2
NATIONAL HEART CENTRE SINGAPORE 5 Hospital Drive Singapore 169609 Tel: (65) 6704 8000 Fax: (65) 6844 9030 Email: [email protected] Website: www.nhcs.com.sg Reg No 199801148C Printed June 2017 Maklum Balas Kami menghargai maklum balas anda sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami bagi manfaat pesakit-pesakit kami. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau ingin berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan kami, anda boleh menghubungi Pegawai Kualiti Perkhidmatan kami ditalian: 6704 2379 / 6704 2059, atau email kami di [email protected] Kami mengucapkan terima kasih kerana menaruh kepercayaan anda kepada kami. Arahan Awal Perubatan 1 (AMD) ialah satu dokumen sah yang anda tandatangani terlebih dahulu untuk memberitahu doktor yang merawat anda yang anda tidak mahu sebarang rawatan pengekalan hidup untuk memanjangkan hidup anda jika suatu hari nanti anda mengalami penyakit yang membawa maut atau tidak sedarkan diri. Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan 2 (NEHR) ialah sebuah sistem tukaran data pesakit yang membolehkan klinisian dan profesional penjagaan kesihatan melihat rekod kesihatan anda daripada pelbagal institusi penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan kebangsaan. NEHR termasuk maklumat seperti: Sejarah masuk wad dan kunjungan pesakit Laporan ringkas keluar hospital Makmal, X-ray dan lain-lain keputusan ujian radiologi Sejarah perubatan Alahan dan imunisasi Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AMD dan NEHR, sila layari lelaman web Kementrian Kesihatan di www.moh.gov.sg Komitment Kami Terhadap Pesakit-Pesakit Kami kesihatan mental, kecuali mereka memilih untuk pengecualian. Ia juga menyelaraskan pemindahan dari penderma yang masih hidup. HOTA membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal dan aktif. Di bawah HOTA, mereka bukan sahaja berpeluang untuk membantu orang lain, tetapi juga akan mempunyai keutamaan dalam senarai menunggu sekiranya mereka memerlukan pemindahan organ. Ini akan menjadi kritikal apabila diperlukan. Mereka boleh memilih untuk pengecualian dari HOTA jika mereka tidak mahu menderma organ selepas kematian dan hasrat mereka akan dihormati. Borang pengecualian boleh didapati di hospital, dan poliklinik- polikinik atau dari Unit Pemindahan Organ Nasional di Blok 3 Tingkat 1, Hospital Besar Singapura, Singapura 169608, talian : 6321 4390. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian penting HOTA: 1800-2254-122 atau layari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg Tanggungjawab Anda Sementara kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kepentingan anda sebagai pesakit kami, adalah penting untuk anda memainkan peranan anda dalam seluruh proses rawatan. Kami mahu memberikan anda penjagaan sebaik mungkin yang memenuhi keperluan anda dan mengutarakan kebimbangan keluarga anda: 1. Memberi maklumat lengkap mengenai sejarah-sejarah perubatan anda (termasuk alergi-alergi dan ubat-ubat yang diambil), keadaan kewangan, dan butir-butir lain untuk membolehkan kami membantu anda. 2. Mematuhi rancangan-rancangan rawatan yang diberikan kepada anda oleh penjaga kesihatan profesional kami. 3. Memaklumkan kepada kami apabila anda menghadapi masalah yang menghalang anda daripada mematuhi rancangan-rancangan rawatan. 4. Memaklumkan kepada kami mengenai perubahan dalam keadaan perubatan anda. 5. Menyelesaikan dengan segera bayaran yang dikehendaki bagi perkhidmatan-perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada anda. 6. Melantik seorang yang boleh membuat keputusan untuk mewakili hasrat anda mengenai penjagaan anda jika pada suatu masa nanti anda tidak dapat berbuat demikian. 7. Melayan semua kakitangan kami, pesakit dan pelawat lain dengan penuh hormat dan berbudi bahasa. 8. Mematuhi peraturan-peraturan hospital seperti polisi lawatan. 9. Bertanyalah soalan jika anda tidak faham supaya kami dapat jelaskan sebarang keraguan atau kebimbangan yang mungkin ada, ini akan membantu anda untuk menjaga diri dengan lebih baik di rumah, selepas keluar dari hospital. 10. Memberitahu kami terlebih dahulu jika anda tidak dapat menepati lawatan susulan.

Komitment Kami Terhadap Pesakit-Pesakit Kami · lain pada diagnosis dan rancangan rawatan. Jika anda ... kejururawatan dan disiplin kesihatan yang berkaitan mungkin menyertai penjagaan

  • Upload
    lyquynh

  • View
    220

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Komitment Kami Terhadap Pesakit-Pesakit Kami · lain pada diagnosis dan rancangan rawatan. Jika anda ... kejururawatan dan disiplin kesihatan yang berkaitan mungkin menyertai penjagaan

NATIONAL HEART CENTRE SINGAPORE5 Hospital Drive

Singapore 169609Tel: (65) 6704 8000 Fax: (65) 6844 9030

Email: [email protected] Website: www.nhcs.com.sg

Reg No 199801148C

Printed June 2017

Maklum BalasKami menghargai maklum balas anda sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami bagi manfaat pesakit-pesakit kami. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau ingin berkongsi pengalaman mengenai perkhidmatan kami, anda boleh menghubungi Pegawai Kualiti Perkhidmatan kami ditalian: 6704 2379 / 6704 2059, atau email kami di [email protected]

Kami mengucapkan terima kasih kerana menaruh kepercayaan anda kepada kami.

Arahan Awal Perubatan1 (AMD) ialah satu dokumen sah yang anda tandatangani terlebih dahulu untuk memberitahu doktor yang merawat anda yang anda tidak mahu sebarang rawatan pengekalan hidup untuk memanjangkan hidup anda jika suatu hari nanti anda mengalami penyakit yang membawa maut atau tidak sedarkan diri.

Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan2 (NEHR) ialah sebuah sistem tukaran data pesakit yang membolehkan klinisian dan profesional penjagaan kesihatan melihat rekod kesihatan anda daripada pelbagal institusi penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan kebangsaan.

NEHR termasuk maklumat seperti:• Sejarah masuk wad dan kunjungan pesakit • Laporan ringkas keluar hospital• Makmal, X-ray dan lain-lain keputusan ujian radiologi• Sejarah perubatan• Alahan dan imunisasi

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AMD dan NEHR, sila layari lelaman web Kementrian Kesihatan di www.moh.gov.sg

Komitment Kami Terhadap Pesakit-Pesakit Kami

kesihatan mental, kecuali mereka memilih untuk pengecualian. Ia juga menyelaraskan pemindahan dari penderma yang masih hidup.

HOTA membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal dan aktif. Di bawah HOTA, mereka bukan sahaja berpeluang untuk membantu orang lain, tetapi juga akan mempunyai keutamaan dalam senarai menunggu sekiranya mereka memerlukan pemindahan organ. Ini akan menjadi kritikal apabila diperlukan. Mereka boleh memilih untuk pengecualian dari HOTA jika mereka tidak mahu menderma organ selepas kematian dan hasrat mereka akan dihormati. Borang pengecualian boleh didapati di hospital, dan poliklinik-polikinik atau dari Unit Pemindahan Organ Nasional di Blok 3 Tingkat 1, Hospital Besar Singapura, Singapura 169608, talian : 6321 4390.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian penting HOTA: 1800-2254-122 atau layari laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.sg

Tanggungjawab AndaSementara kami mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kepentingan anda sebagai pesakit kami, adalah penting untuk anda memainkan peranan anda dalam seluruh proses rawatan. Kami mahu memberikan anda penjagaan sebaik mungkin yang memenuhi keperluan anda dan mengutarakan kebimbangan keluarga anda:1. Memberi maklumat lengkap mengenai sejarah-sejarah

perubatan anda (termasuk alergi-alergi dan ubat-ubat yang diambil), keadaan kewangan, dan butir-butir lain untuk membolehkan kami membantu anda.

2. Mematuhi rancangan-rancangan rawatan yang diberikan kepada anda oleh penjaga kesihatan profesional kami.

3. Memaklumkan kepada kami apabila anda menghadapi masalah yang menghalang anda daripada mematuhi rancangan-rancangan rawatan.

4. Memaklumkan kepada kami mengenai perubahan dalam keadaan perubatan anda.

5. Menyelesaikan dengan segera bayaran yang dikehendaki bagi perkhidmatan-perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada anda.

6. Melantik seorang yang boleh membuat keputusan untuk mewakili hasrat anda mengenai penjagaan anda jika pada suatu masa nanti anda tidak dapat berbuat demikian.

7. Melayan semua kakitangan kami, pesakit dan pelawat lain dengan penuh hormat dan berbudi bahasa.

8. Mematuhi peraturan-peraturan hospital seperti polisi lawatan.

9. Bertanyalah soalan jika anda tidak faham supaya kami dapat jelaskan sebarang keraguan atau kebimbangan yang mungkin ada, ini akan membantu anda untuk menjaga diri dengan lebih baik di rumah, selepas keluar dari hospital.

10. Memberitahu kami terlebih dahulu jika anda tidak dapat menepati lawatan susulan.

Page 2: Komitment Kami Terhadap Pesakit-Pesakit Kami · lain pada diagnosis dan rancangan rawatan. Jika anda ... kejururawatan dan disiplin kesihatan yang berkaitan mungkin menyertai penjagaan

Melindungi Kepentingan Pesakit dan Keluarga Mereka

Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS) komited dalam memberikan perkhidmatan perubatan cemerlang dan penjagaan sejati kepada pesakit-pesakit kami. Matlamat kami ialah untuk melayan anda dan keluarga anda dengan menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti berpandukan nilai-nilai belas kesihan, hormat dan integriti. Pakar perubatan kami berusaha untuk merawat keadaan perubatan dan menjaga kesejahteraan anda tanpa mengira umur, bangsa, bahasa, agama atau status social anda.

Penjagaan dan Penghormatan

• Di NHCS, anda akan dilayan dengan hormat dan didalam persekitaran yang berperikemanusiaan dan selamat. Keselamatan peribadi anda termasuk bebas dari sekatan fizikal atau dipencilkan, kecuali diperlukan sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan anda secara keseluruhan. Perlindungan yang wajar akan diberikan kepada mereka yang cacat, warga tua dan orang-orang yang mempunyi keperluan khas.

• Kami menghormati nilai peribadi, kepercayaan agama, spiritual, budaya dan keperluan privasi. Anda boleh menyatakan amalan agama dan/atau budaya selagi ianya tidak menyebabkan ketidak harmonian atau konflik. Jika anda memerlukan sokongan dalam bidang ini, sila beritahu jururawat anda, yang boleh mengatur kaunselor agama untuk melawat anda.

• Kami memahami bahawa membuat keputusan mengenai rawatan perubatan untuk penyakit yang serius adalah sukar untuk anda dan keluarga anda. Jika perlu, anda boleh meminta untuk melibatkan Jawatankuasa Bioetika untuk meninjau isu-isu mengenai pengurusan perubatan bersama anda dan keluarga anda. Kami akan menghormati dan mematuhi keputusan anda yang dibuat menurut Arahan Awal Perubatan1 jika anda telah membuatnya.

• Kami menghargai bahawa anda mungkin ingin mendapatkan pendapat kedua dari para profesional kesihatan lain dalam NHCS atau organisasi kesihatan lain pada diagnosis dan rancangan rawatan. Jika anda memutuskan untuk mendapatkan pendapat kedua, sila bercakap dengan ahli pasukan rawatan anda.

Sulit

• Kami mematuhi undung-undung dan etika profesional untuk merahsiakan rekod perubatan anda, termasuk maklumat dari Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan2 dan semua aspek penjagaan yang diberikan kepada anda.

• Maklumat ini hanya akan dikongsi dengan mereka yang terlibat dalam penjagaan anda.

• Maklumat ini juga mungkin akan dikongsi dengan ahli kakitangan lain didalam pentadbiran hospital untuk kegunaan operasi hospital, contohnya mengawasi perkhidmatan yang diberikan kepada anda oleh ahli kakitangan kami.

• NHCS ialah pusat rujukan nasional dan pusat latihan pilihan dirantau ini. Ia juga merupakan pusat utama bagi kajian penyelidikan percubaan klinikal dan perubatan dirantau ini. Jadi ia mungkin perlu melihat rekod perubatan pesakit untuk kaji selidik dan latihan perubatan, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang atau NHCS. Akan tetapi mereka yang melihat rekod anda mempunyi kewajipan dari segi undang-undang untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada sesiapa.

• Kami juga mungkin dikehendaki oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat tersebut dalam keadaan tertentu, seperti untuk tujuan pemberitahuan tentang penyakit-penyakit berjangkit.

• Selain daripada apa yang disebutkan di atas, kami akan meminta kebenaran bertulis daripada anda sekiranya kami perlu memberi maklumat perubatan anda kepada orang lain.

Penerangan dan Maklumat Mengenai Rawatan Anda

Sebagai sebuah pusat penjagaan kesihatan, NHCS melatih doktor, jururawat dan penjaga kesihatan profesional yang lain. Pelatih-pelatih dalam perubatan, kejururawatan dan disiplin kesihatan yang berkaitan mungkin menyertai penjagaan anda jika diperlukan dibawah penyeliaan pakar perubatan yang bertanggung jawab.

Anda berhak mengetahui maklumat mengenai keadaan perubataan anda, disampaikan dengan cara yang dapat di fahami oleh anda. Maklumat ini termasuk (kecuali dalam kecemasan dan dimana berkenaan):• Pilihan-pilihan rawatan (termasuk proses pembedahan)• Keputusan yang diketahui• Risiko-risiko rawatan yang diketahui

• Risiko-risiko dan akibat-akibat yang diketahui kerana tidak menerima rawatan

• Jangkaan bill hospital• Rancangan untuk penjagaan lanjutan anda selepas

penamatan rawatan• Nama-nama penjaga kesihatan profesional yang

bertanggungjawab untuk rawatan anda

Maklumat yang diberikan akan membantu anda membuat keputusan sama ada memberi kebenaran, atau menolak rawatan dan/atau prosedur yang dicadangkan.

Jika anda memilih untuk tidak menjalani rawatan, atau meninggalkan hospital tanpa kebenaran doktor, setakat mana yang di benarkan undang-undang, anda boleh berbuat demikian hanya selepas menandatangani borang untuk meminta keluar dari hospital bertentangan dengan nasihat perubatan. Anda akan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap akibat-akibat dari keputusan anda.

Kaji Selidik

Sesetengah pesakit mungkin diundang untuk menyertai kaji selidik klinikal. Sebelum menjalankan kaji selidik perubatan yang melibatkan manusia sebagai subjek, kami dikehendaki untuk mendapatkan persetujuan bertulis daripada pesakit-pesakit bagi menyertai projek kaji selidik ini. Anda boleh memilih untuk tidak menyertai atau memilih untuk keluar pada mana-mana peringkat semasa projek kaji selidik dijalankan selepas memberi persetujuan bertulis anda. Keputusan anda untuk tidak ikut serta tidak akan menjejaskan tahap penjagaan yang harus diterima oleh anda.

Pendermaan Organ

Pendermaan organ adalah satu-satunya cara untuk memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik bagi pesakit yang menderita akibat kegagalan organ, seperti kegagalan jantung, hati dan buah pinggang. Akta Pemindahan Organ Manusia atau HOTA membolehkan organ-organ (buah pinggan, hati, jantung dan kornea) dari orang-orang yang telah meninggal dunia di hospital, dari kematian akibat kemalangan dan bukan kemalangan, untuk dikeluarkan bagi tujuan pemindahan. Diwajibkan untuk semua warga dan penduduk tetap Singapura yang berumur 21 tahun ke atas, yang tidak mempunyai masalah