5
KOMSAS TINGKATAN 5 Puisi Tradisional –Pantun Enam Kerat Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai. Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini. Sarat bermuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang. Md. Ali Bachik (Penyelenggara) Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003 Maksud Rangkap 1 Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam. Rangkap 2 Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita. Rangkap 3 Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi. Tema

KOMSAS TINGKATAN 5-PANTUN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BMT5

Citation preview

Page 1: KOMSAS TINGKATAN 5-PANTUN

KOMSAS TINGKATAN 5

Puisi Tradisional –Pantun Enam Kerat

Putik kelapa menjadi muda,Kelapa muda jadi kemirau,Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,Rasa pedih buat tak hirau,Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,Galah pendek buluh sumpitan,Buluh bersisip tali jerami;Bukan salah ibu mengandung,Sudah takdir sudah suratan,Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,Gelama tidak berumpan lagi,Kail tersangkut di tepi batang;Sudah dapat orang yang baru,Yang lama tidak berkenan lagi,Ibarat melukut di tepi gantang.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

Maksud

Rangkap 1

Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat

mendalam.

Rangkap 2

Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua

sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.

Rangkap 3

Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama

terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.

Tema

Kekecewaan dalam hidup.

Persoalan

1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)

2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)

3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)

Page 2: KOMSAS TINGKATAN 5-PANTUN

Bentuk

1. Mempunyai 3 rangkap

2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap

3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris

Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)

Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)

4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.

5. Rima abcabc

6. Bentuk pantun terikat.

Gaya Bahasa

1. Unsur bunyi

Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’

Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2. Peribahasa

Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)

Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3. Sinkope

Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4. Repitisi

Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5. Unsur alam

Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama

Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,

Nilai

1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.

2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.

Pengajaran

1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.

2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.

3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.

Page 3: KOMSAS TINGKATAN 5-PANTUN

KOMSAS TINGKATAN 5

Puisi Tradisional – Pantun Lapan Kerat

Buat bangsal di tengah hutan,Tebaslah hutan buat halaman,DI tepi halaman menanam kubis,Diselang dengan pokok papaya;BIarlah bersabar dengan perlahan,Itulah tanda tuan beriman,Tidak patah digoncang iblis,Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,Anak ketam disangka lelabi,Berburu musim tengkujuh,Dapat buruan dibelah-belah;Bukan makhluk sebarang-barang,Cucu Adam sepaian nabi,Turun dari langit ketujuh,Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,Paku jatuh patah dua,Menjadi riuh orang di darat,Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku,Kerana lalai rosak binasa,Kebudayaan Timur dinodai Barat,Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

MAKSUD

Rangkap 1

Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya

dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2

Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di

muka bumi Allah.

Rangkap 3

Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh

budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.

TEMA

Keagamaan

Page 4: KOMSAS TINGKATAN 5-PANTUN

PERSOALAN

1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)

2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)

3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)

BENTUK

1. Mempunyai 3 rangkap.

2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.

3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.

4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.

5. Rima akhir abcdabcd

6. Bentuk pantun terikat.

GAYA BAHASA

1. Unsur bunyi

Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)

Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2. Sinkof

Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3. Kata ganda

Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)

Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)

Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)

Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4. Unsur alam

Tumbuhan – kubis, papaya

Haiwan – ikan , ketam, lelabi

Alam – hutan, langit, bumi

NILAI

1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.

2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.

3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.

2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.

Page 5: KOMSAS TINGKATAN 5-PANTUN

3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu