33
1 1.PENGENALAN Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang sangat dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang ada di bawah (http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan - sedekah) Kita juga disarankan agar tidak mengungkit segala pemberian kerana perbuatan mengungkit dan riak ini akan membatalkan sedekah (Mohammad Nidzam. 2006 : 172). Kekayaan juga tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Setiap kebaikan yang sama ada dalam bentuk spritual dan fizikal sebenarnya sedekah. Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud ‘benar’. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika. (Mohammad Nidzam. 2006:150)

KONSEP SEDEKAH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KONSEP SEDEKAH

1

1. PENGENALAN

Bersedekah adalah di antara amalan sunat yang sangat dianjurkan dan digalakkan

kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini

bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga

disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Nabi

Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik

daripada tangan yang ada di bawah (http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan

-sedekah)

Kita juga disarankan agar tidak mengungkit segala pemberian kerana

perbuatan mengungkit dan riak ini akan membatalkan sedekah (Mohammad Nidzam.

2006 : 172). Kekayaan juga tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya

keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta

mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun

banyak harta. Setiap kebaikan yang sama ada dalam bentuk spritual dan fizikal

sebenarnya sedekah. Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna

sedekah itu sendiri bermaksud ‘benar’. Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan ia

cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah

tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk

seketika. (Mohammad Nidzam. 2006:150)

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan.

Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam

menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya. Sedekah pula tidak

semestinya wajib dengan duit atau wang sahaja, memberi makan kepada orang yang

berpuasa atau lapar, menyedekahkan baju-baju terpakai, menolong kawan yang berada

di dalam kesusahan juga boleh dikategorikan dalam amalan sedekah.Antara contoh

pekerja yang memotong rumput atau meengutip sampah dengan lori sampah biasanya

kehausan. Besar pahalanya kalau kita dapat menyediakan segelas atau sebotol air

kosong untuk mereka khususnya jika cuaca panas. Itu juga dikira sebagai sedekah dan

besar ganjarannya di akhirat kelak. (Mohammad Nidzam. 2006:150)

Page 2: KONSEP SEDEKAH

2

2. DEFINISI SEDEKAH

Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah yang

bermaksud benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan

kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.Jelaslah

sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan

mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan. Sedekah

yang berasal daripada bahasa Arab , iaitu sadaqah ini turut diguna pakai dalam bahasa

Malaysia.( http://blog.amirez.com/berkat-rezeki-kerana-sedekah/ ).

Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan

sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang

balasan.Sedekah juga adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang

kita sayang atau tidak.Sesetengah pendapat mengatakan sedekah lebih menjurus

kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang

lain.Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan daripada baginda S.A.W. bahawa

barangsiapa yang bersedekah walaupun hanya sekecil sebiji buah kurma, tetapi

dengan syarat harta yang disedekahkan itu benar-benar suci, maka Allah mula

memelihara sedekah tersebut sepertimana kita memelihara anak-anak sehinggalah

sedekah tersebut dapat dihimpunkan dan menjadi sebesar sebuah gunung (Maulana

Muhammad Zakariya. 1999:17).

Pengertian sedekah juga ada disebutkan di dalam kitab I'aannatul Taalibin

juzuk yang ketiga pada halaman 171 seperti berikut:

``Sedekah bererti sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang lain yang

memerlukannya dengan tidak mengharapkan balasan pahala atau mengharapkan

balasan pahala di akhirat sekiranya pemberian itu kepada orang kaya.''

Di sebut juga di dalam kitab berkenaan pada halaman yang sama bahawa

sedekah ini tidak disyarat lafaz ijab dan qabul (Nora Murat. 2010:18). Al-Jurjani

berkata, “Sedekah adalah pemberian yang diharapkan dengannya pahala dari Allah.

Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan sedekah sebagai, sesuatu yang manusia

keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat.

Page 3: KONSEP SEDEKAH

3

Namun begitu, sedekah secara asal dipakai untuk yang sunnah sedangkan zakat untuk

yang wajib.

Istilah lain untuk kata sedekah adalah ‘infak’. Dari segi istilah, infak lebih

bersifat umum. Infak biasa dipakai untuk yang bersifat wajib, iaitu zakat atau yang

bersifat sunnah, iaitu sedekah. Sedekah atau infak dalam istilah khusus adalah

pemberian berupa harta dengan hanya untuk mencari redha Allah. Walaupun secara

umum, maksud sedekah itu lebih luas, iaitu segala bentuk kebaikan, baik dilakukan

dengan harta atau tidak, baik kemanfaatannya kembali kepada orang lain atau kepada

diri sendiri.( http://halaqah.net/v10/index.php?topic=262.0.). Sesuai sabda Nabi yang

bermaksud:

“Setiap yang makruf itu adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. KONSEP SEDEKAH

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang

atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak

mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah.Namun sedekah yang

dirahsiakan lebih baik. Sesungguhnya sedekah dapat menghapus kesalahan

sebagaimana air memadamkan api.( Syahrin Jasah. 2008: 28)

Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang

boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa

dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis

tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang

bermaksud:

“Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula

kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka

itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian

daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)

Page 4: KONSEP SEDEKAH

4

Selain itu dalam surah Al-Munafiqun juga Allah telah menegaskan . “Dan

belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada

kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia

(pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau

engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya

aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun:

10)

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh

meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah

itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At

Tirmidzi). Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana

Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

Agar bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya

menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil

perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. Pertama, barang yang

disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Biarlah

bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah

dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri

nikmat Allah. Kedua, bersedekah dengan benda yang halal. Ketiga, sunat bagi

pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai

dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

Keempat, bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit,

merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana

perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Kelima, sedekah yang

diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri

tidak mengetahuinya.Keenam, sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita

(http://melayucyber.blogdrive.com/archive/cm-10_cy-2005_m-10_d-14_y-2005_o-

0.html).

Page 5: KONSEP SEDEKAH

5

4. JENIS-JENIS SEDEKAH

4.1 SEDEKAH WAJIB

Harta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan

untuk bersedekah. Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib

ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada dua

bahagian iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

Zakat menurut bahasa bererti berkat, subur, bersih dan

banyak. Menurut istilah pula zakat dirujuk kepada nama bagi

perkara yang dikeluarkan daripada harta benda atau diri (badan)

dengan cara yang khusus. Ada ulama yang mentakrifkan zakat

sebagai nama bagi pengambilan sesuatu yang khusus daripada

harta benda yang khusus dengan cara yang khusus untuk kumpulan

yang khusus. Zakat merupakan satu fardu yang dikenakan ke atas

umat Islam.

Zakat merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul

oleh golongan yang kaya dan yang berpendapatan tinggi, untuk

meringankan beban yang dipikul oleh golongan yang tidak berharta

dan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan seharian.

Zakat juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima seperti

yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang

bermaksud :

Daripada Ibn Umar r.a berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda : Islam

dibina atas lima perkara iaitu syahadah sesungguhnya tiada Tuhan

melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah,

mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan Haji , dan

berpuasa di bulan Ramadhan.’(Ariffin Omar, 2006 : 32-33).

4.1.1Zakat Harta

Page 6: KONSEP SEDEKAH

6

Terdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadis yang

diriwayatkan berhubung harta benda yang dikenakan zakat tidak

termasuk perusahaan iaitu :

1. Haiwan ternakan

Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, dan

kambing. Umat Islam kini perlu melihat dan memikirkan tentang

pelbagai haiwan yang dahulunya tidak diternak secara besar-

besaran, tetapi sekarang haiwan tersebut diternak secara komersial

yang mendatangkan keuntungan lumayan dan menjadi sumber

ekonomi yang penting kepada masyarakat. Contohnya ayam daging,

telur ayam, rusa, dan burung kasawari. Malah ternakan dalam air

seperti ikan, udang, kerang dan lain-lain menjadi sumber ekonomi

yang lumayan kepada penternak.

Oleh yang demikian sebarang ternakan yang menjadi mata

pencarian kepada masyarakat pada masa kini dan masa-masa akan

datang perlulah dikiaskan dengan haiwan ternakan yang pernah

menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi kepada masyarakat

pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan supaya masyarakat

penternak yang menceburkan diri dalam bidang ternakan sentiasa

berkembang dari semasa ke semasa juga berpeluang menunaikan

ibadat zakat ini. (Ariffin Omar, 2006 : 34).

2. Barang Kemas

Daripada hadis yang diambil dari kitab al-Bukhari maksudnya “

Rasulullah SAW bersabda : Tidak dikenakan sedekah pada unta yang

kurang daripada lima ekor. Tidak dikenakan sedekah pada perak

yang kurang daripada lima awaq (dua ratus dirham) dan tidak

dikenakan sedekah pada buahan atau bijian yang kurang daripada

lima ausuq (tiga ratus gantang).

Menurut al-Daraqutni dalam kitab hadisnya, daripada Amr ibn

Syuaib daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah

Page 7: KONSEP SEDEKAH

7

SAW bersabda : Dan tidak dikenakan zakat pada emas yang kurang

daripada dua puluh timbangan berat.

Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, barang kemas yang

diwajibkan zakat hanya perak dan emas.

3. Biji-bijian

Wajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau

bahan makanan yang berasaskan perhumaan perlulah dikiaskan

dengan gandum kerana semua bahan makanan itu menjadi rezeki

kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. (Ariffin

Omar, 2006 :37).

4. Buah-buahan

Buah-buahan yang diwajibkan zakat hanyalah tamar dan zabib.

Buah yang lain yang ada dalam negara kita dan negara lain seperti

durian, rambutan, pisang, manggis, kelapa, kelapa sawit, dan lain-

lain yang menjadi sumber kewangan dan rezeki kepada penduduk

yang memiliki iklim tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar

dan zabib, supaya umat Islam yang hidup dalam pelbagai iklim ini

berpeluang berbuat ibadat zakat ini.

5. Barang perniagaan.

Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat.

Contohnya perniagaan kain. Maka perniagaan lain seperti bidang

makanan, perumahan, kenderaan, perubatan, dan lain-lain bahan di

mana bahan-bahan itu menjadi keperluan, sumber rezeki dan

kekayaan masyarakat kini, hendaklah dikiaskan dengan perniagaan

kain.

6. Harta simpanan dan galian.

Page 8: KONSEP SEDEKAH

8

Harta simpanan dan galian ini perlu juga diperluaskan kepada

semua barang yang tertanam di dalam bumi dan di dasar laut yang

mempunyai nilai harga tersendiri, dan semua bahan galian yang

menjadi sumber rezeki serta pendapatan kepada manusia, sama

ada galian yang berbentuk cecair, gas, mahupun bijih, bukan hanya

perak dan emas. (Ariffin Omar, 2006 : 38-44).

4.1.2Zakat Fitrah

Ia disebut dengan zakat fitr dan sedekah fitr kerana kewajipannya

disebabkan kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan ia

juga disebut sebagai zakat fitrah. Zakat fitrah diwajibkan ke atas

manusia untuk membersihkan diri dan menyuburkan amalannya.

Zakat fitrah difardukan dengan dua matlamat seperti berikut :

1. Membersihkan kecacatan puasa yang disebabkan

perbuatan dan sebagainya yang tidak baik yang dilakukan

oleh orang yang berpuasa.

2. Menjadi sumber rezeki kepada golongan fakir dan miskin.

Pada dasarnya, zakat harta dan zakat fitrah difardukan ke atas

umat Islam atas tujuan membantu meringankan beban yang

ditanggung oleh orang fakir, miskin dan sebagainya. Orang yang

mampu memberi bantuan kewangan kepada orang lain ialah orang

yang kaya. Oleh itu wajarlah kedua-dua jenis zakat itu difardukan ke

atas orang yang kaya sahaja, tidak ke atas orang miskin dan fakir.

Kadar zakat fitrah pula boleh ditunaikan dengan segantang

makanan yang mengenyangkan masyarakat setempat atau dengan

mata wang yang sama nilai dengan segantang makanan tersebut.

Zakat fitrah boleh ditunaikan sebelum menjelang raya sehinggalah

kepada awal pagi Syawal sebelum solat sunat hari raya. (Ariffin

Omar, 2006 : 58).

Golongan yang mendapat zakat ialah :

Page 9: KONSEP SEDEKAH

9

1. Fakir

Golongan fakir ialah orang yang tidak ada sebarang harta dan

pekerjaan atau ada tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan

seharian.

2. Miskin

Golongan miskin ialah orang yang mampu untuk menghasilkan

keperluan seharian tetapi tidak boleh menampung sepenuhnya

terhadap keperluannya.

3. Amil

Amil ialah orang yang bertugas untuk memungut zakat dan

memberikannya kepada orang yang berhak menerimanya. Para amil

ini diberi ganjaran berasaskan sumbangan tenaga yang

diberikannya sama ada mereka itu terdiri daripada orang yang kaya

atau orang yang fakir.

4. Mualaf

Rasulullah SAW memberi zakat kepada orang yang baru memeluk

Islam untuk menjinak-jinakkan mereka, di samping mengharapkan

mereka mempengaruhi kaum masing-masing supaya memeluk

Islam.

5. Hamba

6. Orang yang berhutang ada dua bahagian :

a. Orang yang berhutang, dan hutangnya itu digunakan untuk

perdamaian.

b. Orang yang berhutang, dan hutangnya itu digunakan untuk

maslahat dirinya sendiri.

7. Pada jalan Allah SWT

Segala bentuk ibadat umum yang boleh mendatangkan kebaikan

kepada masyarakat dan menghindarkan keburukan daripada

Page 10: KONSEP SEDEKAH

10

mereka dan juga ibadat khusus yang memerlukan kewangan dalam

menunaikannya di bolehkan mendapat zakat.

8. Orang Musafir

Orang musafir dapat mengambil manfaat untuk dirinya daripada

harta zakat bagi menampung keperluannya dalam satu-satu

perjalanan. (Ariffin Omar, 2006 : 63- 91).

4.2 SEDEKAH SUNAT

1. Hibah

Perkataan hibah dari segi bahasa diertikan sebagai pemberian atau

kurniaan. Perkataan hibah dari segi istilah ialah memberi milik tanpa

sebarang gantian. Hibah merupakan salah satu cara untuk memberi

dan mengurniakan harta benda kepada seseorang. Sesiapa sahaja

harus menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang

dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-

anaknya dengan saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang

bapa untuk melihat dan melatih anak-anaknya menyelenggarakan

harta yang diberikan kepadanya.

2. Hadiah

Hadiah dari segi istilah bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih

sayang dengan maksud memberi penghormatan kepada orang yang

menerima hadiah. Ia juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil

tanpa syarat pertolongan. Memberi hadiah merupakan amalan yang

digalakkan.

3. Wasiat

Perkataan wasiat diertikan sebagai sambungan atau hubungan, dari

segi istilah wasiat bermaksud membuat perjanjian dan perjanjian itu

terlaksana sesudah meninggal dunia.

Page 11: KONSEP SEDEKAH

11

4. Wakaf

Perkataan wakaf dari segi istilah ialah pencegahan daripada menjual

asal (harta) dengan cara khusus dan disedekahkan faedah dan

hasilnya. (Ariffin Omar, 2006 : 94-110)

5. Ibra’ al-Dain ( Pelepasan Hutang)

Pelepasan hutang sangat digalakkan, terdapat firman Allah dalam

surah al-Baqarah ayat 279-280 yang menggalakkan supaya

pemiutang menyedekahkan hutangnya kepada orang yang

berhutang. Perbuatan menyedekahkan hutang adalah perbuatan

yang baik kerana pihak pemiutang telah membantu [ihak yang

berhutang yang berada dalam keadaan yang sempit dan kurang

kemampuan untuk membayar hutang. (Ariffin Omar, 2006 :116-

117).

6. Pengguguran Hak

Apa yang dimaksudkan dengan hak dalam perbahasan ini ialah

suatu ganjaran atau balasan yang perlu diterima oleh seseorang

sama ada ia berbentuk harta benda seperti diat atau bukan harta

benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan yang sama dengan

kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran

terhadap hak – hak ini adalah menjadi sedekah. (Ariffin Omar, 2006 :

120-121)

5. SYARAT SEDEKAH

Allah (s.w.t.) berfirman,

“Siapakah yang mau beri pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan

hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran

kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan

melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)

Page 12: KONSEP SEDEKAH

12

Menginfakkan harta di jalan Allah telah diumpamakan dengan memberi hutang

kepada Allah. Sebagaimana hutang, maka mengembalikannya adalah sangat penting,

demikian juga dengan pahala dan ganjaran sudah pasti akan didapatkan oleh mereka

yang menyedekahkan hartanya di jalan Allah. Kerana itulah, maka ditafsirkan dengan

hutang. Umar ra. berkata bahawa ‘memberi hutang kepada Allah’ maksudnya adalah

menyedekahkan harta di jalan Allah. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad

Zakariyya, 1998: m/s 12)

Supaya bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya

menyumbang dan bersedekah menepati erti ‘sedekah’. Beberapa perkara perlu diambil

perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah.

Pertama: Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu

untuk dipakai (boleh dipakai). Adalah tidak wajar dan paling tidak munasabah barang

yang disedekahkan itu tidak tergamak kita gunakan sendiri. Biarlah bersedekah

dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda

yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada

hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari

bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu

kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak

sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali

dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya

lagi maha terpuji” (al-Baqarah. 267)

Kedua: Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau

subahat. Ketiga: Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma

daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang

sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.

Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.”

(al-Imran. 92).

Page 13: KONSEP SEDEKAH

13

“Daripada Adiyie Hatim ra. berkata: Saya mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda:

Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah

kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah

kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka. Keempat: Bersedekah disertai

dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang

yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan

bersedekah. Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana

Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja.

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan

perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala

amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-

nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari

akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya

kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak

bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan

mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah

Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264).

Kelima: Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan

kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Perbuatan ini dekat kepada

keikhlasan dan jauh daripada riak kerana sifat ini boleh merosakkan amalan sedekah.

Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian dan dikatakan pemurah kerana

dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala diperoleh.

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya,

dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan

kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat”. (Al Baqarah

– 271). (http://amalansedekah.blogspot.com/)

6. FADHILAH SEDEKAH

Kelebihan sedekah sangat banyak. Ayat dan hadis yang menerangkan tentang

keutamaannya hampir tidak terhitung jumlahnya. Diantaranya ialah:

Page 14: KONSEP SEDEKAH

14

1) Pelipatgandaan pahala

Firman Allah (s.w.t.),

“Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan rasul-Nya) baik

laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang

baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan

bagi mereka pahala yang banyak.” (Al-Hadid: 18)

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Barangsiapa bersedekah dengan sesuatu

sebesar satu buah kurma dari usahanya yang baik, –dan Allah tidak menerima

kecuali yang baik-baik sahaja– maka Allah akan menerimanya dengan tangan

kanan-Nya,kemudian Allah akan melipatgandakan sedekahnya itu bagi

pemberinya, seperti seseorang diantara kalian yang melipatgandakan kuda

peliharaannya, hingga sebesar gunung.” (Hadis Riwayat Bukhari dan

Muslim).

2) Menghapus dosa

Firman Allah (s.w.t.),

“Kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah

melipat-gandakan balasannya untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah

Maha Mensyukuri lagi Maha Penyantun.” (At-Taghabun: 17).

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Sesungguhnya sedekah akan

memadamkan kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk.” (Hadis

Riwayat At-Tirmidzi).

Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda, “...Dan sedekah dapat menghapus

kesalaan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

(http://www.pppa.or.id/)

3) Mendapat naungan Allah

Dari Abu Hurairah ra.:

Page 15: KONSEP SEDEKAH

15

Nabi (s.a.w.), beliau bersabda, “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh

Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali

naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan

ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung

kepada mesjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya), dua orang yang

saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena

Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk

berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah, seseorang yang

memberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kanannya

tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang berzikir

(mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua

matanya.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim). (Syaikhul Hadits Maulana &

Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 19)

4) Menyelamatkan dari seksa api neraka

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, “Bertakwalah kalian walaupun hanya dengan

sepotong kurma!” (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah (s.a.w.) pernah berkhutbah, “Wahai para wanita! Bersedekahlah

kalian walaupun dengan perhiasan kalian,kerana sesungguhnya aku melihat

kalian dadalah penghuni neraka yang paling banyak.” (Hadis Riwayat

Bukhari). (http://www.pppa.or.id/)

5) Mendapat ganti

Firman Allah (s.w.t.) yang bermaksud:

“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang

dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa

yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka

Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki sebaik-baiknya”. (Saba:

39)

Maksudnya, kesempitan dan kelapangan (kemiskinan dan kekayaan)

adalah berasal dari Allah. Jika kita berhenti dari bersedekah, maka itu tidak

Page 16: KONSEP SEDEKAH

16

akan menjadikan kita kaya, dan jika kita menambah sedekah kita, maka hal itu

tidak akan membuat kita miskin. Bahkan segala sesuatu yang diinfakkan di

jalan Allah, balasannya akan kita peroleh nanti di akhirat. Sedekah tidak

mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran,

kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

(Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 36)

6) Malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Hakim dan Tirmidzi ra.

meriwayatkan suatu kisah yang panjang dari Jubair ra. Allamah Suyuti ra.

telah menjelaskan kisah ini dengan lebih terperinci dalam kitabnya Durrul

Mantsur. Abu Hurairah ra. menceritakan sabda Nabi (s.a.w.),

( اللهم: أحدهما فيقول ينزالن، ملكان إال فيه، العباد يصبح يوم من ما

تلفا ممسكا أعط اللهم: اآلخر ويقول خلفا، منفقا أعط ).

“Pada setiap pagi ada dua malaikat yang turun kepada hamba-hamba Allah,

salah satunya berdoa, ‘Ya Allah,berikanlah balasan kepada orang yang

menginfakkan hartanya.’ Dan yang satunya lagi juga berdoa, ‘Ya Allah,

timpakanlah kehancuran kepada orang yang menyimpan hartanya.’”

(Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 37)

7) Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan

mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi

ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (At

Taubah-103).

Ayat itu menjawab dua soalan pokok, iaitu apa yang harus

disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk

membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau

benda yang dimiliki.Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan.

Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka

menyumbangkan usaha dan doa. Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya

upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan

Page 17: KONSEP SEDEKAH

17

dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan

mereka yang layak menerima sedekah.

8) Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh

meringankan beban orang lain. (http://amalansedekah.blogspot.com/)

7. KESAN SEDEKAH KEPADA INDIVIDU DAN

MASYARAKAT

7.1 SEDEKAH WAJIB (ZAKAT)

1. Menyempurnakan Rukun Islam.

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Umat Islam yang memiliki

harta benda yang telah sampai kepada had zakat, maka ia wajib mengeluarkan

zakat tersebut. Jika tidak ditunaikan, tidak sempurnalah rukun Islamnya.

(Ariffin Omar. 2004:m/s)

2. Melepaskan Diri Daripada Azab.

Sesiapa yang wajib mengeluarkan zakat tetapi tidak berbuat demikian maka

dia akan diazab diakhirat. Orang Islam yang telah menunaikan zakat dengan

baik dan sempurna akan terlepaslah dia dari azab.

3. Jaminan Kewangan kepada Golongan Tertentu.

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang

fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-

orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak

memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk

(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)

Page 18: KONSEP SEDEKAH

18

dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

Pengagihan dan pengaliran harta daripada orang kaya kepada golongan

dan saluran seperti yang dinyatakan diharap dapat mewujudkan kasih sayang

dan keharmonian di kalangan mereka.

7.2 SEDEKAH SUNAT (TATAWWU’).

1. Mendapat Pahala yang Besar.

Sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam yang bersedekah dan menderma

sesuatu yang berfaedah kepada orang lain maka dia akan mendapat ganjaran

yang besar daripada Allah pada hari akhirat. Orang yang bersedekah jiga

mendapat lindungan Allah SWT di padang mahsyar. Mereka turut akan

disediakan pintu khas untuk masuk ke syurga.

2. Menjadi Benteng Api Neraka.

Amalan sedekah dan menderma boleh menjadi kifarah dan penebus kesalahan

seseorang kepada keluarga, harta, dan jirannya. Sedekah dan derma juga boleh

menjadi penghadang kepada api neraka.

3. Mendapat Doa Kebaikan daripada Malaikat.

Setiap hari Allah SWT menurunkan dua malaikat bagi menemani manusia.

Satu darinya berdoa kepada Allah supaya member gentian kepada temannya

yang bersedekah manakala yang satu lagi berdoa supaya membinasakan

temannya yang bakhil.

4. Pahala Sedekah Sampai kepada Si Mati

Amalan sedekah boleh dilakukan oleh seseorang semasa hidup. Sedekah juga

boleh dilakukan oleh seseorang dengan maksud menghadiahkan pahalanya

kepada orang lain yang sudah meninggal dunia. Dapat disimpulkan, pahala

sedekah orang yang masih hidup ternyata sampai kepada si mati.

5. Menghapuskan Sikap Tamak Haloba

Page 19: KONSEP SEDEKAH

19

Manusia bersikap tamak kepada harta benda. Sikap ini wujud berterusan

kepada manusia tanpa mengira peringkat umur, sehinggalah dia meninggal

dunia. Harta benda tidak mampu untuk memenuhi sikap tamak haloba setiap

manusia. Manusia perlu berusaha untuk membuang sifat tamak tersebut. Orang

yang memiliki harta yang banyak tetapi tidak membelanjakannya kepada

Allah,maka dia akan papa kedana di akhirat kelak.

7.3 SEDEKAH BUKAN HARTA BENDA.

1. Tidak Menyusahkan Orang Lain.

Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja keras menyara diri sendiri dan

orang yang berada di bawah tanggungannya. Rasulullah SAW menggalakkan

umatnya supaya bekerja sendiri dan tidak bergantung atas orang lain. Orang

yang berusaha menyara hidupnya sendiri dan tidak meminta-minta kepada

orang lain dikira sebagai orang yang tidak menyusahkan orang lain.

2. Memberi Pertolongan kepada Orang Lain

Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa member pertolongan kepada

orang lain. Pertolongan yang diberikan itu boleh meringankan beban yang

dittanggung dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Konsep tolong-

menolong, tidak cela-mencela, dan saling member sumbangan merupakan

rahsia kekuatan umat Islam sekiranya mereka benar-benar menjiwainya.

Sabda Rasullulah yang bermaksud:

“Seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain, seperti bangunan yang

mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.”

(al-Asqalani 1989, 10:449)

3. Memberi Kasih Sayang kepada Semua Makhluk.

Memberi kasih sayang kepada kepada haiwan peliharaan atau bukan

peliharaan seperti member makan dan minum adalah sangat digalakkan Islam.

Allah akan memberi keampunan dan ganjaran yang setimpal kepada sesiapa

yang member layanan baik kepada haiwan. Islam melarang umatnya

Page 20: KONSEP SEDEKAH

20

membunuh haiwan yang tidak berbahaya kepada manusia. Kerana haiwan itu

turut bertasbih kepada Allah SWT.

7.4 SEDEKAH IBADAH KHUSUS.

1. Menyediakan Diri dengan Sifat-sifat Mahmudah.

Ibadat adalah antara medium untuk mengisi keperluan rohani setiap insan. Ia

mampu membekalkan sifat-sifat mahmudah kepada orang yang melakukannya.

Ibadat khusus juga boleh menguatkan jiwa seseorang sehingga mampu

memikul tanggungjawab dengan baik dan sempurna. Seseorang itu digalakkan

mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa menunaikan segala ibadat

yang diwajibkan disamping melakukan ibadat-ibadat sunat dan khusus

sebanyak mungkin.

2. Penerimaan Kesan daripada Sifat-sifat Mahmudah oleh Orang Ramai.

Orang yang sentiasa mengingati Allah disifatkan sebagai orang yang aktif.

Orang yang aktif akan mendatangkan faedah kepada dirinya dan masyarakat.

Rasulullah SAW telah membuat perumpamaan bahawa orang yang sentiasa

mengingati Allah diumpamakan sebagai orang yang hidup.

Manakala orang yang sentiasa melupakan Allah, diumpamakan sebagai

orang yang mati. Orang yang memiliki sifat-sifat mahmudah, disebabkan

banyak beribadat (dengan ibadat khusus) kepada Allah SWT iaitu banyak

berzikir dan sebagainya menyebabkan orang di sekelilingnya turut mengingati

dan beribadah kepada Allah SWT.

7.5 SEDEKAH AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.

1. Menyedarkan Diri Sendiri dan Orang Lain Supaya Melakukan yang Makruf

dan Meninggalkan yang Mungkar.

Amar makruf dan nahi mungkar ini boleh menyedarkan diri seseorang,

keluarganya, dan juga masyarakat umum daripada terus leka dalam

melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan agama.

Page 21: KONSEP SEDEKAH

21

Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menyedarkan diri sendiri

dan juga orang lain daripada melakukan sebarang kesalahan dan

membersihkan diri daripada sebarang sifat buruk. Setiap umat Islam

bertanggungjawab untuk menyedarkan dan menyampaikan kepada orang lain

tentang hukum yang telah disampaikan oleh Allah SWT dan RasulNya.

2. Doa Dimustajabkan.

Doa adalah ibadat yang digalakkan oleh Islam. Setiap umat Islam diminta

supaya berdoa kepada Allah SWT. Namun Allah tidak menerima doa daripada

hambanya yang digelumangi maksiat. Ini bermakna doa daripada hambanya

yang bersifat dengan amar makruf dan nahi mungkar akan dimustajabkan oleh

Allah SWT.

3. Membawa Keamanan dan Ketenteraman Masyarakat.

Amalan amar makruf dan nahi mungkar adalah antara amalan dan budaya

yang dituntut oleh Islam. Apabila anggota masyarakat menjadi fasik dan tidak

sensitif terhadap sebarang maksiat yang berlaku di depan mata, maka

masyarakat ini dikhuatitri akan ditimpa azab dari Allah SWT. Jelaslah bahawa

amar makruf dan nahi mungkar adalah antara unsur yang penting untuk

menjana individu yang bertakwa dalam sebuah masyararakat.

8. KESIMPULAN

Kesimpulannya kita sebagai manusia perlulah sentiasa mengamalkan amalan sedekah

dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah juga menyuruh hamba-hamba Nya

untuk bersedekah. Selain itu, bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang

sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam,

kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah

Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di

antara hamba sesama hamba. Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang

kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu ghairah bersedekah jika

ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang dimiliki, atau sekadar

inginkan publisiti murahan di media massa. Sedekah dan derma seperti itu tidak akan

Page 22: KONSEP SEDEKAH

22

membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran dijanjikan. Walaupun

amalan yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Allah yang dilakukan di

hadapan orang ramai bukanlah perbuatan riak tetapi, setiap amalan khususnya

bersedekah sebaik-baiknya dilakukan secara tersembunyi supaya tidak akan wujud

kemungkinan perasaan riak dan mereka yang menerima sedekah tersebut juga akan

terselamat daripada hinaan orang lain dan kesusahan (Maulana Muhammad Zakariya.

1999:21)

Islam amat menggalakkan umatnya memberi pertolongan dan bantuan kepada

orang yang susah dan orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta

benda, kewangan dan sebagainya.Ia dapat mengelakkan kita daripada mementingkan

diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan dalam Islam. Janganlah pula kita

sedekahkan makanan yang sudah tamat tempoh atau yang sudah basi. Atau menderma

pakaian yang memang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. menjanjikan

kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini

juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud

di dalam diri.Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang

sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah)

separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim). Dalam sebuah

hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu,

sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam. Sesungguhnya

konsep bersedekah adalah suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk

menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi muslim sejati yang mempunyai

keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya .Justeru, menjadi

tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah untuk membantu

mereka yang memerlukan dengan bersedekah.

Page 23: KONSEP SEDEKAH

23

RUJUKAN

Al-Qur’an

Ariffin Omar . 2006. Sedekah : Jaminan Keharmonian Umat Menurut

Sunat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. 1999. Fadhilat Sedekah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.bhd .

Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya rah. a. 1419H/1998. Fadhilah sedekah. Terj. A. Abdurrahman Ahmad. Cirebon: Penerbit Pustaka Nabawi.

Syahrin Jasah. 2008. 40 Amal Penghapus Dosa. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

http://amalansedekah.blogspot.com/ [30 September 2010].

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=262.0.

http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan -sedekah

Page 24: KONSEP SEDEKAH

24