Konsep Asas Elektrik

  • View
    142

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Konsep Asas Elektrik

ASAS ELEKTRIK

Kuantiti ElektrikHukum OhmArus Terus & Arus Ulang-alikLitar Siri & Litar Selari

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik.

Konsep-konsep elektrikDalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat:Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) - tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik. Arus elektrik - pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik. Medan elektrik - medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas, apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.

Tenaga elektrik - tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengaliran elektrik. Kuasa elektrik - kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat). Cas elektrik - sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.

KUANTITI ELEKTRIK

Daya Gerak Elektrik (d.g.e)Daya atau tekanan elektrik yang menyebabkan cas elektrik mengalir. Contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik adalah bateri dan janakuasa.Simbol : EUnit : Volt(V)Cas ElektrikTerdiri daripada cas positif dan cas negatif. Kuantiti cas ini dinamakan Coulomb.Simbol : QUnit : Coulomb(C)ArusPergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas. Ia mengalir dari terminal positif ke terminal negatif.Simbol : IUnit : Ampiar (A)KUANTITI ELEKTRIK

KUANTITI ELEKTRIKArusPergerakan cas elektrik yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas. Ia mengalir dari terminal positif ke terminal negatif.Simbol : IUnit : Ampiar (A)Bezaupaya (voltan)Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.Simbol : VUnit : Volt(V)

RintanganMerupakan penentangan terhadap pengaliran arus.Simbol : RUnit : OhmPengalirBahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia mempunyai bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi dan kuprum.KUANTITI ELEKTRIK

Kerintangan Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus elektrik untuk melaluinya,Simbol : (Rho) dan unitnya : Ohm meterPenebatBahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Ia mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar dibebaskan. Contohnya getah, kaca, minyak dan oksigen.Separa Pengalir (semikonduktor)Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat dan pengalir. Ia mempunyai empat(4) elektron valensi dan digunakan untuk membuat komponen elektronik. Contohnya silikon ,germanium dan karbon.

KUANTITI ELEKTRIK

-Dinamakan sempena George ohm -Perubahan arus dan beza keupayaan dalam litar elektrik ketika menggunakan dawai yg panjangnya berbeza.-Hukum OHm ini penting kerana ia menunjukkan hubungan arus, voltan, dan rintangan pada tahap makroskopik. Iaitu sebagai unsur dalam litar elektrik.

HUKUM OHM ()

-Punca voltan, v menggerakan arus elektrik, I, melalui perintang, R, ketiga-tiga kuantiti ini mematuhi hukum ohm: v=IR-Dalam litar elektrik, hukum OHm menyatakn bahawa arus elektrik I yang mengalir melalui sesuatu pangalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan, V antara kedu-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan, R antara kedua-dua titik

HUKUM OHM ()

ARUS TERUS DAN ARUS ULANG ALIK

Arus terus (DC, juga AT) merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala. Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, sel suria serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yang tetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC).Arus terus juga boleh diperolehi daripada bekalan arus ulang-alik dengan menggunakan Diod atau rektifier yang membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Arus terus juga boleh ditukar kembali ke arus ulang-alik dengan menggunakan inverter ataupun set motor penjana.

Arus Terus & Arus Ulang-alik

Arus terus digunakan untuk mengecas bateri, serta pada hampir kesemua sistem elektronik seperti pada sistem bekalan kuasa. Kuasa elektrik arus terus pada kuantiti yang besar digunakan dalam penghasilan aluminium daripad bijihnya serta proses elektrokimiayang lain. Sistem penghantaran arus terus voltan tinggi (HVDC) digunakan dalam penghantaran pukal bekalan elektrik merentasi jarak yang sangat jauh ataupun untuk menghubungkan antara dua grid arus ulang-alik yang berjiran.

Arus Terus & Arus Ulang-alik

Jenis-jenis arus terusArus Terus & Arus Ulang-alik

Arus ulang-alik (AC, juga AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya berulang-alik, tidak seperti arus terus (DC atau AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus AC adalah dalam bentuk gelombang sinus,ia menghasilkan satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap. Walau bagaimanapun disesetengah aplikasi pula bentuk gelombang yang berbeza digunakan, seperti bentuk gelombang segitiga ataupun gelombang segiempat sama.

Arus Terus & Arus Ulang-alik

Secara umumnya, AC merujuk kepada bentuktenaga elektrik yang dihantar ke rumah danpremis perniagaan. Walau bagaimanapun,isyarat audio dan radio yang dibawa olehwayar elektrik juga merupakan contoh arusulang-alik. Dalam aplikasi tersebut, matlamatutama ialah memperoleh semula maklumatyang dikodkan (atau dimodulasi) ke isyarat AC.

Arus Terus & Arus Ulang-alik

Jenis Arus Ulang-alik

Gelombang sinus, pada satu kitaran penuh (360). Garisan putus-putus mewakili nilai punca min kuasa dua (RMS) pada lebih kurang 0.707Arus Terus & Arus Ulang-alik

Arus terusArus ulang alikKesan pemanasanMenghasilkan kesan pemanasan melalui perintangMenghasilkan kesan pemanasan apabila melalui perintangArah arusBerubah-ubah mengikut frekuensiArus mengalir pada arah tertentuKesan magnetMenghasilkanelektromagnet dengan kutubberubah-ubahMenghasilkanelektromagnet dengan kutub yang tetapKesan transformerVoltan boleh dinaikkan atau diturunkan oleh transformerVoltan tidak boleh dinaikkan atau diturunkan oleh transformerAlat pengukurHanya boleh diukur oleh meter dawai panas dan meter besi bergerakBoleh diukur oleh meter dawai panas, meter besi bergerak dan meter gegelung bergerakPertukaran bentuk arusBoleh ditukar kepada a.t dengan menggunakan diodLebih sukar ditukar menjadi a.u melalui litar elektrik.Nilai diukurDiukur berdasarkan nilai p.m.k.dDiukur berdasarkan nilai mantapnyaPerbezaan arus terus dan arus ulang alik

LITAR BERSIRI DAN SELARI

Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

Terdapat 2 susunan litar elektrik. i) Litar bersiri ii) Litar selari

Litar Siri & Litar Selari

Litar bersirii) komponen -komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina satu lintasan lengkap. ii) Hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. iii) Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak. Litar Siri & Litar Selari

Litar selari i)komponen litar disambung sebelah-menyebelah. ii)Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam litar ini. iii)Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap.

Litar Siri & Litar Selari

Perbezaan di antara litar bersiri dan selari Litar BersiriLitar Selari Arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah sama.L = L1 = L2 = L3Jumlah arus adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan L = L1 + L2 + L3

Jumlah voltan adalah bersamaan dengan hasil tambah voltan setiap peringtang. V = V1 + V2 + V3Voltan bagi setiap perintang adalah samaV = V1 = V2 = V3

Litar BersiriLitar Selari Jumlah perintang (R) adalah sama dengan hasil tambah rintangan bagi setiap perintang.R = R1 + R2 + R3Jumlah rintangan (R) adalah mengikut rumus berikut:

1 = 1 + 1 + 1R R1 R2 R3