Konflik Di Selatan Filipina

Embed Size (px)

Citation preview

<

PENGENALAN

Konflik wujud dalam semua perhubungan sesama manusia dan di dalam semua masyarakat, sejak awal sejarah manusia lagi terdapat banyak bukti tentang konflik di antara ahli keluarga, jiran, kaum dan negara. Manusia yang mengalami keadaan konflik antara manusia yang melibatkan penyeksaaan dan pembunuhan sebenarnya mereka sedar akan kesannya dari segenap aspek. Bagi mengelakkan kesan dan kos yang timbul dari konflik, termasuk kesan jasman, jiwa dan sumber, manusia sentiasa mencari cara untuk mengelak dan menyelesaikan konflik seberapa yang boleh.

Konflik boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana terdapat pergeseran di antara lebih daripada dua pihak tentang sesuatu isu yang mana terdapat tiga ciri asas berkaitan dengan konflik iaitu; kedua-dua pihak sedar tentang pergeseran ini, terdapat sesuatu aspek yang dianggap sebagai bertentangan kepada kedua-dua pihak dan pihak-pihak yang terlibat tidak boleh ataupun tidak mahu bertolak ansur dan menarik diri dari konflik itu.

Oleh demikian, saya akan membincangkan tentang konflik yang berkaitan dengan orang-orang islam di selatan Filipina yang mana konflik yang dibincangkan ini diketegorikan sebagai konflik ganas iaitu; konflik di mana pihak yang terlibat memberikan tumpuan kepada cara melemah, menghancurkan dan menghapuskan pihak lawan dan tidak menumpukan kepada cara memperkukuhkan diri. Konflik ini juga melibatkan keganasan lisan seperti menghina, mengkeji, mengancam dan melemahkan semangat pihak lawan untuk meneruskan konflik dan juga melibatkan keganasan fizikal seperti memukul, menyerang, dan membunuh pihak lawan. 1.0 LATAR BELAKANG dan SEJARAHRepublik Filipina adalah sebuah negara di Asia Tenggara, bersebelahan dengan Utara Indonesia dan Malaysia, Filipina merupakan sebuah negara kepulauan, Negara ini terdiri dari 7, 107 pulau, Filipina sering kali dianggap sebgai satu-satunya negara Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh kuat dalam kebudayaan dan masyarakatnya yang berkaitan dengan cara barat sepanjang tempoh 265 tahun. Filipina merupakan koloni kerajaan Spanyol (1565-1821) dan selama 77 tahun berikutnya diangkat menjadi provinsi Sepanyol (1821-1898). Selepas perang Amerika Sepanyol pada 1898, Filipina diperintah Amerika Syarikat. Pada perang dunia ke-2 filipina berada di bawah penjajahan Jepun dan akhirnya Filipina mendapat kemerdekaan pada 4 Julai 1946. Semasa penjajahan asing ini telah banyak mempengaruhi kebudayaan dan masyarakat Filipina. Negara ini dikenali kerana mempunyai Gereja Katolik Rom yang kuat dan merupakan salah satu dari dua negara yang didominasikan oleh umat katolikdi Asia Tenggara selain dari Timor Timur.

Filipina adalah negara yang paling maju di Asia Tenggara setelah perang dunia ke-2, selepas itu negara Filipina telah ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain kerana pertumbuhan ekonomi yang lemah, korupsi yang meluas, dan pengaruh-pengaruh neo-kolonil. Negara Filipina juga menghadapi masalah-masalah rumit termasuk gerakan separatis muslim di sebelah selatan Mindanao, pemberontakan-pemberontakan dari Tentera Rakyat Baru (NEW PEOPLES ARMY) yang beraliran kominis di kawasan-kawasan des, pemerintahan yang tidak konsisten, jenayah semakin meningkat, dan kerosakan alam sekitar seperti penebangan hutan dan kepupusan hasil laut. Maslahnya juga adalah melibatkan penduduknya sendiri kerana terlalu ramai penghijrahan penduduk ke kawasan bandar kerana jurang perbezaan perkerjaan di kawasan bandar dan desa amat ketara.

Cara pemerintahan Filipina berlatarkan cara pemerintahan Amerika yang mana Negara Filipina dikatakan sebagai sebuah negara Republik yang diketuai oleh presiden atau ketua pemerintah dan panglima tertinggi angkatan bersenjata. Presiden dipilih oleh Pemilu untuk masa 6 tahundan memilih serta mengenal pasti kabinet. Filipina merupakan anggota aktif dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semenjak penerimaannya pada 24 Oktober 1945. Filipina juga adalah negara anggota ASEAN dan merupakan pemain aktif dalam APEC Negara ini juga adalah merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat, tetapi juga anggota dari gerakan Non-Blok.

Terdapat juga persengketaan antara Filipina dengan Republik China (Taiwan), Republik Rakyat Tiongkok, Vietnam, dan Malaysia atas minyak dan gas di kepulauan Spartly dan Scarborough Shoa, dan dengan Malaysia berkaitan dengan Sabah. Sultan Sulu yang menerima Sabah sebagai sebagai hadiah pada 1703 setelah menolong Sultan Brunei mengalahkan pemberontak. Dari segi ekonomi pula negara Filipina adalah mengamalkan ekonomi campuran yang melibatkan pertanian, industri ringan, dan jasa peneraju, setelah ekonomi Filipina jatuh teruk akibat krisis kewangan Asia dan keadaan cuaca yang buruk. Perancangan startegi bagi ekonomi Filipina adalah peningkatan infrastruktur, merombak sistem pajak untuk menambah pendapatan pemerintah penswastaan ekonomi dan juga meningkatkan intergrasi perdagangan di wilayah sekitarnya.

Dari segi geografi Filipina pula Negara ini terbentuk dari 7107 pulau dengan keluasan keseluruhan daratannya dianggarkan 300,000 km persegi, ianya terletak antara 116 darjah 40 dan 126 darjah 34 T. longitude, dan 4 darjah 40 dan 21 darjah 10 LU. Latitude. Di kawasan timur Filipina berbatasan dengan laut Filipina, di barat dengan Laut China Selatan dan di selatan dengan Laut Celebes. Pulau Borneo terletak beberapa ratus KM di barat daya dan Taiwan di utara. Maluku dan Sulawesi di selatan dan timur adalah Palau. Kepulauan ini dibahagi kepada 3 kelompok utama iaitu Luzon, Visayas, dan Mindanao. Manakala dilihat dari segi demografi pula negara Filipina berada di urutan ke-12 di dunia dengan jumlah penduduk seramai 86 241 697 orang pada 2005. lebih kurang dua 2/3 penduduk menetap di Pulau Luzon dan Manila, ibu kota Filipina Berada di urutan ke-11 dengan jumlah penduduk kawasan metropolitan. Orang-orang Filipina dikenalai sebagai Filipino yang berasal dari orang Aborigin Taiwan dan bercampur dengan orang-orang Tiongkok Selatan, Polonesia dan Spanyol-Amerika

Peredaran sejarah Filipina telah banyak mempengaruhi struktur pemerintahan dan kebudayaan masyarakatnya yang meluas kesan dari penjajahan barat sebelun ini. Di sebalik zaman penjajahan Filipina, negara ini tidak terlepas dari konflik-konflik yang berlaku di sebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang mana telah banyak meninggalkan kesan sejarah kepada masyarakatnya sehingga ke hari ini. Konflik yang berlaku di Filipina umumnya disebabkan oleh cara pemerintahan dan polisi-polisi yang melampau yang dikenakan kepada bangsa MORO (penduduk muslim Filipina) yang mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Filipina amat bertentangan dengan keagamaan bangsa Moro ini. Agama Islam di Filipina adalah agama yang sangat bertentangan dengan negara Filipina, oleh demikian bagi masyarakat Filipina terutamanya pelampau Kristian yang dikenali sebagai puak Ilaga mereka menganggap bahawa orang islam perlu di hapuskan kerana tuntutan agama mereka itu sendiri, manakala bagi pemerintah pula menganggap islam adalah melambangkan keganasan yang perlu dihapuskan.

Oleh demikian, konflik yang dihadapi umat islam ini telah melibatkan kuasa dan pengaruh kuat dari luar terutamanya Amerika Syarikat yang selalu meletakkan sasaran pengganas dunia adalah melibatkan orang islam, jadi penindasan, kekejaman yang tidak berperikemanusiaan, serta pelbagai tekanan-tekanan dan sekatan-sekatan tertentu amat menyulikkan umat islam ini (Moro) untuk meneruskan hidup mereka sebagai penduduk islam Filipina. Akhirnya mereka perlu bangkit mempertahankan maruah dan agama mereka daripada ancaman-ancaman jahat walaupun memerlukan pengorbanan yang begitu besar sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka sendiri. Terdapat pemberontakan-pemberontakan dan juga usaha berdamai dari pihak ini dari terus berperang yang akhirnya merugikan kedua-dua belah pihak. 2. 0 Pihak-pihak yang terlibat

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa pelbagai pihak terlibat dalam konflik di Selatan Filpina. Keterlibatan pihak-pihak ini kadang kala membawa kebaikan dan kadang kala membawa keburukan. Secara tidak langsung ia turut mempengaruhi pergerakan konflik yang berlaku di Selatan Filipina. Penduduk Islam, misalnya, mempengaruhi perjalanan konflik dengan begitu tajam sekali. Hal ini kerana, penindasan, kekerasan dan keganasan yang berlaku membuatkan mereka bersikap sedemikian. Pengaruh penduduk Islam ini adalah menerusi pertubuhan-pertubuhan seperti Barisan Nasional Pembebasan Moro (MNLF), Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), dan sebagainya. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk memperjuangkan dan menjalankan pemerintahannya sendiri yang berlandaskan syariat Islam. Keadaan ini sekali gus membenarkan konflik di Selatan Filipina terus berlaku. Selain itu, pihak yang terlibat dalam perjalanan konflik di Selatan Filpina ialah penduduk Kristian di Negara itu sendiri. Sama seperti penduduk Islam di Selatan Filipina, penduduk beragama Kristian katolik ini juga mempunyai pertubuhan-pertubuhan mereka sendiri. Malah pertubuhan penduduk Kristian turut dilengkapi dengan senjata dan diberi nama sebagai Ilaga. Ia juga berfungsi seperti MNLF, MILF yang memperjuangkan nasib rakyat yang beragama Islam, tetapi pertubuhannya sudah tentulah memperkukuhkan kedudukan penduduk yang berama Kristian. Naming begitu, corak pertubuhan yang dimainkan oleh Ilaga ini lebih bersifat kekerasan dan keganasan. Hal ini kerana, mereka turut menindas, menekan penduduk yang beragama Islam. Sebagai contoh, mereka turut merampas tanah-tanah hak milik penduduk Islam, merosakan kawasan pertanian, membakar rumah-rumah dan sebagainya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi pergerakan konflik di Selatan Filipina.

Di samping penduk Islam dan penduduk Kristia itu sendiri yang mempenagruhi pejalanan konflik yang berlaku di Selatan Filipina, pihak ketenteraan juga turut mempengaruhi konflik di Selatan Filipina. Keterlibatan pihak ketenteraan ini sangat ekstrim kerana mereka dikatakan lebih berkuasa dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam pemerintahan Filipina. Sebagai contohnya, pihak ketenteraan ini boleh mempengaruhi corak pentadbiran dengan mengadakan bangkangan keras terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka boleh mempengfaruhi konflik di Selatan Filipina. Namun begitu, corak keterlibatab mereka lebih radikal sehingga boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk yang beragama Islam. Pendekatan mereka ini boleh dilihat melalui bentuk-bentuk penindasan, pembunuhan, pembakaran dan sebagainya. Keadaan ini meninggalkan kesan yang mendalam sehinggakan terdapat kenyataan yang dibuat oleh penduduk Islam Filipina bahawa mereka tidak mempercayai pihak ketenteraan dan juga jeneralnya.

Selain itu, pemerintah juga terlibat dalam konflik yang berlaku di Selatan Filipina. Presiden Ferdinend Marcos misalnya, dikatakan menjadi punca kepada perlakuan konflik di Selatan Filipina. Ia bermula apabila Marcos merampas sebahagian tanah penduduk Islam dan membawa penduduk Kristian ke dalam petempatan penduduk tersebut. Keadaan ini membuatkan penduduk Islam berasa ditindas dan hak asasi mereka disalahgunakan. Selain itu, Marcos juga menjalankan pembunuhan oberamai-ramai terhadap Umat Islam di Selatan Filipina. Kira-kira seramai 50,000 orang Islam dibunuh semasa pemerintahan Marcos termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Jadi, secara tidak langsung ia turut mempengaruhji pergerakan konflik yang berlaku di Selatan Filipina. 3. 0 Punca konfllik

1. pengambilan tanah islam Moro

Punca konflik di Filipina bermula pada tahun 1946 apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas Amerika Syarikat memerintah selama bertahun-tahun. Filipina telah mengenakan polisi-polisi yang mampu mengukuhkan lagi kekuasaannya dan secara khususnya telah mengambil tanah-tanah umat islam Moro. Undang-undang baru telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar tanah, tetapi telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlakulah perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat islam sebagai penduduk mejoriti.

Pada dekat 1966, dan 1976, 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan tanah umat islam. Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Dato Udtog Matalam telah menubuhkan Pergerakan Kemerdekaan Muslim (MIM), yang bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintah Ferdinand Marcos. Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan. Malahan, pada masa yang sama, Marcos telah mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Pasukan Bersenjata Filipina. Beliau juga mengumumkan undang-undang tentera dan berjustifikasi bahawa ia bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang islam di negara itu.Sejak waktu itu, Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat islam, yang telah memulakan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan. Kira-kira 50 000 orang islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan termasuk 10 000 orang wanita dan kanak-kanak. Kumpulan penentangan islam yang menjatuhkan Marcos telah dikelolakan oleh penduduk yang mendapat latihan di Timor tengah pada tahun 1960-an. Kemunculan secara tiba-tiba dan menyeluruh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) telah menumbangkan rejim Marcos. Maka, berlakulah pertempuran berdarah di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF. Berikutan itu, sejarah umat islam Moro di Filipina di penuhi dengan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai. 2. Bentuk Pemerintahan Kerajaan Filipina

Pertambahan penduduk yang mendadak di kepulauan Luzon dan Visayas membuatkan kerajaan Filipina terpaksa melancarkan program penghijrahan dan penempatan semula bagi penduduk dari kedua-dua belah pulau tersebut ke selatan untuk membuka penempatan baru. Pada mulanya, ia tidak mendatangkan msalah tetapi, lama-kelamaan kumpulan pendatang tersebut mula menguasai ekonomi kedudukan serta politik di Moro.

Peristiwa Corregidor memulakan satu lagi episod keganasan kaum Kuffar ke atas umat islam, di selatan Filipina. Pada tahun 1963 apabila Filipina merancang untuk menyerang Sabah, kerajaan Filipina telah melatih 69 orang umat islam Moro untuk melakukan sabotaj di Sabah. Namun demikian, ketika mereka diambil mereka tidak diberitahu misi yang bakal dilaksanakan. Akhirnya 68 orang mati dibunuh manakala seorang terselamat.

Penduduk Moro juga menuduh kerajaan pusat hanya memberikan pembangunan di kawasan tertentu sahaja, dan lebih berminat untuk mengekploitasikan sumber alam yang kaya di selatan Filipina. Fakta bahawa mereka mempunyai adat serta agama yang berbeza dengan penduduk islam di Moro juga tidak membantu, malah memburukkan lagi keadaan. Pertelingkahan yang berlarutan ini mengakibatkan kedua-dua pihak mela bertindak ganas. Akibat tekanan daripada gerombolan penduduk bangsa Moro yang mahukan pendatang dari utara meninggalkan kawasan Moro, pihak penduduk kristian menubuhkan pasukan-pasukan militer lengkap bersenjata yang dinamakan Ilaga.

Kumpulan-kumpulan Ilaga pada akhir 1960-an, telah menyerang dan banyak memusnahkan penempatan luar bandar serta tanah pertania, yang kemudiannya menyebabkan penduduk Moro terpaksa menjadi pelarian di bandar-bandar besar. Yang mejoriti penduduknya adalah beragama islam. Kawasan yang dikosongkan ini kemudiannya telah dirampas hak miliknya dan diberikan kepada pendatang-pendatang yang baru. Berikutan itu,penduduk Moro menuduh kerajaan pusat di Manila membantu dan membekalkan senjata kepada Ilaga dan bukan melakukan apa-apa untuk menghentikan kekacauan yang berlaku.

Pada tahun1970-an, sekumpulan pemuda bangsa Moro, antaranya Salamat Hashim, Nur Misuari, Utuh Salahudin dan ramai lagi telah menubuhkan gerombolan bersenjata yang diberi nama MINLF atau Moro National Liberation Front untuk menuntut autonomi bagi bangsa Moro dan diberikan kemerdekaan.

3. Orang silam di Filipina masih tersisih

Filipina berbangga dengan masyarakatnya yang berbagai budaya namun, orang islam Minoriti masih dihalang dari mendapat pekerjaan dan amnya dianggap sebagai pelampau. Para analis memberikan amaran yang berat sebelah terhadap orang islam telah membuatkan mereka miskin dan membangkitkan rasa benci yang mengakibatkan mereka menjadi sasaran mudah kumpulan ekstrim. Mereka sering kali disisihkan, dan didiskriminasikan oleh kumpulan mejoriti yang hanya memburukkan lagi keadaan. Sedankkan penduduk islam yang berjumlah 8.3 juta atau 10% dari populasi, menyumbang sebahagian besar kelas bawahan di Filipina.

Selain itu, kajian terkini yang dibiayai oleh PBB, telah mendokumenkan kes-kes penduduk islam yang dinafikan pekerjaan, pinjaman dan dihalang dari memberikan hartanah di kawasan perkampungan yang mewah kerana pegangan agama mereka. Orang islam juga disyaki suspek apabila terdapat jenayah dan aktiviti haram dalam komoniti yang mejoriti kristian. Hal ini seperti dihina sehingga ke kasta yang paling rendah.

Keputusan tinjauan seluruh negara baru-baru ini, mendapati antara 33 dan 39% dari 48 juta rakyat Filipina yang mempunyai prasangka anti-Islam yang merbahaya. Oleh kerana kebimbangan yang tidak berasas, penduduk di sebuah perkampungan mewah di Manila membantah pembinaan bilik solat bagi pedagang Muslim, dengan alas an bahawa ianya akan menarik kemasukan pengganas. Kajian tersebut menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu punca pemberontakan pemisah di Mindanao. Hal ini kerana, 94% orang islam yang tinggal di kawasan mati.

Umumnya, kawasan yang diduduki orang islam mempunyai kadar literasi yang hanya 60%, paling rendah dalam negara tersebut. Mereka juga mempunyai kadar pengangguran dan kadar kemiskinan yang tinggi. Penduduknya mempunyai jangka hayat yang hanya kira-kira 50 tahun, kira-kira 20% lebih penduduk berbanding di kawasan kristean. Oleh kerana mereka miskin, buta huruf dan menganggur, mereka terdedah kepada di rekrut oleh kumpulan pelampau.

4. Dinamika Konflik

Ramai yang tidak sedar bahawa Filipina mempunyai jumlah penduduk yang agak ramai dan mereka sedang bergelut dengan penindasan, penderaan dan polisi yang tidak berperikemaknusiaan selam bertahun-tahun. Umat islam di selatan Filipina telah dibunuh dengan kejam, diseksa, rumah-rumah dibakar, tanah pertanian dimusnahkan, dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan rakyat kehilangan pendapatan dan tidak tahan untuk hidup kerana penindasan dan penekanan yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Belum lagi dengan jumlah angka korban umat islam, misalnya, ketika Ferdinand Marcos memerintah, beliau telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat islam. Kira-kira 50 000 orang umat islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan termasuk 10 000 termasuk wanita dan kanak-kanak. Keadaan ini menyebabkan keadaan konflik yang berlaku semakin tegang.

Jika dilihat dari segi pergerakan tenteranya, boleh dikatakan bahawa pejuang-pejuang islam tidak mempercayai tentera dan jeneralnya. Hal ini kerana tentera Filipina di kenali dengan penentangannya yang melampau dan diketahui juga bahawa tentera menyokong sepenuhnya bekas President Joseph Estrada dalam perang menyeluruh yang telah dilancarkan ke atas Barisan Pembebasan Moro. Selain itu, tentera juga telah menyerang ke kawasan-kawasan yang diiktiraf oleh kerajaan secara terang-terangan dikuasai oleh umat islam di Mindanao. Keadaan ini telah melanggar perjanjian damai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada tahun 2002. pencabulan ini telah memberi kesan kepada goyangnya kepercayaan umat islam samaada diperingkat pemimpin ataupun umum terhadap mereka di dalam pentadbiran. Secara tidak langsung juga, ia turut menyebabkan konflik akan berlaku secara berterusan.5. Langkah pengurusan

Pada tahun 1996, Nur Misuari dari pertubuhan (MNLF) dengan kerjasama Filipina telah mengadakan beberapa siri rundingan dan akhirnya pada bulan September tahun yang sama kedua-dua pihak menandatangani perjanjian di Jakarta bagi menamatkan persengketaan antara MNLF dengan kerajaan Filipina. MNLF diberikan hak unutk mentadbir satu kawasan autonomi di kepulauan Mindanao yang diberi nama ARMM atau Autonomous Region Of Muslim Mindanao dan Nur Misuari dilantik sebagai gabenor untuk wilayah tersebut.

Harapan penduduk bangsa Moro untuk menikmati pembangunan dan tahap kehidupan yang lebih baik selepas tamatnya perang anti MNLF dan kerajaan pusat nyata meleset. Pelaburan yang diharap mncurah masuk dari negara luar tidak menjadi kenyataan. Tindakan Nur Misuari yang kerap ke Manila dan jarang sekali berada di negaranya mula dipersoalkan. Jentera kerajaan ARMM juga dikecam kerana gagal berfungsi dengan baik akibat birokrasi, rasuah dan kejahilan.

Usaha seterusnya ialah Nur Misuari cuba memujuk MILF untuk meletakkan senjata dan dan menyertai rundingan damai, namuan MILF menolak dan tidak mengiktiraf perjanjian tersebut. Pada wal 1997, pertempuran antara gerila MILF dengan tentera Filipina semakin membimbangkan presiden Filipina Joseph Estrada telah merancang untuk memusnahkan MILF dan menganggap permintaan mereka untuk kemerdekaan bagi bangsa Moro adalah sesuatu mustahil. Pada Januari 1999, beliau telah mengarahkan pelbagai unit tenteranya, pihak polis dan militia yang dikenali sebagai (CAFGU) dengan kekuatan keseluruhan seramai 70 000 individu di bawah pimpinan Lt. Gen. angelo Rayes untuk melancarkan serangan keatas kedudukan MILF. Beliau mengenakan tempoh tiga hari unutk menghancurkan kem-kem MILF.

Pada 24 Januari, dengan bantuan pesawat udara dan tenteranya, pihak kerajaan mula membedil kedudukan MILF di Maguindanao, utara Cotabato dan Sultan Khudarat. Pertempuran sengit ini menyebabkan lapangan terbang pusat kerajaan ARMM terpaksa ditutup, manakala lebuhraya yang menghubungkan bandar-bandar utama juga ditutup. Al-Haj Murad, salah seorang pemimpin kanan ketenteraan MILF kemudiannya telah memberikan amaran kepada kerajaan Filipina agar menghentikan operasi dan mengancam ke seluruh kepulauan Mindanao serta melakukan operasi ke Manila sendiri. Oleh kerana banyak tekanan dari pelbagai pihak, akhirnya presiden Estrada mengumumkan genjatan senjata dan disusuli pula dengan dengan rundingan antara kedua belah pihak pada 6 Febuari 2000. Walaupun usaha-usaha yang dilakukan itu menampakan hasil perdamaian namun terdapat juga halangan-halangan keras yang terpaksa ditempuhi oleh poihak-pihak yang berusaha kearah perjalanan kedamaian itu.6. Status konflik

Ekoran kegagalan revolusi tentera yang berlaku terakhir di Filipina, sumber dalam Barisan Pembebasan Moro islam di Filipina menyebut bahawa umat islam bimbang bahaya revolusi baru menentanag pentadbiran sekarang membawa kepada tindakan ketenteraan yang lebih keras terhadap umat islam di kawasan otonomi mereka. Perkara ini menambahkan lagi tragedy yang dihadapi oleh umat islam, ditambah pula dengan halangan ynag menyempitkan peluang yang ada untuk mewujudkan penyelesaian damai krisis di selatan Filipina yang mempunyai mejoriti umat islam.

Beberapa orang anggota Barisan Pembebasan Moro Islam menyatakan dengan terus terang bahwa mereka tidak mempercayai tentera dan jeneralnya. Mereka menyebut bahawa, tentera Filipina dikenali dengan penentangannya yang melampau ke atas mana perjanjian dengan Barisan Pembebasn Moro Islam. Selain itu, tentera juga telah menyokong sepenuhnya bekas prisiden Joseph Estrada di dalam perang yang meneluruh yang dilancarkan ke atas Barisan Pembebasan Islam Moro

Tentera juga telah menolak pentadbiran Aroyo akhir-akhir ini untuk mrnyerang kawasan-kawasan yang diiktiraf oleh kerajaan secara terang-terangan yang dikuasai oleh Barisan Pembebasan Islam Moro di selatan Filipina yang telah melanggari perjanjian damai yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak pada tahun 2002. Pencabulan ini dari pihak Aroyo telah memberi kesan kepada goyangnya kepercayaan umat islam samada di peringkat pimpinan ataupun umum dalam pentadbirannya.

Barisan juga mengetahui bahawa pentadbiran sekarang mendapat tekanan hebat dari pihak tentera yang berusaha menolak Aroyo melancarkan perang menyeluruh keatas Barisan denagn pihak tentera bahawa strategi ini memaksa umat islam tunduk patuh kepada syarat-syarat dan tawaran Manila mengenai cara untuk menyelamatkan krisis yang berlanjutan semenjak 25 tahun. Salah seorang anggota barisan menyebut bahawa umat islam berpandangan bahawa pihak tentera membangkang mana-mana perjanjian damai dengan umat islam seperti mana mereka berjanji untuk membalas dendam kematian rakan mereka di tangan anggota Barisan Pembebasan Islam Moro.

Mejoriti besar uamt islam menyokong barisan dan bercita-cita untuk hidup did lam sebuah negara berkecuali yang menjadikan islam sebagai sumber hukum kepada seluruh kehidupan mereka. Hal ini kerana umat islam langsung tidak mempercayai tentera dengan menegaskan bahawa tentera akan terus mengotorkan kesucian perdamaian. Uamt islam sama ada di selatan Filipina atau di mana-mana kawasan telahpun begitu bimbang dengan cara yang digunakan oleh tentera untuk menentag mereka. Keadaan ini akan menambahkan lagi keburukan berkenaan konflik yang berlaku di selatan Filipina. Secara tidak langsung, menyebabkan konflik ini terus-terusan akan berlaku.

7. Analisa Penyelesaian

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sangat sart dengan muatan emosi, kcenderungan dan subjektif individu. Hal ini kerana mungkin terdapat naluri dalaman yang menuntut untuk bersikap sedemikian. Kecenderungan dan ubjektif individu adalah sifat dan sikap manusia. Dalam erti kata lain, untuk keluar dari kecenderungan dan subjektif individu adalah mustahil, sekiranya ada sekalipun ia hanya dapat mengurangkan intensifnya. Keberpihakan terhadap semua perkara tidak dapat dihindarkan sama sekali. Bagi hal in, Gordon Sheild menegaskan bahawa betapa sulitnya untuk keluar dari pengaruh pandangan atau pembuat keputusan komuniti tempat seseorang hidup, pengaruh serata sosial serta idealogi yang dianuti. Oleh yang demikian, keberpihakan kita terhadap sebuah agama, idealogi ataupun aliran kepercayaan bukanlah sesuatu yang harus dirisaukan, kerana hal itu bersikap natural.

Jadi, analisa penyelesaian konflik di selatan Filipina dapat dilihat dari segi perdamaian. Perkara yang dapat diperhatikan ialah apabila pemimpin Front Pembebasan Islam Moro (MILF) bersiap-siap untuk perbicaraan perdamaian dengan pemerintah Filipina, apa yang dingini penduduk Selatan Filipina adalah sebuah perdamaian abadi yang dapat mengembalikan kehormatan yang telah hilang dari kehidupan warga Filipina Selatan. Penduduk islam Filipina sekaligus mengingkan perjanjian yang di dalamnya akan melepaskan status kelas bagi warga islam, di sudut wilayah negara yang didominasikan oleh penduduk Kristian.

Perdamaian merupakan kepentingan setiap orang. Perdamaian akan gagal jika sebahagian kelompok melihat sesuatu manfaat dari kelangsungan pertempuran yang telah menewaskan ribuan orang selama 30 tahun lebih. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perkara-perkara pada pemerintah dan militer yang tidak menginginkan pedamaian. Jadi, sekiranya perdamaian itu gagal, terhadap konseksuen lain yakni menjadikan pemuda mulim semakin radikal. Oleh sebab itu, Islam Moro mahukan perdamaian daripada berlakunya keganasan, kekejaman yang menindas dan menekan penduduk Islam di selatan Filipina.

8.0 Langkah Penyelesaian masa hadapan.Langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi kes konflik di Selatan Filipina pada masa hadapan ialah adanya pihak ketiga yang boleh menyelesaikan konflik ini sekali gus dapat mententeramkan keadaan yang berlaku. Sememangnya sudah dimaklumkan bahawa konflik yang berlaku di Selatan Filipina adalah konflik yang berteraskan agama, jadi wajarlah sekiranya pihak ketiga masuk untuk campur tangan. Hal ini secara tidak langsung dapat memahami situasi yang sebenarnya dan perundingan damai akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Bagi pemerintah Filipina pula jentera pentadbirannya perlu sedar tentang kepentingan dan kebebasan hak beragama rakyatnya bagi mengelakkan konflik dari terus berlaku. Oleh demikian, persefahaman rakyat dan pemerintah tentang kebebasan beragama adalah perlu untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Jadi, adalah perlu adanya campur tangan pihak ketiga untuk mendesak atau mempengaruhi situasi tersebut dari terus berlanjutan dan secara langsungnya konflik di Selatan Filipina dapat diatasi. Bibliografi1. www.malaysia-tday.net2. Abu Eizzat, (28 Julai 2003), Umat Islam Bimbang Penguasaan Tentera Di Filipina.3. Selasa, (19 Oktober), Perdamaian tak Wujud di Filipina Selatan.4. K.H Dr. Taemizi Taher M.D, ( 13 Ogos 2004),Reformasi Hubungan Antaragama .

5. 6 Ogos 2000, Front Pembebasan Nasional Moro dan Sempalannya.

6. [email protected] KANDUNGANPERKARAMUKA SURAT

pengenalan1-2

1.0 Latar belakang dan Sejarah2-6

2.0 Pihak yang terlibat6-8

3.0 punca konflik

3.1 Pengambilan Islam Moro

3.2bentuk pemerintahan Filipina

3.3 Orang Islam di Filipina masih Tersisih 99-10

10-12

12-13

4.0 Dinamika Konflik14-15

5.0 Langkah pengurusan15-16

6.0 Status Konflik17-18

7.0 Analisa Penyelesaian konflik 19-20

8.0 Langkah penyelesaian masa hadapan20-21

Bibliografi22

PAGE 22