33
SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial Konsep-konsep Asas Sains Sosial (1)

Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial

Konsep-konsep Asas Sains Sosial (1)

Page 2: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Objektif ahli-ahli sains sosial ialah mengkaji dan memahami manusia, masyarakat dan budaya, khususnya corak kehidupan manusia dan berbagai fenomena sosial yang berkaitan dengan kehidupan manusia.Satu ciri utama fenomena sosial ialah sifat kolektifnya. Fenomena sosial dikatakan bersifat kolektif kerana fenomena sosial adalah berkenaan dengan kehidupan kelompok-kelompok manusia (human groups and collectivities), khususnya, segala aspek yang berkenaan dengannya.

Page 3: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Oleh itu, kuliah ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapa konsep asas yang menerangkan sifat kolektif fenomena-fenomena sosial – konsep-konsep itu berperanan sebagai alat analitikal (analytical tools) untuk kajian fenomena sosial.

Konsep - ialah perkataan atau beberapa perkataan yang menerangkan satu idea umum (generalised notion) mengenai sifat sesuatu benda, kejadian atau fenomena, atau tentang hubungan di antara fenomena-fenomena. Konsep merupakan satu cara untuk mengaturkan berbagai jenis fenomena empiri. Ia berperanan penting dalam proses menghasilkan generalisasi dan membina teori.

Page 4: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Contoh konsep-konsep - masyarakat, komuniti, budaya dan kebudayaan, sistem sosial, struktur sosial, peranan sosial, institusi sosial, dan organisasi sosial.

Ada konsep-konsep lain yang menerangkan proses-proses yang dialami oleh kelompok manusia semasa perkembangan kehidupan mereka – contoh proses-proses ialah sosialisasi, mobiliti sosial, konflik sosial, stratifikasi sosial, perubahan sosial, perubahan budaya dan interaksi sosial.

Page 5: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Masyarakat

Satu kelompok besar masyarakat yang mana ahli-ahlinya hidup saling berhubungan dan saling bergantungan berasaskan kepada satu budaya tertentu. Semua ahli dalam kelompok manusia itu dikatakan mempunyai dan mengamalkan satu budaya yang sama, atau dalam kata lain, ia adalah satu “system of interrelationships which connects together the individuals who share a common culture”.

Page 6: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Masyarakat dibezakan dari komuniti dari segi jenis hubungan sosial dan susunan sosial yang diamalkan .Ferdinand Tonnies kemuka dua konsep khas untuk membezakan konsep masyarakat dari konsep komuniti, iaitu “gemeinschaft” and “gesellschaft” – namun, kedua bentuk ini hanyalah ideal-type constructs

“Gesellschaft” atau masyarakat - kelompok manusia yang mana ahli-ahlinya mempunyai hubungan sosial yang lebih specific, impersonal dan instrumental; hubungan yang lebih bersifat secondary dan hanya melibatkan sebahagian dari individu dalam kelompok manusia berkenan, ada ikatan sosial yang lebih bercorak sukarela, contractual dan berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri.

Page 7: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Komuniti        Sekelompok manusia yang umumnya lebih kecil yang mana kebanyakannya ahli-ahlinya berinteraksi secara langsung.

“Gemeinschaft” atau komuniti - Kelompok manusia yang mempunyai hubungan sosial yang bersifat primary yang rapat dan bersemuka; hubungan yang berasaskan kepada ikatan kekeluargaan dan ikatan persahabatan yang rapat.

Page 8: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Gemeinschaft merujuk kepada masyarakat pra-industri

Gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang telah mengalami proses perindustrian, oleh itu.

Peralihan daripada gemeinschaft ke gesellschaft selalunya dikaitkan dengan perindustrian 

Page 9: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Budaya dan kebudayaan

Ahli-ahli dalam kelompok manusia mempunyai dan mengamalkan budaya yang tertentu dan khusus kepada kelompok itu.

Ringkasnya, budaya bermaksud segala aspek cara hidup sesuatu kelompok manusia.

Mengikut Hunt dan Colander (1993, hlm. 110), budaya ialah “the total pattern of human behaviour and its products embodied in thought, speech, action, and artefacts and dependent on the capacity for learning through the use of tools, language, and systems of abstract thought”.

Page 10: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Budaya juga bererti semua nilai, norma dan kebendaan yang mencirikan sesuatu kelompok atau masyarakat.

Mengikut Giddens, budaya adalah “the values, norms, and material goods characteristic of a given group…no culture could exist without a society.But equally, no society could exist without a culture”.

Budaya ialah satu konsep yang sering digunakan dalam sains sosial, terutamanya dalam sosiologi dan antropologi.

Page 11: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Bagi ahli antropologis Edward Tylor, aspek-aspek budaya termasuk ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi anggota-anggota dalam masyarakat itu. Cara hidup itu diwarisi manusia dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Page 12: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Budaya merangkumi aspek kebendaan dan aspek bukan kebendaan.

Aspek kebendaan atau “artifact” ialah apa saja ciptaan manusia yang mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti alat kesenian, senjata memburu, perkakas memasak, bentuk rumah, kenderaan dan lain lain. Aspek bukan kebendaan merangkumi segala ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat resam, undang-undang dan sebagainya.

Page 13: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan; akan tetapi kebudayaan sesuatu masyarakat berbeza dengan kebudayaan masyarakat lain.

Namun begitu, terdapat persamaan kebudayaan di antara masyarakat-masyarakat itu segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai, kesenian. Dalam kata lain, setiap masyarakat akan mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang dianggap ciri kebudayaan sejagat atau pola kebudayaan sejagat.

Page 14: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Sistem sosial

Sesuatu kelompok manusia, samada masyarakat atau komuniti, juga boleh dianggap satu sistem sosial apabila kelompok manusia atau masyarakat itu mempunyai pelbagai rol sosial yang dimainkan oleh ahli-ahli masyarakat dan yang membenarkan mereka berinteraksi atas dasar nilai, norma dan matlamat yang sama.Satu sistem sosial boleh mengandungi sekurang-kurangnya dua rol sosial yang berinteraksi (e.g. suami dan isteri), atau banyak rol sosial.Ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat atau komuniti boleh memainkan beberapa rol sosial pada masa yang sama.

Page 15: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Peranan sosial (rol sosial/social role)

Satu pola kelakuan jangkaan (expected behaviour) yang berkaitan dengan status atau kedudukan sosial seseorang dalam sesuatu kelompok manusia, cthnya, pelajar, pensyarah, ibu, bapa, anak, doktor, pembantu rumah, dsb semuanya mempunyai rol-rol sosial yang tertentu dan dijangkakan.

Peranan atau rol sosial ialah kelakuan yang dijangkakan.

Rol sosial berkait dengan status atau kedudukan dalam masyarakat atau kelompok manusia.

Page 16: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Peranan atau rol sosial hanya kelakuan yang dijangkakan dan tidak semestinya diterima oleh semua anggota masyarakat.

Setiap individu dalam masyarakat mempunyai banyak status dan memainkan rol sosial yang berlainan (multiple roles) pada masa yang sama.

Konflik rol berlaku apabila wujud pertentangan di antara dua atau lebih rol yang dimainkan oleh seseorang individu.

Page 17: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Struktur sosial

Para pengkaji sains sosial boleh mengkaji sesuatu kelompok manusia dengan melihat kelompok itu sebagai dibentuk oleh pelbagai struktur sosial.

Struktur sosial merujuk kepada penyusunan unsur-unsur, atau unit-unit (cth. sub-sistem, jenis organisasi dan institusi) dalam masyarakat atau kelompok manusia berkenaan.

Struktur sosial adalah berkenaan dengan susunlapis dalam masyarakat, atau bentuk masyarakat.

Page 18: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Unsur-unsur yang disusun itu boleh dilihat sebagai rol-rol atau peranan-peranan sosial, atau kedudukan-kedudukan.

Oleh itu, struktur sosial boleh dilihat sebagai susunan rol-rol atau peranan sosial, atau kedudukan-kedudukan.

Page 19: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Rol-rol atau kedudukan-kedudukan itu disusun mengikut kuasa, kekayaan dan status (darjat), dsb. - sebagai contohnya, dalam struktur sosial kekeluargaan itu, terdapat susunan yang berasaskan status-status seperti peranan yang dimainkan oleh seorang ibu, bapa, anak, anak saudara, bapa saudara dan sebagainya, atau dalam struktur mana-mana organisasi swasta atau awam, susunan berasaskan kedudukan seperti pengarah, eksekutif, akauntan, pengurus, kerani dsb.

Oleh itu, ada struktur formal dan struktur informal.

Page 20: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Struktur formal - struktur yang berasaskan kedudukan formal dalam organisasi, katakan kedudukan dan pangkat dalam sesebuah organisasi – struktur ini boleh dilihat seperti carta struktur organisasi, dsb.Struktur informal - struktur yang berasaskan kepada hubungan bersifat informal atau peribadi, iaitu hubungan kekeluargaan dan kekerabatan, perkahwinan, persahabatan, hubungan persekolahan (school ties), dan sebagainya. Rol-rol itu berhubungan dan membentuk rangkaian hubungan sosial dalam masyarakat itu – jadi, struktur sosial juga merujuk kepada elemen-elemen yang saling berkait dan tersusun dalam sesuatu kelompok manusia atau masyarakat.

Page 21: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Rangkaian hubungan itu sebenarnya memperlihatkan pola-pola tingkah-laku tertentu yang teratur, berkekalan dan stabil.

Struktur sosial - satu rangkaian kompleks hubungan sosial yang wujud dalam sesuatu masyarakat berasaskan kedudukan dan peranan-peranan atau rol sosial tertentu - pandangan ini dikemukakan oleh ahli antropologis A.R. Radcliffe-Brown.

Page 22: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Struktur sosial - sesuatu yang bukan jitu atau konkrit dan tidak dapat dilihat, tetapi suatu model masyarakat dan alat analitikal (analytical tool) yang dibina atau diwujudkan oleh para pengkaji untuk tujuan kajian masyarakat berkenaan, jadi struktur sosial adalah analytical construct pada pandangan setengah pengkaji – struktur informal biasanya adalah analytical construct kerana struktur jaringan sosial hanya boleh dibina dan dikaji dengan teliti oleh pengkaji dalam usaha kajian mereka.Konsep dan idea struktur sosial berguna dalam kajian masyarakat kerana ia secara sistematiknya dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan masyarakat yang dikaji, seperti mengenai pola-pola tingkah laku manusia dalam kehidupan sosial mereka.

Page 23: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Institusi sosial

Dalam sesuatu kelompok manusia, masyarakat atau komuniti, terdapat cabang-cabang kehidupan utama di mana setiap cabang mempunyai tradisi, nilai, peraturan dan adat resam mereka yang tersendirinya.

Cabang-cabang kehidupan itu digelar institusi-institusi sosial - institusi ekonomi, institusi politik dan pemerintahan, institusi perkahwinan, institusi keluarga dan kekerabatan, insitusi agama dan kepercayaan, institusi pendidikan, institusi undang-undang dan sistem keadilan, institusi pertahanan, institusi perubatan dan kesihatan.

Page 24: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Tradisi, peraturan dan adat resam dalam setiap jenis institusi sosial mempengaruhi perlakuan dan proses interaksi anggota masyarakat secara umumnya, dan khususnya ahli-ahli masyarakat yang berkaitan dengan insitusi sosial yang berkenaan – pengaruh itu kelihatan ketika ahli-ahli masyarakat itu melakukan kegiatan secara berorganisasi dan menentukan rol (peranan dalam masyarakat) dan kedudukan mereka dalam sistem susunlapisnya dalam institusi berkenaan khususnya, dan dalam masyarakat umumnya.

Page 25: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Oleh itu, pendeknya, satu institusi sosial bermaksud suatu sistem (cabang) yang menunjukkan peranan sosial (atau rol sosial) dan norma tertentu yang saling berkait yang telah disusun untuk memenuhi kehendak atau fungsi sosial tertentu.

Dalam setiap jenis institusi sosial ada norma-norma dan nilai sosial tersendiri - misalnya, dalam institusi politik, terdapat norma-norma sosial yang menentukan tingkah laku yang diterima bagi peranan seorang perdana menteri, ahli dewan rakyat, pihak pembangkang dan lain-lain orang yang terlibat dalam perhubungan politik itu.

Page 26: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Institusi sosial merujuk kepada prosedur kelompok “menyediakan peraturan perjalanan masyarakat”.

Prosedur kelompok itu adalah “tatacara atau kaedah yang diterima oleh ahli masyarakat sebagai sesuatu yang wajar, sah dan mantap dalam melakukan sesuatu”.

Page 27: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Sesuatu institusi sosial juga berkait rapat dengan institusi-institusi sosial lain, sebagai contohnya, institusi pendidikan berkaitan dengan institusi politik, keluarga, undang-undang dan sebagainya – pihak-pihak yang terlibat ialah pihak kerajaan, keluarga para penuntut, undang-undang mengenai sistem pendidikan dan sebagainya.

Dalam setiap institusi, ada pelbagai jenis organisasi-organisasi sosial.

Page 28: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Organisasi Sosial

Anggota-anggota dalam kelompok manusia, samada masyarakat atau komuniti, menubuhkan berbagai organisasi sosial.

Organisasi sosial - perkumpulan jitu anggota-anggota suatu masyarakat.

Page 29: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Organisasi sosial juga mengambarkan proses bagaimana anggota-anggota masyarakat berinteraksi.

Organisasi sosial ialah perkumpulan manusia yang jitu dan tersusun, dan berasaskan proses interaksi dan aktiviti yang tertentu yang juga jitu dan disusun mengikut susunan yang saling berkait.

Page 30: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Proses perkumpulan dan interaksi berasaskan kepada struktur rol dan kedudukan yang sedia ada dan yang bersesuaian dengan aturan dan kehendak yang ditetapkan oleh institusi-institusi sosial yang terdapat di masyarakat berkenaan.

Mengikut Raymond Firth, organisasi sosial juga boleh dilihat sebagai susunan kerja sesuatu masyarakat.

Organisasi sosial mempunyai matlamat-matlamat yang secara sosialnya telah pun ditentukan.

Page 31: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Norma sosial

Norma-norma sosial iaitu peraturan-peraturan yang menentukan tingkah-laku manusia dalam sesuatu kelompok manusia, tidak kira masyarakat ataupun komuniti.

Peraturan-peraturan itu samada boleh membenarkan sesuatu tingkah-laku atau melarang tingkah-laku itu.

Page 32: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Manusia dalam masyarakat berkenaan mematuhi norma-norma sosial yang terdapat dalam masyarakatnya, dan ketidakpatuhan pada norma-norma itu akan mengakibatkan orang yang berkenaan dikenakan “informal disapproval” ataupun dihukum secara formal iaitu hukuman bersifat fizikal.

Page 33: Konsep konsep asas-sains_sosial__1_

Nilai

Nilai-nilai sosial ialah ide-ide yang dipegang oleh individu dalam kelompok manusia itu yang berkenaan dengan perkara yang dianggap sempurna, baik atau tidak baik.

Nilai yang berbeza-beza mengambarkan kebudayaan yang berbeza-beza. Nilai seseorang individu dipengaruhi kuat oleh

kebudayaan mereka.