konfusius

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 konfusius

    1/7

    Falsafah dan Logika Melayu JXEX1104

    TokohFalsafah:Konf usius

    Tugasan : JXEX 1104

    Nama : Haizurah Binte

    Kadir Mydin

    No. Matrix : JEA080704

  • 8/14/2019 konfusius

    2/7

    Pengenalan

    Sepanjang sejarah penubuhan negara China, falsafah telah banyak memainkan

    peranan dalam membentuk etika, niai-nilai, moral, adat dan kepercayaan masyarakat

    setempat. Antara ahli falsafah China yang terkenal ialah Mencius, Lou Tzu, Mo Tzu

    dan Konfusius. Konfusius adalah orang yang telah mengasaskan falsafah

    Konfusianisme (Confucianism).

    Berasaskan sejarah China, pada abad ke-6 Konfusius dan Lou Tzu telah muncul

    sebagai ahli falsafah yang giat berusaha untuk menjana kebijaksanaannya dalam

    membentuk satu system yang lebih teratur dan sistematik dari segi politik, sosial dan

    ekonomi di Negara China (Cheu Hock Tong, 2000).

    Riwayat Hidup Konfusius

    Nama sebenar Konfusius ialah Kon Qiu tetapi beliau juga lebih dikenali sebagai

    Kong Fuzi atau Master Kong atau Kongzi. Dia dilahirkan di Daerah Lu (kini lebih

    dikenali sebagai Daerah Shantung) pada tahun 551 S.M. Menurut Taos Commentary,

    Konfusius berasal daripada golongan bangsawan. Bapanya, Tse Shu Le pernah

    bertugas sebagai pegawai tentera dan meninggal dunia sebelum Konfusius dilahirkan.

    Selepas kematian bapanya, kehidupan Konfusius bersama ibunya, seorang wanita

    berpendidikan tinggi dan berbudi pekerti, semakin sukar dengan menempuh pelbagai

    pancaroba yang mana telah mematangkan dirinya (Hsu, Leonard Shihlien, 1975).

    Konfusius pernah bekerja sebagai polis di mahkamah Daerah Lu. Tidak lama

    kemudian, beliau berhenti dan menumpukan perhatiannya sepenuh masa sebagai

    mahaguru serta pentadbir yang menyokong falsafah duniawi. Beliau meninggal dunia

    pada tahun 479 S.M.

    2

  • 8/14/2019 konfusius

    3/7

    Faktor-faktor yang telah me mbawa kepada falsafah Konfusianism

    Pada zaman Chun Chiu (722 S.M 481 S.M), negara China berada daam

    keadaan huru hara. Zaman itu disebut sebagai Zaman Purba (R. Dawsan , 1975). Pada

    zaman itu, gejala-gejala korupsi politik selalu berlaku, keadaan penguasaan anarki

    wujud begitu ketara. Imperialisme yang hanya mengutamakan diri sendiri kian

    berleluasa. Perebutan kuasa pemerintah, kemerosotan sistem feudral telah mengancam

    keharmonian dan keamanan negeri China (R. Dawsan, 1975). Keadaan ini telah

    mendorong Konfusius untuk bertekad dan berusaha mengembalikan keamanan dan

    keharmonian antara manusia dengan manusia; manusia dengan alam dan

    mengembalikan kestabilan negara China.

    Selain itu, keadaan Konfusius yang membesar dalam keadaan susah dan

    mencabar tanpa adanya seorang bapa juga merupakan antara faktor yang telah

    mendorong Konfusius untuk memikirkan kepentingan membentuk organisasi keluarga

    yang harmoni.

    Faktor-faktor ini adalah antara sebab yang membuat Konfusius mengasaskan satu

    aliran pemikiran falsafah yang dikenali sebagaiJu Chia (Confucianism).

    Karya-karya Konfusius

    Kebanyakan kumpulan karya atau hasil tulisan mengenai Konfusius dan

    falsafahnya telah dituliskan berasal daripada catatan pengkaji-pengkaji atau murid-

    murid Konfusius sewaktu beliau menyebarkan ajarannya (Cheu Hock Tong, 2000).

    Walau bagaimanapun, kebanyakan pengkaji yang mengkaji pemikiran dan

    falsafah yang dibawa Konfusius berpendapat bahawa hanya Lun Yu (Analekta /

    3

  • 8/14/2019 konfusius

    4/7

    Analects) yang boleh diterima sebagai karya yang benar-benar mewakili buah fikiran

    Konfusius (Obaidellah, 1994).

    Lun Yu merupakan sebuah karya yang mengumpulkan segala nota dan kata-

    kata Konfusius berkaitan dengan Ju Chia (Confucianism). Nota dan kata-kata inilah

    yang kemudiannya dicatat dan disunting oleh murid-muridnya selepas beliau

    meninggal dunia.

    Selain daripadaLun Yu, terdapat juga karya lain yang dikatakan mengandungi

    ajaran-ajaran Konfusius iatu Shu Ching(Kitab Hikayat), Shin Ching(Koleksi Puisi),

    Yi Ching(Kitab Tentang Perubahan),Li Ching(Kitab Tentang Ritual dan Kesopanan)

    dan Chun Chiu (Rekod Musim Bunga dan Musim Gugur) (Obaidellah, 1994).

    Falsafah Konfusius

    Aliran falsafahJu Chia(Confucianism) menitikberatkan aspek niai-nilai murni

    atau kemanusiaan serta peraturan sosial. Konfusius berpendapat bahawa seseorang

    insan mestilah memiliki satu garis panduan tentang tingkah laku yang berdasarkan

    niai-niai abstrak untuk menjadi seorang manusia yang superatau gentlemen (Chun

    Tze), iatu Peribadi Agung. Beliau telah menamakan nilai-nilai abstrak ini sebagai Wu

    Chang (Five Virtues), iatu sifat-sifat murni manusia atau etika manusia yang terdiri

    daripada Li (Principle) atau Keserasian, Ren atau Jen (Humanity) atau

    Perikemanusiaan,Xin (Faithfulness) atau Kebolehpercayaan atau Keikhlasan, Yi

    (Honesty) atau Amanah atau Keadilan dan Zhi (Wisdom) atau Kebijaksanaan. Ini

    jelas menunjukkan bahawa Konfusius amat menekankan niai-nilai akhlak dan moral

    yang mulia (Hoobler / Hoobler, 1993).

    Berikut adalah penerangan mengenai Wu Chang (Five Virtues) yang terdapat

    dalam falsafahJu Chia (Confucianism):

    4

  • 8/14/2019 konfusius

    5/7

    1. Konsep Li (Principle) atau Keserasian: bermaksud keserasian kaedah atau cara

    yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu perkara (Hoobler, 1993). Menurut

    Konfusius, manusia perlu ada satu pedoman dalam kehidupan kerana manusia

    tidak mengetahui sebarang pengetahuan pun sejak dilahirkan. Maka, kita haruslah

    mencontohi pengalaman orang lain untuk mendapatkan pedoman atau garis

    panduan. Terdapat beberapa teori yang dijelaskan, iatu teori Cheng(penyesuaian

    nama) yang bermaksud sesuatu yang hendak dilaksanakan mesti serasi dengan

    tingkahlaku dan nama. Teori Chung Yungyang bermaksud Jalan Kesederhanaan

    yang mementingkan bahawa seseorang haruslah bertindak sederhana ke atas

    segala yang dilakukan. Manakala teori Hsiao pula bermaksud ketaatan atau

    kesetiaan (Azmi Aziz, Wan Ramli, 2002).

    2. Konsep Ren atau Jen (Humanity) atau Perikemanusiaan: bermaksud

    perwatakan yang bermoral, manusia sejati, kasih sayang sesama manusia dan

    seumpamanya. Kepentingan konsep ini ialah untuk mengajar agar manusia perlu

    memiliki sifat-sifat kemanusiaan, perlu sayang menyanyangi sesama manusia,

    tidak wujud sifat iri hati atau cemburu, melakukan kebajikan dan melakukan

    sesuatu yang memanfaatkan masyarakat dan lain-lain lagi. Sifat mementingkan

    diri sendiri diketepikan oleh Konfusius (Creel, Herlee Glessner, 1972).

    3. KonsepXin (Faithfulness) atau Kebolehpercayaan atau Keikhlasan:

    bermaksud kejujuran dan keikhasan harus dipentingkn sesama manusia.

    4. Konsep Yi (Honesty) atau Amanah atau Keadilan: bermaksud sikap amanah dan

    keadilan yang dipegang manusia haruslah dilaksanakan dan tidak boleh dicerobohi

    atau dicemari. Dalam konsep ini, tindakan seseorang melakukan sesuatu yang akan

    menghilangkan maruah dan harga diri perlu dielakkan dan sebaliknya seseorang

    itu perlu menegakkan moral dan membina personaliti diri yang baik.

    5

  • 8/14/2019 konfusius

    6/7

    5. KonsepZhi (Wisdom) atau Kebijaksanaan: bermaksud seseorang itu haruslah

    mempunyai pengetahuan daripada belbagai aspek. Hal ini disebabkan ilmu

    merupakan alat yang berkesan dalam mencorakkan kehidupan manusia.

    Selain daripada Wu Chang (Five Virtues) ini, Konfusius turut memperihatkan

    perhubungan sesama manusia dalam falsafahnya. Konsep ini dikenali sebagai Wu Lun

    (Five Relationship) atau lima jurusan perhubungan atau pertalian (Cheu Hock Tong,

    2000). Menurut Konfusius, perhubungan atau pertalian sesama manusia yang baik dan

    sempurna dalam aspek sosial adalah berasaskan lima perhubungan berikut:

    1. Pemerintah dan Rakyat

    2. Bapa dan Anak

    3. Suami dan Isteri

    4. Abang dan Adik

    5. Sahabat Tua dan Sahabat Muda (Hoober / Hoobler, 1993)

    Kesimpulan

    Walaupun ada pengkaji yang berpendapat bahawa falsafah Konfusianism ini

    berbentuk konservatif, namun kita tidak boleh menafikan bahawa fahaman ini telah

    banyak membantu dalam pembentukan masyarakat yang aman dan harmoni. Kerana

    itulah pengaruh dan falsafah Konfusius dapat dilihat dari aspek politik, sosial dan

    ekonomi sejak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden ini.

    Yang pasti, falsafah Konfusius ini memberikan satu pengajaran yang bersifat baik

    dalam menggariskan pembentukkan peribadi, sifat-sifat kemanusiaan dan hubungan

    yang perlu ada pada diri seseorang semasa berinteraksi dengan orang di sekelilingnya

    (Azmi Aziz & Wan Ramli, 2002 ).

    6

  • 8/14/2019 konfusius

    7/7

    Bibliografi

    1. Azmi Aziz & Wan Ramli. (2002). Tokoh Falsafah Dunia, Malaysia: Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd.

    2. Ahmad Sunawari Long. (2006). Sejarah Fasafah. Bangi Malaysia: Penerbit

    UKM.

    3. Awang Sariyan Dr. Prof. (2007).Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:

    Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

    4. Hashim Haji Musa. (2001).Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu:

    Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti

    Malaya.

    7