17
TUGASAN 1 Dalam kita membina ayat, perenggan, karangan, penulisan dan sebagainya. Kesempurnaan susun kata dan kelengkapan ayat menjadi titik tolak menentukan ia berupa kesatuan yang lengkap atau sebaliknya. Sesuatu tutur yang merupakan kesatuan harus mempunyai ciri-ciri asas seperti berkesatuan dan berpautan. Kesempurnaan inilah yang dinamakan wacana Menurut Menurut Asmah Hj Omar (1980), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang kearah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi. Manakala, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan wacana bererti keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan dan percakapan. Suatu kesatuan itu bukan dikira wacana jika maklumat yang dimasukkan bertentangan dengan maklumat ayat yang sebelumnya. Urutan ayat juga harus berkait rapat dengan sebab. akibat, tempat, waktu dan sebagainya. Seterusnya, dalam sebuah wacana juga perlu mempunyai maklumat baru yang ada dalam ayat sebelumnya. Namun demikian, ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya seperti ‘Dia membaca buku sepanjang hari. Dia membaca buku dari pagi hingga larut malam’, tidak boleh dikategorikan dalam satu wacana. Ini kerana ayat kedua hanya pengesahan ayat pertama. Justeru, kesemua ini lah merupakan konsep dan cirri-ciri yang harus ada dalam kesatuan ayat yang dinamakan wacana. 1

konsep wacana

Embed Size (px)

DESCRIPTION

keutuhan , jenis, contoh

Citation preview

Page 1: konsep wacana

TUGASAN 1

Dalam kita membina ayat, perenggan, karangan, penulisan dan sebagainya.

Kesempurnaan susun kata dan kelengkapan ayat menjadi titik tolak menentukan ia

berupa kesatuan yang lengkap atau sebaliknya. Sesuatu tutur yang merupakan

kesatuan harus mempunyai ciri-ciri asas seperti berkesatuan dan berpautan.

Kesempurnaan inilah yang dinamakan wacana

Menurut Menurut Asmah Hj Omar (1980), wacana ialah keseluruhan

pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan

unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang kearah menjadikan

sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam

komunikasi. Manakala, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan

wacana bererti keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,

pertuturan dan percakapan.

Suatu kesatuan itu bukan dikira wacana jika maklumat yang dimasukkan

bertentangan dengan maklumat ayat yang sebelumnya. Urutan ayat juga harus

berkait rapat dengan sebab. akibat, tempat, waktu dan sebagainya. Seterusnya,

dalam sebuah wacana juga perlu mempunyai maklumat baru yang ada dalam ayat

sebelumnya. Namun demikian, ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat

sebelumnya seperti ‘Dia membaca buku sepanjang hari. Dia membaca buku dari

pagi hingga larut malam’, tidak boleh dikategorikan dalam satu wacana. Ini kerana

ayat kedua hanya pengesahan ayat pertama. Justeru, kesemua ini lah merupakan

konsep dan cirri-ciri yang harus ada dalam kesatuan ayat yang dinamakan wacana.

Apabila menyebut akan wacana, ia hendaklah direalisasikan dalam betuk

karangan yang utuh seperti novel, buku, paragraf, kalimat atau kata yang membawa

amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana, 1982). Karangan yang utuh bersama

aspek-aspek penting keutuhannya dikira wacana, kerana aspek tersebut

menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap wacana.

Dalam hal ini, beberapa aspek penting wujudnya keutuhan sesebuah wacana

antaranya, apabila terdapat hubungan-hubugan dari aspek semantik, leksikal,

gramatikal dan fonologis. Dan di bawah aspek-aspek ini dipecahkan lagi kepada

beberapa jenis hubungan berkaitan dengan aspek ini.

1

Page 2: konsep wacana

Sebagai contoh hubungan sesebuah wacana dari aspek Semantik, dimana

bahagian-bahagian wacana yang ditandai oleh unsur-unsur gantungan. Hubungan

ini dipecahkan kepada beberapa bahagian dan salah satunya hubungan sebab dan

akibat. ‘Dia sangat mengantuk. Dia tertidur’. Ayat tersebut di kira lengkap kerana

terdapat hubungan antara ayat pertama dan kedua. Ayat kedua akibat daripada

sebab pada ayat pertama. Justeru, inilah yang dimaksudkan wacana. Sistem bahasa

yang menyumbang kearah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan

sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi (Asmah Hj Omar ,1980).

Seterusnya, wacana bukan sahaja dipersembahkan dalam bentuk penulisan.

Mungkin kebanyakan antara kita berpendapat wacana adalah satu bentuk tulisan

yang panjang menepati ciri dan konsepnya. Walhal, tutur kata lisan yang legkap dan

sempurna juga boleh diketegorikan sebagai wacana. Justeru, wacana terdapat

beberapa jenis keadaannya antaranya, wacana lisan, wacana pembentangan,

wacaca tulisan, wacana prosa, wacana drama, wacana puisi, wacana langsung dan

wacana tak langsung.

Jenis wacana ini juga sesuai mengikut waktu keadaan dan ketika,

berdasarkan media penyampaian wacana lisan dan tulisan. Melalui pengungkapan,

wacana langsung dan tidak langsung. Manakala berdasarkan bentuk, wacana prosa

dan drama. Kepelbagaian ini menjadikan sistem pertuturan atau tulisan itu

melengkapi antara yang lain.

Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang

terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan

sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang

berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan

fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

2

Page 3: konsep wacana

TUGASAN 2

1) Wacana Drama

  Wacana drama merupakan wacana yang disampaikan dalam bentuk drama,

dalam bentuk dialog, baik berupa wacana tulisan mahupun lisan. Memetik dialog

daripada novel yang ditulis oleh Abdul Latip Talib (2010) berjudul ‘Imam Hanafi,

Pendebat Kebenaran’,

Alkisah, sedang beliau mengembala kambing kepunyaan tuannya, muncul Abu Bakar lalu bertanya,

Abu Bakar :“Wahai Abdullah bin Masud, adakah kambing yang banyak ini kepunyaan kamu?.

Abdullah :“Ya! Kambing-kambing itu kepunyaan Uqbah bin Abi Muith. Saya cuma sebagai penggembalanya sahaja”.

Abu Bakar :“Apa akan terjadi sekiranya kambing-kambing ini tidak ada penggembalanya?”

Abdullah :“Tentulah binasa dimakan serigala”

Abu Bakar :“ Sekiranya kambing itu ada penggembalanya, manusia juga pasti ada pembimbingnya supaya selamat di dunia dan akhirat”.

Keutuhan penulisan dapat dilihat disini terdapat aspek keutuhan dari aspel leksikal.

Iaitu pembuka dan penutup wacana. Perkataan ‘Al kisah’ pada permulaan drama

(dialog).

Selain itu, aspek semantik jelas terlihat melalui hubungan sosial antara

penutur dan pendengar. Dapat kita perhatikan berdasarkan pertanyaan Abu Bakar

kepada Abdullah. Perkataan ‘Ya’ menunjukkan kedua-dua penutur memahami apa

yang dimaksudkan)

Seterusnya, melalui dialog yang diugkapkan Abu Bakar katanya, “Sekiranya

kambing itu ada penggembalanya, manusia juga pasti ada pembimbingnya supaya

selamat di dunia dan akhirat”. Melalui frasa ini dapat kita lihat keutuhan wacana dari

aspek leksikal. Iaitu terdapat unsur yang bersambut. Jika kambing mempunyai

penjaga, manusia juga turut mempunyai penjaga (pembimbing). Ayat kedua seolah-

olah menyambut ayat yang pertama.

3

Page 4: konsep wacana

2) Wacana Puisi

Puisi ialah karangan berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya. Puisi

ialah karangan yang tidak bebas terikat oleh irama dan sajak. Puisi tidak dihasilkan

dengan gaya bahasa prosa dan hanya dihasilkan dengan gaya bahasa yang bukan

biasa. (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 2005).

Berikut ialah contoh puisi yang akan kita hurai berkenaan keutuhan wacana,

Sirih berlipat irih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemani kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara,

Berdasarkan pantun di atas, keutuhan wacana dari aspek leksikal jelas terlihat.

Pengulangan kata ‘sirih’.

Contoh lainnya,

*Tetak buluh panjang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa diminta biar selamat,

Keutuhan dari aspek fonologis,dapat dilihat dari segi hentian atau

kesenyeapan suara, intonasi dan nada suara. Unsur ini juga boleh menimbulkan

hubungan semantic antara bahagian-bahagian wacana.

Perkataan ‘angkat tangan’ kalau diucap dengan nada lembut, bermaksud

galakkan atau pelawaan. Namun jika dengan nada keras seakan-akan paksaan.Ia

mengandung kemarahan atau perintah yang tidak boleh dilawan.

Seterusnya, aspek semantik hubungan sebab dan tujuan. ‘Doa diminta biar

selamat’. Sebab doa harus diminta mengharap selamat dari segala kemudaratan

yang menjadi tujuan.

4

Page 5: konsep wacana

3) Wacana Prosa

Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan yang tertulis dengan gaya

bahasa yang biasa..Perosa tidak dihasilkan dengan gaya puisi.Prosa hanya

dihasilkan dengan gaya bahasa biasa (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 2005). Drama

merupakan salah satu prosa moden yang akan dikpas keutuhan wacananya.

Memetik dialog daripada novel yang ditulis oleh Ummu Wafa (2014) yang berjudul ‘Lembayung Kasih-Mu’, akan dikupas keutuhan wacana yang terdapat dalam drama tersebut.

“Sebenarnya kami dah lama nak balik Malaysia, tapi papa asyik dengan bisnesnya. Terpaksalah kami tunggu . baru sekarang ada peluang untuk balik.” Tengku Adriana menambah.

“Habis bisnes di sana macam mana?” Datin Rosnah pula membuka suara.

“Jual sajalah, nak buat macam mana lagi. So, sekarang terpaksalah mula dari bawah sekali lagi,” ujar Datuk Sri Tengku Razak.

“Tak megapa.Orang yang ada pengalaman niaga ni, lain sikit. Tak adalah susah sangat. Mudah-mudahan lebih maju dari bisnes yang di London dulu.” Datuk Zaman member harapan yang positif.

“Puteri dah habis belajar ke?”

“Dah uncle. Masa kat London dulu puteri bekerja dengan papa. Eh…tak perasan pula, mana Abang Fan dan Abang Sham?”

“Abang Sham belum sampai, tapi abang Fan ada kat atas. Mungkin dia sedang mandi sebab baru balik dari kerja.” Datin Rosnah bercerita.

Berdasarkan petikan drama di atas, keutuhan wacana dapat kita lihat dari

aspek gramatikal, iaitu pada ayat

“ Sebenarnya kami dah lama nak balik Malaysia, tapi papa asyik dengan

bisnesnya.”

Ayat ini merupakan kata hubung di mana terdapat penanda wacana yang

menunjukkan keutuhan wacana pada perkataan ‘tapi’ atau tetapi. Kata penghubung

ini digunakan untuk menghubungkan antara kata dengan kata, frasa, klausa, ayat

dan satuan-satuan yang lebih besar.

5

Page 6: konsep wacana

Selain itu, terdapat juga hubungan wacana dari aspek semantik, hubungan

sosial antara penutur dan pendengar. Dapat kita perhatikan berdasarkan frasa

“Puteri dah habis belajar ke?”

“Dah uncle. Masa kat London dulu puteri bekerja dengan papa.

Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain tidak

memahaminya.

Seterusnya, dari aspek semantik dapat kita lihat melalui hubungan latar dan

kesimpulan. Iaitu pada frasa . “Mungkin dia sedang mandi sebab baru balik dari

kerja.” Datin Rosnah bercerita. Kesimpulan latar mengatakan dia mandi kerana baru

balik dari kerja.

6

Page 7: konsep wacana

TUGASAN 3

Salah satu anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM)

2013-2015 ialah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Sehubungan dengan itu, guru-

guru perlu sentiasa memperkemaskini diri mereka dengan ilmu pengetahuan

terutama pengetahuan kandungan , pedagogi terkini dan celik teknologi. Ini adalah

selaras dengan ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia

dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md

Sani et al., 2002).

Bahkan guru yang profesional juga seharusnya mempunyai enam konsep

berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah,

melaksanakan amalan profesional di sekolah, bertingkahlaku secara profesional di

dalam bilik darjah dan sekolah, bertanggungjawab untuk meningkatkan profesion,

menerima latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan

bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002).

Justeru, pada pendapat dan ulasan yang akan saya berikan, untuk mencapai

cita-cita dalam meningkatkan tahap profesionalisme guru , saya cadangkan melihat

antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang

guru dalam membangunkan profesion, ini termasuklah aktiviti pementoran,

melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan

refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan,

perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan

Guru.

3.1. Amalan pementoran

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma perguruan

adalah dengan menggalakkan guru terlibat denga sistem pementoran di kalangan

guru di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang

lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing

kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan

profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih

sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran

melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina

7

Page 8: konsep wacana

persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru(mentor) juga

diharapkan bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru

dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan. Pada

kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor

untuk membimbingnya.

3.2. Konsep Belajar Seumur Hidup

Selain itu, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPM) 2013-2015 Pembelajaran Sepanjang Hayat,guru harus menerapkan konsep

belajar seumur hidup. Konsep ini adalah dimana guru membaca, menulis dan

membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan , seterusnya dapat

meningkatkan profesionalisme sebagai seorang guru. Hanya dengan ilmu

pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul

Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul

tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini.

3.3. Melihat Guru yang Berpengalaman

Dalam pada itu, saya melihat dunia sekarang semakin maju dan

teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet

memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan

itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan

pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin

(2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan penggunaan internet

sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya

merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka. Justeru, guru harus bijak

merebut mencari peluang dan belajar pada mereka yang pakar. Buang perasaan

malu untuk bertanya dan jadikan diri kita lebih berkualiti dengan pelbagai kemahiran

yang kita ada. Lebih-lebih lagi pada dunia teknologi kini.

8

Page 9: konsep wacana

3.4. Amalan Reflektif

Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses

ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik

terhadapnya. . Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai

‘guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari

apa yang dilakukan’. Dalam kehidupan seharian, sebaiknya guru melakukan amalan

refelktif dalam setiap tidakan sama ada ungin dilakukan sesudah melakukan.Degan

ini,mereka juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan

dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat

diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Guru yang berjaya adalah

guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.

3.5 Membudayakan Kerja Berkumpulan

Di samping itu, dalam proses pembelajaran guru harus membudayakan kerja

berkumpulan di sekolah . Contohnya, satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5

orang guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti

pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu

sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap

pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap

ahli.

Diharapkan, kelebihan cara ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dari

sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada

skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman

yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa

pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Secara tidak lagsung guru menjadi lebih

berkomitmen dan tahu akan kelebihan dan kelemahan anak-anak didik. Kajian

mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar

berkesan dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).

9

Page 10: konsep wacana

Secara amnya,sebagai seorang muslim, saya melihat usaha-usaha kearah

membangunkan profesional kerjaya seorang guru dapat dilaksanakan berdasarkan

egar-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip Islam Hadhari (Abdullah Md.

Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan dan memperkasakan

pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam, memperkasakan ketakwaan dan

keimanan umat Islam, mempertingkatkan usaha penguasaan ilmu secara meluas,

berterusan dan besepadu antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan

lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran

dalam membangunkan egara, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

ilmu dalam semua bidang, memperbanyakkan hasil kajian baru yang boleh

dimanfaatkan semua manusia dan menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan

mereka kepada pembangunan ummah serta berusaha menjadikan mereka sebagai

role model dalam masyarakat yang bertamadun.

Diharapkan, segala ulasan saya ini membantu guru menjadi seorang guru

yang berkualiti sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM).

(Berdasarkan artikel Profesionalisme guru perlu ditingkatkan – Muhyiddin 2014- Bernama)

10

Page 11: konsep wacana

Bibliografi

Abdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kea rah

melahirkan modal insan terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul

Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu, 21 September

2006.hal 40.

Abdul Latip Talib (2010) ,‘Imam Hanafi, Pendebat Kebenaran’, Kuala

Lumpur, Penerbit PTS Publication

Anderson, E.M and Lucasse Shannon A. (1995). ‘Towards a

conceptualization of mentoring’ in Issues in Mentoring, London:

Routledge,Open University

Asmah Hj. Omar (1980).Analisis Wacana, Kuala Lumpur, dalam jurnal

Dewan Bahasa Pustaka

Chloninger, S. (2008). Theories of personality; Understanding person.New

Jersey: Pearson Education Inc

Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes.

Journal Akademik, Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.

Hasan Langgulung (2002). Peralihan paradigm dalam pendidikan Islam dan

sains social. Jakarta ; Gaya Media Pratama

Keith, G. (2006). Ethics in the workplace. New York: South Western Educ

Pub

Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesion Guru:

Satu tuntutan dan satu kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC

2002.

11

Page 12: konsep wacana

Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir (2005), Bahasa Melayu Komsas, Kuala

Lumpur, PTS Publication

Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar

Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Penerbitan Fakulti

Pendidikan, UKM.

Salhah Abdullah 2007, Guru sebagai Mentor,Kuala Lumpur, PTS Professiona

Pulishing Sd. Bhd

Tajul Ariffin & Noraini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia:

pendekatan bersepadu. Selangor: Penerbit As-Syabab Media

Ummu Wafa (2014), Lembayung Kasih, Kuala Lumpur, Penerbit PTS

Tan, Parsons, Hinson & Sardo-Brown. (2003). Educational Psychology : A

Practitioner Reseacher Approach. United Kingdom: Thompson.

William, L. (1971). An introduction to ethics. Londo: Methuen

.

.

.

12

Page 13: konsep wacana

.

13