20
Kongres Sejarah Malaysia III telah berlangsung pada 28-29 Ogos 2018 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lunpur.Kongres dianjurkan oleh PSM dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 30 orang pembentang kertas kerja telah menyertai kongres ini. Ia turut disertai oleh 100 ahli sejarah dari seluruh negara. Kongres Sejarah Malaysia III adalah merupakan aktiviti berterusan PSM untuk terus memupuk kepekaan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan bermanafaat sejarah dalam proses pembangunan negara. Tema kongres iaitu “Sejarah Malaysia: Pasak masa depan negara” menepati objektif kongres untuk menjiwai kesedaran sejarah dalam masyarakat sebagai benteng penting dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara. Kongres ini amat bermakna kerana pertama kali diadakan di Wisma Sejarah,ibu pejabat PSM. Ini adalah kali ketiga diadakan setelah 22 tahun yang lalu kongres diadakan pada 1996 dan sebelumnya pada 1978. Kedua—dua diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika menyampaikan ucaptama Tan Sri Rais Yatim, bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan telah menyarankan Kerajaan mengujudkan skim penyelidikan Sejarawan tempatan bagi memastikan kesinambungan pelapis pakar sejarah di negara ini. Kewujudan skim ini adalah inisiatif penting dalam menambah bilangan pengkaji sejarah yang diiktiraf serta berpengalaman bagi menjadi pakar rujuk pada masa akan datang. Dana daripada skim penyelidikan boleh disalurkan kepada universiti tempatan bagi menambah baik kemudahan dan infrastruktur bagi bakal dan sejarawan yang sedia ada menjalankan kajian dalam keadaan yang lebih komprehensif. KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 KUALA LUMPUR: SIAPAKAH PENGASASNYA? SORAKAN SETIA UNTUK DR. MAHATHIR YANG PETAH, BERBICARA DI BEIJING MENEBUS MARUAH DATO’ KUM BOO Menarik di dalam: Muka 7 Muka 14 Muka 17 Bil. 57/18 JULAI / SEP 2018 Martabatkan Sejarah Malaysia Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid

KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

Kongres Sejarah Malaysia III telah berlangsung pada 28-29 Ogos 2018 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala L u n p u r . K o n g r e s dianjurkan oleh PSM dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 30 orang pembentang kertas kerja telah menyertai kongres ini. Ia turut disertai oleh 100 ahli sejarah dari seluruh negara. Kongres Sejarah Malaysia III adalah merupakan aktiviti berterusan PSM untuk terus memupuk kepekaan masyarakat terhadap peranan dan sumbangan bermanafaat sejarah dalam proses pembangunan negara. Tema kongres iaitu “Sejarah Malaysia: Pasak masa depan negara” menepati objektif kongres untuk menjiwai kesedaran sejarah dalam masyarakat sebagai benteng penting dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara. Kongres ini amat bermakna kerana pertama kali diadakan di Wisma Sejarah,ibu pejabat PSM. Ini adalah kali ketiga diadakan setelah 22 tahun yang lalu kongres diadakan pada 1996 dan sebelumnya pada 1978. Kedua—dua diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika menyampaikan ucaptama Tan Sri Rais Yatim, bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan telah menyarankan Kerajaan mengujudkan skim penyelidikan Sejarawan tempatan bagi memastikan kesinambungan pelapis pakar sejarah di negara ini. Kewujudan skim ini adalah inisiatif penting dalam menambah bilangan pengkaji sejarah yang diiktiraf serta berpengalaman bagi menjadi pakar rujuk pada masa akan datang. Dana daripada skim penyelidikan boleh disalurkan kepada universiti tempatan bagi menambah baik kemudahan dan infrastruktur bagi bakal dan sejarawan yang sedia ada menjalankan kajian dalam keadaan yang lebih komprehensif.

KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018

KUALA LUMPUR: SIAPAKAH PENGASASNYA?

SORAKAN SETIA UNTUK DR. MAHATHIR YANG PETAH,

BERBICARA DI BEIJING MENEBUS MARUAH

DATO’ KUM BOO

Menarik di dalam:

Muka 7

Muka 14

Muka 17

Bil. 57/18 JULAI / SEP 2018

Martabatkan Sejarah Malaysia

Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid

Page 2: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

Warkah PSM diterbitkan oleh:

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230, Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.

DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)MOHD AROF ISHAKDATIN ZURAIDAH MOHAMAD

SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681 4388Email : [email protected] / [email protected]

JULAI / SEPT 2018

MARTABATKANSEJARAH

MALAYSIA

YBHG. PROFESOR ULUNGTAN SRI DR. MOHD KAMAL HASSAN

YBHG. PROFESOR ULUNGDATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN

Institut Kajian Etnik (KITA), UKM

YBHG. PROFESOR ULUNGDATUK DR. LOOI LAI MENG

Jabatan Patologi, UM

YBHG. PROFESOR ULUNGDR. RAJAH RASIAH

DATUK DR. HARITH AHMADJabatan Fizik, UM

SENARAI PENYANDANG PROFESOR ULUNG

PRESIDENPERDANA MENTERI MALAYSIA

NAIB RESIDENMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAMENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

Page 3: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

3

Kongres Sejarah Malaysia III yang diadakan pada 28-29 Ogos 2018 di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur telah mengemukakan 9 resolusi. Di antara resolusi tersebut PSM menyeru pihak Kerajaan meningkatkan pendidikan ilmu sains sosial dan kemanusiaan khususnya dalam ilmu sejarah dan budaya pada semua peringkat pendidikan negara yang dapat membina keperibadian nasional dan mengukuhkan jati diri.Pada setiap tahun PSM telah menganjurkan kuiz Sejarah dan Patriotisme dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesungguhnya pertandingan ini merupakan salah satu wadah untuk melahirkan warganegara yang akan bersaing secara positif dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cinta akan negaranya dan pastinya kelak akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar dapat mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat setanding dengan negara-negara maju yang lain agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka. Harapan saya agar kita bersama-sama dapat bergerak sederap dan senada dalam membentuk murid yang dapat mendepani cabaran masa hadapan berdasarkan acuan kita sendiri. Dalam keghairahan mengejar kemajuan dan pembangunan maka jangan pula kita meminggirkan aktiviti berkaitan sejarah tanah air. Harapan saya PSM akan terus menjadi pentas yang penting dalam memastikan sejarah dan peradaban negara akan terus dijiwai oleh warga Malaysia. Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme akan kekal sebagai satu pertandingan berprestij serta menjadi tumpuan utama di peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa dan menjadi pengerak utama dalam memartabatkan serta memasyarakatkan ilmu sejarah.

Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

Tan Sri Dato’(Dr) Hj Omar Mohd HashimPengerusiJawatankuasa EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia

JULAI / SEPT 2018

Page 4: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

4

PSM DI SANA SINISEMINAR ON ORAL HISTORY RESEARCH IN

MALAYSIA –PHILIPPINES

The Philippines Historical Association (PHA) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM) dan Department of History, De La Salle University telah mengadakan seminar antarabangsa “Bridging Nations through Oral History: A Seminar On Oral History Research In Malaysia and Philippines” pada 23-24 Julai 2018. Tujuan diadakan seminar ini adalah untuk berkongsi “best practise” dalam sejarah lisan, bekerjasama dengan ahli sejarah dan mempromosi kaedah sejarah lisan. Seminar 2 hari yang pada hari pertama adalah sesi ceramah dan hari kedua lawatan dan kunjung hormat Duta Malaysia ke Filipina, Dato’ Raszlan Mohd Rashid.

Ceramah diadakan di Verdure Henry Sy Sr yang diadakan di De La Salle University.S esi pertama “Perkongsian pengalaman sejarah lisan di Malaysia dan Filipina”. Sesi kedua bertemakan “Sejarah lisan dan warisan Asia Tenggara”

Pada hari kedua delegasi Malaysia, wakil PHA dan Department of History, DLSU melawat Marcelino Foronda Oral History Collection di perpustakaan De La Salle University. Seterusnya delegasi melawat Malacanang Museum. Dato’ Jumaat Mohd Noor, Timbalan Pengerusi PSM turut menyertai seminar ini. Ahli-ahli JKE yang turut serta ialah Dr Zahidi Dato’ Zainol Rashid, Dr Wan Ali Wan Mamat dan Datin Zuraidah Mohamad.

PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Pertandingan ini telah diadakan pada 15 Ogos 2018 di M-Suite, Johor Bahru. Hanya 9 sekolah yang mewakili 9 negeri terlibat dalam pertandingan akhir. Negeri yang tidak menghantar wakil ialah Pahang, Sabah, Kelantan, Selangor dan Perak. Pertandingan akhir di Johor diadakan sebahagian daripada program pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Negeri Johor. Kuiz Sejarah Malaysia bagi merebut Piala Kenangan Aminuddin Baki dianjurkan oleh PSM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan tersebut dikelolakan oleh PSM Cawangan Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Johor dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor, Arkib Negara Malaysia dan DBP Wilayah Selatan. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah dan sijil pertandingan kuiz telah disampaikan oleh Y.B. Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Exco Negeri Johor yang mewakili Y.A.B. Menteri Besar Johor. Dato’ Hj Jumaat bin Dato’ Hj Mohd Noor, mewakili PSM.

JULAI / SEPT 2018

Page 5: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

55

Satu perjumpaan untuk membicarakan tentang ketokohan Tan Sri Elyas Omar (Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur) telah diadakan pada 17 September 2018 bertempat di Aroma Coffee House, PAUM Club House di Jalan Susur Damansara, Kuala Lumpur.

Seramai 9 bekas pegawai kanan INTAN atau dikenali sebagai “INTAN PIONEER” yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Elyas semasa beliau menjawat jawatan Pengarah INTAN hadir.

Kebanyakan mereka menjawat jawatan terkanan sebelum bersara. Ada di antara mereka pernah menjadi Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah. Rakaman anecdote menarik tentang pengalaman berkhidmat dengan Tan Sri Elyas turut dikisahkan.Masing masing menggambarkan Tan Sri Elyas sebagai seorang “Visionary” dan “Innovator”.

JULAI / SEPT 2018

PSM DI SANA SINIKONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018

Kongres ini telah berlangsung pada 28-29 Ogos 2018 di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Ucapan perasmian dan ucaptama telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Mantan Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan. Sebanyak 30 kertas kerja dari antara pembentang-pembentangnya adalah Prof Emeritus Dato’ Paduka Ahmat Adam, Prof Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria, Prof Dato’ Dr Othman Yatim, Prof Dr Susanto Zuhdi dan Prof Madya Dr Sham Rahayu Abd Aziz. Lain-lain pembentang jemputan adalah Prof Dr Mohd Fauzi Abdul Hamid, Proff Dr Sivamurugugan Pandian, Dr Abdul Rahman Ismail, En Mohd Arof Ishak.

Pada hari pertama pada 28 Ogos 2018 kongres ini dibahagi kepafa 3 sesi iaitu: 1.Sesi Kertas Utama 2.Sesi bertema: Politik dan Pentadbiran 3.Sesi bertema: Pendidikan dan Isu Kontemporari

Pada hari kedua pada 29 Ogos 2018, kongres ini dibahagi kepada 4 sesi iaitu: 1. Sesi Kertas Utama 2. Sesi bertema: Hubungan Antarabangsa & Tamadun Melayu 3. Sesi bertema: Sosial & Ekonomi 4. Sesi bertema: Negara Bangsa

BICARA TOKOH: TAN SRI ELYAS OMAR

Page 6: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

6

KONGRES SEJARAH MALAYSIA III YANG DIADAKAN PADA 28 - 29 OGOS 2018 DI WISMA SEJARAH, KUALA LUMPUR

TELAH MENGEMUKAKAN RESOLUSI SEPERTI YANG BERIKUT:

1. Kerajaan membangunkan suatu falsafah pendidikan nasional yang mengekalkan kepentingan menguasai ilmu STEM dengan memberikan kepentingan juga pada pembangunan ilmu sains sosial dan kemanusiaan serta menyerapkan elemen sejarah dan budaya dalm pengajian ilmu STEM.

2. Kerajaan meningkatkan pendidikan ilmu sains sosial dan kemanusiaan ,khususnya dalam ilmu sejarah dan budaya pada semua peringkat pendidikan negara yang dapat membina keperibadian nasional dan mengukuhkan jati diri.

3. Menyokong perubahan kurikulum dan buku teks sejarah di sekolah yang memberi penekanan pada pengajian sejarah Alam Melayu sebagai landasan kefahaman sejarah negara.

4. Program latihan keserjanaan tenaga muda dalam bidang sejarah di universiti tempatan dan luar negara yang terkemuka perlu diwujudkan.

5.Kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan fakulti atau institusi kecermelangan sejarah di mana –mana universiti tempatan.

6. Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) memberikan keutamaan cuti belajar biasiswa latihan persekutuan dalam bidang pengajian sejarah bagi melahirkan penjawat awam yang mempunyai kefahamanb yang mendalam tentang sejarah nergara.

7. Persatuan Sejarah Malaysia ,institusi pengajian tinggi,Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi yang berkaitan mewujudkan inisiatif kerjasama strategik bagi memajukan penyelidikan dan penulisan berkaitan sejarah Malaysia.

8. Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Sejarah Malaysia yang berperanan dalam hal pengesahan ,pengiktirafan dan penganugerahan berkaitan sejarah,dan juga mengadakan Kongres Sejarah Malaysia secara berkala.

9. Pembudayaan sejarah yang terbimbing dan kefahaman inti Perlembagaan Malaysia dalam kalangan setiap peringkat masyarakat.

JULAI / SEPT 2018

Page 7: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

7

Satu perjumpaan untuk membicarakan tentang ketokohan Tan Sri Elyas Omar (Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur) telah diadakan pada 17 September 2018 bertempat di Aroma Coffee House, PAUM Club House di Jalan Susur Damansara, Kuala Lumpur.

Seramai 9 bekas pegawai kanan INTAN atau dikenali sebagai “INTAN PIONEER” yang pernah berkhidmat dengan Tan Sri Elyas semasa beliau menjawat jawatan Pengarah INTAN hadir.

Kebanyakan mereka menjawat jawatan terkanan sebelum bersara. Ada di antara mereka pernah menjadi Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah. Rakaman anecdote menarik tentang pengalaman berkhidmat dengan Tan Sri Elyas turut dikisahkan.Masing masing menggambarkan Tan Sri Elyas sebagai seorang “Visionary” dan “Innovator”.

SOR AK AN SE TIA UNTUK DR. MAHATHIR YANG PE TAH,

BERBIC AR A DI BEIJING MENEBUS MARUAH.

OlehDATO’ HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR

Elok sekali kita mulakan episod di Beijing ini dengan memaparkan petikan berita berkaitan ucapan Dr. Mahathir semasa membuat lawatan ke Beijing selama lima hari pada 18-22 Ogos 2018.

Dr. M : BN govt. aimed to sell all of Malaysia BEIJING The Barisan Nasional government’s policies were so accomodative to China that it essentially put Malaysia on sale to the Asian superpower. Tun Dr. Mahathir asserted yesterday.

“The Malaysian market is very open. The last government wanted to sell the whole of Malaysia to China”.

Dr. Mahathir at a Lunch Dialogue with Malaysian Businessmen.MALAY MAIL – August 20, 2018

Suatu kenyataan yang perlu kita anggap melahirkan keinsafan dan kewaspadaan, demi menjaga kesejahteraan, keutuhan dan kedaulatan Negara. Keterbukaan Dr Mahathir menyatakan ini merupakan suatu “keberanian lisan sakti” seorang jaguh Negara. Justeru, penampilan tuturan jagoan serupa ini, tidak cukup dengan hanya mendapat tepukan syabas am, malahan wajar sekali mendapat sorakan yang gemuruh. Sorakan yang tentunya bersifat gembira, berjiwa, bernada patriotik dan setia.

Besar dan hebat sekali peranan dan tindakan beliau dalam perkara ini, dan tentulah bersemarak hendaknya rakyat Malaysia menyampaikan sambutan budi ‘berterima kasih’ kepadanya.

Di Bejing, pimpinan Dr. Mahathir sebenarnya mendekati dan menangani permasalahan buruk dan pahit, yang jelas telah wujud mengaitkan beberapa pembangunan “projek-projek mega” dalam Negara Malaysia, yang didominasi oleh syarikat-syarikat terkemuka China, disokong kuat oleh pemerintah negeri China sendiri. Malahan dikaji dari sudut perjanjian atau kontrak yang diperakukan, dominasi ini lebih berat mencerminkan urusan pelaksanaan dan tindakan kerja yang bersifat eksploitatif dan ‘berat sebelah’.

Amat mengherankan sekali, pada terma-terma yang terwujud di kontrak-kontrak tersebut, pertimbangan saksama saling menghormati dari segi “win-win situation” tidak dizahirkan sama sekali. Contoh yang ketara adalah tidak memperturunkan suatu “exit clause”, di mana perlu dinyatakan kontrak tersebut boleh diberhenti atau dibatalkan oleh mana-mana pihak. Begitu juga dari segi pembayaran atau penyempurnaan tahap-tahap kerja, yang disebutkan adalah bayaran dilakukan secara jangka masa (time-based payment), bukan berasaskan peratusan size dan kualiti capaian kerja yang tersiap.

Maka berkaitan dengan terma ‘time based payment’ ini, �rma-�rma China yang tersebut telah dengan senangnya menuntut bayaran selayaknya. Struktur pembayaran serupa ini yang melibatkan kontrak bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TGSP) sungguh diperhatikan sebagai “meragukan” dan sangat menyangsikan bagaimana pihak Pentadbiran Malaysia terdahulu sesenang-senangnya meluluskan.

Projek ECRL nyata terlalu tinggi kosnya, sementara projek TGSP misalanya yang dikatakan berjumlah kos RM9.4 bilion, telah senang-senangnya dibayarkan pembayaran terdahulu sebanyak RM8.3 bilion, walaupun tanpa menunjukkan prestasi menyempurnakan kerja-kerja pembangunan yang ‘tangible’.

JULAI / SEPT 2018

Page 8: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

8

Bagi kerajaan Malaysia yang baru Pimpinan Dr. Mahathir, kontrak-kontrak dengan terma-terma yang sebegitu ‘menekankan’, sungguh memperlihatkan sikap “kebebalan yang merugikan”. Nyata bebal sekali membiarkan Malaysia terjebak dengan “lubuk kewangan dan kehutangan” yang begitu menjerutkan.

Sementara Malaysia merasakan menghadapi masa mendatang yang keruh dan pudar dengan angkara ‘kehutangan’ yang amat membebankan, China dengan �rma-�rmanya yang mengaut sebegitu banyak bayaran keuntungan, boleh berdiri berasa kental, apatah pula pihak bank-bank China dengan sokongan negara ada berperanan di sebalik rancangan-rancangan pembangunan dan kontrak-kontrak �rma-�rma ini.

Perihal kontrak-kontrak projek mega ini boleh merupakan “perangkap hutang (debt-traps)”, bagi mana-mana negara terlibat, sememangnya difahami oleh Dr. Mahathir.

Mengikut satu kajian yang diusahakan oleh Centre For Global Development, sebuah organisasi ‘think-tank’ Amerika Syarikat, terdapat beberapa buah negara yang terlibat dengan angkara ‘debt-traps’ ini. Negara Pakistan, Sri Lanka, Maldives, Mongolia, Laos, Montenegro, Tajikistan dan Kyrgiyzstan sedang merasakan tidak berdaya menangani “soveveign debt” akibat terkait dengan projek-projek besar melalui OBOR.

Dengan kedua-dua projek, iaitu ECRL dan TGSP di Malaysia, China memang sudah jelas MENANG. Kemenangan bukan kerana �rma-�rmanya berjaya bertapak di bumi Malaysia, tetapi kerana �rma-�rma inilah gagasan OBOR globalnya disambut secara mudah terbuka.

Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang sangat arif tentang kenyataan ini. Bagi kedua-dua tokoh China ini, OBOR wajar memenangkan China bukan sahaja di rantau kita ini, tetapi juga di beberapa tapak bumi di negara yang lain sebagaimana dijadualkan dalam jalur OBOR sejak tahun 2013.

Sambutan menjayakan OBOR di Malaysia ini memang “menyenangkan” hubungan China-Malaysia selama ini. Apatah pula memandangkan penguasaan dan prestasi ekonomi dan bisnis di kalangan warga Malaysia dari kelompok keturunan etnik Cina amat mendominasi. Semacam boleh dikatakan ‘familiarity breeds easy kinship’.

Di Malaysia terdapat ribuan �rma-�rma atau syarikat dagangan milik kaum Cina yang kebayakannya bergabung di bawah kekuatan dan panduan Dewan Perniagaan Cina Malaysia. Mereka ini bertunjangkan ikatan kesetiakawanan Dewan, kelihatan bersemangat dan berkuat azam menyambut idea dan gagasan besar OBOR yang merancang bertapak di Malaysia.

Agaknya sama sekali tidak keterlaluan andainya kita beranggapan serta menyuarakan pendapat atau �kiran bahawa masyarakat peniaga golongan Cina di Malaysia merasakan beroleh “ilham dan dorongan” yang maha pengaruh serta manfaat melalui perhubungan China-Malaysia yang secara konsisten, gigih dan berpuji-pujian dizahirkan.

Kita jangan lupa bahawa sehingga ketika berlangsungnya PRU-14 yang lalu, Parti MCA terang-terangan menonjolkan kempennya dengan menggambarkan pada poster Presiden Parti MCA bergandingan berdiri bersama Presiden Xi Jinping. Tentu sekali makna dan signi�kan di sebalik poster tersebut besar sekali. Besar dan terkemuka kerana OBOR mahu disambut di bumi Malaysia dengan peranan dan sokongan yang untung saling membangun. Begitu agaknya mesej yang mahu disampaikan warga Malaysia keturunan Cina berlapang dada memberikan sambutan.

Lawatan Dr. Mahathir ke Beijing adalah suatu usaha terbuka bagi menzahirkan masalah getir di sebalik projek ECRL, TBSP dan sebagainya. Masalah yang mengakibatkan kedudukan �skal yang bakal membawa negara kepada kerugian dan kehutangan yang amat tidak munasabah. Justeru perbincangan bagi membatalkan projek-projek tersebut adalah menjadi agenda kritikal bagi dihadapkan kepada pihak China. Permasalahan dan berita-berita ekspolitasi disebalik projek –projek tersebut, bukan sahaja memeritkan urusan kerajaan tetapi lebih kuat menjengkelkan keseluruhan perasaan dan �kiran rakyat. Maka itu rakyat sepatutnya berlapang dada bahawa ketegasan Dr Mahathir di Beijing telah membela dan menebus maruah negara dan rakyat Malaysia kini sedar ‘secara tertipu’ telah dimanipulasi dan dikelirukan dalam sepenuh kegelapan.

JULAI / SEPT 2018

Page 9: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

9

Ada suatu perkara yang mahu ditegaskan oleh misi Dr Mahathir kepada pihak China ini mengenai jenis pelaburan langsung asing (FDI) yang diperlukan Malaysia.

Bagi Malaysia FDI adalah usaha pelaburan membawa masuk modal dan teknologi mendirikan kilang atau industri di Malaysia menggunakan tenaga kerja tempatan

Yang tidak diingini ialah pelaburan yang melibatkan penjualan tanah dan membangunkan Bandar Baru kerana perkara serupa itu boleh dilakukan sendiri oleh pelabur Malaysia

Pelaburan memiliki aset-aset tanah untuk mendirikan serta menghebohkan bandar-bandar baru di beberapa lokasi di Malaysia, memang telah termaklum. Justeru terbangkitlah masalah projek bandar-bandar baru tersebut bakal mencambahkan cici-ciri dan nilai sosial luaran misalnya yang bersifat asing KeChinaan atau sebagainya, membangkitkan soal ekologi dan demogra� kependudukan dan jati diri yang terpisah bersendirian.

Namun demikian misi Dr. Mahathir ke Beijing perlu juga dilihat bukan sebagai sesuatu ‘engagement’ atau pertemuan bersemuka yang bertujuan menjejas atau mena�kan hubungan rancangan niaga yang telah dibuat bersama pihak China selama ini. Dr Mahathir berjaya meyakinkan ahli perniagaan China bahawa beliau masih ‘Mesra China’ sama seperti terdahulunya ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.

Menarik sekali diketahui hubungan istimewa rancangan pembangunan niaga berciri teknologi pintar dan digitalisasi dengan jaguh Jack Ma daripada syarikat gergasi Alibaba akan diteruskan demi membuka peluang saling membangunkan strategi globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. Sesungguhnya layak sekali berlakunya pertemuan Mahathir-Jack Ma ini.

Dr Mahathir telah melaksanakan sesuatu yang wajar dan bijak di Beijing demi menjaga agar Malaysia tidak terperangkap dengan ‘debt trap’ apabila melangsungkan projek-projek yang mahal yang tidak sepatutnya dengan negara China.

Beliau bukan sahaja bijak tetapi berani berterus terang. Seorang pakar sains sosial di Harvard University dalam suatu penulisannya “Why Mahathir dared to say no to China” menyimpulkan keperibadian dan tingkahlakunya menangani urusan governance seperti berikut “Mahathir has been consistent with his views on colonialism, corruption and sheer commercial charade camou�aged as infrastructure projects. Mahathir is a master at saying no based on simple principles and consistency”.

Tun Dr. Mahathir, itulah dia sosok insan negarawan yang kini kembali ke pangkuan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi dialog pada Forum Leaders China Entrepreneur Club. Turut kelihatan Pengerusi China Entrepreneur Club Jack Ma (kanan).

– Foto BERNAMA

JULAI / SEPT 2018

Page 10: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

10

BERITA BERGAMBAR

SEMINAR ON ORAL HISTORY RESEARCH IN MALAYSIA & PHILIPPINES

22-24 JULY 2018, DE LA SALLE

JULAI / SEPT 2018

Dr Florina (De La Sale University) bersama Prof Dr Sohaimi (UiTM) dan Dr Zahidi (PSLM)

Peserta-peserta seminar

Peserta-peserta pada sesi seminar

Page 11: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

11

BERITA BERGAMBAR

JULAI / SEPT 2018

SEMINAR ON ORAL HISTORY RESEARCH IN MALAYSIA & PHILIPPINES

22-24 JULY 2018, DE LA SALLE

Sesi 2: Oral History & Southeast Asian Heritage)

Dr Florina (De La Salle University) bersama Prof Dato Dr Ahmad Murad (USM) dan Dr Zahidi (PSLM)

Dr Fernando A. Santiago Jr (De La Salle University) semasa Sesi 1 : Sharing Oral History Experience in Malaysia and Philippines

Page 12: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

12

Pada 11 Ogos 2005 dalam perjalanan menghadiri IFLA World Library and Information Congress di Oslo, Norway, saya telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London. Saya menaiki pesawat MAS dari Kuala Lumpur ke London dan transit di London sebelum berlepas menyambung perjalanan ke Oslo, Norway. Pesawat MH 1 bertolak jam 12.00 tengah malam dan tiba di Heathrow jam 5 pagi. Setelah perjalanan 13 jam saya sampai di Terminal 1 saya diberi nombor 147 dan dimaklumkan untuk menunggu sehingga nombor saya dipanggil kerana saya tidak dapat meneruskan perjalanan ke Oslo dengan British Airways. Ini adalah disebabkan mogok mengejut pekerja bagasi Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow. Keadaan tersebut memburuk lagi masalah syarikat penerbangan itu yang bergelut dengan kenaikan harga bahan bakar yang mendadak. Keadaan tersebut jika tidak diselesaikan dalam tempoh dijangka memberi kesan kepada British Airways yang merupakan salah satu syarikat penerbangan yang mencatat keuntungan paling banyak. Tahun lalu ia mncatat keuntungan sebanyak 415 juta pound sterling hasil dari pengurangan pekerja dan mengabaikan laluan yang tidak memberi keuntungan. Semalam para penumpang yang tiba di lapangan terbang itu terkejut apabila mendapati ia ditutup sementara kakitangan lapangan terbang menyediakan kerusi lipat dan botol air kepada para penumpang. Pada masa yang sama penumpang yang datang dari luar London terpaksa mencari tempat bermalam. Mogok mengejut dilancarkan oleh pekerja bagasi untuk British Airways selepas tidak berpuas hati dengan pemecatat 800 pekerja syarikat sokongan Gate Gourment International. Syarikat milik Texas Paci�c tu menyediakan 80,000 makanan sehari untuk British Airways yang merupakan pelanggan terbesarnya. Hanya pada jam 4 petang saya mendapat tempat untuk meneruskan perjalanan ke Oslo pada besok paginya.

TERKANDAS 12 JAMDI LAPANGAN TERBANG ANTRABANGGSA

HEATHROW, LONDONOleh

DR ZAHIDI DATO ZAINOL RASHID

Sumber: Utusan Malaysia (Sabtu 13 Ogos 2005)

JULAI / SEPT 2018

Page 13: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

13

RUMAH PUISITAUFIK ISMAIL

OlehDR OSMAN AYOB

Rumah Puisi penyair tersohor Indonesia, Tau�k Ismail terletak di Nagari Aie Angek, J l . R a y a , P a d a n g Panjang-Bukittinggi, Sumatera Barat. Delegasi seramai 845 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk GAPENA bersama Ketua-Ketua Satu badan kerabat yang ikut serta tiba di perkarangan Rumah Puisi Tau�k Ismail pada tengah hari 3 Julai 2012. Perjalanan yang jauh dari Lapangan Terbang Minangkabau, Padang melalui jalan berliku-liku lebih dua jam dilatari kiri kanan dengan pemandangan yang indah menghijau melalui Lubuk Along, tanah datar Pagar Ruyung melangkauhi Air Terjun Lembah Anai sebelum memasuki Padang anjang ternyata tidak meletihkan semua peserta. Delegasi disambut penyair Tau�k Ismail, isterinya Atie . Rombongan dijamu aneka juadah jenis kuih tradisional. Dinding rumah puisi dihiasi sepanduk puisi-puisi pilihan Tau�k Ismail juga rentangan kain menitipkan “kata-kata hikmat para punjanga”. Rumah Puisi Tau�k Ismail terletak di atas lorong bukit kecil mengadap pemandangan di antara Gunung Singgalang dan Gunung Merapi yang sentiasa berkabut. Di sekitar Rumah Puisi yang mengandungi sebuah perpustakaan peribadi milik Tau�k Ismail. Susunan 7,000 buah buku dalam rak begitu rapi jagaannya. Dalam lokasi Rumah Puisi yang indah dan selesa dengan cuaca nyaman segar sepanjang masa dicelah dua pergunungan Singgalang dan Merapi. Ada hotel penginapan dan lengkap dengan surau, dewan makan untuk pelancong. Terdapat juga Rumah sasterawan tamu yan g luas dan selesa. Ketua Satu GAPENA, Prof Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih atas layanan yang diterima. Beliau menegaskan Rumah Puisi merupakan sumbangan hebat dan besar penyair Tau�k Ismail kepada Indonesia. Beliau menyifatkan Tau�k Ismail sebagai pendakwah seni budaya bagi Indonesia. Pengorbanan cukup bermakna dan ini telah memberi manfaat besar kepada rakyat Indonesia.

SASTERAWAN YANG DIUNDANG DAN BERKUNJUNG KE RUMAH PUISI

Suratman Markasan (Singapura)Ajip Rosidi (Pabelan)Siti Zainon Ismail (Malaysia)Ali Audah (Bogor)Tau�k Abdullah (Jakarta)Budi Darma (Surabaya)L. K. Ara ( Banda Acheh )Abdul Nur Adnan (Washington DC)Prof Edwin Wirienge (Jerman )

Prof Dr Amin Sweeny (Jakarta)Toh Maharaja Dato’ Khairudin Arshad (Malaysia)Prof Dr Abdul Hadi WM (Jakarta)Dr Zahidi Dato’ Zainol Rashid (Malaysia)Hamzah Hamdani (Malaysia)Tan Sri Ismail Hussein (Malaysia)Hj Borhan Mohd Zain (Malaysia)Dr Osman Ayob (Malaysia)

JULAI / SEPT 2018

Page 14: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

14

DATUK KUM BOOOleh

MOHD NOR LONG

Kum Boo lahir pada tahun 1924, anak jati Kuala Lumpur, mendapat pendidikan awal di Victoria Institution. Beliau merupakan kumpulan pertama mahasiswa pasca-perang belajar semula apabila Ra�es College membuka pintunya pada tahun 1946, dan berjaya memperoleh Diploma Sains tahun 1949, kemudian kembali semula bagi mendapat Sarjana Muda Sains dengan Kepujian tahun 1952 oleh Universiti Malaya Singapura. Pada tahun itu juga beliau salah seorang daripada tujuh orang diangkat menjawat jawatan Education O�cer, yang pada ketika itu ramai disandang oleh pegawai kulit putih. Penempatan pertamanya ialah sebagai guru sains kemudiannya Guru Besar English College, Johor Baru 1959 seterusnya ditukar ke Kedah sebagai Guru Besar Sultan Abdul Hamid College Alor Star, di mana dia kekal untuk beberapa tahun sehingga 1961. Dari sini dia mula mendaki hairaki professional keguruan peringkat demi peringkat sebagai Pengarah Pendidikan Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak hingga ke tahun 1969, cuma diselang-seli dengan melanjut latihan professional di North-West Universiti Chicago dalam bidang Pentadbiran Pendidikan.

Sekembalinya, lalu dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sekolah, nadi keseluruhan sistem pendidikan, sehingga tamat perkhidmatan dalam tahun 1978. Dalam kapisitinya sebagai pegawai kanan dalam keseluruhan akviti pendidikan yang memungkin kejayaan setiap anak sekolah seluruh negara beliau bekerja rapat dengan Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, Tun Hamdan, member kepercayaan sepenuhnya sebagai trouble-shooter menangani pelbagai kerenah dan selok-belok pendidikan dari penempatan para guru hingga penempatan guru-guru dari luar negara khususnya. Dan bermula keakrabannya dengan ketuanya hingga mencetus minat mendalam menyertai kegiatan Persatuan Sejarah hingga kini, sekalipun disiplin latihannya amat berbeza sebagai lulusan Sains.

Menginsa� betapa daif pelajar-pelajar Melayu mengikuti pelajaran Sains dan Matematik, Haji Hamdan Ketua Pengarah Pelajaran, mengambil initiatif dalam tahun 1969 untuk menggalakkan golongan yang tercicir ini mengikuti pembelajaran dalam dua mata pelajaran yang dingggap ‘berat’. Lihat kepada statsitik kemasukan pelajar ke Maktab Teknikal Kuala Lumpur, hanya lapan orang pelajar Melayu daripada seramai 115 keseluruhan pelajar tahun satu. Sementara tahun 1966 cuma dua orang pelajar Melayu meraih Sarjana Muda Pertanian dan lima orang pula memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Malaya. Lantas, beliau mengarahkan Kum Boo selaku Pengarah Sekolah-Sekolah untuk meneraju sebuah projek khas dipertanggungjawab untuk melaksanakan dan ‘kejayaan tugas besar itu!’. Demikain nota arahan ketuanya kepada beliau berbunyi: “…the brunt of the work fell on the Schools Division of the Ministry, in particular on its head, Kum Boo, who was to become very adept at handling the often complicated reqirements of the expatriate teachers.”

Kum Boo dengan penuh tangggungjawab memulakan tugas murni sebagai satu reformasi pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah lebih berpijak kepada bumi ini dari keasliannya – seorang pegawai khas terdidik ilmu Sains, Abu Hassan Ali (kini Allayarham) untuk membantu Kum Boo memimpin dan memantau projek tersebut. Inilah satu-satunya tugas besar tinggalan beliau masih dikenang sehingga kini. Sementara Nu�eld Science diperkenalkan ke sekolah menegah dan ternyata berjaya mengkibatkan ratusan malah ribuan pelajar-pelajar mengikutinya dengan jaya. Syabas Kum Boo!

Penglibatannya dalam PSM ternyata ikrab sebagai seorang ahli seumur hidup melebihi tiga dekad, bermula di bawah kepimpinan Tun Hamdan hingga terkini kepimpinan Tan Sri Omar. Sering menyertai lawatan sambil belajar, menjelajah hampir keseluruhan kepulauan Indonesia dan terbaru ke Vietnam dan sekembalinya dia menulis Fall of Saigon: My Last Minute Escape, tersiar dalam Warkah PSM (Sept-Dis 2015) dan banyak lagi rencananya tersiar – Chye Kooi Leong: War Historian Dies (2014), Last Director of U.S.Peace Corps in Malaysia (2012), The Sinchuan Earthquake, China (2009), The Malay College Kuala Kangsar: A National Heritage (2005), The Home Guards – Unsung and Forgotten Heroes (2007),Pasar Seni Pasar Budaya: World Class Tourist Centre (2006), Admiral Zheng He( Muhammad Cheng Ho) (2005), Malaysia-China – Malacca Relations (2004), dan banyak lagi kalau disebut terlalu panjang!

JULAI / SEPT 2018

Page 15: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

15

Merenung kepada sumbangan beliau, bermula dalam bidang pendidikan, beban utama dipikulnya, untuk menggalakkan pelajar Melayu berminat dalam Sains dan Matematik; manakala selepas bersara bergiat cergas dalam PSM maka adalah wajar beliau dianugerah FELO PSM bagi tahun 2018.

Pada 8 Januari 2019, PSM telah dikejutkan dengan berita kematian Dato’ Kum Boo.

Dato Kum Boo di sebelah kiri sekali dalam satu mesyuarat di Pusat Perkembangan Kurikulum yang

dipengerusikan oleh Hamdan tahun 1970.

Dato Kum Boo number 2 dari kanan bergambar dengan ahli jawatankuasa PSM di 658, Jalan Hose, Kuala Lumpur pada tahun 1976.

Dato Kum Boo dalam satu lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah bergambar dengan rombongan PSM di hadapan Tugu Peringatan Double Six tahun 2007.

JULAI / SEPT 2018

Page 16: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

16

Kum Boo lahir pada tahun 1924, anak jati Kuala Lumpur, mendapat pendidikan awal di Victoria Institution. Beliau merupakan kumpulan pertama mahasiswa pasca-perang belajar semula apabila Ra�es College membuka pintunya pada tahun 1946, dan berjaya memperoleh Diploma Sains tahun 1949, kemudian kembali semula bagi mendapat Sarjana Muda Sains dengan Kepujian tahun 1952 oleh Universiti Malaya Singapura. Pada tahun itu juga beliau salah seorang daripada tujuh orang diangkat menjawat jawatan Education O�cer, yang pada ketika itu ramai disandang oleh pegawai kulit putih. Penempatan pertamanya ialah sebagai guru sains kemudiannya Guru Besar English College, Johor Baru 1959 seterusnya ditukar ke Kedah sebagai Guru Besar Sultan Abdul Hamid College Alor Star, di mana dia kekal untuk beberapa tahun sehingga 1961. Dari sini dia mula mendaki hairaki professional keguruan peringkat demi peringkat sebagai Pengarah Pendidikan Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak hingga ke tahun 1969, cuma diselang-seli dengan melanjut latihan professional di North-West Universiti Chicago dalam bidang Pentadbiran Pendidikan.

Sekembalinya, lalu dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sekolah, nadi keseluruhan sistem pendidikan, sehingga tamat perkhidmatan dalam tahun 1978. Dalam kapisitinya sebagai pegawai kanan dalam keseluruhan akviti pendidikan yang memungkin kejayaan setiap anak sekolah seluruh negara beliau bekerja rapat dengan Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, Tun Hamdan, member kepercayaan sepenuhnya sebagai trouble-shooter menangani pelbagai kerenah dan selok-belok pendidikan dari penempatan para guru hingga penempatan guru-guru dari luar negara khususnya. Dan bermula keakrabannya dengan ketuanya hingga mencetus minat mendalam menyertai kegiatan Persatuan Sejarah hingga kini, sekalipun disiplin latihannya amat berbeza sebagai lulusan Sains.

Menginsa� betapa daif pelajar-pelajar Melayu mengikuti pelajaran Sains dan Matematik, Haji Hamdan Ketua Pengarah Pelajaran, mengambil initiatif dalam tahun 1969 untuk menggalakkan golongan yang tercicir ini mengikuti pembelajaran dalam dua mata pelajaran yang dingggap ‘berat’. Lihat kepada statsitik kemasukan pelajar ke Maktab Teknikal Kuala Lumpur, hanya lapan orang pelajar Melayu daripada seramai 115 keseluruhan pelajar tahun satu. Sementara tahun 1966 cuma dua orang pelajar Melayu meraih Sarjana Muda Pertanian dan lima orang pula memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains di Universiti Malaya. Lantas, beliau mengarahkan Kum Boo selaku Pengarah Sekolah-Sekolah untuk meneraju sebuah projek khas dipertanggungjawab untuk melaksanakan dan ‘kejayaan tugas besar itu!’. Demikain nota arahan ketuanya kepada beliau berbunyi: “…the brunt of the work fell on the Schools Division of the Ministry, in particular on its head, Kum Boo, who was to become very adept at handling the often complicated reqirements of the expatriate teachers.”

Kum Boo dengan penuh tangggungjawab memulakan tugas murni sebagai satu reformasi pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah lebih berpijak kepada bumi ini dari keasliannya – seorang pegawai khas terdidik ilmu Sains, Abu Hassan Ali (kini Allayarham) untuk membantu Kum Boo memimpin dan memantau projek tersebut. Inilah satu-satunya tugas besar tinggalan beliau masih dikenang sehingga kini. Sementara Nu�eld Science diperkenalkan ke sekolah menegah dan ternyata berjaya mengkibatkan ratusan malah ribuan pelajar-pelajar mengikutinya dengan jaya. Syabas Kum Boo!

Penglibatannya dalam PSM ternyata ikrab sebagai seorang ahli seumur hidup melebihi tiga dekad, bermula di bawah kepimpinan Tun Hamdan hingga terkini kepimpinan Tan Sri Omar. Sering menyertai lawatan sambil belajar, menjelajah hampir keseluruhan kepulauan Indonesia dan terbaru ke Vietnam dan sekembalinya dia menulis Fall of Saigon: My Last Minute Escape, tersiar dalam Warkah PSM (Sept-Dis 2015) dan banyak lagi rencananya tersiar – Chye Kooi Leong: War Historian Dies (2014), Last Director of U.S.Peace Corps in Malaysia (2012), The Sinchuan Earthquake, China (2009), The Malay College Kuala Kangsar: A National Heritage (2005), The Home Guards – Unsung and Forgotten Heroes (2007),Pasar Seni Pasar Budaya: World Class Tourist Centre (2006), Admiral Zheng He( Muhammad Cheng Ho) (2005), Malaysia-China – Malacca Relations (2004), dan banyak lagi kalau disebut terlalu panjang!

SALAM TAKZIAH

TAN SRI ABU HASSAN OMARDATUK MAHADZIR LOKMAN DATUK SUHAIMI MOHD ZAIN (PAK NGAH)PERSONALITI TV

meninggal dunia pada 3 Ogos 2018

MANTAN MENTERI BESAR SELANGOR

telah meninggal dunia pada 9 September 2018

KOMPOSER LAGU IRAMA MALAYSIA

telah meninggal dunia pada 25 September 2018

SEKALUNG TAHNIAH

PROF TAN SRI DR. DZULKIFLI ABDUL RAZAK

Dilantik sebagaiREKTOR

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSApada 1 Ogos 2018

PROF DR. AHMAD BASHAWIR

ABDUL GHANI

Dilantik sebagaiNAIB CANSELOR

UNIVERSITI UTARA MALAYSIApada 26 Ogos 2018

DATUK SERI ISMAIL BAKAR

Dilantik sebagaiKETUA SETIAUSAHA NEGARA

pada 29 Ogos 2018

JULAI / SEPT 2018

Page 17: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

17

KUALA LUMPUR:SIAPAKAH PENGASASNYA?

OlehPROF EMERITUS DATO DR. ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI

Sehingga hari ini, polemik pengasas Kuala Lumpur masih berterusan. Masing-masing memperkenalkan dan menyokong sama ada Raja Abdullah, Sutan Puasa atau Yap Ah Loy. Polemik ini bertambah menarik kerana masing-masing tokoh tersebut mendapat sokongan peneliti dan khalayak. Sokongan pula melalui media massa, media elektronik dan penerbitan ilmiah atau separuh ilmiah. Oleh itu dapatlah dinyatakan di sini, polemik dalam sejarah ini membuktikan sejarah itu hidup. Dengan itu bermakna noktah dalam sejarah boleh berganjak apabila pelajar sejarah atau peneliti mengemukakan penemuan baru. Sehubungan itu kertas ini akan membentangkan pandangan berkaitan pengasas Kuala Lumpur.

Sebagaimana dijelaskan dalam pendahuluan ramai peneliti dan khalayak membahaskan tentang pengasas Kuala Lumpur. Dalam polemik tersebut tiga tokoh yang dikemukakan: Raja Abdullah,Sutan Puasa dan Yap Ah Loy. Permasalahan ini masih berterusan hingga ke hari ini dan masing-masing mengemukakan fakta dan hujah menyokong pernyataan masing-masing.

Seorang sejarawan tempatan banyak menulis bukunya Sejarah Selangor menyatakan Raja Abdullah adalah pengasas Kuala Lumpur. Begitu juga dalam tulisan lain berjudul “Raja Abdullah and Kuala Lumpur” yang diterbitkan dalam Malaysia in History, vol.15 ,No. 2 April 1972, menyatakan yang pengasas Kuala Lumpur itu ialah Raja Abdullah. Begitu juga J. M. Gullick dalam tulisannya “Glimpse of Selangor 1860-1898” menyatakan Raja Abdullah berusaha sendiri dan membawa buruh Cina membuka lombong di Hulu Klang yang seterus menjadi pengasas Kuala Lumpur di sekitar 1800. Dalam pada itu terdapat juga kenyataan antara lain dinyatakan oleh Abdur –Razzaq Lubis & Khoo Salma Nasution yang Sutan Puasa adalah “Pengasas“ Kuala Lumpur. Seterusnya dalam karyanya terkini,S utan Puasa: Founder of Kuala Lumpur” Abdur-Razzaq Lubis mengukuhkan lagi pendiriannya. Sutan Puasa sebagai pengasas Kuala Lumpur. Sementara itu terdapat juga kenyataan yang mencatatkan Yap Ah Loy sebagai bapa pengasas Kuala Lumpur moden dan bertanggungjawab membangunkan Kuala lumpur sebagai pusat perdagangan dan perlombongan pada pertengahan kurun ke-19. Malah disebut juga sebagai pengasas Kuala Lumpur. Namun begitu peneliti terbaru, Ahmad Farhan menyimpulkan pengasas Kuala lumpur ialah Raja Abdullah. Sementara itu beliau menyatakan sebelum Raja Abdullah sudah ada pentadbir atau ketua bergelar Penghulu Mukim Kuala Lumpur.

JULAI / SEPT 2018

Yap Ah LoySutan Puasa

Page 18: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

18

Dalam perbincangan ini dirasakan amat perlu sekali dikemukakan catatan ringkas masing-masing tokoh sebagai latar belakang perbincangan. Raja Abdullah ialah putera Raja Jaafar. Raja Jaafar ialah putera Yamtuan Muda Johor Raja Ali bin Yamtuan Muda Johor Daeng Kemboja bin Deng Parani. Raja Abdullah bersama abangnya, Raja Jumaat datang ke Lukut mengusahakan perlombongan bijih timah selepas Raja Busu dan keluarga dibunuh oleh pelombong Cina pada tahun 1834. Pada tahun 1836, Sultan Muhammad Selangor (1826-1857) memberi kuasa kepada Raja Jumaat menguruskan pentadbiran Lukut. Ketika pengurusan itu, Raja Jumaat berjaya mengusahakan bijih timah dan beliau muncul sebagai pengusaha yang berjaya dan kaya. Dalam pada itu Raja Jumaat berkahwin dengan puteri Sultan Muhammad.

Raja Abdullah pula berkahwin dengan Raja Lijah bin Raja Haji ibni Sultan Ibrahim. Raja Haji adalah saudara Sultan Muhammad. Ini bermakna Raja Abdullah berkahwin anak saudara Sultan Muhammad. Kemudiannya pada tahun 1850, Sultan Muhammad menganugerahkan Sungai Klang dan daerahnya kepada Raja Abdullah.

Setelah kira-kira empat tahun menguruskan pentadbiran Sungai Klang pada tahun 1857, Raja Abdullah bersama kira-kira 87 orang buruh Cina berbekal modal sejumlah $30,000 yang dipinjam dari tauke Cina Melaka; Baba Chi Yam Chuan dan Baba Lim Say Hoo di atas jaminan saudaranya, Raja Jumaat memuduki Sungai Klang meneroka kawasan bijih timah. Apabila tiba di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak; Raja Abdullah mendarat menuju ke Ampang. Mulai dari sinilah Ampang menjadi luaran Kuala Lumpur.

Di Ampang Raja Abdullah memulakan terokaanya, menebang hutan mencari bijih timah. Dalam usaha penerokaan itu, ramai buruh Cina diserang penyakit deman malaria dan meninggal dunia. Daripada 87 yang selamat hanya 17 orang. Raja Abdullah terus menerokai bijih timah dan meminta bantuan daripada abangnya Raja Jumaat. Kali ini Raja Jumaat menghantar 150 buruh Cina dari Lukut membantu Raja Abdullah di Ampang. Kegiatan perlombongan Raja Abdullah ini mulai berhasil mulai tahun 1859. Berikutnya wujud perkampungan buruh lombong dan Raja Abdullah mendirikan kedai di sekitar perlombongan membekal barang keperluan pelombong. Kawasan pertembungan Sungai Klang dan Sungai Gombak pula menjadi pengkalan menurun dan menaikan barangan, serta membawa bijih timah ke Klang. Kemudiannya pengkalan tersebut dikenali sebagai Kuala Lumpur.

Tokoh yang dikaitkan sebagai pengasas Kuala Lumpur ialah Sutan Puasa. Sutan Puasa, dikenali juga sebagai Sutan Naposo/Na Poso berasal dari Tobang (kini di antara sempadan Kacamatan Kotanopan dengan Kacamatan Muara Sipongi), Hulu Mandailing. Beliau ialah anak Raja Iro Koling,anak Sutan Naga Jamalintang Garang, putera Sutan Naga Marunding, putera Namora Sende Tua Lubis berhijrah ke Kuala Lumpur.; membina kedai di kawasan diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak, tempat Raja Abdullah mendarat pada tahun 1857. Kawasan ini terus berkembang dan kemudiannya dengan bantuan Sutan Puasa. Hu Siew diangkat sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur. Beliau adalah Kapitan Cina pertama di Kuala Lumpur.

Seterusnya Yap Ah Loy dilahirkan di Provinsi Guandong, Selatan Cina pada 14 Mac 1837. Pada tahun 1854, Yap Ah Loy datang ke negeri Melayu ,tiba di Melaka.Pernah bekerja di lombong di Durian Tunggal, Melaka. Pada tahun 1859, setelah tidak jadi pulang ke Cina kerana kehilangan wang ketika menunggu junk di Singapura, beliau mengambil keputusan menuju ke Lukut, Selangor. Ketika berada di Lukut, Yap Ah Loy bekerja di salah sebuah lombong bijih timah di sini. Kemudiannya pada tahun 1862, Yap Ah Loy berpindah ke Kuala Lumpur. Yap Ah Loy dilantik sebagai Kapitan Cina Ketiga (1868-1885) di Kuala Lumpur.

Oleh kerana Raja Abdullah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1857 dan beliau telah mendapat watikah memegang Sungai Klang daripada Sultan Muhammad dan watikah seterusnya daripada Sultan Abdul Samad. Sutan Puasa datang ke Kuala Lumpur pada tahun 1859 dan Yap Ah Loy pada tahun 1862 bermakna Raja Abdullah datang dahulu di Kuala Lumpur. Dengan itu dapat disimpulkan tokoh yang awal berbanding dengan Yap Ah Loy dan Sutan Puasa membuka kawasan perlombongan Kuala Lumpur ialah Raja Abdullah. Dengan itu, pengasas Kuala Lumpur ialah Raja Abdullah.

JULAI / SEPT 2018

Page 19: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

19

JULAI / SEPT 2018

RESENSI BUKUJudul : ABDULLAH SAMSUDIN - PANGLIMA MELAYU TERBILANGPenulis : DR. NADZAN HARONPenerbit : PERSATUAN SEJARAH MALAYSIACetakan : 2018Halaman : 445Harga : RM 60.00

Buku berjudul “Abdullah Samsudin: Panglima Melayu Terbilang” setebal 445 halaman diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Autobiografi Lt. Jen Dato’ Abdullah Samsudin adalah riwayatnya seperti yang dikisahkan kepada Dr Nadzan Haron. Beliau antara 12 pegawai muda yang dipilih oleh General Templer (12 Super Mens ) untuk menjadi pegawai rejimen Federation Armed Forces yang dirancang. Memoir ini hasil daripada projek sejarah lisan PSM yang cuba menyelamat informasi penting masyarakat seperti dibuat di beberapa negara lain seperti Indonesia. Ini adalah cara yang paling efektif mengelak kelupusan memori kolektif lantaran kewafatan tokoh sebab kebanyakkan tokoh tidak rajin menulis. Ramai tokoh lama tidak betah ditemubual kerana ini mengancam privikasinya tetapi ada yang rela jika kita rajin mencarinya.

Buku ini memaparkan perjalanan hidup pengalaman 33 tahun beliau dalam ketenteraan yang dilalui dan disaksi oleh beliau. Antaranya pengalaman beliau menghadapi pemberontakan gerila komunis, konfrantasi Indonesia, pemberontakan komunis di Sarawak, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Beliau pernah berkhidmat di Kongo dan bertindak sebagai Pengarah Task Force semasa kebanjiran pelarian perang Vietnam di Malaysia. Memoir ini amat menarik dibaca oleh semua peringkat masyarakat. Ia memberi satu gambaran kehidupan alam yang kita kurang tahu iaitu alam ketenteraan.

Page 20: KONGRES SEJARAH MALAYSIA III 2018 · Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika majlis Kongres Sejarah Malaysia III 2018. Sumber: NSTP / Rosdan Wahid. Warkah PSM diterbitkan oleh: PERSATUAN SEJARAH

20

BUKU BARU TAHUN 2018

At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Biogra� Dol Ramli

Jurnal Sejarah Melaka Malaysia dari Segi Sejarah

JULAI / SEPT 2018