Konsep Feudalisme

  • Upload
    goneng

  • View
    270

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    1/28

    45

    KONSEP FEUDALISME:TAKRIF, cnu.cnu DANGARIS SEMPADAN

    AZMIARIFIN

    ABSTRAK

    Kajian ini meneliti persoalan feudalisme, satu konsep yang sering menimbulkanperselisihan pendapat dalam kalangan sarjana. Feudalisme merupakan konsepEropah yang diperkenalkan untuk membicarakan sejarah masyarakat EropahBarat Zaman Pertengahan kurun ke-ll hingga ke-13. Namun pada hari ini, iasering disalahfaham dan dikaitkan dengan gejala masyarakat tradisional ataumoden di seluruh dunia yang tidakjelas dengan ciri-ciri feudalnya. Ahli sejarahdan sains sosial terutamanya telah mewujudkan banyak kekeliruan dalam tulisanmereka kerana mengaitkan feudalisme dengan apa sahaja unsur yang dianggapsebagai mundur, jahat dan negatif, biarpun pada hakikatnya feudalismemerupakan satu amalan yang telah membina landasan penyatuan dan kemajuankepada masyarakat Eropah. Dalam tulisan ini, takrif dan gaga san utamafeudalisme akan diteliti bagi memahami maksud sebenarnya. Tujuannya ialahuntuk mengenaJ pasti ciri-ciri asas konsep ini yang dapat mengasingkannyadengan unsur bukan feudal. Berdasarkan penelitian ini, didapati feudalismemerupakan satu konsep yang dilahirkan untuk menerangkan tentang kemelutzaman perang dan kekacauan di Eropah. Aspek atau ciri utama konsep ini ialahketenteraan, bukannya sosial, ekonomi ataupun politik semata-mata seperti yangsering ditekankan oleh para pengkaji. Perbincangan tentang feudalisme yangberdasarkan aspek ketenteraan itu dapat memberi kefahaman yang lebih baikserta menghakis kekeliruan yang timbul mengenai konsep itu,

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    2/28

    Jebat 33 46

    PENDAHULUAN

    Perbincangan tentang konsep feudalisme sering mencetuskan perdebatan dalamkalangan pengkaji. Ramai beranggapan konsep ini, tidak seperti konsep-konsepsejarah lain seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme, sangat kabur dantidak dapat diberikan satu takrifan yang tepat. In.i kerana latar belakangpengkajian sejarah yang berbeza-beza memungkinkan wujudnya pelbagai takrifanoleh pengkaji.'

    Tulisan yang menyentuh tentang teori dan perkembangan feudalismetelah banyak diketengahkan. Namun semakin meluas kajian dibuat, semakinsukar pula ahli sejarah bersepakat tentang ciri-ciri pokok yang terkandung dalamkonsep itu. Tidak hairanlah jika terdapat sesetengah pengkaji rnenolakpenggunaan istilah 'feudal' dan 'feudalisrne '. Ia dianggap satu bentukpenyalahgunaan perkataan dalam perbincangan sejarah masyarakat awal.

    01eh kerana kesalahfahaman terhadap konsep feudalisme berlaku akibatkekeliruan terhadap asas-asas yang terkandung dalam konsep itu, maka asas-asas yang membentuknya perlulah dikaji secara teliti dan terperinci. Kajian iniakan membahaskan tentang ciri-ciri pokok, faktor perkembangan dan garissempadan yang terdapat dalam konsep feudalisme. Penjelasan yang panjang lebarterhadap persoalan-persoalan itu diharap akan dapat mengurangkan kekeliruanahli sejarah terhadap konsep feudalisme.FEUDALISME DAN AHLI SEJARAH

    Richardson dan Sayles (1963) berpendapat istilah feudal dan feudalisme adalah" ... kata-kata ciptaan yang paling mengecewakan pernah digunakan yang telahmerendahkan bahasa ahli sejarah. Kita perlu, jika boleh, mengelak daripadamenggunakannya kerana ia telah ditakrif dengan terlalu banyak makna dandengan makna-makna yang tidak tepat."?

    Pandangan serupa turut disuarakan oleh Brown (1974).3 Brownberpendapat perbincangan tentang feudalisme sehingga kini banyak menirnbulkankekeliruan kerana penggunaan teori yang longgar dan pendekatan pengkaji yangtidak konsisten dalam menjelaskan tentang konsep itu. Ini menyebabkan istilahfeudalisme, pada kacamata Brown, tidak membawa sebarang makna lagi. Olehitu, menurutnya, istilah tersebut tidak lagi sesuai digunakan ahli sejarah."

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    3/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 47

    Pandangan Brown timbul akibat kekecewaannya terhadap kekeliruan yangdicetuskan oleh penggunaan istilah feudalisme hingga kini. Menurutnya, ahlisejarah telah mernbazir banyak masa dan tenaga menfokus kepada usaha-usahamentakrif dan rnemperjelaskan ciri-ciri satu konsep yang dianggapnya tidakwujud, atau tidak dapat dipertahankan kewujudannya.Menurut Brown lagi, pergantungan yang keterlaluan terhadap sesuatu konseprnenyebabkan ahli sejarah hanya memberi perhatian kepada fenomena yang wujuddi persekitaran konsep itu sahaja, sedangkan ini tidak menggambarkan realitisejarah yang sebenarnya berlaku, khususnya dalam masyarakat Eropah BaratZaman Pertengahan. Brown berpendapat sudah sampai masanya para pengkajimenolak penggunaan konsep-konsep yang kabur seperti itu. Menurutnya, "Thetyrant feudalism must be declared once and for all deposed and its influenceover students of the Middle Ages finally ended. Perhaps in its downfall it willcarry with it those other obdurate isms - manorial, scholastic, and human -that have dominated for far too long the investigation of medieval life andthought."5

    Pendapat ini, dari beberapa segi, ada kebenarannya juga. Jika dilihatkepada sifat-sifat tuIisan yang dihasilkan sehingga kini, kita dapati memangwujud pelbagai unsur kecelaruan dalam penggunaan konsep feudalisme. Misalnyawujud percanggahan yang meluas tentang takrif dan ciri-ciri pokok yangterkandung dalam konsep itu. Percanggahan timbul akibat sikap ahli sejarahsendiri yang bukan sahaja tidak menerima takrifan yang dikemukakan oIeh parapengkaji awaI, malah mereka lebih cenderung memberikan takrif serta ciri-ciritersendiri yang bercanggah antara satu sarna lain.

    Di kalangan ahli sejarah secara urnumnya, rarnai menganggap feudalismesatu fenomena politik-ketenteraan dengan rnenekankan wujudnya unsur-unsurpembahagian kuasa, sistern perundangan dan kelas-kelas ketenteraan persendirianyang diasaskan oleh hubungan vassalage-fief? Namun tidak kurang pula yangmenganggapnya satu fenomena sosioekonomi. 7 Bahkan ada pengkaj imenganggap feudalisme satu fenornena psikologi."

    Kajian-kajian yang berbeza dari segi tempat dan jangka masa pulamenarnpakkan seolah-olah wujud ciri-ciri feudalisme yang berbeza. Hakikat inibukan sahaja terdapat dalam tulisan-tulisan yang rnembuat perbandingan antaraperkembangan yang berlaku di Eropah dengan bukan Eropah seperti Perancisdengan Jepun, China, India dan sebagainya tetapi juga antara sesama negara

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    4/28

    Jebat 33 48

    Eropah. Sebagai contoh, Maitland (1908) yang membandingkan perkembanganfeudalisme Perancis dan Britain mengatakan; "Feudalisme Perancis sama sekaliberbeza dengan feudalisme England, dan feudalisme kurun ke-13 adalah jauhberbeza dengan feudalisme kurun ke-Ll ."? Lyon (1959) semasa membuatperbandingan antara feudalisme Eropah dengan bukan Eropah pula mengatakanfeudalisme adalah:

    ...a system peculiar to Western Europe and was not found elsewhereexcept in afew regions of the Mediterranean and the Middle East whereit was introduced for a time by the Crusaders. This does not mean thatthere were not [sic] feudal systems in other areas of the world, but thatwesternfeudalism was quite differentfrom Byzantine, Moslem, Japanese,and Chinese feudalism. These feudal systems existed during differentperiods of world history, were organized on different principles, andwere developed to meet demands peculiar to the regions in which theyarose. 10Percanggahan pendapat juga timbul akibat pelbagai pendekatan yang

    digunakan oleh pengkaji. Misalnya dalam kajian feudalisme Eropah Barat,terdapat tiga pendekatan utama digunakan ahli sejarah. Antaranya pendekatan'sempit' yang dipelopori penulis Anglo-Amer ika, pendekatan 'luas' olehpengikut-pengikut aliran Annales dan pendekatan Marxist. Ketiga-tigapendekatan tersebut mengemukakan takrifan, ciri-ciri serta penjelasan berbezatentang asas-asas utama yang terangkum dalam konsep feudalisme yang terdapatdi Eropah Barat Zaman Pertengahan.

    Para pengkaji pendekatan 'sempit' hanya menumpukan perbincangankepada aspek-aspek politik atau ketenteraan, dengan menekankan perkembanganyang berlaku khususnya di sekitar pemerintahan kerajaan Carolingian Frankishdari kurun ke-lO hingga ke-13. Mereka yang menggunakan pendekatan 'luas'pula mengaitkan feudalisme dengan apa sahaja un sur yang terdapat dalammasyarakat Eropah Barat Zaman Pertengahan. Sebaliknya aliran Marxistmenjuruskanperbincangan kepada corak pengeluaran ekonomi dan eksploitasiekonomi golongan tuan tanah terhadap para petani atau serf Perbezaan dalamsetiap pendekatan yang diguna untuk mengkaji perkembangan feudalisme EropahBarat sering mewujudkan kekeliruan, khususnya apabila ia turut digunakan secarayang tidakjelas dan konsisten oleh sesetengah ahli sejarah untuk membicarakantentang perkembangan feudalisme di kawasan-kawasan lain pula.

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    5/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 49

    Pendek kata, dengan wujudnya pelbagai kekeliruan dan percanggahanpendapat, jelaslah pandangan Brown sebelurn ini bukannya tidak berasas.Penolakannya terhadap penggunaan konsep 'feudalisrne' dalam kajian sejarahadalah Iahir daripada kesedarannya yang tinggi terhadap kemungkinanketidaktepatan sesuatu tafsiran sejarah yang dikemukakan jika berdasarkanpenggunaan sesuatu konsep yang kabur sernata-mata.

    FEUDALISME DALAM KAJIAN SEJARAH

    Perbincangan tentang feudalisme hingga kini masih rnenampakkan banyakkelemahannya. Tetapi ini tidak berrnakna konsep feudalisme tidak bolehdigunakan sarna sekali. Sudah menjadi sesuatu yang lurnrah setiap konsep yangdiperkenalkan akan terdedah dengan pelbagai kekurangan sehingga mendorongkepada kritikan serta percanggahan pendapat. Narnun percanggahan pendapatitu haruslah dilihat secara positifsebagai satu langkah ke arah memperkukuhkanlagi kedudukan sesuatu konsep yang diperkenalkan.

    Dalarn hal ini, Brown bolehlah dianggap terlalu bersikap radikal keranarnenolak sarna sekali penggunaan konsep feudalisrne. Sebenarnya beliau bukanhanya rnenentang penggunaan konsep feudalisme sahaja, bahkan rnenolaksepenuhnya penggunaan sebarang konsep dalarn pengkajian sejarah. Jikapendapatnya diterima, ini bermakna kita tidak boleh lagi menggunakan sebarangkonsep dan ini tentulah tidak munasabahjika dilihat kepada kesukaran-kesukaranyang mungkin timbul pada hari ini untuk kita menolak sepenuhnya penggunaankonsep-konsep yang sudahpun diterima umum seperti feudalisme.

    Dalam menangani pennasalahan ini, para pengkaji hendaklah berusahamemperbaiki segala kelemahan yang wujud dan bukannya menolak begitu sahajasesuatu konsep yang diketengahkan. Kecuali jika konsep yang diperkenalkanitu langsung tidak sesuai, maka bolehlah mereka mengemukakan formula-formulalainyang dapat membantu mewujudkan kefahaman lebih mantap terhadap perkarayang dikaji.

    Tanpa membina konsep-konsep yang dapat mewakili semua fenomenasejarah, men urut Postan (1971), " ... bukan sahaj a sejarah, malah semuaperbincangan ilmiah akan menjadi sukar."" Didorong oleh kesedaran inijugalahMarwick (1973) dengan penuh yakin mengatakan; "Ahli sejarah tidak bolehmemulakan kerja-kerjanya tanpa menggunakan konsep-konsep umum seperti

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    6/28

    Jebat 33 50perang, revolusi, kelas, petani, feudalisme, Renaissance ... Semua ahli sejarah,sarna ada mereka mengaku atau tidak, menggunakan konsep-konsep dangeneralisasi.'"? Malah Brown sendiri tidak terlepas daripada menggunakankonsep-konsep tertentu dalam tulisannya yang sesetengahnya masihdiperdebatkan, misalnya 'kerajaan', 'politik ', 'Zaman Pertengahan', 'kelas' dansebagainya. Ini memperlihatkan kesukarannya sendiri untuk berpisah sepenuhnyadaripada amalan mewujudkan konsep-konsep dalam pengkajian sejarah.

    Dari sudut lain, kita perlu mempertimbangkan tujuan sebenar sesuatukonsep dikemukakan. Ia diperkenal untuk memberikan gambaran yang lebihdekat terhadap sesuatu peristiwa yang dikaji. Walaupun gambaran itu tidaksemestinya realiti yang sebenar-benarnya berlaku, yakni realiti yang muktamadmemandangkan setiap konsep yang digunakan lebih berfungsi sebagai satu modelrealiti, namun ia boleh dianggap mencapai gambaran paling dekat dari segitafsiran sejarahnya. Kesalahan hanya wujud sekiranya para pengkaji menyamakansesuatu konsep dengan realiti sebenar yang muktamad itu atau meletakkan tafsiransejarah berasaskan keinginan untuk mempertahankan penggunaan sesuatu konsepsemata-mata.

    Dalam konteks perbincangan konsep feudalisme, ia sebenarnya telahmemberi banyak sumbangan dari segi kefahaman tentang sejarah masyarakatawal. Ini diakui olehMukherjee (1981) yang menyatakan; "Konsep feudalisme,jauh dari menjadi halangan kepada penyelidikan, telah memberi galakan kepadaperbincangan mengenai sifat-sifat dan fungsi-fungsi masyarakat prakapitalis danpraindustri di seluruh dunia."!' Marwick juga turut menegaskan; "Tanpa ragu-ragu lagi, banyak penemuan penting telah dicapai oleh ahli sejarah yangmenggunakan konsep-konsep tersebut di atas, dan ia boleh dihujahkan bahawapendedahan teori-teori yang mantap menjadikan kajian lebih sistematik danmemberi kejelasan kepada setiap kesimpulan."!" Sememangnya pendapat tersebutamat berasas kerana jika diteliti, kita akan mendapati perbahasan tentangfeudalisme sehingga kini telah menunjukkan banyak kemajuan sehinggamembolehkan ahli sejarah, sekurang-kurangnya di Barat, mencapai kesepakatanterhadap asas-asas utama yang terkandung dalam konsep itu.

    Pokok pangkalnya, tidaklah salah seseorang pengkaji mewujudkansesuatu konsep atau teori dalam usaha-usahanya mendekati sesuatu fenomenasejarah. Namun konsep itu mestilah mempunyai keupayaan yangjelas dari segitakrifan, ciri-ciri serta garis sempadan sehingga dapat mengasingkannya denganciri-ciri konsep lain yang turut digunakan dalam perbincangan tentang sejarahmasyarakat awal. Sebenamya masalah kekeliruan yang tercetus terhadap konsep

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    7/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 51

    feudalisme, sepertimana yang diakui oleh Brown sendiri, lebih banyak berpuncadaripada sikap dan pendekatan yang diambi1 para pengkaji.

    Pertarna, ramai pengkaji menggunakan konsep itu tanpa memberikantakrifan serta ciri-ciri yangjelas. Akibatnya ciri-ciri sesebuah 'rnasyarakat feudal'yang dibincangkan dalam kajian mereka menjadi sangat kabur kerana orangtidak dapat menentukan dengan begitu jelas yang mana satukah cir i-ciri dalammasyarakat yang dibincangkan boleh dianggap sebagai ciri-ciri feudal ataupuntidak. Biasanya dalam kajian seperti itu seseorang penulis akan mengaitkansesebuah masyarakat dengan feudalisme hanya kerana mereka didakwamempunyai sebahagian daripada unsur yang kelihatan 'bersifat feudal', biarpunmasyarakat itu secara keseluruhannya amat sukar dikaitkan dengan feudalisme.Misalnya masyarakat Rom pada era Republikan tidaklah mempunyai ciri-cirijelas yang membolehkannya dikategorikan sebagai sebuah masyarakat feudal.Namun ada juga sesetengah pengkaji mengatakan dalam masyarakat negara-kota itu " ... afeudal order of society still survived?"?

    Kedua, wujud juga kelemahan dari segi pendekatan yang diambil olehpara pengkaji sewaktu membicarakan tentang ciri-ciri sebuah masyarakat feudal.Walaupun tidak salah untuk kita menggunakan apa sahaja pendekatan yangdifikirkan sesuai bagi mengkaji perkembangan sesebuah masyarakat feudal, tetapipendekatan itu mestilah mempunyai asas-asas teori yang kuat, sofistikated,lengkap dan tersendiri dalam memberikan penjelasan-penjelasan yang cukuphalus dan terperinci terhadap ciri-ciri sesuatu masyarakat yang dikaji. Ini pentingkerana setiap masyarakat dunia mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satusarna lain. Namun pada hari ini kita mendapati sesetengah pendekatan yangdigunakan untuk mengkaji perkembangan feudalisme tidaklah mempunyaikeupayaan-keupayaan tersebut. Misalnya pendekatan yang digunakan oleh parapengkaji aliran Marxist boleh mewujudkan pelbagai kekeliruan.

    Aliran Marxist mengaitkan feudalisme dengan ciri-ciri ekonomi seperticorak pengeluaran ekonomi dan penindasan ekonomi yang wujud berasaskankegiatan penggunaan tanah. Dari kacamata aliran Marxist, pemilikan harta yangberasaskan tanah dan penindasan terhadap serfserta para petani oIeh tuan-tuantanah yang memiliki manor merupakan asas-asas kepada pembentukan sesebuahmasyarakat atau rejim feudal." Feudalisme juga dianggap sebagai satu tahapdalam perkembangan sejarah institusi manusia yang harus dilalui oleh setiapmasyarakat di seluruh dunia sebelum mereka mencapai tahap zamankap ital isme.!? Berasaskan takrifan itu, tidak hairanlah j ika Great SovietEncyclopedia (1956) mengatakan amalan feudalisme hanya berakhir di Eropah

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    8/28

    Jebat 33 52Barat pada kurun ke-18, di Russia sehingga 1861, SovietAsia sehingga 1917 danChina sehingga kurun ke-20.18

    Takrifan yang digunakan aliran Marxist ini amat longgar kerana unsur-unsur penindasan ekonomi yang dikaitkan dengan feudalisme merupakanfenomena biasa yang turut berlaku dalam sesetengah masyarakat zaman kunomahupun zaman moden, yang sukar dikaitkan dengan amalan feudalisrne. Hakikatini diakui sendiri oleh seorang sarjana aliran Marxist, Rodney Hilton (1984)yang menegaskan; "Eksploitasi terhadap golongan petani bawahan oleh kelaspemilik tanah wujud secara meluas dalam sejarah dunia, dari Asia hinggaAmerika, dari zaman awal hingga moden. Jika ia merupakan corak pengeluaranfeudal, maka feudalisme wujud di mana-mana dan bila-bila masa sahaja."!?Justeru itu, pembahagian yang dibuat oleh aliran Marxist adalah terlalu luas danini menjadikan konsep feudalisme tidak bermakna lagi.

    Namun punca utama kesalahfahaman ialah terdapat kecenderungan dikalangan ramai penulis yang menggunakan feudalisme untuk mencipta polemikdan mengkritik pihak lawan, sehingga menyebabkan istilah feudalisme padahari ini dikaitkan dengan unsur-unsur keburukan dan kejahatan semata-mata.Sekurang-kurangnya sejak tercetusnya Revolusi Perancis 1789,20dan sebahagianbesarnya turut digalakkan oIeh propaganda-propaganda yang dilancarkangolongan komunis dan Marxist-Leninist, istilah feudal dan feudalisme telahdijadikan alat penentangan ideologi untuk menggambarkan tentang segalakejahatan sejarah masa silam bagi membuat kritikan-kritikan terhadap gejala-gejala mas a kini dan mencapai matlamat-matlamat masa depan. Pada zamankolonialisme, istilah feudalisrne turut digunakan sebagai gelaran bagi merendah-rendahkan irnej sesuatu peradaban yang ingin dijajah. Kesan daripadapenyalahgunaan-penyalahgunaan ini masih dapat dijejaki sehingga kini.

    Pada hari ini, istilah feudalisme telah dikaitkan dengan apa sahajainstitusi yang tidak berlandaskan kepada prinsip-prinsip kebebasan dan dernokrasimengikut acuan Barat. Ia digunakan untuk menggambarkan apa sahaja cirimasyarakat, institusi, keluarga dan individu yang dianggap tertutup, malas, kejamdan ketinggalan zaman.

    Istilah-istilah tertentu yang negatif seperti corak hidup feudal, pemikiranfeudal, psikologi feudal dan sebagainya telah dicipta untuk memburuk-burukkansesuatu pihak yang ingin dikritik, sarna ada terhadap pemerintah, partipembangkang, raja, puak, tokoh agarna dan individu-individu tertentu.J'Akibatnya pada hari ini, apabila seseorang pengkaji memulakan perbincangan

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    9/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 53tentang feudalisme atau seseorang pembaca membaca tentang sesuatu tajukyang dikaitkan dengan feudalisme, gambaran negatif inilah yang mula-mulamuncul dalam pemikiran mereka hingga menyebabkan mereka begitu terikatdengan tanggapan yang memperlihatkan feudalisme sebagai satu gejala yangburuk atau jahat semata-mata.TAKRIF DAN CIRI-CIRI

    Memandangkan perbincangan yang dibuat secara lurus tentang konsepfeudalisme sering mengundang kesalahfahaman, adalah lebih baik sekiranyaasas-asas penting dalam konsep itu diperjelaskan satu persatu dengan lebih halusdan terperinci Jagi. Apa yang dikehendaki di sini bukanlah untuk mewujudkansatu takrifan yang singkat terhadap konsep feudalisme, tetapi untuk mengenalpasticiri-ciri pokok dan garis sempadan dalam konsep itu yang boleh mengasingkannyadengan konsep-konsep lain yang sehampir dengannya.

    Feudalisme, menurut Cheyette (1968), merupakan satu konsep-teori."Oleh itu, apabila seseorang pengkaji ingin memberi takrifan terhadapnya, makaia perlulah menjelaskan tentang elemen-elemen asas yang terkandung dalamkonsep itu, mengemukakan sebab musabab kemunculannya serta juga garissempadan yang wujud di dalam dan di luar daripadanya. Ini bermakna, seseorangpengkaji tidak boleh mengelak daripada membincangkan isu-isu yang bersifatteoritikal.

    Dalam perbincangan tentang feudalisme sebagai satu konsep-teori,seseorang pengkaji perlulah mengemukakan ciri-cirinya satu persatu dan lengkap,tidak boleh menfokuskan kepada satu atau sebahagian cirinya sahaja. Kekeliruansebelum ini timbul kerana sesetengah pengkaji cuba mentakrifkan feudalismehanya berdasarkan tumpuan terhadap ciri tertentu, misalnya mereka mengkajidari sudut ekonomi, politik, sosiaJ atau ketenteraan semata-mata. Istilah-istilahtertentu yang diperkenalkan seperti 'feudalisme politik', 'feudalisme ekonomi',semifeudal, bastard feudalism=cuuv sebagainya merupakan satu bentukkekeliruan. Ini kerana ia menyempitkan lagi perbincangan hanya kepada satuatau sebahagian daripada cirinya yang tertentu, yang kadangkala bukan hanyawujud dalam sesebuah masyarakat feudal tetapijuga sesebuah masyarakat yangrata-rata pengkaj imungkin tidak akan bersetuju menganggapnya sebuahmasyarakat feudal.

    Sehingga kini, penjelasan tentang konsep feudalisme banyak dirujukberdasarkan kepada takrifan-takrifan awal yang dikemukakan oleh beberapa

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    10/28

    Jebat 33 54

    pengkaji, khususnya Marc Bloch dan Ganshof. Bloch telah menerbitkan sebuahbuku yang berjudul La societe feodale pada tahun 1939-40 yang dikatakanmewakili pendekatan 'Iuas' ,24 manakala Ganshof menghasilkan satu tulisanmenarik yang berjudul Qu 'est-ce que lafeodalite pada tahun 1944 yang dikatakanmewakili pendekatan 'sempit' .25 Kedua-duanya rnenjadi rujukan terpenting dalampengkajian tentang sejarah dan perkembangan feudalisme bukan hanya di EropahBarat, bahkan di seluruh dunia sehingga kini. Namun tulisan yang dibawa olehkedua-duanya sering mencetuskan kekeliruan.

    Ganshof yang melihat dari sudut pendekatan 'sempit' hanyamembincangkan feudalisme dalam konteks wujudnya 'institusi feudal', iaituberasaskan hubungan feudal vassalage-fief dan ciri ketenteraan sebagai raisond'etre kepada kewujudan institusi tersebut. Penekanan kepada ciri ini semata-mata adalah terlalu khusus. Ia mungkin sesuai diguna untuk membicarakantentang feudalisme yang wujud di Eropah Barat pada zaman kerajaan Frankishsahaja.

    Bloch yang membicarakan tentang fenomena 'masyarakat feudal' pulamembuka seluas-Iuasnya perbincangan mencakupi semua unsur yang terdapatpada Zaman Pertengahan; daripada soal pengagihan kuasa politik, amalanmanorial isme dan serfdom sehinggalah kepada soal kesukaran sistempengangkutan, tahap umur kematian, hubungan keluarga, perkahwinan dan corakpemikiran. Apa yang dikaji oleh Bloch sebenarnya bukanlah ciri-ciri sebuahmasyarakat feudal semata-mata, tetapi ciri-ciri masyarakat Eropah Barat ZamanPertengahan secara keseluruhannya. Pendek kata, kedua-dua pendekatan yangdikemukakan adalah terlalu ketat atau longgar kerana melihat dari sudut yangterlalu sempit atau luas. Oleh itu, kekeliruan pasti timbul apabila tulisan merekadigunakan sebagai rujukan bagi membincangkan tentang feudalisme di luardaripada batas-batas yang dijelaskan kedua-dua pengkaji.

    Bagi mengelakkan kekeliruan, kita perlulah membuat satu garis pemisahterhadap ciri-ciri pokok yang terkandung dalam konsep feudalisme atau institusifeudal dan hubungannya dengan pembentukan sesebuah masyarakat feudal.Institusi, menurut Hoyt (1961) adalah bentuk-bentuk organisasi yang terangkumdi dalamnya amalan-amalan dan hubungan tertentu yang dicipta oleh manusiauntuk mencapai sesuatu tujuan.> Dalam konteks feudalisme, ia merangkumibeberapa perkara pokok.

    Pertama ialah vassalage iaitu hubungan bertimbal balas yang dibuatmelalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    11/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sernpadan 55

    seseorang hulubalang lain, yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassaltersebut. Hubungan ini merupakan satu bentuk hubungan persendirian yangbersifat kehormat kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang individuyang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja." Golongan yang tidak terikatdengan persetiaan ini tidak boleh dimasukkan sebagai golongan feudal. Melaluihubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dantanggungjawab-tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan danperkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh vassal kepada lordnya manakala lordpula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.

    MelaIui hubungan ini muncul ciri yang kedua iaitufief, yang merupakansejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah, yang diberikan oleh seseoranglordkepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh keranatujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan,makafiefjuga dikenali sebagai military fief 28 Sesetengah pengkaj i yang mel ihatdari sudut pendekatan Marxist sering menyamakan fief dengan tanah. Namunfief tidak semestinya berupa tanah sahaja. Sebaliknya pangkat, jawatan,kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai satu bentuk fief29Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang tanah (landlessknights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat diternui di Eropah Baratpada sekitar kurun ke-l1. Kewujudan golongan ini meskipun semakinberkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selcpasnya.P?

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, tugas lord ialah memberikanpenjagaan, terutamanya dari segi menampung keperluan sara hidup pengikutnya.Ini kerana vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat secaralangsung dengan sebarang aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat Zaman Pertengahan,kegiatan ekonomi yang berkaitan dengan perdagangan dan pembangunan telahterjejas teruk akibat berlakunya siri-siri kekacauan, serangan luar dan peperanganyang berpanjangan. Keadaan ini menyebabkan kegiatan mengutip cukai tidakdapat dilakukan dan pembesar-pembesar atau raja-raja yang berfungsi sebagailord atau overlord menghadapi masalah untuk melakukan pembayaran upahdalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkanseseorang lord melaksanakan tugasnya. Paling kurang, seseorang vassal akanditempatkan di istana-istana lord dengan menyediakannya makanan, pakaian,senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinyar'!

    Cara kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumberpendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popularkerana dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    12/28

    Jebat 33 56

    melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi dan juga sosial."Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melaluipemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan danpengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah pulasekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani kaya,tetapi tidak mempunyai peranan penting dari segi politik dan pemerintahan.Dengan itu, mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalamhierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah." Dari sudutini, kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dankedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat."

    Timbul juga persoalan mana satukah antara kedua-dua ciri vassalage-fiefitu boleh dianggap ciri feudalisme yang terpenting? Sebenamya kedua-duanyamerupakan ciri feudalisme yang terpenting. Tetapi dalam konteks hubunganfeudal, walaupun perkataan 'feudal' itu berasal daripada perkataanfeudum ataufief, namun jieJberfungsi sebagai unsur kedua dan menjadi alat pengukuhanhubungan vassalage sahaja. Hubungan vassalage boleh wujud tanpa melibatkansebarang pemberianfieJ, sebaliknya sesuatufiefhanya boleh wujud, atau sesuatuharta hanya boleh dianggap sebagai fief apabila adanya hubungan vassalageatau ada seseorang vassal memegangnya."

    Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelashulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian olehvassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief Oleh kerana tujuan asashubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yangefektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialahperkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan laintermasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonom ihanya merupakanperkhidmatan sampingan sahaja."

    Ketenteraan, sebagaimana yang dihujahkan oleh kebanyakan pengkajisejarah feudalisme bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China, India,Timur Tengah dan sebagainya merupakan raison d'etre kepada hubunganvassalage-fief." Oleh kerana itu rata-rata pengkaji berpendapat institusi feudaltidak mungkin wujud tanpa adanya aspek ketenteraan. Malah perkembanganfeudalisme sering dikaitkan hukan hanya dengan wujudnya organisasi atauinstitusi ketenteraan semata-mata, tetapi juga dengan munculnya kelas-kelastentera elit haru dan perkembangan teknologi peperangan. Misalnyaperkembangan feudalisme di Eropah Barat telah dikaitkan dengan kemunculangolongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer,

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    13/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 57

    cataphracts di Byzantium dan Iran, chariot-fighters di Timur Tengah dan Chinadan sebagainya lagi."Apa yang penting daripada perkembangan aspek ini ialah kewujudankelas-kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai

    peralatan yang jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan padazaman feudal di Eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelasbangsawan sahaja, khususnya daripada kalangan mereka yang menguasai sumber-sumber kekayaan seperti tanah. Dari segi sosial, perkembangan ini telahmeningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalangyang terlibat dengan kegiatan ketenteraan dengan golongan rakyat biasa yangterikat dengan kegiatan pertanian. Berasaskan keadaan inilah Cronne (1932)mengatakan "It is usual, and rightly so, to make specialized military service thetouchstone of feudalism, for through it all else were drawn to afocus; and itsacceptance as the determining principle of land-tenure involved a socialrevolution. "39 Stenton (1932) semasa memberikan pandangannya tentang aspekketenteraan dalam perkembangan feudalisme Britain turut menegaskan;

    It is turning a useful term into a mere abstraction to apply the adjective'feudal' to a society which never adopted the private fortress, nordeveloped the art offighting on horseback, which had no real conceptionof the specialisation of service, and allowed innumberable landownersofposition to go with their land to whatever lords they would/"

    Seterusnya ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lordterhadapvassalnya, dan meliputi juga perlaksanaan ke atas penduduk bukan vassal tetapiberada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, iaitu kuasa dan hak-hak yang biasanyadimiliki dan dilaksanakan oleh sebuah kerajaan."

    Memegang fief khususnya yang melibatkan pemilikan tanah-tanahpersendirian yang amat luas bermakna seseorang lordjuga turut menguasai segal asumber ekonomi, kuasa dan kedudukan yang terdapat di dalamnya, yang meliputihak-hak pentadbiran, perlaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawalinstitusi tentera dan polis, institusi kewangan dan segal a fungsi atautanggungjawab lain yang biasanya dikendalikan oleh sesebuah kerajaan. Olehkerana ia diperolehi melalui perjanjian persendirian yang dibuat berdasarkanhubungan vassalage-fief, maka kuasa politik dan hak-hak pemerintahan itu jugadianggap sebagai hakmilik persendirian. lni bennakna ia boleh diwarisi daripadasatu keturunan kepada satu keturunan yang lain, dijual, dilelong atau diberikan

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    14/28

    Jebat 33 58kepada orang lain." Memandangkan pada zaman feudal tanah-tanahfief dibahagi-bahagikan berdasarkan hubungan vassalage, maka wujudlah suatu bentukpembahagian kuasa antara golongan lord. Ini biasanya ditandai dengan wujudnyawilayah-wilayah kecil feudal yang berada di bawah kekuasaan seseorang lord,chaque baron est souverain dans sa baronie (setiap baron adalah penguasa diwilayahnyaj.t'Walau bagaimanapun dalam setiap wilayah feudal ini seseoranglord tidaklah mempunyai kekuasaan mutlak kerana ia juga terpaksa berkongsikuasa dengan vassal-vassal di bawahnya yang mengikat perjanjian dengannya.

    Pemusatan kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi di tangan seseoranglordtelah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulatdan berautonomi. Dalam sebarang pertembungan yang berlaku antara lord denganraja, golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akanmemberikan kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya dalam sesebuahhierarki feudal berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyaihubungan secara langsung dengannya. Bagaimanapun corak hubungan inibergantung juga kepada prestij dan kedudukan raja itu sendiri. Jika bagindamerupakan pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lordmungkin sedikitsebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukanseseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai kekuatanuntuk mengawal pembesar feudal.

    Bagi Strayer, aspek pemilikan kuasa dan hak-hak kerajaan oleh golonganlord ini merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting. Menurutnya"It is only when rights of government (not merepolitical influence) are attachedto lordship andfiefs that we can speak offully developedfeudalism in WesternEurope. It is the possession of rights of government by feudal lords and theperfomance of mostfunctions of government throughfeudallords which clearlydistinguishes feudalism from other types of organization"?" Memanglah ciri inimerupakan salah satu ciri feudalisme yang terpenting, namun pemilikan kuasadan hak-hak kerajaan itu juga haruslah dilihat sebagai satu kesan langsungdaripada wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspekketenteraan yang telah dibincangkan sebelum ini.

    Sebenarnya pada kurun ke-9 apabila kerajaan Carolingian mulamengalami keruntuhan, kelas-kelas hulubalang yang memegangfieftelah dapatmewarisi serpihan-serpihan kuasa pemerintahan kerana keadaan masyarakat padawaktu itu sememangnya telah dibentuk oleh susunan berasaskan hubunganketenteraan, yang membolehkan mereka yang menguasai hulubalang berada pad aposisi untuk mengambil alih segala kedudukan politik dan hak-hak pemerintahan

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    15/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 59pusatyang terpecah itu." Oleh sebab itulah rarnai pengkaji cenderung menganggapfeudalisme Eropah Barat sebagai satu bentuk organisasi atau struktur ketenteraanberbanding politik; iaitu satu struktur ketenteraan yang menurut seorang pengkaji,"... after about a century, added political to military funtions.?"

    Keempat-empat aspek institusi feudal yang dibincangkan di atasmerupakan ciri pokok feudalisme dan ini dipersetujui oleh rata-rata ahli sejarah,sarna ada yang mendekatinya dari sudut pendekatan 'sempit' mahupun 'luas',atau yang mengkaji tentang perkembangannya di Eropah mahupun bukan Eropah.Walaupun akhirnya mereka bercanggah pendapat tentang ciri yang mana satukahharus dianggap sebagai ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting, namunkeempat-empat ciri tersebut merupakan ciri pokok feudalisme yang saling kaitmengait dan mencukupi untuk membentuk sesebuah institusi feudal. Tanpa salahsatu daripadanya, kita tidak mungkin boleh membicarakan tentang kewujudanfeudalisrne di mana-mana jua tempat.

    Jelasnya, sebarang pentakrifan terhadap konsep feudalisme perlulahdikemukakan dengan mengambil kira kesemua empat ciri yang disebutkan diatas. Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah ditakrifkansecara asasnya sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bent ukhubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelashulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antaralord dan vassal. Melalui ikatan vassalage danfieJ, seseorang vassal dikehendakimemberikan ketaatan dan khidmat ketenteraan kepada lord, manakala lord pulamemberikan penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya. Susunan inikemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur politik, pemerintahan,perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap wilayah atau negarayang dikawal oleh corak hubungan tersebut.

    Berasaskan kewujudan institusi feudal di atas, baru lah kita bolehmembincangkan tentang kewujudan sesebuah 'masyarakat feudal'. Menurut Hoytdan Strayer, sesuatu masyarakat hanya boleh disebut sebagai masyarakat feudaljika wujud institusi feudal dan jika institusi tersebut mempengaruhi hampirkeseluruhan struktur dan bentuk hubungan yang terdapat dalam sesebuahmasyarakat."? Bagaimanapun, untuk mengelakkan perbincangan menjadi terlaluluas dan longgar, tumpuan haruslah diberikan kepada aspek-aspek utama yangmenyentuh hubungan institusi dan masyarakat itu sahaja. Para pengkaj i tidakharus mengenengahkan semua unsur yang terdapat dalam sesebuah masyarakatatau zaman feudal dengan menganggap kesemua unsur itu sebagai ciri pokok

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    16/28

    Jebat 33 60feudalisme. Ini kerana dalam pembentukan sesebuah masyarakat feudal, tidakkesemua hubungan yang terdapat di dalamnya bersifat hubungan feudal, tetapiyang jelas dalam masyarakat itu institusi feudal menjadi amat penting danberpengaruh sehingga ia dapat mengawal serta mencorakkan hampir keseluruhanorganisasi politik, ekonomi dan sosial yang terdapat di dalamnya.

    Menurut Strayer, meskipun feudalisme pad a asasnya merupakan satubentuk organisasi politik dan ketenteraan, namun ia turut mempengaruhikeseluruhan aspek kehidupan masyarakat feudal Eropah Barat ZamanPertengahan yang berada dalam keadaan ketidakstabilan dan kekacauanberpanjangan. Dalam keadaan masyarakatnya yang memerlukan perlindungandengan kekuasaan politik dan ketenteraan pula dikawal o leh golonganhulubalang feudal, maka ini telah melahirkan struktur perhubungan yangmembolehkan kelas-kelas hulubalang menguasai semua kedudukan dalamorganisasi masyarakat sarna ada dari sudut politik, sosial mahupun ekonominya.Maka berdasarkan keadaan yang sedemikianlah Strayer menegaskan; "It islegitimate to speak offeudal society, or afeudal age, ifwe remember that itwasthepolitical-military structure which made the society and the age feudal","

    Dari satu segi, takrifan dan ciri-ciri masyarakat feudal yang dikemukakandi atas kelihatan agak ketat kerana ia telah menghilangkan fungsi ataukepentingan unsur-unsur tertentu yang lebih kompleks (misalnya hubungankeluarga, pemikiran dan psikologi) yang turut mempengaruhi bentuk-bentukhubungan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat feudal. Tanpa menafikankepentingan-unsur-unsur tersebut, kita perlulah mengesampingkannya terlebihdahulu agar dapat menumpukan perhatian kepada unsur-unsur utama yang benar-benar dapat menentukan kewujudan sesebuah masyarakat feudal. Selepas itu,barulah kita boleh memberikan tumpuan kepada unsur-unsur itu kemudiannyasetelah kita mengenengahkan terlebih dahulu kerangka-kerangka utama yangmembentuk sesebuah institusi dan masyarakat feudal.

    Ini penting untuk mengelakkan berlakunya kesalahfahaman hinggamendorong seseorang menyamakan semua unsur yang terdapat dalam sesebuahmasyarakat feudal dengan ciri-ciri pokok konsep feudalisme. Kelemahan utamapendapat Bloch sebelum ini ialah beliau memasukkan semua unsur dalammasyarakat Eropah Barat Zaman Pertengahan ke dalam takrifannya tentang ciri-ciri asas sebuah masyarakat feudal. Pendekatan beliau menyebabkan kekeliruantirnbul sehingga ada pihak menganggap ciri-ciri sesebuah masyarakat feudalmempunyai persamaan secara langsung dengan ciri-ciri masyarakat EropahBarat Zaman Pertengahan.

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    17/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 61

    LATARBELAKANGPERKEMBANGAN

    Dalam perbincangan di atas, kita telah menjelaskan empat ciri pokok yangterkandung dalam konsep feudalisme. Bagaimanapun, perbincangan berasaskanciri-ciri statik sahaja tidak akan lengkap tanpa turut dimasukkan juga ciri-ciridinamik. Ciri-ciri statik berfungsi untuk menjelaskan apa itu feudalisme danapa asas-asas utama yang terkandung dalam konsep tersebut di sampingmembezakannya dengan konsep-konsep yang lain. Ciri-ciri dinamik pulaberfungsi untuk menerangkan bagaimana feudalisme muncul, apa keadaan-keadaan atau faktor-faktor sebenar yang membolehkannya berkembang.

    Barangkali faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan feudalismetidak sama mengikut perbezaan keadaan tempat dan masa. Walau bagaimanapun,ahli sejarah secara umumnya telah mengenalpasti beberapa kombinasi faktoryang perlu wujud bagi mendorong ke arah perkembangannya. Asakawa danStrayer misalnya telah memberikan sekurang-kurangnya tiga faktor utama.

    Pertama, feudalisme wujud apabila berlaku kemerosotan atau keruntuhansesebuah kerajaan pusat, biasanya melibatkan satu bentuk pemerintahan yangsecara relatifnya besar, menyebabkan kerajaan tersebut kehilangan kuasa dantidak mampu lagi melindungi rakyatnya. Rakyat yang terpaksa mencariperlindungan baru terpecah kepada beberapa kelornpok dan wilayah di bawahkekuasaan golongan persendirian yang menguasai tanah dan tentera. Ketiadaansebuah kerajaan pusat yang kuat menyebabkan pembesar tempatan berkuasa diwilayah-wilayah itu. Mereka mula mengambil alih fungsi yang dimainkan olehkerajaan khususnya dari segi menjalankan pemerintahan dan mernberikanperlindungan kepada rakyat di wi layah-wilayah terbabit. Perkembanganfeudalisme akan tersekat sekiranya wujud sebuah pemerintahan pusat yangtersusun kerana sesebuah pemerintahan yang kuat dan berpusat biasanya akancenderung menghalang atau menghapuskan apa sahaja unsur yang bolehmembawa kepada perpecahan kerajaannya.

    Kedua, perkembangan feudalisme biasanya berlaku dalam sebuahmasyarakat yang berada pada tahap ekonomi berasaskan tanah, khususnyapertanian. Ciri utama kegiatan ekonomi ini ialah ia hanya bersifat setempat,pertukaran barangan diusahakan secara barter sahaja dan melibatkan prosespusingan wang yang amat kecil. Akibatnya keuntungan daripada kegiatan initidak dapat menampung keperluan sistem pemerintahan atau organisasi politikyang besar, menyebabkan sesebuah kerajaan pusat tidak mempunyai punca

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    18/28

    Jebat 33 62pendapatan mencukupi untuk membiayaijentera pentadbiran dan ketenteraannya.Perkembangan feudalisme akan terbantut apabila wujud kegiatan ekonomi yanglebih maju dan efektif. Misalnya terdapat kegiatan perdagangan yang pesat danpertumbuhan ekonomi berpusatkan bandar-bandar yang membolehkan sesebuahkerajaan memperolehi sumber pendapatan mencukupi melalui kegiatanperdagangan dan percukaian bagi menampung keperluan pemerintahannya,sehingga ia tidak perlu lagi bergantung kepada sumbangan pembesarpersendirian.

    Ketiga, adalah perlu dalam sesebuah masyarakat itu berlaku keadaankekacauan berpanjangan yang membolehkan hubungan persendirian berasaskantanah dan tentera dibentuk menjadi satu organisasi yang amat praktikal dandiperlukan oleh keseluruhan masyarakat." Punca-punca yang mewujudkankekacauan mungkin berbeza sarna ada melibatkan konflik-konflik dalaman atauluaran, tetapi catatan sejarah menunjukkan perkembangan feudalisme yangberlaku di Eropah Barat telah digerakkan oleh tekanan kedua-dua faktor tersebut.Konflik-konflik perebutan takhta, perang saudara dan juga serangan-seranganluar yang terpaksa dihadapi oleh pemerintah Frankish sejak dari zaman kerajaanMerovingian (500-751) lagi misalnya, melibatkan suatu jangka masa yang amatpanjang dan sangat memeritkan bagi seluruh penduduk Eropah.

    Oleh itu tidaklah berlebihan sekiranya ahli sejarah mengatakan gejalafeudalisme lahir daripada konflik atau kancah zaman peperangan." Walaubagaimanapun apa yang harus difahami di sini ialah, ia bukan disebabkanpeperangan secara singkat atau penaklukan yang serta merta sahaja, tetapi yangmemakan masa begitu lama (menurut Asakawa dan Lattimore, sekurang-kurangnya untuk beberapa kurun atau generasi) sehingga meruntuhkansepenuhnya asas-asas kesetiaan dan kesatuan yang pernah wujud dalammasyarakat dan membolehkan masyarakat itu secara mudah dibentuk semuladalam acuan sebuah masyarakat feudal yang diikat oleh institusi-institusi dankesetiaan-kesetiaan baru berasaskan hubungan feudal.?

    GARIS SEMPADAN

    Cahen melalui tulisannya yang bertajuk "Reflexions sur l'usage du mot feodalite"(1963) telah mengenalpasti dua punca utama yang mendorong kepada kekeliruandalam pengkajian tentang konsep feudalisme sehingga kini." Pertamanya, apabilaahli sejarah mengaitkan feudalisme dengan sesuatu masyarakat yang tidak

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    19/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 63mempunyai sebarang ciri feudalisme. Keduanya, apabila ahli sejarah mengaitkanfeudalisme dengan sesuatu masyarakat yang hanya mempunyai beberapa unsurtertentu yang dianggap sebagai bersifat feudal, tetapi bukanlah merupakan ciri-ciri pokok konsep feudalisme;" Kedua-dua bentuk kekeliruan ini sememangnyakerap terjadi sehingga mendorong sesetengah ahli sejarah mengaitkan feudalismedengan apa sahaja unsur yang terdapat dalam apa jua bentuk institusi danmasyarakat awal.

    Dalam usaha mengatasi kekeliruan tersebut, perlulah diwujudkan satugaris sempadan dalam pembentukan teori-teori feudalisme yang dapatmengasingkan konsep feudalisme daripada unsur-unsur lain yang terdapat disekelilingnya. Dalam hal ini seorang pengkaji sejarah Jepun, Hall (1962)55 telahmenyarankan perlunya kajian dibuat berdasarkan kaedah penjelasan bersifat'serampang dua mata'. Mengikut Hall, sekiranya feudalisme ingin ditakrifkanberdasarkan wujudnya beberapa set hubungan politik dan sosial yang tertentu,maka seseorang ahli sejarah perlu juga menetapkan cara yang dapat menentukanbatas-batas bagi setiap bentuk hubungan tersebut. Usaha ini, kata Hall, hanyaboleh dilakukan sekiranya ahli sejarah dapat membezakan bentuk-bentukkerajaan atau masyarakat yang berlainan daripada feudalisme. 56Denganerti katalain, jelas Hall, "It is difficult to conceive offeudalism without having come togrips more precisely with the concepts of what is not feudal. Without otherpossible categories of social organization in mind, we have little with which todetermine the external boundaries of our conception of what isfeudal, and wehave little notion how to describe the preconditions which give rise tofeudal ism."57

    Model terbaik dalam menjelaskan konsep ini, menurut Hall, ialah denganmengemukakannya melalui satu bentuk hujahan yang mengandungi dua bahagian.Satunya bahagian yang menjelaskan terlebih dahulu tentang asas-asas pokokyang terkandung dalam sesebuah institusi atau masyarakat feudal, dan keduanyabahagian yang menjelaskan juga batasan-batasan yang menentukan garissempadan yang dapat membezakan institusi dan masyarakat feudal dengan bukanfeudal." Hall sendiri dalam kajiannya cuba mengenengahkan satu garis pemisahterhadap beberapa corak hubungan tertentu dalam masyarakat yang dianggapnyaterkeluar daripada batasan hubungan feudal (feudal nexus). Menurut Hall, elemenutama yang membezakan antara sesebuah institusi dan masyarakat feudal denganbukan feudal terletak pada corak hubungan lord-vassal yang kompleks dan aspekketenteraannya."

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    20/28

    Jebat 33 64

    Pada pendapat Hall, feudalisme tidak akan wujud dalam sesebuahmasyarakat yang berasaskan perhambaan, aristokratik mahupun moden sepertiyang terdapat pada hari ini kerana masyarakat tersebut belum atau tidak lagidiikat oleh fungsi-fungsi serta hubungan-hubungan yang bersifat ketenteraandan berasaskan hubungan lord-vassal.t" Institusi-institusi tertentu sepertimanorial dan serfdom juga haruslah diletakkan di luar daripada batas-batashubungan feudal kerana menurut Hall, ia tidak wujud secara spesifik hanya padazaman feudal. Begitujuga golongan tertentu seperti pedagang atau peniaga tidakharus dikaitkan dengan feudalisme walaupun mereka tinggal dalam sesebuahmasyarakat feudal. Ini kerana mereka tidak langsung terikat dengan sebarangbentuk hubungan feudal.

    Strayer juga mengenengahkan beberapa bentuk institusi atau hubunganyang terdapat dalam masyarakat Zaman Pertengahan yang selalu disalahertikansebagai ciri pokok feudalisme, tetapi sebenarnya bukan ciri-ciri penting dalamkonsep itu. Misalnya feudalisme sering dikaitkan dengan institusikebangsawanan, hubungan atasan-bawahan, hubungan tuan tanah-petani,pengeksploitasian terhadap golongan bawahan, perhambaan, serfdom, sistemkerah, manorialisme dan sebagainya kerana unsur-unsur itu terdapat dalammasyarakat Eropah Barat Zaman Pertengahan. Namun menurut Strayer, unsur-unsur itu sebenarnya bukanlah ciri-ciri pokok yang membentuk konsepfeudalisme kerana ia tidak hanya wujud pada zaman feudal sahaja, tetapi jugapada zaman sebelum mahupun selepasnya. Oleh itu, kewujudan unsur-unsurtersebut tidak boleh dijadikan suatu ukuran untuk menentukan sarna ada wujudatau tidak amalan feudalisme di sesuatu tempat.

    Dengan meninggalkan unsur-unsur sampingan atau luaran yang tidakmempunyai kaitan secara langsung dengan konsep feudalisme, maka kita akandapati amalan feudalisme hanya melibatkan urusan kelas bangsawan atauhulubalang sahaja." Mereka mewakili sebahagian keeil sahaja daripada golonganrakyat yang benar-benar terlibat dalam hubungan feudal. Golongan bawahanyang terdiri daripada hamba, serf, para petani sarna ada yang bebas atau terikat,para pedagang dan peniaga dan golongan agama bawahan tidaklah terikat dengansebarang bentuk hubungan feudal, tidak menjadi vassal, tidak memegangsebarang fief dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak-hak bagimelaksanakan sebarang bentuk perundangan persendirian.P

    Kekeliruan utama yang selalu timbul sebelum ini ialah orang seringmenyamakan vassal dengan serf atau fief dengan manor, sedangkan vassal

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    21/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 65

    merupakan goIongan hulubalang dan hubungan yang wujud antara vassal denganlord adalah hubungan bertimbal balas yang bersifat kehormat berbanding denganhubungan tidak kehormat yang wujud antara para petani atau serf dengan tuan-tuan tanah. Bagi kebanyakan pengkaji sejarah feudalisme Eropah, golonganvassal lebih berperanan sebagai parasit ekonomi, yakni mereka tidak terlibatsecara langsung dalam aktiviti pertanian kerana ini akan menjatuhkan tarafnyasebagai kelas hulubalang atau bangsawan. Sebaliknya mereka hanya menumpanghasil daripada kegiatan ekonomi di atas tanah-tanah pertanian milik mereka yangdiusahakan oleh golongan serf dan petani. Oleh itu, vassal berbeza daripadapetani kerana mereka hanya terlibat dalarn urusan ketenteraan mahupunpentadbiran, sedangkan sernua pihak yang terlibat secara langsung dalam kegiatanpertanian tanpa mengira sarna ada kaya atau miskin, bebas atau terikat, adalahgolongan petani dan bukannya vassal. 63

    Wujudjuga kekeliruan terhadapfiefkerana orang sering menyamakannyadengan manor. Fiefbukan manor kerana ia merupakan satu bentuk harta feudal,sarna ada yang rnelibatkan tanah, jawatan, pangkat dan sebagainya, manakalamanor pula biasanya satu atau beberapa unit tanah pertanian (berserta para petanidi dalamnya) yang terkandung dalamfiefyang diberikan oleh lordkepada vassal.Dalam hubungan antara vassal yang memiliki manor dengan para petani danserf yang terikat di dalamnya disebut sebagai manorialisme atau seigneurialisme,bukannya feudalisme.

    Ahli sejarah berpendapat amalan manorialisme merupakan satu bentukorganisasi ekonomi yang sudah sekian lama bertapak di Eropah, malah dikatakantimbul sekurang-kurangnya sejak dari kurun ke-3 lagi. Sebaliknya amalanfeudalisme hanya lahir di Eropah Barat sejak kurun ke-9.64 Justeru, manorialismedianggap berada di luar daripada struktur hubungan feudal kerana ia berkembangsecara tersendiri sejak dari awal lagi dan bukan terdapat pada zaman feudalsahaja. Oleh itu dalam sesuatu perbincangan tentang feudalisme, ahli sejarahperlulah mengasingkan atau membezakan antara kedua-duanya. Sekiranya kedua-dua konsep ini dibincangkan secara bercampuraduk, ia hanya akan menimbulkankekeliruan terhadap garis sempadan yang wujud dalam konsep feudalisme.

    Satu lagi kekeliruan yang sering timbul dalam perbincangan tentang konsepfeudalisme ialah orang sering menyamakannya dengan gejala-gejala negatif sepertikemunduran, penindasan, peperangan, kekacauan, perpecahan politik dansebagainya.s+Ini berpunca daripada pengaruh kajian tentang feudalisme EropahBarat Zaman Pertengahan yang menampakkan seolah-olah feudalisme berperanan

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    22/28

    Jebat 33 66mewujudkan kesengsaraan, perpecahan dan meruntuhkan kerajaan-kerajaanEropah.

    Sebenarnya gejala-gejala peperangan, perebutan takhta, perpecahanpolitik dan kekacauan yang menyebabkan keruntuhan sesebuah kerajaan seringberlaku dalam sejarah kebanyakan masyarakat tanpa mengira masa, tempat ataukeadaan. Ia tidak semestinya mempunyai kaitan dengan perkembanganfeudalisme. Malah di Eropah Barat Zaman Pertengahan sendiri misalnya,peperangan saudara dan perpecahan politik sudah berlaku sejak awal, sekurang-kurangnya sejak daripada kematian raja Clovis yang memerintah kerajaanMerovingian pada tahun 511 lagi." Bahkan perpecahan dan kekacauan berlakusecara meluas dan berterusan dalam era pemerintahan raja-raja Frankishselepasnya kerana budaya pemerintahan Frankish pada masa itu yang gemarmernbahagi-bahagikan kuasa dan wilayah kepada pewaris-pewarisnya. Meskipunperkembangan ini sudah berlaku sejak awal, namun ahli sejarah tidak cenderungmengaitkannya dengan perkembangan feudalisme Eropah.

    Carolingian mengalami kemerosotan dan keruntuhannya kerana masalahdalaman seperti perpecahan, perang saudara, wilayah yang terlalu luas untukditadbir oleh kerajaan yang korup dan serba-serbi kekurangan. lni ditambahlagi dengan desakan faktor luaran iaitu berlakunya serangan luar. Kemerosotankerajaan itu bukanlah disebabkan kerana kerajaan itu dikendalikan berasaskanprinsip-prinsip hubungan feudal. Hakikat ini menjadi semakin jelas keranaberdasarkan kajian-kajian yang dibuat, rata-rata ahli sejarah rnendapati dikebanyakan tempat sarna ada Eropah mahupun Asia, perpecahan politik, perangsaudara, kekacauan dan juga keruntuhan sesebuah kerajaan sebenarnyamendahului proses pembentukan sesebuah institusi dan masyarakat feudal.?"

    Keadaan sebaliknya didapati berlaku iaitu institusi atau masyarakatfeudal tidak dapat berkembang dengan lengkap dalam sesebuah masyarakat yangmasih dikawal oleh satu bentuk pemerintahan berpusat dan stabil, misalnya diEngland di bawah Alfred the Great (871-900) atau Jerman di bawah Otto I theGreat (912-973). Pendek kata, dalam hubungan sebab akibat yang terjalin antaraamalan feudalisme dan keruntuhan sesebuah kerajaan, sebenarnya kelemahandan perpecahan sesuatu kerajaan itulah yang menjadi pendahulu dan penyumbangkepada perkembangan feudalisme. Oleh itu, sekiranya ahli sejarah inginmengaitkan feudalisme dengan gejala-gejala perpecahan politik dan kekacauan,maka di sini feudalisme haruslah dilihat tidak lebih sebagai satu akibat, bukannyapunca kepada perpecahan. Feudalisme, seperti yang ditegaskan oleh Hoyt, " ... wasthe result, not the cause of "decentralizationF'"

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    23/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 67

    Kebanyakan ahli sejarah yang mengkaji perkembangan feudalismeEropah Zaman Pertengahan berpendapat, amalan feudalisme sebenarnya lebihbersifat konstruktif daripada destruktif. Ini kerana ia telah berjaya mengekanggejala-gejala peperangan dan penaklukan musuh-musuh dari luar sertamenyelamatkan Eropah Barat daripada mengalami keruntuhan rnenyeluruh."?Di samping itu, amalan feudalisme juga telah menyediakan satu bentuk organisasipolitik dan sosial yang jauh lebih kukuh, efektif dan stabil serta dapat menarikkesetiaan rakyat berbanding corak pemerintahan empayar yang diamalkansebelurnnya. Dengan kata lain, perkembangan feudalisme telah rnembolehkansistem politik dan sosial di Eropah disusun semula sesuai dengan kehendak-kehendak sernasa yang wujud pada zaman kekaeauan itu.

    Oleh itu, rarnai pengkaji sejarah Eropah rnenegaskan sekiranya sesebuahorganisasi feudal dikendalikan dengan baik, ia boleh menjadi satu nukleus kepadakegiatan perluasan wilayah dan pernbentukan sesebuah kerajaan yangjauh lebihkuat dan lebih stabil. Ini dapat dibuktikan denganjelas sekiranya kita mengambilkira perkembangan-perkembangan yang telah berlaku di sesetengah wilayahfeudal seperti Normandy, Anjou, Flanders, Brittanny dan Aquitaine yang telahmenjadikan hubungan feudal sebagai asas-asas pemerintahan kerajaannya.Wilayah-wilayah keeil ini bukan sahaja berjaya mengatasi semua aneaman musuhdari luar seperti Viking dan Muslim, bahkan mereka muneuI sebagai negarafeudal yang sangat kuat dengan menakluki negara lain yang jauh lebih besar.Dari sudut ini, kita boleh mengatakan perkembangan feudalisme sebenarnyatelah menggalakkan proses pengukuhan dan penyatuan politik di Eropah Barat.Malah ia menjadi landasan utama yang menggerakkan kepada pembentukanpemerintahan monarki baru dan kelahiran negara-bangsa moden.

    PENUTUP

    Perbahasan di atas menjelaskan bahawa perbineangan tentang feudalisme sebagaisatu konsep mestilah dibuat seeara teliti, lengkap dan rnenyeluruh agar ia dapatmewujudkan satu kefahaman yang lebihjelas terhadap asas-asas yang terkandungdalam konsep itu.

    Dalam perbineangan di atas, dijelaskan bahawa terdapat empat eiri utamayang terkandung dalam konsep feudalisme iaitu militerisme, hubungan timbalbalas vassalage, fief dan pembahagian kuasa antara golongan hulubalang ataupembesar feudal. Keempat-empat eiri pokok itu wujud seeara kait mengait danmeneukupi antara satu sarna lain. Oleh itu, ahli sejarah tidak boleh

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    24/28

    Jebat 33 68membincangkan tentang konsep atau perkembangan feudalisme dengan hanyamenumpukan kepada salah satu atau sebahagian daripada ciri tersebut keranaini boleh menyebabkan timbulnya kekeliruan dan kecelaruan terhadap konsepitu.

    Sebagai satu konsep yang tersendiri, feudalismemempunyai ciri-ciripokok dan garis sempadan yang dapat membezakan dan mengasingkannyadaripada konsep-konsep atau unsur-unsur lain yang wujud sehampir ataukelihatan serupa dengannya. Misalnya feudalisme sebagai satu konsep militerismetidak boleh disamakan sepenuhnya atau dicampurkan adukkan dengan unsur-unsur lain seperti manorialisme, serfdom, perhambaan atau kebangsawanwalaupun unsur-unsur tersebut turut wujud dalam perkembangan sejarahmasyarakat feudal di Eropah Barat Zaman Pertengahan. Ini kerana, unsur-unsurtersebut wujud secara tersendiri dan didapati telah berkembang sejak sebelumdan mahupun selepas zaman feudal. Kegagalan ahli sejarah mengasingkanfeudalisme dengan unsur-unsur Zaman Pertengahan yang bukan feudal itu telahmempengaruhi kepada timbulnya kesalahfahaman yang meluas tentang konsepfeudalisme, sehingga mendorong ramai pihak menyamakan feudalisme denganapa sahaja unsur yang terdapat pada Zaman Pertengahan.

    NOTA AKHIR

    "Lihat pandangan yang dikemukakan oleh J. G. A. Pollock & F. W. Maitland,History of English Law, Edisi Ke-3, Cambridge: Cambridge University Press, 1923,hIm 66-67; dan Carl Stephenson, Medieval Feudalism, Cetakan Ke-8, Ithaca: CornellUniversity Press, 1965, him. 1-22H . G. Richardson &G . O. Sayles, The Government of Medieval Englandfromthe Conquest to Magna Carta, Edinburgh: Edinburgh University Press, 1963, hlm. 30-31 dan 116-118.3Elizabeth A. R. Brown, "The Tyranny of Construct: Feudalism and Historians

    of Medieval Europe", American Historical Review 79 (4-5),1974, hIm. 1063-1088."Ibid.51bid., hIm. 1088.6Lihat B. D. Lyon, The Middle Ages in Recent Historical Thought: SelectedTopics, Washington: Service Center for Teachers of History, 1959; Robert Hoyt, FeudalInstitutions: Cause or Consequence of Decentralization?, New York: Holt, Rinehart &Winston, 1961; dan F. L. Ganshof, Feudalism (terj. Grierson), Edisi Ke-3, London:Longman, 1964."Pendekatan yang melihat feudalisme dari sudut ekonomi dipelopori olehpengkaji aliran Marxist. Untuk kefahaman Iebih lanjut tentang pendekatan aliran ini,lihat R. H. Hilton, "Feudal Society" dlm Tom Bottomore (pnys.), A Dictionary of MarxistThought, London: Blackwell, 1983, hlm. 166-170.8Lihat George Duby, "La feodalite: Une mentalite medievale" (Feudalisme:Satu Pemikiran Zaman Pertengahan), Annales Economies Societes Civilisations 13, 1958,

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    25/28

    Konsep Feudalisme: Takrif, Ciri-Ciri dan Garis Sempadan 69hlm. 766. Di Malaysia, sesetengah pengkaji turut mengaitkan konsep 'feudalisme Melayu'dengan 'psikologi feudal' .Lihat Syed Hussein Alatas, "Feudalism in Malaysian Society:A Study in Historical Continuity" dlrnModernization and Social Change, Sydney: Angusand Robertson, 1972, him. 100-111.9F. W. Maitland, The Constitutional History of England, Cetakan Ke-17,Cambridge: Cambridge University Press, 1968, hIm. 143.

    lOB.D. Lyon, The Middle Ages in Recent Historical Thought: Selected Topics,Washington: Service Center for Teachers of History, 1959, hlm. 13."Micheal Postan dim "foreword" kepada tulisan Marc Bloch, FeudalSociety(terj. L. A. Manyon), Jilid. 1, London: Routledge &Kegan Paul, 1971, hIm. xiv.12ArthurMarwick, The Nature of History, Edisi Ke-3, Chicago: Lyceum Books,1989, hlm 144-145.J3S.N. Mukherjee, "The Idea of Feudalism: From Philosophers to Karl Marx"dim Edmund Leach, S. N. Mukherjee & John Ward (pnys.), Feudalism: ComparativeStudies, Sydney: Sydney Association for Studies in Society &Culture No.2, 1985, him.27. 14Arthur Marwick, The Nature of History, him. 150.

    15Pandangan Ronald Syme, The Roman Revolution seperti yang dipetik olehOtto Brunner, "Feudalism: The History of a Concept" dIm F. L. Cheyette (pnys.), Lordshipand Community in Medieval Europe, hIm. 33.16V.Birioukovitch & 1. Levitski, "Le Moyen Age" (Zaman Pertengahan),Feodalisme, 37,1963, hIm. 10. Tentang takrifan-takrifan feudalisme oleh pengkaji aliranMarxist, lihat juga G. Vemadsky, "Feudalism in Russia", Speculum 14 (3), 1939, hIm.301-302; R. H. Hilton, "Feudal Society" dIm Tom Bottomore (pnys.), A Dictionary ofMarxist Thought, him. 166; Barry Hindess & P. Q. Hirst, Pre-Capitalist Modes ofProduction, London: Routledge &Kegan Paul, 1975, hlm. 1-20; M. Aymard, "L'Europemoderne: Feodalite ou fcodalites?" (Eropah Moden: Feudalisme atau BeberapaFeudalisme?), Annales Economies Societes Civilisations 36, 1981, him. 426-434; danR. J. Holton, The Transition from Feudalism to Capitalism, London: Macmillan, 1985,him. 23.

    17 Ibid., hIm. 10-12. Lihat juga S. H. Rigby, "Marxist Historiography"dlmMichael Bentley (pnys.), Companion to Historiography. London: Routledge, 1997, him.889-915; J. Wilczynski, An Encyclopedia Dictionary of Marxism, Socialism andCommunism, Berlin: Warter de Gruyter, 1984, hlm. 185; dan dua artikel oleh CharlesParain, "Evolution du systeme feodal europeen"(EvoIusi sistem feudal Eropah) dan"Caracteres generaux du feodalisme'YCiri-Ciri umum feudalisme) yang dimuatkan dimsatu kertas seminar bertajuk Sur lefeodalisme(Perbincangan tentang feudalisme), Paris:Centre d'Etudes et de Recherches Marxistes, 1971, him. 13-17 dan 18-34.18Great Soviet Encyclopedia (1956) seperti dipetik o leh Otto Brunner,"Feudalism: The History of a Concept" dIm F. L. Cheyette (pnys.), Lordship andCommunity in Medieval Europe, him. 46.19R.H. Hilton, "Feudalism in Europe: Problems for Historical Materialist",Past & Past 147, 1984, hIm. 85; dan "Feudal Society" d1m Tom Bottomore (pnys.), ADictionary of Marxist Thought, hIm. 166-170. Dari sudut ini, Joseph R. Strayermenegaskan, "Satu definisi yang boleh melibatkan semua masyarakat dari masyarakatawal Timur Tengah, Empayar Rom, Zaman Pertengahan Eropah, wilayah selatan AmerikaSyarikat pada kurun ke-19 dan Soviet Union pada 1930-an tidak begitu berguna dalamanalisis sejarah." Lihat J. R. Strayer, "The Two Levels of Feudalism" dim R. S. Hoyt(pnys.), Life and Thought in the Early Middle Ages, Minneapolis: University of MinnesotaPress, 1967, hIm. 52.2Tentang hal ini lihat tulisan J. Q. C. Mackerel, The Attack on 'Feudalism' inthe Eighteenth Century France, London: Routledge &Kegan Paul, 1973.21Lihat misalnyaSyed Hussein Alatas, "Feudalism in Malaysian Society: A Study in Historical

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    26/28

    Jebat 33 70Continuity" dim Modernization andSocial Change, Sydney: Angus &Robertson, 1981,hIm. 100-111; Chandra Muzaffar, Protector; "Continuity and Change in Malay Ideas ofthe Melakan Period" dIm Kernial S. Sandhu & Paul Wheatly (pnys.), Melaka: TheTransformation ofA Malay Capital 1400-1980,Kuala Lumpur: Oxford University Press,1983, hlm, 47-65; dan Shaharuddin Maaruf, "Renungan Ke Atas Sejarah Massa Melayu"dIm Di Sebalik Jendela Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publishing, 1989, him. 118-127. 22F. L. Cheyette (pnys.), Lordship and Community in Medieval Europe,pengenalan hlm, 2-3.23Tentang istilah bastardfeudalism, lihat K. B. McFarlane, "Bastard Feudalism",Bulletin Institute of Historical Research 20, 1945, hIm. 161-180.24Marc Bloch, Feudal Society, 2 Jilid, (terj. L.A. Manyon), Chicago: Universityof Chicago Press, 1961.25F.L. Ganshof, Feudalism (terj. P. Grierson), London: Longman, 1964.26R. S. Hoyt, Feudal Institutions: Cause or Consequence of Decentralization?New York: Holt, Rinehart &Winston, 1961, hIm. 2.27Carl Stephenson, Medieval Feudalism, hIm. 5-10.28Stephenson menjelaskan, "Oleh kerana tanah feudal (benefice) dipegang oIehvassal berasaskan syarat perkehidmatan tentera, maka kita boleh menyebutnya sebagai"a military benefice." Lihat Ibid, hIm. 11. Lihat juga pernyataan yang sarna dalamtulisannya yang lain, iaitu"The Origins and Significance of Feudalism" dlm Bryce D.Lyon (pnys.), Medieval Institutions: Selected Essays by Carl Stephenson, Ithaca, NewYork: Cornell University Press, 1954, him. 217 & 234.29Ibid.,hIm. 17.30J. R. Strayer, Feudalism, him. 22.31R. H. C. Davies, A History of Medieval Europe: From Constantine to SaintLouis, London: Longman, 1970, hlm. 126-127.LihatjugaR.A. Brown, Origins of EnglishFeudalism, him. 29.

    nCarl Stephenson, Medieval Feudalism, hlm. 13.33F.L. Ganshof, Frankish Institutions UnderCharlemagne (terj. Bryce & MaryLyon), New York: W.W. Norton & Co., 1968, hIm. 51.34C. W. Previte-Orton, The Shorter Cambridge Medieval History, Cambridge:Cambridge University Press, 1953, hIm. 418; dan Kani'chi Asakawa, "Some Aspects of1apanese Feudal Institutions", Transactions of the Asiatic Society Journal46 (1), 1918,hIm. 79. "Menurut Tierney & Painter, "Tujuan asas hubungan feudal adalah kerjasamadalam perang." Lihat Brian Tierney & Sidney Painter, Western Europe in the MiddleAges 300-1475, hIm. 137.Tentang kepentingan khidmat ketenteraan dalam pembentukanhubungan dan institusi feudal, lihatjuga pandangan-pandangan yang dikemukakan olehC. E. Odegaard, Vassi and Fideles in the Carolingian Empire, Cambridge: HarvardUniversity Press, 1945, hlm, 22; Lynn White, Medieval Technology and Social Change,hlm. 31; Guy Fourquin, Lordship and Feudalism in the Middle Ages, hlm. 122; dan H.M. Gwatkin, The Cambridge Medieval History, 3 Jld, Cambridge: Cambridge UniversityPress, 1976, hIm. 461.

    37 Lihat Ganshof, Frankish Institution UnderCharlemagne, (terj. B. D. Lyon &Mary Lyon), New York: W. W. Norton & Co., 1968, hIm. 50. Lihat juga H. A. Cronne,"Historical Revision: The Origins of Feudalism", History 24, 1939, him. 253.38Lihat J. R. Strayer, "The Idea of Feudalism" dIm Rushton Coulborn (pnys.),Feudalism in History, hlm. 9.39H . A. Cronne, "Historical Revision: The Origins of Feudalism", History, hIm.

    253. 40F. M. Stenton, The First Century of English Feudalism, Oxford: OxfordUniversity Press, 1932, hIm. 215.

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    27/28

    714lJoseph R. Strayer, "The Idea of Feudalism" dim Rushton Coulbom (pnys.),Feudalism in History, hIm. 4-5 dan 16. Lihat juga pandangan Strayer dIm tulisan yanglain iaitu "Two Levels of Feudalism" dIm R. S. Hoyt (pnys.), Life and Thought in theEarly Middle Ages, Minneapolis: University of Minnesota Press, 1967, hIm. 51; dan"The Development of Feudal Institutions" dim Marshall Clagett, Gaines Post &Robert

    Reynolds (pnys.), Twelfh-Century Europe and the Foundations of Modern Society,Madison: The University of Winsconsin Press, 1965, hIm. 76.=tu, him. 12.44J.R. Strayer, "Feudalism in Western Europe" dlm Rushton Coulbom (pnys.),Feudalism in History, hIm. 16; dan Feudalism, him. 12-14. Lihatjuga pendapat beIiauyang sarna yang telah dikemukakan dalam beberapa tulisannya yang lain iaitu "The TwoLevels of Feudalism" dIm Robert S. Hoyt (pnys.), Life and Thought in the Middle Ages,him. 51; "The Development of Feudal Institutions" dim Marshall Clagett, Gaines Post& Robert Reynolds (pnys.), Twelfth Century Europe and the Foundations of ModernSociety, hIm. 76-88; dan "The Tokugawa Period and Japanese Feudalism" dIm J. W.Hall & Marius Jansen (pnys.), Studies in the Institutional History of Modern Japan,Princeton: Princeton University Press, 1968, hIm. 3-14.45LynnWhite, Medieval Technology and Social Change, hlm. 136.46IbidTentang hal ini, lihat Owen Lattimore, "Feudalism in History: ReviewArticle", Past & Present 12, 1957, hIm. 50. Antara sarjana Barat yang turut mengaitkanperkembangan feudalisme di Eropah dengan aspek ketenteraan ialah F. L. Ganshof,EM. Stenton, Sidney Painter, Lynn White, R. A. Brown, H. A. Cronne, John Beeler,Brian Tierney, J. W. Hollister dan ramai lagi.47Lihat J. R. Strayer, Feudalism, hIm. 13; dan R. S. Hoyt, Feudal Institutions,hIm. 2-3."Lbid. Seorang pengkaji sejarah feudalisme Jepun, Kani'chi Asakawa telahmenyenaraikan tiga aspek utama yang mesti terdapat dalam pembentukan sesebuahmasyarakat feudal, iaitu hubungan persendirian antara dua hulubalang, pembahagiankelas masuyarakat berasaskan pemilikan tanah dan kepentingan goiongan tentera sebagaipemerintah dan pemegang kekuasaan. Untuk penjelasan lanjut tentang pendapat Asakawaini, Iihat Kanichi Asakawa, "Some Aspects of Japanese Feudal Institutions", Transactionsof the Asiatic Society Journal, hIm. 77-102"Kani 'chi Asakawa, Ibid., him. 80-81."Owen Lattimore, "Feudalism in History: Review Article", Past & Present,hlm. 50. Lihat juga Robert Nisbet, "The Rise of Western Feudalism" dim The SocialPhilosophers: Community and Conflict in Western Thought, London: Heinemen, 1973,hIm. 42-43.52Kani' chi Asakawa, "Some Aspects of Japanese Feudal Institutions",Transactions of the Asiatic Society Journal, hIm. 81.53LihatClaude Cahen, "Reflexions sur I'usage du mot feodalite" (Pertimbanganterhadap Penggunaan Perkataan Feudalisme), Lefeodalisme, hlm. 203-214.iu, hlrn. 211.55J.W. Hall, "Feudalism in Japan", CSSH, him. 15-5l.

    56Ibid., hIm. 24.57Ibid.58Ibid., hIm. 31.59Ibid.6Ibid.6lBrown misalnya menegaskan, "Feudalism, strictly defined and thus properlyunderstood, is an upper-class affair." Lihat R. A. Brown, Origins of English Feudalism,hIm. 23. Lihat juga R.S. Hoyt, Feudal Institutions: Cause or Consequence ofDecentralization'I, him. 3.

  • 5/17/2018 Konsep Feudalisme

    28/28

    Jebat 33 7262R.S. Hoyt, Ibid. Bagaimanapun ini bukanlah bermakna tidak wujud sebarangunsur kekecualian. Di sebahagian negara Eropah Zaman Pertengahan, sesetengah serfdidapati turut menjadi vassal dan sesetengah golongan peniaga juga turut memegangfief, tetapi kekecualian ini tidak begitu menonjol dan penting.63B.D. Lyon, The Middle Ages inRecent Historical Thought, hIm. 7-8.64Jbid. Lihatjuga Rushton Coulborn, "Feudalism, Brahminism and the Intrusionof Islam upon Indian History", Comparative Studies inSociety and History, hIm. 360; 1.R. Strayer & D. C. Munro, The Middle Ages 395-i500, hlm, 7-10; dan Guy Fourquin,Lordship and Feudalism in the Middle Ages, hlm. 13.65Bagi sesetengah pengkaji sejarah Eropah Barat Zaman Pertengahan sepertiJoseph Calmette, Henri Pirenne,J. W. Thompson dan ramai lagi, perkembanganfeudalisme dianggap sinonim dengan apa yang disebut sebagai proses" ... thedisintegration of the state". Lihat Joseph Calmette, La societe feudale (MasyarakatFeudal), Edisi Ke-3, Paris: Armand Colin, 1932; Le mondefeudal (Dunia Feudal), Paris:Presses Universitaires de France, 1937; dan Henri Pirenne, A History of Europe: Fromthe Invasions to the XVI Century (terj. Bernard Miall), Cetakan Ke-9, London: GeorgeAllen & Unwin, 1967. Untuk keterangan lebih lanjut tentang hal ini, lihat juga Brian

    Tierney, Donald Kagan &L. P.Williams (pnys.), Feudalism: Cause orCure ofAnarchy?,New York: Random House, 1967; dan R. S. Hoyt, Feudal institutions: Cause orConsequence of Decentralizationr=B: H. C. Davies, A History of Medieval Europe,London: Longman, 1971, hIm. Ill.67Kani' chi Asakawa, "Some Aspects of Japanese Feudal Institutions",Transactions of the Asiatic Society of Japan, hlm. 80-82; Carl Stephenson, MedievalFeudalism, khususnya bab 6; J. R. Strayer, "Feudalism in Western Europe" dIm RushtonCoulbon (pnys.), Feudalism inHistory, hIm. 20-22; dan A. Lewis, Knights andSamurai,khususnya bab 2.68R.S. Hoyt, Feudal Institutions: Cause orConsequence ofDecentralization?,hIm. 3.69Lihat rnisalnya pandangan Carl Stephenson, Medieval Feudalism, khususnyabab 6; J. R. Strayer, "Feudalism in Western Europe" dIm Rushton Coulbom (pnys.),Feudalism inHistory, hIm. 22-25; dan R. W. Southern, The Making of the Middle Ages,London: Yale University Press, 1953, hlm. 80-90. Menurut Sidney Painter & BrianTierney, kemunculanfeudalisme " ... prevented a total col/apse ofsociety into a conditionof "war of all against all". Lihat Sidney Painter &Brian Tierney, WesternEurope in theMiddle Ages 300-1475, hlm. 143-144.