22
SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU KUALA LUMPUR KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 DINAMIK PENDUDUK Nama : Raja Sayyida Nafisah bt Raja Nazirin Shah Tingkatan : 2 Innovatif Guru Penilai : Encik Zul Tandatangan : Tarikh Hantar : SENARAI KANDUNGAN BIL TAJUK/KANDUNGAN MUKA SURAT 1 TAJUK

Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

SMK SEKSYEN 5 WANGSA MAJU

KUALA LUMPUR

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2

DINAMIK PENDUDUK

Nama : Raja Sayyida Nafisah bt Raja Nazirin Shah

Tingkatan : 2 Innovatif

Guru Penilai : Encik Zul

Tandatangan :

Tarikh Hantar :

SENARAI KANDUNGAN

BIL TAJUK/KANDUNGAN MUKA SURAT

1 TAJUKKaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan Di kawasan Kajian

Page 2: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

2 PENGHARGAAN

3 PENDAHALUAN

4 OBJEKTIF KAJIAN

5 KAWASAN KAJIAN

6 KAEDAH KAJIAN

7 HASIL KAJIAN

8 RUMUSAN

9 LAMPIRAN

10 RUJUKAN

11 PENILAIAN UMUM

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya inigin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu bapa saya YM Raja Nazirin Shah bin Raja Mohamad dan YM Raja Nazulene bt Raja Amir yang tidak jemu-jemu menbantu dan memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Guru Geografi saya Encik Zul. Beliau telah banyak member tunjuk-ajar, panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada Pengetua SMK Seksyen 5, Puan Hajjah Habshah binti Abd Kudus kerana telah memberi kebenaran kepada saya

Page 3: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah serta membenarkan saya membuat kerja luar darjah untuk kajian ini.

Selain itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kelas saya yang banyak membantu saya membuat rujukan dan sama-sama menyiapkan kerja kursus geografi ini.

PENDAHULUAN

Saya Raja Sayyida Nafisah binti Raja Nazirin Shah dari Tingkatan 2 Innovatif, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 5.

Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi yang mengwajibkan setiap pelajar menjalankan kerja kursus Geografi.

Tajuk kajian saya ialah Komposisi Penduduk dan Kaitannya dengan Jenis Perkerjaan Penduduk serta Cadangan Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk. Kajian tentang dinamik penduduk ini dijalankan di sebahagian kawasan perumahan Wangsa Maju. Saya juga telah menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di sebahagian kawasan kajian. Kajian ini mengambil masa kira-kira dua minggu untuk saya menulis dan menyiapkan laporan ini.

Page 4: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Samb. Pendahaluan

Melalui kajian yang dijalankan, saya banyak mempelajari kaedah merekod data dan mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf. Saya juga dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dan juga dapat jenis pekerjaan penduduk. Saya amat berbangga dengan penduduk yang berbilang kaum di kawasan kediaman saya yang sangat bermurah-hati membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang terperinci bagi menjayakan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan untuk memenuhi objektif tersebut:-

Page 5: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

a. Mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi jantina dan kaum di sekitar Wangsa Maju.

b. Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.c. Merekod dan mempersembahkan maklumat dan data dalam

bentuk jadual dan graf serta peta lakar.d. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dengan jenis

pekerjaan di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya merupakan sebahagian daripada kawasan perumahan Wangsa Maju Seksyen 5 yang berada dalam daerah Setapak dan terletak kira-kira 9.0 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur iaitu daerah timur-laut. Sekiranya menaiki Transit Aliran Ringan, tambangnya adalah RM4.00 pergi dan balik. Antara kawasan yang berhampiran dengan kawasan kajian ialah Seksyen 1, 2, 4, 6, 10, Wangsa Melawati, Wangsa Murni, Taman Setiawangsa dan Taman Sri Rampai. Tempat-tempat menarik di Wangsa Maju adalah Alpha Angle yang merupakan kompleks membeli-belah yang pertama di Wangsa Maju, Pro One Badminton Centre, Kompleks Membeli Belah Wangsa Walk Mall yang terbaru dibina, Stesen LRT Putra Wangsa Maju, Carrefour Wangsa Maju, Restoran Thai Althantuya dan Desa Setapak.

Page 6: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Luas kawasan Wangsa Maju adalah kira-kira 410 hektar atau 1025 ekar. Saya memilih Wangsa Maju Seksyen 5 ini kerana keunikannya iaitu ia pernah menjadi kawasan ladang getah yang penting dan kini landskapnya telah ditukar menjadi kawasan petempatan, sekolah dan perniagaan seperti restaurant, pejabat-pejabat, bengkel kereta, kompleks membeli belah dan bank-bank.

Samb. Kawasan Kajian

Petempatan di sini adalah jenis berpusat dan pesat membangun dan di lengkapi dengan sistem pengangkutan yang baik seperti Transit Aliran Ringan dan jalan-jalan utama yang dihubungkan dengan Jalan Lingkaran ke Tengah 2 serta Lebuhraya Duke. Kawasan kajian ini juga dipilih oleh saya atas sebab kedudukannya berhampiran dengan kediaman saya dan sekolah saya. Ini memudahkan saya untuk mendapat dan mengumpulkan data-data dan maklumat.

KAEDAH KAJIAN

Page 7: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Saya menggunakan tiga (3) kaedah :

1. PEMERHATIAN

Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian dan mencatatkan perkara-perkara yang penting di dalam pemerhatian tersebut.

2. TEMU BUAL

Saya mengumpul maklumat tentang Wangsa Maju Seksyen 5 daripada penduduk tempatan secara lisan dan menemu-bual 15 orang penduduk.

3. RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku bagi membantu saya melengkapkan kerja kursus ini.

HASIL KAJIAN

Hasil kajian dibuat menerusi:-

1. KOMPOSISI PENDUDUK

2. JENIS-JENIS PEKERJAAN

Page 8: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

- Perkaitan antara komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan

3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKERJAAN BERDASARKAN KOMPOSISI PENDUDUK

4. CADANGAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK

samb. Hasil Kajian

KOMPOSISI PENDUDUK

Penduduk disini adalah berbilang kaum dan terdiri daripada penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera. Jenis kaum yang terdapat di kawasan ini ialah Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Orang Asli dan lain-lain. Saya telah menemu-bual 15 penduduk di sini dan mereka terdiri daripada 8 orang lelaki dan 7 orang perempuan. 5 daripadanya adalah bangsa Melayu, 3 bangsa Cina, 3 bangsa India dan 4 lagi adalah bangsa lain-lain.

Bumiputera : 83200 (54%)

Bukan Bumiputera : 69700 (46%)

Page 9: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

BumiputraBukan Bumiputra

Komposisi Penduduk

Samb. Hasil Kajian

JENIS BANGSA/BILANGAN

Melayu : 26693

Cina : 19382

India : 4065

Bumiputera Sabah : 66

Bumiputera Sarawak : 218

Orang Asli : 36

Lain-lain : 222

Page 10: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Bangsa/Bilangan

MelayuCinaIndiaBumiputra SabahBumiputra SerawakOrang AsliLain-lain

Samb. Hasil Kajian

BILANGAN TEMUBUAL

Bilangan Temubual

MelayuCina IndiaLain-lain

54

33

Page 11: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Temubual LelakiTemubual Perempuan

7 8

Bilangan Jantina Yang Di Temubual

Samb. Hasil Kajian

JENIS-JENIS PEKERJAAN

Saya telah menemu-bual 15 orang penduduk di sini. Kesemua penduduk-penduduk yang ditemu-bual bekerja, 3 daripadanya adalah pekerja persendirian, 7 bekerja di syarikat swasta dan 5 yang lain-lain adalah kakitangan kerajaan.

Page 12: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Persendirian Swasta Kakitangan Kerajaan0

1

2

3

4

5

6

7 Jenis-Jenis Pekerjaan

Samb. Hasil Kajian

PERKAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS PEKERJAAN

Komposisi penduduk di kawasan ini mempunyai perkaitan rapat di antara jenis pekerjaan dengan sesuatu kaum. Di dapati penduduk-penduduk berbangsa Cina mencebur diri dalam bidang swasta dan kakitangan kerajaan pula banyak terdiri daripada kaum-kaum Melayu. Dalam sektor persendirian pula, di dapati 3 sektor utama iaitu kedai makanan, peruncitan dan borong. Kaum Melayu lebih cenderung kepada perniagaan makanan, kaum India pula terlibat dalam peruncitan dan kaum Cina lebih cenderung kepada perniagaan borong.

Jenis Pekerjaan Melayu Cina India JumlahKakitangan 3 1 1 5

Page 13: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Lebuhraya AHLEH

Stesen LRT

KerajaanSwasta 2 4 1 7Persendirian 1 1 1 3

Samb. Hasil Kajian

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKERJAAN BERDASARKAN KOMPOSISI PENDUDUK

Lokasi berhampiran dengan Pusat Bandar

Di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, Wangsa Maju telah di kenal pasti sebagai zon strategik yang bertindak sebagai penyokong kepada pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur. Di bawah Pelan Struktur, Wangsa Maju di gandingkan bersesama bi bawah pelan pembangunan Wangsa Maju-Maluri.

Oleh yang demikian, kerajaan telah menyediakan kelengkapan perhubungan termasuk rangkaian jalanraya seperti lebuhraya DUKE, AHLEH dan MRR 2, sistem keretapi LRT dan perkhidmatan bas

dibawah RAPID. Kesemua sistem berhubungan ini berhubung terus kepada pusat Bandar Raya.

Maka ramai penduduk di sini bekerja di pusat Bandar.

Page 14: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Taraf Pendidikan mempengaruhi kuasa membeli

Kebanyakan penduduk yang berkerja di pusat Bandar mempunyai taraf pendidikan yang bekelulusan dari pusat pengajian Tinggi.

Oleh yang demikian, kuasa membeli di kawasan kajian saya adalah tinggi.

Pembangunan Prasarana Setempat berkembang pesat untuk menampung permintaan kuasa membeli yang tinggi

Di sebabkan kedudukan yang berhampiran dengan pusat Bandar Raya, pihak kerajaan dan swata telah mendirikan banyak prasarana setempat bagi menampung komposisi pendudukan setempat. Prasarana kerajaan termasuk hospital angkatan tentera, imigresen dan university Islam Antarabangsa (UIA). Manakala prasarana swasta termasuk hospital Columbia, Pusat membeli belah Wangsa Walk Mall dan Universiti Tun Abdul Razak (UTAR).

Sokongan-sokongan prasarana lain termasuk kedai-kedai runcit, kedai internet, restoran-restoran makanan segera dan makanan pelbagaian terdapat dengan banyaknya. Ini secara lansung telah membuka peluang pekerjaan baru yang banyak.

Page 15: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Taman Tasik Titiwangsa

Keperluan kawasan riadah untuk mengimbangi tekanan arus pembangunan pendudukan di kawasan kajian.

Banyak kemudahan riadah telah di sediakan secara besar-besaran oleh pihak kerajaan. Antaranya kawasan riadah Taman Tasik TiTiwangsa dan Taman rekreasi Dato’ keramat.

Pihak swasta pula menyediakan pusat senaman seperti Celebrity Fitness di Wangsa Walk Mall.

CADANGAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK

Melalui maklum balas daripada beberapa responden yang ditemuduga, saya ingin mengemukakakan beberapa cadangan:

a. Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan memajukan dan membangunkan kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian. Melalui cara ini sudah tentu ramai penduduk iaitu yang masih menganggur dapat peluang perkerjaan seterusnya dapat meningkatkan tarah kehidupan mereka.

b. Sekiranya kawasan-kawasan berpotensi ini dibangunkan dan peluang pekerjaan terbentang luas mungkin ramai anak-anak muda mudi dari kawasan yang lain berhijrah kesini dan jumlah penduduk Wangsa Maju akan meningkat. Jadi

Page 16: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

meningkatkan taraf perkhidmatan awam seperti menaikkan taraf klinik menjadi klinik pakar dan hospital pakar untuk penduduk yang taraf sederhana, membaiki jalan-jalan yang berlubang, menyediakan pengangkutan awam yang lebih efektif.

Samb. Cadangan Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk

c. Taraf hidup penduduk juga dapat ditingkatkan dengan meningkatkan tahap pendidikan mereka dengan membangunkan sekolah berasrama penuh. Menambahkan kemudahan rekreasi seperti pusat bina badan dan gim, menyediakan kolam renang, membaiki pulih padang-padang bola yang tidak dijaga, menyediakan lebih banyak kot futsal. Cadangan ini dikemukakan adalah kerana kebanyakan pembangunan disini banyak tertumpu untuk golongan-golongan berpendapatan tinggi.

Page 17: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

RUMUSAN

a. RUMUSAN KAJIAN

Penduduk Wangsa Maju adalah terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa. Kaum melayu di dapati kaum yang terramai di ikuti oleh kaum cina,india dan lain-lain. Walaubagaimana, di dapati terdapat ramai bangsa asing di sini khususnya dari timur tengah. Ini adalah kerana lokasi Wangsa Maju yang hampir dengan pusat Bandar.

Walaupun kawasan Wangsa Maju padat dengan pembangunan perumahan, tetapi di dapati juga pembangunan komersil dan pembangunan prasarana berkembang pesat di kawasan ini. Ini adalah berkemungkinan dari kuasa membeli yang tinggi daripada komposisi penduduk disini. Terdapat pusat membeli belah, institusi pengajian tinggi samada kerajaan mahu pun swasta dan perniagaan-perniagaan persendirian yang banyak sini.

Di sini saya dapat memahami, bahawa komposisi penduduk dan jenis-jenis pekerjaan banyak di pengaruhi oleh lokasi, prasarana yang sedia ada dan taraf pendidikan penduduk.

b. PENERAPAN NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME

Di dapati penduduk wangsa maju terdiri daripada berbilang kaum. Oleh yang demikian penerapan nilai dan unsur

Page 18: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

patriotisme perlu ada di kalangan penduduk-penduduk wangsa maju.

Antaranya ialah seperti berikut:

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Ini adalah asas yang sangat penting perlu di titik di kalangan setiap individu masyarakat khusus nya penduduk wangsa maju yang berbilang kaum. Hendaklah setiap individu masyarakat mempunyai nilai seperti berikut:

Menghormati raja dan pemimpin negara; Menhargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara; Menghormati lambang-lambang negara; Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan

negara; Menghargai dan mengamal tradisi budaya dan bangsa;

dan Berbangga dengan sejarah negara.

Ini akan menjuruskan rakyat Malaysia kepada semangat setia negara

Bersemangat Kekitaan

Didapati juga, ramai pekerja asing suka menetap di kawasan Wangsa Maju. Ini adalah kerana lokasinya yang hampir dengan pusat Bandar.

Oleh yang demikian semangat kekitaan perlu di hidupkan oleh masyarakat tempatan disini untuk di jadikan sebagai tauladan untuk masyarakat luar.

Page 19: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju

Ini dilakukan dengan menerap semangat bersatu padu dan berharmoni, bertolak-ansur dan bertoleransi, bekerjasama dan tolong-menolong, hormat-menghormati dan akhirnya dapat membentuk semangat muhibah dan bermasyarakat;

Berusaha dan Produktif

Negara maju kerana rakyat yang gigih. Oleh yang demikian, sifat rajin dan gigih, berdikari dan tabah menghadapi cabaran perlu ada dalam setiap individu masyarakat. Budaya-budaya lepak secara langsung dapat di elakkan.

Berdisiplin

Disiplin dapat membentuk akhlak dan budi pekerti yang mulia. Ia seterusnya menanamkan semangat untuk mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara, mematuhi peraturan dan undang-undang, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi, bertindak wajar dalam menghadapi segala keadaan kemasyarakatan, bersifat amanah dan jujur dan akhirnya selalu dalam keadaan berlaku adil dan bertimbang rasa sesama sendiri.

Kesemua ini boleh dilakukan dengan penglibatan semua pihak iaitu pemerintah, swasta dan juga individu.

Page 20: Komposisi penduduk dan Kaitannya Dengan Jenis Pekerjaan Penduduk Serta Cadangan meningkatkan taraf hidup penduduk di Wangsa Maju