28
1 KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN IKLIM SEKOLAH BIBI SULASTERI BT MAJERI Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2014

KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

1

KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA

DENGAN IKLIM SEKOLAH

BIBI SULASTERI BT MAJERI

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI

2014

Page 2: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

2

ABSTRACT

Interpersonal communication is part of communication field which is an important medium for school leaders in building relations with all school members in order to create a positive and effective school climate. Therefore, this study aims to identify principal’s interpersonal communication based on humanistic and pragmatic model and to identify school climate in the selected primary schools. This study also to identify the relationship between principal’s interpersonal communication and school climate. Four primary schools in Kulaijaya, Johor with 262 respondents has been selected as sample. The instrument used to measure the principal’s interpersonal communication is the humanistic and pragmatic model by Prof. Abdullah Hassan while the instrument used to measure school climate is the CFK Ltd. School Climate Profile. All data were analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0 for Windows using descriptive statistics (percentage, frequency, mean) and inferential statistics (t-test and ANOVA). As a result, school principals mostly used the pragmatic approach compare to the humanistic approach in their communications with teachers. Findings showed that the school climate is positive and there is a positive relationship between principal’s interpersonal communication and school climate.

Page 3: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

3

ABSTRAK

Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina hubungan sesama warga sekolah sekaligus bagi mewujudkan iklim sekolah yang positif dan berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap komunikasi interpersonal guru besar berdasarkan model humanistik dan model pragmatik dan mengenalpasti tahap iklim sekolah di daerah Kulaijaya. Seterusnya kajian deskriptif ini juga bertujuan mengenalpasti hubungan antara persepsi guru terhadap komunikasi interpersonal guru besar dengan iklim sekolah-sekolah yang dikaji. Sebanyak empat buah sekolah kebangsaan di daerah Kulaijaya telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian dengan melibatkan 262 orang responden. Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 16.0 for Windows. Statistik deskriptif (peratus, kekerapan, min) dan statistik inferensi (t-test dan ANOVA) digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan guru besar lebih banyak mengamalkan pendekatan pragmatik berbanding pendekatan humanistik semasa berkomunikasi dengan guru-guru. Kajian juga mendapati tahap iklim sekolah berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara komunikasi personal guru besar dengan iklim sekolah.

Page 4: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

4

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menjadikan Malaysia dapat bersaing dengan negara maju di dunia,

kerajaan telah melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara.

Transformasi-transformasi ini telah dirangka dan tertulis di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Menurut Perdana Menteri Malaysia

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini, kejayaan sistem

pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir,

pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian

Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Pelan ini menerangkan tentang rangka

pembangunan dalam sistem pendidikan daripada peringkat kementerian, peringkat

jabatan, peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat sekolah yang merangkumi

murid-murid, guru-guru, pengetua atau guru besar dan komuniti.

Kementerian amat menitikberatkan pendidikan di peringkat sekolah dan

memberi penekanan kepada kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik dan

kokurikulum. Menurut Jamilah Ahmad dan Yusof Boon (2011), kejayaan sesebuah

sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim,

semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah iaitu pelajar, kakitangan

Page 5: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

5

sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir. Strategi kementerian adalah memberikan

keutamaan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran, akses kepada maklumat

yang boleh dipercayai dan bermakna, kebertanggungjawaban dan ketelusan, serta

persekitaran dan infrastruktur pembelajaran yang sesuai.

Peranan pengetua atau guru besar sebagai pemimpin sekolah amat penting

dalam usaha ke arah mencapai matlamat yang disebut di atas. Marzano, Waters dan

McNulty (2005) menegaskan bahawa tugas guru besar di sekolah tidak terhad kepada

tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala sumber

sama ada material mahupun modal insan terutamanya guru supaya mereka dapat

menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Pengetua juga perlu mempunyai

kualiti peribadi yang tinggi dalam menguruskan institusi sekolah yang melibatkan

banyak pihak seperti murid, guru, staf dan komuniti. Bagaimanapun ada kajian

menunjukkan beberapa kualiti peribadi yang dinyatakan masih pada tahap yang

rendah pada pengetua (Ahmad, 1989; Chung, 1987; Harsat, 2001; Mansor, 2001;

Noordin dan Sharifudin, 2004; Siti Hawa, 2000). Selain daripada kualiti peribadi,

kemahiran dan keterampilan kepimpinan pengetua telah diterima sebagai faktor

kritikal dalam menambah baik keberkesanan sekolah (Blasé dan Blasé, 2000),

pencapaian pelajar (Fullan, 2002), budaya kolaboratif (Sergiovanni, 1999) dan

sebagainya. Guru besar didapati kurang bersedia kerana kurang didedahkan kepada

teori-teori pengurusan dan kepimpinan serta kurang menguasai pengetahuan dan

kemahiran sebagai pengurus dan pemimpin sekolah (Azlin, 2006).

Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengetua atau

guru besar, komunikasi adalah satu elemen yang sangat ditekankan. Pengetua atau

guru besar memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang strategi komunikasi

yang efektif. Terdapat kajian mengatakan apabila komunikasi gagal, lima puluh

peratus daripada tugas akan tergendala dan gangguan proses seharian ini

mengakibatkan kerjasama antara pekerja dengan orang atasan menjadi longgar,

mewujudkan perasaan tidak selesa dan mengurangkan produktiviti (Sulaiman, salleh

dan Azlina, 2002).

Page 6: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

6

Satu ciri yang pengetua pamerkan secara konsisten dalam kepimpinan ialah

kemahiran berkomunikasi yang tinggi (Gurr, Drysdale dan Mulford, 2006). Melalui

komunikasi yang berkesan, pengetua atau guru besar dapat memastikan hubungan

yang baik dan positif di antara guru-guru, staf sokongan, murid-murid serta komuniti

di sekeliling. Ini disokong oleh kenyataan Zuraidah (2005) di mana gaya komunikasi

guru besar penting dalam membina hubungan di antara guru besar dengan guru-guru

Di luar negara contohnya, dalam artikel terbaru Harvard Education (2002),

dilaporkan bahawa usaha perkembangan profesion di Sekolah Tinggi Manley gagal

disebabkan oleh kurangnya kepercayaan, komunikasi tidak berkesan serta hubungan

yang lemah di antara ahli-ahli yang terlibat dalam usaha tersebut.

Kajian Azlin (2006) melaporkan bahawa dalam beberapa situasi, pengetua

kelihatan masih kurang proaktif, kurang kreatif, kurang inovatif, sering kali hilang

fokus, dan sering kali hilang tumpuan kepada matlamat pengurusan sebenar kerana

terlalu kerap dan rencam menghadapi masalah yang sama. Azlin juga melaporkan

pengetua kurang bersikap terbuka terhadap perubahan dan bersikap pasif

terutamanya dalam menangani masalah-masalah pengurusan walau yang rutin

sekalipun. Ini selaras dengan pendapat Bateman dan Snell (1996) yang menyatakan

kesibukan mendorong ketua lebih gemar berkomunikasi secara autoritatif mutlak

iaitu dengan mengeluarkan rangkaian arahan kepada warga organisasi semata-mata

untuk dipatuhi dan dilaksanakan.

Perselisihan faham antara guru dalam melaksanakan aktiviti sering berlaku.

Ini mungkin kerana komunikasi antara bahagian adalah kurang dan wujudnya sikap

saling menuding jari antara guru apabila sesuatu masalah timbul (Noordin dan

Shariffudin, 2004; Maimunah, 2004; Umsha, 2007; Md Nordin, 2008; Sapora, 2006;

Abdul Ghani et al., 2006). Pentadbir perlu yakin menunjukkan pengetahuan mereka

dengan mengekalkan kredibiliti, sentiasa memaklumkan, bertindak secara tegas,

mengambil perhatian terhadap keprihatinan staf dan menjauhi ancaman terhadap

harga diri staf (Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007).

Page 7: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

7

Dalam hal ini, komunikasi interpersonal adalah medium bagi menjalinkan

hubungan baik dengan orang bawahan kerana ia melibatkan interaksi dua hala antara

dua atau lebih individu dalam transaksi yang konstruktif (Engel dan Wysocka, 2006 ).

Kandungan dan kualiti maklumat yang dihantar untuk ‘memulakan, mendefinisikan,

mengekalkan atau merapatkan hubungan’ yang menentukan keberjayaan proses

komunikasi interpersonal ini (Dainton dan Zelley, 2005). Menurut Abdullah dan

Ainon (2002) komunikasi interpersonal ialah kemahiran mendengar, kemahiran

bertanya, kemahiran berucap, kemahiran memberi maklum balas, unsur bahasa,

mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan. Banyak

organisasi mempunyai komunikasi yang lemah akibat kurangnya kemahiran

mendengar secara berkesan (Ayob, 2004).

Salah satu elemen utama dalam komunikasi interpersonal ialah keupayaan

seseorang merasai dan memahami keadaan yang dirasai dan dialami oleh orang lain

atau dengan kata lain ialah perasaan empati terhadap orang lain. Pengetua sebagai

penyelia perlu mempunyai keupayaan memahami persepsi guru berdasarkan data-

data yang telah dikumpulkan, barulah dapat dikenal pasti keperluannya meskipun

memakan masa. Kegagalan penyelia untuk meyelitkan perasaan empati dalam proses

penyeliaan telah terbukti hanya membawa kepada kebuntuan bagi guru mahupun

murid (Pajak, 2001).

Berdasarkan model pragmatik (Devito, 2002), komunikasi interpersonal yang

berkesan ialah apabila pentadbir mengamalkan pengurusan interaksi yang baik di

mana mereka tidak berat sebelah dalam interaksi dan memastikan kedua-dua pihak

yang berinteraksi berpuashati dengan apa yang ingin disampaikan Selain itu,

pentadbir perlu menunjukkan sikap ingin mendengar dan daya ekspresif yang tinggi

yang mana tujuan berinteraksi tercapai dan dipenuhi. Pengikut akan lebih percaya

kepada kepimpinan dan pengurusan organisasi sekiranya diberikan layanan yang adil

dan saksama dan mengambil berat akan kebajikan mereka (Wong, Ngo dan Wong,

2006).

Page 8: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

8

Selain daripada mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, kemahiran

pengetua dalam membentuk sekolah yang maju dan mempunyai persekitaran sekolah

yanf positif juga amat penting. Kemajuan sekolah dalam tafsiran yang lebih luas

adalah merujuk kepada dua tugas utama, iaitu bertanggungjawab atas kemajuan

akademik dan memantau pembangunan diri pelajar; dan membentuk iklim sekolah

yang positif. (Gerald et al., 2007).

Blase dan Blase (2004) menyatakan peranan pengetua sebagai pemimpin

instruksional ialah “sesuatu yang berfokus kepada arahan; membina komuniti pelajar;

berkongsi membuat keputusan; menyokong pembangunan profesional secara

berterusan untuk staf; dan membina iklim yang berintegriti, inkuiri dan penambaikan

berterusan”. Iklim sekolah boleh didefinisikan sebagai norma, nilai, kepercayaan,

tradisi dan ritual yang terbina sepanjang masa selagi manusia bekerja bersama,

menyelesaikan masalah dan berdepan dengan cabaran.

Muhamad Suhaimi (2012) dalam artikel “Iklim sekolah berkesan pemangkin

kecemerlangan” menyatakan antara ciri lain sekolah berkesan ialah perasaan

kekitaan dalam kalangan murid-murid dan para guru akan wujud secara sendirinya

dengan menerima sekolah sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Aspek

semangat kekitaan di antara para guru serta pendekatan hubungan pentadbir yang

bersifat membimbing dan bertimbangrasa didapati mempunyai hubungan yang

signifikan dengan tahap prestasi kerja para guru (Mukhtar, 2008). Apabila motivasi

dan prestasi kerja guru meningkat tekanan di tempat kerja berkurang dan menjadikan

sekolah tempat yang selesa dan seronok untuk bekerja.

Loh (2005) dalam kajiannya mendapati iklim sekolah berada pada tahap

sederhana dengan iklim yang paling dominan ialah keterlibatan (enganged).

Kepuasan kerja guru juga sederhana dengan dimensi kepuasan kerja guru yang

paling dominan ialah komunikasi. Ramai penyelidik bersetuju bahawa iklim sekolah

adalah multi-dimensional dan mempengaruhi hubungan individu dalam persekitaran

dan juga kejayaan akademik sesebuah sekolah (Daar, 2010).

Page 9: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

9

Hubungan antara guru yang juga satu faktor dalam pembentukan iklim

sekolah yang positif (Muhamad Suhaimi, 2012). Sekiranya guru sentiasa berselisih

faham dan bertelingkah maka suasana persekitaran kerja menjadi tidak aman dan

tidak menyeronokkan. Konflik memang tidak dapat dielakkan di dalam organisasi

termasuk organisasi sekolah. Kajian Ramli (2000) telah mengenal pasti faktor yang

menyebabkan konflik interpersonal di kalangan guru adalah faktor persekitaran yang

menekan, perbezaan pendapat dan kekurangan maklumat. Menurut Muhamad

Suhaimi (2012) dalam artikel beliau bertajuk “Iklim sekolah berkesan pemangkin

kecemerlangan “, apabila iklim sekolah yang positif telah wujud di sesebuah sekolah,

kerjasama para guru akan utuh terutama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

timbul di sekolah. Mereka tidak hanya menuding jari kepada para pentadbir sekolah

tetapi bersama-sama berganding bahu membantu menyelesaikan sebarang

pemasalahan yang timbul tanpa mempunyai perasaan terpaksa atau prasangka

negatif.

Williams, Persaud dan Turner (2008) menyatakan bahawa iklim sekolah

berhubung rapat dengan pencapaian pelajar. Menurut penulis-penulis ini lagi, selain

daripada kepimpinan instruksional, kemahiran interpersonal pengetua sangat

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesebuah sekolah. Pengetua adalah orang

yang penting dalam membentuk iklim sekolah yang sesuai dan positif untuk

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini dikukuhkan lagi dengan pendapat

Marzano et. al (2005) yang menyatakan bahawa pengetua adalah orang yang paling

penting dan berpengaruh di dalam sesebuah sekolah.

Oleh itu, iklim sekolah yang positif adalah suasana di mana guru-guru dan

pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang baik, guru-guru mempunyai

semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut

(NewYork Center for Social and Emotional Education, 2010). Guru Besar menjadi

tonggak penting dalam membentuk iklim ini kerana pengaruh informal Guru Besar

penting untuk guru-guru bekerja secara efektif (Blase dan Blase, 2000) sekaligus

membawa kecemerlangan kepada sekolah kerana komitmen kerja yang diberikan

oleh setiap warga sekolah adalah sangat baik. Sekolah yang menyediakan suasana

Page 10: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

10

kerja yang baik dan mesra berupaya meningkatkan komitmen dan efikasi para guru

( Chan, Lau, Lim dan Hogan, 2008).

1.2 Latarbelakang masalah

Bagi seorang pengetua atau guru besar, komunikasi seharian adalah sesuatu

yang mencabar kerana komunikasi ialah satu elemen yang membaiki dan

mengekalkan hubungan warga pekerja di dalam sesebuah organisasi (McCroskey,

McCroskey dan Richmond, 2005). Menurut McCroskey et al. (2005) lagi komunikasi

antara pekerja dengan orang atasan dalam sesebuah organisasi adalah faktor penentu

kepada kepuasan kerja seseorang pekerja dan kepuasan kerja sesama mereka.

Komunikasi dibincangkan secara konsisten dalam kepimpinan sekolah efektif.

Bennis (2003) menekankan bahawa kepimpinan adalah segala-galanya tentang

berkomunikasi dan pengetua yang efektif sentiasa menggunakan kemahiran

komunikasi dalam mendapatkan kepercayaan dan idea, menyokong kedudukan dan

memujuk orang lain. Selain daripada itu, pengkaji yang lain mengatakan pengetua

yang sangat efektif berkomunikasi dengan penuh minat dan menunjukkan nilai

kemanusiaan melalui cara mendengar dengan empati, berinteraksi dan berhubung

dengan pelajar, guru dan juga ibubapa (McEwan, 2003).

Ini disokong oleh Azlin (2007) iaitu kemahiran pengurusan yang relevan

bagi pengurus adalah kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan/interpersonal

serta kemahiran teknikal. Bagi menguasai kemahiran kemanusiaan/interpersonal ini,

pengurus pertengahan perlu membina hubungan baik dengan pihak lain; selalu

berurusan dengan pihak lain; berupaya membentuk kerjasama dan rasa kekitaan, di

samping menerima dan menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada setiap

ahli atau unit dalam organisasi. Di dalam hal ini, guru besar atau pengetua perlu

mempunyai kemahiran kemanusiaan yang tinggi dalam membina hubungan baik

dengan guru-guru.

Page 11: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

11

Walaupun berbagai strategi telah digunakan dalam proses kepimpinan dan

pengurusan pengetua, kritikan terhadap pengetua seperti oleh Murad (1993),

Dunning (1996), Mohammed Sani (2000) dalam Bity Salwana et al. (2010) dan lain-

lain sejak lama dahulu sepatutnya tidak lagi didengari. Namun masalah tidak puas

hati terhadap pengurusan dan pentadbiran sekolah masih dinyatakan termasuklah

dalam media massa.

Sesetengah penyelidik mengatakan bahawa sikap terhadap kerja guru

bergantung kepada bagaimana guru melihat pengetua iaitu adakah sebagai seorang

autoritarian, diktator atau demokrat. Kajian Kalaiselvam (2000) ke atas SRJK Tamil

mendapati gaya kepimpinan guru besar yang bersifat rigid dan tidak menyokong

adalah punca yang membawa kepada pepecahan. Sifat keterbukaan antara pegawai

atasan dengan kakitangan bawahan mempunyai hubungan signifikan dengan

kepuasan kerja. Tahap kepuasan kerja rendah apabila pegawai atasan mengamalkan

gaya pengurusan tertutup dan melaksanakan komunikasi sehala. (Northcut, 1990;

Rosli, 2005). Menurut Jaafar (2000) kegagalan sesebuah organisasi diurus dengan

baik adalah berpunca antara lainnya daripada kelemahan-kelemahan dalam

pengurusan dan ini mungkin berpunca danpada kekurangan pengetahuan dan

kemahiran dalam komunikasi.

Komunikasi juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan

berlakunya konflik interpersonal (Ong, 2008). Oleh yang demikian, pengetua perlu

sentiasa memainkan peranan beliau secara positif dalam menguruskan sekolah.

Akibat peranan yang negatif dimainkan oleh pentadbir sekolah terhadap guru akan

membawa kepada berlakunya konflik interpersonal (Maslovaty, 2000) ini. Apabila

konflik interpersonal berlaku ia akan menyebabkan komunikasi terbantut sama ada

di kalangan orang atasan dan bawahan dan juga sesama orang bawahan. Dalam

konteks ini, guru-guru sebagai orang bawahan menerima kesan langsung daripada

komunikasi yang lemah. Seperti yang dinyatakan oleh Cheng (2002), pegawai

bawahan yang berkomitmen tinggi juga mengalami stres yang tinggi daripada

konflik interpersonal sama ada berkaitan dengan pekerjaan atau tidak. Di antara

faktor penyebab konflik adalah tekanan persekitaran, maklumat dan tugas tidak jelas,

Page 12: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

12

pendapat yang berbeza di samping faktor tanggungjawab dan komunikasi (Ramli,

2000).

Dalam model pragmatik komunikasi interpersonal (Devito, 2002), ciri

orientasi lain ialah apabila seseorang perlu mendengar dan memberi perhatian

kepada orang lain dan tidak berfokus kepada diri sendiri apabila berinteraksi. Namun

terdapat kes di mana orang atasan memandang diri sendiri sebagai orang yang

terpenting atau kritikal dalam sesebuah organisasi dan sebaliknya menganggap orang

bawahan adalah kurang penting (Jones, 2001).

Bulach, Winston dan Diana (1998) dalam Kamariah (2008) mendapati

kesilapan yang sering dilakukan oleh pengetua ialah mempunyai kemahiran

hubungan manusia yang lemah dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal

yang lemah. Komunikasi interpersonal adalah cara di mana perkongsian dan

pertukaran maklumat antara manusia dalam kumpulan kecil sama ada mereka sama

atau berbeza antara satu sama lain. Kemahiran komunikasi interpersonal yang tinggi

amat penting dalam perkongsian dan pertukaran maklumat ini dan kemahiran

komunikasi interpersonal yang setiap individu miliki menyumbang ke arah

keberkesanan komunikasi (Devito, 2002).

Komunikasi interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk

menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki

persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi

(Pearson, 2000). Konflik antara orang atasan dan orang bawahan dapat dielakkan

sekiranya pemimpin mengamalkan sikap terbuka, mengambilkira pandangan pekerja

dan menganggap pekerja sebagai rakan kongsi untuk berbincang ( DiPablo et al.,

2005; Lokman et al. ,2011).

Dengan cara ini, pemimpin berupaya mendapatkan maklumat dan

maklumbalas yang diperlukan bagi mencapai objektif dan matlamat organisasi.

Page 13: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

13

Sejajar dengan kenyataan Sulaiman et. al (2002) bahawa pengetua sebagai

komunikator merupakan pemimpin yang mengetuai staf menuju ke arah pencapaian

visi sekolah. Pengetua juga menggunakan komunikasi untuk merapatkan

hubungannya dengan staf dan mengadakan pendekatan terbuka yang membolehkan

staf mencurahkan pandangan dan pendapat mereka (Aida, 2012) sekaligus membawa

penambaikan bagi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Halawah (2005) mencirikan satu faktor penting untuk menjadikan inisiatif

penambahbaikan sekolah berjaya ialah dengan membina satu persekitaran yang

kolaboratif dan komunikasi terbuka. Persekitaran yang kolaboratif dan komunikasi

terbuka berupaya membentuk iklim sekolah yang berkesan kepada seluruh warga

sekolah. Pentadbir yang berdedikasi yang bekerja ke arah iklim sekolah yang lebih

baik berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan dan memperkayakan

budaya dan keadaan dalam sekolah supaya guru boleh mengajar dan pelajar boleh

belajar dengan lebih baik (Van Horn, 2003).

Peranan guru besar atau pengetua yang hanya mementingkan pentadbiran

sekolah adalah tidak lagi relevan untuk mencapai wawasan 2020 yang menuntut

pelbagai perubahan (Shahril, 2001). Warga sekolah memainkan peranan penting

yang bakal memberi impak besar dalam menjana kecemerlangan sekolah. Pengetua

atau guru besar adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan peluang

dalam meningkatkan profesionalisme guru-guru. Selain itu, pengetua atau guru besar

yang berkesan ialah mereka yang mampu mengarah dan mewujudkan suasana kerja

yang selesa dan kondusif untuk guru- guru (Ruzaimah, 2010).

Banyak kaedah yang sesuai dan boleh dilakukan oleh guru besar dalam

membina suasana atau iklim sekolah yang berkesan. Menurut Freeman (2007) salah

satu daripada sepuluh langkah dalam mengekalkan sikap positif di tempat kerja ialah

pemimpin harus membina persekitaran ke arah kejayaan, di mana pekerja percaya

dan yakin mereka boleh berjaya. Zenger, Folkman dan Edinger (2009) menggariskan

perkara yang paling penting perlu dimiliki oleh pemimpin yang berkualiti atau

Page 14: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

14

kompeten adalah keupayaan mereka dalam menginspirasi dan memotivasi para

pekerja kepada prestasi kerja yang lebih tinggi (Hishamuddin et al., 2005).

Pusat Sosial dan Emosional Pendidikan (2009) mengatakan bahawa guru-

guru yang berada dalam iklim negatif dan tertutup akan mengalami ketidakpuasan

kerja yang seterusnya boleh menjejaskan komitmen dan hasil kerja mereka. Menurut

Pusat Sosial dan Emosional Pendidikan (2009) lagi, empat aspek utama yang

diperlukan dalam penilaian iklim sekolah adalah keselamatan, hubungan, pengajaran

dan pembelajaran dan persekitaran luaran. Manakala di dalam artikel “Iklim sekolah

berkesan pemangkin kecemerlangan” yang ditulis oleh Muhamad Suhaimi (2012),

iklim dan budaya sekolah adalah sesuatu yang berkaitan. Menurut beliau lagi budaya

sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu

kumpulan. Abdul Shukor (2004) pula menyatakan sekolah tidak akan menjadi

berkesan sekiranya pengetua atau guru besar tidak berkemampuan untuk menggerak

budaya cemerlang di dalam organisasi yang diterajunya.

Antara faktor yang membina iklim sekolah adalah sifat hormat dan percaya di

kalangan warga sekolah. Bryk dan rakan-rakannya membuktikan bahawa sekolah

yang mempunyai hubungan kepercayaan yang tinggi berupaya untuk memperbaiki

pencapaian pelajar (Bryk dan Schneider, 2002). Selain kesan ke atas pelajar, ada

kajian yang menunjukkan bahawa iklim sekolah yang baik mengurangkan gangguan

emosi orang bawahan, perasaan seperti diasingkan dan perasaan rendah diri (Grayson

dan Alvarez, 2008; Higgins-D’Alessandro, 2002).

Pemimpin sekolah diharapkan untuk menjadi penyampai efektif yang

membina persekitaran sekolah selamat dan terbuka serta menyambut dan menyokong

keperluan semua ahli dalam komuniti. Komunikasi yang tidak efektif mewujudkan

iklim ketidakpercayaan dan risiko untuk mengasingkan ibubapa dan komuniti

(Contartesi, 2011). Selain itu, dalam kajiannya Covell, McNeil dan Howe (2009)

mendapati bagaimana guru berpengalaman dan komited, mengalami stres dan

Page 15: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

15

‘burnout’ kerana interaksi dengan pelajar yang tidak komited dan pentadbir yang

tiada memberi sokongan.

Organisasi sekolah juga perlu maju sejajar dengan kemajuan yang dialami

oleh negara. Kemajuan sekolah dalam tafsiran yang lebih luas adalah merujuk

kepada dua tugas pentadbir yang utama iaitu bertanggungjawab atas kemajuan

akademik dan memantau pembangunan diri pelajar dan membentuk iklim sekolah

yang positif (Gerald et al., 2007). Ini disokong dengan kenyataan yang mengatakan

keupayaan pengetua sebagai pemimpin dan pengurus sekolah menentukan kesan

terhadap iklim sekolah, suasana pembelajaran, tahap profesionalism, kepuasan di

kalangan guru-guru dan kakitangan serta pencapaian akademik murid (Goor dan

Schwen, 1997; NSEduNet Pengurusan, 2002). Knestling (2008) menyatakan sekolah

yang tidak efektif dalam kepimpinan dan komunikasi memberi kesan negatif

terhadap murid-murid, guru-guru dan komuniti. Oleh itu kesemua aspek ini adalah

penting dan perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi iklim sekolah sama ada

kepada positif atau sebaliknya. Iklim sekolah yang berkesan akan memberi impak

positif ke atas kesungguhan dan prestasi orang bawahan sekaligus peningkatan

kepada prestasi pembelajaran murid (Fullan, 2002).

Berdasarkan pada perbincangan masalah yang di atas, maka kajian ini cuba

untuk melihat tahap komunikasi interpersonal guru besar serta tahap iklim sekolah di

empat buah sekolah kebangsaan dalam daerah Kulaijaya sekaligus mendapatkan

hubungan antara komunikasi interpersonal guru besar dari aspek humanistik dan

pragmatik dengan iklim sekolah yang berdasarkan kepada dimensi-dimensi dalam

model iklim sekolah yang dipilih. Dapat disimpulkan bahawa kepimpinan sekolah

yang efektif sangat berkait rapat dengan pencapaian murid, kualiti intruksional dan

iklim sekolah (Marzano et al., 2005).

Page 16: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

16

1.3 Pernyataan masalah

Guru Besar adalah nadi kepada kepada kecemerlangan dan kejayaan sesebuah

sekolah. Guru Besar yang cekap dan efektif, sentiasa menitikberatkan tentang

kemahiran dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran beliau sebagai pengurus

organisasi sekolah. Justeru sebagai pemimpin, seorang Guru Besar haruslah

mempunyai kemahiran tinggi dalam komunikasi. Kemahiran komunikasi ini penting

dalam menyampaikan visi dan misi sekolah sejajar dengan matlamat yang ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membentuk sekolah cemerlang dalam

segenap aspek. Kajian ini penting dalam mengenalpasti tahap komunikasi guru besar

khususnya komunikasi interpersonal guru besar bagi menggerakkan sekolah ke arah

visi dan misi yang ditetapkan.

Melalui komunikasi, guru besar boleh menggerakkan seluruh tenaga dan daya

murid-murid, guru-guru, staf dan komuniti sekeliling untuk menjalankan

tanggungjawab mereka dengan baik. Guru besar yang mempunyai kemahiran

komunikasi interpersonal yang tinggi berupaya memberi dorongan dan motivasi serta

membangkitkan rasa minat bekerja dan keseronokan bekerja semasa berada di

sekolah. Selain daripada itu, hubungan rakan guru dan staf dalam sekolah juga akan

meningkat dan sekaligus ia juga memberi kesan kepada iklim sekolah. Melalui kajian

ini, kekuatan dan kelemahan komunikasi interpersonal guru besar dapat dikenalpasti

kemudian perbincangan mengenai cara menyelesaikan masalah dapat dilakukan.

Apabila guru besar berkomunikasi dengan jelas dan terbuka, maka kekeliruan

tidak akan timbul dalam organisasi sekolah. Pencapaian ke arah matlamat sekolah,

penyataan dasar, perancangan, pemantauan, proses kerja dan lain-lain hal dalam

pengurusan sekolah akan dapat disampaikan dengan jelas dan nyata. Kekeliruan

dalam organisasi akan menimbulkan konflik. Konflik yang tidak berkesudahan sama

ada terhadap guru besar atau rakan sekerja akan menjejaskan perkembangan guru-

guru, murid-murid dan sekolah secara keseluruhan. Hal ini akan menyebabkan

Page 17: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

17

persekitaran dan iklim sekolah menjadi tidak produktif dan prestasi sekolah mungkin

merosot.

Oleh itu kajian ini ingin mengenalpasti tahap komunikasi interpersonal guru

besar berdasarkan Model Humanistik dan Model Pragmatik, tahap iklim sekolah dan

seterusnya mendapatkan hubungan antara komunikasi interpersonal guru besar

dengan iklim sekolah.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti tahap komunikasi interpersonal yang paling dominan

diamalkan oleh Guru Besar.

ii. Mengenalpasti tahap iklim sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya.

iii. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru terhadap komunikasi interpersonal

Guru Besar berdasarkan faktor jantina dan pengalaman bekerja.

iv. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru tentang iklim sekolah berdasarkan

faktor jantina dan pengalaman bekerja.

v. Mengenalpasti hubungan yang signifikan antara komunikasi interpersonal

Guru Besar dengan iklim sekolah.

Page 18: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

18

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:

i. Apakah tahap komunikasi interpersonal yang paling dominan diamalkan oleh

guru besar?

ii. Apakah tahap iklim sekolah di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru terhadap

komunikasi interpersonal guru besar berdasarkan faktor jantina dan

pengalaman bekerja?

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru terhadap

iklim sekolah berdasarkan faktor jantina dan pengalaman bekerja?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi interpersonal

guru besar dengan iklim sekolah?

1.6 Hipotesis Kajian

H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara komunikasi

interpersonal guru besar berdasarkan faktor jantina dan pengalaman

bekerja.

H02 Tidak terdapat perbezaan signifikan dalam iklim sekolah berdasarkan

faktor jantina dan pengalaman bekerja.

H03 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi

interpersonal guru besar dengan iklim sekolah

Page 19: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

19

1.7 Kepentingan kajian

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap komunikasi

interpersonal guru besar di sekolah kebangsaan daerah Kulaijaya dan hubungannya

dengan iklim sekolah. Hasil kajian boleh memberi gambaran tentang apakah

pendekatan komunikasi interpersonal yang paling banyak diamalkan oleh guru besar

sama ada pendekatan berdasarkan model humanistik ataupun model pragmatik.

Selain daripada itu, kajian juga diharapkan dapat mengenalpasti iklim sekolah yang

terlibat dan seterusnya untuk mengenalpasti hubungan antara komunikasi

interpersonal guru besar dengan iklim sekolah. Kepentingan kajian adalah seperti

berikut:

1.7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Salah satu daripada empat bidang keberhasilan utama negara (NKRA)

pendidikan ialah tawaran baru kepada pemimpin sekolah. Dalam sub-NKRA ini,

kualiti keberhasilan murid dipertingkatkan menerusi peningkatan prestasi pemimpin

sekolah di Malaysia iaitu melalui kepimpinan instruksional, sebagai ejen perubahan

utama dan mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk menyokong proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, melalui

dapatan kajian ini KPM dapat merancang dan menyediakan satu garispanduan untuk

pemimpin sekolah tentang kepentingan komunikasi interpersonal dan iklim sekolah

yang meliputi dimensi-dimensi dalam kedua-dua aspek ini. Selain itu KPM boleh

menggunakan instrumen model pragmatik dan humanistik seperti dalam kajian untuk

mengenalpasti apakah komunikasi interpersonal paling dominan yang diamalkan

oleh pemimpin sekolah dan merangka penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan

berdasarkan dimensi.

Page 20: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

20

1.7.2 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Daerah Pendidikan (PPD)

Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menjadi asas kepada pihak jabatan

pelajaran untuk melihat apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam

memantapkan lagi kemahiran komunikasi yang perlu ada pada pemimpin sekolah.

Dapatan kajian-kajian yang lepas banyak melibatkan stail kepimpinan dan gaya

komunikasi guru besar dengan prestasi kerja guru dan komitmen guru.

Walaubagaimanapun, kepimpinan sentiasa dikaitkan dengan komunikasi dan

komunikasi adalah melibatkan gaya kepimpinan. Oleh itu, kajian ini juga secara

tidak langsung melibatkan dan melibatkan aspek kepimpinan guru besar di sekolah.

Selain daripada itu, pihak jabatan dan guru besar pula boleh menggunakan

dapatan daripada kajian ini untuk mengetahui apakah iklim yang wujud di sekolah

dan mengambil inisiatif dalam program penambahbaikan iklim sekolah.

Walaubagaimanapun, kajian ini hanya menggambarkan iklim sekolah berdasarkan

tujuh dimensi dan tidak menggambarkan iklim sekolah yang melibatkan faktor lain

seperti infrastruktur, saiz sekolah dan saiz murid, keselamatan sekolah, tahap

keselesaan persekitaran dan sebagainya. Ia juga tidak mengambilkira persepsi murid-

murid dan staf lain yang berada di dalam sekolah.

1.7.3 Guru Besar

Kompetensi guru besar dalam berkomunikasi adalah amat penting dalam

meguruskan organisasi sekolah yang terdiri daripada guru, murid, ibubapa dan staf.

Setiap individu mempunyai latarbelakang demografi yang berbeza yang memerlukan

guru besar lebih terbuka semasa berkomunikasi. Melalui ciri-ciri yang terdapat dalam

model humanistik dan model pragmatik, guru besar dapat mengenalpasti kelemahan

Page 21: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

21

serta kekuatan yang mereka ada. Ini penting bagi mereka menguruskan pentadbiran

sekolah dengan lebih cekap dan efektif.

1.7.4 Guru

Kajian ini juga secara tidak langsung memberikan kepentingan kepada para

guru. Guru-guru akan dapat mengenalpasti kepentingan setiap dimensi komunikasi

interpesonal dan juga dimensi dalam iklim sekolah. Guru-guru bakal menjadi

pemimpin sekolah di masa hadapan. Oleh itu, kajian dapatan ini boleh digunakan

oleh guru-guru sebagai panduan dalam menjadi pengurus dan sekaligus memahami

corak pengurusan sekolah. Melalui dimensi iklim sekolah pula, guru-guru dapat

mengenalpasti faktor-faktor iklim sekolah yang positif dan berusaha membina

kemahiran profesional mereka seperti hormat menghormati, meningkatkan tahap

kepercayaan dalam kalangan warga sekolah dan meningkatkan kolaborasi sama ada

bersama rakan kerja di dalam sekolah atau ibubapa serta komuniti di luar sekolah.

1.8 Skop dan batasan kajian

Skop kajian hanya meninjau komunikasi interpersonal guru besar di sekolah

terlibat berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam model pragmatik dan model

humanistik manakala iklim sekolah diukur berdasarkan kepada tujuh dimensi iaitu

hormat, percaya, kesungguhan, peluang bersama, akademik, kekitaan dan kasih

sayang dengan menggunakan instrumen CFK Ltd. School Climate Profile yang telah

dimodifikasi berdasarkan kesesuaian.

Page 22: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

22

Memandangkan hanya empat buah sekolah kebangsaan di daerah Kulaijaya

sahaja yang terlibat dalam kajian ini, maka kajian tidak menggambarkan secara

keseluruhan tahap komunikasi interpersonal guru besar dan iklim sekolah.

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru di empat buah sekolah kebangsaan di

daerah Kulaijaya. Sampel dalam kajian ini adalah seramai 262 orang. Guru-guru

adalah responden di dalam kajian ini maka hanya persepsi guru sahaja yang

diambilkira dalam soal selidik komunikasi interpersonal guru besar dan iklim

sekolah.

1.9 Kerangka kajian

Kerangka kajian ini terdiri daripada kerangka teori dan kerangka konsep.

Kerangka teori kajian akan menerangkan teori atau model yang akan digunakan di

dalam kajian ini. Manakala kerangka konsep kajian pula menggambarkan secara

keseluruhan hubungan antara faktor-faktor di dalam model kajian.

1.9.1 Kerangka Teori Kajian

Model yang digunakan bagi menerangkan komunikasi interpersonal guru

besar dalam kajian ini ialah Model Humanistik dan Model Pragmatik (Abdullah

Hassan, 2001). Model Humanistik mempunyai lima ciri iaitu keterbukaan, empati,

dukungan, ciri positif dan kesaksamaan. Manakala di dalam Model Pragmatik pula,

ciri-ciri yang terlibat ialah keyakinan sosial, kebersamaan, daya ekspresif,

Page 23: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

23

pengurusan interaksi dan orientasi lain. Ciri-ciri yang terdapat di dalam Model

Humanistik banyak menekankan kepada sifat kemanusiaan guru besar manakala ciri-

ciri yang terdapat di dalam Model Pragmatik adalah menjurus kepada amalan

komunikasi oleh guru besar.

Bagi iklim sekolah pula, model yang digunakan ialah berdasarkan model

iklim sekolah oleh Fox (1973). Charles F. Kettering Ltd. School Climate Profile

mengukur iklim sekolah berdasarkan persepsi oleh warga sekolah. Model Kettering

ini menyamai Halpin dan Croft (1962) yang menyatakan iklim sekolah adalah

personaliti sesebuah sekolah dan persepsi warga sekolah tersebut yang memberi

gambaran tentang iklim sekolah itu. Menurut Kettering matlamat iklim sekolah ialah

produktiviti dan kepuasan bagi setiap warga sekolah. Dimensi dalam model ini ialah

hormat, percaya, kesungguhan, peluang bersama, akademik, kekitaan, pembaharuan

sekolah dan kasih sayang. Dalam kajian ini, dimensi peluang bersama dan

pembaharuan sekolah digabungkan menjadi satu dimensi untuk memudahkan

responden menjawab soalselidik dalam instrumen kajian.

Page 24: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

24

1.9.2 Kerangka Konsep kajian

Model Humanistik

� Keterbukaan � Empati � Dukungan � Ciri positif

� Kesaksamaan

Model Pragmatik

� Keyakinan sosial � Kebersamaan � Daya ekspresif � Pengurusan

interaksi � Orientasi lain

Iklim sekolah

Hormat

Percaya

Kesungguhan

Peluang bersama

Pembaharuan sekolah

Akademik

Kekitaan

Kasih Sayang

Komunikasi interpersonal

Page 25: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

25

1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Guru besar

Guru besar adalah pemimpin utama dalam sesebuah sekolah. Menurut Akta

Pendidikan 1996 “guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam

Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau

seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang

bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus satu sekolah. Guru besar ialah

individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan proses tindakan, menentukan

matlamat dan proses menggerakkan anggota bagi memastikan operasi seharian di

sekolah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Azlin, 2004). Dalam kajian ini,

guru besar yang dikaji ialah di empat buah sekolah kebangsaan di daerah Kulaijaya.

1.10.2 Guru

Guru dedinisikan sebagai seseorang yang mana tugasnya adalah mengajar

atau mendidik terutama di peringkat awal pendidikan (Kamus B. Inggeris Longman,

2009). Dalam konteks pendidikan di Malaysia, guru bukan sahaja terlibat dalam

aktiviti pengajaran seperti merancang pengajaran, mengajar di bilik darjah dan

memeriksa kerja rumah, tetapi juga terlibat dalam tugasan lain seperti melaksanakan

aktiviti kokurikulum, menghadiri atau menyelaras aktiviti pembangunan

profesionalisme, dan mengadakan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti.

Seterusnya, guru juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas pentadbiran

berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti mengisi kad laporan murid dan

memantau kehadiran murid di bilik darjah. (dipetik daripada Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025). Selain itu, guru seharusnya mempunyai ciri – ciri

peribadi yang boleh menjadi contoh kepada para pelajar (Marlia, 2008). Dalam

Page 26: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

26

kajian ini, responden adalah di kalangan guru-guru yang berkhidmat di empat buah

sekolah dalam daerah Kulaijaya.

1.10.3 Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan-perkataan berikut:

“communicare” yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan, “communis”

bererti milik bersama, dan kata “communis opinio” membawa pengertian pendapat

umum (Gibson et al., 2006). Menurut The American Heritage Dictionary, 2007

komunikasi bermaksud saling pertukaran pemikiran, mesej atau maklumat dan idea

melalui ucapan, isyarat badan, penulisan dan tingkahlaku. Mohd Yusof (2000)

berpendapat bahawa komunikasi dalam organisasi adalah satu kuasa yang

menghubungkan pemimpin dengan orang yang dipimpin supaya dapat

menggerakkan tenaga dengan tersusun untuk mencapai objektif bersama. Dalam

kajian ini, komunikasi yang ditekankan ialah komunikasi interpersonal kerana

sekiranya pentadbir merupakan seorang yang berorientasikan tugas, berkomunikasi

dua hala dan membantu guru mencapai tugasnya dengan lebih berkesan, maka

kecekapan peribadi dapat diperkembangkan ( Ong, 2008).

1.10.4 Komunikasi interpersonal

Menurut Sulaiman (2007) komunikasi interpersonal berlaku dalam dua hala

iaitu individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan

menerima maklumat secara lisan dan bukan lisan. Proses komunikasi interpersonal

dapat dilihat apabila seseorang itu memberikan respon secara terus apabila

berinteraksi (Wan Azmi, 1991). Dalam kajian ini, model pragmatik dan humanistik

Page 27: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

27

digunakan bagi mengukur komunikasi interpersonal yang diamalkan oleh guru besar

di empat buah sekolah kebangsaan dalam daerah Kulaijaya.

1.10.5 Iklim sekolah

Hoy (2008) mendefinisikan iklim sekolah sebagai atmosfera, ethos, corak,

ideologi, komuniti, personaliti dan persekitaran sekolah manakala Van Houtte (2005)

ia adalah satu perkongsian persepsi oleh semua warga sekolah. Secara terperinci,

iklim sekolah ialah corak pengalaman manusia terhadap kehidupan di sekolah yang

menggambarkan norma-norma, matlamat, nilai, hubungan interpersonal, amalan

pengajaran dan pembelajaran dan struktur organisasi (The National School Climate

Council, 2007). Dalam kajian ini, iklim sekolah ialah berdasarkan kepada dimensi-

dimensi hormat, percaya, kesungguhan, peluang bersama, kekitaan dan kasih sayang.

1.11 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kajian ini ingin melihat sejauh mana hubungan

komunikasi interpersonal guru besar dalam pendekatan humanistik dan pragmatik

dengan iklim sekolah yang berdasarkan kepada dimensi hormat, percaya,

kesungguhan, peluang bersama, akademik, kekitaan dan kasih sayang di empat buah

sekolah dalam daerah Kulaijaya. Oleh kerana sekolah merupakan satu sistem sosial

terbuka yang melibatkan kepimpinan, komunikasi dan keselurusan sistem yang

berfokus kepada struktur dan persekitaran serta warga organisasi (Hoy & Miskel,

2007; Yukl, 2002) maka komunikasi penting dalam membina komuniti yang

profesional dan responsif yang merangkumi faktor kepelbagaian, nilai yang kuat,

kepercayaan dan keprihatinan serta kerjasama dan keterlibatan (Bredeson, 2003).

Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pentadbir sekolah dan pejabat pelajaran

Page 28: KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR … ABSTRAK Komunikasi interpersonal adalah satu elemen dalam bidang komunikasi yang merupakan medium penting kepada pemimpin sekolah bagi membina

28

daerah dan negeri dalam usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran

pentadbir sekolah sekaligus membangunkan sekolah yang cemerlang dalam segala

aspek.