54
Konsep dan Jenis-Jenis Bilik Darjah Konsep bilik darjah berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa.

Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Konsep dan Jenis-Jenis Bilik Darjah

Konsep bilik darjah berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa.

Page 2: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Pada zaman sebelum kedatangan kerajaan British, tidak ada sebuah bilik darjah yang sesuai.

• Sebatang pohon besar, sebuah padang, pondok kecil, kawasan pekarangan rumah, dll dijadikan sebagai sebuah kelas.

• Kanak-kanak Melayu belajar ayat-ayat Quran daripada seorang Imam di surau atau di pondok.

Page 3: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikalnya.

• Antaranya termasuklah:- i. Sebuah bilik di bawah jagaan seorang guru ii. Sebuah padang digunakan untuk PJK iii. Sebuah makmal sains untuk ujikaji iv. Sebuah dewan untuk mendengar ceramah v. Sebuah makmal komputer untuk mencari

maklumat. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah biasanya dilengkapi dengan kemudahan kerusi-meja mengikut kehendak aktiviti P&P, papan-tulis, ABM dan murid-murid.

Page 4: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Jenis dan Ciri-Ciri Utama Bilik Darjah

• Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah:

i) Bilik Darjah Tradisi ii) Bilik Darjah terbuka iii) Bilik Darjah Bercantum iv) Bilik Darjah Prasekolah v) Bilik Darjah KBSM/KBSR vi) Bilik Darjah Multimedia vii) Bilik Darjah Khas Mata Pelajaran

Page 5: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah Tradisi

• Bilik darjah tradisi di negara kita telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program ‘Kurikulum Lama Sekolah Rendah’ dan ‘Kurikulum Lama Sekolah Menengah’ diperkenalkan.

• Kaedah ini sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran dengan penggunaan ‘Kaedah Keseluruhan Kelas’.

Page 6: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah Terbuka• Bilik Darjah Terbuka lahir daripada konsep ‘Pendidikan Terbuka’.• R.S. Barth (1976) dalam buku berjudul ‘Open Education and The

American School’ menghuraikan konsep Pendidikan Terbuka sebagai suatu pendekatan pendidikan yang sedia terbuka kepada:

i. Bidang Kurikulum ii. Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran iii. Ruang-Ruang Pembelajaran iv. Bahan-Bahan Pelajaran v. Murid-murid akan memilih bahan pelajaran yang mereka

hendak belajar.

Page 7: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Murid-murid akan menentukan dan merancang aktiviti P&P sendiri.

• Pengajaran guru dikurangkan pada peringkat yang minimum.

• Guru cuma akan menjadi penasihat dengan membimbing dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau secara individu.

Page 8: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Biasanya pendekatan ‘Pengajaran Berpasukan’ yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pelajaran untuk membimbing murid-murid dalam ‘Bilik Darjah Terbuka’.

• Situasi P&P adalah berbentuk Informal.• Ruang dan rekabentuk bilik darjah diubahsuai untuk

membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat lain, memilih bahan-bahan pelajaran yang diminati serta menjalankan aktiviti P&P selepas berbincang dengan guru.

Page 9: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Ciri-Ciri Bilik Darjah Terbuka

• Aktiviti P&P biasanya dijalankan secara kumpulan atau individu.

• Berbagai-bagai aktiviti P&P dilakukan dalam bilik darjah secara serentak.

• Murid-murid dapat mengikuti berbagai-bagai aktiviti P&P mengikut jadual waktu pelajaran sendiri.

• Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.

Page 10: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.

• Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberi kepada murid untuk memilih, merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diminati.

• Murid-murid juga bebas memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.

• Pendekatan pengajaran guru adalah berdasarkan kebolehan, perbezaan, emosi serta minat murid.

Page 11: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Ujian, peperiksaan, pemberian markah atau gred tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum.

• Kaedah penyelesaian masalah dan kaedah inkuiri-penemuan diutamakan dalam aktiviti pembelajaran.

• Hubungan antara guru-murid, murid-murid adalah jujur, saling percayai-mempercayai dan hormat-menghormati.

Page 12: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah Bercantum

• Kelas Bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih daripada Satu Tahun Persekolahan.

• Misalnya, sebuah Kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada Dua Tahun Persekolahan (Tahun 1 dan Tahun 2) atau Tiga Tahun Persekolahan iaitu (Tahun 1, 2, dan 3).

• Kelas Bercantum diwujudkan kerana bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.

Page 13: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Mengikut peraturan, bilangan murid seperti ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa.

• Dasar Pendidikan Kerajaan adalah ditentukan bahawa setiap kanak-kanak yang telah cukup umurnya akan diberi peluang belajar di tempat yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya.

• Bilik Darjah Bercantum biasanya terdapat di kawasan terpencil dan kawasan pedalaman yang mana bilangan penduduknya tidak banyak.

Page 14: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Kelas Bercantum akan wujud dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang terdiri daripada tahun-tahun persekolahan yang berlainan.

• Kelas Bercantum biasanya terdapat di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bilangan murid yang melebihi 145 orang.

• Bilangan guru termasuk guru besar pula tidak melebihi 5 orang. • Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu tahun

persekolahan secara serentak dalam sesebuah Kelas Bercantum. • Kelas Bercantum ini biasanya didapati di sekolah-sekolah yang

terletak di kawasan terpencil dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

Page 15: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Kriteria Percantuman

• 1. Umur Murid: Biasanya, percantuman murid-murid dilakukan

mengikut umur yang sama.• 2. Keperluan Murid: Murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah

memerlukan perhatian dan layanan yang lebih daripada guru. Murid-murid Tahun 6 akan menduduki UPSR. Kalau boleh, Kelas Tahun 1 dan 6 tidak dicantumkan dan menjadi kelas biasa masing-masing.

Page 16: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• 3. Bilangan Murid: Sekiranya, jumlah murid dalam tiga tahun

persekolahan tidak melebihi 14 orang murid maka tiga tahun persekolahan hendaklah dicantumkan.

• 4. Bilangan Bilik Darjah: Contohnya, jika terdapat 2 bilik darjah sahaja,

sebuah Kelas Bercantum terdiri daripada tiga tahun persekolahan.

Page 17: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• 5. Bilangan Tenaga Pengajar: Kriteria bercantum juga bergantung kepada

tenaga pengajar yang sedia ada. Contohnya, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada 3 tahun persekolahan.

Page 18: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Ciri-Ciri Kelas Bercantum

i.Umur murid-murid dalam sebuah Kelas Bercantum adalah berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Kelas Bercantum mengandungi murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Lingkungan umur murid adalah antara 7 hingga 9 tahun.

ii. Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang.

Page 19: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• iii. Guru terpaksa mengajar murid-murid daripada dua atau tiga tahun secara serentak dalam kelas yang sama.

• iv. Strategi P&P dalam Kelas Bercantum adalah tersendiri dan berlainan daripada kelas biasa.

• v. Bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai Kelas Bercantum biasanya tidak melebihi 5 orang.

• vi. Kemudahan bangunan sekolah biasanya kurang lengkap.

• vii. Sekolah yang mengamalkan sistem Kelas Bercantum biasanya terletak di kawasan terpencil.

Page 20: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah Prasekolah

• Pendidikan Prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun sebelum mereka memulakan alam persekolahan secara formal di Sekolah Rendah.

• Pendidikan Prasekolah penting untuk menyuburkan perkembangan kanak-kanak dari segi JERIS melalui aktiviti Pembelajaran dan Permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh mereka.

• Dalam bilik darjah Prasekolah, kerusi-meja disusun mengikut bilik dajah KBSR.

Page 21: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Aktiviti berbentuk permainan menjadi aktiviti pembelajaran utama untuk kanak-kanak Prasekolah.

• Sebuah bilik darjah Prasekolah yang lengkap mempunyai: i. Sudut Bacaan (Bahasa) ii. Sudut permainan Matematik dan Teka-Teki iii. Sudut Manipulatif iv. Sudut Sains v. Sudut Muzik vi. Sudut Lukisan vii. Sudut Agama (Kanak-kanak Islam)

Page 22: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Ciri-Ciri Bilik Darjah Prasekolah

• i. Bilik darjah dikhaskan untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun.

• ii. Ia merupakan tempat melatih kanak-kanak secara informal dan melalui aktiviti permainan.

• iii. Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan seperti bilik darjah KBSR Tahap Satu.

• iv. Dinding sekeliling bilik darjah Prasekolah dihiasi pelbagai carta dan kad gambar yang berwarna-warni.

Page 23: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Sesebuah bilik darjah Prasekolah moden pula dilengkapi dengan ruang membaca, peralatan permainan bercorak pendidikan asas, komputer, televisyen, dll.

• Pendidikan Jasmani melalui aktiviti permainan di padang permainan kanak-kanak berdekatan bilik darjah prasekolah adalah diutamakan.

• Bilangan murid Prasekolah biasanya tidak melebihi 25 orang.

Page 24: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah KBSR

• Bilik Darjah KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1982.

• Bilik Darjah KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1988.

• Program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan dan:

• Interaksi antara Guru dengan Murid serta Interaksi Murid dengan Murid diperkenalkan.

Page 25: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Ciri-Ciri Bilik Darjah KBSR• i. Kerusi-meja disusun mengikut kumpulan.• ii. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan mengikut kebolehan masing- masing.

• iii. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti P&P digalakkan.

• iv. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diperhatikan melalui pameran hasil kerja murid serta ABM mengajar yang berkaitan.

• v. Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

• vi. Aktiviti murid berada dalam keadaan aktif.

Page 26: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah Multimedia

• Penggunaan Komputer dalam pendidikan telah membawa kepada perkembangan sistem pendidikan yang semakin canggih.

• Komputer telah membawa ‘Reformasi’ serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan khasnya dalam:

i. Teknologi Pendidikan ii. Teori Pendidikan iii. Teori P&P iv. Pengurusan Sekolah v. Sistem Pentadbiran Pendidikan vi. Kemahiran dan Latihan Asas

Page 27: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Penubuhan Sekolah-Sekolah Bestari (Smart Schools) pada awal abad ke-21 mendorong kepada penubuhan banyak bilik darjah Multimedia.

• Penubuhan Sekolah-Sekolah Bestari ialah salah satu projek daripada Tujuh ‘Flagship Applications’ dalam (‘Multimedia Super Corridor’, MSC).

• Dr. Mahathir Mohammad telah mengisythiarkan penubuhan Sekolah Bestari pada bulan Ogos, 1995.

Page 28: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Mengikut Rancangan Kementerian Pendidikan, 4 buah sekolah Bestari (2 Sekolah Menengah dan 2 Sekolah Rendah) akan didirikan sebagai Sekolah ‘Prototype’ (Model) di dalam ‘Multimedia Super Coridor’.

• Sebanyak 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan Teknologi terkini.

• Semua bentuk Perisian direka oleh ‘Pusat Perkembangan Kurikulum’ bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.

Page 29: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Mengikut ‘Pelan Induk Sekolah Bestari’, antara jenis Sekolah Bestari yang ditubuhkan ialah:

i. Model A (Sekolah Bestari Baru) ii. Model B+ (Sekolah Asrama Penuh) iii. Model B (Sekolah Menengah dan Sekolah

Rendah) Sekolah-sekolah Bestari akan menjadi ‘Sekolah Model’ di

seluruh Malaysia dalam awal kurun ke-20. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang dapat melahirkan

pelajar yang cerdik dan berpengetahuan dan mampu bersaing bagi menghadapi cabaran Wawasan Negara.

Page 30: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Matlamat dan Objektif Sekolah Bestari

• Menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang Sains dan Teknologi.

• Menambah peluang penyertaan anggota-anggota yang terlibat termasuk ibubapa dan komuniti persekitaran.

• Memperkukuh kebolehan dan kelebihan pelajar.• Memperkembang potensi pelajar secara menyeluruh

dari segi JERIS.• Mendemokrasikan pendidikan.

Page 31: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Sistem Pengelolaan Sekolah Bestari

• Projek ‘Sekolah Bestari’ diperkembang dan dilaksanakan melalui satu sistem komprehensif yang dikenali sebagai ‘Smart School Integrated Solution’ (SSIS).

• Terdapat 5 aspek utama iaitu:- i. Bahan P&P termasuk Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. ii. Sistem Pengurusan Sekolah meliputi Lembaga

Pengelola, Hal Ehwal Pelajar, Sumber Pendidikan, Sumber Luar, Prasarana, Teknologi dan Pengurusan Asrama.

Page 32: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• iii. Prasarana Teknologi yang merangkumi perkakasan dan perisian teknologi komputer, peralataan bukan teknologi maklumat, Jaringan tempatan dan antara negeri.

• iv. Sistem Integrasi di antara sub-sistem, proses, data integriti dan keselamatan persekitaran, sekolah bestari dengan aplikasi ‘flagship’ (penting) yang lain.

• v. Perkhidmatan Sokongan seperti perkhidmatan ‘Help Desk,’ penyelenggaran dan sokongan.

Page 33: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Prasarana IT dalam Sekolah Bestari

• Prasarana IT ini merangkumi 8 aspek yang utama iaitu:-

i. Bahan kursus multimedia dan prasarana bilik darjah iaitu komputer, alat audio- visual dan e-mel.

ii. Pusat Media (database) yang mengandungi bahan-bahan multimedia, network atau internet.

iii. Makmal Komputer

Page 34: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• iv. Pusat Perkembangan Multimedia untuk perkembangan dan perekaan peralatan untuk bahan-bahan multimedia.

• v. Studio sebagai bilik kawalan yang dilengkapi dengan alat audio-video, video- conferencing, pratonton dan tayangan ‘disk laser’ (LCD).

• vi. Bilik guru yang dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat dan sumber, e-mel,

kategori bahan-bahan kursus dan ‘database’.

Page 35: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• vii. Pejabat Pentadbiran yang dilengkapi dengan database untuk pengurusan guru, murid dan inventori, sumber serta pengedaran maklumat dan notis.

• viii. Bilik Khidmat sebagai pusat khidmat, keselamatan dan sistem telekomunikasi dan internet.

• Pemasangan prasarana IT tersebut bukan sahaja membolehkan sekolah bestari menggunakannya untuk P&P tetapi berkomunikasi dengan ibu-bapa, peroleh maklumat, menghubungi PPD, JPN dan KPM melalui Jaringan (Network) misalnya LAN, MAN dan WAN.

Page 36: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Ciri-Ciri Sekolah Bestari

• Sistem Sekolah Bestari bertujuan menginovasikan sistem pendidikan di peringkat sekolah, termasuk polisi, amalan P&P, pengurusan, prasarana, ibu bapa dan komuniti.

• Sistem ini menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan pemikiran secara Kritis dan Kreatif (KBKK).

• Setiap murid akan dapat belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.

Page 37: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Guru digalakkan mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan keperluan, kebolehan, gaya pembelajaran dan pengalaman individu.

• Penilaian pembelajaran murid adalah berdasarkan kepada ‘On-line’ dan ‘On-going’ yang akan memotivasikan pembelajaran terus-menerus mereka.

• Guru Besar atau Pengetua di sekolah merupakan pentadbir yang berwibawa.

Page 38: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Pihak pentadbir sekolah akan menggunakan ‘e-mel’ untuk berkomunikasi dengan ibu bapa serta komuniti persekitaran serta ‘video-conferencing’ dengan staf dan pegawai pendidikan.

• Guru Sekolah Bestari mampu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membimbing pelajarnya menggunakan prasarana IT untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran mengikut kurikulum.

Page 39: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Lazimnya, integrasi prasarana IT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Perancangan aktiviti P&P ii. Pengurusan bilik darjah multimedia yang

dilengkapi dengan prasarana IT. iii. Pemilihan bahan pembelajaran sesuai iv. Penyampaian arahan yang tepat serta memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.

Page 40: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Bilik darjah Sekolah Bestari dilengkapi dengan bilangan komputer yang mencukupi untuk P&P.

• Bahan pembelajaran disediakan dalam bentuk cakera padat.

• Murid digalakkan untuk menggunakan internet.• Strategi P&P yang digunakan adalah

berpusatkan murid dan bahan.• Guru sebagai fasilitator.

Page 41: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Interaksi murid dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.

• Terdapat juga pembelajaran secara ‘Kolaboratif’.• Penglibatan ibu bapa, komuniti dan sekolah

persekitaran adalah digalakkan seperti perbincangan guru dengan ibu bapa tentang prestasi anak mereka melalui e-mail, pertukaran maklumat dengan komuniti dan sekolah persekitaran melalui ‘Network’.

Page 42: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Tanggungjawab dan Peranan GuruSekolah Bestari

• Bagi sekolah-sekolah bestari yang baru ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Guru bestari adalah dikehendaki melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk menghadapi cabaran sekolah Bestari.

Page 43: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Pengajar Bestari alaf baru harus memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti berikut:

1. Asas Penstukturan Sistem Maklumat dan Rangkaian:

(a) Komponen perkakasan dan perisian digunakan

(b) Menyelenggarakan sistem: membaiki pulih peringkat awal (rangkaian dan perkakasan)

Page 44: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• 2. Konsep Local Area Network (LAN), Wide Area Network (WAN) dan Internet seperti:

(a) Fungsi dan jenis perkhidmatan (b) Definisi jenis rangkaian (c) Reka bentuk laman web baru dengan: . Menggunakan perisian dan aplikasi

pembinaan laman Web; . Komponen reka bentuk laman web

Page 45: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Pengajar Bestari harus menguasai kemahiran dalam:

i. Menggunakan perisian dan aplikasi: (a) Perisian Pemprosesan Perkataan, (b) Perisian “Spreadsheet” (hamparan

elektronik), (c) Perisian Persembahan, (d) Sistem Komputer, (e) Sistem Pengkalan Data.

Page 46: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• 2. Mengurus logistik makmal komputer seperti:

(a) menyediakan buku log dan laporan (b) stok inventori (c ) laporan kerosakan (d ) Rekod penggunaan (e) Peraturan penggunaan (f) Penggunaan kata laluan; dan (g) Keselamatan peralatan dan perisian.

Page 47: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• 3. Mengurus data seperti: (a) Data Retrieval (b) Data Processing 4. Menjaga kewibawaan institusi dengan mematuhi peraturan penggunaan ICT

berikut: (a) Undang-undang Siber (b) E-mail etiquette (c ) Website etiquette (d ) Copyright etiquette

Page 48: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

• Di bawah rancangan KBSM, terdapat beberapa jenis bilik darjah mata pelajaran khas seperti:

i. Bilik Makmal Sains ii. Bilik Ekonomi Rumah Tangga iii. Bilik Seni Perusahan iv. Bilik Pusat Sumber v. Bilik mata pelajaran khas seperti Geografi, Matematik, Sejarah, Pendidikan Seni, dll.

Page 49: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Ciri-Ciri Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

• Bilik darjah digunakan untuk menguruskan kerja amali atau melaksanakan sesuatu projek yang ditentukan.

• Meja-kerusi disusun mengikut corak kumpulan.• Bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai alatan untuk

menjalankan kerja-kerja amali.• Tempat disediakan untuk menyimpan alatan dan

mempamerkan hasil kerja murid.. Sebuah peti televisyen, video dan projektor

diletakkan di satu sudut di depan untuk memudahkan guru mengendalikannya.

Page 50: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Buku-buku, majalah dan buku-buku rujukan boleh disimpan dalam rak buku yang terletak di belakang.

• Sinki dan paip dipasang untuk tujuan kerja amali.• Bilik darjah mata pelajaran khas tidak hanya

dikhaskan untuk sebuah kelas sahaja tetapi dihadiri oleh murid-murid setiap kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan untuk mata pelajaran tertentu.

Page 51: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

Implikasi Jenis-Jenis Bilik Darjah Dalam Pengurusannya Untuk P&P

• Dalam Bilik Darjah Tradisi, penyusunan kerusi-meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris.

• Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala dan penglibatan murid dalam aktiviti P&P amatlah kurang.

• Program Pemulihan dan Pengayaan sukar dapat dilaksanakan.

• Peluang interaksi murid-guru hampir tiada langsung.

Page 52: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Peluang interaksi antara murid dengan murid hampir tiada.

• Oleh itu, potensi sosial murid sukar untuk dikembangkan.

• Suasana bilik darjah tradisi tidak banyak mendorong proses pengajaran dan pembelajaran.

• Perbezaan individu dari segi intelek, sosial dan jasmani tidak banyak diambil kira dalam proses pengajaran serta pembelajaran.

Page 53: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Bilik Darjah KBSR dan KBSM disusun mengikut kumpulan.

• Berbagai aktiviti kumpulan seperti perbincangan, sumbangsaran, pemulihan dan pengayaan dapat dijalankan dengan menggunakan kaedah kumpulan.

• Murid-murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan potensi mereka dapat dikembangkan kepada peringkat maksimum.

Page 54: Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah

• Dalam Bilik Darjah Terbuka, pendekatan pengajaran berpasukan digunakan untuk melaksanakan aktiviti kumpulan atau aktiviti individu.

• Kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih bahan-bahan yang diminati.

• Murid-murid dapat dilatih menjalankan aktiviti pembelajaran dan menyelesaikan masalah sendiri dengan menggunakan Kaedah Inkuiri-Penemuan untuk mengkaji sesuatu yang diminati.