Konsep Asas Falsafah Dan Falsafah Pendidikan

  • View
    693

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of Konsep Asas Falsafah Dan Falsafah Pendidikan

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KONSEP ASAS FALSAFAH

Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan antara manusia.. Dari perspektif sains kognitif, sains tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya. (terjemahan) Ayn Rand, Philosophy, Who Need It (m/s 2)

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

y Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare

yang membawa maksud memelihara atau mengasuh. y Mengenai ilmu, nilai ilmu, dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.

Kamus Pendidikan 1979

y Pendidikan adalah suatu proses menyeluruh yang

bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia juga suatu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Disamping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpelih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.

CABANG-CABANG FALSAFAH

METAFIZIK (ONTOLOGI)

y Mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat

realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. y Bertujuan untuk mencari pengertian sebenar sesuatu kejadian alam nyata dan alam fikiran manusia. y Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibatCthnya: apakah itu kebenaran? Siapa itu manusia?

AXIOLOGIy Berasal daripada perkataan yunani yang

bermaksud nilai y Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh y Merangkumi 2 aspek Etika-

memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan Meta ethics- konsep etika Normative ethics- bagaimana menentukan nilai etika Applied ethics- penggunaan nilai etika

ESTIKAMerujuk kepada kriteria bagi

kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan Lebih tertumpu kepada cita rasa sentimen

EPISTEMOLOGIy Mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan y Berasal daripada perkataan Yunani iaitu

episteme ( ilmu atau sains ) dan logos (keterangan) y Berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.Apa

itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan?

y Tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan

kesahan cara mencari ilmu y Sumber ilmu: Wahyu Berasaskan pengalaman pancaindera Intuisi Pandangan pakar bidang berkenaan Logik Kaedah saintifik

LOGIKy Hubungan antara idea-idea di samping memberi

alasan bagi jawapan yang diberi. y Ia membezakan antara sah dan yang mengelirukan. y Terdapat dua jenis Logik induktif (butiran

khusus-menaakul-kesimpulan) Logik deduktif (kesimpulan umum-contoh relevan-butiran terhasil secara logik)

TOKOH-TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN

John Dewey (1859-1952)

y Pendidikan adalah satu proses yang

bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Yusuf al-Qardawi (1980)

y Pendidikan merangkumi keseluruhan

hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Hassan Langgulung (1987)y

y

Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan tersebut berlaku melalui cara-cara tersebut: 1. Pengajaran- pemindahan pengetahuan daripada seseorang individu kepada individu yang lain. 2. Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran. 3. Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.

Al-Ghazali (1058-1111C.E.)

y Pendidikan adalah suatu proses yang

merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat- menghormati.

Confucius (551-479BC)

y Pendidikan adalah satu proses memupuk

kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai memenuhi amalan-amalan seperti bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.