Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    1/8

    1

    KONSPIRASI POLITIK DESPERADO KAUM MUNAFIQIN:

    Menangkap mesej ayat 1-8 surah al-Munafiqun

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    2/8

    2

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

    1. Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (Muhammad), mereka berkata,Kami mengakui, bahawa engkau adalah Rasul Allah. Dan Allah mengetahui

    bahawa engkau benar-benar Rasaul-Nya; dan Allah menyaksikan bahawa orang-orang munafiq itu benar-benar pendusta.

    2. Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu merekamenghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Sungguh, betapa buruknya apayang telah mereka kerjakan.

    3. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka telah beriman, kemudianmenjadi kafir, maka hati mereka dikunci, sehingga mereka tidak dapat mengerti.

    4. Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh mereka mengagumkanmu. Dan jikamereka berkata engkau mendengarkan tutur katanya. Mereka seakan-akan kayuyang tersandar. Mereka mengira bahawa setiap teriakan ditujukan kepadamereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap

    mereka; semoga Allah Membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka dapat

    dipalingkan (dari kebenaran)?

    5. Dan apabila dikatakan kepada mereka, Marilah (beriman) agar Rasulullahmemohonkan ampunan bagimu, mereka membuang muka dan engkau lihat

    mereka berpaling dengan menyombongkan diri.

    6. Sama sahaja bagi mereka, engkau (Muhammad) mohonkan ampunan untukmereka atau tidak engkau mohonkan ampunan bagi mereka, Allah tidak akanmengampuni mereka; sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada

    orang-orang fasiq.

    7. Mereka yang berkata (kepada orang-orang Ansar), Jangan kamu bersedekahkepada orang-orang (Muhajirin) yang ada di sisi Rasulullah sampai mereka bubar

    (meninggalkan Rasulullah). Padahal milik Allah perbendaharaan langit dan

    bumi, tetapi orang-orang mufafiq itu tidak memahami.

    8. Mereka berkata, Sungguh, jika kita kembali ke Madinah (kembali dari perangBani Mustaliq), pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah

    dari sana. Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafiq itu tidak mengetahui.

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    3/8

    3

    Huraian Maksud Ayat-ayat:

    Orang-orang munafiq mendatangi Rasulullah s.`a.w., lalu mendeklarasikan kesaksianpalsu tentang kerasulannya. Deklarasi kesaksian lisan yang tidak lahir dari ketulusan

    hati itu dilafazkan semata-mata sebagai taqiyyah, menyembunyikan hakikat pendirian

    sebenar mereka (menolak kerasulan Nabi s.`a.w.) dari diketahui oleh kaum Muslimin.Kata kesaksian (nashhadu) adalah kata yang sangat tegas dengan makna kami tahu dankami bersumpah). Tetapi kesaksian munafiq adalah dusta dan pembohongan besar yang

    dilakukan untuk menipu dan memperdaya umat. Pembohongan inilah yang didedahkan

    oleh Allah s.w.t. dengan ketegasan kata kesaksian wallahu yashhadu(dan Allahbersaksi) bahawa orang-orang munafiqin itu benar-benar pendusta. Yang

    didustakan oleh Allah adalah kesaksian munafiq, bukan kerasulan Muhammad (s.`a.w.).

    Kerana itu kesaksian pendustaan itu diungkapkan setelah mensabitkan kerasulannya (waLlahu ya`lamu innaka larasuluh).

    Demikianlah setiap kali kecurangan dan konspirasi jahat mereka terbongkar, mereka

    segera mendatangi Rasulullah s.`a.w. untuk menyatakan sumpah kesaksian palsuterhadap kerasulannya, suatu penyamaran licik yang bermotif membentengi diri mereka

    dari dikenakan tindakan sebagai orang kafir: diperangi, ditawan dan dirampas harta-

    bendanya (sebagai ghanimah). Mereka menggunakan sumpah (ayman) sebagai

    pendinding persembunyian untuk melakukan kegiatan khianat menyesatkan umat danmenghalang mereka dari jalan Allah. Yang tidak tahu tentang hakikat kemunafikan

    mereka memang sangat mungkin terpedaya dengan tipu-helah mereka yang tampak

    seolah-olah kegiatan orang Islam. Dua kesalahan besar: sumpah palsu dan konspirasimenghalang umat dari beriman, berjihad dan beramal salih itulah yang dikutuk oleh

    Allah sebagai kegiatan curang dan politik jahat, innahum saa ma kanu ya`malun

    (betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan!). Demikianlah budaya politik

    sumpah-sumpahan kaum munafiqin untuk menyembunyikan kecurangan mereka.

    Perilaku kaum munafiqin tersebut memang menimbulkan tanda tanya, kenapa mereka

    boleh menjadi sejahat itu sedang mereka hidup di tengah umat beriman di bawah asuhandan pimpinan profetik al-Rasul s.`a.w.? Persoalan inilah yang dijelaskan dalam ayat 3,

    bahawa Sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir,. Mereka

    menjadi jahat kerana mereka (pura-pura) beriman, kemudian kembali kepada kekafiran- sikap mereka yang sejati dan hakiki, lalu hati mereka terkunci, (fatubi`a `ala

    qulubihim) tidak dapat dimasuki iman dan tidak lapat ditembusi hidayah. Mereka

    tidak dapat memahami apa-pa lagi (fahum la yafqahun), tidak tahu baik-buruk, tidak

    mengenal haq dan batil, tidak memahami hujah dan bukti dan tidak dapat merasakankemanisan Islam dan iman.

    Bahaya kejahatan kaum munafiqin ternyata tidak boleh diremehkan, kerana dari sudut-

    sudut tertentu mereka memiliki daya pesona tersendiri. Penampilan lahiriah merekamemang impresif - bertubuh tegap dan tampan serta petah berbicara, terutama

    pemimpinnya `Abd Llah ibn Ubay (Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh mereka

    mengagumkanmu. Dan jika mereka berkata, engkau mendengarkan tutur katanya).Sekali imbas memang memikat, tidak menghairankan jika ada orang yang tertawan

    dengan keanggunan fizikal mereka dan kepetahan mereka berorasi dan berpidato, seolah-

    olah segala yang mereka ucapkan itu benar belaka. Tetapi pada hakikatnya mereka

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    4/8

    4

    adalah jasad-jasad tanpa roh dan akal, bagaikan tongkol-tongkol kayu mati yang

    menyandar ke tembok, tanpa daya tegak sendiri. Mereka hanya memiliki rupa, tetapi

    tanpa makna, memiliki rangka tetapi tanpa isi, kerana telah kehilangan hidayat dan ilmuyang bermanfaat.

    Pada zahirnya mereka tampak hebat, tetapi pada hakikatnya mereka sangat lemah danpenakut. Bukan mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka hanya berlindung dibalik topeng kemunafikan yang sangat rapuh. Sewaktu-waktu topeng nipis mereka boleh

    terkoyak dan terdedahlah belang mereka yang sebenar. Kerana itu mereka selamanya

    hidup dalam ketakutan dan sentiasa merasa terancam ( mereka mengira bahawa setiapteriakan ditujukan kepada mereka). Setiap bunyi dan setiap gerak dicurigai dan ditakuti

    sebagai bahaya dan ancaman. Demikianlah yang dirasakan pada setiap saat oleh orang

    munafik, orang jahat yang sentiasa dihantui oleh kejahatannya sendiri.

    Kaum munafiqin adalah musuh yang harus diwaspadai. Mereka menyusup di tengah

    jamaah, menyeludup dalam barisan umat, menepati kata musuh dalam selimut yang lebih

    berbahaya berbanding musuh dari luar yang tampil terang-terangan. Tetapi al-Rasuls.`a.w. tidak diperintahkan membunuh mereka atas dasar melayani manusia berasaskan

    keadaan zahir mereka. Yang harus dilakukan adalah menangani gejala kemunafikan

    tersebut secara bijaksana dan penuh waspada dengan keyakinan akan berjaya mengatasi

    tipu-daya konspiratif mereka. Justeru, Tuhan sendiri yang akan membinasakan mereka dimana pun mereka berada dan ke mana pun mereka berlindung. Kesudahan nasib kaum

    munafiqin memang diungkapkan dalam nada do`a, qatalahumu Llah (semoga Allah

    membinasakan mereka), tetapi ia adalah do`a dari Tuhan sendiri, yang bererti suatuketetapan yang pasti dilaksanakan.

    Ayat 5 surah ini memberikan pemerian tentang perilaku kaum munafiqin dalam satu

    peristiwa yang dengan jelas menyerlahkan isi hati mereka, mendedahkan konspirasi jahatmereka dan membuktikan kebohongan sumpah kesaksian mereka ketika bertemu al-

    Rasul s.`a.w. Peristiwa yang dimaksudkan ialah ketika mereka disarankan agar

    menemui Rasulullah s.`a.w. supaya Junjungan memohonkan pengampunan dari Allahatas kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan. Tetapi mereka bersikap besar

    kepala, dengan angkuh mereka menolak dan mempersenda saranan tersebut. Kesalahan

    yang mereka lakukan memang tidak kecil. `Abd Llah ibn Ubay dan rakan-rakannyatelah mengeksploitasi perkelahian antara dua orang (seorang dari kalangan Muhajirin

    dengan seorang dari kalangan Ansar). Perkelahian tersebut berpunca dari keadaan

    berdesak-desak ketika berebut mengambil air dari sebuah telaga sekembali mereka dari

    perang Bani al-Mustaliq. Yang seorang membakar semangat kaum Muhajirin,sementara yang seorang lagi menyalakan sentimen kaum Ansar. Keadaan itulah yang

    diambil kesempatan oleh `Abd Llah ibn Ubay untuk mengapi-apikan semangat asabiah

    Muhajirin-Ansar. Ketua kaum munafiqin itu menghasut kaum Ansar agar jangan lagi

    memberi bantuan (infaq) kepada orang-orang Muhajirin yang mendampingi Nabi s.`a.w.supaya nanti mereka meninggalkan Junjungan s.`a.w. setelah tidak tahan menanggung

    kelaparan. Di samping itu `Abd Llah ibn Ubay juga telah mengucapkan kata-kata

    menghina Rasulullah s.`a.w. dengan bercakap besar, setelah sampai di Madinah nanti,orang yang kuat (maksudnya dirinya sendiri) akan mengusir orang yang lemah

    (maksudnya Rasulullah s.`a.w.). Kesalahannya memang bukan kepalang, tetapi

    mereka tetap berdegil, tidak mahu mengadap Rasulullah s.`a.w. agar Junjungan

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    5/8

    5

    memohonkan pengampunan Allah. Demikianlah sikap golongan munafiq yang angkuh

    dan keras kepala ketika dirasakan keadaan masih selamat. Mereka hanya bersedia

    mengadap Rasulullah s.`a.w. dan melafazkan sumpah kesaksian bohong apabilaterdesak, ketika tembelang mereka terancam pecah.

    Lewat firman-Nya pada ayat 6, Tuhan memaklumkan Rasul-Nya tentang ketetapanhukuman-Nya terhadap kaum munafiqin, ketetapan muktamad yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. Sama ada Rasulullah s.`a.w. memohonkan pengampunan buat mereka atau

    tidak, ketetapan Tuhan tidak akan berubah. Mereka tetap tidak diampunkan.

    Pengampunan tidak membawa manfaat apa pun kepada orang yang terus-menerusbersikap munafiq dan terus-terusan melakukan kejahatan.

    Antara kejahatan yang mereka lakukan diungkapkan pada ayat 7, iaitu kejahatanmenghasut orang-orang Ansar agar jangan lagi menghulurkan sebarang bantuan kepada

    orang-orang (al-Muhajirin) yang setia mendampingi al-Rasul s.`a.w., dengan niat jahat

    supaya akhirnya nanti mereka meninggalkan Junjungan s.`a.w. setelah tidak berdaya

    menanggung derita kelaparan. Ternyata mereka menggunakan strategi yang biasadigunakan oleh para penentang kebenaran sepanjang zaman, iaitu khittat al-tajwi` atau

    strategi melaparkan/memiskinkan lawan. Bukankah strategi itu juga yang dilaksanakan

    oleh kafir Quraysh dalam penentangan mereka terhadap kebangkitan Islam di Makkah,

    iaitu dengan tindakan pemboikotan ekonomi terhadap kaum Muslimin yang dikepung diShi`b Abi Talib? Dan bukankah strategi itu juga yang dilaksanakan oleh rejim-rejim

    masa kini apabila mereka memecat pekerja-pekerja, menutup peluang pekerjaan,

    menyekat kenaikan pangkat, memotong biasiswa, menghentikan bantuan dan tindakan-tindakan kejam lainnya untuk mendera dan memaksa lawan mengubah pendirian?

    Orang-orang Munafiq dan yang sebulu dengan mereka lupa suatu hakikat penting,

    bahawa khazanah rezeki di tangan Allah (Padahal milik Allah perbendaharaan langitdan bumi). Itulah jawapan Allah terhadap tindakan tolol kaum munafiqin tersebut.

    Allah adalah pemilik dan penguasa tunggal yang mutlak seluruh khazanah rezeki.

    Dialah yang berkuasa memberi atau menyekat rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Malah rezeki para penentang agama Allah itu sendiri Allah yang memberi.

    Mereka tidak mampu memberi rezeki kepada sesiapa, termasuk diri mereka sendiri. Jika

    musuh pun Tuhan berikan rezeki, apakah mungkin Tuhan menyekatnya untuk hamba-hamba-Nya yang patuh? Hanya orang-orang bodoh yang memandai-mandai cuba

    mengatur dan menentukan rezeki orang. Samalah bodohnya dengan mereka yang

    memakai khittat al-tajwi` (strategi melaparkan/memiskinkan) untuk menghadapi orang-

    orang beriman. Memang tepat apabila ayat ini menyebut mereka sebagai golongan layafqahun (tidak memahami).

    Satu lagi kejahatan kaum munafiqin diungkapkan pada ayat 8 tentang `Abd Llah ibn

    Ubay, ketua kumpulan ini yang bercakap besar dan biadab bahawa dia lebih ungguldaripada Muhammad s.`a.w. yang disifatkannya sebagai orang lemah dan rendah, dan

    seterusnya bercakap besar, setelah sampai di Madinah nanti ia akan mengenyahkan

    Rasulullah s.`a.w. dari sana. Dengan kekayaan dan jumlah pengikutnya ia berasa sudahcukup kuat untuk melampiaskan dendamnya, mengusir Muhammad s.`a.w., orang yang

    dianggap telah menggagalkannya mencapai cita-cita menjadi pemimpin besar Madinah.

    Sekali lagi dia lupa satu hakikat penting bahawa keunggulan dan kekuatan (al-izzah)

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    6/8

    6

    seluruhnya dan semutlaknya adalah milik Allah dan mereka yang dikurniakannya, iaitu

    Rasul-Nya dan kaum yang beriman. Demikianlah jawapan Allah terhadap kejahilan

    kaum munafiqin tersebut. Allah membawa al-Rasul s.`a.w. dan seluruh pengikutnyabergabung ke pihak-Nya, lalu memperkasakan mereka dengan melimpahkan sebahagian

    daripada kekuatan-Nya. Kejahilan kaum munafiqin tentang hakikat sumber kekuatan

    yang sebenar itu mewajarkan penyebutan mereka sebagai golongan la ya`lamun (tidaktahu), jahil dan bodoh, sebagaimana yang diungkapkan pada akhir ayat ini.

    Renungan Iktibar

    Selama kira-kira sepuluh tahun kaum munafiqin menyusup ke dalam barisan umat Islam

    Madinah, dan selama itulah mereka menjadi duri dalam daging. Tetapi Rasulullahs.`a.w. tidak mengusir mereka, malah tidak mengetahui nama-nama dan batang tubuh

    mereka secara pasti hingga beberapa waktu menjelang kewafatannya. Meskipun

    Junjungan s.`a.w. dapat mengenal mereka dari riak gelagat yang mengisyaratkan

    kemunafikan mereka, namun mereka tetap dilayani sebagai bahagian daripada umatIslam kerana kemunafikan adalah fenomena hati yang menjadi urusan Tuhan, bukan

    urusan manusia. Tuhan sendirilah yang Tahu tentang isi hati manusia, dan Dia

    sendirilah yang berhak menilai dan menghukumnya. Manusia hanya berhak menilai dan

    menghukum yang zahir. Demikianlah prinsip yang harus dipatuhi agar manusia tidakmenghukum orang berasaskan dugaan, prasangka dan firasat semata-mata.

    Meskipun akhirnya Allah memaklumkan senarai penuh orang-orang Munafiqin kepadaRasulullah s.`a.w., namun dasar pelayanannya tidak berubah. Rasulullah s.`a.w. tetap

    tidak mengusir mereka dari jamaah umat kerana pada zahirnya mereka masih mengaku

    Islam dan melaksanakan segala yang difardhukan. Senarai penuh nama-nama orang

    munafiq itu tetap dirahsiakan dari pengetahuan umum. Hanya seorang sahaja darikalangan sahabatnya, Hudhayfah ibn al-Yaman r.`a. yang diberitahu sebagai suatu

    amanah agar tidak disebarkan kepada umum. Sayyidina `Umar ibn al-Khattab yang

    mengetahui bahawa Hudhayfah r.`a. telah diberitahu oleh Rasulullah s.`a.w. tentangperkara tersebut, beliau ingin mempastikan kedudukan dirinya sendiri, bahawa namanya

    tidak tersenarai. Untuk mendapatkan kepastian itu `Umar ibn al-Khattab r.`a. menemui

    Hudhayfah r.`a., menanyakan tentang dirinya. Hudhayfah r.`a. hanya menjawab denganbeberapa patah kalimat, Ya `Umar lasta minhum (Wahai `Umar engkau tidak

    termasuk dalam kalangan mereka), dan hanya itu, tidak ada tokok-tambah.

    Rasulullah s.`a.w. telah diperintahkan agar tidak menyembahyangi mayat mereka yangnamanya tersenarai dalam kelompok munafiqin. Dengan demikian para sahabah hanya

    mengetahui si mati adalah munafiq apabila Rasulullah s.`a.w. tidak

    menyembahyanginya. Setelah Nabi s.`a.w. wafat, Hudhayfah ibn al-Yaman r.`a.

    meneruskan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.`a.w., tidak menyembahyangi mayatseseorang yang diketahuinya termasuk dalam senarai munafiqin. Kehadiran Hudhayfah

    r.`a. menjadi panduan kepada `Umar ibn al-Khattab r.`a. yang tidak bangkit

    menyembahyangi mayat seseorang sehingga beliau melihat kehadiran Hudhayfah r.`a.,yang ditafsirkannya sebagai isyarat bahawa si mati tidak termasuk kelompok munafiq.

    Tetapi jika Hudhayfah r.`a. tidak hadir, `Umar ibn al-Khattab r.`a. pun tidak

    menyembahyangi mayat berkenaan, tanpa berkata apa-apa. Demikianlah berlaku dan

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    7/8

    7

    berlalunya serangkaian peristiwa yang melibatkan kaum munafiqin sesuai dengan

    rencana taqdir dengan segala hikmah tersiratnya untuk menjadi asas pembinaan adab

    dan akhlak, tarbiyah dan ibrah.

    `Abd Llah ibn Ubay ibn Salul adalah watak yang perlu disorot kerana peranan kunci

    yang dimainkannya dalam mempelopori konspirasi kemunafikan. Ia hidup di tengahumat Muslimin, di tengah benderang cahaya hidayah yang menyinari segala ranahkehidupan warga Madinah, dekat dengan Rasulullah s.`a.w., dan menyaksikan

    peristiwa-peristiwa yang membuktikan kebenaran kerasulannya, tetapi ia terdinding dari

    segalanya itu, lalu hidup dalam kesesatan dan kejahatan sepanjang hayat. Allah s.w.t.tidak berkenan memercikkan cahaya hidayah ke dalam hatinya, kerana ada penghadang

    yang menyekatnya. Yang menghadangnya adalah sejenis penyakit hati, hasad dan

    dendam terhadap al-Rasul s.`a.w., yang kerana kedatangannya bersama Islammemusnahkan cita-cita dan harapannya menjadi raja Aus-Khazraj. Hasad dan dendam

    itulah penghadang yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah.

    Demikianlah perihal `Abd Llah ibn Ubay ibn Salul, ketua kaum munafiqin. Lain pulaanaknya, `Abd Llah ibn `Abd Llah ibn Ubay yang menjadi contoh unggul peribadi

    Muslim yang taat dan komited. Ia sebenarnya merasa sangat terganggu dan malu dengan

    perilaku ayahnya, tetapi sebagai seorang anak ia tetap setia berbakti kepada orang

    tuanya sejauh yang dikehendaki oleh agama. Suatu ketika ia mendengar berita bahawaRasulullah s.`a.w. mahu membunuh bapanya (`Abd Llah ibn Ubay), berita yang

    menghadapkannya dengan suatu dilemma yang cukup meresahkan. Ia sangat menyintai

    Islam dan sangat ingin patuh kepada Rasulullah s.`a.w. dalam semua hal, termasuk dalamisu yang melibatkan ayahnya sendiri, tetapi ia juga tidak sanggup menyaksikan

    seseorang memenggal kepala ayahnya lalu berjalan bebas di tengah khalayak. Ia

    menemui Rasulullah s.`a.w. menyampaikan gejolak batin yang sedang dialaminya. Ia

    memohon restu, andainya benar Junjungan s.`a.w. harus membunuh ayahnya, janganperintahkan orang lain melakukannya, tetapi biar ia sendiri yang memenggal kepala

    ayahnya dan ia berjanji akan membawa kepala ayahnya kepada Rasulullah s.`a.w.

    Kepada Rasulullah s.`a.w. ia menyatakan kebimbangannya, jika orang lain yangmelakukannya, ia tidak berdaya mengawal dirinya dari hasutan syaitan asabiah, lalu ia

    melakukan pembalasan membunuh seorang Muslim (pembunuh ayahnya) kerana

    membela seorang kafir (ayahnya), dan kerananya ia akan dihumban ke neraka.

    Dengan kearifan profetiknya, Rasulullah s.`a.w. sangat memahami gejolak perasaan `Abd

    Llah ibn `Abd Llah ibn Ubay. Yang dialami oleh `Abd Llah adalah kelemahan

    manusiawi yang memang wajar dan dapat difahami. Rasulullah s.`a.w. menenangkannyadengan jaminan bahawa ayahnya akan terus dilayani dengan baik. Sebelum ini pun

    `Umar ibn al-Khattab r.`a. pernah menyarankan agar ketua munafiqin itu dibunuh sahaja,

    tetapi Rasulullah s.`a.w. enggan melakukannya dengan berkata, Bagaimana nanti wahai

    `Umar, apabila orang ramai mengatakan bahawa Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya?. Demikianlah perkiraan Rasulullah s.`a.w., bahawadi mata umum `Abd

    Llah ibn Ubay dan pengikut-pengikutnya adalah bahagian daripada umat Islam, dan

    bahagian daripada sahabat-sahabatnya. Dalam mengambil sesuatu tindakan publicopinion harus diambil kira.

  • 7/27/2019 Konspirasi Desperado Kaum Munafikin

    8/8

    8

    Sebagai seorang anak memang `Abd Llah ibn `Abd Llah ibn Ubay tidak sanggup

    menyaksikan orang lain memenggal kepala ayahnya, tetapi sebagai seorang Muslim

    yang komited, ia tidak dapat menerima kebiadaban ayahnya menghina Rasulullah s.`a.w.,berlagak perkasa lalu mengancam akan mengusirnya setelah kembali ke Madinah dari

    perang Bani al-Mustaliq. Dalam perjalanan pulang dari peperangan Bani al-Mustaliq, di

    perbatasan Madinah, dengan pedang terhunus, `Abd Llah menghadang ayahnya darimemasuki Madinah sehingga Rasulullah s.`a.w. tiba. Ketika itu `Abd Llah menuntutayahnya melafazkan ikrar bahawa yang unggul (al-a`azz) adalah Rasulullah s.`a.w., dan

    yang lemah (al-adhall) adalah dirinya (`Abd Llah ibn Ubay ). `Abd Llah juga

    menuntut ayahnya meminta izin lebih dahulu kepada Rasulullah s.`a.w. sebelummemasuki Madinah. Hanya setelah mendapat izin dari Rasulullah s.`a.w. barulah `Abd

    Llah ibn Ubay dibenarkan masuk. Demikianlah tindakan `Abd Llah ibn `Abd Llah ibn

    Ubay yang memastikan - dalam bentuk peristiwa nyata - siapa yang sebenarnya kuatdan siapa yang sebenarnya lemah. Memang manusia mempunyai kelemahan, tetapi

    manusia juga memiliki kekuatan yang mengagumkan apabila mendapat suntikan iman.

    `Abd Llah ibn `Abd Llah ibn Ubay telah membuktikannya. .

    TM66

    KDH:30112013