36
GMGA 1024 Politik & Pentadbiran 1.0 PENGENALAN Pengurusan dan kepimpinan adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi. Kuasa pengurusan yang bersumberkan sesebuah organisasi, ia menggambarkan kestabilan,perintah, arahan dan penyelesaian masalah dalam struktur organisasi tersebut. Kuasa kepimpinan pula menggambarkan visi, kreativiti dan perubahan dalam sesebuah organisasi. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan dan kepimpinan amat bergantung kepada pemimpin dan yang dipimpin. Walaupun gaya pengurusan dan kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan pengikutnya, namun, kesanggupan dan kerelaan seseorang pengikut untuk diperintah merupakan faktor yang terpenting dalam memastikan kesinambungan organisasi. Pengaruh yang dimiliki oleh seseorang itu pada kebiasaannya dikaitkan dengan kuasa yang dimilikinya. Tanpa kuasa, seseorang itu tidak akan mempunyai kemampuan atau kurang berkesan dalam mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu matlamat. Kuasa merupakan elemen yang penting bagi seseorang pemimpin dalam merancang dan melaksanakan peraturan serta memudahkan perjalanan sesebuah organisasi. Amalan dan penggunaan kuasa dan pengaruh yang berkesan akan membolehkan seseorang pemimpin 1 218444

Konsep autoriti,kuasa dan kepercayaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengurusan dan kuasa kepimpinan

Citation preview

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

1.0 PENGENALAN

Pengurusan dan kepimpinan adalah sangat penting bagi sesebuah

organisasi. Kuasa pengurusan yang bersumberkan sesebuah organisasi, ia

menggambarkan kestabilan,perintah, arahan dan penyelesaian masalah dalam

struktur organisasi tersebut. Kuasa kepimpinan pula menggambarkan visi, kreativiti

dan perubahan dalam sesebuah organisasi. Keberkesanan dan kecekapan

pengurusan dan kepimpinan amat bergantung kepada pemimpin dan yang dipimpin.

Walaupun gaya pengurusan dan kepimpinan dapat mempengaruhi tindakan

pengikutnya, namun, kesanggupan dan kerelaan seseorang pengikut untuk

diperintah merupakan faktor yang terpenting dalam memastikan kesinambungan

organisasi. Pengaruh yang dimiliki oleh seseorang itu pada kebiasaannya dikaitkan

dengan kuasa yang dimilikinya. Tanpa kuasa, seseorang itu tidak akan mempunyai

kemampuan atau kurang berkesan dalam mempengaruhi orang lain untuk

melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu matlamat. Kuasa merupakan elemen

yang penting bagi seseorang pemimpin dalam merancang dan melaksanakan

peraturan serta memudahkan perjalanan sesebuah organisasi. Amalan dan

penggunaan kuasa dan pengaruh yang berkesan akan membolehkan seseorang

pemimpin itu memahami bagaimana sesebuah organisasinya beroperasi. Ini kerana

tunggak utama penilaian terhadap keberkesanan pemimpin organisasi adalah

melalui penggunaan kuasa yang ditunjukkan. Dengan penggunaan kuasa yang

betul, seseorang pemimpin dapat menentukan hala tuju ke arah pencapaian

matlamat organisasi. Oleh itu pemimpin perlu memiliki dan menggunakan kuasa

yang sesuai bagi membolehkannya meningkatkan prestasi pasukan kerja dan

keyakinan pekerja terhadapnya.

1218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

2.0 DEFINISI SECARA MENDALAM KONSEP AUTORITI

Dalam bidang kepimpinan politik, autoriti sering dikaikan dengan kuasa

walaupun terdapat perbezaan dari segi ciri yang amat ketara dan penting. Autoriti

merupakan sesuatu perlaksanaan kuasa yang formal dan sah; dan ia harus

dibezakan daripada kuasa peribadi seseorang. Oleh itu, autoriti boleh didefinisikan

sebagai, “perlaksanaan kuasa yang sah”. (Abdul Rashid Motem & Syed Serajul

Islam 2005). Lasswell & Kaplan (1950) pula mendefinisikan autoriti sebagai kuasa

yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu jawatan atas penerimaan syarat asas

yang telah ditetapkan untuk operasi sistem politik. Melalui pendefinisian autoriti ini,

autoriti merupakan sesuatu kuasa yang sah dan diperakui oleh peraturan dan

undang-undang, yang telah dijadikan sebagai sesuatu syarat yang asas kepada

pemberian kuasa yang sah kepada pemerintah.

Megikut Max Weber, terdapat tiga jenis atau sumber autoriti, iaitu tradisional,

karismatik dan perundangan-rasional. (Gerth & Mills 1946) Autoriti tradisional

merupakan autoriti yang berdasarkan kepada adat-adat dan amalan tradisi yang

telah diwariskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya secara turun-

temurun. Masyarakat akan mengandaikan bahawa institusi pemerintahan dan sistem

politik yang mereka sudah biasa dengan sejak kecil lagi merupakan sesuatu yang

betul dan sah. Oleh itu, mereka tidak akan menentang sistem pentadbiran yang

sudah sedia ada dan akan mengikut segala arahan dan kehendak yang diberi oleh

pemerintah. Hal ini dipercayai membawa kepada sistem monarki, di mana kuasa

mutlak raja diterima oleh masyarakat tanpa mempersoalkan autoriti dan keabsahan

raja. Contohnya, sistem monarki di Saudi Arabia dan Brunei Darussalam telah wujud

dengan begitu lamanya dan masyarakat dahulu hingga sekarang tidak

mempersoalkan kuasa pemerintahan yang mutlak di negara-negara tersebut kerana

2218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

ia telah menjadi satu norma dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun-temurun

lagi.

Selain itu, autoriti karismatik pula merujuk kepada kejadian di mana

masyarakat mengikut segala arahan dan perintah daripada seorang ketua yang

dipercayai mempunyai kuasa-kuasa sakti atau mempunyai kualiti peribadi yang

begitu menakjubkan. Pemimpin yang mempunyai autoriti karismatik biasanya

seorang yang pandai berbahasa dan mampu menggunakan ucapan untuk

mengubah persepsi orang ramai. Contoh yang mudah ialah Ayatollah Khomeini

yang berjaya membawa kepada pemberontakkan dan penggulingan kerajaan Iran,

yang pada masa itu dikongkong oleh kerajaan Amerika Syarikat, lalu membawa

kepada penubuhan Islamic Republic of Iran pada tahun 1979. Walau bagaimanapun,

autoriti karismatik hanya bertahan selagi pengikut masih memegang kepada

kepercayaan mereka terhadap ketua mereka. Walaupun tidak stabil, tetapi tidak

boleh dinafikan bahawa ia boleh membawa impak yang besar ke atas arena politik

sesebuah negara.Contoh yang paling dekat di negara kita yang mempunyai autoriti

karismatik ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Autoriti perundangan-rasional pula berdasarkan kepada penerimaan undang-

undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, oleh masyarakat. Taat

setia masyarakat kepada kerajaan adalah berdasarkan kepada penerimaan

masyarakat mengenai undang-undang dan peraturan, dan tidak bergantung kepada

amalan tradisi atau adat-adat. Contoh yang terbaik ialah sistem birokrasi kerajaan

moden di mana fokus utama ialah pada sistem protokol dan cara perlaksanaan

mengikut langkah-langkah yang telah diperuntukkan dalam peraturan dan undang-

undang.

3218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Walau bagaimanapun, Weber menekankan bahawa tiada sistem kerajaan di dunia

ini yang mewakili mana-mana jenis atau sumber autoriti dengan sepenuhnya.

Kebanyakkan kerajaan merupakan kacukan daripada dua atau tiga jenis autoriti.

Contohnya, seorang raja yang berkarismatik masih memerlukan sebuah sistem

birokrasi kerajaan moden untuk menangani masalah pentadbiran. Walau

bagaimanapun, autoriti perundangan-rasional dapat diperlihatkan dalam semua jenis

masyarakat sosial yang moden.

3.0 DEFINISI / KONSEP / FALSAFAH KUASA DAN PENGARUH

Pendefinisian kuasa, adalah berlainan dari seorang pakar ke pakar yang lain.

Tawney (1931) telah mendefinisikan kuasa sebagai “keupayaan seseorang individu

atau sekumpulan individu untuk mengubah tingkah laku atau perbuatan seseorang

individu atau sekumpulan individu yang lain mengikut kesukaan hati”. Individu I

dikatakan mempunyai kuasa ke atas U apabila individu I berjaya untuk

menyebabkan individu U untuk melakukan sesuatu perkara yang individu U

biasanya tidak akan buat. Hal ini dapat diperlihatkan dengan mudah dalam situasi

seorang bapa dengan anaknya. Apabila seseorang anak yang tidak ingin untuk

menghadirkan diri ke sekolah, bapanya boleh menggunakan pelbagai cara untuk

memaksa atau menyebabkan anaknya untuk menghadirkan diri ke sekolah.

Daripada contoh ini, boleh dikatakan bahawa bapa tersebut mempunyai kuasa ke

atas anaknya apabila dia berjaya untuk menyebabkan anaknya untuk melakukan

sesuatu perkara, dalam kes ini ialah pergi ke sekolah, yang biasanya anak tersebut

tidak akan buat.

4218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Menurut MacMillan (1978), terdapat perbezaan yang ketara antara kuasa

dengan pengaruh, iaitu kuasa ialah keupayaan seseorang itu untuk menyusun

semula atau mengubah keadaan atau situasi manakala pengaruh pula ialah

keupayaan seseorang itu untuk mengawal serta mengubah persepsi orang lain

terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang berkuasa itu tidak semestinya

berpengaruh dan seseorang yang berpengaruh pula tidak semestinya berkuasa.

Pengaruh juga merupakan satu keadaan yang membolehkan seseorang

membuatkan orang lain menyukainya atau menyokongnya. Contohnya, Walaupun

Tun Dr. Mahathir bukan lagi seseorang menteri dalam kerajaan Malaysia, namun

beliau tetap merupakan seorang tokoh yang amat berpengaruh dan apa-apa yang

diperkatakan oleh beliau boleh mengubah serta memanipulasikan pemikiran dan

persepsi orang lain terhadap sesuatu perkara.

Pengaruh tiada isitilah yang tepat kerana tidak dapat diukur, disukat

mahupun dirasa. Tetapi, kita boleh menganalis bentuknya dan ciri pengaruh itu dan

kita boleh mengetahui sama ada seseorang itu berpengaruh atau tidak. Untuk

menghuraikan hal ini, misalnya I mahukan sesuatu daripada U. Jika permintaannya

mendapat perhatian U, maka U akan memberikan segala yang diingini oleh I. Jadi,

dapat dikatakan bahawa I dapat mempengaruhi U. I boleh mempengaruhi U

sekiranya kehendak I menyebabkan perubahan tingkah laku U. Antara bentuk-

bentuk pengaruh dalam kepimpinan adalah seperti pengaruh rasional, pengaruh

cekap, pengaruh peransang dan pengaruh kuasa .Pengaruh rasional merupakan

pengaruh yang menggunakan fikiranyang waras tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur

lain. Di sini, membuat keputusan mengikut emosi tidak dipraktikkan, malahan emosi

dianggap sebagai satu gangguan kepada pengaruh yang rasional. Pengaruh cekap

ialah pengaruh pengendalian yang cekap memerlukan kecekapan dalam pelbagai

5218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

bidang terutama dalam mengumpul maklumat. Pengaruh peransang merupakan

kata dasar yang tidak tepat. Tujuannya adalah sama seperti pengaruh pengendalian

yang cekap. Pengaruh berupa kuasa merupakan pengaruh digunakan untuk

mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan kuasa. Menurut penulis Michael

H. Hart (2000), beliau telah meletakkan Nabi Muhammad s..a.w di tempat pertama

dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan

Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Dalam bukunya memperkatakan soal

pengaruh, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat

signifikan kepada manusia yang lain. Baginda s.a.w adalah insan yang berpengaruh,

sebelum baginda diberi Kenabian, sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh

baginda s.a.w adalah pada kualiti dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti

kompetensi. Sirah Baginda s.a.w semasa di Mekah, ketika kabilah-kabilah Arab

berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah,

mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan ketua pemuda,

tetapi pemuda yang berkualiti ketua, iaitu Muhammad s.a.w. Biar pun tanpa jawatan

dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah dengan kualiti yang ada

pada dirinya. Malah Baginda s.a.w yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan

seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan

pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba

dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan. Oleh itu, Madinah terus memacu kejayaan,

apabila kepimpinan Rasulullah s.a.w yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan

dengan kuasa dan kedudukan.

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan

perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam

6218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau

tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan

pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu

yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

Mengikut penganalisaan French dan Raven (1959), sumber atau punca

kepada kuasa boleh dikategorikan kepada lima sumber yang berlainan, iaitu

kekuatan, kekayaan, ilmu, kedudukan dan populariti. Kekuatan merupakan salah

satu indikasi sumber kuasa yang paling mudah untuk diperhatikan. Hal ini

sedemikian kerana perlaksanaan kuasa melalui kekuatan mempunyai kesan yang

jelas dan mudah diperlihatkan. Sesuatu pemerintah difahamkan oleh golongan yang

diperintah bahawa pemerintah mempunyai kuasa untuk mendenda atau membawa

kesusahan kepada golongan yang diperintah melalui kekuatan yang ada biarpun

dari segi fizikal atau psikologi sekiranya arahan yang diberi tidak diikuti oleh

golongan yang diperintah itu. Walau bagaimanapun, perlaksanaan kuasa melalui

kekuatan menunjukkan kekerasan daripada pihak kerajaan.

Di samping itu, kekayaan merupakan suatu sumber kuasa yang amat

berpengaruh dan efektif bagi pihak yang kaya dan berada kerana pihak yang kaya

dapat berkongsi kekayaannya dan menggunakan kekayaan tersebut sebagai

ganjaran kepada pihak yang tidak mempunyai begitu banyak kekayaan untuk

mencapai matlamatnya. Dalam bidang sosiologi, keadaan ini dapat diklasifikasikan

sebagai hubungan ‘patron-klien’ di mana patron yang kaya dan berkuasa dapat

memenuhi kehendak klien dengan membayar klien atau memberikan klien ganjaran

untuk mendapatkan perkhidmatan atau ketaatan daripada klien. Hubungan ini jelas

menunjukkan bahawa golongan yang kaya dan berada mempunyai kuasa untuk

7218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

mengawal dan mengubah situasi dan realitinya ialah sesiapa yang lebih kaya, dialah

yang lebih berkuasa.

Ilmu pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu bidang dapat memberikan

sesuatu individu kuasa untuk mengawal dan menentukan situasi mengikut kehendak

individu tersebut. Ilmu pengetahuan sebagai asas kepada kepakaran membolehkan

seseorang itu mendapat sokongan atau persetujuan daripada orang lain kerana

individu itu dipercayai bahawa dia lebih faham mengenai sesuatu perkara kerana

mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam sesebuah bidang. Contohnya,

seseorang pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mengubati penyakit yang

dihidapi. Segala nasihat dan ubat yang diberi oleh doktor akan diterima oleh pesakit

tersebut kerana pesakit itu percaya kepada kepakaran serta ilmu perubatan yang

dimiliki oleh doktor tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan

dan kepakaran memberikan kuasa kepada seseorang individu atas kepercayaan

bahawa dia lebih memahami sesuatu perkara kerana mempunyai kepakaran yang

berasaskan ilmu pengetahuan.

Selain itu, kedudukan seseorang individu dalam masyarakat atau sesebuah

organisasi boleh memberikan seseorang itu kuasa untuk membuat keputusan serta

mendapat sokongan dan persetujuan daripada orang lain. Dalam sesebuah

organisasi, kedudukan seseorang dapat menentukan bidang kuasa serta

tanggungjawab seseorang itu dalam organisasi tersebut. Contohnya, seseorang

bendahari bagi sebuah organisasi telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan

segala hal kewangan yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Tanggungjawab

tesebut dan jawatan bendahari organisasi itu telah memberikan seseorang individu

kuasa untuk memungut yuran dari ahli, menyimpan akaun organisasi serta memberi

peruntukan kewangan kepada perlaksanaan aktiviti oleh organisasi.

8218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Selain itu, populariti merupakan satu punca kuasa yang penting kerana ia

menunjukkan sokongan serta persetujuan daripada khalayak ramai. Dengan adanya

populariti, seseorang pemerintah dapat melaksanakan kuasa dengan mudah kerana

mempunyai ramai pengikut yang sanggup mengikut arahan pemerintah tersebut

Istilah kuasa memberikan hasil pandangan yang berbeza kepada setiap

individu. Ada individu yang melihat kuasa daripada sudut positif dan ada pula yang

melihatnya sebagai dari sudut negatif. Antaranya ialah Dalton (1969) yang melihat

kuasa daripada sudut positif,menyatakan bahawa kuasa ialah potensi seseorang

individu membimbing, mengarah,mengawal, atau mengubah tingkah laku individu

yang lain. Manakala menurut French dan Raven (1962), pada dasarnya kuasa ialah

kawalan ke atas tingkah laku orang lain manakala Cohen dan Fink (1980) pula

menyatakan bahawa kuasa ialah keupayaan menggunakan pengaruh. Max Weber

telah mendefinasikan kuasa sebagai satu peluang yang akan membolehkan

seseorang atau sebilangan orang untuk menggunakan kelebihan yang ada pada diri

sendiri untuk mereka bertindak sebagaimana yang dikehendaki walaupun terpaksa

menghadapi pertentangan daripada mereka yang terlibat. Dari sudut negatif pula

kuasa dibayangkan sebagai ugutan kekuatan yang tidak sah untuk mencapai

sesuatu (Lane, Corwin, dan Manahan, 1967).

Secara ringkasnya, kuasa boleh dimaksudkan sebagai keupayaan dan

kebolehan individu untuk mendapatkan seseorang bagi menyempurnakan sesuatu

yang individu itu(orang yang berkuasa) ingin disempurnakan atau kebolehan

melakukan sesuatu mengikut kehendak individu yang berkuasa. Kuasa biasanya

dirujuk sebagai kebolehan seseorang dalam mempengaruhi kelakuan orang lain.

Mintzberg (1983) pula melihat kuasa sebagai keupayaan untuk memberi kesan ke

atas kelakuan orang lain. Sebagai contohnya, seseorang ketua boleh mengarah

9218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

pekerja bawahannya melakukan sesuatu dengan kuasa yang ada terhadapnya.

Biasanya kuasa bagi seseorang pemimpin datang daripada kedudukannya dalam

sesebuah organisasi. Kedudukan seseorang pemimpin memberi kuasa kepadanya

untuk melakukan sebarang tindakan yang berkaitan dengan pekerja bawahannya.

Dalam sesebuah organisasi, kuasa yang wujud dan dapat dilaksanakan oleh

seseorang pemimpin terbahagi kepada lima asas kuasa iaitu kuasa sah, kuasa

ganjaran, kuasa hukuman, kuasa rujukan, dan kuasa pakar. Keterangan bagi simbol

I bermakna individu yang berkuasa, dan simbol U ialah individu yang dikenakan

kuasa keatasnya.

Kuasa sah berasal daripada nilai dalaman U dengan mengakui I mempunyai

hak kewajaran atau secara perundangannya boleh menggunakan pengaruhnya

terhadap U dalam lingkungan tugas yang telah diberikan, dan U perlu menerima

arahan atau pengaruh I. Oleh itu, kuasa sah melibatkan kod atau piawai yang

diterima oleh individu secara baik di mana pemimpin dapat menunjukkan kuasanya

(French dan Raven, 1959). Ia juga seperti satu autoriti formal.(Thaimhain dan

Gemmill, 1974). Kuasa sah merupakan kuasa kedudukan, iaitu kuasa rasmi yang

diperoleh oleh seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa

yang memberikan ia satu kedudukan dalam organisasi. Kuasa ini akan dimiliki oleh

beliau sehinggalah beliau meninggalkan perkhidmatan ataumenjawat jawatan lain.

Contoh 1

: Adam ialah Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia. Beliau

mula memegang jawatan ini sejak tahun 2005. Pada tahun 2014 , beliau telah

dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bahagian menggantikan Zizan. Oleh itu, kuasa

sah yang ada pada Adam sebagai Pegawai Peperiksaan ialah dari tahun 2005

10218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

hingga tahun 2014, dan kuasa sah Zizan sebagai Ketua Bahagian pula telah

berpindah kepada Adam pada tahun 2014.

Mereka menerima kuasa ini kerana mereka rasa boleh melakukannya untuk

memelihara kekemasan pengendalian organisasi. Seseorang pem.impin yang

memiliki kuasa sah yang tinggi dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah

kerana mereka merasakan yang ia mempunyai hak untuk berbuat demikian dan

bersesuaian dengan kedudukannya dalam organisasi. Autoriti ditunjukkan melalui

permintaan yang sah adalah sama ada secara lisan atau pun dalam bentuk tulisan.

Penggunaan kuasa sah secara sopan adalah lebih efektif daripada penggunaan

kuasa sah yang angkuh kerana penggunaan kuasa secara sopan tidak menekankan

jurang status atau menandakan pergantungan pekerja bawahan pada ketuanya.

Penggunaan kuasa sah secara sopan tidak bermakna seseorang ketua itu perlu

merayu atau pun seolah-olah meminta maaf atas penggunaan kuasa itu.

Permintaan perlu dibuat dengan dengan tegas dan berkeyakinan. Namun

begitu, dalam sesetengah keadaan seperti kecemasan, adalah lebih penting

bersikap asertif daripada sopan. Arahan yang tepat oleh ketua dalam intonasi suara

arahan adalah perlu bagi mengejutkan pekerja bawahan untuk bertindak serta-merta

dalam keadaan kecemasan itu. Dalam keadaan ini, pekerja mengaitkan keyakinan

dan arahan tepat dengan kepakaran pengetahuan dan juga autoriti (Yukl,1989).

Kepatuhan daripada permintaan cenderung terjadi apabila permintaan itu dianggap

sebahagian daripada skop autoriti ketua. Isu-isu yang terlibat dalam penggunaan

kuasa sah ini biasanya berkait dengan permintaan yang tidak biasadan permintaan

yang dibuat bagi individu diluar rangkaian autoriti seseorang ketua. Kuasa sah dapat

dibuktikan dengan merujuk dokumen bertulis seperti peraturan, polisi, piagam,

kontrak pelan, atau pun deskripsi tugas (Yulk,1989).Permintaan perlu dibuat dengan

11218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

jelas, cara yang tepat, menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh sasaran.

Apabila mesej yang disampaikan kompleks, adalah lebih baik mesej itu dihantar

melalui secara bertulis atau pun dalam bentuk kedua-duanya sekali iaitu secara lisan

dan bertulis. Permintaan secara lisan hendaklah dibuat secara terus kepada sasaran

daripada menggunakan individu perantaraan seperti rakan sejawat sasaran. Ini

kerana apabila sasaran diberitahu supaya melakukan perkara yang luar biasa atau

pun tidak disenangi pekerja bawahan atau pun yang lebih tinggi, dikhuatiri akan

menyebabkan rasa geram atau pun keraguan sama ada permintaan itu datang

daripada ketuanya atau bukan.

Selain itu, dengan menggunakan perantaraan dalam menyampaikan mesej

secara lisan boleh meningkatkan kemungkinan berlaku kerosakan mesej dan

menggunakan peluang agen atau ketua melihat sama ada mesej yang disampaikan

diterima, difahami, atau pun sebaliknya oleh sasaran. Penting juga bagi seseorang

ketua mengelakkan daripada berlakunya pertentangan sasaran dalam menjalankan

arahan atau permintaan sah. Ini kerana, autoriti seorang ketua dilihat oleh pekerja-

pekerja lain dan kebarangkalian berlaku penolakan pada masa hadapan bertambah.

Ada masanya pekerja menangguhkan kepatuhan pada permintaan itu kerana

mereka hendak menguji sama ada ketuanya serius atau pun tidak dengan

permintaan atau arahan itu. Apabila ketua tidak membuat tindakan susulan pada

permintaan awal bagi melihat kemungkinan kepatuhan, pekerja pasti cenderung

membuat kesimpulan berkenaan permintaan tersebut yang mungkin diabaikan.

Apabila berlaku penentangan, ketua perlu bersemuka dengan sasaran bagi mencari

penyebab berlakunya penentangan. Dengan memahami pemikiran, kebimbangan,

atau pun bantahan daripada sasaran, ia dapat membantu ketua menentukan

12218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

kesesuaian penggunaan taktik komunikasi yang lain seperti pembujukan rasional

(Yukl, 1989).

Kuasa ganjaran dilihat sebagai kuasa yang lebih berasaskan kepada

keupayaan pemimpin memberikan ganjaran atau peneguhan positif kepada

seseorang pekerjakerana telah memenuhi harapan atau arahan yang mendatangkan

kebaikan samadakepada organisasi atau pemimpin itu sendiri. Kekuatan kuasa ini

bertambahapabila nilai ganjaran yang dijangkakan oleh U Kepada I adalah tinggi.

Juga apabila U Beranggapan I mampu memberi ganjaran itu. U Percaya I dapat

mempengaruhi gajinya atau pun dapat memberikan bantuan khusus dankemudahan

apabila U bekerjasama dengan I (French dan Raven, 1959). Kuasa ganjaran ialah

kuasa yang kerap digunakan apabila membuat perjanjian secara implisit atau pun

eksplisit untuk diberikan kepada individu di bawah seorang ketua yang meminta

permintaan itu. Kuasa ganjaran boleh dianggap sebagai kepimpinan yang boleh

memberi keselesaan kepada pekerja baik dalam bentuk ganjaran kewangan mahu

pun bukan kewangan seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, pujian, tugasan yang

lebih baik, hak istimewa, lebih waktu rehat dan tawaran jawatan penting. Dengan

cara ini, pekerja akan terasa dihargai.

Contoh 2

: Adam, sebagai Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia telah

berpuas hati dengan pencapaian kerja yang ditunjukkan oleh Aisyah, pekerja

bawahannya. Justeru itu beliau telah mencadangkan kepada jawatankuasa kenaikan

pangkat supaya menimbangkan kenaikan pangkat Aisyah daripada kerani kepada

ketua kerani. Dengan melakukan ini, Ramli telah menggunakan kuasa ganjaran

dalam kepimpinan beliau.

13218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Kepatuhan U Kepada I mungkin berlaku apabila sasaran merasakan ganjaran

yang dijanjikan itu bernilai padanya dan ketuanya dianggap sebagai sumber yang

dapat dipercayai bagi ganjaran itu. Oleh itu, seseorang ketua perlu cuba melihat

ganjaran yang bernilai pada sasaran yang ingin dipengaruhinya supaya kredibilitinya

tidak tergugat akibat gagal memenuhi atau memberi ganjaran yang dijanjikan ( Yukl,

1989). Dalam keadaan yang sesuai menjanjikan ganjaran, apa yang berlaku ialah

kepatuhan daripada komitmen. Ganjaran yang dijanjikan tidak mungkin

memotivasikan individu melakukan perkara tugasan dengan usaha yang lebih

daripada sepatutnya. Seseorang pemimpin organisasi perlu ingat bahawa ganjaran

yang diberikan akan hanya dianggap bermakna jika ganjaran berkenaan bernilai,

iaitu setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan dan kadar ganjaran yang

diperoleh mampu membezakan antara mereka yang berprestasi tinggi dengan yang

berprestasi rendah. Ganjaran mungkin menyebabkan berlakunya penentangan

daripada kepatuhan apabila ianya digunakan secara manipulatif. Kuasa ketua yang

mampu memberi dan menangguh ganjaran yang dijanjikan, akan mewujudkan rasa

marah dan geram di kalangan pekerja bawahan. Tambahan pula, jika terdapat

pekerja tidak suka bergantung pada autoriti yang banyak karenah atau pun mereka

percaya ketua mereka memanipulasi mereka bagi kepentingan diri sendiri.

Tentangan juga mungkin boleh berlaku apabila individu itu dikehendaki

menjalankan tugasan yang menyalahi etika walau pun ganjarannya menarik. Ramai

yang tidak suka dimanipulasikan, seperti melakukan perkara yang tidak wajar dan

yang jelas sogokannya (Yulk, 1989). Penggunaan ganjaran bagi mengubah sistem

dalam had kuasa ganjaran cenderung meningkatkan kuasa ganjaran dengan

menyertakan bersama janji pada masa hadapan.Percubaan yang tidak berjaya bagi

memperlihatkan kuasa ganjaran diluar had kuasa, menyebabkan kuasa berkurangan

14218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

(French dan Raven, 1959). Apabila seseorang ketua bergantung dengan kerap pada

insentif sebagai sumber bagi tujuan mendapat pengaruh, pihak tertentu mungkin

menganggap perhubungan mereka sebagai sumber ekonomi. Ganjaran dijangkakan

berlaku apabila ketua mengkehendaki kerja yang baru atau pun luar biasa. Adalah

lebih memuaskan hati kedua-dua belah pihak apabila mereka melihat perhubungan

mereka dalam bentuk kesetiaan bersama atau persahabatan.

Kuasa hukuman juga melibatkan manipulasi oleh I dalam memenuhi

kepentingan dan kehendaknya di mana I menghukum U apabila U gagal menurut

kehendak dan kemahuan I . Hukuman itu mampu melibatkan tugasan diluar bidang

kerja, pemerhatian yang ketat, melaksanakan undang-undang organisasiyang ketat,

digantung kerja tanpa gaji, atau pun mungkin juga dibuang kerja(French dan Raven,

1959). Kuasa ini berasaskan ketakutan di mana pekerja akan menurut perintah

sesuatu arahan kerana takut ketuanya akan menyekat kenaikan pangkat atau

kemungkinan disingkirkan daripada jawatannya. Sebaiknya kuasa hukuman ini tidak

dilaksanakan kecuali apabila keadaan memerlukan. Kuasa ini adalah kuasa negatif

yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Pemimpin sebegini memberi kongkongan

kepada pekerja, menimbulkan kesakitan kepada pekerja, hukuman, dan menahan

keistimewaan yang dinikmati oleh pekerja. Kuasa hukuman ini sukar diaplikasikan

dan cenderung menghasilkan kesan yang tidak diingini. Jika kuasa ini tidak dikawal

penggunaannya dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya pemberontakan,sabotaj,

berpura-pura, mengabaikan tanggung jawab, kesediaan untuk bertindak balas,

gelisah, bimbang, marah, rasa geram dan terpaksa mengiyakan segala arahan dan

larangan.

15218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Contoh 3

: Ajis ialah Pengurus Pengeluaran Syarikat A. Beliau tidak popular di

kalangan pekerjanya disebabkan oleh tindakan memulaukan kakitangannya yang

tidak mahu bekerjasama dengan beliau. Ada kakitangan yang ditahan kenaikan gaji,

dan tidak diluluskan pemberian bonus. Semua ini dilakukan oleh beliau semata-mata

kerana beliau ingin memastikan kerja yang dijalankan mesti mengikut kehendak

beliau. Oleh itu beliau telah menjalankan tugas menggunakan kuasa hukuman.

Dalam organisasi, kadang-kala penggunaan kuasa hukuman wajar dilakukan

bagi mengelakkan atau menghalang tingkah laku pekerja yang jelas boleh

menjejaskan aktiviti organisasi, seperti aktiviti yang menyalahi undang-undang,

mencuri, mencabul peraturan keselamatan, tingkah laku yang tidak mempedulikan

orang lain, dan ingkar langsung pada permintaan yang sah. Dengan mengeluarkan

surat amaran atau peringatan ke atas pekerja yang bermasalah, diharapkan satu

perubahan yang positif dapat dilihat terhadap pekerja tersebut. Kuasa hukuman

dirasakan tidak mungkin dapat menghasilkan komitmen tetapiapabila digunakan

secara berkemahiran, mungkin ada harapan ia menghasilkan kepatuhan bukannya

tentangan. Penggunaan kuasa hukuman pada pekerja bawahan biasanya

melibatkan perbincangan berkaitan dengan meningkatkan disiplin (Yukl, 1989).

Kuasa rujukan ialah kuasa yang berasaskan U kepada I. Identifikasi ini berkait

dengan perasaan penerimaan peribadi ataupun persetujuan. Apabila I ialah individu

yang menarik perhatian U , maka U mempunyai keinginan berhubungan lebih rapat

dengan I .U mengikut atau pun mengekalkan apa yang dilakukanoleh I. Ini

termasuklah gelagat, sikap, tingkah laku dan kepercayaannya walaupun mungkin U

tidak menyedari tentang kuasa rujukan ini. Ini bermakna,lebih kuat indentifikasi U

kepada I , maka lebih besarlah kuasa rujukan I dan U (French dan Raven,1959).

16218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

Cara yang biasa digunakan bagi mempraktikkan kuasa rujukan adalah dengan

menanyakan individu sasaran dengan siapakah ia berhubungan dalam

melaksanakan perbuatan. Kadang-kadang perlu memohan daripada

perhubungandengan rayuan peribadi dengan cara bergantung pada sokongan

individu itu. Rayuan peribadi berguna apabila dapat menunjukkan permintaan itu

penting kerana permintaan yang penting kepada ketua menghasilkan komitmen

pekerja.

Kuasa rujukan dapat ditunjukkan melalui model peranan seperti kecantikan,

personaliti, kedudukan, kemasyhuran dan kegagahan. Seseorang pemimpin yang

memiliki ciri kuasa tarikan ini, lazimnya disukai dan disanjungi oleh pengikut atau

pekerja bawahannya. Oleh kerana pekerja bawahan cenderung meniru atau

mencontohi ketua mereka, ini membuatkan mereka dengan rela hati mengikut

perintah dan terasa senang berurusan dengan seseorang pemimpin. Justeru itu

individu ini perlu menyediakan set tingkah laku dan memainkan peranan yang

sesuai. Mereka perlu melaksanakan tugasan dengan tanggungjawab dan

berdedikasi serta mengelakkan tingkah laku yang tidak wajar (Yukl, 1989).

Contoh 4

: Selain menjadi Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia, Adam juga

mempunyai wajah yang kacak, mudah mesra tetapi tegas, tidak sombong, dan suka

membantu kakitangan bawahannya yang memerlukan bantuan. Oleh itu, Adam

akan memperoleh kuasa rujukan disebabkan oleh kedudukan beliau, rupa paras,

dan juga kemasyhurannya dalam profesion yangdiceburinya.

Kekuatan kuasa pakar I dan U bergantung kepada pengetahuan atau pun

persepsi yang diberikan oleh I kepada U dalam bidang yang ditetapkan. Mungkin I

menilai kepakaran U dari segi pengetahuan atau pun ilmu peribadi sehingga kepada

17218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

standard yang dicapai. Apabila berlakunya pengaruh kepakaran, I memikirkan U

memang tahu perkaraitu dan mempercayai U bercakap benar. Kuasa pakar

menghasilkan struktur kognitif baru pada awalnya secara relatif bergantung pada

ketua. Tetapi pengaruh maklumat menghasilkan lebih struktur yang bebas.

Biasanya, kuasa pakar dipraktikkan dalam bentuk pembujukan rasional. Ketua

memberikan kenyataan logik dan bukti yang menyokong setiap cadangan,

rancangan, atau pun permintaan. Malah, kejayaan bergantung pada kredibiliti ketua

dan kemahiran komunikasi pembujukan sebagai tambahan kepada pengetahuan

dan keupayaan logik serta analitik.

Kuasa pakar terjadi disebabkan oleh seseorang itu memiliki kemahiran,

kepandaian, dan penguasaan sesuatu bidang yang telah diceburinya secara

mendalam, yang sukar ditandingi oleh orang lain, atau memungkinkan orang lain

mendapat kepakaran ini daripada beliau. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh

jangka masa seseorang itu bekerja yang membolehkan ia menimba ilmu dan

pengalaman, dan menjadi pakar dalam melakukan kerja atau pun pendedahan di

bidang teknikal melalui pengajian yang formal. Semua ini menjadikan seseorang itu

sebagai pakar rujuk dalam sesebuah organisasi.

Contoh 5

: Sebelum menjawat jawatan Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia,

Adam memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Peperiksaan sejak tahun 2005.

Beliau telah menghadiri berbagai kursus berkaitan bidang pengujian dan penilaian,

memberikan ceramah dalam kursus tentang pengujian dan penilaian, dan

menduduki berbagai peperiksaan yang berkaitan semasa bekerja sehinggalah beliau

lulus dengan jayanya. Pengalaman yang lama, banyak, dan berguna serta kelulusan

yang diperolehi telah menyebabkan beliau telah dinaikkan pangkat. Beliau sentiasa

18218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

diminta memberikan pandangan dan sumbangan dalam bentuk idea sama ada

dalam mesyuarat atau pun melalui ceramah kepada Jabatan/Bahagian yang

memerlukan kepakarannya dalam bidang tersebut. Oleh itu, kuasa Adam ini dikenali

sebagai kuasa pakar yang ada pada beliau disebabkan oleh pengalaman dan

kelulusannya. Kuasa pakar yang dimilikinya memudahkan lagi pekerjaan orang lain.

Setiap cadangan atau perancangan perlu dibuat dalam keadaan yakin. Ketua

juga perlu mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang bertentangan atau

berdolak-dalik dengan pendirian yang tidak konsisten (Yukl, 1989). Kuasa pakar

antara ketua dengan pihak sasaran tetapi penggunaan yang tidak teliti bakal

mengundang masalah. Seseorang ketua yang bersikap menunjuk-nunjuk atau pun

berlagak seperti berkedudukan tinggi mungkin menyebabkan wujud tentangan

walaupun sasaran bersetuju dengan pendirian ketuanya. Dalam proses menyatakan

alasan rasional, terdapat ketua yang menyatakan secara angkuh, bersikap meninggi

diri, dan memberi tanggapan sasaran tidak tahu. Namun begitu, walaupun ketua

diketahui berpengetahuan dan pakar tetapi sasaran juga mungkin mempunyai

maklumat yang releven, idea-idea, dan fikiran yang perlu dipertimbangkan (Yukl,

1989). Pembujukan rasional adalah paling berkesan apabila sasaran berkongsi

dengan objektif ketuanya. Dalam keadaan ini, percubaan pengaruh menghasilkan

kepatuhan atau pun mungkin komitmen bergantung pada tanggapan kepakaran dan

kualiti penyampaian yang meyakinkan oleh ketuanya. Walau bagaimana pun,

apabila objektif sasaran berlawanan dengan objektif ketua atau pun cadangan

ketuanya boleh menyebabkan kos yang tidak dapat diterima, pembujukan rasional

sahaja tidak dapat menghasilkan perubahan sikap kepatuhan (Yukl, 1989)

19218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

4.0 IMPAK KUASA DAN PENGARUH

Kemungkinan ada pemimpin yang cuba menjauhkan diri daripada kuasa

hukuman kerana dikhuatiri mendapat tentangan dan bantahan daripada kakitangan.

Kuasa hukuman mengurangkan daya tarikan oleh pekerja kepada pemimpin dan

menghasilkan penolakan yang tinggi. Namun demikian, dalam situasi tertentu kuasa

hukuman ini terpaksa dilaksanakan untuk memberi pengajaran dan peringatan

kepada kakitangan yang bermasalah. Kuasa ganjaran menghasilkan peningkatan

dalam daya tarikan yang mempunyai penolakan rendah. Kuasa ini memberikan

anugerah atas keupayaan dan komitmen pekerja yang cemerlang. Justeru itu,

kuasa ganjaran boleh menjadikan hayat kecemerlangan hanya sementara sahaja

atau pun untuk jangkamasa yang singkat. Manakala kuasa sah, kuasa rujukan, dan

kuasa pakar menjadi nadi kepada pembentukan sistem pentadbiran organisasi yang

teratur dan berkesan bila mana pemimpinnya tahu bagaimana untuk

menggunakannya dalam aspek komunikasi dan hubungan sosial. Kesan daripada

penggunaan kelima-lima kuasa ini terhadap kepuasan kerja dan prestasi kerja boleh

ditunjukkan seperti berikut :

Jenis Kuasa Kepuasan Kerja Prestasi Kerja

Sah Sederhana Tak Jelas

Ganjaran Sederhana Sederhana

Hukuman Rendah Tak Jelas

Rujukan Tinggi Tinggi

Pakar Tinggi Tinggi

Bidang pengaruh seseorang tertakluk kepada kebolehan seseorang

mempengaruhi tingkah laku orang lain. Kesan daripada pengaruh tersebut, kita

dapat melihat melalui tindak balas seseorang yang telah dipengaruhi. Ruang lingkup

20218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

pengaruh bergantung kepada pengaruh yang dipunyainya .Bidang ini juga diukur

mengikut tahap pengaruhnya kepada orang lain dari segala segi termasuk

kewangan. Pengaruh tidak dapat diukur dengan mata kasar tetapi kesan dan

akibatnya adalah jelas.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu

mengimbangi kelima-lima kuasa yang ada pada mereka iaitu kuasa sah, kuasa

ganjaran, kuasa hukuman, kuasa rujukan, dan kuasa pakar supaya tidak

disalahgunakan dari aspek kemanusiaan dan perkhidmatan bagi meningkatkan

prestasi dan disiplin kakitangan khususnya dan organisasi umumnya. seseorang

pemimpin akan memiliki kelima-lima kuasa atau sebahagian yang disebutkan

dalam perbincangan contoh kes dalam melaksanakan tugas harian. Namun begitu,

ianya tidak memberikan jaminan yang tepat bahawa seseorang pemimpin itu mampu

untuk mempengaruhi individu tertentu dalam organisasi dengan cara tertentu.

Penggunaan kepada kuasa-kuasa ini bergantung sepenuhnya kepada

kebijaksanaan seseorang pemimpin itu melaksanakannya bagi memastikan pekerja

bawahannya patuh, berpuas hati, meniru gaya kepimpinan yang beretika,

berdisiplin, dan komited pada tugas yang di amanahkan kepadanya.

21218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

6.0 LAMPIRAN

“Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya

mempengaruhi”

“Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari.Apabila kualiti diri dibangunkan,pengaruh dating sendiri”

22218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

RUJUKAN

1. Abdul Rashid Motem & Syed Serajul Islam. 2005. Introduction

to Political Science. Singapore: Thomson Asia Pte. Ltd.

http://www.amazon.com/Introduction-Political-Science-Abdul-Rashid/dp/

9814253197

2. Lasswell, H.D. & Kaplan, A. 1950. Power and Society. New Haven:

Yale University Press.

3. Gerth, H. & Mills, C.W. (pnyt). 1946. From Max Weber: Essays in

Sociology. New York: Oxford University Press.

https://archive.org/details/frommaxweberessa00webe

4. Tawney, R.H.  1931. Equality. New York: Harcourt Brace Jovanovich

23218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

5. MacMillan, I.C. 1978. Strategy Formulation: Political Concepts. St. Paul:

West Publishing.

6. French, Jr., J.R.P. & Raven, B. 1959. The Bases of Social Power. Dlm.

Cartwright, D. (pnyt). Studies in Social Power. Ann Harbor:

University of Michigan Press.

7. Mohd Nizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul. 2003. Pengurusan

Organisasi Edisi Kedua. Malaysia : McGraw-Hill.

8. INTAN (Cetakan 2007), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur : Laris

Resources Sdn. Bhd

9. AL. Ramaiah. 1999. Kepimpinan pendidikan. Cabaran masa kini .

Selangor. IBSBuku Sdn. Bhd

10.Rahim Abdullah. 2001. Asas pengurusan. Kuala Lumpur. Utusan

Publications &Distributions Sdn. Bhd.

11.Dato’Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Md. Yadi Said. 2005. Anda berkuasa

apabila...? Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd.

12.Jaafar Muhamad. 2001. Kelakuan organisasi. Edisi keempat .Kuala

Lumpur.Leeds Publications.

13. .Ab. Aziz Yusof. 2003.Gelagat organisasi. Teori, isu dan aplikasi.

Selangor.Prentice Hall.

14.Michael H. Hart.June 1 2000. The 100: A Ranking Of The Most Influential

Persons In History http://www.amazon.com/100-Ranking-Influential-

Persons

15.Huzaifah Basit. Feb 9, 2014. Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih

Utama? .Iluvislam . Lamanweb.my.

24218444

GMGA 1024 Politik & Pentadbiran

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/9755-pengaruh-dan-kuasa-yang-

mana-lebih-utama.html

16.Abusyakirin . 9 November 2010. Yang Mana Penting Kuasa atau

Pengaruh.Khalifahgoyang.com.

http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/11/09/yang-mana-penting-

kuasa-atau-pengaruh/

17.Woon King Chai. Februari 14, 2010. Pengenalan kepada Keabsahan,

Kuasa dan Autoriti. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

KomunitiFSSK. http://komunitifssk.wordpress.com/

25218444