Upload
ryudoyuki
View
13.147
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
1
1.0 Pengenalan
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang tujuan kajian, skop kajian, kaedah kajian serta
sumber-sumber akhlak menurut al-Quran dan Hadith, ciri-ciri akhlak Islam yang baik, cara
mencapai akhlak yang baik dan juga kelebihan akhlak menurut Islam. Penyelidik juga akan
mengemukakan beberapa cadangan supaya konsep akhlak Islam ini dapat di didik oleh semua
pihak.
Islam adalah satu sistem hidup (nizam al-hayah) manusia yang merangkumi semua
bidang kehidupan manusia. Kehidupan manusia yang beragama Islam bermula dari awal
kelahiran hingga ke saat kematian harus berlandaskan ajaran Islam. Sesungguhnya semuanya
telah ditunjukkan oleh Islam sama ada melalui wahyu Ilahi di dalam al-Quran atau Hadith Nabi
s.a.w.
Peranan akhlak dalam pembinaan sahsiah seseorang tidak boleh dinafikan lagi
kepentingannya. Proses pembentukannya adalah selaras dengan perkembangan jiwa seseorang
itu sendiri. Untuk membentuk akhlak yang baik memang sukar, tetapi apa yang harus dilakukan
oleh seorang muslim ialah dengan cara mempraktikan usaha ke arah kesempurnaan akhlak.
2
2.0 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk:
i. Mengupas tentang konsep akhlak menurut perspektif Islam.
Skop kajian meliputi definisi akhlak menurut pelbagai pandangan, sumber-sumber melalui al-
Quran dan Hadith, ciri-ciri akhlak yang baik, kemudian cara-cara hendak mencapai akhlak yang
baik, kelebihan-kelebihan apabila memiliki akhlak yang sempurna, factor yang mempengaruhi
keruntuhan akhlak serta cadangan yang disarankan oleh penyelidik.
ii. Melihat sejauh mana akhlak seseorang itu dapat mencapai akhlak yang baik
Aspek ini dipilih kerana masih ramai umat Islam yang tidak menyedari pentingnya akhlak dalam
menyebarkan ajaran Islam serta membentuk peribadi muslim yang sejati. Ini kerana mereka yang
menentukan corak generasi pada masa akan datang sebagai pembimbing kea rah jalan yang
benar.
iii. Konsep akhlak dapat diaplikasikan oleh setiap tingkah laku yang baik dalam kehidupan
seharian.
Akhlak merupakan salah satu perkara yang sangat penting bagi setiap umat Islam, umat Islam
diperintahkan oleh Allah s.w.t agar bersikap lebih peka terhadap ajaran-ajaran yang telah
disampaika-Nya. Disamping itu, akhlak adalah salah satu perkara untuk membentuk sahsiah diri
seseorang sama ada baik ataupun buruk. Akhlak sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang
berkaitan dengan sifat-sifat mahmudah seperti menjalankan setiap perinth Allah s.w.t yang
diamanahkan dalam ajaran agama Islam.
3
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang akhlak di dalam Islam.
Dengan adanya tujuan yang telah ditetapkan dalam suatu kajian, maka akan lebih memudahkan
lagi kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik.
Sehubungan itu, penyelidik akan menjalankan kajian mengenai akhlak dalam kalangan
masyarakat umat islam pada masa sekarang supaya mereka dapat mengaplikasikannya setiap
tingkah laku dalam kehiudpn seharian
3.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini hanya melihat aspek pemikiran melalui perspektif Islam sahaja. Bukan kepada akhlak
yang berlandaskan atau menurut barat, lebih mudah dikatakan sebagai mengikut gaya atau
budaya barat. Pembaca menjadi fokus utama dalam kajian ini kerana mereka adalah model dalam
pembentukkan diri individu seseorang.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan
dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan dan pusat sumber, sama ada dalam bentuk data
serta bahan sekunder atau primer. Bahan-bahan yang terdiri daripada buku, artikel,sumber
internet dan sebagainya.
4
5.0 HASIL KAJIAN
5.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, penyelidik membincangkan tentang hasil kajian yang telah diperolehi
daripada resensi perpustakaan.
Pada zaman yang serba moden ini, secara fitrahnya akhlak individu muslim itu adalah
baik. Namun begitu sebagaimana yang telah dicatatkan bahawa manusia dari kalangan umatNya
yang berjaya dan berjasa ialah mereka yang berjaya melaksanakan akhlak yang tersebut dalam
kehidupannya dan berjaya menghidupkannya dalam kehidupan keluarga dan seterusnya dalam
masyarakatnya.
Telah diungkapkan oleh seorang pujangga dalam sebuah madahnya:
“Kekalnya umat itu adalah kerana akhlaknya. Manakala lenyap dan runtuh akhlaknya maka
runtuh dan lenyaplah umat”.
Oleh itu, madah di atas mengatakan bahawa suatu hakikat dalam kehidupan masyarakat
atau umat manusia dan tamadunnya di dunia ini. Maka, keperluan akhlak amat penting dalam
membentuk peribadi seseorang muslim.
5
5.2 Dapatan Kajian daripada Resensi perpustakaan
5.2.1 DEFINISI AKHLAK
Mengikut kamus al-Mu’jam al-mufahras Li Al Faz, al-Mukhit akhlak berasal daripada kalimah
al-khuluq yang membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama. Manakala
mengikut kamus lisan al-Arabi, akhlak bermaksud tingkah laku seseorang yang telah menjadi
tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang.
Akhlak dari segi bahasa membawa erti budi pekerti, adab sopan, tingkah laku, dan
tatasusila. Mengikut tokoh-tokoh ilmu psikologi Islam, takrif akhlak perlu dilihat dari dua sudut.
Pertama Bataniah iaitu akhlak merupakan satu ilmu yang membahaskan masalah- masalah
dalaman manusia khasnya yang mengupas hal-hal kejiwaan. Manakala dari suluq Azzahariah,
akhlak ialah satu cara atau jalan yang memperlihatkan sesuatu yang berbentuk zahir. Sama ada
dari segi tutur kata, tingkah laku dan perangai boleh menjadi ukuran peribadinya.
Menurut Ghazali Darusalam, dalam kitab Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah menyatakan,
pengertian akhlak boleh ditinjau daripada beberapa segi sama ada daripada pandangan falsafah
Islam,tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadith dan sebagainya.
Akhlak menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002: 1025), personaliti bermaksud
keperibadian dan perwatakan. Personaliti berasal daripada perkataan latin iaitu pesona atau
personalitas. Maksud persona ialah topeng yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada
seseorang.
6
Akhlak menurut perspektif Islam, Menurut M. Ali Hassan (1984: 10) dalam kitab
Personaliti dari perspektif Al-Ghazali karya Dr. Fariza Md Sham menyatakan bahawa ‘akhlak’
atau ‘sahsiah’ merupakan perkataan arab, dimiliki oleh seseorang individu. Perkataan akhlak
berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat)
dan adat kebiasaan.
Menurut ahli falsafah Islam dalam kitab Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah yang dikarang
oleh Ghazali (1997), mengatakan akhlak mengandungi tiga maksud mengikut aliran-aliran
tertentu. Antaranya akal fikiran yang memancarkan akhlak, akal yang dipandu oleh wahyu para
nabi dan rasul akan melahirkan akhlak yang bersih dan terpuji.
Selain itu, akhlak dari segi roh membawa maksud pengambilan berat terhadap
pembersihan jiwa, pembaikpulihan batin, pembersihan akal fikiran, serta pembersihan akal
fikiran secara mujahadah. Manakala aliran seterusnya mengikut gabungan dua perkara ini
membawa kepada dua konsep iaitu menerusi aliran falsafah dan tasawuf.
Akhlak dalam Encyclopedia Dictionary of Pcychology (1992), menyebut personaliti
(akhlak) sebagai suatu konsep yang global yang mempunyai beberapa makna. Pertama ia
merujuk kepada tingkah laku dan perangai yang biasanya ada pada setiap individu. Kedua ia
merujuk kepada cantuman kesedaran diri atau ego. Ketiga, ia adalah topeng bagi sosial.
Kesimpulannya, bahawa akhlak didefinisikan sebagai satu sifat bagi diri melalui jiwa
yang melahirkan nilai baik atau jahat. Secara ringkasnya, akhlak sebagai suatu kebiasaan tingkah
laku yang mengarah kepada kebaikan atau kejahatan dengan tujuan untuk mencapai
7
kebahagiaan. Maka, akhlak Islam merupakan akhlak yang teristimewa dengan pengkhususannya
yang tersendiri.
5.2.2 SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK
5.2.2.1 Al-Quran
Al-Quran al-karim bukan sahaja satu kitab yang membicarakan masalah-masalah hukum Allah,
politik, dan pendidikan bahkan ia juga menyingkap bidang-bidang sosiologi khasnya
pembentukan sahsiah seseorang insan dan sesebuah masyarakat. Sumber utama rujukan ilmu
akhlak ialah kitabullah yang menghuraikan secara terperinci dan jitu.
Dalam kamus al-Mu’jam dimuatkan ayat al-Quran yang membawa maksud al-khuluq.
Firman Allah yang membawa maksud: Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-
benar berbudi pekerti yang agung (surah al-Qalam 68:4).
Berdasarkan maksud ayat di atas, akhlak membawa maksud keperibadian, sahsiah dan
sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Ssesungguhnya ini (agama) tidak lain hanyalah
kelakuan orang terdahulu (surah al- Assyuara’ 26: 137).
Ayat tersebut mengatakan akhlak sebagai tabiat manusia yang sememangnya dijadikan
oleh Allah dengan memiliki tabiat-tabiat tertentu yang menjadi kelaziman.
Secara keseluruhannya, akhlak yang disebut dalam al-Quran merupakan ajaran dan
tingkah laku yang baik serta lebih tinggi kedudukannya daripada moral. Al-Quran adalah sumber
utama penggalian ilmu akhlak untuk memahami akhlak manusia.
8
5.2.2.2 Hadith
Akhlak yang dihuraikan oleh al-Quran dijelaskan lagi menerusi hadith Rasulullah SAW, Anas r.a
meriwayatkan sebuah hadith yang diambil Rasulullah SAW dalam kata-kata Syaidatina Aisyah:
‘Nabi Muhammad itu semulia-mulia manusia daripada sudut akhlaknya’.
Akhlak yang dibincangkan menerusi hadith rasulullah s.a.w. menjelaskan satu perkataan
yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan, perbuatan dan nafsu yang keji. Ada akhlak yang
terpuji dan akhlak tercela. Hadith ialah sumber kedua akhlak Islam, disinilah ajaran-ajaran
akhlak Islam terserlah dengan jelasnya melalui amalan. Orang yang berakhlak ialah golongan
yang beriman dengan sifat-sifat dalam akhlak seperti malu, sabar, pembersih dan sebagainya.
Seorang lagi tokoh hadith iaitu Abu Hurairah antara lain menyifatkan hadith-hadith yang
diriwayatkanya membawa akhlak sebagai rasa keimanan dan kemuncak keimanan sebenar.
(Ghazali. 1997. Dinamika Ilmu akhlak Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd)
Dalam kitab Pendidikan Akhlak dan Adab Islam konsep dan Amalan yang dikarang oleh
Asmawati Suhid (2009), menyatakan bahawa sumber utama bagi akhlak dalam Islam ialah
wahyu Allah iaitu Al-Quran dan hadith. Kedua-dua ini membentuk sesuatu konsep serta
memelihara akhlak manusia dalam kehidupan seharian. Al-Quran mengajarkan manusia
bagaimana sepatutnya bertingkah laku dan bertindak dengan betul dan berakhlak. Al-Quran juga
merupakan sumber utama dalam menentukan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam kehidupan.
Hadis juga merupakan sumber kedua selepas al-Quran dalam pengambilan ilmu akhlak
Islam. Sebagaimana contoh kepada Rasulullah yang merupakan model atau contoh terbaik
sebagai ikutan umat Islam khususnya dan manusia umumnya. Akhlak yang diamal dan
9
dipamerkan oleh Rasulullah S.A.W yang berteraskan akidah Islam jelas sekali amat luhur dan
murni.
5.2.3 CIRI – CIRI AKHLAK ISLAM
Dalam kitab Personaliti Dari Perspektif Al-Ghazali, yang dikarang oleh Fariza Md. Sham (2008),
menyatakan ciri-ciri akhlak yang terdapat dalam Islam. Antara ciri-ciri akhlak Islam yang
membentuk personaliti yang baik ialah sifat takwa, sabar dan syukur.
Ciri akhlak Islam yang pertama ialah sifat taqwa. Pengertian takwa bagi al-Ghazali ialah
rasa patuh terhadap perintah-perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan setiap perkara yang
ditegah (Sa’id Hawwa 1999: 360). Sifat takwa adalah sifat individu yang memiliki personaliti
yang terpuji. Perintah dan larangan Allah S.W.T. juga merangkumi setiap perintah dan larangan
yang dibawa dari Rasulullah s.a.w. Orang yang bertakwa menurut al-Ghazali (1953: 93) sentiasa
sedar bahawa Tuhan tetap bersamanya menyaksikan setiap perkara yang dilakukan. Dalam
kehidupan bermasyarakat, individu yang bertakwa sentiasa berkelakuan baik ketika berhubung
dengan individu lain. Oleh itu, matlamat takwa ialah kebahagiaan di akhirat.
Seterusnya, bagi ciri yang kedua pula ialah sifat sabar. Sabar bermakna ketabahan
individu menempuh segala kesusahan. Dalam konteks agama, sabar bermakna menerima ujian-
ujian Tuhan dalam perjuangan memperolehi keredhaanNya. Al-Ghazali mengatakan bahawa
sabar meliputi tiga perkara iaitu berkaitan dengan ilmu, hal keadaan dan perbuatan. Individu
yang sabar dikawal oelh dua tujuan utama iaitu agama dan melawan hawa nafsu (al-Ghazali
1988: Jil.3 1096). Al-Ghazali telah menghuraikan bahawa seseorang individu yang memiliki
10
sifat sabar akan merasai kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Ini kerana individu yang sabar adalah
individu yang kuat dalam erti kata sebenar.
Walau bagaimanapun, ciri yang ketiga dalam akhlak Islam iaitu sifat syukur merupakan
personaliti atau akhlak individu yang menuju kepada keredhaan Allah S.W.T (al-Ghazali 1988:
Jil.3 1156). Seseorang individu wajib mempercayai bahawa segala nikmat adalah berasal dari
Allah S.W.T. dan pengetahuan tersebut dinamakan tauhid. Allah S.W.T. Sifat syukur juga
menambahkan keberkatan kepada nikmat yang dikurniakan dan dijanjikan dengan limpahan
nikmat yang berlipat ganda dari Allah S.W.T. pada masa akan datang. Maka, sifat syukur
menjadikan jiwa seseorang individu menjadi tenang dan bersih serta hatinya semakin damai dan
tenteram yang melahirkan tingkah laku baik dan terpuji (al-Ghazali 1963: 41).
5.2.4 CARA MENCAPAI AKHLAK YANG BAIK
Menurut Ghazali Darusalam, (1997) Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. Kuala Lumpur. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. menyatakan banyak cara untuk mencapai akhlak yang
baik. Antaranya ialah kurniaan Allah secara semulajadi yang mana dijelaskan bahawa Allah
Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Allah juga mampu mencipta sesuatu yang unik
penciptaannya kepada manusia.
Untuk mengusahakan akhlak yang baik seseorang itu juga boleh membuat latihan amali
seperti membiasakan diri dengan sifat-sifat yang baik dan membuang sifat buruk. Selain itu,
dengan cara mengenal keaiban diri iaitu dengan sentiasa muhasabah dan membuat refleksi diri
untuk menyemak kembali apa yang telah dibuat sepanjang hari.
11
Justeru itu, dengan mengamalkan amalan-amalan harian seperti membaca al-Quran dan
memahami pengertiannya, qiamullail dan sebagainya, juga merupakan salah satu cara hendak
mencapai akhlak yang baik.
5.2.5 KELEBIHAN AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Menurut Mahmud Al-Mishro dalam buku Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW (2009)
menyatakan bahawa jika seseorang itu mempunyai sifat berani, maka akan menjadikan seseorang
itu kuat untuk menjaga diri dan berakhlak mulia. Sifat ini juga mempermudahkan untuk menahan
amarah serta dengan modal keberanian, seseorang itu dapat menggenggam erat ketegasan
jiwanya sendiri.
Selain itu, dengan berakhlak juga dapat menenangkan jiwa dan memperbaiki akhlak serta
menambahkan keimanan dalam diri seseorang. Tujuannya menjadi pendorong untuk beramal
dengan akhlak dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara itu. (Ghazali Darusalam.
Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah: Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah. (1997). Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd).
Walaubagaimana pun, dengan berakhlak seseorang itu dapat menghindarkan diri daripada
terpengaruh hasutan syaitan. Menurut Ghazali Darusalam (1997), menyebut akhlak sebagai
benteng kekuatan daripada penguasaan syaitan terhadap diri seseorang serta segala amalan yang
dibuat juga diterima oleh Allah jika seseorang itu memiliki akhlak yang mulia.
12
5.2.6 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK DAN CARA MENGATASI
i. Persekitaran
Merujuk kepada sumber rujukan yang penyelidik dapati bahawa pandangan daripada Islam
faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Antaranya ialah
individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka
jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.
Selain itu, kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau
elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu
melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka.
Namun begitu, pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang
membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.
Terdapat juga, permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan
dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai
rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan
bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya. Budaya masyarakat
juga yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjebak dengan
budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.
ii. Nafsu
13
Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan
diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak
nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal,
sudah pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan
membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.
iii. Syaitan
Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu
manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak manusia berlaku sejak
Nabi Adam dan berterusan hingga ke hari kiamat.
Kesimpulannya, setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan hidup dalam
usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi segala rintangan.
Maka, setiap faktor-faktor yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara cara-cara
mengatasi dan memperbaiki akhlak Islam ialah:
i. Menguatkan nilai-nilai akidah dan keimanan dalam jiwa.
ii. Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang
membangkitkan atau menguatkan nafsu syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca
segala sifat buruk dan keji.
iii. Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadat solat, puasa serta
menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.
6.0 CADANGAN
14
6.1 Pemantapan Akhlak dalam keimanan
Perbincangan yang digunakan oleh penyelidik-penyelidik, menurut Muhammad Al-Ghazali
(2002) dalam kitab Akhlak Seorang Muslim menyatakan bahawa, kuat atau lemahnya iman
seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlaknya. Ini kerana iman yang kuat
mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang
hina dan buruk perilaku yang merugikan diri sendiri dan orang lain.
Maka, pemantapan akhlak seseorang individu haruslah kukuh agar dapat membersihkan
jiwa dan memelihara kehidupannya melalui akhlak yang mulia dan terpuji.
6.2 Akhlak sebagai satu pendekatan pendidikan dalam menegakkan syiar Islam
Saranan penyelidik kepada golongan yang berpendidikan supaya menjadikan akhlak sebagai
syiar Islam yang merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah. Sungguhpun begitu, akhlak sebagai
wadah kepada pemangkin Ummah pada generasi akan datang untuk menegakkan syiar Islam.
Penyelidik-penyelidik didedahkan pendekatan pendidikan yang seharusnya bersifat teori dan
praktikal.
Menurut al-Ghazali menyatakan bahawa peringkat kanak-kanak diibaratkan seperti kain
putih yang perlu dicorakkan peribadi dan akhlaknya dengan sebaik mungkin. Maka, pada
peringkat inilah yang boleh membentuk akhlak sebagai salah satu pendekatan dalam
menegakkan syiar Islam.
6.3 Mendisiplinkan ilmu dengan akhlak yang mulia
15
Menurut penterjemah Yahya NurYadi (2007) dalam kitab Akhlak Terpuji Kunci ke Syurga
mengatakan akhlak adalah ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam dan prinsip yang dapat
membantu kita untuk mengetahui keutamaan segala perkara agar dapat diikuti dan mengetahui
keutamaan segala perkara agar dapat diikuti dan mnegetahui keburukannya agar dapat dihindari.
Justeru itu, disiplin ilmu amat penting pada penyelidik-penyelidik untuk mendapat
keredhaan Allah S.W.T dengan mencerminkan sesuatu akhlak yang mulia.
6.4 Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang
beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak
disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang
berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan
menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.
6.5 Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa.
Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi
pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang
mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan,
sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.
7.0 RUMUSAN KAJIAN
16
Daripada kajian yang telah dijalankan, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa objektif kajian
telah dapat dicapai iaitu dapat mendedahkan tentang ciri-ciri atau contoh akhlak yang baik dan
cara-cara membentuk akhlak yang mulia dan terpuji kepada pembaca. Terdapat banyak cara
untuk membentuk akhlak yang mulia yang telah diperolehi daripada resensi perpustakaan
sebagaimana yang telah diterangkan di atas.
8.0 PENUTUP
Kertas kerja ini telah membincangkan akhlak Islam mengajar manusia untuk melahirkan
keharmonian dan kesejahteraan hidup sesuai dengan maksud Islam itu sendiri yang bererti
selamat, sejahtera, aman dan damai. Akhlak yang baik menjamin kesantunan peribadi dan
jemaah yang lain.
Jelaslah bahawa, sesuatu amalan yang ada nilai yang tinggi menjamin keselamatan dan
keamanan serta kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Amalan yang terpancar
daripada keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya terangkum dalam istilah ibadah berpandukan
nilai-nilai akhlak yang mulia. Malah, kelebihan berakhlak dengan akhlak mulia dapat
meningkatkan kualiti amal ibadah dan mendapatkan keampunan Allah S. W.T serta mendapat
rahmat dan cahaya daripada Allah S.W.T.
Selain itu, perumpamaan yang dijelaskan dalam al-Quran dan hadith menunjukkan betapa
pentingnya akhlak yang baik dan terpuji itu untuk memastikan lahirnya kehidupan yang aman
17
dan bahagia. Secara keseluruhannya, penyelidik berharap kertas kerja ini dapat memberi manfaat
kepada pembaca sebagai panduan dan sebagai sumber rujukan untuk kajian yang akan datang.
9.0 RUJUKAN
18
Al-Quran dan terjemahanNya. 2002. Surah al-Qalam 68:4. Damsyik: Darul Makrifah
Al-Quran dan terjemahanNya. 2002. Surah al- Assyuara’ 26: 137. Damsyik: Darul Makrifah
Al-Ghazali. 1953. Bidayah al-Hidayah. Damsyik: Matba’at al-Jami’ah al-Suriyyah.
Al-Ghazali. 1963. Kitab al-Arbain fi Usul al-Din. Kaherah: Maktabat Al-Jund.
Al-Ghazali 1988. Ihya’ Ulum al-Din. Jil 1-4. Terj. Prof. TK. H. Ismail yakub MA-SH. Singapura: Pustaka Nasional Pte ltd.
Abdul Rahman Rukaini. 2001. Siri Teras ‘Ulum Islamiah: Akhlak membangun Jati Diri. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd.
Akram Ridha, Yahya NurYadi. 2007. Akhlak terpuji Kunci ke Syurga. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.
Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributors Sdn. Bhd.
Fariza Md. Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti dari Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ghazali Darusalam. 1997. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah: Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.. Kuala Lumpur: Utusan Publications Dan Distributors Sdn. Bhd.
Imam Jaafar as-Syuthi. 2009. Adab dan peribadi seorang Muslim. Kuala Lumpur: Serambi Timur Sdn.Bhd.
Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd
19
Mahmud Al-Mishro. 2009. Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW. Jakarta: Pena Pundi Aksara.
Manjula Bhagi, Sunita Sharma. 1992. Encyclopedia Dictionary of Pcychology. Volume II. New Delhi: Anmol Publication.
Muhammad Al-Ghazali. 2002. Akhlak Seorang Muslim. Kuala Lumpur: Crescent News Sdn.Bhd.
Sa’id Hawwa. 1999. Mensucikan Jiwa. Jakarta: Darus Salam
2010. Keruntuhan akhlak dan cara mengatasi. Petikan dari Islam Grid Obor yang menyinari alam. http://www.faktor-faktor keruntuhan akhlak.html (17 Jun 2010)