11
1 KONSEP HOSPITAL MESRA IBADAH Oleh: USTAZ HJ AHMAD MARZUK HJ. SHAARY Penolong Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Hospital Universiti Sains Malaysia Pengertian Perspektif Islam adalah holistik dan menyeluruh dalam kesempurnaan sesuatu perkhidmatan. Kemuliaan perkhidmatan dan kesejahteraan pelanggan yang dikaitkan dengan keikhlasan dan keihsanan para pelaksananya adalah pelengkap bagi sesuatu tugasan yang berkualiti tinggi. Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada proses dan sistem struktur yang diwujudkan tetapi juga lebih penting dikaitkan dengan niat murni para pekerja organisasi tersebut. Hospital Mesra Ibadah adalah satu nama yang diberikan bagi sesebuah hospital yang mengamalkan keseluruhan aktivitinya dengan kecemerlangan perkhidmatan yang berteknologi terkini dan berpandukan kepada syariat Islam dan sunnah Rasulullah S.A.W. Amalan yang wujud menunjukkan keharmonian suasana kerja, beradab, bersopan dan bermatlamatkan kesejahteraan pelanggannya. Strategi yang digunakan adalah kepada setiap individu pekerjanya yang diterapkan dengan kefahaman ilmu-ilmu agama asas dan mendalam untuk memainkan peranan sebagai khalifah Allah berkesan dalam tempat kerja. Dalam konteks ini, setiap pekerja disemua peringkat diberikan kesedaran mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja Islam yang menuntut kepada penyebaran ilmu dan beribadah serta berdakwah dalam kemahiran profesional dan teknikal masing-masing. Terdapat banyak organisasi cemerlang didunia ini yang mempunyai pendekatan mementingkan kerohanian organisasi. Program latihan berterusan dalam membina pekerja diberikan perhatian serius dengan harapan pelaburan manusia ini akan menghasilkan produktiviti duniawi dan ukhrawi. Kecemerlangan dikecapi diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan organisasi sekaligus. Strategi Beberapa strategi pendekatan boleh digunakan dalam melaksanakan projek HMI. Ini boleh dibahagikan kepada beberapa perkara iaitu: 1) Penerapan Nilai 2) Kecemerlangan Perkhidmatan 3) Kesejahteraan Pelanggan 4) Mesra Alam dan Infrastruktur 5) Perhubungan Manusia

Konsep HMI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Oleh: USTAZ HJ AHMAD MARZUK HJ. SHAARY

Citation preview

Page 1: Konsep HMI

1

KONSEP HOSPITAL MESRA IBADAHOleh: USTAZ HJ AHMAD MARZUK HJ. SHAARY

Penolong PengarahHal Ehwal Agama Islam

Hospital Universiti Sains Malaysia

Pengertian

Perspektif Islam adalah holistik dan menyeluruh dalam kesempurnaan sesuatu perkhidmatan.Kemuliaan perkhidmatan dan kesejahteraan pelanggan yang dikaitkan dengan keikhlasan dankeihsanan para pelaksananya adalah pelengkap bagi sesuatu tugasan yang berkualiti tinggi.Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada proses dan sistem strukturyang diwujudkan tetapi juga lebih penting dikaitkan dengan niat murni para pekerja organisasitersebut.

Hospital Mesra Ibadah adalah satu nama yang diberikan bagi sesebuah hospital yangmengamalkan keseluruhan aktivitinya dengan kecemerlangan perkhidmatan yang berteknologiterkini dan berpandukan kepada syariat Islam dan sunnah Rasulullah S.A.W. Amalan yang wujudmenunjukkan keharmonian suasana kerja, beradab, bersopan dan bermatlamatkan kesejahteraanpelanggannya. Strategi yang digunakan adalah kepada setiap individu pekerjanya yang diterapkandengan kefahaman ilmu-ilmu agama asas dan mendalam untuk memainkan peranan sebagaikhalifah Allah berkesan dalam tempat kerja.

Dalam konteks ini, setiap pekerja disemua peringkat diberikan kesedaran mengenaitanggungjawabnya sebagai seorang pekerja Islam yang menuntut kepada penyebaran ilmu danberibadah serta berdakwah dalam kemahiran profesional dan teknikal masing-masing. Terdapatbanyak organisasi cemerlang didunia ini yang mempunyai pendekatan mementingkan kerohanianorganisasi. Program latihan berterusan dalam membina pekerja diberikan perhatian serius denganharapan pelaburan manusia ini akan menghasilkan produktiviti duniawi dan ukhrawi.Kecemerlangan dikecapi diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan organisasi sekaligus.

Strategi

Beberapa strategi pendekatan boleh digunakan dalam melaksanakan projek HMI. Ini bolehdibahagikan kepada beberapa perkara iaitu:

1) Penerapan Nilai2) Kecemerlangan Perkhidmatan3) Kesejahteraan Pelanggan4) Mesra Alam dan Infrastruktur5) Perhubungan Manusia

Page 2: Konsep HMI

2

Penerapan Nilai

Penerapan nilai adalah aspek terpenting dan asas dalam melaksanakan projek HMI di HUSM.Semua program latihan telah direkabentuk semula untuk memuatkan pengisian kerohanian dankefahaman agama asas dan mendalam untuk memberikan kesedaran kepada para pekerja. Ilmuyang yang diberikan adalah berbentuk dimana ianya akan dijadikan alat yang berkesan untukmereka mengamalkan pembaharuan ditempat kerja mereka. Kursus dan bengkel berterusan iniakan memberikan keyakinan diri yang tinggi dalam memikul tanggungjawab baru – iaitu pekerjaadalah khalifah Allah yang melakukan ibadah ditempat kerja. Didahului dengan niat dan dilakukandengan penuh keikhlasan, hasil dan produktiviti kerja terjamin berada ditahap tinggi.

Beribadah ditempat kerja bermula dari langkah pertama dari rumah lagi. Dari menuntut kerelaansuami bagi pekerja perempuan, digalakkan sentiasa menyimpan wuduk, perbanyakkan berzikirdan mengawal pancaindera supaya tidak terbuka kepada hasutan dan dugaan syaitan, hinggalahmenjaga adab dan tata susila perhubungan diantara jantina samada dikalangan rakan sekerja ataudengan pelanggan. Sebarang punca cuitan perasaan dengan insan yang berhubung kerja denganpekerja perlulah dijaga sama, sentiasa sedar dengan unsur-unsur pembaziran sumber (masa,peralatan dan bahan), sentiasa bersikap ramah mesra dan menunjukkan kemahuan inginmenolong dan semua tugasan disempurnakan dengan penuh rasa kesyukuran. Sebarangkesusahan dilalui dengan penuh kesabaran tetapi gigih berusaha dengan berdoa danmengharapkan pertolongan Illahi. Takdir, qada’ dan qadar Allah SWT sentiasa diterima denganpenuh kerelaan dan kesyukuran; begitu juga dengan kenikmatan kejayaan dan kesempurnaantugas. Sebarang bentuk perhubungan diantara insan sentiasa mengingati batasan hukum hakamagama.

Dalam suasana tempat kerja, sebarang bentuk muslihat, kemungkaran dan yang menjemputkeburukan perlu dielakkan dan dihapuskan sama sekali. Pelaksanaannya bergantung kepadatahap kefahaman dan keyakinan masing-masing. Tidak ada arahan atau peraturan tertentu olehpengurusan atau majikan dalam mengamalkan yang maaruf dan meninggalkan yang mungkar.Hukumnya adalah jelas. Yang samar boleh diyakinkan bersama kumpulan yang arif. Yang pentingadalah keikhlasan dalam melakukan perubahan. Dalam bidang kuasa dan rangka tugas masing-masing telah terdapat banyak perkara yang boleh diubah. Pokoknya adalah kemahuan hati danniat yang memulakan ibadah dalam pekerjaan tersebut. Sekiranya pelaksanaan adalah denganarahan atau mewujudkan peraturan, ianya akan memadamkan pengibadahan tersebut.

Keberkesanan penuh Program Latihan Penerapan Nilai ini, sebenarnya sudah cukup untukpelaksanaan projek HMI. Sekiranya semua pengurus dan penyelia diberikan penerapan yangberkesan, selaku agen pengubah sudah boleh memainkan peranan untuk mengubah keseluruhanorganisasi. Peraturan, polisi dan amalan yang jelas membatasi hukum, boleh diubah terus olehpengubal peraturan. Yang baik adalah tetap baik dari sudut apa sekalipun, walaupun berlainanagama. Setiap pekerja yang sedar akan tuntutan baru ini akan memperolehi kepuasan kerja yangberlebihan oleh kerana ianya akan membawa kepada ganjaran akhirat jua.

Perubahan yang dilaksanakan oleh setiap pekerja ini akan mewujudkan satu budaya baru dalamorganisasi. Mereka mempunyai nilai kongsi (shared values) yang sentiasa mahukankecemerlangan perkhidmatan, kesejahteraan pelanggan, keharmonian dikalangan rakan. Sudah

Page 3: Konsep HMI

3

tentu inilah organisasi cemerlang mutlak. Budaya cemerlang yang baru ini akan menebal dalamorganisasi, akan dirasai oleh keluarga pekerja dan juga dinikmati bersama pelanggan yangberurusan. Apabila dicontohi oleh pihak lain, berkat akan berganda untuk dunia dan akhirat.

Kecemerlangan Perkhidmatan

Profesyen perubatan adalah satu profesyen yang mulia dan tinggi nilainya disisi Allah SWT.Semua pekerja dalam sektor perubatan, kesihatan, pergigian atau yang berkaitan, samada dihospital, klinik atau dimana-mana sahaja telah dianugerahkan dengan ilmu untuk menjadi perawatdalam kemahiran dan bidang masing-masing. Pesakit tidak mahu sakit dan sekiranya mereka telahsakit, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk berusaha mendapatkan rawatan. Penyakit adalahhikmah kepada pesakit. Perawat bukan sahaja berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkanpesakit dengan pelbagai bentuk perawatan tetapi juga memberikan keyakinan bahawa penyembuhmutlak adalah hanya datang dari Allah SWT. Usaha rawatan yang diberikan adalah usaha semata-mata. Tidak ada penyembuhan yang datang selain daripada Allah. Ungkapan ini diucapkan dalambacaan doa harian pagi yang berkumandang dari setiap pembesar suara sistem siaraya di HUSM.

Setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan menaruh harapan penuh untukdipulihkan. Setiap perawat samada doktor, jururawat, dan yang lainnya dalam pasukan perawattelah diberikan oleh ilmu Allah untuk digunakan kepada pesakit-pesakit ini. Sememangnya antara4 perkara pertama yang disoalkan diakhirat nanti adalah apa yang dilakukan dengan ilmu yang kitaada. Adakah kita gunakan dengan sepenuhnya? Atau kita salah gunakan? Atau kita tidak gunakanlangsung? Sesungguhnya, ilmu yang kita miliki ini perlu kita gunakan dijalan Allah, untuk amalmakruf, untuk menolong insan lain dan yang seumpamanya. Walaupun kita digajikan untuk bekerjadengan menggunapakai ilmu yang kita ada, ianya tidak termasuk dalam definasi yang kitabincangkan disini. Kemahiran, kepakaran dan ilmu didada kita adalah untuk diamalkan, ianya satutuntutan, gaji mungkin sebagai motivasi sahaja.

Teknologi perkhidmatan perubatan sentiasa dinamik dan berubah-ubah. Teknologi baru sentiasaditerokai untuk mencari kaedah perawatan yang lebih berkesan, pendek jangka tempohnya, lebihselesa dan tidak memerlukan kaedah invasif, tetapi tidak selalunya lebih murah. Apa juga kaedahbaru yang terdapat, usaha dari kalangan perawat Islam tidak boleh ketinggalan. Teknologi baruperlu dikejari jika tidak perawat Islam sendiri yang menerokainya melalui penyelidikan. Setiappenerokaan yang lebih mendalam akan menunjukkan keagungan Illahi yang mencipta semuanya,dan meninggikan keyakinan perawat atau saintis perubatan terhadap Tuhannya. Penerokaan danpenemuan kaedah baru dari saintis perubatan Islam akan menjaminkan kita bahawa landasanIslam itu dipatuhi. Halal haram bahan pengubatan diteliti, kesejahteraan insan dijagai, pembazirandan penindasan tidak berlaku. Syarat-syarat sah penyucian dititkberatkan samada dibahagianlinen, pemakanan atau pun peralatan.

Pada amnya, perawat Islam perlu ikut rapat dengan perubahan teknologi perubatan moden. Hanyaetika Islam yang akan membezakan penerimaan yang baru itu betul-betul baik dan berpetatutanuntuk masyarakat Islam. Kecemerlangan perkhidmatan tidak boleh lari dari penerokaan bidang-bidang baru. Penghayatan Islam itu adalah cemerlang dengan sendirinya. Islam akanmembataskan penerimaan dan pemilihan kepada yang baru itu dengan tapisan yang berpandukankepada syariah. Sasaran perawat Islam seharusnya bukan untuk umat Islam sebagai pengikutkepada teknologi moden tetapi sebagai pencipta dan peneroka kepada bidang-bidang baru ini.

Page 4: Konsep HMI

4

Kesejahteraan Pelanggan

Sememangnya perkhidmatan dihospital dan klinik itu adalah yang melibatkan perhubungandiantara insan. Perawat yang mempunyai ilmu dan kemahiran memberikan rawatan kepadapesakit yang mengharapkan. Dalam kacamata kasar, ianya mungkin hanya dilihat sebagai doktormengubati pesakit. Sebenarnya, kita semua sudah mula sedar bahawa ubat itu adalah sekadarperantara sebagai penyembuh. Pokoknya adalah hanya Allah SWT Yang Maha Penyembuh.Selain daripada itu, proses dan usaha perawatan itu melibatkan lebih dari kaedah dan prosedurperawatan itu sahaja. Perawat merupakan penyampai perkhidmatan kepada pesakitpelanggannya. Disinilah bermulanya perhubungan diantara insan yang menjadi nadi kepadaperkhidmatan berkualiti.

Perhubungan diantara insan ini adalah faktor kritikal dalam menentukan tahap kualiti sesuatuperkhidmatan. Ianya bukan sekadar pelengkap kepada sistem dan proses kerja yang perlu jugamantap dan efisyen. Pekerja ialah pelaksana kepada sesuatu sistem. Sesuatu perkhidmatan yangditujukan kepada insan lain memerlukan perhubungan dari insan juga. Pelanggan insan tidakboleh berpuas hati menerima sesuatu perkhidmatan dalam bentuk robotik atau mekanikal.Perhubungan diantara insan inilah yang telah dipandang berat oleh Islam. Makhluk dunia telahdiminta untuk menjaga perhubungannya kepada dua perkara iaitu perhubunganya dengan Tuhandan dengan insan yang lain. Pengertiannya bergantung rapat diantara dua ini dan saling menguji.Perhubungan manusia dengan Tuhannya adalah tuntutan individu, tetapi perhubungan manusiadengan manusia adalah satu arena ujian pelbagai yang menentukan aspek akidah dan keimananmasing-masing. Al-Quran dan Rasul telah menggariskan panduan untuk kita sama-samamemahami dan melaksanakan perhubungan diantara insan ini.

Didalam tempat kerja, kita berhubung dengan rakan sekerja, kita berhubung dengan penyelia danstaf bawahan, kita berhubung dengan pelanggan dan kita berhubung dengan keluarga atau warispelanggan. Kita juga tidak boleh lari menghubungi segenap lapisan manusia dalam masyarakatuntuk memudahkan tugasan kita. Kita menggunakan hampir semua pancaindera kita dalamperhubungan termasuk penggunaan lidah dalam pertuturan yang boleh dipelbagaikan nadanya.Kita menggunakan mata, air muka, gaya pergerakan anggota, lenggok jalan dan macam-macamlagi. Setiap pergerakan boleh diberikan makna tertentu. Jelingan mata yang sinis, jalanan kakiyang menghentak semuanya boleh dimaknakan. Dalam erti kata lain, insan yang kedua ini bolehmerasai hasil dari kesan perhubungan yang ditujukan dari insan pertama.

Islam berkehendakkan kita memperbaiki perhubungan diantara satu sama lain dengan sebaikmungkin. Kita perlu saling bantu membantu, hormat menghormati, saling bertegur sapa, dansama-sama mengusahakan kepada yang baik dan menolak kepada kemungkaran. Semua kaedahperhubungan yang disebutkan diatas tadi perlu mencerminkan hasrat ini supaya satu budayaharmoni dapat diwujudkan dalam suasana kerja. Harapan pesakit yang memerlukan dari gulunganyang arif dalam profesyennya adalah tinggi. Tuntutan disisi Allah SWT bagi sipemberiperkhidmatan ini adalah lebih tinggi dan harapan pelanggan ini perlu ditatang seperti minyak yangpenuh. Mereka perlu diberikan layanan lebih dari yang mereka harapkan. Mereka perlu disayangi.

Islam juga telah memberikan panduan yang jelas kepada umatnya bilamana perhubungan diantaralelaki dan perempuan wujud dalam suasana tempat kerja, samada dikalangan rakan sekerja atau

Page 5: Konsep HMI

5

pun dengan pelanggan. Sebarang bentuk subahat yang boleh membuka jalan kepada angkarasyaitan perlu dilindungi dari awal lagi. Pengasingan jantina dimana patut perlu dilaksanakan. Isudarurat tidak boleh berlanjutan dan segala usaha patut dilakukan untuk menghormati aspekperbezaan jantina dalam pekerjaan. Isu aurat amat mendugai profesyen perubatan dan iniseharusnya dapat ditangani.

Matlamat akhirnya dalam komunikasi berhemah mengikuti lunas-lunas Islam ini adalah kearahkesejahteraan dan penghormatan sesama manusia juga. Penindasan dan eksploitasi akanterhakis dengan sendirinya, produktiviti kerja akan meningkat, rahmat dan keberkatan akandilimpahkan.

Mesra Alam dan Infrastruktur

Islam mementingkan isu alam dalam tanggungjawab kita memakmurkan dunia ini. Keseluruhan isialam adalah hak Allah SWT dan perlu dibela dan dijaga demi kemakmuran umat. Dalam membinadan menyenggara infrastruktur perkhidmatan perubatan, kepentingan seharusnya diberikankepada aspek penjagaan alam sekitar. Sebarang bentuk pencemaran alam, udara, langit, tumbuh-tumbuhan dan bumi patut dielakkan sama sekali. Kebersihan persekitaran seharusnya dijadikancontoh, apatah lagi dalam sektor kesihatan ini.

Manusia dan alam adalah kejadian Tuhan yang dicipta dengan tujuannya masing-masing. AllahSWT mencipta alam ini dengan tujuan dan hikmah-hikmah yang tertentu. Ini jelas terbukti dalamfirman-Nya yang bermaksud: “ Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yangada diantara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan….”. Tujuanpenciptaan alam boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tujuan kebendaan, tujuan pembangunanintelek dan tujuan kerohanian.

Tujuan kebendaan manusia adalah seperti makanan, pakaian, peralatan, tempat perlindungan,perhiasan, pengangkutan dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan kebendaan manusia ini,Allah SWT telah menjadikan segala yang ada dalam alam ini supaya tunduk kepada manusia danAllah SWT telah memudahkan segala yang ada di langit dan bumi untuk dimanfaatkan olehmanusia.

Fungsi pembangunan intelek pula merujuk kepada kejadian alam sebagai bahan untuk difikirkandan direnungkan oleh manusia. Manusia diciptakan dengan kebolehan berfikir. Dengan adanyaalam serta segala persekitaran isi kandungannya, manusia boleh menggunakan akalnya untukmengkaji, meneliti, memerhati dan memahami segala kejadian untuk dimanfaatkan dalammembina tamadun manusia itu sendiri.

Fungsi kerohanian pula merujuk kepada bagaimana segala bentuk kejadian di alam ini dapatmenjadi unsur yang membuktikan kewujudan Tuhan dan kekuasaan-Nya. Dengan adanya buktiyang jelas ini maka manusia akan lebih mengenali Penciptanya dan dengan itu dapat berimankepada-Nya. Alam ini adalah tanda kekuasaan Allah.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang terkandung di dalamnya ayat-ayat Tuhan yang diturunkanuntuk mengajar manusia tentang makna dan tujuan hidup mereka sebenarnya. Alam ini adalah

Page 6: Konsep HMI

6

juga sebuah kitab yang mengandungi berbagai makhluk dan fenomena alam yang juga merupakanayat-ayat Tuhan yang dapat mengingatkan manusia tentang matlamat hidup mereka.

Ternyata Allah SWT tidak mencipta alam dan isi kandungannya termasuk teknologi-teknologiperubatan yang sedia ada tanpa tujuan apa-apa. Dari penelitian membangunkan infrastruktursehinggalah menyediakan prosedur canggih perubatan dan penerokaan kaedah-kaedah barumelalui penyelidikan, suasana pewujudan dan penciptaannya adalah untuk memenuhi tiga fungsiutama iaitu fungsi kebendaan, pembangunan intelek dan kerohanian. Setiap satu unsur yangterdapat dalam suasana kerja kita itu adalah amat dalam tujuan maknanya dan bolehmemaknakan lagi perhubungan pekerja dengan Tuhannya.

Setelah melihat tujuan penciptaan alam dan persekitarannya, kita beralih kepada tujuanpenciptaan manusia. Menurut Al-Quran, manusia diciptakan dengan dua tujuan utama iaitupertama, untuk mengabdikan diri kepada Allah dan kedua, untuk menjadi khalifah di muka bumi ini,yang ketiga memikul amanah Islam.

Ibadat yang dituntut ke atas golongan jin dan manusia ialah untuk memuliakan apa yang diperintaholeh Allah dengan mengikuti syariat dan menuruti apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW danmenyayangi ciptaan Allah. Allah memudahkan manusia dalam menjalankan ibadat ini denganmengutuskan para Rasul untuk menunjukkan jalan atau cara melakukan jenis ibadat itu.

Tujuan kedua manusia diciptakan ialah untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini. Apa yangdimaksudkan dengan ‘Khalifah’ ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untukmengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan kepada wahi dan syariat Allah supayakehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan hidup yang suci murni untuk mencapaikeredaan Allah ‘Azza wa jalla’. Manusia dikehendaki mentadbir dan memakmurkan muka bumimengikut kehendak Allah. Ini adalah satu amanah besar yang diserahkan kepada manusia yangmesti dilaksanakan olehnya. Diperingkat ini, bolehlah kita merenung sejenak, sejauh manakahtanggungjawab yang dituntut ini dilaksanakan oleh para perawat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Ahzaab (33) : 72 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telahkemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untukmemikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); (pada ketika itu) manusia (denganpersediaan yang ada padanya), sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiatkebanyakkan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkarayang tidak patut dikerjakannya. Melihat kepada tujuan penciptaan alam serta isi kandungannyadan tujuan penciptaan manusia ini didapati bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan yangsaling memerlukan antara satu sama lain. Alam dengan segala isi kandungannya, memerlukanmanusia untuk dibangunkan manakala manusia sebagai makhluk Allah yang terdiri dari roh danjasad, memerlukan tuntutan rohani dan jasmaninya.

Tuntutan rohani merujuk kepada keperluan kerohanian setiap individu yang merupakan unsur yangsangat penting dalam kehidupan manusia. Kepentingan ini bukan sahaja berkisar tentangkekuatan rohani yang dapat menjadi panduan hidup bagi setiap manusia, tetapi juga santapanrohani ini penting untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti.

Page 7: Konsep HMI

7

Sepertimana yang disebutkan awal tadi, alam dicipta untuk tujuan kerohanian. Denganmemerhati, meneliti dan mengkaji alam dan segala fenomena yang ada disekelilingnya, yangpenuh dengan manifestasi kebesaran dan kekuasaan Allah SWT, kita akan lebih mengenaliPencipta kita, lebih mengagungkan kekuasaan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan seterusnyadengan penuh khusyuk dan tawaduk ingin menyembah dan sujud kepada-Nya. Inilah keperluanrohani yang harus dipenuhi oleh setiap individu perawat dan suasana serta persekitaran pekerjaanmemainkan peranan penting untuk tujuan ini.

Tuntutan jasmani pula merujuk kepada keperluan jasmani manusia seperti makanan, tempatperlindungan, pakaian dan sebagainya. Jadi, sekali lagi manusia perlu kepada alam untukmembekalkan sumber atau bahan ini bagi memenuhi segala tuntutan kebendaannya. Yangmembezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain ialah manusia dapat memikirkan segalakejadian dan fenomena alam, membentuk dan menuntut ilmu dan dari situ memanfaatkan ilmutersebut untuk digunakan dalam memenuhi tuntutan rohani dan jasmaninya.

Jelas bahawa alam dan manusia mempunyai hubungan saling memerlukan antara satu sama lain.Persoalannya ialah bagaimanakah manusia yang dicipta sebagai Khalifah untuk menguruskanalam ini, seharusnya bertindak agar hubungan ini berjalan dengan lancar.

Perhubungan Manusia

Manusia diciptakan oleh Allah sebagai Khalifah namun tidak semua itu sama. Mereka berbezadari segi jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Perbezaan sesama manusia ini ada hikmatnya.Allah menjadikan perbezaan ini bukan untuk memecah belahkan kita, sebaliknya Diamengkehendaki agar kita saling kenal-mengenali, menerima perbezaan tersebut disampingmengambil manfaat dari perbezaan yang ada itu.

Manusia adalah makhluk yang sosial. Ada kecenderungan dikalangan manusia ini untukmembentuk kumpulan. Dalam al-Quran, disebutkan nilai atau perbuatan yang harus ditekankandalam berintegrasi sesama manusia agar keharmonian dapat tercapai. Diantara nilai moral yangdigalakkan kita mengamalkannya seperti yang disebutkan di dalam al-Quran ialah membuatkebajikan, membalas kejahatan dengan kebaikan, bercakap benar dan menegakkan kebenaran,memegang janji dan sumpah, bersikap amanah, adil, sabar dan bertoleransi, mempertahankandiri, bersederhana, bersedekah, mengamalkan sikap ihsan, pemurah, pemaaf, merendah diri,menjaga maruah diri, menjaga kesucian diri, berbudi bahasa, menjaga hak untuk bersendirian bagiorang lain dan memiliki sifat bergantungan terhadap Tuhan.

Norma yang harus dipegang apabila kita berinteraksi dengan orang lain, seperti yang disebutkandalam al-Quran adalah perpaduan, persaudaraan, saling bantu-membantu dan bekerjasama,menghormati nyawa, menghormati perasaan orang lain, adab dalam majlis, campurtangan danmendamaikan pihak yang berbalah dan mendoakan orang Islam yang lain.

Satu Tuntutan Realiti

Jelas dengan fakta-fakta yang telah dihujahkan diatas ini bahawa pengibadahan dalam tugasanperawat adalah satu tuntutan realiti. Tuntutan ini bukan sahaja bagi profesyen perubatan bahkanbagi apa jua bidang profesyen, sekiranya ia dilakukan oleh pekerja Islam, maka pengibadahan

Page 8: Konsep HMI

8

semasa ditempat kerja adalah satu tuntutan. Setiap individu Islam tidak boleh lari daridipertanggungjawabkan dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki untuk dipergunakan sebaikmungkin sebagai ibadah. Bahkan keseluruhan kehidupan dimukabumi ini selagi hayat dikandungbadan adalah satu pentas aktiviti yang berterusan dinilai oleh Allah SWT tentang kebaikan dankeburukannya, untuk diganjarkan diakhirat kelak.

Pengalaman di Hospital USM

Hospital USM mula menggiatkan aktiviti pengibadahan dalam tempat kerja ini sejak 2001. Sebagaisebuah hospital rujukan, Hospital USM perlu sentiasa rapat dengan perubahan teknologiperubatan baru untuk mempastikan harapan dan tanggapan masyarakat dapat dipenuhi. Sebagaisebuah hospital pengajar pula, kemudahan yang disediakan adalah optima untuk tujuanpembelajaran dan penyelidikan. Untuk para perawat beramal, ianya adalah tempat yang amatmulia, pertama untuk para perawat memberikan perkhidmatan perawatan kepada pesakit yangmemerlukan dan kedua sebagai tempat untuk menyebarkan ilmu dan menerokai ilmu baru melaluipenyelidikan. Merawat pesakit dan menyebar ilmu adalah dua kerjaya yang mulia disisi Allah SWT.Sudah tentu para perawat yang putih hati akan nampak peluang untuk beramal dan menanamsaham untuk akhirat ditempat mereka bekerja.

Dimulai dengan satu bengkel dengan para pesertanya dari pengurusan tertinggi Hospital USM,satu kefahaman telah didedahkan untuk semua peringkat pengurus memahami dan menerimakonsep yang diutarakan. Kefahaman ini diberikan penekanan supaya setiap individu pengurusdapat merancang dan mendahului aktiviti bahagian masing-masing. Beberapa bengkel susulantelah diadakan yang melibatkan lebih ramai peserta dari kalangan pengurus pertengahan untukmemudahkan pelaksanaan aktiviti dibahagian masing-masing. Matlamat bengkel adalah supayakefahaman ini dapat dihayati sedalam yang mungkin, kepercayaan kepada konsep dapat diyakinidan perancangan pelaksanaan adalah diperingkat masing-masing dalam bidang masing-masing.

Berbeza dari peringkat kefahaman dimana ianya lebih kepada dari peringkat atasan dandiperturunkan (top-down), prinsip pelaksanaan tidak lagi dipusatkan. Pengurus bahagian akanmenentukan dalam bidang kerja masing-masing supaya semua aktiviti dilihat semula dariperspektif keislamannya. Ianya melibatkan polisi, peraturan, amalan, infrastruktur, kemudahan,komunikasi dan lain-lain yang tiada sudut dikecualikan. Bagi setiap pekerja, mereka akandimuhasabbahkan untuk melihatkan dirinya sebagai seorang Islam dahulu sebelum menentukansemua bidang tugasnya diterapkan dengan ciri-ciri Islam. Yang perlu dipertontonkan adalah nilaikeislamannya dan bukan kepada nama islam itu sendiri. Dengan cara ini, ianya boleh diterimasejagat tanpa menyentuh sensistiviti bangsa dan agama lain.

Bahagian Latihan, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital USM memainkan peranan pentingdalam pelaksanaan projek Hospital Mesra Ibadah. Setiap aktiviti latihan dalam bentuk seminar,kursus dan sebagainya yang diadakan dalam kekerapan sehingga dua atau tiga kali semingguakan diterapkan dengan pengisian kerohanian. Kebiasaannya waktu siang dipenuhi denganobjektif utama kursus seperti kemahiran, motivasi, kecemerlangan diri dan sebagainya.Kesempatan diambil pada waktu-waktu sembahyang yang diwajibkan berjemaah dan diikutidengan kuliah-kuliah dan tazkirah agama. Waktu malamnya juga diisi dengan aktiviti kerohanian.Keberkesan keatas setiap peserta kursus dari aspek penerapan nilai diukur dari sistem penilaian

Page 9: Konsep HMI

9

berkala yang dinilaikan oleh penyelia masing-masing. Penilaian yang berformat ini baru sahajadinaiktarafkan dalam bentuk website terhad untuk dimantau oleh unit latihan. Penilaian dilakukanpada tiga bulan pertama selepas kursus dan selepas itu setiap enam bulan. Adalah diharapkansetiap individu pekerja yang melalui sekurang-kurangnya satu kursus setahun akan dapat berubahuntuk penghasilan kerja yang lebih produktif lagi kreatif dan memenuhi keperluan dan ekspektasipelanggan.

Dalam peringkat pelaksanaan, pengurusan tidak memberikan arahan atau menggubal peraturanbaru untuk menjayakan prinsip Hospital Mesra Ibadah. Melalui kefahaman yang diberikan dandengan niat individu yang mahukan sendiri melakukan perubahan, pengurusan hanya memberikansokongan berterusan dalam apa jua bentuk sekalipun. Misalnya, bagi Unit Kejuruteraan danPenyenggaraan, pengubahsuaian kemudahan infrastuktur yang lebih mesra pelanggan berumurdan kelainan upaya dilakukan, tempat wuduk diasingkan dari tandas, kemudahan bersolatdikenalpasti, sistem siaraya yang menyiarkan azan, bacaan al-Quran, tazkirah dan doa padamasa-masa tertentu. Seni bentuk bangunan dan corak-corak jubin dimana sesuai, tanpapembaziran akan diterapkan dengan bentuk dan corak keislaman. Mengikut bidang dan unitmasing-masing, semua aspek telah dilihat semula untuk mengubah kepada yang bercirikan islam.Ini termasuk pakaian seragam bagi staf dan pesakit yang lebih mementingkan penutupan aurat,lebih ramai jururawat lelaki telah dilatih untuk satu masa nanti pengasingan wad lelaki danperempuan boleh dilakukan secara keseluruhan. Pendidikan solat dan ibadah semasa sakit jugadilaksanakan oleh kumpulan-kumpulan ziarah sukarela dari kalangan staf. Halal haram bahan-bahan ubat-ubatan dan rawatan, penyucian makanan, bekas makan dan linen juga diberiperhatian.

Lebih penting dari segalanya adalah pewujudan suasana dan budaya keislaman dalam pekerjaan,khususnya dari segi perhubungan diantara insan, diantara sesama staf dan diantara perawatdengan pesakit. Peradaban komunikasi disemua sudut telah digariskan oleh islam dari segipertuturan, gerak geri, bahasa, air muka, nada suara dan sebagainya.

Pengukur kesebatian keislaman dan pekerjaan adalah dalam menghasilkan produktiviti kerja.Disini adalah diharapkan pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih efisyen, penggunaan sumberdioptimakan tanpa pembaziran, lebih banyak produk kerja yang berkualiti dihasilkan dan lebihkepuasan pelanggan dapat dilihat. Di Hospital USM, sememang terbukti bahawa statistik aduanpelanggan telah menurun, pujian telah meningkat, lebih banyak anugerah telah diperolehidiperingkat negeri dan kebangsaan.

Walaubagaimana pun, banyak lagi ruang kemajuan boleh dikecapi. Dari mata kasarnya,perubahan fizikal belum nampak sangat dapat dilihat dan kita memahami bahawa perubahandasar, baru berlaku diperingkat hati dan naluri. Apatah lagi dalam mencorakkan budaya kerja islamyang baru. Ianya memakan masa untuk mengubah secara keseluruhan. Usaha akan diteruskandan nafas baru akan sentiasa diberikan melalui kursus latihan. Bagi setiap individu pekerja,seharusnya tiada tekanan yang dilalui. Perubahan adalah dikadar kemampuan masing-masing danpengukur dan penilai mutlaknya adalah hanya dari Allah SWT dan untuk akhirat jua.

Page 10: Konsep HMI

10

Rujukan

Surah Ibrahim (14) : 32-33, Surah al-Nahl (16) : 12-13, 11, 17, 69 & 79, Surah al-Hajj (22) : 65,Surah al-Zukhruf (43) : 13, Surah al-Jaathiyah (45) : 12-13, Surah Saad (38) : 27, Surah al-Ahqaaf(46) : 3, Surah al-Qasas (28) : 72, Surah adz-Dzaariyat (51) : 21 & 56, Surah al-Ghaasyiyah (88) :17, Surah Yunus (10) : 3, Surah al-Mukminum (23) : 85, Surah as-Sajdah (32) : 4, Surah al-Sur-Jaathiyah (45) : 13, Surah al-Hasyr (59) : 21, Surah al-An’aam (6) : 102, Surah al-Baqarah (2) : 29,Surah ar-Ra’d (13) : 16, Surah az-Zumar (39) : 62, Surah al-Mu’min (40) : 62, Surah at-Tuur (52) :35, Surah al-Waaqi’ah (56) : 59, Surah al-An’aam (6) : 158 dan Surah ar-Rum (30) : 20

Falsafah Alam Tabi’I Dalam Islam: Satu Analisis Tentang Sains Menurut al-Quran (tesis M.A.).Pembahagian ini berdasarkan kepada tujuan penciptaan alam seperti yang disebutkan oleh Allahdalam al-Quran.

Pengurusan dan Pentadbiran, Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai. Penyunting:Syed Othman AlHabshi dan Hamiza Ibrahim. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1998.

Kecemerlangan Pentadbiran, Dasar dan Amalan Dalam Islam. Shafie Hj Mohd Salleh dan MohdAffandi Hassan. Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Page 11: Konsep HMI

11