36
KONSERTO TERAKHIR Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon. 1 - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca. 2 - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut. 3 - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza. 4 - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. 5 - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama . 6 - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca . Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji. 7 - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. 8 - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut. 9 - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca. 10 - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

Konserto Terakhir

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Novel

Citation preview

Page 1: Konserto Terakhir

KONSERTO TERAKHIR

Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan

kepada semua novel mengikut zon.

  1    - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

       2    - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

       3    - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

       4    - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

       5    - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

       6    - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

       7    - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

       8    - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

       9    - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

       10   - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

       11   - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

       12   - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda.

Page 2: Konserto Terakhir

       13   - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

       14   - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak   sampingan  berdasarkan novel yang telah anda baca.

       15   - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

       16   - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

       17   - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

       18   - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

       19   - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

       20   - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

       21   - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

       22   - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

       23   - Permulaan   yang menarik  dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       24   - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

       25   - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

       26   - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

Page 3: Konserto Terakhir

       27   - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan   kepincangan dalam masyarakat.

       28   - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

       29   - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

       30   - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis   cerita  novel tersebut.

Sesiapa yang inginkan contoh jawapan yang lengkap, sila maklumkan kepada saya

melalui email.

SINOPSISBAB 1– Keluarga             Hilmi tiba di rumah Datuk Johari dan memperkenalkan dirinya sebagai anak Pak Karim dari Kedah. Hayati dan Datin Salmah tidak senang dengan kehadian dan tingkah laku Helmi. Mereka tidak mengetahui bahawa Datuk Johari masih mempunyai saudara di kampung. Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat sementara menunggu kepulangan Datuk Johari. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan sejak tujuh belas tahun lalu.Hilmi menyatakan kepada Datuk Johari bahawa dia berhasrat untuk mencari pekerjaan. Kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi diminta menjadi tukang kebun di rumah itu. Hilmi menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama, dia rasa cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

BAB 2– Kuli                       Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Die bekerja dengan takun sehingga pekarangan rumah itu berubah menjadi cantik. Dia mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Namun Datuk Johari tidak menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.Dalam pada itu, Datin Salmah termakan hasutan kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana dia takut orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Datin Salmah menjadi tidak senang hati dan mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

BAB 3 – Piano     Hayati semakin memahami Hilmi. Kadangkala Hayati ikut bersama-sama Helmi  mencari kumbang dan ulat yang memusnahkan tanaman. Setiap hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Helmi amat tertarik dengan piano dan lagu yang dimainkan oleh Hayati. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang apabila dapat mendengar lagu-lagu dari piano tersebut. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi memanggil Helmi sebagai tukang kebun. Datuk Johari dan Datin Salmah bangga kerana ramai orang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Datin Salmah juga gembira dengan hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebat. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.      

BAB 4 – Hukuman         Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Setelah Hayati pulang dan hendak menghiburkan pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Mak Minah terpaksa memberitahu bahawa Hilmi telah

Page 4: Konserto Terakhir

memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan meminta maaf. Semasa Datuk Johari sekeluarga bercuti selama satu bulan, Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta menjaga rumah tersebut. Hilmi amat kesunyian dan teringat pada lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati.

BAB 5– Penunggu                     Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Semasa Hilmi masuk pula ke bilik tamu, dia rasa terlalu ingin bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik.

BAB 6- Muzik                  Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Hilmi bermain piano setelah pulang dari bilik Mamat. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah sampai ke rumah dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah dan Datuk Johari terpegun. Helmi terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hayati memberikan hadiah berupa sebuah patung wanita kepada Helmi. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

BAB 7 – Oleh-oleh          Mohsin kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Hayati sedang asyik bercerita dengan Hilmi tentang perjalanan percutiannya. Hayati bersikap dingin dan hanya bersalam dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati.  Datin Salmah semakin tidak senang dengan  perubahan perangai Hayati. Dia percaya Hayati ada sangkut paut dengan ubat guna-guna. Hayati marah apabila Datin Salmah inginkan penjelasan daripadanya. Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi.

BAB 8 - SengketaDi Encik Bakar, Helmi digoda oleh Azizah.  Namun Azizah kecewa apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun dan anak saudara kepada Datuk Johari. Helmi pulang ke rumah. Setelah Encik Bakar pulang,  Azizah memberitahu bapanya tentang latar belakang Hilmi. Namun bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi.

Setelah pulang ke rumah Helmi dimarahi Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Datin Salmah tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah membawa makanan kepada Helmi. Namun dia tidak mahu makan walaupun setelah dipujuk oleh Hayati. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

BAB 9– Pertemuan                    Datin Salmah merasa kehilangan Helmi apabila tanaman bunga tidak terurus. Hayati pula tidak mahu bercakap dengan ibunya. Hayati amat kecewa apabila helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Namun Hayati menolak.

Semasa pejalanan ke kampung dengan bas, Hilmi berpatah balik keKuala Lumpur. Dia bekerja di kios tempat jualan minyak. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Helmi sedih mendengar berita tentang Hayati daripada Pak Amat. Hilmi berjumpa semula dengan Encik Bakar.  Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar memberi dorongan kepada Helmi bahawa Helmi akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.

BAB 10- Bebas      Datin Salmah semakin resah memikirkan keadaan Hayati. Hayati sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat di sudut biliknya. Hayati itu sudah mula sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira.

Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua suratkhabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi berkurung dalam biliknya selama seminggu.  Hari kelapan Hilmi pergi ke rumah Encik Bakar untuk menunjukkan lagu yang dikarangkannya. Hilmi berasa gembira kerana dia telah dapat menunjukkan bakatnya.

BAB 11– IntermesoHilmi telah berhenti kerja dan menyertai quartet Encik yang terkenal di ibu kota. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Temu ramah dengan Helmi oleh pemberita hiburan telah disiarkan di dalam akbar pada hari yang berikutnya. Datuk Johari terpegun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur. Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional mendapati Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya kerana semua pemain muzik hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Hilmi berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar berhadapan dengan tindakan persatuan. Akhirnya jawatankuasa memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

BAB12- Krisis      Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Hilmi berjumpa Hayati dengan bantuan Mamat. Mohsin tentang pertemuan tersebut. Hayati

Page 5: Konserto Terakhir

menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya.  Encik Bakar pula gelisah menunggu Hilmi. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Apabila lagu ciptaan Helmi telah banyak, lagu-lagu tersebut telah dirakamkan menjadi rekod.

Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia”. Ia dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah. Perhubungan mereka semakin erat. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan. Tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu.

BAB 13– Perpecahan    Keretakan rumahtangga Helmi semakin memuncak. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Namun dia juga tetap menggubah lagu termasuk lagu “Cinta dan Tangis”. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar.

Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana seluruh geng ‘morning coffee’ telah bercadang untuk menontonnya.

BAB 14– Seniman          Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan menjadi tegang apabila Hilmi belum kelihatan. Hilmi sakit dan dimasukkan ke unit rawatan rapi ( ICU ). Hayati yang ingin menonton pertunjukan tersebut ingin membantu memimpin pertunjukan tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati, Datuk Johari dan Datin Salmah bergegas ke hospital. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Sesampai sahaja di rumah, Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi. Datuk Johari terkejut dan jatuh di atas lantai dan meninggal dunia.

TEMATema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Dalam meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi berbagai dugaan hidup hingga ke akhir hayat.

Helmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa saudaranya Datuk Johari, dia hanya menjadi tukang kebun dan telah menerima penghinaan daripada Datin Salmah. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah. Selain daripada itu dia juga dihalang daripada berhubung dengan Hayati sehingga akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah itu.

Walau bagaimanapun dia gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga dia menghadapi masalah rumah tangganya dengan isterinya Azizah disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan. Dia berasa amat kecewa dan tertekan walaupun dia mendapat pujian daripada peminat seni. Keadaan ini terterusan sehinggalah dia meninggal dunia.

PERSOALANAntara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah persoalan  kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah,  Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal. 

Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran peroslan ini melalui perhubungan atrana Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Kohsin, hayati tetap cinta kepada Helmi.

Pengarang juga menyentuh tentang persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama.

Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda

Page 6: Konserto Terakhir

kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.

Berdasarkan hubungan antara Datuk Johari dengan Helmi, penulis ingin mengungkapkan persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia.

Selain daripada itu, novel ini juga memaparkan persoalan gayahidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri “morning coffee” bersama kawan-kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah “mini bar”. Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London.

Sikap Datin Salmah juga mencerminkan persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.

WATAK DAN PERWATAKAN   

A)   HELMI

Helmi merupakan seorang pemuda yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Dia mempunyai taraf pendidikan yang rendah iaitu  hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. Tinggal di rumah Datuk Johari setelah berhijrah ke Kuala Lumpur. Suami kepada Azizah dan kawan baik kepada Mamat. Dia jga sebenarnya anak kandung kepada Datuk Johari. Dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

Dari segi perwatakan, Helmi digambarkan sebagai seorang yangrajin. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.

Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Sesuai dengan sifatnya yang gigih, dia juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.

Selain daripada itu, penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.

Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat  memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain daripada itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.

B)    HAYATI

Hayati merupakan anak perempuan tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Sebenarnya dia juga merupakan adik kepada Hilmi. Telah berkahwin dengan Mohsin atas kehendak Datin Salmah.

Dari segi perwatakan, Hayati digambarkan sebagai seorang yangpenyayang.  Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.

Selain daripada itu, hayati juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang patuh kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.

Hayati juga telah berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama. Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

C)   DATIN SALMAH

Datin Salmah ialah ibu saudara kepada Hilmi. Dia juga merupakan isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. Dari segi perwatakan, Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi.

Page 7: Konserto Terakhir

Datin Salmah juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”. Rakan-rakannya juga mengamalkan gaya hidup yang sama. Ekoran daripada budaya hidup seumpama itu, dia menjadi seorang yang tidak beriman. Dia tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang.

Pengarang juga menggambarkan Datin Salmah sebagai seorang yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang.

D)  Dalam hubungannya dengan Hayati, Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Dia mahu Hayati belajar di London. Dia juga mahukan Hayati berjahwin dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

E)    DATUK JOHARI

Datuk Johari merupakan bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah. Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi. Dia sebenarnya adalah bapa kandung Hilmi. Dari segi perwatakan, Datuk Johari digambarkan sebagai seorang yang baik hati.  Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.

Selain daripada itu, dia juga seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Datuk Johari mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja.

Datuk Johari juga seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat barat. Sikap ini dapat diperhatikan oleh pembaca kerana di rumahnya terdapat sebuah ‘mini bar’.  Beliau seorang peminum minuman keras. Dia juga sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

Penulis juga menggambarkan Datuk Johari sebagai seorang yangtidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

PLOTSecara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah

kerana ia mengikut kronologi. Setiap peristiwa bergerk mengikut urutan masa dari bab ke bab. Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja diKuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.

Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah.  Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah.  Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar.  Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.

Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal.  Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.

Page 8: Konserto Terakhir

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang un tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dari London  untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan,  Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan  Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.

Peringkat penyelesaian atau anti klimaks novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu  meninggal dunia.

LATAR

A) LATAR TEMPAT

Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar negeri Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat di rumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal.

Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah kedatangan Hilmi untuk  belajar muzik semasa diamasih tinggal ri rumah Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun.

Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi tempat diadakan  Konsert Perdana yang dipimpin oleh  Hilmi.  Hilmi  telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan dengan jayanta.

Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya.

Page 9: Konserto Terakhir

B) LATAR MASYARAKAT

Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupanmasyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar, Mamat dan juga Pak Amat. Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain yang terdiri daripada orang India iaitu Dr. Nathan yang merupakan jiran kepada Datuk Johari. Terdapat juga masyarakat Cina iaitu Tony Lim yang mejadi salah seorang daripada ahli Kugiran Dahlia.  

Dari aspek cirri kemasyarakatan,pengarang menggambarkanmasyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Penulis juga menggambarkan masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama. Selain mengamalkan budaya hidup secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras. Hayati walau bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi.

Watak Datin Salmah dan Azizah menggambarkan masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.

Watak datin Salmah juga menggambarkan masyarakat yangpercaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat guna-guna apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Datin Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu.

Datuk Johari dan Encik Bakar menggambarkan masyarakat yangbaik hati.  Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan  memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

TEKNIKPengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk menyampaikan cerita dan plotnya. Antara teknik utama

dalam novel ini ialah teknik pemerian. Teknik ini digunakan dengan meluas termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerja-kerja Hilmi ri rumah Datuk Johari juga banyak menggunakan teknik pemerian. Demikian juga dengan peristiwa Hilmi belajar muzik di rumah Encik Bakar banyak menggunakan pemerian daripada pengarang. Perasaan Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh pengarang secara lansung.Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan sikap dan pandangan serongnya kepada Hilmi.Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini.  Contoh teknik ini ialah apabila Datuk Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di ampungnya. Datuk Johari imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak mempedulikan mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari bapanya meninggal dunia selama  beberapa jam saja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang ke Kuala Lumpur.Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog Hilmi ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan

pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik monolog dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain daripada itu, monolog juga terdapat dalam diri Azizah  tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi.Teknik saspens terdapat juga dalam novel ini. Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan suasana suspens. Peristiwa pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Suasana suspens dirasa apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital sedangkan pertunjukkan perlu diteruskan. Siapa yang akan memimpin orkestra itu telah menjadi tanda Tanya kepada pembaca dan pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi.

Manakala teknik terakhir ialah teknik kejutan.  Kemunculan Hayati secara mengejut dari London pada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula

Page 10: Konserto Terakhir

menunjukkan pengarang telah berjaya dalam menggunakan teknik kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin orkestra pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan yang mengejutkan. Dia dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.

PENGAJARAN

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.

Selain dairpada itu, kita juga mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk menjayakan sesuatu rancangan. Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital. Kerjasama daripada hayati membolehkan konsert perdana tersebut dapat diteruskan dengan jayanya dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Kita juga mestilah menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka tidak setaraf dengan kita. Pengajaran ini dapat ditunjukkan melalui kasih sayang yang ditunjukkan oleh  Hayati dan Azizah kepada Hilmi. Kasih sayang itu pada bermula daripada rasa simpati terhadap Hilmi. Hayati dan Azizah bersimpati dengan nasib Hilmi.

Kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapitelah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah membaca buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun  dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.

Pengajaran lain ialah kita hendaklah saling memaafkan dan tidak menyimpan dendam antara satu sama lain. Contohnya Hilmi tidak pernah memburukkan Datin Salmah dan Datuk Johari walaupun mereka telah memberikan layanan buruk kepadanya. Sebaliknya Hilmi memuji mereka dan memberitahu bapanya bahawa merekalah yang membiayainya belajar bermain piano.

Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan dengan ikhlas. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Encuk Bakar. Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.

NILAITerdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kerajinnan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.

Pembaca juga dalam mengesan nilai kegigihan dan ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Watak Hilmi juga menggambarkan nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik.

Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah.

Hayati juga menggambarkan nilai kepatuhan kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.

Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini menggambarkan nilaibaik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada Hilmi tanpa bayaran.

Selain daripada itu, nilai keinsafan juga diselitkan oleh pengarang pada bahagian akhir novel ini. Datin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada Hilmi. Datin Salmah berjanji untuk menebus kesalahnya terhadap Hilmi namun tidak kesampaian kerana Hilmi telah meninggal dunia.

Page 11: Konserto Terakhir

http://komsas-spm.blogspot.com/p/konserto-terakhir.html

CONTOH JAWAPAN SOALAN NOVEL TING.5

Contoh1

Soalan 4 : Novel( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(iv) Renyah karya Gunawan mahmood(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

Conton Jawapan 

Soalan (a)

Konserto Terakhir

Novel Konserto Terakhir menggambarkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita. Antara gambaran latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini

Page 12: Konserto Terakhir

ialah gambaran masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.

Selain daripada itu, novel ini juga menggambarkan masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Demikian juga dengan Encik baker yang rajin dan tekun mengajar Hilmi hingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Watak Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Datuk Johari juga berusaha menghalang Hilmi daripada dihalau oleh Datin Salmah apabila Hilmi merosakkan piano dengan tidak sengaja. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Interlok dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Kembara Amira

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Terdapat beberapa latar masyarakat yang digambarkanoleh pengarang dalam novel Kembara Amira.

Pembaca mendapat gambaran latar masyarakat Orang Asli dengan jelas apabila Amira berhubung dengan Itai dan Tau. Mereka tinggal di sebuah perkampungan di hutan Banjaran Titiwangsa. Ada di antara mereka masih bergegang kuat pada adat seperti Ludin. Mereka digambarkan sebagai mahir dalam ilmu tentang hutan seperti mengesan, menjejak, menangkap ikan dan berburu. Kecekapan ini ditunjukkan oleh Itai dan Tau semasa mereka menyelamatkan Amira, Jacinta dan juga Malique. Selain daripada itu, masyarakat ini juga digambarkan telah menerima arus kemajuan dan pemodenan. Itai seorang yang terpelajar dan belajar di bandar. Dia pulang ke perkampungan semasa cuti sekolah. Dia pernah menang tempat kedua dalam bahagian perubatan herba semasa Pameran Saintis Muda 2002. 

Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat yang cinta akan alam semulajadi. Dia berusaha untuk menghalang hutan itu daripada dimusnahkan oleh pembalak. Dengan menggunakan kulit beruang yang dibunuhnya, dia telah menyamar sebagai makhluk berkaki dua dab berbulu lebat. Kemunculannya menjadi misteri kepada masyarakat Orang Asli di situ. Dia menggantung seorang daripada pekerja balak secara songsang menyebabkan pekerja lain takut dan meninggalkan hutan itu. Dia juga telah menangkap seorang daripada pekerja pengkaji kandungan emas dan mencederakannya. Tujuannya adalah untuk menghentikan kegiatan itu sebelum hutan itu diteroka untuk melombong emas.

Watak Tau dan Itai pula digambarkan sebagai ahli masyarakat yang baik hati dan suka menolong. Mereka menolong Amira yang hamper lemas dihanyutkan oleh arus deras di sungai. Kemudian mereka menolong mencari kawan Amira iaitu Jacinta yang hilang di hutan semasa memintas Amira yang dihanyutkan arus sungai dari darat. Tau telah menolong Prof. Zaidah untuk mendapatkan bahan sejarah tentang bukti kewujudan masyarakat prasejarah di Gunung Gua Gajah. Di situ terdapat lakaran lukisan prasejarah dan sebilah kapak batu dijumpai. Akhirnya Itai telah menolong Amira menari Malique yang telah hilang selepas kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Mereka menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kembara Amira dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Kabus di Perbukitan

Sesebuah cerita dalam novel sebenarnya menceritakan kisah masyarakat. Ciri-ciri masyarakat dapat dikesan melalui tindakan dan sifat watak itu sendiri. Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat dikesan oleh pembaca.

Pembaca dengan jelas dapat mengesan kewujudan masyarakat Inggeris dalam novel ini. Masyarakat ini terbahagi kepada dua golongan iaitu

Page 13: Konserto Terakhir

masyarakat Inggeris yang terdiri daripada orang British yang diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang dan menjajah serta mentadbir negara ini. Selain daripada itu mereka mengambil hasil bumi seperti bijih timah. Golongan kedua pula ialah masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand. Golongan ini diwakili oleh Soleh Johnsons, suami kepada Faridah. Sebahagian mereka beragama Islam termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan lading ternak biri-biri dan membekalkan daging halal untuk dieksport.

Selain daripada itu pembaca mendapat gambaran tentang masyarakat yang penyayang kepada keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan ibunya sehingga tidak mahu berpisah walaupun telah bersuami. Suaminya Ghazali terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari tempat kerjanya ke rumah ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah sehingga dia bergitu sedih dengan kematian Rahayu. Tambahan pula Rahayu telah berpisah dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan orang Asli.

Novel ini juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Salmah hidup dengan tabah dalam keadaan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan jalan raya. Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kabus di Perbukitan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Sutera dalam Lukisan

Masyarakat merupakan salah satu unsur penting yang melatari sesebuah cerita dalam novel. Demikian juga dengan novel Sutera dalam Lukisan. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita menjadikan cerita tersebut lebih menarik.

Antara latar masyarakat yang terdalam dalam novel ini ialah masyarakat yang kurang daya pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen tanpa gambar dan suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa Bujei seorang yang tidak normal.

Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka membuli terutamanya Bujei. Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa upah. Alias juga berlagak samseng di kampung hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di kampung itu tidak berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar. Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dia enggan pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana walaupun telah ditawarkan oleh bapanya. Dengan ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang ada padanya juga dia telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah pada akhir cerita novel ini.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Sutera dalam Lukisan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.

Soalan (b)

Konserto Terakhir

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Ia didasari oleh rentetan beberapa peristiwa yang penting. Dalam novel Konserto Terakhir, klimaks bermula apabila Keretakan rumahtangga Hilmi dengan Azizah tidak dapat diselamatkan lagi. Usaha Encik Bakar tidak berhasil. Azizah terlalu cemburu terhadap Hilmi. Malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Kemuncak daripada konflik itu Azizah telah meninggalkan Hilmi. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Hilmi tidak kelihatan. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu pergi ke rumah Hilmi. Mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Hilmi dalam bahaya dan berada di unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi. Tiba-tiba muncul Hayati,

Page 14: Konserto Terakhir

wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Dia ingin menggantkan tempat Hilmi. Ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.

Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari.

Kembara Amira

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Dalam novel Kembara Amira, peristiwa yang menjadi klimaks berlaku dalam masa yang juga agak singkat. Ia terjadi di dalam gua semasa mengesan tapak kaki yang tidak berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung. Di puncak gunung Itai dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui kawasan lapang dan sebuah pondok. Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique. 

Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin segera naik ke puncak gunung.

Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. 

Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu. Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu Malique diserahkan kepadanya. Keenganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya menangkis serangan tersebut. Ludin sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan mereka yang berada di puncak gunung itu.

Kabus di Perbukitan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat pada bab 13 dan bab 14. Salmah masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami Faridah bertugas di Kelang dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan Salmah semakin tertekan kerana teringatkan Ayu. Dia pergi ke kubur Ayu sehingga dua kali sehari. Minah, jiran Salmah menenangkan perasaan rindu Salmah. Salmah semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu semasa Mejas (B) Kamarudin menghantar Rahayu pulang. Salmah begitu sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Ayu berbanding dengan dirinya. 

Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan solat tahajud. Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya Salmah. Selesai memasak dia menyedari ibunya belum bangun dan sembahyang subuh walaupun sudah agak lewat dan waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia mengejutkan ibunya untuk menunaikan solat Subuh. Namun dia mendapati ibunya sudah meninggal.

Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke New Zealand. 

Sutera dalam Lukisan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Sutera dalam Lukisan terdapat pada bab 11. Ia bermula apabila Alias datang ke rumah Bujei pada waktu pagi. Alias naik ke rumah melalui pintu depan dan terus mengambil radio Bujei. Bujei terkejut dengan kehadiran Alias. Alias melambung-lambung radio itu. Bujei meminta alias memberikan radio tersebut. Sebaliknya Alias membuat tuduhan bahawa radio itu adalah radio curi. Bujei terus merayu Alias dengan mangatakan bahawa Radio itu dibeli dengan duitnya sendiri. Bujei meminta radionya dan meminta Alias pergi dari situ. Sikap menentang BUjei membuatkan Alias semakin marah. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai. 

Bujei amat kecewa dan marah. Bujei telah manumbuk Alias. Dia telah mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sambil memaki hamun Alaias sebagaimana Alias memakinya sebelum itu. Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya.

Page 15: Konserto Terakhir

Bujei memerintahkan Alias pergi mendapatkan ganti rugi tersebut. Alias tidak dibenarkan mengambil motosikalnya. Bujei mengugut untuk membakar motosikal Alias. 

Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman. Bujei terkejut dan keliru apabila Sidang saman menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan parang. Dia kecewa dengan sikap Sidang Saman. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Sidang Saman mengesahkanbahawa radio tersebut dibeli sendiri oleh Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Namun Sidang Saman tetap memaksa Alias membayar ganti rugi tersebut. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias.

Contoh 2

Soalan 4 : Novel( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(iv) Ranyah karya Gunawan mahmood(v) Interlok karya Abdullah Hussain(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

Conton Jawapan 

Soalan (a)

Konserto Terakhir

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca di dalam novel Konserto Terakhir. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk

Page 16: Konserto Terakhir

mencapai cita-cita yang diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.

Selain daripada itu, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebundengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.

Pembaca juga mendapat pengajaran bahawa kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah membaca buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.

Kembara Amira

Novel Kembara Amira mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang yang dapat dikesan dalam novel ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh yang paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali Amira tidak ada di Desa Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan dia tidak memberi perhatian yang secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer juga memberian perhatian kepada Malique. Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu supaya Malique mendapat rawatan yang sempurna.

Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam semulajadi daripada dimusnahkan oleh golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat mencontohi Tau yang bertindah berani dalam mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan pembalak dan pelombong. Dia menakutkan pembalak dengan menyamar sebagai makhluk misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak secara songsang. Dia juga menangkap dan memberlasah seorang daripada pekerja O’Hara yang begitu bersungguh-sungguh mencari emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal.

Selain daripada itu, kita juga hendaklah menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama. Itai dan Tau yang belum pernah mengenali Amira telah menolong Amira daripada lemas di sungai yang berarus deras. Selepas itu mereka menolong mencari Jacinta yang didapai hilang semasa memintas Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai melalui darat. Itai pula telah menolong Amira mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Itai menolong walaupun dia tidak mengenali Malique. Malah Tau juga menolong Prof. Zaidah dengan menunjukkan tempat terdapatnya artifak sejarah. Tau membawa Dr. Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta ke sebuah gua di Gunung Gua Gajah.

Kabus di Perbukitan

Novel Kabus di Perbukitan mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk.

Selain daripada itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Pengajaran ini digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula rasa bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan. Rasa tanggungjawab itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan Faridah selepas van yang dipandu Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk ke dalam hutan bersama Buyung untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal

Pengajaran lain yang dapat dikesan oleh pembaca ialah kita haruslah rajin menuntut ilmu memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Azrul. Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu. Dengan ilmu yang ditimba di UPM, dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah menamatkan pengajian dia memulakan penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada. Manakala selepas 25 tahun, anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti pengajian dalam bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan labih baik.

Page 17: Konserto Terakhir

Sutera dalam Lukisan

Pengarang akan menyelitkan beberapa pengajaran dalam cerita yang disampaikan. Ia disampaikan melalui sesuatu persitiwa dan tindakan watak. Antara pengajaran utama dalam novel Sutera da;am Lukisan ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang akan membuatkan rumahtangga bahagia. Sebaliknya pasangan yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan seseorang isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap memilih Harun sebagai suami menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia meniinggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.

Pengajaran lain yang terdapat daalm novel ini ialah seorang suami janganlah mendera isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka adalah tanggungjawab suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dinikmati. Ia juga akan membawa kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan daripada tindakan Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah menimbulkan perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran dan perasaannya tertanggu.

Selain daripada itu, kita juga haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani pepertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.

Conton Jawapan 

Soalan (b)

Konserto Terakhir

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel Konserto Terakhir. Antaranya ialah peristiwa semasa Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi telah mencuba memainkan piano. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Encik Bakar yang telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

Manakala peristiw ketiga ialah peristiwa yang berlaku di hospital. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih.

Page 18: Konserto Terakhir

Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Ketika sampai di rumahnya, Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

Kembara Amira

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Kembara Amira ialah peristiwa Amira lepas di sungai. Amira terpijak batu yang licin dan terjatuh ke dalam air deras. Jacinta mengejar Amira melalui jalan hutan. Amira kemudian telah diselamatkan oleh Itai, remaja Orang Asli bersama bapa saudaranya Tau. Amira berehat. Itai menangkap ikan sementara Tau menghidupkan api. Mereka makan ikan yang dibakar. Atai dan Tau menghantar Amira pulang. Mereka mendapati Jacinta pula hilang. Gerakan mencari diketuai oleh Tau dan Itai dijalankan. Dengan pengalaman menjejak Tau dan Itai, mereka menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir pokok. Mereka mengambil masa dua jam untuk membawa Jacinta pulang ke Desa Karpus. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia merupakan permulaan konflik dalam novel ini.

Peristiwa kedua yang menari bagi saya ialah peristiwa Amira mengikut Itai meredah hutan dan denai untuk ke tempat yang dikatakan terdapat emas oleh Itai. Mereka sampai di sebatang sungai. Amira terkejut apabila mendapati kilauan emas di celahan batu. Itai mahu Amira memilih satu sahaja untuk Jacinta. Dia juga mahu Amira merahsiakan tentang emas tersebut. Ketika perjalan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berkaki dua dan berbulu sedang mengheret seorang pencari emas dengan marah. Makhluk itu terhidu bau manusia lain. Itai menyedari keadaan itu dan mengajak Amira melarikan diri dengan sekuat hati. Semasa berlari mereka tiba-tiba disergah oleh Tau. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia membongkar rahsia hutan yang tidak diketahui oleh orang luar.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagisaya ialah peristiwa makhluk berbulu muncul ketika Itai, Amira dan Pak Lias berada di puncak gunung untuk mencari Malique. Mereka terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia membongkar rahsia yang menjadi persoalan kepada Itai dan Amira. 

Kabus di Perbukitan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Kabus di Perbukitan ialah peristiwa semasa Faridah sesat di hutan. Dia berhalusinasi dan berjalan di dalam hutan danpa sedar. Semasa dia terjaga dari tidur, dia mendapati dirinya berada di kawasan rehat pegawai Inggeris. Faridah hairan. Selepas mandi dia dijemput minum bersama pegawai Inggeris yang bernama Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil Renking memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Suasana di situ dingin. Di atas bukit itu juga terdapat beberapa buah rumah rehat dan kolam renang yang dibina oleh pegawai Inggeris. Dia juga diberitahu bahawa dia dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu. Faridah kembali ke biliknya. Dia bingung dan tidur kembali. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia membawa pembaca meneroka kea lam yang lain.

Peristiwa kesua yang menarik bagi saya ialah peristiwa yang berlaku pada bab 9. Peristiwa tersebut juga berlaku dalam halusinasi Faridah di dalam hutan. Dia berada di Pekan Sungai Kubu. Siti Amah, oranggaji Tuan Cecil Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah dapat melihat aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga tempatan, Pahang dan pendatang Cina. Dia juga dapat melihat aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah melalui sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada Siti Amah. Namun Siti Amah tidak mengetahui tempat tersebut. Faridah semakin dapat menyesuaikan diri. Namun dia tetap merasakan bahawa dia berada di tempat yang asing. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana pembaca mendapat gambaran tentang aktiviti ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu pada era 1800-an.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa semasa Faridah berada di wad ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahayu berada di samping katilnya. Rahayu memegang tangan Faridah sambil menitiskan air mata. Rahayu keletihan dan meletakkan kepala di tepi dada Faridah. Rahayu dan Faridah telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu merayu kepada Faridah agar Faridah kembali kerana ibunya sedang menanti. Dia memberitahu Faridah bahawa sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu meninggalkan Faridah disebalik cahaya. Faridah menjerit memanggil nama Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang berada di situ terkejut. Faridah telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu telah meninggal dunia. Sewaktu jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan, Faridah masih lemah dan berada di wad ditemani oleh Ghazali. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana pembaca dapat berkongsi rasa sedih atas kematian Rahayu.

Sutera dalam Lukisan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Sutera dalam Lukisan ialah peristiwa yang berlaku pada bab 2. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mengundang rasa sedih dan simpati pembaca terhadap watak Bujei. 

Peristiwa lain yang menarik bagi saya ialah peristiwa penentangan Bujei terhadap Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias yang mengatakan dia menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Sidang Saman memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana alias mendapat pembalasan terhadap perbuatannya kepada Bujei sebelum itu.

Peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa Bujei dibelasah oleh Harun di tebing sungai. Dari rumah Sidang Saman, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah pusaka ibunya. Cap jari itu dirosakan oleh Bujei. Harun berasa amat marah lalu mengejar Bujei. Semasa menuruni tebing sungai, Harun tersungkur dan badannya berlumuran dengan selut. Bujei berasa kasihan lalu datang mendapatkan Harun dan menyapu lumpur pada pakaian Harun. Harun mengambil kesempatan untuk menumbuk Bujei hingga pengsan di tebing sungai. Bujei sedar setelah malam dan pulang ke rumah. Dia sakit

Page 19: Konserto Terakhir

selama tiga hari tanpa diketahui oleh sesiapa. Sidang Saman telah menemuinya dan membawanya pulang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mendatangkan rasa simpati pada pembaca.

http://komsas-spm.blogspot.com/2012/02/contoh-jawapan-soalan-novel-ting5.html

Soalan:

Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Anda ingin mengulas novel tersebut untuk disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tulis ulasan tersebut dengan lengkap.

Jawapan:

Strategi:

T=Keistimewaan diri

K=Kekuatan dan kelemahan dari segi tema, plot, perwatakan, nilai,

F= Ulasan

Isi:

1. Tema

2. Watak dan Perwatakan

Page 20: Konserto Terakhir

3. Plot

4. Nilai

5. Mesej

Nama Buku: Konserto Teraakhir

Penulis: Abdullah Hussain

Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Bilangan halaman: 285

Kategori: Novel Remaja

Cetakan pertama: 1980

Harga: RM7.50 (Semenanjung Malaysia)

RM8.80 (Sabah/Sarawak)

Novel yang bertajuk “Konserto Terakhir” ini dikarang oleh Abdullah Hussain. Novel remaja ini ringkas penceritaannya, tetapi padat dengan plot-plot yang menarik dan mengusik hati dengan dialog-dialog yang mudah tetapi tinggi tahap bahasanya. Hasil buah tangan Abdullah Hussain ini sangat menyentuh jiwa pembaca.

Novel ini bertemakan kegigihan seorang anak muda yang menghambakan diri dalam bidang muzik yang diminatinya untuk menjadi seorang pemuzik yang terkenal Watak Hilmi yang lemah dalam pelajaran, tetapi rajin, penyabar dan berjiwa seni. Hilmi berbakat besar dalam bidang muzik. Dia mempelajari ilmu tentang muzik daripada Encik Bakar. Apabila membaca novel ini, pembaca dapat menghayati ayat-ayat yang tertulis dalam buku ini. Hal ini menyebabkan pembaca dapat menggambarkan peristiwa yang berlaku.

Dari segi penciptaan watak, penekanan terhadap watak utama adalah baik. Hal ini demikian kerana pembaca dapat membuat gambaran tentang paras rupa Hilmi ini kalau dia benar-benar wujud. Watak Hayati pula boleh dikembangkan lagi. Hal ini demikian kerana potensi watak Hayati untuk menjadi salah satu watak penting atau penyelamat dalam novel ini, begitu juga dengan watak Datuk Johari dan . Watak Datin Salmah dikembangkan dengan agak menarik sebagai watak antagonis yang berkonflik dengan Hilmi. Kita dapat melihat betapa Datin Salmah memandang rendah akan kemiskinan Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung.

Page 21: Konserto Terakhir

Watak Azizah dan Datin Salamah kurang disenangi hingga akhir cerita. Walaupun kedua-dua watak ini agak kurang menyenangkan, namun kewujudan kedua-dua watak ini mencuit hati juga menerusi perlakuan dan dialog mereka. Novel ini boleh diadaptasikan dalam bentuk skrip drama televisyen pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana teknik penulisan novel ini sendiri sudah memudahkan kerja-kerja penulisan skrip drama.

Kekuatan novel ini terletak pada plotnya yang kukuh.Dalam novel ini, pengarang menyusun plot secara kronologi, ringkas dan dikuatkan dengan babak-babak lucu, menyentuh hati dan menyakitkan hati.Untuk mengembangkan plot, penulis menggunakan pelbagai teknik. Satu daripadanya ialah Teknik imbas muka. Sebagai contohnya, fikiran pembaca akan turut melayang jauh dan mengimbas ke depan tentang kemungkinan peristiwa yang akan dialami oleh Hilmi. Selain itu, teknik dialog yang banyak digunakan dalam novel ini telah berjaya menghidupkan cerita.

Novel "Konserto Terakhir" ini dapat mencetuskan satu bentuk motivasi terhadap pembaca untuk menjadi seorang yang berjaya. Jika pembaca benar-benar menghayati novel ini, pasti air mata pembaca akan tersentuh apabila membaca beberapa babak dalam novel ini. Bagi pelajar atau remaja, novel ini amat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan. Oleh sebab novel ini banyak memaparkan penggunaan bahasa yang menarik, pembaca yang membacanya akan dapat meningkatkan penguasaan bahasanya.

Dalam novel ini, nilai kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan digambarkan menerusi dialog dan perlakuan watak-wataknya. Hilmi beruntung kerana memiliki guru dan sahabat baik seperti Encik Bakar, guru muzik Hilmi yang baik hati dan juga Mamat. Buku ini juga 'menegur' masyarakat secara tersirat, supaya tidak memandang rendah akan kemampuan seorang pemuda yang miskin dan berpelajaran rendah untuk berjaya dalam kehidupannya.

Novel "Konserto Terakhir" adalah salah sebuah buku panduan masa depan terbaik untuk para remaja. Mesejnya mudah difahami, iaitu, jika kita mempunyai cita-cita, jangan cepat-cepat berputus asa bak kata pepatah,”Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Kita tidak harus berputus asa hanya kerana kemiskinan atau berpelajaran rendah. Datuk Hilmi dan Datin Salmah tidak menyangka bahawa Hilmi seorang anak yang miskin dan berpelajaran rendah boleh menjadi pemuzik yang berjaya.

Kesimpulannya, kekuatan novel ini terletak pada jalan cerita yang mudah difahami, plot-plot yang ringkas dan menarik. Novel ini merupakan novel yang patut dibaca terutamanya remaja atau pelajar sekolah. Banyak nilai dan pengajaran yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca..Penulis novel ini, iaitu Abdullah Hussain ternyata seorang penulis yang hebat. Sebagai Sasterwan Negara, Gaya penulisannya mampu mewujudkan produk dengan nilai fleksibiliti yang tinggi dalam dunia

Page 22: Konserto Terakhir

karyawan, apabila dilihat dari aspek komersil. Novel ini bukan sekadar produk bertulis, malah boleh diangkat dalam pelbagai bentuk media.

Tema Novel Konserto Terakhir

Definisi Tema

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang menjadi dasar kepada sesebuah karya sastera. Sesebuah karya biasanya mempunyai satu tema yang biasanya diungkap dalam satu perkataan sahaja.

Tema yang dicipta untuk sesebuah novel mestilah berkaitan dengan keseluruhan novelnya. Semua aksi, cerita dan pengalaman dalam novel juga adalah sub kepada tema utama sesebuah novel. Sebenarnya, selepas membaca keseluruhan jalan cerita novel ini, pembaca yang kritis pasti boleh memberikan satu tema yang ringkas, padat dan kukuh berdasarkan novel yang telah dibaca.

Ada juga tema yang dinyatakan secara terang-terang dalam novel. Hal ini akan lebih menyenangkan para pembaca mengetahuinya dengan lebih senang. Pada pendapat saya, novel Konserto Terakhir mungkin adalah sebuah novel yang menyampaikan temanya secara terang-terang.

Page 23: Konserto Terakhir

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.

Berikut ialah bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan tema novel Konserto Terakhir.

1. Melalui novel ini, pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi yang sebelum ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati.

2. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Setiap kali Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano itu.

3. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano Hayati dan memainkan beberapa buah lagu seperti lagu “anak ikan”. Pengarang melukiskan bakat yang ada pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya menggerakkan jari-jarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia tidak ada asas muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu menyebabkan piano itu rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi.

4. Keazaman untuk menjadi pemuzik menyebabkan Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar, seorang pemimpin quartet yang terkenal. Dengan bimbingan Encik Bakar, Hilmi boleh bermain biola, trompet, seksofon, dan klarinet. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu seperti “Sebuah Intermeso” dan banyak lagunya yang menjadi pujaan ramai.

5. Dunia muzik yang ada jatuh dan bangunnya juga dirasai oleh Hilmi. Hilmi memulakan kariernya dalam dunia muzik apabila bermain dalam quartet di bawah pimpinan Encik Bakar dan akhir-nya digelar sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”.

6. Dia juga telah menubuhkan sebuah kurigan yang diberi nama “Kurigan Dahlia” mengikut perkembangan muzik di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi ketika itu. Pengaruh muzik itu mula hilang dan Hilmi kembali menyertai orkestra dan telah memimpin orkestranya dan menjadi johan tiga kali berturut-turut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTM.

Page 24: Konserto Terakhir

7. Kejayaannya itu menyebabkan dia telah ditawarkan untuk memimpin pertunjukan Orkes Perdana yang sama tarafnya dengan Royal Performance di England dan membuat arrangement semua lagu ciptaannya dan arrangement itu diberi nama “Hilmi Potpouri”.

8. Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang pemuzik profesional, namun bagi Hilmi yang tabah, dia telah melalui setiap cabaran hidupnya dengan nilai-nilai murni.

Posted by CIKGU TAN CL at 8:30 PM 1 comment:

Tuesday, July 15, 2008

Sinopsis Keseluruhan Novel Konserto Terakhir

Novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain

Sinopsis Keseluruhan

Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.

Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya.

Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke laur negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.

Page 25: Konserto Terakhir

Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih-lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung.

Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.

Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.

Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu.

Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi.

Page 26: Konserto Terakhir

Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.

GAYA BAHASA NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien terdapat penggunaan gaya bahasa yang menarik misalnya penggunaan peribahasa. Contohnya, "jauh panggang dari api", 'hangat-hangat tahi ayam" dan biang keladi. Seterusnya, pengarang turut menggunakan ayat yang pendek-pendek seperti "Dia tergamam", "itu sahaja", "Hilmi kecewa" dan "Berfikir sejenak". Penggunaan metafora pula digambarkan melalui kata-kata, "warna perlindungan" dan "tasik matanya".

PERANAN GAYA BAHASA

Setiap gaya bahasa yang digunakan dalam sesebuah hasil karya mempunyai fungsinya tersendiri. Begitu juga dengan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.

Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam novel ini. Antara peranan gaya bahasa dalam novel ini adalah untuk menggambarkan kehidupan keluarga di kota yang berstatus tinggi. Lazimnya, golongan ini sering menggunakan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka. Contohnya, Datin Salmah sering menggunakan perkataan I, you dan coffee morning dalam pertuturannya.

Selain itu, gaya bahasa juga berperanan penting untuk menggambarkan latar-latar masyarakat Melayu yang beragama Islam. Hampir keseluruhan cerita novel ini dipegang oleh watak-watak berbangsa Melayu dan beragama Islam justeru penggunaan bahasa Arab dapat menjelaskan suasana ini. Sebagai bukti, penggunaan perkataan solat sering digunakan oleh orang Islam termasuklah Hilmi.

Di samping itu, gaya bahasa turut berperanan untuk menimbulkan kesan yang mendalam kepada pembaca melalui gaya bahasa personifikasi. Misalnya, jari kelengkeng sebelah kiri tersasul lagi. Selanjutnya, gaya bahasa simile pula memberi gambaran yang jellas kepada pembaca. Contohnya, bunyi terdengung macam kumbang.

Page 27: Konserto Terakhir

GAYA BAHASA

Bahasa Inggeris

M

orning coffee, westernise-kan

Bahasa Arab

D

akwah, insyaAllah

Metafora

D

aun pintu, sebuah senyuman lebar beriak

Simile

B

agai menggamit-gamit memanggilnya

Personifikasi

Lembut wangi menerpa masuk ke hidungnya

Peribahasa

Page 28: Konserto Terakhir

S

eperti menatang minyak yang penuh