21
KONSEP DAN CIRI-CIRI UNIVERSITI TERBUKA Pendidikan terbuka mula terkenal setelah kerajaan United Kingdom menukarkan nama ”University of the Air” kepada ”Open University” pada pertengahan tahun 1960. Semenjak itu perkataan terbuka (open) telah digunakan secara meluas. Kebanyakan pusat pengajian tinggi menggunakan istilah terbuka seperti Open University United Kingdom, Korean National Open University, Bangladesh Open University, Univertisas Terbuka Indonesia dan British Columbia Open University (Yusup Hashim dan Sharifah Alawiyah, 1999). Universiti terbuka menggunakan istilah pengajaran dan pembelajaran secara terbuka. Pembelajaran secara terbuka merupakan suatu usaha baru ke arah pendemokrasian pendidikan. Penggunaan istilah terbuka telah membuka peluang kepada satu sistem pendidikan yang lebih terbuka daripada segi syarat-syarat kemasukan, konstrain masa, kos pengajian, jarak, sekatan sosial, budaya dan jantina. Sistem pembelajaran secara terbuka ini merupakan satu pendekatan pendidikan yang memberikan lebih penekanan kepada pelajar berbanding guru atau institusi. Pelajar diberi pilihan dalam mencorakkan aktiviti pembelajaran mereka. Kebiasaannya universiti terbuka menggunakan kaedah yang

Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

open u

Citation preview

Page 1: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

KONSEP DAN CIRI-CIRI UNIVERSITI TERBUKA

Pendidikan terbuka mula terkenal setelah kerajaan United Kingdom menukarkan nama

”University of the Air” kepada ”Open University” pada pertengahan tahun 1960.

Semenjak itu perkataan terbuka (open) telah digunakan secara meluas. Kebanyakan pusat

pengajian tinggi menggunakan istilah terbuka seperti Open University United Kingdom,

Korean National Open University, Bangladesh Open University, Univertisas Terbuka

Indonesia dan British Columbia Open University (Yusup Hashim dan Sharifah Alawiyah,

1999).

Universiti terbuka menggunakan istilah pengajaran dan pembelajaran secara

terbuka. Pembelajaran secara terbuka merupakan suatu usaha baru ke arah

pendemokrasian pendidikan. Penggunaan istilah terbuka telah membuka peluang kepada

satu sistem pendidikan yang lebih terbuka daripada segi syarat-syarat kemasukan,

konstrain masa, kos pengajian, jarak, sekatan sosial, budaya dan jantina.

Sistem pembelajaran secara terbuka ini merupakan satu pendekatan pendidikan

yang memberikan lebih penekanan kepada pelajar berbanding guru atau institusi. Pelajar

diberi pilihan dalam mencorakkan aktiviti pembelajaran mereka. Kebiasaannya universiti

terbuka menggunakan kaedah yang digunakan oleh pendidikan jarak jauh dan kemudahan

teknologi pendidikan. Pendekatan ini juga menukarkan peranan guru daripada pemberi

sumber pengetahuan kepada fasilitator pembelajaran. Kesemuanya ini akan memberi

justifikasi daripada segi kos efektif, keberkesanan dan kesamaan (Johnson, 1990).

Page 2: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Menurut Rowntree (1994), sistem pendidikan terbuka ialah sesuatu yang unggul

dan harus diusahakan bukannya sesuatu yang tetap. Beliau menjelaskan pendidikan

terbuka perlu mengikut kemahuan pelajar dengan kos yang berpatutan. Pelajar boleh

menetapkan masa dan tempat pengajian, memilih isi dan urutan kursus serta prosedur

penilaian pembelajaran. Pelajar juga boleh menentukan cara belajar contohnya

menggunakan video, internet ataupun buku yang dirasakan lebih efektif dan sesuai

dengan kehendak pelajar.

Dengan demikian, konsep yang digunakan oleh Universiti Terbuka lebih luas dan

longgar berbanding Universiti arus perdana. Ini tidak bermakna mutu program pendidikan

terbuka itu tidak berkualiti dan boleh dikompromi. Longgar dalam konsep pendidikan

terbuka ialah yang berkaitan dengan falsafah dan polisi iaitu pelajar lebih bebas memilih

tepoh masa dan cara belajar, kaedah, media dan kandungan kursus yang hendak diikuti.

Hal ini menunjukkan bahawa konsep pendidikan terbuka ini lebih mengutamakan

kehendak pelajar dalam beberapa perkara di samping menawarkan pendidikan yang

bermutu dan berkualiti. Dengan kata lain, sistem pendidikan terbuka atau open learning

adalah suatu keadaan dimana setiap individu dapat belajar tanpa restriksi apapun (Bates,

1995).

Di Asia Tenggara, hampir semua negara anggota ASEAN memiliki institusi dan

menjalankan sistem pendidikan terbuka, kecuali Brunei. Brunei merupakan negara kecil,

kaya, berpenduduk sedikit, yang mana semua penduduknya dapat diakomodasi dengan

baik oleh pendidikan dengan sistem konvensional. Bagi tujuan masa hadapan, Brunei

juga mempertimbangkan pembukaan institusi pendidikan dengan sistem terbuka untuk

pendidikan lanjutan dan latihan bagi warganya yang ingin melanjutkan pendidikan sambil

bekerja (Simbran, 2006).

2

Page 3: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Bagi negara berkembang di Asia Tenggara, pendidikan terbuka menyediakan

akses bagi warga yang tinggal di daerah terpencil, baik bagi yang hidup di bahagian

benua seperti di Vietnam, Myanmar, dan Kemboja ataupun yang tinggal di pulau

terpencil seperti di Indonesia dan Filipina. Sistem ini menjadi pilihan ramai kerana lebih

murah dan releva bagi golongan berpendapatan rendah. Dengan demikian sebahagian

besar negara berkembang di ASEAN berkeinginan untuk memanfaatkan sistem ini

bersesuaian dengan situasi dan keadaan setempat. Walaupun begitu terdapat beberapa

negara seperti Laos PDR yang memerlukan bantuan terutama daripada segi pendanaan

daripada negara luar agar negara tersebut dapat mengembangkan pendidikan dengan

sistem terbuka (Souvannasy, 2006).

Pendidikan terbuka juga telah berkembang luas di beberapa buah negara di Asia

Tenggara. Thailand telah membuka institusi ini sejak 1978, untuk menyediakan peluang

pendidikan yang sama-rata bagi semua peringkat usia, lokasi dan gender. Peluang ini

turut dibuka kepada yang telah bekerja (Vesarach, 2006). Singapua pula telah membuka

SIM University (UniSIM) yang memberikan peluang pendidikan bagi golongan dewasa

yang bekerja. Selain itu, beberapa institusi swasta menjalankankan program usahasama

dengan menawarkan peluang pengajian dengan menggunakan pendekatan sistem terbuka

untuk menarik mahasiswa pendatang yang berasal dari negara Asia Tenggara

(SEAMOLEC, 2006).

Memandangkan peningkatan jumlah penduduk yang tinggi di Asia dan terdapat

permintaan yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti, maka Singapura

telah memanfaatkan peluang tersebut dengan menyediakan program pendidikan secara

terbuka bagi golongan yang telah bekerja. Peluang yang menguntungkan ini turut

dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh Malaysia. Selain bertujuan untuk kepentingan

warga sendiri, sistem pendidikan terbuka di Malaysia turut berhasrat untuk menarik

mahasiswa asing mendapatkan peluang pelajaran. Kerjasama dengan universiti terkemuka

dunia turut dilakukan bagi meningkatkan kredebiliti dan kecekapan pengurusan (Ali,

Fadzil, & Kaur, 2006).

3

Page 4: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Secara umumnya pendidikan secara terbuka di Malaysia mengamalkan sistem

sepertimana pendidikan jarak jauh yang mendokong konsep pemisahan antara pengajar

dan pelajar. Kemajuan sistem ini amat penting kerana ia memberi pilihan pendidikan

kepada segenap lapis masyarakat yang mahu menimba ilmu dengan cara yang berbeza

daripada pendidikan formal (Shireen Haron, Feb 1995).. Pembangunan sosial dan

ekonomi penting untuk memastikan taraf hidup yang baik bagi rakyat dalam sesebuah

negara. Segala kemajuan yang dikecapi sekarang telah menarik ramai pelabur asing

melabur di Malaysia. Hal ini kerana terdapatnya sumber tenaga kerja terlatih,

bertanggungjawab dan berpengatahuan di Negara ini. Keadaan ini merupakan satu

galakan untuk menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.

Program yang telah mula mendapat tempat bagi golongan yang telah bekerja ini

memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan

kelayakan. Keperluan ini dapat memastikan perkembangan ilmu yang sihat demi

pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat (Mohd.Noor Saleh, 1994). Oleh itu

program ini membantu dalam melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berilmu. Ini

selaras dengan perkembangan sektor awam dan swasta dimana tanggungjawabnya

semakin besar dan komplek. Sehubungan dengan itu, sektor ini memerlukan mereka yang

berkaliber, berdedikasi dan berpengetahuan untuk memastikan mutu kerja dan

perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang optima. Dengan ini

pendidikan menjadi agenda penting dan harus dijadikan sebagai satu kegiatan yang

berterusan dalam kehidupan manusia.

Bagi menjamin sistem ini berjalan dengan lancar, kemudahan media telah

disediakan samada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik. Bahan utama

yang digunakan ialah media cetak yang telah diolah dalam bentuk kendiri. Ini bermaksud

bahan pengajaran ini telah direka supaya berkebolehan menyampaikan isi pelajaran dan

meransang pembelajaran pelajar. Media-media yang lain juga digunakan seperti pita

video dan televisyen (Rozhan Hj. Mohammed Idrus, 1994).

4

Page 5: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Dengan mengambil contoh negara maju seperti Amerika dan United Kingdom,

kebanyakkan institusi pendidikan terbuka menggunakan pelbagai media penyampaian

maklumat seperti radio, televisyen,video, komputer dan satelit dalam usaha untuk

meningkatkan lagi kualiti pengajaran, pembelajaran dan prestasi pelajar. Segala peralatan

untuk berkomunikasi seperti telefon, faksimili dan E-mail digunakan secara meluas.

Setiap media penyampaian maklumat ini memberi kesan yang berbeza kepada proses

pembelajaran pelajar. Menurut Anthony Bates (dipetik dalam Keith.H, 1993) teknologi

yang digunakan hendaklah dipengaruhi oleh bidang tugas pelajar dan kos seharusnya

rendah. Apa yang berlaku di negara kita adalah kos yang merupakan perkara yang

terpenting terpaksa ditanggung oleh pelajar itu sendiri. Walaubagaimanapun dengan

adanya pelbagai media penyampaian maklumat akan menambahkan minat dan motivasi

pelajar untuk terus belajar dan seterusnya akan meningkatkan mutu pelajaran mereka.

Walaupun begitu, dalam sistem pendidikan terbuka tidak semua kegiatan

pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui media. Beberapa kegiatan seperti tutorial

dan praktikum dilaksanakan secara bersemuka sebagaimana yang dilakukan oleh sistem

pendidikan konvensional. Untuk mengatasi permasalahan praktikum, terutama praktikum

sains yang memerlukan pengalaman pembelajaran dalam makmal, beberapa institusi ini

menerapkan pendekatan blended learning, iaitu mengkombinasikan pembelajaran dalam

makmal konvensional dengan pembelajaran melalui media elektronik sebagaimana yang

dilakukan dalam pembelajaran mokrobiologi di University of Salamanca. Keterampilan

yang bersifat non manual diajarkan secara virtual, sedangkan keterampilan manual

dilatihkan melalui pengalaman laboratorium yang sebenarnya (Sancho, et al., 2006).

5

Page 6: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Sesungguhnya semakin luas jarak yang wujud dalam perhubungan pendidikan

terbuka ini, semakin kompleks dan mencabar peranan pensyarah dalam menggunakan

segala sumber media komunikasi yang ada untuk menyampaikan maklumat kepada

pelajar. Pelajar yang mengikuti program ini jika dibandingkan dengan pelajar sistem

konvensional mempunyai interaksi yang minimum bukan sahaja dengan pensyarah, tetapi

juga dengan rakan sekuliah. Berkongsi fikiran dan idea dalam kalangan rakan sekuliah

merupakan satu kegiatan yang sihat dan berfaedah dalam proses pembelajaran. Namun

terdapat sesetengah pelajar yang bernasib baik kerana mempunyai rakan sepejabat atau

kenalan rapat yang sekuliah dengan mereka, maka mereka boleh belajar secara kumpulan

Seterusnya aktiviti pembelajaran secara berkumpulan ini membantu meningkatkan

proses pemahaman pelajar. Hal ini mendatangkan masalah kepada pelajar yang tidak

mampu melaksanakannya kerana pelajar tersebut tidak dapat berbincang dan

menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran. Ini kerana pendidikan terbuka

mengamalkan konsep pengasingan antara pelajar dengan pengajar. Proses pembelajaran

dalam suasana "pengasingan" merupakan satu gejala yang tidak sihat (Shireen Haron,

April 1995). Bagi merapatkan jurang pengasingan ini mestilah wujud daya usaha dalam

kalangan semua pihak yang terlibat khususnya institusi pendidikan itu sendiri, pensyarah

dan juga para pelajar. Terdapat pelbagai berfaedah jika pelajar mengambil daya usaha

untuk mengadakan kumpulan kecil untuk berbincang tentang segala maklumat

pembelajaran. Kaedah ini dinama ‘peer tutoring’ iaitu pelajar sekuliah mengambil daya

usaha untuk membantu antara satu sama lain. Untuk berjaya dalam pendidikan seseorang

pelajar itu haruslah mempunyai motivasi untuk belajar dan melaksanakan kegiatan

pendidikan secara berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

6

Page 7: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Selain itu, secara keseluruhannya kita akan dapati bahawa kos mengendalikan

pendidikan terbuka adalah lebih rendah daripada sistem konvensional secara bersemuka.

Ini merupakan senario pada sebilangan besar daripada pelajar yang telah mengikuti

pengajian secara ini. Walaupun pada prinsipnya perkara tersebut memang sebenarnya

berlaku, tetapi ini bergantung kepada penggunaan media dan bilangan pelajar yang

mengikutinya. Semakin canggih media yang digunakan dalam penyampaian bahan

pembelajaran dan semakin sedikit bilangan pelajar yang mengikutinya, maka kos per

pelajar semakin tinggi bahkan lebih tinggi daripada pelajar institusi konvensional. Walau

bagaimanapun, jika kita melihat waktu adalah wang dan sistem pendidkan ini merupakan

keutamaan kepada latihan dan peningkatan kemahiran serta pengetahuan mereka yang

sedang bekerja, sudah jelas kos yang diperlukan adalah lebih rendah daripada sistem

konvensional dan ini ditambah pula dengan bilangan pelajar yang ramai akan

merendahkan lagi kos per pelajar. Pernyataan ini juga berlaku dengan syrat pelajar

berijazah dalam waktu minimun. Jika waktu pengijazahan dipanjangkan maka kos per

siswazah yang dikeluarkan bertambah tinggi, semakin panjang tambahan daripada waktu

minimum maka ianya lebih tinggi daripada sistem konvensional (Rumble, 1988).

Sistem pendidikan jarak jauh juga mengamalkan pembelajaran kendiri yang mana

boleh dilihat sebagai usaha pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang pelajar tanpa ada

bimbingan terus daripada guru. Dalam kata lain pembelajaran kendiri bermaksud segala

aktiviti pelajar dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa pertolongan langsung daripada

seseorang. Terdapat tiga ciri pembelajaran kendiri iaitu guru dan murid terpisah secara

fizikal pada kebanyakan waktu, komunikasi dilakukan melalui pertolongan media dan

pelajar terpisah daripada pelajar lain.

7

Page 8: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Apabila pelajar bersendirian, ini bermakna pelajar perlu melakukan aktiviti secara

kendiri dengan tidak dibantu oleh guru atau lain-lain pelajar secara berhadapan. Ia juga

memberi beberapa kelonggaran dan kebebasan kepada pelajar dalam memilih objektif

pembelajaran, cara untuk belajar dan penilaian kepada pembelajaran. Pelajar juga bebas

untuk menentukan masa dan tempat untuk belajar (Ab.Rasid Mat Zin,1994). Selain

daripada itu dalam keadaan berjauhan dengan rakan-rakan pelajar yang lain, ia dapat

mengelakkan pengaruh rakan-rakan. Ini bermaksud perbandingan kemajuan antara

seorang pelajar dengan pelajar yang lain tidak berlaku

Menurut Wedemeyer dalam Keegan 1986, kematangan seseorang pelajar kendiri

itu sangat penting, iaitu peranannya dalam menentukan pengendalian aktiviti

pembelajaran itu sentiasa diteruskan. Pendorong utama disini ialah maksud dan tujuan

yang hendak dicapai oleh pelajar dan ia perlu tahu secara mendalam berkaitan pengajian

yang diikuti.

Seperti mana yang kita ketahui bahawa terdapat beberapa kebaikan dalam

pembelajaran kendiri, namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa

keburukan atau gangguan dalam pembelajaran ini. Gangguan disini bermaksud faktor

fizikal dan psikologi yang mengganggu pembelajaran namun tidak menyekat

pembelajaran. Di antaranya ialah persediaan diri pelajar dimana keadaan diri pelajar perlu

bersedia dan memberikan komitmen sepenuhnya. Dalam keadaan yang letih tentulah

pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Ini sering terjadi apabila

pelajar baru balik dari pejabat atau selepas membuat aktiviti luar (Ab.Rasid Mat Zin,

1994). Menurut France Henri dan Anthony Kaye (dipetik dari Keegan D. 1993) terdapat 2

gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran. Faktor dalaman merujuk kepada

perasaan marah, tekanan emosi dan takut manakala faktor luaran pula ialah keadaan yang

panas, peralatan yang tidak mencukupi, bunyi bising dan sebagainya.

8

Page 9: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Oleh itu, sebagai seorang dewasa dan anggota masyarakat, adalah menjadi

kebiasaan untuk kita melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan. Ini

serba sedikit akan menjejaskan ketenangan dan tumpuan kepada pembelajaran.

Pergeseran peribadi di antara suami isteri, rakan sepejabat apatah lagi dengan ketua

sendiri tentulah mengganggu ketenangan fikiran seseorang pelajar itu. Ketenangan dan

ketenteraman sangat penting untuk pelajar menumpukan konsentrasi kepada sesuatu

pelajaran.

Seninya konsep universiti terbuka ialah tidak memerlukan pensyarah yang ramai,

kerana sebilangan kecil kakitangan akademik teras sahaja sebagai pengurus kursus yang

mana bahan pembelajaran kendiri boleh disediakan dengan adanya kerjasama daripada

pensyarah-pensyarah universiti tempatan ataupun pihak swasta yang berkelayakan. Maka

isu kekurangan dan kesukaran untuk mendapatkan pensyarah yang mencukupi tidak

timbul terutama dalam keadaan sekarang ini di mana tarikan ke swasta lebih daripada

menjadi pensyarah universiti. Dengan cara ini setiap kepakaran yang ada dapat digunakan

dengan sebaik mungkin bagi menghasilkan bahan pengajaran yang terbaik di negara yang

juga boleh digunakan oleh pelajar universiti konvensional.

Di samping itu, kesinambungan antara pengajaran dan pembelajaran merupakan

elemen yang penting dalam pendidikan secara terbuka. Sewart (1978) telah

memperkenalkan teori yang mementingkan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran

pelajar. Teori ini berasaskan kepada pengalaman beliau bertugas di Open University,

United Kingdom. Beliau tidak yakin bahawa keseluruhan bahan pembelajaran yang

dibekalkan kepada pelajar dapat menggantikan semua tugas yang dilaksanakan oleh guru

konvensional. Jika bahan ini mampu menggantikan tugas guru maka sudah tentu kos

penyediaan bahan menjadi sangat tinggi kerana bahan yang dihasilkan itu seharusnya

boleh berinteraksi dengan setiap pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa dalam sesebuah

organisasi, perkhidmatan orang perantaraan sangat diperlukan bagi menghubungkan

individu dengan organisasi.

9

Page 10: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Perkhidmatan orang perantaraan ini diperlukan untuk menghubungkan bahan

pembelajaran dengan pelajar. Pelajar akan mendapat maklum balas dengan lebih pantas.

Pelajar juga mendapat hasil pembelajaran yang lebih efisyen hasil darpada interaksinya

dengan orang perantaraan seperti tutor, pembantu pelajar atau penyelaras sumber. Sebuah

tempat khas diwujudkan seperti pusat pembelajaran, pusat sumber atau pusat wilayah

bagi membolehkan pelajar berinteraksi dengan orang perantaraan atau dengan bahan yang

telah dibekalkan.

Di samping itu, pendidikan terbuka mengamalkan sistem penilaian bagi amali dan

tugasan di pusat-pusat wilayah. Maka sering timbul persoalan mengenai kualiti dan

kesahihannya. Sebenarnya, aspek kualiti sangat dijaga supaya sama dengan kualiti pelajar

yang mengikuti pembelajaran secara konvensinal. Oleh sebab itu, perjalanan amali di

pusat-pusat wilayah dijaga rapi oleh tutor-utor sambilan yang berkelayakan. Mereka telah

dilantik oleh pihak universiti bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun hanya sebahagian sahaja aktiviti amali yang dijalankan di pusat-pusat

wilayah sementara yang lain memerlukan peralatan yang sofistikated dan dijalankan

sewaktu kursus intensif terutamanya kursus diperingkat tinggi manakala pensyarah pula

digalakkan menggred sendiri amali berkenan. Sementara tugasan pula turut digred oleh

pensyarah kursus bagi menjamin kualiti dan kesahannya (Md Noor Saleh, 2002).

Penilaian yang menyumbang kepada gred akhir dikategorikan sebagai penilaian

sumatif. Walau bagaimanapun, peringkat-peringkat tertentu seperti aktiviti, tugasan dan

peperiksaaan berterusan boleh dikategorikan sebagai penilaian formatif untuk mengetahui

keberkesanan pembelajaran pelajar dan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk

mengatasinya. Kaedah yang dijalankan ini untuk memastikan kualiti graduan yang

dihasilkan berada pada tahap yang paling tinggi setara dengan graduan yang dikeluarkan

secara konvnsional seterusnya meningkatkan mutu pendidikan negara.

10

Page 11: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Secara keseluruhannya segala bentuk pendedahan maklumat berkaitan universiti

terbuka perlu disebar luas kepada segenap lapis masyarakat supaya konsep yang

digunapakai oleh universiti ini boleh diterima dan mendapat tempat dalam hati setiap

warganegara. Sistem universiti terbuka di England merupakan satu contoh yang terbaik

untuk kita contohi. Ribuan pelajar pendidikan terbuka telah lulus dan berjaya dalam

kerjaya mereka melalui sistem ini. Seterusnya pendidikan terbuka membuka peluang luas

bagi mereka yang bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan. Walaupun mereka bekerja

dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, mereka masih boleh belajar. Pendidikan

terbuka mempunyai berbagai kaedah dalam menyampaikan maklumat dengan

menggunakan teknologi, seperti video sidang akan membolehkan latihan diikuti oleh

pekerja di tempat kerja. Hal ini penting kerana pekerja dapat meningkatkan kemahiran

dan pengetahuannya. Di samping itu mereka tidak perlu keluar dari pejabat ke destinasi

lain untuk diberi latihan. Sesungguhnya tenaga kerja yang mahir, terlatih dan berilmu

akan menguntungkan setiap negara. Kemahiran ini penting untuk menjamin pertumbuhan

sosial dan ekonomi yang sihat. Oleh itu, kewujudan universiti terbuka perlu dimanfaatkan

dan diberi perhatian oleh semua pihak sebagai usaha mewujudkan warganegara yang

berilmu seterusnya melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

11

Page 12: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Bibliografi

Aini Aman et, al (2000). “Keberkesanan Kaedah Pengajaran PJJ Di Malaysia.” dlm.

“Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh” Kuala Lumpur: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ali, A, Fadzil, M., & Kaur, A., (2006). Open distance education in Malaysia. Diambil

tanggal 27 Julai 2010, dari

http://www.seamolec.org/odl-profile-southeast-asia/year-2006-3.

Bates, A.W. 1995. Technology, open learning, and distance education. New York:

Routledge

Fazilah Idris, et. al (2000). “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar

PJJ UKM Dalam Program Bahasa Inggeris: Satu Tinjauan.” dlm. “Seminar

Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh” Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Johnson, R. (1990). Open Learning: Policy and Practice. National Board of Employment

Education & Training. Commissioned Report No. 4, Canberra, AGPS.

Keegan, Desmond (1988), “Distance Education: international Perspective”, (Newyork:

Routledge).

Melor Md. Yunus, et. al. (2000). “Mengapa Pelajar Gagal sehingga Diberhentikan.”

dlm. “Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh.” Kuala Lumpur : Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Noor Saleh. (1994). Pendidikan Jarak Jauh. Retrieved January 24, from

members.tripod.com/~sarjana/jarak3.html

12

Page 13: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Rowntree, D. 1994. Exploring open and distance learning. London: Kogan Page.

Rumble G. 1998. The economics of mass distance education. Prospects 18(1): 91-102.

Sancho, P., Corral, R., Rivas, T., González, M.J., et al. (2006). A blended learning

experience for teaching microbiology. American Journal of Pharmaceutical

Education, 70(5), pg. U1, 9 pgs. Diambil tanggal 27 Julai 2010, dari

http://www.pubmedcentral.nih.gov/articlerender.fcgi? artid=1637024.

Schlosser, Lee Ayers dan Simonson, Michael (2006), “Distance Education: Definition

and Glossary of Terms”, Second Edition, (Greenwich, Connecticut: Information

age Publishing).

SEAMOLEC. (2006). ODL profile in Southeast Asia. SEAMEO-SEAMOLEC. Diambil

pada 27 Julai 2010, dari http://www.seamolec.org/odl-profile-southeast-asia/year-

2006-0.

Shireen Haron, 1995. Pendidikan Jarak Jauh (Bahagian 1). Dewan Masyarakat, Januari

1995.

Shireen Haron, 1995. PJJ: Meningkatkan Lagi Golongan yang Berilmu (Bahagian 2).

Dewan Masyarakat, Februari 1995.

Shireen Haron, 1995. PJJ: Penggunaan Komputer Penting (Bahagian 3). Dewan

Masyarakat, Mac 1995

Simonson, Michael; Smaldino, Sharon; Albright, Michael; & Zvacek, Susan (2006),

“Teaching and Learning at a Distance”, Third Edition, (Columbia, Ohio: Merril

Prentice Hall).

13

Page 14: Konsep Dan Ciri-ciri Universiti Terbuka

Simbran, A.O. (2006). Open and distance education in Brunei Darussalam, a paper

presented at the Ninth SEAMOLEC GB Meeting, 12-13 September 2006. Diambil

pada 27 Julai 2010, dari http://www.seamolec.org/odl-profile-southeast-asia/year-

2006.

Souvannasy, S. (2006). Open and distance education in LAO PDR. Diambil pada 27 Julai

2008, dari http://www.seamolec.org/odl-profile-southeast-asia/year-2006-2.

Vesarach, P. (2006). Open and distance learning (ODL) in Thailand, Diambil pada 4

Ogos 2010, dari http://www.seamolec.org/odl-profile-southeast-asia/year-2006-7.

Yusup Hashim dan Sharifah Alawiyah, 1999, Pendidikan Jrak Jauh, Teori dan Amalan.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

14