39
PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM NO. PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 3 2.0 PENGENALAN 4 3.0 KONSEP PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM PENGERTIAN ILMU FARAID DALIL DISYARIATKAN HARTA PUSAKA SEJARAH PERWARISAN HARTA PUSAKA KEDUDUKAN ILMU FARAID DALAM ISLAM GALAKAN MEMPELAJARI ILMU FARAID DAN MENGAJARNYA KEPRIHATINAN PARA SAHABAT DAN AHLI FIQH TERHADAP ILMU FARAID HIKMAH DISYARIATKAN HARTA PUSAKA 5 – 12 5 6 7 10 10 11 12 4.0 PRINSIP PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM PENGERTIAN HARTA PUSAKA HUKUM PELAKSANAAN HARTA PUSAKA KEWAJIPAN BERKAITAN PUSAKA SI MATI SEBAB-SEBAB PUSAKA RUKUN-RUKUN PUSAKA SYARAT-SYARAT PUSAKA HALANGAN PUSAKA CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA DALIL PENENTUAN KADAR AHLI WARIS BAGI HARTA PUSAKA 13 – 25 13 14 14 16 17 18 18 19 21 1

Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

NO. PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENGENALAN 4

3.0

KONSEP PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

PENGERTIAN ILMU FARAID

DALIL DISYARIATKAN HARTA PUSAKA

SEJARAH PERWARISAN HARTA PUSAKA

KEDUDUKAN ILMU FARAID DALAM ISLAM

GALAKAN MEMPELAJARI ILMU FARAID DAN

MENGAJARNYA

KEPRIHATINAN PARA SAHABAT DAN AHLI FIQH

TERHADAP ILMU FARAID

HIKMAH DISYARIATKAN HARTA PUSAKA

5 – 12

5

6

7

10

10

11

12

4.0

PRINSIP PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

PENGERTIAN HARTA PUSAKA

HUKUM PELAKSANAAN HARTA PUSAKA

KEWAJIPAN BERKAITAN PUSAKA SI MATI

SEBAB-SEBAB PUSAKA

RUKUN-RUKUN PUSAKA

SYARAT-SYARAT PUSAKA

HALANGAN PUSAKA

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

DALIL PENENTUAN KADAR AHLI WARIS BAGI HARTA

PUSAKA

SENARAI AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA

HARTA PUSAKA

KADAR DAN SYARIAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

13 – 25

13

14

14

16

17

18

18

19

21

22

23

1

Page 2: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

5.0 KESIMPULAN 26

6.0 REFLEKSI KUMPULAN 27

7.0 RUJUKAN 30

2

Page 3: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurniaNya, akhirnya kami berjaya melaksanakan

tugasan Pengajian Fiqh (PIM 3114) ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad SAW, para sahabat serta ahli keluarga baginda. Hakikatnya, baginda

merupakan insan teragung yang telah banyak mengajarkan kita cara menuntut ilmu yang

sebaik-baiknya

Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan

kepada Ustaz Mahadi bin Haji Khalid selaku pensyarah pembimbing atas tunjuk ajar,

bimbingan, bantuan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang mengajar kami dalam

subjek Pengajian Fiqh ini. Terima kasih juga atas perkongsian ilmu tanpa jemu yang sering

diberikan.

Seterusnya, kami ingin berterima kasih kedua-dua orang tua kami atas sokongan

moral dan material sepanjang lima tahun setengah kami berada di kampus ini. Berkat doa

dan kesabaran mereka, akhirnya kami berjaya sampai ke tahap ini. Ibu dan bapa kami juga

telah banyak melakukan pengorbanan semata-mata ingin melihat kami berjaya. Kepada ahli

keluarga yang kami kasihi, segunung penghargaan kami tujukan buat kalian semua.

Akhir sekali, kalungan apresiasi kami tujukan buat rakan-rakan sekelas yang telah

menjadi keluarga kami sepanjang tempoh latihan ini, terima kasih kerana sudi berkongsi

idea dan maklumat, tanpa meminta sebarang balasan. Hanya Allah sahaja yang mampu

membalas jasa baik kalian. Semoga ikatan persahabatan kita semua akan terus berkekalan

hingga ke akhirnya, insyaAllah.

3

Page 4: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

PENGENALAN

Undang-Undang Pusaka Islam atau dikenali sebagai faraid telah disyariatkan oleh

Allah swt secara berhikmah dan berperingkat supaya ianya sesuai dengan falsafah

perundangan dan tabiat semulajadi manusia yang agak sukar untuk mengubah adat

kelaziman mereka. Ilmu merupakan salah satu sistem pusaka yang lengkap dan menyeluruh

(syumul) dengan memberi jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar bahagian

mereka dan ahli-ahli waris yang tidak berhak terhadap harta pusaka. Rasulullah saw sangat

menggalakkan kita mempelajari ilmu faraid.

Sebagaimana dalam hadith yang bermaksud:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah

setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia merupakan suatu

ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku.

(Riwayat Ibnu Majah dan Darul Qutni)

Allah swt telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka

dalam kalangan ahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat

ahli waris dan mengelak pergaduhan dalam kalangan mereka. Umat Islam digalakkan untuk

berwasiat melaui cara dan syarat yang tertentu sebagaimana dalam firman Allah swt :

Maksudnya: Diwajibkan ke atas kamu berwasiat dengan cara yang terbaik kepada ibu

bapa dan keluarga yang hampir, apabila seseorang kamu hampir mati dan

sekiranya ada meninggalkan harta. Ia adalah kewajipan orang yang bertakwa.

(Al-Baqarah: 180)

4

Page 5: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

KONSEP PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

PENGERTIAN ILMU FARAID

Ilmu boleh dedefinisikan sebagai mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara. Ilmu juga

boleh didefinisikan sebagai hukum akal yang pasti dan bersesuaian dengan realiti.

Tambahan pula ilmu juga bermaksud sebagai kaedah-kaedah yang ditulis atau kemahiran

yang tinggi. Kamus Dewan (2007) mendefinisikan perkataan faraid sebagai hukum (ilmu)

berkenaan dengan pembahagian pusaka (dalam agama Islam). Menurut Kitab Fikah

Mazhab Syafie (2003) menyatakan faraid adalah kata jamak bagi faridhah bermaksud suatu

yang diwajibkan atau sesuatu yang ditetapkan. Ini disebabkan faraid terdapat pembahagian-

pembahagian yang telah ditetapkan oleh syarak.

Faraid dari sudut bahasa mempunyai maksud yang pelbagai. Antaranya ialah

menentukan, menetapkan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Berdasarkan

firman Allah swt:

. Maksudnya: Maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin Yang telah kamu

tetapkan itu…

(Al-Baqarah:237)

Mengikut istilah syarak pula, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang

telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum

kematiannya. Dalam kata lain, faraid adalah bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada

pewaris. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti  anak,

isteri, suami, ibu, dan lain-lain mengikut undang-undang Islam. Ilmu faraid pula dari segi

syarak ditakrifkan sebagai pengetahuan mendalam tentang pusakan dan ilmu kira-kira yang

membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang

yang berhak.

Ilmu faraid juga disebut sebagai ilmu mawarith, iaitu kata jamak bagi mirath (warisan)

yang juga disebut sebagai turath dan irth. Ia adalah kata nama bagi harta pusaka yang

diwarisi daripada si mati. Berdasarkan firman Allah swt:

Maksudnya: dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi

)Ali Imran:183(

5

Page 6: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

DALIL DISYARIATKAN HARTA PUSAKA

Hukum pusaka telah disyariatkan dalam Islam. Setiap dalil yang dibincangkan adalah

berdasarkan sumber utama rujukan umat Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya

tidak ada kaedah yang dinyatakan suatu permasalahan di dalam dua sumber utama tersebut

secara mendalam, maka ijmak ulama akan digunakan sebagai sumber rujukan yang

seterusnya dalam menangani masalah pembahagian suatu harta pusaka.

Di dalam al-Quran jelas menerangkan jenis harta yang dilarang untuk diambil dan

terdapat jenis harta yang halal diambil dengan berpandukan syariat Islam iaitu harta pusaka.

Masyarakat yang mengingkari pensyariatan yang ditetapkan oleh Allah swt berkaitan hukum

pusaka ini dilabel sebagai kafir dan terkeluar daripada Islam. Firman Allah swt

Maksudnya: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

(An-Nisa: 7)

Pensyariatan berkaitan harta pusaka bukan sahaja disebut di dalam al-Quran sahaja

malahan Rasulullah saw turut menyatakan pusaka turut disyariatkan. Sabda Rasulullah saw

daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud:

Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah

setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari

umatku"

(Riwayat Ibnu Majah dan Darul Qutni)

Sabda Baginda saw lagi:

Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Ilmu itu ada tiga

macam, dan yang lainnya adalah lebihan, iaitu Ayat Muhkamah atau Sunnah yang tegap

atau faridah (pembahagian Pusaka) yang adil.

(Riwayat Abu Daud)

Para ulama bersepakat mengatakan bahawa pusaka disyariatkan dan tiada seorang pun

umat Islam yang boleh menafikannya.

6

Page 7: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

SEJARAH PERWARISAN HARTA PUSAKA

Sejarah pewarisan harta pusaka dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu sebelum dan

selepas kedatangan Islam.

Sebelum Kedatangan Islam

Berikut merupakan tiga faktor yang membolehkan seseorang itu mewarisi harta pusaka

ketika zaman Jahiliah iaitu:

(i) Lelaki dewasa (الر�ج�ال )

Wanita dan kanak-kanak tidak dapat mewarisi harta pusaka kerana mereka

merupakan kaum yang lemah. Mereka tidak mampu untuk melindungi suku kaum

mereka daripada serangan musuh yang mana ketika itu masyarakat Arab sering kali

berperang sesama suku kaum. Bangsa Arab ketika itu menyatakan, "Adakah patut kami

memberikan harta kami (harta warisan) kepada orang yang tidak tahu menunggang

kuda dan tidak pandai menetak dengan pedang?”

(ii) Sumpah setia ( ف�الح�ل)

Ikatan janji antara dua orang lelaki yang tidak mempunyai hubungan kerabat. Mereka

membuat perjanjian dengan cara bersumpah seperti melafazkan ‘darahku darahmu’,

‘kamu mewarisiku dan aku mewarisimu’, ‘kamu menolongku dan aku menolongmu’ dan

sebagainya. Apabila kedua-duanya bersetuju maka mereka saling mewarisi antara satu

sama lain.

(iii) Anak angkat ( ن�ي� �ب (الت

Golongan lelaki pada ketika itu boleh mengambil anak orang lain sebagai anak

angkat mereka. Mereka menasabkan anak itu kepada mereka sendiri bukan kepada

bapanya yang sebenar. Perbuatan ini membolehkan mereka dan anak angkat mereka

saling mempusakai antara satu sama lain.

Pada permulaan Islam, sistem pengambilan anak angkat masih diteruskan. Hal ini

terbukti apabila Rasulullah saw telah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkatnya

dan dinamakannya Zaid bin Muhammad. Amalan tersebut tidak berkekalan apabila Allah swt

menegahnya. Firman Allah swt:

7

Page 8: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Maksudnya: Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi

bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah

Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-Nabi. dan (ingatlah) Allah adalah

Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Ahzab: 40)

Selepas Kedatangan Islam

Hukum-hakam agama Islam didatangkan bagi umat manusia secara berperingkat-peringkat

bertujuan supaya tidak merasai keberatan untuk melaksanakan perubahan hukum-hukum.

Hukum pewarisan juga termasuk dalam kategori tersebut apabila terdapat empat tahap

pelaksanaan hukum dari permulaan Islam sehinggalah Islam menjadi utuh.

(i) Tahap pertama

Pada permulaan Islam, pewarisan dilaksanakan dengan cara sumpah setia antara

dua sahabat. Mereka bersumpah akan saling tolong-menolong antara satu sama lain

ketika mereka hidup dan saling mewarisi apabila salah seorang daripada mereka

meninggal dunia. Firman Allah swt dalam al-Quran:

Maksudnya: …dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan

mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan)

maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah

sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

(An-Nisa: 33)

Kemudian hukum tersebut dihapuskan dengan ayat :

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah

dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan

kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat,

setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum)

Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Anfal: 75)

(ii) Tahap kedua

8

Page 9: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Setelah Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, hukum pewarisan dilaksanakan

melalui persaudaraan antara dua sahabat daripada kaum Ansar dan Muhajirin.

Manakala jika mereka yang tidak berhijrah, mereka tidak mempunyai hak perwarisan

walaupun mereka terdiri daripada waris yang hampir dan beriman. Allah swt telah

berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad

dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang

(Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-

orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan

pembela antara satu dengan yang lain. dan orang-orang yang beriman

yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun

untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. dan jika mereka

meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh

untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali

terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka.

dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Anfal: 72)

Kemudian hukum tersebut dinasakhkan dengan ayat 75 Surah An-Nisa.

(iii) Tahap ketiga

Kemudian hukum pada fasa kedua dihentikan dan digantikan dengan wasiat wajibah

bagi kedua ibu bapa dan kaum kerabat. Allah swt telah berfirman

Maksudnya: Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada

meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan

kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama),

sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

(Al-Baqarah: 180)

9

Page 10: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

(iv) Tahap keempat

Apabila turunnya ayat faraid, hukum di atas dihapuskan. Sistem pusaka Islam

menggantikannya dengan menentukan bahagian-bahagian ahli waris secara terperinci.

Tidak siapa pun dibenarkan mengubah ketentuan tersebut kerana ia merupakan hukum

daripada Allah swt.

KEDUDUKAN ILMU FARAID DALAM ISLAM

Dalam syariat Islam, kedudukan hukum-hukum berkaitan harta pusaka amat jelas. Ini

disebabkan hukum-hukum ini mengambil bahagian yang besar dalam sistem harta Islam.

Tambahan pula kebanyakan hukum faraid bersumberkan terus daripada al-Quran.

Sebahagian ulama berkata, “Ilmu faraid adalah ilmu yang paling mulia”. Ini bermaksud ilmu

yang paling utama selepas ilmu asas agama ialah akidah dan ilmu yang berkaitan akidah

Islam.

GALAKAN MEMPELAJARI ILMU FARAID DAN MENGAJARNYA

Rasulullah saw memberi galakan kepada umat Islam agar mempelajari ilmu pusaka. Di

samping itu, baginda juga turut memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak

mengabaikan ilmu ini. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Daripada Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah saw telah bersabda: Pelajarilah ilmu faraid dan

ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan

akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka,

mereka tidak dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.”

(Riwayat al-Hakim)

Ilmu faraid juga disebut sebagai setengah daripada ilmu kerana manusia ini

terbahagi kepada dua keadaan iaitu hidup dan mati. Keadaan hidup adalah berkaitan

dengan solat, zakat dan sebagainya. Sementara keadaan mati berkaitan dengan pusaka,

wasiat dan sebagainya.

KEPRIHATINAN PARA SAHABAT DAN AHLI FIQH TERHADAP ILMU FARAID

Para sahabat amat mengambil berat terhadap ilmu faraid sama ada pembelajarannya atau

pengajarannya. Umar bin al-Khattab pernah berkata, “Pelajarilah ilmu faraid kerana ia

10

Page 11: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

sebahagian daripada agama kamu”. Terdapat beberapa orang sahabat Rasulullah saw yang

khusus mempelajari ilmu ini kerana mereka telah menguasai dengan lebih mendalam

berbanding sahabat lain. Antaranya ialah Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Abbas, Zaid bin

Thabit dan Abdullah bin Mas’ud. Nabi saw sendiri mengakui Zaid bin Thabit amat

menguasai ilmu faraid. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Orang yang paling arif tentang ilmu faraid ialah Zaid bin Thabit”

(Riwayat at-Tirmizi)

Umar al-Khattab pernah berkata, “Sesiapa yang ingin bertanya tentang faraid, dia

hendaklah menemui Zaid bin Thabit.” Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra beliau

berkata pada hari kematian Zaid, “Hari ini seorang ilmuan Madinah telah meninggal dunia”.

Para tabiin juga turut mengambil berat tentang ilmu faraid sebagaimana para sahabat.

Mereka sentiasa berusaha mempelajari dan mengajar ilmu ini. Antara para tabiin yang

masyhur ialah tujuh orang ulamak iaitu Said bin am-Musayyib, Urwah bin az-Zubair, al-

Qasim bin Muhammad, Kharijah bin Zaid, Abu Bakar bin Harith bin Hisyam, Sulaiman bin

Yasar dan Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud.

HIKMAH DISYARIATKAN HARTA PUSAKA

Allah swt menetapkan suatu hukum ke atas hambanya memiliki hikmah yang tersendiri

termasuklah harta pusaka. Hikmah harta pusaka disyariatkan dan harta dibahagikan kepada

pewaris adalah amat jelas. Antaranya adalah:

(i) Menghormati fitrah manusia

Allah swt telah menetapkan fitrah manusia mengasihi anak yang dianggap sebagai

cahaya hidup dan penyambung hayatnya. Oleh itu kita mendapati manusia sanggup

bersusah payah untuk anak-anak mereka. Dengan kesungguhan inilah menyebabkan

kehidupan dan kekayaan dunia berkembang. Sekiranya Islam mengharamkan pusaka,

nescaya kesungguhan untuk bekerja menjadi malap dan jiwa tertekan. Manusia melihat

dunia ini gelap dan segala usaha mereka hanya sia-sia. Hasil susah payah akan

bertukar tangan dan berkemungkinan akan jatuh kepada orang yang tidak disukainya.

Fenomena ini bertentangan dengan fitrah yang Allah swt jadikan untuk manusia. Firman

Allah swt:

11

Page 12: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Maksudnya: Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia…

(Al-Kahfi: 46)

(ii) Memelihara silaturrahim setelah kematian si mati. Ini disebabkan kaum keluarga si mati

seperti adik-beradik lelaki, perempuandan sebagainya akan menerima bahagian

masing-masing daripada harta si mati.

(iii) Merealisasikan keseimbangan sosial dalam lingkungan keluarga kerana harta yang

mereka miliki melalui pusaka ini mendatangkan kebaikan kepada mereka.

PRINSIP PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

PENGERTIAN HARTA PUSAKA

Sebahagian ulama mentakrifkan harta sebagai sesuatu yang menarik kecenderungan tabii

manusia dan ia boleh disimpan untuk digunakan semasa diperlukan. Terdapat juga ulama

mentakrifkan harta sebagai nama bagi sesuatu selain daripada manusia, yang dijadikan

untuk kepentingan manusia dan boleh disimpan atau digunakan secara sukarela. Dr. Abdul

Karim Zaidan telah memberi maksud harta iaitu setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan

dimanfaatkan pada kebiasaannya (Ahmad, 1997). Takrif ini menekankan dua perkara iaitu

boleh dikuasai dan dimanfaatkan. Berdasarkan maksud tersebut dapat disimpulkan bahawa

harta sebagai sesuatu yang tidak dikuasai secara langsung tetapi kita berkemampuan

menguasainya.

Pusaka dari segi perkataan bahasa Arab ialah al-Mirath dan al-Irth mempunyai maksud

yang sama iaitu kekal atau perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang

12

Page 13: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

yang lain. Al-Irth juga digunakan dengan makna harta yang diwarisi atau warisan. Dari segi

bahasa Arab ia bermaksud asal atau baki. Firman Allah swt:

Maksudnya: dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak

membezakan halal haramnya).

(Al-Fajr: 19)

Dan sebagaimana dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Kekallah kamu dengan kebiasaan kamu kerana kamu mengikut pusaka bapa kamu,

Ibrahim (syariat dan agamanya)”.

(Riwayat Abu Daud)

Pusaka menurut istilah syarak ialah hak milik yang boleh dibahagikan kepada yang

berkelayakan selepas kematian pemiliknya sama ada kerana hubungan kekeluargaan atau

seumpamanya seperti hubungan perkahwinan dan wala’. Secara keseluruhan, harta pusaka

ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada harta tidak

boleh alih seperti tanah, rumah, dan sebagainya. Maka, harta pusaka wajib diberikan

kepada mereka yang layak.

HUKUM PELAKSANAAN HARTA PUSAKA

Sistem pusaka merupakan suatu sistem yang sah berlandaskan al-Quran, sunnah, dan

ijmak ulama. Ia boleh disamakan seperti hukum solat, zakat, muamalat dan hudud. Ia wajib

dilaksanakan dan diamalkan dan semestinya tidak harus diubah atau diabaikan walaupun ia

telah lama disyariatkan. Pelaksanaan harta pusaka ini adalah bertujuan untuk memelihara

kepentingan semua individu. Walau bagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan

mereka lebih baik, namun hukum Allah tetap juga yang terbaik. Firman Allah swt:

Maksudnya: Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa

yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam

syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di

13

Page 14: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka

kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas syariatNya, akan

dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan

baginya azab seksa yang amat menghina.

(An-Nisa: 13-14)

KEWAJIPAN BERKAITAN PUSAKA SI MATI

Terdapat lima kewajipan berkaitan harta pusaka si mati yang perlu dilaksanakan. Ia

hendaklah dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut:

(i) Hutang sebelum kematian si mati yang berkait dengan barang-barang menjadi harta

pusaka.

Sebagai contoh seperti gadaian. Seseorang menggadaikan hartanya, kemudian

meninggal dunia tanpa memiliki harta lain seain harta ini. Hutang pemegang gadaian

hendaklah didahulukan daripada yang lain, termasuk keperluan persiapan dan

pengkafanan jenazah. Selain itu, jika seseorang itu membeli barang tetapi meninggal

dunia sebelum sempat mengambil dan membayar harga barang tersebut maka hak si

penjual lebih berhak ditunaikan daripada mengurus dan mengkafankan jenazah.

(ii) Persiapan jenazah.

Persiapan jenazah perlu didahulukan daripada semua jenis hutang selain di atas. Ia

juga didahulukan daripada pelaksanaan wasiat dan hak pewaris. Ia juga didahulukan

daripada pelaksanaan wasiat dan hak pewaris. Ini kerana persiapan jenazah dianggap

sebagai hak jenazah sebagai seorang manusia yang perlu ditunaikan. Hak supaya

auratnya ditutup ketika di liang lahad perlu dihormati. Persiapan yang dimaksudkan

adalah segala perbelanjaan yang melibatkan pengurusan jenazah dari saat

kematiannya sehingga dikebumikan. Ia dilaksanakan tanpa berbelanja lebih atau kurang

mengikut lunas yang diharuskan oleh syarak.

Jika si mati seorang fakir dan tidak memiliki apa-apa untuk menguruskan

jenazahnya, tanggungjawab menguruskan jenazahnya dipikul oleh orang yang

menyaranya ketika hidup sama seperti kes anak dan isteri. Jika tiada, belanja

pengurusannya diambil daripada Baitulmal. Jika tiada juga, ia menjadi tanggungjawab

orang-orang Islam yang kaya.

(iii) Hutang yang berada dalam tanggungan (zimmah) si mati.

Ia dikemudiankan daripada belanja pengurusan jenazah tetapi diutamakan

berbanding wasiat dan hak pewaris, sama ada ia merupakan hak Allah swt seperti

14

Page 15: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

zakat, nazar dan kaffarah ataupun hak manusia seperti pinjaman atau sebagainya.

Dalam kes ini hak Allah perlu dilaksanakan terlebih dahulu berbanding hak manusia.

(iv) Wasiat terhadap satu pertiga (1/3) baki harta.

Menurut ijmak ulama, wasiat ini dikemudiankan daripada hutang tetapi diutamakan

berbanding hak pewaris. Firman Allah swt:

Maksudnya: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telah

diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya…

(An-Nisa: 11)

Ayat ini menyebut wasiat terlebih dahulu bukan bermaksud ia wajib ditutamakan

berbanding hutang. Ia sebagai suatu tanda keprihatinan dan galakan agar pewaris

menunaikannya. Ini kerana wasiat sering dipandang remeh oleh para pewaris kerana

menganggap ia hanyalah sumbangan si mati. Bahkan ada yang berpendapat wasiat ini

merampas hak mereka sebagai pewaris.

Daripada Ali ra:

“Nabi saw menunaikan hutang terlebih dahulu sebelum wasiat. Sedangkan kamu

membaca (di dalam al-Quran) wasiat dahulu sebelum hutang”.

(Riwayat at-Tirmizi)

(v) Pusaka.

Ini adalah hak terakhir yang berkaitan dengan harta peninggalan. Ia dibahagikan

kepada para pewaris mengikut bahagian masing-masing.

SEBAB-SEBAB PUSAKA

Berikut merupakan antara sebab-sebab pusaka perlu dilaksanakan iaitu:

(i) Hubungan keturunan

Hubungan keturunan yang dimaksudkan adalah hubungan kekeluargaan. Ia diwarisi

oleh ibu bapa si mati dan orang yang ada hubungan dengan mereka berdua seperti

adik-beradik lelaki dan perempuan si mati atau anak-anak kepada adik-beradik lelaki

seibu sebapa atau sebapa si mati. Pusaka juga diwarisi oleh anak-anak dan orang yang

ada hubungan dengan mereka seperti anak-anak lelaki dan perempua si mati atau

cucu-cucu lelaki daripada anak lelaki dan perempuan si mati.

15

Page 16: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

(ii) Pernikahan

Pernikahan hendaklah sah mengikut syariat Islam, walaupun pasangan suami isteri

tersebut tidak sempat untuk berjimak ataupun berkhalwat. Kedua-dua suami isteri ini

berhak untuk mewarisi pusaka pasangannya. Mereka juga berhak untuk mewarisi

pusaka ketika iddah talak raj’ie. Walau bagaimanapun suami atau isteri tidak boleh

mewarisi pusaka pasangannya jika pernikahan mereka tidak sah, walaupun sempat

berjimak atau berkhalwat. Contoh pernikahan yang tidak sah ialah pernikahan yang

dilangsungkan tanpa wali atau tanpa saksi termasuklah nikah mut’ah.

(iii) Wala’

Wala’ dari segi bahasa Arab bermaksud hubungan kekeluargaan ataupun

bermaksud pembebasan hamba. Ia adalah keistimewaan yang diperoleh bekas pemilik

hamba daripada hamba yang dibebaskan. Bekas pemilik hamba akan mewarisi pusaka

sama ada bekas hambanya lelaki mahupun wanita. Bekas pemilik hamba ini dianggap

sebagai asabah kerana diri sendiri (al-Asabah bil nafsi). Rasulullah saw telah bersabda:

“Wala’ adalah darah daging seumpama darah daging seketurunan”.

(Riwayat Ahmad)

Walau bagaimanapun bekas hamba tidak mewarisi harta bekas tuannya.

(iv) Islam

Apabila seorang Muslim itu mati dan tidak mempunyai sesiapa yang mewarisinya

berdasarkan sebab-sebab perwarisan di atas, harta peninggalan hendaklah diserahkan

kepada Baitulmal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati meninggalkan keluarga, akulah yang akan mewakilinya. Sesiapa

yang mati meninggalkan harta, ia adalah hak pewarisnya. Aku adalah pewaris bagi

sesiapa yang tiada pewaris. Akulah yang akan membayarkan diyatnya dan aku

mewarisi hartanya”.

(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah saw tidak pernah mewarisi sebarang untuk dirinya sendiri sebaliknya

baginda membelanjakan harta ini untuk kepentingan umat Islam. Umat Islam mewarisi

harta si mati sebagaimana asabah yang mewarisi pusaka si mati Dengan ini pemerintah

hendaklah menyerahkan harta si mati yang tiada pewaris kepada Baitulmal ataupun

16

Page 17: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki. Berdasarkan kenyataan di atas,

Baitulmal hendaklah didahulukan daripada rad atau arham (kerabat).

RUKUN-RUKUN PUSAKA

Berikut merupakan rukun-rukun pusaka iaitu:

(i) Pewaris iaitu si mati yang hartanya boleh diwarisi.

(ii) Waris iaitu orang yang ada hubungan dengan si mati.

(iii) Harta yang diwarisi iaitu harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati selepas

kematiannya.

SYARAT-SYARAT PUSAKA

Sistem pusaka islam juga telah menentukan syarat-syarat bagaimana seharusnya pusaka

itu dibahagikan. Berikut merupakan syarat-syarat pusaka iaitu:

(i) Kematiannya telah disahkan atau dianggap telah mati.

Sebagai contoh, janin yang keluar dalam keadaan tidak bernyawa ketika ibunya

masih hidup atau janin yang keluar dalam keadaan tidak bernyawa setelah kematian

ibunya disebabkan jenayah yang dilakukan atas ibunya. Penyebab kematian janin ini

wajib dikenakan ghurrah1. Oleh itu janin itu dianggap masih hidup sebelum peristiwa

tersebut dan kematiannya dianggap disebabkan jenayah yang dilakukan ke atas ibunya,

maka ibunya berhak mewarisi ghurrah tersebut. Ataupun seseorang itu dianggap mati

secara hukmi (secara hukumnya dia dianggap mati). Contohnya seorang hakim

berdasarkan penilaian (ijtihad) beliau mengesahkan kematian seseorang yang hilang.

(ii) Waris disahkan masih hidup ketika kematian si mati walaupun hanya sedetik.

1 Ghurrah bermaksud diyat atau denda yang dikenakan apabila janin mati keguguran. Kadarnya ialah seorang hamba lelaki atau seorang hamba perempuan atau 5% daripada diat bunuh biasa secara tidak sengaja.

17

Page 18: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

(iii) Hubungan waris dengan si mati diketahui sama ada melalui hubungan kekeluargaan,

pernikahan atau wala’.

(iv) Hubungan yang melayakkan waris mewarisi harta dihuraikan secara terperinci.

Syarat ini dilaksanakan oleh hakim. Oleh itu hakim tidak boleh menerima pengakuan

waris sewenang-wenangnya, seperti melalui pengakuan seorang saksi kepada hakim,

“Orang ini adalah waris si mati”. Malah dalam pengakuannya, saksi hendaklah

menjelaskan sebab yang melayakkan waris ini menerima pusaka. Pengakuan saksi

juga tidak cukup sekadar berkata, “Ini adalah sepupu si mati”. Malah mesti diketahui

hubungan mereka berdua secara teliti.

HALANGAN PUSAKA

Antara faktor-faktor berlakunya suatu halangan terhadap pusaka apabila berlakunya:

(i) Segala bentuk perhambaan.

Seseorang hamba tidak boleh mewarisi harta kerana jika dia boleh mewarisi, sudah

tentu harta yang diwarisi akan menjadi milik tuannya. Hamba juga merupakan seorang

yang asing kepada si mati. Tambahan pula, hamba tidak boleh mewariskan hartanya

kerana dia tidak memiliki apa-apa. Malah harta dan dirinya sendiri adalah milik tuannya.

(ii) Bunuh.

Pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh sama ada beliau

membunuh dengan niat atau tidak, sama ada dengan hak atau tidak. Ini disebabkan

bunuh dianggap memutuskan hubungan saudara (salah satu sebab yang membolehkan

pewaris mewarisi harta). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (harta pusaka)”

(Riwayat Abu Daud)

(iii) Perbezaan agama antara Islam dengan kafir.

Orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam dan orang Islam tidak boleh

mewarisi pusaka orang kafir kerana hubungan antara mereka telah terputus. Rasulullah

saw telah bersabda yang bermaksud:

“Seorang Muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir tidak boleh

mewarisi pusaka seorang Muslim’.

(Riwayat Bukhari)

Murtad juga turut dianggap kafir. Orang yang murtad tidak boleh mewarisi pusaka dan

tidak boleh diwarisi. Malah hartanya dianggap sebagai harta ‘fai’ dan diserahkan kepada

Baitulmal sama ada harta tersebut diperolehi ketika masih Islam atau setelah murtad.

18

Page 19: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

Sebelum melakukan pembahagian pusaka, seseorang individu tersebut hendaklah maklum

berkaitan waris yang berhak menerima pusaka. Berikut merupakan golongan-golongan ahli

waris dan kedudukan mereka dalam pembahagian harta pusaka.

(i) Ashabul furud

Al-furud adalah kata jamak dari “al-fard” yang bererti ketetapanatau kewajipan. Kata

“ashabul furud” membawa maksud mereka yang mempunyai pembahagian yang

ditetapkan. Dalam istilahnya ialah ditujukan kepada waris-waris yang mendapat

bahagian harta pusaka menurut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Antara bahagian-

bahagian yang telah ditetapkan itu adalah sama ada 1/4, 1/3, 1/2, 2/3, 1/6, dan 1/8. Ahli

waris ashabul furud terdiri seramai 12 orang iaitu suami, isteri, ibu, bapa, bapa kepada

bapa (datuk), ibu kepada ibu atau ibu kepada bapa (nenek), anak perempuan seibu

sebapa, saudara perempuan sebapa, saudara lelaki seibu dan saudara perempuan

seibu.

(ii) Asabah

Perkataan “asabah” berasal dari kata “asaba” yang bererti ikat atau lipat. Ia mulanya

merujuk kepada keluarga lelaki di sebelah bapa atau yang mempunyai ikatan

dengannya tanpa diselangi oleh keluarga perempuan. Mengikut istilah ilmu harta

pusaka ia ditujukan kepada waris yang tidak mempunyai bahagian yang tetap. Jenis

asabah boleh terbahagi kepada dua iaitu Asabah Sababiyyah (waris kerana sebab) dan

Asabah Nasabiyyah (waris kerana hubungan darah). Terdapat tiga jenis Asabah

Nasabiyyah iaitu:

Asabah binafsih (Asabah pada diri sendiri)

Lelaki yang mempunyai hubungan keturunan dengan si mati tanpa diselangi oleh

mana-mana perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak

lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak

lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara

kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa

saudara sebapa.

19

Page 20: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Asabah bil ghair (Asabah kerana orang lain)

Perempuan-perempuan yang memperoleh bahagian secara fard tetapi disebabkan

adanya adik-beradik lelaki bersama-sama mereka, hak mereka telah berubah daripada

menjadi pewaris melalui fard kepada pewaris melalui asabah. Terdiri daripada empat

golongan iaitu anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara

kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

Asabah maal ghair (Asabah bersama dengan orang lain)

Afik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa jika ada bersama mereka anak

perempuan atau perempuan kepada anak lelaki. Contohnya jika si mati meninggalkan

dua orang anak perempuan bersama seorang adik-beradik perempuan seibu sebapa

atau sebapa. Anak perempuannya memperoleh 2/3 melalui fard. Sementara adik-

beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa memperoleh baki 1/3.

(iii) Dhawil Arham

Dari segi bahasa “arham” adalah kata jamak dari “ar-Rahim” yang bermaksud

kandungan. Dalam pengertian istilah ialah keluarga yang ada perhubungan darah selain

dari waris-waris ashabul furud dan asabah. Golongan waris arham ini jika dibenarkan

mengambil harta, maka mereka adalah ahli-ahli waris yang terakhir sekali iaitu setelah

tidak ada lagi sebarang waris dari ashabul furud dan asabah,kecuali suami dan isteri

tidaklah akan menghalang ahli-ahli waris arham dari mengambil harta mereka. Tetapi

biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu

dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima

pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya

dengan si mati. Terdapat empat golongan Dhawil Arham (masih ada hubungan kerabat)

iaitu golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan

anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara

atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab terdiri daripada dua jenis iaitu: 

Hijab Nuqshon 

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian 

ashabul furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain

yang bersama-samanya.  Seperti suami dari menerima setengah menjadi 1/4 kerana

ada anak atau cucu.

20

Page 21: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Hijab Hirman

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih

terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak

untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya

saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa. 

DALIL PENENTUAN KADAR AHLI WARIS BAGI HARTA PUSAKA

Kadar penentuan harta pusaka bagi setiap ahli waris berdasarkan nas-nas al-Quran dan as-

Sunnah. Sekiranya suatu hukum tidak dinyatakan dalam kedua-dua sumber utama tersebut,

maka ijmak ulama akan diambil sebagai rujukan tambahan bagi mengatasi suatu masalah.

Dalam al-Quran, terdapat nas tersendiri berkaitan kadar bagi setiap bahagian ahli waris.

Firman Allah swt:

Maksudnya: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-

anak kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang

anak perempuan tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka

bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.

dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu

perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari

keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati

itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang

mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu

pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-

beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah

sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah

dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak

mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya

kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-

masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya

Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

21

Page 22: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

(An-Nisa: 11)

Allah swt telah berfirman dalam ayat yang seterusnya iaitu an-Nisa ayat 12 dan 176.

SENARAI AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang

utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki yang layak ialah anak

lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, bapa, datuk, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki

sebapa, saudara lelaki seibu, anak saudara lelaki dari seibu sebapa, anak saudara lelaki

dari seibu atau sebapa, bapa saudara seibu sebapa, bapa saudara sebapa, sepupu dari

bapa saudara seibu sebapa, sepupu dari bapa saudara sebapa, suami dan hamba sahaya.

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu

bapa, anak lelaki dan suami. 

Manakala bagi ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka ialah

anak perempuan, cucu perempua dari anak lelaki, ibu, nenek sebelah ibu, nenek sebelah

bapa, saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan seibu, saudara perempuan

sebapa, isteri, dan petuan perempuan bagi hamba sahaya.

Jika kesemua ahli waris di atas wujud, hanya lima orang yang layak menerima harta

pusaka iaitu anak perempuan , cucu perempuan dari anak lelaki, ibu, saudara perempuan

seibu sebapa dan isteri.

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan

diberikan kepada hanya lima ahli waris iaitu bapa, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan

suami atau isteri.

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak:

 Bahagian Diperolehi Suami kepada si mati

1/2Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki

1/4Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

 Bahagian diperolehi Isteri kepada simati

1/4Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki

1/8 Mempunyai anak ATAU 

22

Page 23: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati

1/2Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak

2/3Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak

1/6Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan

ASABAH BIL GHAIR

Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

Bahagian Diperolehi Ibu Kepada Simati

1/6Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3 dari bakiMempunyai bapa serta suami ATAU isteri

23

Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati

1/2Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki

2/32 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki

ASABAH BIL GHAIRMempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Bahagian Diperolehi Bapa Simati

1/6Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

1/6 dan AsabahMempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki

ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Page 24: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati

Sama seperti bapaHanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

Bahagian Diperolehi Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang olehDisebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

24

Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Seibu Sebapa

kepada simati

1/2Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah

2/3Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAHMempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.

Terhalang olehdisebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

1/6Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa

Asabahdisebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang Oleh

1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

Page 25: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

KESIMPULAN

Harta adalah milik Allah. Semua harta yang ada di muka bumi adalah milik mutlak

Allah. Tidak ada sesuatu pun yang menjadi milik manusia secara mutlak. Diri, anak-anak,

serta harta adalah pinjaman Allah kepada manusia. Manusia hanya pemegang amanah.

Mereka tidak boleh menganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

apa yang diperolehi dan dibelanjakan.  Manusia mesti menggunakan harta dengan sebaik

mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak.

Manusia bertanggungjawab menggunakan harta ke jalan Allah. Harta yang

disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidak

cukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada

ilmu atau lain-lain alasan. Manusia dikehendaki menggunakan harta dengan sebaik mungkin

dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Peringatan daripada Allah bahawa

berlakunya kerosakan di muka bumi akibat tangan manusia. Harta diberikan kepada

manusia tidak sama antara satu dengan yang lain. Tujuannya adalah untuk menguji

keimanan, supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti kehidupan, manusia masing-

masing saling melengkapi antara satu sama lain. Bantu-membantu dan tolong-menolong

adalah kewajipan kita. Syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri

daripada orang kaya.

Dalam pembahagian harta pusaka yang telah dibincangkan dalam tugasan ini

jelaslah bahawa Islam mempunyai kaedah yang tersendiri bagi menyelesaikan sesuatu

masalah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka. Harta peninggalan akan

dibahagikan kepada ahli warisnya seperti  anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain menurut

hukum Islam. Islam itu mudah dan indah. Kita sebagai umat Islam perlulah mempelajari ilmu

Faraid ini agar kita tidak terpedaya dengan tipu helah manusia. Ilmu ini penting untuk

menjamin kemaslahatan masyarakat umumnya dan umat Islam khasnya tentang

pembahagian harta mengikut hukum syarak. Semoga kita sama-sama memperolehi hidayah

dan rahmat dari Allah S.W.T untuk terus memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam.

25

Page 26: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

REFLEKSI KUMPULAN

Alhamdulillah..akhirnya kami telah berjaya menyiapkan tugasan Pengajian Fiqh (PIM 3114)

ini. sepanjang menjalankan tugasan yang diberikan, kami tidak menghadapi terlalu banyak

cabaran, kerana skop tugasan hanya melibatkan konsep dan prinsip pengurusan harta

pusaka dalam Islam sahaja. Walau bagaimanapun, kami perlu mencari dan

memperbanyakkan pembacaan, kerana kami perlu menerangkan dengan jelas tentang tajuk

ini semasa sesi pembentangan nanti. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, terdapat

banyak kekuatan yang dapat dikenal pasti, antaranya ialah:

Kekuatan

i. Tajuk yang Relevan dengan Bidang Tugas

Sebagai bakal guru agama, kami sedar bahawa tanggungjawab untuk

berdakwah dan memartabatkan Islam lebih berat terpikul di bahu kami. Di mana

pun kami berada kelak, kami pasti akan dijadikan sumber rujukan, kerana nama

ustaz dan ustazah yang kami bawa. Oleh itu, tajuk pengurusan harta pusaka ini

amatlah relevan dengan bidang tugas kami, dan kami perlu lebih memahaminya

sebelum menjelaskan kepada orang lain.

Pembahagian harta pusaka juga amat penting dan perlu difahami oleh semua

umat Islam, kerana perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Menyedari hakikat

bahawa kami bakal menjadi guru agama kelak, kami yakin bahawa ilmu tentang

pengurusan harta pusaka ini perlu difahami dan dihayati dengan sebaiknya, dan

bukannya hanya mengetahui tentangnya secara teori semata-mata. Dengan

adanya tugasan ini, kami terdorong untuk membuat lebih banyak pencarian

maklumat mengenainya, bukan hanya semata-mata untuk keperluan tugasan,

malah sebagai ilmu pengetahuan untuk kami juga.

ii. Tajuk yang Menarik untuk Dibincangkan

Semasa pembahagian tajuk pada awal semester yang lepas, ramai yang ingin

menjadikan tajuk ini sebagai topik pembentangan. Hal ini demikian kerana, tajuk

ini amatlah menarik untuk dibincangkan. Semasa berada di Tingkatan 4, kami

pernah mempelajari tajuk ini, dan telah mendapat banyak info mengenainya.

26

Page 27: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Alhamdulillah, kumpulan kami telah terpilih untuk membuat tugasan bagi tajuk

ini. Semasa mencarti maklumat berkaitan tugasan, kami telah memperolehi

banyak ilmu baharu, walaupun tidak memenuhi skop perbincangan yang

diperlukan. Sebagai guru yang inginkan kejayaan dalam hidup, kami sedar

bahawa perlunya amalan membaca tanpa mengira apa jua jenis bahan bacaan.

semasa melaksanakan tugasan ini juga, kami telah berkolaborasi dengan rakan-

rakan yang lain, terutama pada mereka yang pernah mempelajari secara lebih

mendalam tentang faraid semasa sekolah menengah dulu.

iii. Pembahagian Tugas yang Sistematik

Bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik, kami telah membuat

pembahagian tugas sesama ahli kumpulan. Ada yang ditugaskan untuk membuat

slaid pembentangan, membentangkan hasil kerja dan menulis esei. Dengan

adanya pembahagian tugas ini, kerja kami menjadi lebih ringan dan dapat

disiapkan dengan mudah. Selain itu, pembahagian tugas yang sistematik

melahirkan sifat bertanggungjawab dalam diri setiap ahli kumpulan.

Walaupun skop tugasan ini tidak terlalu luas, namun kami harus telitit dalam

pembahagian kerja, kerana sikap ini perlu ada dalam diri setiap guru. tanpa

perancangan yang baik, sesuatu pekerjaan tidak mungkin dilaksanakan dengan

sebaik-baiknya. Alhamdulillah, berkat kerjasama rakan-rakan sekumpulan,

tugasan ini dapat disiapkan lebih awal.

Kelemahan

i. Kekurangan Sumber Rujukan

Semasa membuat tugasan ini, kami banyak membuat pembacaan bagi

mendapatkan maklumat. Walau bagaimanapun, kami masih kekurangan sumber

rujukan yang benar-benar lengkap. Kami telah mencari buku rujukan di

perpustakaan, namun tidak banyak rujukan yang kami perolehi. Bagi mengatasi

masalah ini, kami cuba mencari rujukan di luar, dan telah mendapat beberapa

rujukan. Selain itu, kami menggunakan kemudahan internet untuk mencari

bahan. Namun, kami perlu berhati-hati semasa mencari bahan melalui internet,

kerana tidak semua maklumat yang diperolehi adalah betul. Secara tidak

langsung, proses pencarian rujukan ini menyedarkan kami bahawa kami perlu

berhati-hati sebelum memilih sesuatu rujukan, lebih-lebih lagi bagi tajuk yng

berkaitan dengan agama.

27

Page 28: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

Cadangan Penambahbaikan

i. Meningkatkan Kemahiran Mencari Rujukan

Menyedari bahawa kami agak kekurangan sumber rujukan, kami sedar bahawa

kami perlu lebih berusaha untuk memperbanyakkan pembacaan. Sebagai

seorang guru, kita tidak boleh cepat berputus asa, dan perlu sentiasa berusaha

sehabis baik. Semasa melaksanakan tugasan ini,mi lebih banyak tertumpu

kepada rujukan di perpustakaan institut, dan tidak memperolehi rujukan yang

banyak.

Walaupun turut mencari rujukan di luar, namun kami akui bahawa usaha

yang telah kami lakukan masih kurang, dan perlu ditingkatkan lagi. Hakikatnya,

jika seseorang ingin berjaya, dia tidak akan berpututs asa untuk terus mencari

ilmu. Oleh itu, kami berharap agar berpeluang untuk meningkatkan kemahiran

mencari rujukan pada masa akan datang.

28

Page 29: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Abdul Rashid Hj. Abdul Latiff (2007). Undang-Undang Pusaka Dalam Islam. Kuala Lumpur:

Al-Hidayah Publication.

Ahmad Ibrahim et. al (1991). Al-Ahkam Jilid 3: Undang-Undang Harta Dalam Islam. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mohamed Ibrahim (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala

Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

H. Sulaiman Rasjid (1981). Fiqh Islam. Jakarta: Penerbit Attahiriyah.

Laman web Majlis Agama Islam Selangor (2011). Pengurusan Harta Pusaka.

http://www.mais.net.my/index.php?

option=com_content&view=category&layout=blog&id=83&Itemid=352 Dicapai pada 6

Julai 2013.

Laman web E-Syariah Portal (TT). Pengenalan Sistem Pusaka Islam.

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbm.nsf/Attachment/$File/Sistem

%20Pesaka%20Islam%20Portal.pdf Dicapai pada 7 Julai 2013.

Muhd b Arifin, Muhd Zaini b Yahya, Afendi b Sahi (2004). Pendidikan Syariah Islamiah

Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (2003). Kitab Fikah Mazhab Syafie:

Menghuraikan Bab Wakaf, Wasiat dan Faraid (Pembahagian Harta Pusaka). Kuala

Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Noresah bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

29

Page 30: Konsep Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam

PENGURUSAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM

30