menunjukkan

    tingkahlaku yang tidak di ingini. Hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang

     benar-benar menumpukan perhatian mereka. Ketika kelas sedang huru-hara ini, saya

    memerhatikan tindakan ketua kelas 4 Asma’i. Aisyah namanya. Bertubuh kecil,

    namun mempunyai suara yang lantang. Aisyah lah yang membantu saya meredakan

    suasana kelas. Dia memarahi rakan-rakannya yang agak nakal.

    Menurut guru-guru di SK Seksyen 7, kelas 4 Asma’I itu memang merupakan

    kelas yang paling bising. Saya juga ada bertanyakan kepada guru kelas 4 Asma’I

    cara beliau menangani kelas yang bising itu. Kata beliau, jangan beri muka kepada

    murid-murid itu, “Tunjuk garang sikit kat budak budak tu!” 

    kata guru kelas

    tersebut.. Namun, saya tidak dapat berbuat demikian, kerana itu bukanlah diri saya.

    Saya sememangnya tidak gemar dan tidak pandai memarahi murid-murid. Namun

    saya ambil juga nasihat beliau. Dan pada kelas seterusnya, saya kuatkan suara saya.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    17/73

    Ketika saya dicerap oleh pensyarah pembimbing saya ketika itu iaitu Dr.

    Abdul Aziz, kebetulan pula jadual kelas yang saya mengajar islah kelas 4 Asma’i.

    Saat mendapat pesanan dari beliau bahawa beliau hendak datang ke sekolah untuk

    mencerap saya itu, mula timbul perasaan risau. Risau jika murid-murid kelas tersebut

    tidak berkelakuan baik yang sudah pastinya akan menjejaskan markah saya kelak.

    Terlintas difikiran saya untuk menukar jadual dengan kelas lain, namun saya kuatkan

    semangat dan teruskan juga dengan kelas 4 Asma’i. Seperti yang di jangka,

    sesetengah murid-murid kelas tersebut tidak memberikan perhatian kepada saya

    terutamanya murid-murid yang berada dibelakang. Sesekali saya lihat Dr Aziz

     berbual-bual dengan mereka. Diakhir kelas, Dr. Aziz menasihati saya supaya

    menggunakan bahan bantu yang lebih jelas agar murid dapat memberi perhatian

    kepada pengajaran guru. Barulah saya sedar bahawa bahan yang saya sediakan tidak

     jelas. Patutlah mereka tidak mengendahkan saya.

    Setelah selesai melalui Praktikum pertama selama sebulan, saya menyedari

     bahawa proses pengawalan kelas dan usaha memikat hati murid sememangnya

    merupakan asas yang penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku

    dengan lancar seperti yang dirancang.

    Perkara yang sama juga berlaku ketika sesi Praktikum yang kedua. Pesanan

    daripada Dr. Aziz telah saya pahatkan dalam memori agar kesilapan yang sama tidak

     berulang lagi. Alhamdulillah, SK Cheras Jaya mempunyai kemudahan LCD. Jadi,

    tidak lagi timbul masalah murid tidak nampak bahan dan isi pelajaran yang

    ditayangkan. Namun begitu, masalah murid tidak menumpukan perhatian dan bisiing

    ketika saya mengajar masih berlaku. Cuma pada kali ini murid-muridnya lebih

    matang. Oleh sebab masalah yang sama berulang pada dua semester berturut turut,

    maka saya rasa, saya perlu mengubah cara saya mengawal kelas. Memang saya akui

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    18/73

     bahawa suara saya memang tidak kuat. Dan perkara ini sudah banyak kali ditegur

    oleh pensyarah dan guru pembimbing saya. Saya sudah cuba sedaya upaya

    menguatkan suara saya namun masih tidak berkesan. Murid masih gagal mendengar

    arahan dengan baik. Ada yang bersembang, bermain, menganggu rakan, berjalan-

     jalan disekitar kelas, kerap ke tandas dan banyak lagi tingkah laku yang

    memeningkan saya. Ada beberapa murid yang saya telah kenalpasti berkelakuan

    nakal.

    Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah,murid-murid yang nakal dan

    suka membuat bising ini, mereka dikenali oleh semua pelajar dan mereka dapat

    mendominasi kelas tersebut. Jika ada apa-apa yang dilakukan oleh murid-murid ini,

    tumpuan seisi kelas pasti beralih kepada mereka. Mereka mempunyai pengaruh yang

    tersendiri. Maka saya terfikir, alangkah baiknya jika saya dapat menumpang

    ‘pengaruh’ mereka ini agar dapat membantu saya mengawal kelas dengan lebih baik.

    Maka saya cuba pratikkan kaedah memilih murid nakal untuk memimpin

    kumpulan. Beberapa murid telah dikenal pasti dan dilantik untuk memimpin

    kumpulan-kumpulan didalam kelas. Pertama kali saya cuba mengaplikasikan kaedah

    ini, saya lihat ianya sedikit sebanyak agak membantu saya dalam memastikan

    kelancaran perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Ketua yang dilantik tersebut

    dapat menjalankan tugasnya dengan baik. namun setelah dua hingga tiga kali

     percubaan, situasi kelas kembali menjadi seperti biasa. Murid semakin bising kerana

    masing-masing tidak berpuas hati dengan ketua yang dilantik. Mereka

    mempertikaikan kenapa murid yang bising yang dijadikan ketua. Daripada pertikaian

    itu menyebabkan pertengkaran diantara mereka. Maka, tugas mengawal kelas

    kembali kepada saya semula.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    19/73

    Tujuan saya memperbaiki mutu pengajaran saya ini bermula dari bahan bantu

     belajar sehinggalah kaedah ketua kumpulan tadi hanyalah satu; mengembalikan

    tumpuan pelajar kepada saya. Masalah-masalah ini sering menjadi penghalang

    kepada saya dan juga kepada murid. Saya gagal menyampaikan isi pelajaran kepada

    keseluruhan kelas manakala murid pula tidak dapat mengingati fakta atau isi

     pelajaran.

    Jika saya melaksanakan kaedah penerangan atau bercerita, saya perlukan

    sepenuh perhatian daripada murid. Sungguhpun kaedah penerangan dan bercerita ini

    kelihatannya seperti kurang digemari kerana ianya bersifat sehala, namun adakalanya

    ianya masih relevan dan sangat penting terutamanya dalam bidang-bidang yang

    memerlukan penghuraian daripada guru seperti aqidah dan sirah. Dalam pengamatan

    saya, bidang sirah yang paling digemari murid, namun mereka tidak dapat

    mengingati fakta-fakta kerana faktanya mungkin agak panjang dan melibatkan nama-

    nama individu.

    Jika dikira-kira pengalaman mengajar saya sehingga lembaran ini ditulis,

    saya telah mengajar subjek Pendidikan Islam selama tiga bulan. Selama itu jugalah

    saya menghadapi dua masalah utama iaitu pelajar begitu mengambil masa untuk

    mengingati fakta dalam bidang sirah, dan yang kedua ialah pelajar mudah hilang

    tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, mengajar sirah ini

    sama sahaja seperti mengajar bidang-bidang lain,cuma cara penyampaian sahaja

    yang berbeza. Jadi kaedah yang saya lihat paling sesuai dan mudah ialah kaedah

     bercerita. Ketidakmampuan murid mengingati fakta-fakta akan memberi implikasi

    negatif kepada mereka, iaitu minat mereka dalam bidang sirah akan terhakis.

    Situasi ini berlaku di semua kelas yang saya ajar termasuk di kelas 1 Bijak

    ketika Praktikum ketiga. Perkara ini amat membimbangkan saya. Saya tidak boleh

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    20/73

    membiarkan situasi ini terus berlarutan. Saya harus mulakan usaha saya untuk

    memperbaiki situasi ini. Saya perlu mendekati murid untuk mendalami masalah

    mereka dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pengajaran dan

     pembelajaran yang dihadapi. Lima orang murid di kelas 1 Bijak menjadi sasaran

     pertama saya kerana saya dapati mereka menghadapi masalah yang kritikal dalam

    mengingati fakta. Walaupun kadang-kadang mereka kelihatannya berminat, tetapi

    mereka menghadapi masalah yang sama setiap kali aktiviti pengajaran dan

     pembelajaran berlangsung.

    Sebagai contoh, ketika saya mengajar tajuk ‘Salasilah Keluarga Nabi

    Muhammad S.A.W’, pada mulanya mereka dapat menyebut isi pelajaran dengan

     betul. Namun, ketika akhir pengajaran, ada diantara mereka yang sudah tidak dapat

    mengingatinya kerana leka bermain ketika saya mengajar dan mungkin juga kerana

    fakta-fakta tersebut terlampau banyak. Apabila terlalu kerap terjadi yang sama, saya

    terfikir mesti ada sesuatu yang saya boleh lakukan bagi memperbaiki amalan

     pengajaran saya supaya menjadi lebih berkesan. Saya terfikir tentu ada kelemahan

    dalam amalan pengajaran yang telah dijalankan menyebabkan murid-murid tidak

    dapat menguasai kemahiran yang diperlukan.

    Selain cara pengajaran saya yang mungkin tidak berkesan, murid juga

    agaknya tidak diberi pendedahan awal sebelumnya atau tidak mendapat bantuan ibu

     bapa dalam mengulangkaji mata pelajaran di rumah. Saya dapat memahami masalah

    tersebut kerana mungkin keadaan dirumah mereka yang tidak mengizinkan.

    Berdasarkan masalah yang dilalui sepanjang Praktikum pertama hingga yang

    ketiga, saya dapat simpulkan bahawa saya perlu menghasilkan ; Bahan bantu yang

    lebih menarik bagi membantu menarik perhatian murid seraya membantu saya

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    21/73

    mengawal kelas dengan lebih baik. Selain itu, saya juga perlu mengkaji satu kaedah

    yang dapat membantu murid mengingati isi pelajaran dengan lebih efektif.

    Saya perlu memperbaiki amalan pengajaran saya dengan kaedah dan teknik

    yang dapat menarik minat murid. Saya akan membuat kajian untuk kaedah

     pengajaran terkini serta mencari pendekatan terbaik untuk mencipta satu teknik bagi

    memudahkan murid mengingati fakta-fakta. kerana saya rasa sekiranya masalah ini

    dapat diatasi, maka murid-murid saya akan dapat menguasai isi pelajaran dengan

    sepenuhnya.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    22/73

    2.0 

    FOKUS KAJIAN

    2.1 Tinjauan Masalah

    Didalam kajian saya, saya telah memilih salah satu tajuk sirah nabawiyah

    tahun satu iaitu Salasilah Keturunan Nabi S.A.W. Matlamat saya yang utama ialah

    untuk mengekalkan tumpuan murid semasa sesi pengajaran sirah Rasulullah S.A.W

    disamping membantu murid memahami dan mengingati isi penting didalam cerita

    tersebut dengan mudah dan efektif.

    Saya mahu mereka mengingati peristiwa ini supaya mereka lebih mengenali

    asal-usul insan teragung dimuka bumi ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Dengan

    mengenali asal usul baginda Nabi S.A.W, diharapkan dapat meningkatkan kecintaan

    mereka terhadap baginda Nabi S.A.W dan sekaligus dapat mengikut akhlak yang

    ditunjukkan oleh nabi kita. Sepertimana telah tercatat didalam Al Quran yang

    mengatakan;

                                             

    Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh

    ikutan Yang baik. (Surah Al Ahzab, ayat 21)

                                           

    Maksudnya : Katakanlah Wahai Muhammad: "Jika benar kamu mengasihi Allah

    maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa

    kamu. dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali

    Imran, ayat 31)

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    23/73

    Sebelum murid dapat mengingati apakah keistimewaan salasilah keluarga

    nabi yakni datuk Nabi S.A.W sebagai seorang pembesar Quraisy,murid perlu

    memahami kisah atau situasinya terlebih dahulu sepertimana yang terdapat didalam

    Dokumen Standard Pendidikan Islam Tahun 2. Hal ini kerana pemahaman tentang

    sesuatu perkara adalah berkait rapat dengan ingatan. Sebelum mengingat, murid

     perlu memahami seterusnya menyerapkan dahulu didalam pemikiran. Seseorang itu

    akan lebih mudah mengingati jika dia memahami apa yang telah dipelajarinya.

    Faktor asas untuk membuatkan murid mengingati sesuatu isi pelajaran ialah dengan

    menarik minat murid dan membuatkan murid memahaminya.

    Bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada murid, saya telah

    menggunakan kaedah bercerita. Daripada pemerhatian yang telah saya jalankan,

    semasa saya menjalankan sesi bercerita, pada mulanya kesemua murid memberikan

     perhatian kepada saya. Tetapi lama kelamaan, terdapat segelintir murid yang mula

    melakukan aktiviti lain seperti bersembang dan membuat kerja sendiri. Bahkan ada

     juga yang menguap dan mengesat-ngesat mata tanda mengantuk.

    Sambil bercerita, saya juga ada mengajukan beberapa soalan kepada murid.

    Kaedah soal jawab ini digunakan bagi menguji sejauh mana kefahaman murid

    terhadap cerita yang sedang saya sampaikan. Selain itu, melalui kaedah ini juga saya

    dapat memastikan samada mereka memberi perhatian atau tidak terhadap cerita yang

    disampaikan. Saya juga menggunakan kaedah pengulangan bagi mengembalikan

     perhatian mereka terhadap saya.

    Setelah tamat sesi bercerita pula, saya telah menyuruh murid bercerita

    semula didepan kelas. Pada awalnya sebahagian mereka secara sukarela menawarkan

    diri untuk bercerita dihadapan kelas. Namun apabila berada dihadapan kelas, mereka

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    24/73

    tidak dapat mengingati cerita tersebut. Sambil melayan keletah murid yang sedang

    cuba bercerita itu, saya memerhatikan murid yang tidak memberi perhatian tadi.

    Mereka seolah tidak mengambil tahu apa yang sedang berlaku didalam kelas ketika

    itu.

    Saya telah memberi peluang kepada sebahagian murid untuk bercerita di

    hadapan kelas termasuklah murid yang tidak memberi perhatian tadi. Saya lihat dua

    orang murid dapat menyampaikan cerita dengan baik, seorang lagi dapat

    menyampaikan cerita, namun tersekat-sekat, dan tiga orang lagi tidak dapat

    menyampaikan lansung cerita tersebut.

    Oleh kerana kesuntukan masa, saya tidak dapat memantau sejauh mana

    kefahaman seluruh kelas terhadap tajuk tersebut. Namun begitu, berdasarkan respon

    daripada mereka, saya dapat mengagak bahawa terdapat diantara mereka yang dapat

    mengingati isi pelajaran tersebut secara kasar. Ini dapat diperhatikan ketika mereka

     bercerita, saya terpaksa memberi ‘kata kunci’ agar mereka dapat menyambung

    semula cerita mereka. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengingati sebahagian dari

    cerita ini. Selain itu, tindakan mereka menawarkan diri untuk kehadapan kelas untuk

     bercerita juga boleh menjadi penanda aras bahawa mereka ada sesuatu yang inigin

    diceritakan; iaitulah kisah salasilah keluarga Nabi Muhammad S.A.W.

    Pada sesi penutup, apabila mereka disoal semula tentang kisah tersebut, rata-

    rata mereka memberi respon yang positif. Walau ada yang kelihatan teragak-agak

    untuk menjawab, namun setelah dibantu oleh saya, mereka dapat juga menjawab

    dengan baik. Hal ini menunjukkan sama ada mereka ini tidak menumpukan

     perhatian, ataupun teknik bercerita itu kurang efektif sehinggakan mereka tidak dapat

    mengingatinya dengan kukuh. Menerusi soal jawab itu, maka dapatlah saya melihat

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    25/73

    sejauh manakah kefahaman murid-murid kelas tersebut terhadap sesi pengajaran

     pada hari itu.

    Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya masih tidak berpuas hati kerana

    terdapat segelintir murid yang tidak dapat menjawab soalan serta tidak dapat

    menceritakan semula cerita tersebut. Murid-murid inilah yang tidak memberikan

     perhatian ketika saya mengajar tadi. Mereka perlu dipanggil untuk kehadapan atau

    menjawab soalan. Tidak seperti sebahagian murid yang lainnya yang secara sukarela

    menawarkan diri.

    Secara peribadi, saya sudah berasa lega walaupun murid itu bercerita dalam

    keadaan tersekat-sekat. Ini menunjukkan mereka sudah menyerap cerita tersebut

    kedalam ingatan mereka namun mungkin sukar untuk menceritakan kembali atas

    faktor malu, ataupun gementar. Itu sudah cukup untuk membuatkan mereka

    menghayati sorotan kisah salasilah keluarga nabi yang saya sampaikan sebelumnya

    dan mengambil iktibar daripadanya. Tidak guna jika mereka hanya menghafal cerita

    atau isi penting sahaja semata-mata kerana ianya hanya memberi kesan terhadap

     prestasi mereka diatas kertas sahaja. Sedangkan apa yang menjadi matlamat

    utamanya ialah penghayatan dan kefahaman yang jitu tentang asal usul atau salasilah

    keluarga nabi kerana disinilah titik tolak bermulanya sirah Nabi Muhammad S.A.W.

    Jadual berikutnya memaparkan hasil pengumpulan maklumat peringkat awal

     bagi meninjau reaksi murid sebelum dan selepas sesi bercerita.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    26/73

    Jadual 1 : Proses tinjauan awal  

    2.2 Analisis Tinjauan Masalah

    Merujuk kepada Jadual 1, ia merupakan proses analisis tinjauan masalah yang

    telah dijalankan oleh saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah

    dalam tajuk Salasilah Keluarga Nabi terhadap murid tahun satu. Permulaan bagi

    setiap sesi pembelajaran yang baru pertama kali diadakan seperti biasa. Saya telah

    mengadakan sesi perkenalan bersama murid terlebih dahulu bagi memudahkan

    Langkah Tindakan Tujuan

    Langkah 1 a)  Pertama kali masuk ke kelas 1 Bestari untuk

    mengajar Ulum Syariah; bidang Sirah.

    Langkah 2 Pemerhatianawal

    Pemerhatian yang dijalankan berkisar perkara berikut :a)  Tingkah laku  –   bermain dgn alatulis semasa

    guru mengajar, bersembang dengan rakansebelah

     b)  Tindakbalas/respon terhadap guru  –   tidakdapat mengulangi perkataan yang disebut guru.

    Langkah 3 Soal jawab a)  Bertujuan untuk menguji kefahaman daningatan murid terhadap isi pelajaran yang telahdisampaikan.

     b) 

    Dilakukan semasa dan selepas sesi berceritadilaksanakan.

    Langkah 4 Temu bual a)  Bersoal jawab secara spontan dengan beberapa

    murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaranserta selepasnya.

     b)  Contoh soalan :

    Apa yang awak buat semasa saya mengajartadi?

    Awak faham tak apa yang saya terangkan ini?Adakah awak bosan dengan cerita ini?

    Langkah 5 AnalisisDokumen

    a) 

    Lembaran kerja telah diberi kepada murid padaakhir proses pengajaran dan pembelajaran..Soalannya berkisar tentang apa yang dipelajarisebelumnya.

     b)  Berdasarkan jawapan murid dari lembarankerja tersebut, saya dapat mengukur tahap

    kefahaman murid tentang isi pelajaran yangtelah disampaikan tadi.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    27/73

     proses interaksi dilakukan. Malah, ia telah memberi sedikit sebanyak gambaran

    tentang perwatakan murid-murid didalam kelas. 

    Seterusnya, hasil daripada pemerhatian awal menunjukkan terdapat beberapa

    orang murid yang kurang memberi tumpuan dalam pembelajaran terutamanya

    semasa proses bercerita dijalankan. Apabila ditegur, barulah mereka memberi

    tumpuan semula. Namun selepas beberapa minit kemudian murid tersebut mula

    mengusik rakan disebelahnya. Selain itu, ada juga murid yang bersembang semasa

    saya menyampaikan cerita.

    Tingkah laku murid ini telah menarik minat saya untuk melihat bagaimana

    tingkah laku mereka seterusnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang

     bakal dijalankan pada masa seterusnya. Bagi murid lain, mudah bagi saya untuk

    mengawal mereka semasa menyampaikan isi pelajaran tersebut. Murid-murid yang

     bermasalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, telah menjadi faktor

     pendorong untuk saya mendekati mereka serta cuba menyelesaikan masalah.

    Kelakuan seperti ini juga perlu dicegah bagi memastikan objektif pembelajaran saya

    tercapai.

    Ini diperkukuhkan lagi, apabila saya menyoal murid-murid tentang ini cerita

    yang telah saya sampaikan kepada mereka, murid-murid bermasalah ini tidak dapat

    menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri sahaja sambil tersengih-sengih. Bagi

    murid lain pula, ada yang dapat menceritakan sebahagian sahaja cerita tersebut.

    Sebagaimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, saya perlu menyebut beberapa

    kata kunci cerita tersebut, barulah mereka dapat menyambung cerita. Hanya dua atau

    tiga orang sahaja yang dapat bercerita dengan baik. ini telah menimbulkan persoalan

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    28/73

    didalam benak jiwa saya; “Apakah ada yang tidak kena dengan cara saya mengajar?

    Mengapa mereka masih tidak dapat mengingati cerita ini?” 

    Bagi mengenalpasti masalah ini, saya telah mengambil inisiatif lain, iaitu

    dengan berbual secara tidak formal bersama murid selepas sesi pembelajaran.

    Sebenarnya, setelah disoal, rupanya murid cepat berasa bosan kerana saya hanya

     bercerita berdasarkan teks sahaja tanpa bahan sokongan lain. Malah dengan

    kurangnya penumpuan, pemahaman tentang isi cerita juga akan turut terjejas.

    Lantaran itu, tidak hairanlah apabila saya menyoal mengenai isi pelajaran murid-

    murid ini tidak dapat menjawabnya dengan betul. Timbul satu kesedaran dalam diri

    saya bahawa saya perlu merangka satu aktiviti dan bahan yang menarik bagi menarik

    tumpuan mereka semasa belajar.

    Secara keseluruhan daripada analisis tinjauan masalah ini, sebagai seorang

    guru, saya perlu menganilisis permasalahan ini secara efektif bagi memastikan

    tumpuan murid saya berjaya dikekalkan semasa belajar. Melalui tumpuan yang baik

    akan dapat merangsang pemahaman dan ingatan murid dengan lebih mudah dan

     berkesan.

    Sehubungan dengan itu, berdasarkan jangkaan saya, kemungkinan

     permasalahan ini terjadi kerana teknik bercerita yang digunakan oleh saya lebih

     berpusatkan kepada guru sahaja. Ketiadaan bahan sokongan lain semasa bercerita

    menyebabkan kurangnya rangsangan untuk mengekalkan tumpuan murid-murid.

    Murid hanya menjadi pendengar yang setia.tambahan pula, bahan yang digunakan

    untuk bercerita lebih merujuk kepada petikan-petikan kisah Nabi S.A.W yang

    diselitkan didalam buku teks sahaja. Perkara-perkara sebeginilah yang

    mempengaruhi emoi mereka untuk mendengar cerita tersebut dengan baik. Perhatian

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    29/73

    hanya ditumpukan oleh pelajar dalam beberapa minit sahaja, dan sukar untuk guru

    mengekalkan perhatian melainkan dengan mempelbagaikan rangsangan.

    Oleh yang demikian, jika tumpuan murid terganggu, kefahaman mengenai

    kisah yang diceritakan turut terjejas dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat

    mengingati cerita tersebut dengan baik. Nilai yang ingin saya pupuk dan terapkan

    kedalam diri mereka berdasarkan kisah hidup Nabi S.A.W sukar mencapat

    matlamatnya untuk dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan. Oleh itu, jika

    masalah ini terus sahaja dibiarkan tanpa ada apa-apa sebarang penambahbaikkan,

    maka ianya akan memberi kesan yang negatif kepada murid-murid. Malahan,

    objektif pembelajaran yang ingin saya kecapi tidak akan dapat dicapai. Hasilnya,

    murid-murid ini akan tertinggal jauh dibelakang dalam memahami Sirah Nabi S.A.W

    dengan baik. Mereka akan menganggap bahawa bidang Sirah ini sesuatu yang

    membosankan dan ini akan menghilangkan minat mereka seraya manghalang mereka

    menghayati pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam kisah-kisah nabi yang

    dipaparkan.

    Oleh itu, saya perlu membuat inovasi dalam pengajaran sirah khususnya

    dalam teknik bercerita tersebut. Ini adalah untuk mengekalkan tumpuan semasa

    mendengar cerita disamping membantu memudahkan mereka untuk memahami dan

    mengingati Sirah Nabi S.A.W.

    Maka, sebagai inisiatifnya saya telah mengaplikasikan kombinasi

     penggunaan boneka dan Power Teaching  bagi menarik perhatian murid kepada gaya

     penceritaan saya sekaligus dapat mengingati isi pelajaran dengan baik. Boneka

     bermaksud patung (manusia atau haiwan) yang boleh digerakkan dengan

    menggunakan tali atau tangan. (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2007)

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    30/73

    Disamping itu, menurut Lim Boon Wah (1984) mengatakan bahawa, boneka

    merupakan satu punca yang baik untuk menerbitkan kuasa imaginasi kanak-kanak

    dan memberi peluang untuk mencipta satu alam khayalan. Bersesuaian dengan

     pendapat diatas, jika saya menggunakan boneka sebagai medium perantaraan

    diantara saya dan murid dalam kaedah bercerita tenteng tajuk Salasilah Keluarga

     Nabi S.A.W, ia dapat membantu murid untuk mengekalkan fokus mereka kepada

     penceritaan tersebut.

    Menurut Lim Boon Wah lagi, (1984), terdapat pelbagai jenis boneka yang

    digunakan sebagai alat bantu mengajar. Antaranya ialah boneka lidi, boneka wayang

    kulit, boneka tangan dan lain-lain lagi.

     Namun begitu, saya memilih boneka tangan dalam kajian saya. Saya memilih

     boneka ini kerana ianya mudah digunakan serta mudah juga untuk dibuat sendiri

    dengan menggunakan kain felt yang boleh didapati di kedai-kedai alatulis dan kos

    untuk membuat boneka ini juga sangat berpatutan.

    Bagi kaedah  Power Teaching  pula, ianya merupakan suatu fenomena baharu

    didalam dunia pendidikan. Ianya boleh diakses melalui laman sesawang

    www.wholebrainteaching.com.  Laman web ini ditulis oleh Jeff Battle.  Power

    teaching   secara amnya merupakan satu kaedah yang bermatlamatkan pembelajaran

    yang menyeronokkan disamping mengawal disiplin kelas secara berkesan. Menurut

     pelopor kaedah ini, Chris Biffle, daripada tadika sehinggalah ke peringkat kolej, guru

    mengahadapi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran. Namun begitu,

    kaedah ini terbukti dapat menarik respon murid terhadap pembelajaran serta

    menambahbaik perkembangan dalam pembelajaran mereka.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    31/73

    Oleh kerana terdapat banyak topik dan teknik dibawah kaedah  Power

    Teaching   ini, saya hanya memilih untuk fokus kepada satu teknik sahaja. Teknik

    yang saya pilih ini merupakan suatu ujian formatif yang membolehkan saya melihat

     perkembangan murid dengan berkesan tanpa membosankan murid dan ianya hanya

    memerlukan beberapa minit sahaja.

    Kajian telah membuktikan bahawa apabila apabila bahagian otak dirangsang

    secara berterusan, ianya akan memudahkan maklumat disimpan kedalam ingatan

     jangka panjang. Kaedah ini melibatkan murid secara visual, lisan, mental dan juga

    fizikal. Ianya juga menyeronokkan bukan sahaja kepada murid bahkan guru juga.

    Kaedah Power Teaching  yang saya pilih berjalan seperti keterangan dibawah :

    Murid dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan A dan B. Guru

    menyampaikan beberepa isi pelajaran sambil melakukan gerak tangan yang mudah

    dilihat oleh murid. Kemudian, guru akan beralih kearah pelajar seraya bertepuk

    tangan sebanyak dua kali dan berkata “Mula!”. Murid akan memberi respon dengan

     bertepuk tangan dua kali dan berkata “OK!”. Murid A akan mula bercerita kepada

    murid B sambil meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru tadi. Guru akan

     bergerak memantau murid dan mendengar percakapan diantara mereka. ini

    merupakan peluang yang baik untuk menilai kefahaman mereka. kemuian, guru akan

    mengulangi langkah yang sama dengan murid B bercerita kepada murid A.

    Tidak dinafikan, kaedah ini diasaskan oleh ilmuan barat. Namun begitu,

    terdapat didalam hadis Nabi S.A.W bahawa baginda telah menggunakan kaedah

    kombinasi percakapan dengan isyarat lebih awal lagi. Nabi menghimpunkan dua

    kaedah serentak iaitu memberikan penerangan dalam bentuk perkataan dan sekaligus

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    32/73

    menunjukkannya dengan menggunakan kedua-dua tangan baginda, sebagaimana

    yang disebut didalam hadis berikut :

     رسل

     قال

     عه

     ات

     

     رض

      ادي سد

     ن

     س

     عن

    :سو

     

    و

     ه

     

     ص

     ة كذ     فو"ئش مب جفو وشار   ابة و سطى 

    Maksudnya : Aku dan orang yang membela nasib anak yatim dalam syurga kelak

    adalah seumpama ini; Sambil Baginda menunjukkan kepada dua jari baginda iaitu

     jari telunjuk dan jari tengah, dan merenggangkan sedikit antara keduanya.

    (Hadis riwayat Bukhari, disyarahkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalany, didalam kitab

     Fath al-Bari, Juz VII, halaman 439) 

    Menurut Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2002), Berdasarkan kepada

    contoh hadis ini, jelaslah kepada kita bahawa kaedah menghimpunkan diantara

     percakapan dan isyarat merupakan suatu kaedah yang berkesan. Sebenarnya kaedah

    ini biasa digunakan cuma terkadang kita tidak menyedari bahawa method itu dicedok

    daripada sumber terbaik iaitu Nabi terulung. Bagi zaman moden ini, bolehlah kita

    katakan bahawa teknik body language  juga merupakan kaedah bersesuaian dengan

    kaedah ini. Menurut kaedah ini, guru tidak hanya mengajar dalam bentuk perkataan

     bahkan ia menggunakan tangan, mata dan seluruh pancaindera yang lain bagi

    menarik perhatian murid dan memudahkan proses kefahaman mereka.

    Secara rumusannya permasalahan yang telah saya catatkan perlu ditangani

    dengan segera supaya dapat melahirkan generasi yang celik tentang Sirah Nabi

    S.A.W serta mencontohi keperibadian baginda dalam menjalani kehidupan seharian.

    Oleh yang demikian, saya perlu sentiasa mengamalkan releksi kendiri untuk

    memperbaiki amalan pengajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    33/73

    menjadi lebih interaktif sesuai dengan globalisasi pendidikan ini seterusnya konsisten

    dengan nilai-nilai pendidikan.

    2.3 Isu Keprihatinan

    Berdasarkan refleksi yang telah saya catatkan, terdapat dua cabaran utama yang telah

    dikenalpasti dan cabaran ini perlu diatasi dengan segera bagi memperbaiki amalan

     pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan tahap kebolehan murid dalam

    mengingati sesuatu fakta khususnya dalam bidang sirah.

    Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui

    kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad

    sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain.

    Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari

    sirah Rasululullah. Apabila menghayati sirah Nabi S.A.W, seseorang muslim itu

    akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri

    keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan

    hidupnya.

    Oleh yang demikian, bagi memastikan murid dapat memahami sekaligus

    menghayati dan mengingati fakta-fakta berkaitan sirah nabawi ini, saya tertarik untuk

    menggunakan kombinasi bahan boneka dan kaedah power teaching. Saya memilih

    untuk menggabungkan kedua bahan dan kaedah ini diatas sebab-sebab yang berikut:-

    a) Kebolehtadbiran

    Kombinasi kedua-dua unsur; boneka dan kaedah  Power Teaching   ini sangat

    mudah untuk dilaksanakan disetiap sesi pembelajaran bidang sirah. Guru hanya perlu

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    34/73

    mencipta ataupun membeli satu boneka yang mudah digerakkan. Ketika bercerita,

     boneka ini digunakan sebagai ‘pencerita’. Ini akan membuatkan murid tidak bosan,

    kerana jika hanya guru sahaja yang bercerita, perkara itu sudah amat biasa bagi

    mereka. Dengan adanya boneka ini mereka akan lebih tertarik terutamanya jika

     boneka tersebut mempunyai unsur tarikannya yang tersendiri seperti comel, warna

    yang menarik ataupun boneka tersebut adalah watak-watak kartun yang digemari

    oleh mereka. Setelah bercerita, bagi memastikan murid mengingati fakta atau cerita

    tadi, guru bolehlah memberi arahan kepada murid untuk menceritakan kembali

    kepada rakan yang berada dihadapan atau disebelah mereka. Guru juga boleh

    meminta murid menceritakan kembali kepada guru secara beramai-ramai.

     b) Kepentingan

    Penggunaan bahan maujud seperti boneka ini digunakan untiuk

    menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya

    menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat

    meningkatkan kemahiran berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan

    cerita, meransang daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.

    Ingatan jangka pendek yang terhad merupakan penghalang bagi murid untuk

    mengingati isi pelajaran dalam bidang sirah. Apa yang berlaku, apabila maklumat

     baru diterima oleh murid, maklumat yang lama akan sedikit sebanyak akan pudar.

    Maka, teknik  Power Teaching   ini membantu murid bagi mengingati maklumat-

    maklumat dengan lebih berkesan dengan cara menggabungkan deria penglihatan,

     pendengaran dan percakapan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    35/73

    c) Kebolehgunaan

    Boneka dan kaedah ini boleh digunakan pada setiap kali bidang sirah dan

     juga beberapa bidang lain yang dirasakan sesuai. Dengan adanya boneka dan

    kefahaman tentang konsep Power Teaching  ini, guru dapat mengaplikasikannya pada

     bila-bila masa.

    d) Kawalan

    Guru perlu bijak mengawal tumpuan kelas agak tidak terlalu menumpukan

     perhatian kepada boneka, tetapi kepada isi pelajaran yang disampaikan. Bagi kaedah

     Power Teaching   pula, guru perlu menjadi pembimbing. Misalnya, guru telah

    menetapkan siapa yang akan bercerita dan siapa yang akan mendengar. Murid yang

     bercerita dilabelkan sebagai murid A, manakala murid yang mendengar dilabel

    sebagai murid B. Guru juga akan menetapkan apa yang akan diceritakan oleh murid

    A kepada murid B. Selepas itu, giliran murid B pula bercerita kepada murid A.

    e) Kolaborasi

    Aktiviti bercerita akan hidup jika berlaku hubungan dua hala iaitu guru dan

    murid dan murid dengan murid dan juga murid dengan bahan. Hubungan inilah yang

    akan menghasilkan suatu sesi pembelajaran yang dinamik. Guru akan berinteraksi

    dengan murid menggunakan boneka, murid menumpukan perhatian mereka terhadap

     boneka, dan akhir sekali, mereka dapat menceritakan semula apa yang mereka

     pelajari kepada rakan-rakan mereka.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    36/73

    f) Kerelevenan kepada sekolah

    Penggunaan bahan boneka dan kaedah Power Teaching ini sangat relevan

    kepada sekolah. Ianya bukan sekadar terhad didalam bidang sirah atau matapelajaran

    Pendidikan Islam semata-mata. Bahkan skopnya boleh diluaskan lagi dengan

    menerapkanyya didalam matapelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.

    Ianya juga sangat sesuai digunakan didalam kelas-kelas pemulihan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    37/73

    3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

    3.1 Objektif Kajian

    1) Meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui penggunaan boneka dan Power

    Teaching.

    2) Membantu murid mengingati fakta pembelajaran dalam tajuk Keturunan Mulia.

    3.2 Soalan Kajian

    1) Bagaimanakah kombinasi Boneka dan Power Teaching dapat meningkatkan

    amalan pengajaran guru?

    2) Bagaimanakah kombinasi Boneka dan Power Teaching membantu murid

    mengingati fakta pembelajaran dalam tajuk Keturunan Mulia?

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    38/73

     

    4.0 

    KUMPULAN SASARAN

    Bagi menjalankan kajian ini, saya telah mengenalpasti seramai empat orang

    murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Cheding, Banting Selangor yang terdiri

    daripada dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Pemilihan responden adalah

     berdasarkan pemerhatian awal yang telah saya lakukan semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran. Hasil tinjauan ini didapati terdapat empat orang murid yang

     bermasalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil tinjauan ini didapati

    terdapat empat orang murid yang bermasalah semasa proses pengajaran Sirah

    Rasulullah. Mereka ini merupakan individu yang bersesuaian dengan keperluan

    kajian saya.

    Justeru, kajian ini hanya keatas empat orang murid ini sahaja.mereka ini juga

    mewakili setiap aras pengajaran didalam kelas tersebut. Bagi responden yang

    mempunyai aras rendah, kajian ini adalah untuk meransang tumpuannyasemasa

     belajar seterusnya memudahkan kefahamannya untuk mengingati isi pelajaran

    tersebut. Bagi responden yang berada di aras sederhana dan cemerlang pula, ia

     bertujuan membantu meningkatkan kefahaman mereka untuk mengingati sesuatu isi

     pelajaran dengan mudah dan berkesan disamping mengekalkan tumpuan belajar

    mereka.

    Maka dengan itu, teknik yang dijalankan ini bertujuan untuk menarik

     perhatian murid serta secara tidak langsung ianya juga merupakan salah satu cara

     bagi memudahkan murid memahami dan mengingati cerita-cerita, fakta-fakta

    khususnya mengenai Sirah Rasulullah dengan mudah dan berkesan. Sepertimana

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    39/73

     

     pepatah Indonesia ada menyebut; Sekali mendayung, dua-tiga pulau terlewati.

    Bermaksud, saya boleh mencapai dua objektif sekaligus dengan menggunakan

    kaedah ini. Bahkan, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih kreatif

    dan menarik. Saya dapat menimbulkan rasa seronok belajar dalam kalangan murid

    serta pada masa yang sama, saya dapat menilai sejauh mana kah keberkesanan

    kaedah ini dalam mempengaruhi prestasi mereka dalam bidang Sirah ini.

    Jadual 2 : Maklumat Responden 

    Responden 1 2 3 4

    Kelas 1 Bestari 1 Bestari 1 Bestari 1 Bestari

    Jantina Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan

    Prestasi

    akademik

    Sederhana Kurang Baik Kurang Baik Baik

    Ciri-ciri Unik Gemar bertanyasoalan yang tidak berkaitan

    Mudah hilangtumpuan

    Lambatmenyiapkan

    tugasan

    Suka bermainketika gurumengajar

    Menganggurakan

    Kurangkeyakinan bila

    dipanggilkehadapan

    Pendiam

    Mudah hilangtumpuan

    Selalu tidakmembawa bukuteks/latihan

    Aktif

    Tidak dapatmengingati

    fakta mudah

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    40/73

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    41/73

    Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin 

    5.1.1  Fasa Tinjauan Awal

    i. Saya melakukan tinjauan mengenai masalah yang dihadapi semasa melaksanakan

    sesi pengajaran dan pembelajaran.

    ii. Saya mengenal pasti masalah yang berlaku ketika sesi pengajaran dan

     pembelajaran iaitu terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengingati

     peranan keturunan nabi yakni datuk Nabi S.A.W sebagai pembesar Quraisy.

    iii. Saya mengumpulkan maklumat awal mengenai masalah yang dihadapi didalam

    kelas dan juga mengenalpasti murid-murid yang tidak dapat mengingati cerita

    tentang salasilah keturunan Nabi S.A.W melalui pemerhatian.

    iv. Saya mengenalpasti punca-punca murid tidak dapat mengingati isi pelajaran pada

    sesi itu.

    v. Seterusnya, saya mencari objektif dan juga persoalan kajian kepada permasalahan

    ini. Antara objektif utama saya ialah memperbaiki amalan saya ketika bercerita

    Tinjauan

    Awal

    MerancangTindakan

    MelaksanaTindakan

    Menilai

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    42/73

    supaya murid dapat menumpukan perhatian serta mengingati cerita yang saya

    sampaikan.

    vi. Saya melakukan kajian di perpustakaan mengenai kaedah yang dapat

    membuatkan murid fokus kepada pengajaran guru sekaligus mengingati dan

    memahami jalan cerita yang disampaikan. Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan

    untuk membantu penyampaian guru dan membantu kanak-kanak bagi memahami

     jalan cerita. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif dengan menggunakan boneka

    tangan didalam kaedah bercerita bagi membantu murid memahami dan mengingati

    tajuk Salasilah Keluarga Nabi S.A.W.

    vii. Saya merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki amalan

    saya dalam kaedah bercerita iaitu dengan menyediakan bahan bantu yang dapat

    memberi kefahaman kepada murid tentang kisah Salasilah Keluarga Nabi S.A.W.

    viii. Saya bercadang untuk membuat boneka tangan. Fokus saya ialah saya ingin

    menjadikan boneka tersebut sebagai ‘Pencerita’ didalam kelas. Jika saya hanya

     bercerita secara lisan tanpa ada apa-apa bahan disamping saya, murid tidak akan

    memberi perhatian. Justeru, dengan adanya boneka ini, murid akan lebih tertarik

    kepada cerita tersebut.

    5.1.1  Fasa Merancang

    a) Saya menyediakan satu bentuk boneka tangan bagi ‘menemani’ saya sepanjang

    tempoh saya bercerita tentang Salasilah Keluarga Nabi S.A.W.

     b) Langkah-langkah penyediaan boneka tangan :

    i. Menyediakan kain Felt, benang dan jarum.

    ii. Melakar reka bentuk boneka dan memotong mengikut lakaran.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    43/73

    iii. Memasukkan gumpalan kapas kedalam boneka

    iv. Menjahit boneka dengan kemas

    v. Menghias boneka dengan melekatkan aksesori yang sesuai menggunakan gam.

    Strategi pelaksanaan :

    Setelah menyediakan boneka tersebut, saya telah menjalankan sesi

     pengajaran dan pembelajaran tajuk Salasilah Keluarga Nabi S.A.W dengan

    menggunakan kombinasi boneka yang telah disiapkan tadi dengan kaedah Power

    Teaching. Berikut merupakan langkah yang telah saya jalankan sepanjang

     pengajaran dan pembelajaran.

    Jadual 3 : Strategi pelaksanaan 

    Aktiviti Perkara yang dilakukan

    1 (9 minit) i.  Guru memulakan aktiviti bercerita menggunakan

     bonekaii.  Murid berinteraksi dengan pelajaran melalui

     perantaraan bonekaiii.  Soal jawab juga berlaku didalam aktiviti bercerita

    2 (8 minit) i.  Murid mendengar dengan teliti guru mengulang isi

     penting cerita tadiii.  Murid juga melihat gaya pergerakan yang

    ditunjukkan oleh guru.iii.  Murid mengulang semula isi penting dan

    menggayakannya sepertimana yang dilakukan oleh

    guru.

    3 (8 minit) i.  Murid di minta menceritakan dan menggayakankembali isi penting yang didengari tadi kepada rakan

    disebelah atau dihadapan mereka.ii.  Setelah habis bercerita, murid yang mendengar tadi

     pula melakukan perkara yang sama.iii.  Murid dibimbing oleh guru.

    4 (5 minit) i.  Soalan Kuiz diajukanii.  Markah murid direkodkan

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    44/73

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    45/73

    5.1.4 Fasa Menilai

    Alhamdulillah, sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

     boneka tangan dan  Power Teaching   telah berjalan dengan lancar. Murid-murid

     begitu berminat ketika saya menyampaikan cerita dengan menggunakan boneka ini.

    Buktinya mereka berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang saya kemukakan

    ketika saya bercerita. Contohnya saya bertanya kepada mereka dengan menggunakan

     boneka itu, “Siapa yang boleh beritahu pakcik apakah tugas datuk nabi ketika

    musim haji?”  dan saya lihat murid-murid serta beberapa orang responden dapat

    menjawabnya dengan betul.

    Sambil bercerita, saya menjalankan kaedah power teaching, setelah

    menyampaikan satu daripada isi pelajaran, saya arahkan murid untuk duduk

     berhadapan dengan rakan mereka. apabila saya berkata “Mula!”, kelas mulai bising

    dengan suara murid-murid. Mereka bercerita sambil menggayakan tangan mengikut

    apa yang telah saya tunjukkan tadi. Sepanjang pemerhatian saya, saya dapati mereka

     begitu fokus dan bersungguh-sungguh menerangkan kepada rakan mereka. walaupun

    ada yang masih malu-malu untuk bercerita, tetapi mereka masih mampu

    menyampaikan dengan baik.

    Kemudian, setelah tamat sesi bercerita saya telah menyuruh beberapa orang

    murid untuk bercerita dihadapan. Termasuklah empat orang responden saya. Saya

    lihat keempat-empat responden dapat bercerita dengan baik.

    Saya dapati kekuatan pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah dari

    segi penggunaan boneka tersebut. Hal ini kerana, boneka ini dapat menarik perhatian

    murid ketika saya bercerita. Buktinya, ketika saya mengeluarkan boneka tersebut,

    mereka berebut-rebut untuk memegangnya. Mereka tertanya-tanya apakah yang saya

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    46/73

    inigin lakukan dengan boneka tersebut. Reka bentuk boneka dan gaya saya meniru

    suara orang tua ketika saya menyampaikan cerita dengan boneka tersebut

    membuatkan murid berasa seronok dan berminat untuk mengikuti kisah yang saya

    sampaikan.

    Begitu juga dengan kaedah Power Teaching  yang bagi saya merupakan suatu

    kaedah yang baru bagi mereka. Murid begitu bersungguh memerhatikan gerak tangan

    saya supaya mereka dapat meniru dan menggayakannya semula ketika bercerita

    kepada rakan mereka. dengan kaedah ini, murid yang tidak memahami atau masih

    kabur dengan cerita yang saya sampaikan akan dikukuhkan pemahaman mereka

    dengan cerita yang disampaikan semula oleh rakan mereka. mereka akan menupukan

     perhatian kerana selepas itu giliran mereka pula untuk menyampaikan cerita kepada

    rakan mereka.

    Dari segi kelemahannya pula, tumpuan murid sedikit terganggu kerana

    masing-masing ingin memegang boneka tersebut. Perkara ini menyukarkan saya

    untuk meneruskan cerita. Namun begitu saya faham, ini ialah perkara yang normal

     bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun yang gemar akan permainan atau watak

    kartun. Sebagai penambahbaikkan, saya perlu bijak mengawal kelas supaya tumpuan

    mereka tidak terganggu dek kerana boneka tersebut.

    Selain itu, kaedah  Power Teaching  yang saya gunakan itu perlu dilatih dari

    semasa ke semasa. Penerangan demi penerangan tentang kaedah itu perlu diberikan

    kepada murid supaya mereka tidak lupa apabila mendengar arahan “Mula!” dari

    saya.

    Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan sesi pengajaran dan

     pembelajaran yang telah dijalankan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    47/73

    5.2 Cara Mengumpul Data

    Dalam menjalankan kajian tindakan ini, beberapa teknik telah digunakan

    sepanjang proses ini dilaksanakan. Saya menggunakan teknik pemerhatian, temubual

    dan analisis dokumen bagi mengumpul data yang diperlukan oleh saya.

    Jadual 4 : Cara pengumpulan data 

    Langkah Tindakan Tujuan

    Langkah 1 Pemerhatian 1 Mengenalpasti responden dalam memberitumpuan semasa proses guru bercerita.

    Langkah 2  Temubual

    (responden)

    Temubual dijalankan untuk mendapat maklum balas responden mengenai penggunaan bonekadan Power Teaching.

    Dilakukan secara temubual berstruktur bersamaselepas pelaksanaan kajian dijalankan.

    Untuk mengukuhkan soal selidik yang telahdijalankan keatas mereka.

    Langkah 3 Analisis Dokumen Jurnal refleksi kendiri guru

    a) Jurnal Refleksi ini memberi ruang kepada sayauntuk memhasabah kembali pengajaran saya dari

    sudut kekuatan dan kelemahan diri.

    Lembaran Kerja

    a) Soalan kuiz secara lisan akan diajukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Perkara ini dapat memberi peluang kepada saya

    untuk mengenalpasti kesilapan dan kecuaian yangdilakukan murid dalam memahami tajuk yang

    dipelajari.

    5.2.1 Pemerhatian

    Saya telah menjalankan pemerhatian semasa dan selepas saya bercerita.

    Berikut merupakan aspek-aspek yang dinilai sewaktu saya melakukan pemerhatian :

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    48/73

    Jadual 5 : Aspek-aspek pemerhatian 

    Perkara yang dinilai Sebelum Selepas

    M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

    Bersembang dengan rakan / X X / / X X X

    Membuat kerja sendiri X / X X X X X X

    Mengantuk X X / X X X X X

    Menumpukan perhatian ketika

    guru bercerita

    X X X / / / / /

    Menjawab soalan daripada

    guru

    X X X X / / / /

    Menceritakan semula

    dihadapan kelas

    X X X X / / X /

    5.2.2 Temubual

    Saya juga telah menjalankan temubual bersama responden untuk mengetahui

    samada mereka faham serta ingat atau tidak kisah Salasilah keluarga Nabi S.A.W.

    Proses temubual berstruktur telah dilakukan selepas pelaksanaan teknik tersebut

    dijalankan didalam kelas. Ini kerana, pada pendapat saya waktu seperti ini tidak

    menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya bersama mereka. malah

    kemungkinan jawapan yang diberikan juga lebih terbuka dan ia akan memberi

    kebebasan kepada murid untuk memberi pendapat masing-masing tanpa rasa segan.

    Dari segi kelebihannya, ia memudahkan memfokus kepada persoalan kajian saya

    sahaja.

    Jadual 6 : Soalan-soalan temubual  

    Bil. Soalan

    1. Adakah kamu suka dengan pembelajaran pada hari ini ?

    2. Adakah kamu suka dengan boneka yang ustaz bawa ?

    3. Adakah kamu faham tentang tajuk ‘Keturunan Mulia’ ini ? 4. Adakah kamu mengingati isi-isi penting dalam tajuk ‘Keturunan Mulia’ ini? 

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    49/73

    5. Adakah kamu berasa mengantuk dan bosan ketika ustaz bercerita menggunakan boneka ?

    6. Apakah perasaan kamu ketika bercerita kepada rakan kamu tadi ?

    7. Adakah kaedah ‘Power Teaching’ membantu kamu mengingati isi pelajaran ?  

    8. Adakah kamu dapat bercerita dengan lancar dihadapan kelas ?

    5.2.3 Analisis Dokumen

    Dokumen yang digunakan ialah dokumen markah soalan kuiz yang telah

    diajukan kepada murid. Berdasarkan kuiz ini saya dapat melihat dengan jelas tahap

     penguasaan murid terhadap isi pelajaran. Rasional saya menggunakan kaedah kuiz

    secara lisan ini ialah kerana responden masing-masing lemah dalam penguasaan jawi

    dan juga rumi. Oleh itu, kuiz secara lisan telah dijalankan bagi memudahkan saya

    mengukur tahap kemajuan mereka. Kuiz ini telah dijalankan secara dua peringkat.

    Peringkat pertama, sebelum perlaksanaan kajian, dan peringkat kedua selepas

     perlaksanaan kajian.

    Bagi penulisan refleksi pula, ia memberi ruang kepada saya untuk

    menganalisis kekuatan dan kelemahan diri. Melaluinya, saya dapat membuat

     pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Seorang

    guru harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap murid, maka setiap guru harus

    melaksanakan amalan reflektif agar dapat membuat penambahbaikan terhadap

    aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    50/73

    6.0 ANALISIS DAN INTREPETASI DATA

    Setiap data-data yang diperolehi sepanjang kajian ini dilaksanakan perlu

    dianalisis bagi mendapatkan hasil kajian yang tulen. Ini bermaksud tiada sebarang

    tokok tambah terhadap dapatan kajian yang terjadi daripada pungutan data terlebih

    dahulu. Analisis data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan

    mempersembahkan data serta prosedur statistik. Berdasarkan analisa terhadap data

    yang diperoleh, saya dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan bagi

    setiap dapatan kajian yang diperoleh.

    6.1 Pemerhatian

    Daripada pemerhatian yang dijalankan, sebelum menggunakan kombinasi

     boneka dan  Power Teaching , keempat-empat responden tidak dapat menjawab

    soalan saya ketika saya bercerita. Saya andaikan bahawa keempat-empat mereka

    tidak memahami dengan baik cerita yang saya sampaikan. Oleh itu, mereka mula

     bosan dan membuat aktiviti-aktiviti lain seperti bersembang, membuat kerja sendiri

    dan mengantuk. Oleh kerana mereka melakukan aktiviti lain, maka mereka tidak

    memberi tumpuan ketika saya bercerita sekalgus tidak mengingati point-point utama

    cerita tersebut.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    51/73

    Selepas saya menggunakan kombinasi boneka dan kaedah  Power Teaching  

    dalam sesi bercerita, saya dapati tiga daripada empat responden bersungguh-sungguh

    menjawab soalan semasa dan selepas sesi bercerita. Seorang lagi responden hanya

    mendiamkan diri sahaja. Ini menunjukkan bahawa responden ini sedang fokus

    semasa saya bercerita. Semasa saya menyuruh mereka bercerita pula, hampir

    kesemua responden dapat menceritakan peranan keturunan Nabi S.A.W dengan

     betul. Mereka juga dapat mengingati isi-isi tambahan daripada pelajaran lepas seperti

    nama datuk Nabi S.A.W, nama ayah dan ibu Nabi S.A.W.

    Jadual 7 : Analisis tingkah laku responden pemerhatian pertama dan kedua 

    Perkara yang dinilai Sebelum Selepas

    R1 R2 R3 R4 R1 R2 R3 R4

    Bersembang dengan rakan / X X / / X X X

    Membuat kerja sendiri X / X X X X X X

    Mengantuk X X / X X X X X

    Menumpukan perhatian ketikaguru bercerita X X X / / / / /

    Menjawab soalan daripada guru X X X X / / X /

    Menceritakan semula dihadapankelas

    X X X X / / X /

    Jadual 8 :  Analisis ingatan responden terhadap isi pelajaran yang disampaikan 

    Isi pelajaran yang disebut Sebelum Selepas

    R1 R2 R3 R4 R1 R2 R3 R4

     Nabi Muhamamad berasal dariketurunan bangsa Quraisy

    X X X X / / X /

    Datuk Nabi ialah ketua penduduk Makkah

    / X X / / / / /

    Datuk Nabi merupakan pemegang kunci Kaabah

    / X / / / / / /

    Datuk Nabi menjamu jemaahhaji pada musim haji

    X / X / / X X /

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    52/73

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    53/73

    Jadual 9 : Soalan temubual  

    Bil. Soalan

    1. Adakah kamu suka dengan pembelajaran pada hari ini ?

    2. Adakah kamu suka dengan boneka yang ustaz bawa ?

    3. Adakah kamu faham tentang tajuk ‘Keturunan Mulia’ ini ? 

    4. Adakah kamu mengingati isi-isi penting dalam tajuk ‘Keturunan Mulia’ ini? 

    5. Adakah kamu berasa mengantuk dan bosan ketika ustaz berceritamenggunakan boneka ?

    6. Apakah perasaan kamu ketika bercerita kepada rakan kamu tadi ?

    7. Adakah kaedah ‘ Power Teaching ’ membantu kamu mengingati isi pelajaran

    8. Adakah kamu dapat bercerita dengan lancar dihadapan kelas ?

    Jadual 10 : Tahap kefahaman responden terhadap tajuk ‘Keturunan Mulia’  

    Aspek Responden Peratusan

    R1 R2 R3 R4

    Tidak faham

    Faham sedikit / 50%

    Faham / / / 50%

    Jadual 11 : Tahap ingatan responden terhadap isi-isi penting dalam tajuk

    ‘Keturunan Mulia’ .

    Aspek Responden Peratusan

    R1 R2 R3 R4

    Tidak Ingat

    Ingat separuh / / 50%

    Ingat sepenuhnya / / 50%

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    54/73

    Jadual 12 : Tahap minat responden terhadap kaedah bercerita menggunakan boneka 

    Aspek Responden Peratusan

    R1 R2 R3 R4

    Tidak suka

    Suka

    Sangat suka / / / / 100%

    Jadual 13 : Tahap minat responden terhadap kaedah Power Teaching. 

    Aspek Responden Peratusan

    R1 R2 R3 R4

    Tidak ingat

    Sederhana / 25%

    Mudah ingat / / / 75%

    Daripada temubual temubual yang dijalankan di atas, saya dapati keempat-

    empat responden suka dengan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan

     boneka dan  Power Teaching . Selain itu, mereka juga tidak berasa mengantuk dan

    tidak berasa bosan ketika saya mengajar. Ini menunjukkan bahawa penggunaan

     boneka dan Power Teaching  benar-benar dapat menarik perhatian mereka.

    Kemudian, kaedah ini juga membuatkan responden mendapat gambaran yang

     jelas, memahami sekaligus mengingati isi pelajaran dalam tajuk ‘Keturunan Mulia’.

    Buktinya, apabila saya bertanya kepada mereka samada mereka ingat atau tidak

     perkara yang diceritakan, mereka mengatakan bahawa mereka ingat. Begitu juga

    ketika saya bertanya mereka tentang isi-isi penting yang terdapat didalam tajuk ini

    seperti peranan datuk Nabi S.A.W, tiga daripada empat responden dapat menjawab

    dengan lancar. Ini menunjukkan mereka bukan sahaja faham, bahkan turut

    mengingati isi-isi penting dalam tajuk ini.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    55/73

     Namun begitu, terdapat beberapa ketika terdapat sebahagian daripada

    responden yang tidak dapat menjawab soalan dan bercerita dengan lancar. Sebagai

    contoh, soalan “Nabi Muhammad berbangsa apa?”. Apabila ditanya mengapa dia

    tidak dapat menjawab, rupanya dia lupa akan perkataan Quraisy itu kerana perkataan

    itu tidak pernah didengari sebelum ini. Begitu juga ketika disoal “Apakah peranan

    datuk Nabi S.A.W?”. Responden hanya dapat menjawab “…memberi makan…”.

    Tahulah saya bahawa perkataan ‘jemaah haji’ itu asing bagi responden. Dan ini

    tidaklah menghairankan saya kerana responden masih berada di tahun satu, sudah

     pasti mereka belum mendapat pendedahan tentang bab Haji.

    Secara kesimpulannya, hasil daripada temubual yang dijalankan sebelum dan

    selepas penggunaan boneka dan  Power Teaching   ini menunjukkan bahawa berlaku

     peningkatan yang positif baik dari segi tingkah laku dan kefahaman serta ingatan

    dalam tajuk yang telah diajar.

    6.3 Analisis Dokumen 

    6.3.1 Markah soalan kuiz

    Data dokumen yang dianalisis bagi kajian ini ialah dokumen markah soalan

    kuiz yang telah diajukan kepada murid. Berdasarkan kuiz ini saya dapat melihat

    dengan jelas tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran. Rasional saya

    menggunakan kaedah kuiz secara lisan ini ialah kerana responden masing-masing

    lemah dalam penguasaan jawi dan juga rumi. Oleh itu, kuiz secara lisan telah

    dijalankan bagi memudahkan saya mengukur tahap kemajuan mereka. Kuiz ini telah

    dijalankan secara dua peringkat. Peringkat pertama, sebelum perlaksanaan kajian,

    dan peringkat kedua selepas perlaksanaan kajian. Ini secara tidak langsung

    memudahkan saya menilai tahap peningkatan murid selepas kajian dilaksanakan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    56/73

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    57/73

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    R1R2

    R3R4

    Sebelum

    Selepas

    Rajah 2 : Graf markah yang diperolehi responden

    6.3.2 Jurnal Refleksi Guru

    Rajah 3 :  Jurnal Refleksi Sebelum sebelum menggunakan boneka dan Power

    Teaching dalam kaedah bercerita 

    “…Ketika saya bercerita, saya tidak dapat membuatkan merekamendapatkan gambaran tentang situasi didalam cerita. Misalnya, ada murid yang

    tidak tahu apa itu Kaabah. Perkara ini membuatkan murid tidak dapat memahamikronologi cerita tersebut” 

    “Saya rasakan cerita yang saya sampaikan tidak berkesan kerana saya

    lihat ada segelintir murid yang tidak memberi perhatian ketika saya bercerita. Olehkerana mereka tidak dapat memahami isi-isi penting dalam peristiwa ini, makamereka berasa bosan dan melakukan perkara-perkara lain seperti bersembang,menganggu rakan dan juga bermain” 

    “… mereka juga memberi respon yang mengecewakan ketika sayamenyuruh mereka menceritakan semula tentang peranan datuk Nabi selaku pembesar Quraisy, hampir kesemua mereka tidak dapat menceritakan semula…” 

    “Namun begitu, apa yang saya sesali, masih terdapat segelintir murid seperti yang saya nyatakan sebelum ini yang tidak dapat langsung mengingati

    kronologi didalam peristiwa tersebut.” 

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    58/73

    Rajah 4 : Jurnal Refleksi selepas menggunakan boneka dan Power Teaching dalam

    kaedah bercerita 

    “…saya dapati kekuatan PdP pada kali ini ialah dari segi penggunaan

    boneka. Hal ini kerana boneka dapat menarik perhatian murid ketika sayamenyampaikan cerita. Buktinya, ketika saya mengeluarkan boneka tersebut, ada

    dikalangan murid yang tertanya tanya apakah benda yang saya telah keluarkan.” 

    “Kesemua  responden dapat menceritakan semula cerita tersebut kepada

     pasangan mereka. saya begitu teruja melihat mereka berusaha bersungguh-sungguh

    menerangkan kepada rakan mereka..” 

    “Setelah tamat bercerita, saya telah menyuruh beberapa orang murid untuk

    bercerita dihadapan kelas dengan menggunakan boneka sambil membuat gaya

     gerakan tangan seperti yang teah saya tunjukkan. Saya lihat murid-murid begitu teruja

    untuk menyampaikan cerita termasuklah beberapa orang responden yang dipilih. Kesemua mereka dapat menyampaikan cerita dengan baik.” 

    “Mereka juga turut mengingati isi-isi penting yang terdapat didalam peristiwa

    tersebut ketika menyampaikan cerita.” 

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    59/73

    7.0 DAPATAN

    Bahagian ini akan menerangkan dapatan kajian hasil analisis data

    yang diperolehi daripada kesemua instrumen kajian yang digunakan.

    Setelah kajian dijalankan menggunakan kaedah kombinasi boneka

    dan  Power Teaching , saya telah melihat perkembangan positif yang besar

    dari setiap responden. Perkembangan yang memberansangkan ini secara

    tidak langsung menunjukkan kejayaan hasil daripada kaedah yang telah

    dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan kajian ini, saya banyak memperolehi

     pengalaman terutama sekali dalam menyelidiki punca-punca masalah murid

    dalam mengekalkan fokus ketika PdP serta mengingati isi pelajaran. Dengan

    hasil yang mmberansangkan ini, sedikit sebaanyak memberi semangat ke

    atas diri saya untuk meneruskan serta mengaplikasikan kaedah ini terhadap

    murid-murid lain pada masa akan datang.

    Bagi menghuraikan dapatan kajian ini, saya telah menetapkan dua

     persoalan kajian utama yang bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah

    yang dilaksanakan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    60/73

    7.1 Soalan Kajian 1:  Bagaimanakah kombinasi boneka dan  Power Teaching  

    dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru?

    Setelah menjalankan analisis terhadap senarai semak pemerhatian , kesemua

    responden dilihat mengalami perubahan positif dari segi tingkah laku serta respon

    mereka ketika guru mengajar. Ketika sesi PdP berjalan, saya perhatikan murid tidak

    lagi mengulangi tingkahlaku disruptif. Mereka dapat memberi perhatian ketika guru

     bercerita menggunakan boneka.

    Jadual 15 : Analisis tingkah laku responden pemerhatian pertama dan kedua Perkara yang dinilai Sebelum Selepas

    R1 R2 R3 R4 R1 R2 R3 R4

    Bersembang dengan rakan / X X / / X X X

    Membuat kerja sendiri X / X X X X X X

    Mengantuk X X / X X X X X

    Menumpukan perhatian ketika

    guru bercerita

    X X X / / / / /

    Selain itu juga, berdasarkan temubual  berstruktur yang dijalankan kepada

    murid saya mendapati penggunaan kaedah ini dapat memberi perasaan gembira dan

    seronok kepada murid semasa pembelajaran sirah dijalankan. Murid juga lebih suka

     pembelajaran menggunakan boneka berbanding bercerita secara biasa di dalam kelas.

    Perkara ini merupakan suatu perkembangan yang sangat baik buat mereka kerana

    dengan timbulnya minat untuk belajar, responden sudah pastinya akan lebih memberi

    tumpuan didalam PdP, tidak seperti sebelum-sebelum ini. Berikut dilampirkan hasil

    analisis temubual sebagai bahan sokongan kepada pernyataan ini. Jawapan temubual

     bagi setiap responden turut dicatatkan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    61/73

    Jadual 16: Jadual tahap minat responden terhadap kaedah bercerita menggunakan

    boneka. 

    Jadual 17 : Soalan Temubual 1

    “Apakah perasaan kamu ketika kita belajar didalam kelas tadi?”  

    Responden Jawapan

    1 “Seronok…pakcik tu lawak..” 

    2 “Best, nanti ustaz jangan lupa bawak pakcik tu lagi tau..” 

    3 “Emmm, suka..tapi bila saya nak cerita kat kawan saya, saya lupa sikit- sikit” 

    4 “Seronok..tadi saya menang pertandingan cerita tu..” 

    Menurut jurnal refleksi guru, selepas pelaksanaan kombinasi boneka dan

     Power Teaching   ini, dapat dilihat setiap murid mengambil bahagian dalam sesi

     Power Teaching   dengan menceritakan kepada rakan mereka disebelah. Bahkan

    ketika mereka dipanggil kehadapan juga mereka dapat bercerita dengan baik.

    Rajah 5 : Petikan Jurnal Refleksi Guru 

    Aspek Responden Peratusan

    R1 R2 R3 R4

    Tidak suka

    Suka

    Sangat suka / / / / 100%

    “…saya dapati kekuatan PdP pada kali ini ialah dari segi penggunaan boneka. Hal

    ini kerana boneka dapat menarik perhatian murid ketika saya menyampaikan

    cerita…” 

    “Kesemua responden dapat menceritakan semula cerita tersebut kepada pasangan

    mereka. saya begitu teruja melihat mereka berusaha bersungguh-sungguh

    menerangkan kepada rakan mereka..” 

    “… Mereka juga turut mengingati isi-isi penting yang terdapat didalam peristiwa

    tersebut ketika menyampaikan cerita.” 

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    62/73

    Berdasarkan bukti-bukti yang telah dilampirkan, maka dapatlah disimpulkan

     bahawa kajian ini dapat membantu meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru.

    Perubahan murid dari segi tingkahlaku yang positif, penglibatan dalam PdP serta

    minat untuk belajar mereka melalui kajian ini menunjukkan amalan pengajaran guru

    telah menuju satu langkah kehadapan.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    63/73

    7.2 Soalan 2 : Bagaimanakah kombinasi Boneka dan Power Teaching  membantu

    murid mengingati fakta pembelajaran dalam bidang Sirah?

    Bagi menjawab persoalan ini, terlebih dahulu kita lihat pada jadual yang

    terhasil daripada analisis data pemerhatian terhadap responden ketika mereka

     bercerita:

    Jadual 18: Analisis ingatan responden terhadap isi pelajaran yang disampaikan 

    Isi pelajaran yang disebut Sebelum Selepas

    M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

     Nabi Muhamamad berasal dariketurunan bangsa Quraisy

    X X X X / / X /

    Datuk Nabi ialah ketua pendudukMakkah

    / X X / / / / /

    Datuk Nabi merupakan pemegangkunci Kaabah

    / X / / / / / /

    Datuk Nabi menjamu jemaah haji pada musim haji

    X / X / / X X /

    Berdasarkan jadual diatas, responden didapati menunjukkan peningkatan

    secara mendadak terhadap  pemahaman mereka tentang tajuk ‘Keturunan Mulia’.

    Responden-responden dapat memahami dan menyebut isi-isi penting dalam tajuk

    ‘Keturunan Mulia’ dengan baik serta betul. Ini secara tidak langsung menunjukkan

     penguasaan secara holistik oleh para responden terhadap kesemua fakta yang telah

    diceritakan . Murid lebih mudah memehami pelajaran dengan kaedah yang

    diperkenalkan oleh guru.

    Selain itu, berdasarkan data yang dikumpulkan menggunakan instrumen

     pengumpulan data temu bual, pengkaji juga mendapati murid lebih mudah

    mengingati isi pelajaran dengan kaedah yang dilaksanakan. Antara faktor yang

    menjadikan murid lebih mudah mengingat adalah kerana kaedah ini menggabungkan

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    64/73

    ketiga-tiga deria penglihatan, pendengaran serta lisan. Antara sesi temu bual dengan

    responden direkodkan dengan jadual berikut.

    Jadual 19 : Tahap keberkesanan penggunaan kaedah ‘Power Teaching’ dalammengingati isi pelajaran 

    Aspek Responden Peratusan

    R1 R2 R3 R4

    Tidak ingat

    Sederhana / 25%

    Mudah ingat / / / 75%

    Jadual 20 : Soalan Temubual 2

    Adakah penggunaan boneka dan kaedah power teaching  tadi dapat membantu kamumengingat peranan keluarga nabi dengan mudah?

    Responden  Jawapan 

    1 “Hmm, ya..tadi waktu ustaz tanya saya jawab semua betul..” 

    2 “Mula-mula waktu saya nak cerita tu saya terlupa, tapi bila ustaz

    tunjuk (isyarat tangan) baru saya ingat ” 3 “Ya.. Tapi tadi tu diorang bising sangat..” 

    4 “Haah..saya ingat balik yang macam ustaz tunjuk tu, baru saya boleh jawab soalan kuiz tadi..” 

    Berdasarkan hasil temu bual diatas, kita dapat lihat bahawa responden

    mengakui keberkesanan kaedah Power Teaching  ini dalam membantu mereka untuk

    mengingati isi pelajaran. Bahkan kefahaman mereka telahpun diterjemahkan dalam

     bentuk markah kuiz yang diperoleh mereka. Berlaku peningkatan dalam bentuk

    markah dan ianya dapat dilihat melalui jadual dibawah :

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    65/73

    Jadual 21 : Pencapaian murid sebelum dan selepas menjalani sesi pengajaran

    Responden Bilangan soalan yang dapat dijawab

    Sebelum SelepasR1 5/6 6/6

    R2 4/6 5/6

    R3 3/6 5/6

    R4 6/6 6/6

    Persoalan kajian ini diperkukuhkan dengan peningkatan pencapaian

    responden selepas menguji kaedah ini. Sebelum kaedah kombinasi boneka dan

     Power Teaching   ini dijalankan, ada diantara responden yang mendapat markah

    rendah, yakni hanya dapat menjawab separuh sahaja soalan yang diajukan oleh guru.

     Namun begitu, setelah kaedah ini diaplikasikan terhadap responden, mereka masing-

    masing menunjukkan kemajuan. Malahan mereka juga dapat bercerita kepada rakan

    mereka semula. Berdasarkan ketiga-tiga analisa tersebut, pengkaji dapat membuat

    rumusan bahawa dengan mengaplikasikan kaedah  Power Teaching   dengan betul,

    murid dapat mengekalkan ingatan mereka terhadap perkara yang dipelajari.

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teaching

    66/73

    8.0 RUMUSAN

    Setiap hari guru dapat melihat masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

    murid. Oleh itu, seseorang guru harus menjadi produktif dalam mencari

     penyelesaian bagi setiap masalah murid-muridnya. Namun demikian, tidak dinafikan

     pada sesetengah peringkat, guru terpaksa menyerah dan hanya memperbanyakkan

    latihan terhadap murid. Hal ini berlaku apabila seseorang guru itu telah melakukan

     pelbagai perkara tetapi hasilnya tetap gagal. Selain daripada faktor guru, kebanyakan

    masalah berpunca daripada murid yang kurang minat untuk belajar. Faktor terjadi hal

     begini kerana murid berasa bosan. Cara terbaik bagi menghilangkan bosan tersebut

    adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran agar menjadi menarik dan lebih

    menyeronokkan.

    Dengan menggunakan boneka sebagai daya penarik bagi mereka untuk

    mengekalkan fokus dalam PDP, murid dapat belajar dalam peraasaan yang seronok.

     Naluri kanak-kanak mereka yang suka dengan permainan menjadikan mereka tertarik

    dengan penggunaan boneka ini. Bermula dengan menarik dan mengekalkan minat

    murid dengan menggunakan boneka, kaedah  Power Teaching   pula memastikan

    murid dapat memahami dan mengingati dengan baik akan ilmu yang disampaikan.

    Saya dapati kekuatan pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah dari

    segi penggunaan boneka tersebut. Hal ini kerana, boneka ini dapat menarik perhatian

    murid ketika saya bercerita. Buktinya, ketika saya mengeluarkan boneka tersebut,

    mereka berebut-rebut untuk memegangnya. Mereka tertanya-tanya apakah yang saya

    inigin lakukan dengan boneka tersebut. Reka bentuk boneka dan gaya saya meniru

  • 8/20/2019 Kombinasi Penggunaan Boneka Dan Power Teach