Konsep boneka

Embed Size (px)

Citation preview

Konsep boneka Boneka merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerakkan lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Tujuan penggunaan dalam pengajaran :a. Sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk

menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, muridmurid lebih menghayati dan memahami sesebuah pencapaian itu dengan kusyuk di samping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. b. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. c. Selain itu, penggunaan boneka juga mendedahkan murid- murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Jenis boneka

1

1. Boneka tongkat

Boneka paling mudah Boleh bergerak ke kiri, kanan, atas bawah. Sesuai untuk permulaan. Keupayaan guru bercerita sangat diperlukan Kerana kejayaan bergantung pada guru.

2. Boneka sarung tangan

Berbadan lembut, mudah dibuat , mudah menggerakkannya dan tidak memerlukan masa untuk dibuat.

Saiz boneka kecil dan mudah dikawal Keupayaan mengawal jari penting2

Gunakan pergelangan tangan Jangan keterlaluan menggerakkan boneka hingga hilang bentuk gerakan asas

3. Boneka tali

Badan diputuskan kepada beberapa bahagian kaki , siku , leher, lutut. Boneka mampu berjalan, menari , melompat dan menggerakkan kepala. Boneka tali memerlukan kemahiran dan keupayaan menggerakkannya. Kreativiti dan latihan yang kerap banyak membantu menghidupkan boneka. Buat latihan depan cermin agar kita dapat melihat pergerakkan yang wajar dan realistik. Gunakan muzik sesuai untuk mengisi dan menampung kelemahan anda.

4. Boneka wayang kulit

3

Berbentuk silhouett (Bayangan hitam) Cahaya dipancar dari belakang Bentuk dipaparkan dan boleh bergerak dengan bantuan kayu yang dipasang pada boneka.

Rancangan mengajar menggunakan boneka ( Puppet ) Matapelajaran Tahun Bilangan murid Tema Tajuk Tarikh Masa : Bahasa Malaysia : Empat : 45 orang : Kekeluargaan : Pertolongan Jiran : 03 April 2012 : 7. 40 8.40 pagi ( 1 jam )

Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat : 1. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) : membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan pada intonasi betul. 2. Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat dan sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (i) Memilih diksi yang sesuai. Fokus utama :

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.4

Aras 2 (i) Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang diberikan. Fokus sampingan

:

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Kemahiran bahasa : Mendengar. bertutur dan menulis Sistem bahasa Nilai murni : Ayat tunggal, ayat majmuk dan kata penghubung : Kasih sayang dan saling menghormati

Kemahiran bernilai tambah: Kebolehan melakonkan watak menggunakan boneka Kemahiran belajar : Membuat perbandingan dan menghubungkait Kemahiran berfikir : Menjana idea Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menolong jiran semasa mereka berada dalam kesusahan Bahan bantu belajar Langkah / Masa Set induksi 5 minit Isi pelajaran Mempamerkan gambar situasi Soalan 1: Apakah yang kamu dapat bezakan pada kedua- dua gambar yang cikgu pamerkan? Jawapan: Gambar A sekumpulan5

: Boneka, pentas persembahan dan skrip lakonan Aktiviti pelajaran 1. Guru mempamerkan dua gambar situasi yang dilekatkan di atas kertas mahjong dan meminta murid membuat Catatan BBB : Gambar Kemahiran berfikir : Membuat perbandingan

orang sedang membersihkan kawasan perumahan. Gambar B: Dua orang sedang bergaduh kerana berebutkan tempat mempakir kereta. Soalan 2 : Situasi dalam gambar mana yang menunjukkan orang mengamalkan nilai murni ? Jawapan : Langkah 1 8 minit Situasi dalam gambar A. Penerangan kepada tajuk, objektif dan aktiviti pelajaran. Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca

perbandingan serta memberikan pendapat.

Guru menerangkan objektif pelajaran dan aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut. 1. Guru menerangkan cara- cara menggunakan boneka dalam lakonan. 2. Guru memperkenalka6

BBB : Boneka Watak 1 : Si burung Watak 2 : Si Arnab Watak 3 : Si Beruang Hitam

n watak- watak kepada murid. 3. Murid berlatih membaca skrip lakonan sebelum memulakan lakonan. Langkah 2 12 minit Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat dan sebutan dan intonasi yang baik dan jelas Lakonan bertajuk Pertolongan Jiran 1. Murid murid melakonkan watak watak yang ada dalam cerita menggunakan frasa, ayat, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 2. Murid mengerakkan boneka mengikut penceritaan Langkah 3 12 minit Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.7

Kemahiran berfikir: Menjana idea BBB : Boneka

dan lakonan. 1. Selepas lakonan dijalankan, murid- murid diminta

Nilai murni : Kasih sayang Saling menghormati

mengenal pasti nilai- nilai murni yang terdapat pada setiap watak. 2. Murid menyenaraikan nilai murni tersebut di papan tulis. 3. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan nilai- nilai murni yang Langkah 4 15 minit Membina ulasan berdasarkan cerita yang didengar dikemukakan. 1. Berdasarkan ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah dibina, murid menulis tidak melebihi 50 patah perkataan ) berkaitan nilai8

Sedia membantu Saling memaafkan

KBKK : Aktiviti menulis ulasan adalah salah satu cara melatih murid untuk menjawab berformatkan kertas Penulisan UPSR ( Bahagian C )

ulasan pendek ( soalan

nilai murni yang terdapat dalam Penutup 8 minit Pengukuhan emosi dan penutupan sosial. Murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam lagu yang didengari. Guru membuat rumusan cerita. 1. Guru memperdengar kan lagu Hidup Berjiran kepada murid- murid. 2. Murid- murid menyanyi bersama dengan iringan muzik.3. Guru

membimbing murid- murid untuk membuat rumusan tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut.

9

Skrip lakonan Babak 1 : Situasi di sebuah taman di pinggir hutan. Si Burung Si Burung Si Arnab : Selamat pagi Sang Arnab. : Mengapa kamu kelihatan muram dan sedih Arnab.? : Aku sedih melihat kebunku yang dirosakkan. Semua tanamanku binasa. Tiada lagi yang tinggal untuk aku tuai menjelang musim hujan ini. Aku takut tidak ada bekalan makanan untuk anak- anakku nanti. Si Burung : Aku tahu ini mesti angkara jiran kita yang sombong Si Beruang Hitam itu. Dua hari yang lepas aku pernah menegurnya kerana dia membawa anak- anaknya bermain di pinggir kebun kamu. Tetapi dia memarahi aku. Si Arnab Si Burung Si Arnab : Aku pun pernah melihat dia memanjat dan mejenguk ke sarang kamu Burung. Aku juga menegurnya tetapi aku dilontarnya dengan ranting. : Dia juga pernah mengancam hendak menumbangkan pokok tempat sarangku ini ketika aku cuba melarang perbuatannya. : Kita perlu menasihatkan Si Beruang Hitam supaya dia menghormati jiran- jirannya Burung. Mari kita cari dan cuba berbincang baik baik dengan dia. Si Burung : Bagus cadangan kamu Arnab. Mari !

Sang Arnab : Selamat pagi kawanku Si Burung.

Babak 2 : Situasi di kawasan hutan berhampiran tebing sungai. Si Beruang Hitam Si Arnab Si Burung Si Beruang Hitam : Tolong ! Tolong ! Tolong ! Aduh, sakitnya ! : Burung ! Kamu dengar tak ada suara meminta tolong. : Ya, aku pun dengar. Sepertinya dia dalam kesakitan. Mari kita lihat apa yang berlaku di sana. : Tolong ! Tolong ! , Kaki aku terkena jerat dan aku tidak dapat melepaskan diri !

10

Si Burung

: Itu Si Beruang Hitamlah, jiran kita yang sombong tu. Kita jangan pedulikan dia. Biar dia rasakan balasannya jika selalu berbuat tak baik. Padan muka dia!

Si Arnab

: Janganlah begitu Si Burung, kasihan dia. Walaupun dia selalu menimbulkan masalah tetapi dia tetap jiran kita. Kalau berlaku sesuatu kepada dia, siapa yang hendak menjaga anak- anaknya ? Mari kita bantu lepaskan dia daripada jerat ini.

Si Burung Si Beruang Hitam

: Baiklah Arnab. : Terima kasih sahabatku. Mulia sungguh hati kamu berdua kerana sanggup menolong aku walaupun aku banyak berbuat jahat kepada kamu berdua.

Si Arnab Si Beruang Hitam

: Sudah menjadi tanggungjawab kita jika hidup berjiran harus tolong menolong Beruang. : Aku sungguh malu dengan kamu berdua apabila mengingatkan perbuatan aku terhadap kamu selama ini. Aku minta maaf banyakbanyak ya. Aku harap kamu berdua sudi memaafkan aku.

Si Burung Si Beruang Hitam Si Arnab

: Kami maafkan kamu asalkan kamu mahu berubah menjadi baik. : Aku janji mulai hari ini akan jadi jiran yang baik pada kamu berdua dan sentiasa menghormati kawan- kawan kita yang lain juga. : Sudahlah tu, kita lupakan semua yang telah berlaku. Seperti kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Mulai hari ini kita mulakan hidup baru.

Si Burung Si Beruang Hitam

: Aku setuju. Jom kita balik nanti anak- anak mencari kita pula. : Mari kawan- kawan.

Watak watak dalam lakonan Pertolongan Jiran :11

Si Beruang Hitam

Si Arnab

Si Burung Pentas Persembahan

Latar belakang pentas

12

Pemandangan keseluruhan pentas

Bahagian dalam pentas

13

Cara boneka dimasukkan ke dalam pentas

14