22
Konsep Penilaian Pendidikan Seni: Pembelajaran Pendidikan Seni umumnya untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminasi apa yang dilihat oleh mata meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak seterusnya mampu membaca imej-imej visual. Secara tidak langsung dapat memahami simbol-simbol budaya yang wujud dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Melalui Pendidikan Seni ini juga dapat membina kemahiran psikomotor dalam pelbagai kemahiran di samping menyuburkan domain afektif setiap pelajar, yakni teras kepada kepada pembelajaran Pendidikan Seni itu sendiri. Justeru untuk mengenalpasti sejauh manakah matlamat pelajaran ini terlaksana dengan berkesan, perlulah dibuat pengukuran, pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni ini. (Raminah Hj Sabran:1991) Untuk proses penilaian, matlamat dan objektif dalam Pendidikan Seni itu sendiri perlu jelas ditambah dengan pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang terancang, lengkap dengan sumber dan strategi oleh guru Pendidikan Seni. Bahkan kita perlu tahu apakah tujuan dan fungsi penilaian Pendidikan Seni. Pelajar akan dinilai daripada pelbagai aspek seperti domain afektif, psikomotor dan kognitif serta kesesuaian kandungan kurikulum Pendidikan Seni itu sendiri. (Lansing:1977) Sehubungan dengan itu maka akan timbul persoalan, siapa yang akan dinilai, berdasar kriteria apakah pelajar dan hasil karya mereka dinilai, mekanisma apa yang digunapakai, instrumen bagaimana yang dianggap sesuai dalam penilaian Pendidikan Seni, bahkan banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan seterusnya dipertikaikan. Tujuan Penilaian: a) mengumpul maklumat pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). b) Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. c) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari. d) Mendapatkan maklumat keberkesanan pengajaran guru. e) Merekod keputusan penilaian untuk tujuan rujukan. f) Mengambil tindakan sewajar supaya Pengajaran & Pembelajaran lebih berkesan g) Menilai keberkesanan kurikulum. (Mak Soon Sang:2003)

kopo

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kopo

Citation preview

Page 1: kopo

Konsep Penilaian Pendidikan Seni:

Pembelajaran Pendidikan Seni umumnya untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminasi

apa yang dilihat oleh mata meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak seterusnya

mampu membaca imej-imej visual. Secara tidak langsung dapat memahami simbol-simbol budaya yang

wujud dalam ruang lingkup kehidupan manusia.

Melalui Pendidikan Seni ini juga dapat membina kemahiran psikomotor dalam pelbagai kemahiran di

samping menyuburkan domain afektif setiap pelajar, yakni teras kepada kepada pembelajaran Pendidikan

Seni itu sendiri. Justeru untuk mengenalpasti sejauh manakah matlamat pelajaran ini terlaksana dengan

berkesan, perlulah dibuat pengukuran, pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni ini.(Raminah Hj

Sabran:1991)

Untuk proses penilaian, matlamat dan objektif dalam Pendidikan Seni itu sendiri perlu jelas ditambah

dengan pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang terancang, lengkap dengan sumber dan

strategi oleh guru Pendidikan Seni. Bahkan kita perlu tahu apakah tujuan dan fungsi penilaian Pendidikan

Seni. Pelajar akan dinilai daripada pelbagai aspek seperti domain afektif, psikomotor dan kognitif serta

kesesuaian kandungan kurikulum Pendidikan Seni itu sendiri. (Lansing:1977)

Sehubungan dengan itu maka akan timbul persoalan, siapa yang akan dinilai, berdasar kriteria apakah

pelajar dan hasil karya mereka dinilai, mekanisma apa yang digunapakai, instrumen bagaimana yang

dianggap sesuai dalam penilaian Pendidikan Seni, bahkan banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan

seterusnya dipertikaikan.

Tujuan Penilaian:

a) mengumpul maklumat pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

b) Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

c) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari.

d) Mendapatkan maklumat keberkesanan pengajaran guru.

e) Merekod keputusan penilaian untuk tujuan rujukan.

f) Mengambil tindakan sewajar supaya Pengajaran & Pembelajaran lebih berkesan

g) Menilai keberkesanan kurikulum. (Mak Soon Sang:2003)

(a) Mengapakah Pelajaran Pendidikan Seni Perlu Melalui Proses Penilaian:

Fungsi penilaian Pendidikan Seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru untuk mengetahui tentang

kemajuan dan perkembangan pembelajaran pelajar. Menurut Eisner (1985), hasil daripada sesuatu

penilaian boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang

bermasalah dalam mata pelajaran ini. Hasil penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk membaiki

kurikulum Pendidikan Seni supaya lebih berkesan. Secara tidak langsung penilaian berfungsi untuk menilai

keseluruhan kandungan sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni seterusnya dijadikan sebagai petunjuk

dan panduan bagi membaiki kelemahan yang ada serta kekuatan di sebaliknya.

Proses penilaian kepada pelajar Pendidikan Seni diperlukan untuk mengukur pencapaian mereka dalam

mata pelajaran ini. Penilaian sering dilakukan sama ada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesi

persekolahan (sumatif). Jelasnya di sini penilaian adalah untuk mengukur sama ada berjaya atau tidak

pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memain peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh

untuk pendidikan. (Beattie:1997)

Page 2: kopo

(i) Penilaian Formatif:

- berfungsi melihat pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar secara eksplisit seperti mengukur

perkembangan kemahiran (psikomotor), perkembangan sikap dan tingkahlaku (afektif) yang memerlukan

bimbingan dan galakan.

- Penilaian ini juga dapat menyampaikan maklumbalas secara tersusun kepada guru untuk memilih atau

membaiki pengalaman pembelajaran berikutnya sama ada melalui aktiviti pengukuhan atau pemulihan

(Mokhtar Ismail,2002:9)

(ii) Penilaian Sumatif:

- bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu (kognitif).

Lazimnya penilaian ini dijalankan pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P). 

- Tujuan penilaian juga untuk memberikan gred-gred tertentu selain membekalkan maklumat dan menilai

keberkesanan pengajaran guru.(Mazlan:1996)

Proses penilaian dalam Pendidikan Seni perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengesan pencapaian dan

prestasi pelajar kerana melalui penilaian ini dapat menunjukkan kebolehan murid dalam menggunakan

pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sama ada dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor,

seiring dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni itu sendiri yang keseluruhannya untuk melahirkan

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kesan dari objektif di atas, guru perlu

mengubahsuai kaedah dan cara penilaian prestasi pelajar. Instrumen yang digunapakai perlu sesuai untuk

penilaian yang berkesan.(Pusat Perkembangan Kurikulum)

Guru perlu menguji pelajar aspek kognitiff yang lebih tinggi seperti menganalisi, mensintesis dan membuat

penilaian yang berterusan mengikut pentaksiran terkini. Penilaian ini perlu dalam usaha meningkatkan

pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni dapat diamalkan dalam

kehidupan dan kerjaya. Ini adalah kerana perkembangan pemikiran adalah satu daripada objektif di dalam

pelajaran. (Bloom:1956)

Pembelajaran dan domain kognitif di peringkat lebih tinggi seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

adalah lebih kekal, bermakna dan lebih memberi manfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pelajar yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus (pengetahuan terminologi dan

pengetahuan fakta khusus) akan mempunyai pengetahuan tentang konsep sesuatu tajuk yang diajar. Ini

akan memudahkan lagi proses P&P di dalam kelas. (A.J.Harrow:1972)

Kefahaman sedia ada pelajar untuk memudahkan mereka menterjemah sesuatu tajuk di samping dapat

menginterpretasi bahan-bahan atau kerja seni akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pelajar

apabila membincangkan sesuatu tajuk yang diajar guru. (D.R.Krathwohl:1974)

Aras-aras dalam domain kognitif ini menguji kesinambungan sehingga akhirnya di peringkat penilaian.

Pelajar diberi kepercayaan oleh guru untuk menilai dengan cara yang kritis dan menggunakan kriteria untuk

menilai sesuatu kerja seni yang dihasilkan oleh mereka Justeru aspek kognitif ini memain peranan penting

untuk melahirkan pelajar yang sempurna akal fikirannya melalui rangsangan-rangsangan yang dicipta guru

dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual d sekolah-sekolah.

Pendidikan Seni juga merupakan mata pelajaran yang merangsang pemikiran pelajar. Melaluinya

membolehkan pelajar melihat secara empati dan menganalisi bagaimana manusia menggunakan pemikiran

kreatif mereka untuk menyelesaikan masalah. 

Rasa empati boleh dilahirkan dengan isu alam sekitar. Seorang pelajar yang mengahargai ciptaan Tuhan

akan melihat isu pembalakan haram sebagai sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berleluasa. Untuk

Page 3: kopo

menunjukkan rasa empati, pelajar ini akan menghasilkan sesuah karya yang mempunyai beberapa idea

untuk dikaitkan dengan tema yang ingin disampaikan. Perasaan empati terhadap alam sekitar yang semakin

diceroboh tanpa mengambil kira faktor keselamatan masyarakat di persekitarannya boleh diterjemahkan ke

alam nyata melalui simbol-simbol penjanaan idea. 

Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; ”Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya

sendiri”.

Ini secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar tentang alam hijau yang sepatutnya dipelihara dan

bukan dibinasakan. 

Melalui pemikiran juga mereka menjana idea untuk melahirkan pelbagai imej. ”Visual Thinking” dapat

melahirkan pelajar yang berinovatif seterusnya memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan

karya seni. Seterusnya dapatan dari ”visual thinking” tadi pelajar akan melalui ”thinking process” dalam

mengembang idea dan secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan

masalah (problem solving). 

Yang dimaksudkan di sini ialah, guru boleh mengcungkil idea pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dapat

merangsang pemikiran mereka. Sebagai contoh untuk menguji kebolehan pelajar dalam menjanakan idea,

guru boleh memberi tugasan yang mempu melahirkan pelajar yang berinovatif iaitu mengeluarkan idea yang

tidak terjangkakan oleh akal fikiran guru itu sendiri.

Jika pelajar diberi satu tema berkaitan ”angkasawan”, pelajar dari kumpulan lemah atau sederhana mungkin

akan menterjemahkan tema tersebut melalui objek-objek yang ”natural” seperti figura yang memakai

pakaian angkasa, bumi, bintang dan lazimnya yang dilukis oleh pelajar yang kurang kreatif tetapi bagi

pelajar yang kreatif dan inovatif mungkin akan menghasilkan satu karya yang ”supernatural” di mana objek-

objek yang dipilih melangkaui pemikiran dan kebolehan pelajar yang seusia dengan mereka. Pelajar dari

kumpulan ini tadi akan berfikir dan terus berfikir untuk menyelesaikan tugasan tentang angkasawan yang

diberi guru. Proses ini sebenarnya membantu perkembangan minda pelajar. Pelajar akan lebih inovatif jika

dapat menghasilkan idea yang luarbiasa tanpa diduga oleh guru bahawa pelajar tersebut mampu lakukan.

Idea baru merupakan tanda-tanda kreativiti pelajar bermula. Daripada idea-idea baru ini mendorong pelajar

membina semangat jati diri serta menghargai alam ciptaan Tuhan. Michael (1983) menyatakan;

’Selain dari memperkembangkan minat dan bakat, pendidikan seni dapat mendorong dan mendidik pelajar-

pelajar melahirkan idea-idea kreatif......’

Menyentuh tentang semangat jati diri, bagaimana pelajar dikatakan mempunyai jati diri? Jati diri bermaksud

sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagai yang menjadi

teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya melalui identiti

masing-masing. Bagi pelajar Pendidikan Seni, ini meliputi bagaimana seseorang itu menonjolkan imej, cara

dan gayanya apabila menghasilkan sesebuah karya yang mempertimbangkan aspek-aspek tersebut.

Maknanya penampilan diri adalah sebahagian daripada ketrampilan yang perlu ada pada seseorang pelajar

itu.Jati diri yang lebih dipandang dari sudut psikologi moden iaitu dengan mengenal kepribadian diri kita

masing-masing untuk kemudian melangkah ke arah yang lebih positif. 

Pelajar dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi

proses pembesaran mereka. Hasil karya seni yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan

merupakan refleksi pemikiran mereka seterusnya meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. (Calvin

W.Taylor)

Justeru Pendidikan Seni perlu melalui proses penilaian dalam usaha membina jati diri pelajar ke arah

Page 4: kopo

pembentukan negara bangsa. Namun begitu dalam membuat penilaian, guru harus mengambil kira

kepelbagaian tahap kecerdasan pelajar.Ini adalah kerana pelajar mempunyai perbezaan dari segi ketepatan

dan had laju pada gerak balas mereka apabila diuji dalam tugas yang mudah dan sederhana apatah lagi

pada aras kognitif yang tinggi (Wundt, Germany,Galton, England, Cartell, Amerika).

(b) Apakah Aspek Yang Perlu Dinilai:

Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasar kepada beberapa prinsip seperti perlu ada keesahan,

keboleh percayaan, apa yang dinilai telah dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dan ada

hubungannya dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum mata pelajaran Pendidikan Seni itu sendiri.

(Kementerian Pelajaran Malaysia:2002)

Falsafah pendidikan hari ini memberi penegasan kepada penyelarasan individu seluruhnya, dari aspek

fizikal, mental, emosi dan sosial. Oleh itu hasil pendidikan perlu mencerminkan matlamat pendidikan yang

meluas. Tidak lagi terhad ke arah penguasaan kontent atau kecekapan kemahiran sahaja sebaliknya perlu

mengambil kira faktor dan kuasa dalam persekitarannya. (Abu Bakar Nordin:1987)

Justeru aspek yang perlu dinilai secara keseluruhan dan bukan setakat mengandungi ”resitasi” (perkataan

demi perkataan yang dihafal dalam menjawab ujian) sebaliknya dapat menyediakan pelajar kepada

kehendak hidup masa kini dan masa hadapan berdasar pengalaman pembelajarannya.

Antara aspek yang perlu dinilai ialah;

i) Perbezaan keupayaan yang dipunyai oleh seseorang pelajar dalam situasi belajar. Kesihatan jasmani,

kebolehan mental, tahap emosi, minat dan keperluan serta persekitaran dan sosial dicerminkan melalui

sikap dan tabiat pelajar memberi maklumat kepada guru mengenai kaedah yang sesuai untuk dijalankan

penilaian.(Lovenfeld:1975)

ii) Nilai estetika yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan deria. Menurut Bates (2000),

ia merupakan satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan, begitu juga pendapat Gazalba (1978);

estetika membawa nilai kecantikan dan kebaikan. Dalam penilaian guru perlu memilih karya yang berkualiti

dan untuk itu perlu ada standard dan kualiti yang tertentu jenisnya.

iii) Proses penciptaan sesuatu hasil karya; 

Dalam penilaian di sekolah guru perlu menilai karya seseorang pelajar dengan melihat keupayaan pelajar

tersebut mengasilkan karya secara realistik. Dalam konteks ini kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di

dalam sesebuah karya diambil kira. Karya yang berkualiti dapat menghuraikan makna dari aspek

meningkatkan tindak balas emosi, mood dan idea kepada penilainya. Secara tidak langsung aspek kognitif

telah dinilai oleh seorang guru terhadap kebolehan pelajarnya tentang cara mengendalikan proses

penghasilan seperti mematuhi teknik-teknik dan prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah

untuk mendidik pelajar menjadi manusia supaya sentiasa mengamalkan pertimbangan estetik dan hidup

yang lebih bermakna; justeru kualiti pengamatan perlu dikembangkan. (Rudolf Arnheim:1972)

Selain itu pelajar juga perlu menguasai proses penghasilan seperti penggunaan media, alat, teknik dan

amalan keselamatan. Ini kerana penilaian guru sepatutnya menyeluruh sesuai dengan objektif keempat

Page 5: kopo

dalam mata pelajaran ini; iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media teknik dan teknologi untuk

merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Penilaian guru termasuklah bagaimana

pelajar mengawal, mengguna bahan dan teknologi dalam menghasil sesuatu karya seni itu.(Sukatan

Pelajaran Pendidikan Seni: KPM)

iv) Konteks objek yang ingin dinilai; 

Apabila pelajar menghasilkan sesebuah hasil karya seperti contoh artifak, guru perlu melihat hasil karya

tersebut bukan sahaja sebagai sebuah artifak atau produk semata-mata tetapi sebagai sesuatu aspek yang

mampu dinilai statusnya. Penilaian perlu berlandaskan kepada hala tuju yang sesuai serta sebuah matlamat

demi mendapatkan pemahaman yang menyeluruh serta penilaian yang tepat (Diffey; The Republic of Art). 

Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama iaitu melestarikan dan

mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu masyarakat

yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon mereka terhadap sesuatu

perkara. Ini dapat dilihat kepada 10 objektif Pendidikan Seni Visual seperti yang terkandung di dalam

sukatan pelajaran

v) Nilai artistik; 

Terletak pada apa yang dipersembahkan kepada guru oleh pelajar itu sendiri. Pengolahan idea pelajar

bermula dari pengetahuan yang dimiliki. Pelajar menghasilkan sesuatu hasil karya berdasarkan kepada

sesuatu karya yang telah diterima pakai dalam ruang lingkup budayanya. Namun apa yang perlu dinilai di

sini adalah tujuan penciptaan sesuatu karya tersebut. (Tjetjep Rohendi Rohidi:1994)

vi) Persembahan produk; 

Guru juga perlu membuat penilaian dari aspek persembahan produk kerana dalam penghasilan sesebuah

karya, elemen ini amat penting kerana pelajar akan menguasai beberapa kemahiran seperti inkuiri

mengenai melalui penyelidikan. Mereka juga perlu bersikap fleksibiliti dalam membuat hasil seni dan seni

reka. Setiap pelajar mempunyai interpretasi dan penilaian persepsi yang berlainan, justeru produk yang

dihasilkan berbeza bagi setiap individu dari segi bentuk, kualiti ekspresif dan stail. Secara tidak langsung

pelajar akan menguasai kemahiran dalam mengorganisasi unsur tampak melalui penggunaan prinsip-

prinsip seni dalam proses penciptaan. Peluang seperti ini akan mendorong pelajar mencebur diri dalam

situasi yang lebih kreatif, inovatif, reflektif dan pemikiran kritikal. (Goldberg:1997)

Apa yang diharapkan di sini pelajar akan memasukkan elemen teori dan falsafah serta sumber-sumber

pengalaman estetik dalam menghasilkan karya mereka. Guru sebagai penilai akan dapat mengesan nilai

seni, mengapa dan sebab karya seni dibuat, yang sepatutnya dipertimbangkan oleh pelajar.

Page 6: kopo

c) Apakah Kualiti Yang Perlu Ada Pada Seseorang Guru Pendidikan Seni Untuk 

Melaksanakan Penilaian Tersebut:

Melalui penilaian yang telah dilakukan oleh guru dengan penggunaan instrumen yang sesuai, guru dapat

mengesan punca-punca kelemahan pelajar. Selepas membuat kajian terhadap keputusan ujian pelajar,

barulah guru dapat menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti dan bahan-bahan

pengajaran yang lebih efisyen. Seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunkan

pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Namun begitu kualiti

seseorang guru juga menjadi ukuran dalam melaksanakan penilaian tersebut kerana keberkesanan sesuatu

penilaian itu menentukan kualiti sesuatu aktiviti yang telah dirancang. Justeru guru perlu mempunyai

kemahiran dan kepakaran dalam mata pelajaran yang diajar supaya dapat menggalakkan pelajar

mengeluarkan idea yang lebih spontan. (Beattie:1997) 

Antaranya yang dapat disenaraikan adalah seperti berikut;

i) Mahir dalam menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen

penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu guru

membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JSU, guru dapat merangka

tajuk atau kemahiran yang hendak diuji dan mengikut peringkatnya seperti dalam Taksonomi Kognitif

Bloom, di mana bilangan dan peratus soalan berdasar aras pembinaan item untuk setiap peringkat kognitif.

Dalam konteks penilaian seperti ini ”keesahan” pembinaan item penting kerana ia ada perkaitan dengan di

antara perkara yang hendak diuji dengan perkara yang telah diajarkan oleh guru kepada pelajar. Jika guru

Pendidikan Seni tidak mempunyai kemahiran, penilaian yang dijalankan boleh diragui.

ii) Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam Pendidikan Seni seterusnya

memastikan objektif dan matlamat dalam Sukatan Pelajaran tercapai. Ini termasuklah pemilihan tajuk yang

hendak dinilai. Analisis item perlu dilakukan untuk mengkaji ciri item sama ada sesuai atau tidak untuk

dijadikan alat bagi mengukur penguasaan pelajar.

iii) Bersikap telus dan tidak bias, tanpa mengira pelajar yang berlainan etnik, jantina, bangsa, latar belakang

agama dan sebagai. (Persidangan Kebangsaan Penilaian Berasaskan sekolah,2002:213). Guru perlu bijak

menggunakan semua skala penaksiran yang bersifat adil pada semua. Contoh dengan memberi markah

secara konsensus. Untuk kerja kursus pula, penilaian perlu dilakaukan secara berterusan daripada

peringkat awal hingga ke hasil akhir.

iv) Sebagai ”Pemantau” yang cekap dan berkesan. Sonia Blandford (1999), menyatakan proses

pemantauan dan penilaian akan memberitahu tentang kualiti subjek serta mengikut ”standard”. Melalui

pemantauan ini, guru menengok, melihat dan menjenguk atau lebih tepat didefinisikan sebagai proses

memerhati dan mengawasi sesuatu benda, aktiviti atau kerja supaya sentiasa dalam keadaan baik dan

dilaksanakan dengan betul, seterusnya menghasilkan kerja yang sempurna, sebagai contoh Penghasilan

Folio yang dinilai secara berterusan dan fokus. Penilaian dapat dibuat memenuhi keperluan pelajar dari

aspek proses penghasilan produk dan produk seni itu sendiri.

v) Guru Pendidikan Seni perlu peka dengan perkembangan Teori Kepelbagaian Kecerdasan kerana

impaknya menunjukkan perbezaan prestasi di kalangan pelajar.(Gardner:1983)

Page 7: kopo

Kesimpulan:

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi

yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan

sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.

Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni, penilaian lebih menjurus dan fokus kepada tahap kemahiran serta

keupayaan pelajar dalam menghasilkan sesebuah karya atau produk dengan menggunakan bahan,

peralatan, dan media yang mampu diadakan. Penilaian berdasar kepada kecekapan pelajar menggunakan

peralatan, bahan dan media bersesuaian dengan tema yang diberi. Ini termasuklah penilaian yang berfokus

kepada kecekapan atau ketrampilan pelajar dalam menghasilkan produk seni seperti kraf dan sebagai.

Penilaian seumpama ini yang terikat pada kontent mata pelajaran dan terbatas kepada produk seni itu

sendiri tidak mampu menunjukkan penilaian yang telah sedia ada mengikut prinsip-prinsip penilaian yang

sebenarnya, justeru sudah tiba masanya untuk kita memperbaiki kaedah atau cara pelaksanaan penilaian

mata pelajaran Pendidikan Seni ini supaya semua pelajar yang mengambil mata pelajaran ini mendapat

manfaat serta yakin dengan hala tuju mereka. Oleh itu peluang untuk pelajar juga harus diberi sebagai

galakan kepada mereka agar dapat memberi ketrampilan yang lebih berkesan dalam proses pembelajaran

atau proses penilaian harian (Beattie:1997)

Page 8: kopo

Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

a. pemerhatian secara aktif

b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

c. apresiasi seni visual secara mudah

d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan,

berfokus, dan terperinci dapat menajamkan perseps i murid.

Selain memperkembang deria penglihatan, aspek ini  juga melibatkan pancaindera lain

melalui kajian perbandingan. Kajian seper ti ini membantu

perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut

diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan

dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah

untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi

mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan

idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah

perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan

bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni

visual berhubung dengan manipulasi alat dan bah an serta

teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat

interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya de ngan objek

yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana  memberi peluang kepada

murid belajar secara tidak langsung. Murid  juga dapat

mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa

akan datang.

 Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai  kegiatan

kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan

menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil

kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti

lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid

diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Page 9: kopo

 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga

dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang

wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan

memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai  kebersihan,

dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya

apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

P E N I L A I A N  D A L A M   S E N I  V I S U A L

Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi

penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid

menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif.

Secara tidak langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada  perbuatan murid yang

mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu

membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui

Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai  empat  unsur iaitu  penilaian berasaskan

sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian

yang adil.

Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari

segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.

Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan

sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid.

Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab

sepenuhnya untuk mela ksanakan

Penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen

serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekod pencapaian murid,

menganalisis markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan

yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan

kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi

pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.

Page 10: kopo

Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah:

a) ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lain-lain contoh):

Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca

punca yang menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan.

Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya. Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memulai sesuatu pelajaran. Dengan cara sedemikian barulah sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan pada peringkat yang sesuai.

Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran setelah punca kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat dirancang dan dijalankan. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967)

Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan/membuat keputusan dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa Penilaian ialah proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai. Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya sekali.

Contoh Ujian Diagnostik:

Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.

Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni.

Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan pelajaran, selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan.

Page 11: kopo

Gambarajah 2:

Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan P&P yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.

Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.(Gronlund,N.E:1965)

Kesimpulannya di sini penilaian merupakan sebagai proses pengajaran-pembelajaran secara berterusan. Maklumat yang diperolehi selepas penilaian dilakukan dapat digunakan serta merta bagi mengatasi mana-mana masalah pembelajaran yang wujud. Keadaan ini dapat dilihat dalam gambarajah 3. (Abu Bakar Nordin:1986)

b) pemerhatian/pengamatan:

Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara yang berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai contoh dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami dan mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan, seni bina dan sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar akan

Page 12: kopo

mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya.

Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang dikemukakan kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal, mungkin ia akan memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu daripada gambaran sebenar.

Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran, penglihatan, penyentuhan dan sebagai.

Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan tersebut, guru akan membuat penilaian untuk mengesan perkara yang telah dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga memerlukan maklum balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.

b) Ujian bertulis:

i) Ujian Objektif

Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui. Di antara sifat-sifat ini ialah pengetahuan tentang sesuatu, kemahiran di dalam bidang, sikap terhadap sesuatu kumpulan manusia, minat dalm seni serta reaksi terhadap sesuatu pergerakan. Maklumat tentang sifat-sifat ini hanya dapat “di infer” daripada perlakuan yang ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu daripada situasi ini ialah situasi ujian.

Ujian selalu digunakan untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran pelajar. Banyak keputusan dibuat berasaskan maklumat daripada ujian. Ujian mesti mempunyai keesahan yang dapat diterima dan ujian itu juga boleh dipercayai bahkan senang dan praktikal kepada pihak yang menggunakannya seterusnya dapat memberi maklumat tentang apa yan g ingin diketahui guru.

Seseorang pelajar yang selalu mendapat kepujian dalam ujian akan mempunyai sikap positif terhadap guru, sekolah dan pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang selalu gagal akan mempunyai sikap yang negative dan aspirasi rendah. Justeru guru dan pengguna ujian sama ada dalam dibentuk sendiri atau didapati daripada punca lain.

Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta senang dijawab. Satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan mudah dan cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu diambil kira supaya susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan

Page 13: kopo

pembelajarannya melalui keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini disebabkan setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran.

Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan penyelewengan semasa menjawab. Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan item ini perlu dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.

ii) Ujian Subjektif:

Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintiik. Penyataan juga tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara;

a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu

- membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi.

b) pemarkahan secara analitik

- pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi pecahan markah mengikut kronologi kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Kertas 2: Seni Halus (menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu;

i) Warna – 15 markah

ii) Gubahan – 15 markah

iii) Interpretasi – 10 markah

iv) Kreativiti – 10 markah

Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya pelajar dengan markah yang diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah yang tinggi apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di sebaliknya.

(c) Pentaksiran

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan

Page 14: kopo

dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.

Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara tidak langsung mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara kita. Antara persoalan yang timbul seperti berikut;

a) Soalan bocor

b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada

c) Soalan di luar sukatan pelajaran

d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan

e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali.

f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang

berkualiti tinggi.

h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi.

i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah.

j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali.

(d) Portfolio

Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:

a) Komunikasi/ekspresi

b) Keyakinan diri

c) Perkembangan persepsi

d) Pengetahuan seni

e) Ketekalan organisasi estetika

f) Kreativiti

g) Kemahiran

Page 15: kopo

h) keupayaan

Isu yang timbul:

a) Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi kerana anggaran kewangan berdasar kepala pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang peruntukan yang diterima juga kurang sedangkan perbelanjaan untuk menghasilkan folio memerlukan perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang diperuntukkan oleh PCG; terpaksa ambil dari menengah rendah T1 hingga T3 kerana biasanya peruntukan PCG untuk mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang ramai

b) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan mengikut takwim penghasilan folio dan hasil karya; menyebabkan mereka terpaksa datang pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu tetapi disebabkan masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak sempurna

d) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat pelajar yang tidak mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di T4 dn T5, tetapi mendaftar mata pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari awal proses P&P.

a) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya kualiti P&P dapat ditingkatkan.

(e) Menggunakan senarai semak

Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap P&P Pendidikan Seni.

Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986)

Selain daripada itu dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama dan yang mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen & Rederick:1978)