Upload
hamizahsy
View
223
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
konsep
Citation preview
v Semasa pengajaran dijalankan, kebiasaannya guru hanya menggunakan teknik teori saja
tanpa amali atau dalam erti kata lain ‘chalk and talk’ di mana murid hanya membuat bayangan
mengikut apa yang di ucap atau ditulis oleh guru di papan putih di hadapan kelas. Murid juga
tidak diberi peluang untuk menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan tajuk tersebut
mungkin disebabkan kekurangan alatan di makmal atau guru tidak tahu bagaimana untuk
menjalankan eksperimen berkaitan tajuk tersebut. Oleh sebab itu murid-murid merasa bosan dan
tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang topik yang diajar oleh guru
dan merasakan topik itu tidak penting dan tidak menarik minat mereka.
Bagi menjalankan pengajaran sub-topik ini lebih berkesan, kami mencadangkan beberapa
kaedah atau strategi pelaksanaan. Kaedah yang paling sesuai dan berkesan digunakan dalam
mengajar topik ini ialah kaedah eksperimen. Melalui kaedah ini, murid dapat membuat hipotesis
atau ramalan awal sebelum eksperimen dijalankan. Selain itu, murid juga terdedah dengan
kemahiran proses sains dimana mereka dapat mengenalpasti dan mengawal pembolehubah yang
terlibat. Oleh yang demikian, proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dalam keadaan yang
lebih menyeronokkan kerana murid berpeluang untuk mencari dan menjalankan aktiviti itu
sendiri. Selain itu, dalam era globalisasi ini, penggunaan komputer sudah terlalu sinonim dengan
dunia pendidikan. Maka, sesuailah kiranya pengajaran topik ini dijalankan menggunakan
komputer. Guru boleh menggunakan bahan yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dalam bentuk
CD ROM ataupun kepada guru yang berkesempatan boleh mencari atau mendapatkan video
yang berkaitan di dalam internet. Melalui kaedah pengajaran ini, murid akan lebih memberi
perhatian dan meningkatkan pemahaman mereka kerana dapat melihat gambaran dengan konsep
yang lebih jelas.. Kecenderungan murid member tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran
yang menggunakan multimedia ini lebih tinggi berbanding sesi pengajaran ‘chalk and talk’ yang
sering dijalankan di kelas.