Upload
phungthuan
View
244
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
2016 -2020
PELANKORPORATLEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
EDISI TERHADNaskah terbitan ini hanya untuk
edaran LPP sahaja
KANDUNGAN
PERUTUSAN MENTERI iii
PERUTUSAN PENGERUSI LPP v
PERUTUSAN KETUA PENGARAH LPP vii
1 PENGENALAN 1
2 OBJEKTIF PELAN KORPORAT 1
3 EVOLUSI PELAN KORPORAT LPP 2
4 HALATUJU PELAN KORPORAT LPP KE-6 (2016-2020) 8
5 OBJEKTIF PKe-6 12
6 TERAS STRATEGI PKe-6 14
7 JANGKAAN PENCAPAIAN SEHINGGA TAHUN 2020 32
8 PEMANTAUAN PELAKSANAAN PKe-6 32
ii
PERUTUSAN MENTERI
Assalamualaikum w.b.t
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga LPP atas inisiatif menyiapkan Pelan Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang Ke-6 (2016-2020) sebagai satu perancangan untuk membantu LPP dalam merangka halatujunya pada masa depan.
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, LPP memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor pertanian negara khususnya bagi meningkatkan taraf sosioekonomi para peladang tanahair. Petani-petani negara umpama pahlawan tak didendang yang memastikan bekalan makanan negara mencukupi. Di sinilah LPP perlu berperanan dalam memastikan kebajikan golongan petani ini mendapat pembelaan sewajarnya.
Aliran imbangan dagangan negara terutamanya dalam sektor pengeluaran makanan masih lagi dalam defisit dan usaha berterusan dalam menambah hasil pengeluaran ini perlulah ditingkatkan. Kita juga perlu memperhalusi dan mencari sumber lain dalam hal makanan ternakan sebagai contoh bagi mengurangkan kebergantungan yang terlalu tinggi kepada import makanan ternakan ini.
Sememangnya makanan adalah keperluan utama manusia untuk hidup. Jadi dasar ke arah pengeluarannya perlulah diberi perhatian serius sepanjang masa. Dengan bekalan makanan yang mencukupi barulah masa depan makanan negara selamat dan terjamin kelestariannya. Peranan LPP selaku agensi yang berada di barisan hadapan amatlah diperlukan di sini dalam menggembleng petani-petani ini mengeluarkan hasil pertanian negara ke paras yang dikehendaki ini.
Saya juga meletakkan harapan yang tinggi kepada seluruh warga kerja LPP, NAFAS, PPN dan PPK dalam menjayakan wawasan ini serta dapat bersama-sama mengharungi dugaan dan cabaran yang mendatang bersama-sama sebagai satu pasukan. Oleh itu, tindakan berpasukan ini diharap dapat membantu menstrategikan Pelan Korporat ke-6 (PKe-6) ini ke arah kejayaan yang diharapkan.
Mudah-mudahan penghasilan PKe-6 ini memanfaatkan kita bersama. Amin.
Sekian.
DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEKMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani
PELAN KORPORAT 2016-2020 iii
iv
Perutusan Pengerusi LPP
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita menjayakan Pelan Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang Ke-6 (2016-2020). Syabas saya ucapkan kepada seluruh warga LPP atas inisiatif menyiapkan tugasan ini sebagai satu perancangan untuk menjayakan halatuju LPP di masa depan.
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, LPP memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor pertanian negara khususnya bagi meningkatkan taraf sosioekonomi para peladang tanahair.
Selaras dengan keperluan zaman yang berubah begitu pantas, LPP juga perlu mengorak langkah dengan lebih pantas dan berkesan dalam menghadapi cabaran masa kini. Perubahan teknologi kepada mekanisasi amat perlu untuk LPP berubah dalam meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kejenteraan dan pengeluaran produk proses bermutu secara berterusan untuk pasaran tempatan dan global.
LPP selaku agensi yang berada di barisan hadapan juga sentiasa merancang dalam memantapkan modal insan bagi memastikan anggota yang dimiliki mempunyai kecekapan dalam memberi perkhidmatan berkesan dan nilai tambah kepada golongan sasar. Urus tadbir yang baik, integriti dan ketelusan oleh pihak LPP hendaklah dikekalkan pada tahap yang cemerlang bagi memastikan jangkaan dan harapan semua pihak terutamanya golongan sasar boleh dipenuhi.
Semoga dengan Pelan Korporat LPP Ke-6 ini, sistem penyampaian kepada stakeholders dan golongan sasar akan tercapai dengan lebih berkesan.
Sekian.
TAN SRI DATO’ HAJI ZAINAL BIN DAHALANPengerusiLembaga Pertubuhan Peladang
PELAN KORPORAT 2016-2020 v
vi
Perutusan Ketua Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pelan Korporat ini digubal bagi menghuraikan strategi-strategi dan inisiatif LPP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab membangunkan institusi dan ahli peladang bagi tempoh 2016 hingga 2020. Ia merupakan dokumen yang disediakan mengikut acuan LPP sendiri setelah mengambil kira dasar dan polisi kerajaan terkini bagi memastikan LPP sebagai badan yang cekap, berkesan dan relevan. 8 teras strategi telah dibangunkan sebagai garis panduan untuk warga kerja LPP dan PP merencana dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan. Kesemua teras strategi tersebut merangkumi tugas-tugas pembangunan, pengurusan dan urusan pendaftar yang menjadi peranan utama LPP dan PP.
Bagi memastikan semua strategi dan inisiatif LPP dilaksanakan dengan jayanya maka warga kerja LPP dan PP perlu mengamalkan nilai asas bersama yang sihat, jujur dan ikhlas. Ianya perlu diterapkan dalam tugas harian semua warga kerja bermula dengan pengurusan yang mantap dan teratur. Warga kerja LPP dan PP juga diharap mempunyai motivasi dan keyakinan untuk mentransformasikan organisasi LPP dan PP dan seterusnya menjayakan pembangunan sektor agromakanan negara.
Pelan Korporat ini juga diharap akan dapat memastikan proses transformasi sektor pertanian melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN) dan Model Baru Ekonomi (MBE) terlaksana mengikut jadual dan semestinya disokong dengan perubahan minda dan koordinasi kerja yang mantap daripada warga kerja LPP dan PP.
Kecemerlangan dan kejayaan organisasi amat bergantung kepada kualiti perkhidmatan yang dihasilkan, pelaksanaan dasar dan strategi yang bersesuaian, penambahbaikan berterusan terhadap proses kerja dan perubahan minda positif berserta komitmen tinggi daripada warga kerja. Keberkesanan operasi organisasi perlu dimantapkan bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti kepada kumpulan sasar. Matlamat akhir ialah kepuasan hati rakyat terhadap perkhidmatan daripada LPP dan PP sebagai tanda aras utama kepada kejayaan peranan kita sebagai agensi pelaksana pembangunan kerajaan yang unggul.
DATO’ HAJI MOHD SALIM BIN HAJI TAHAKetua PengarahLembaga Pertubuhan Peladang
PELAN KORPORAT 2016-2020 vii
Pelan korporat merupakan dokumen perancangan strategik utama yang menjelaskan penyataan visi, misi, teras strategik, keutamaan dan sasaran yang akan dicapai untuk LPP bagi tempoh lima tahun akan datang iaitu dari tahun 2016 hingga 2020. Pelan ini juga menggariskan bidang-bidang yang akan dilaksanakan oleh LPP serta aspek-aspek yang perlu diberikan tumpuan dan penekanan dimasa akan datang.
● Menyediakan aktiviti utama yang perlu diberi keutamaan sebagai fokus tumpuan jangka pendek dan jangka panjang;
● Menyediakan penjelasan mengenai peranan LPP dalam pembangunan PP dan pertanian serta impak program yang dijalankan di semua peringkat
● Menyediakan skop fungsi utama yang dijalankan sebagai panduan kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas transformasi pembangunan, pengurusan, dan regulatori PP;
● Mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan aktiviti selaras dengan nilai-nilai bersama yang disepakati;
● Memantapkan komitmen, perkongsian berterusan dikalangan anggota LPP dan PP di semua peringkat (NAFAS, PPN, PPK);
● Sebagai panduan (blue print) kepada semua anggota dalam pelaksanaan tugas.
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF PELAN KORPORAT
PELAN KORPORAT 2016-2020 1
3. EVOLUSI PELAN KORPORAT LPP
● Pelan Korporat Pertama (1986 – 1990) Ke arah mencapai matlamat mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdaya maju dan berdikari.
● Pelan Korporat Kedua (1993 – 2000) Mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdikari dengan memberi penekanan kepada penerapan budaya niaga di setiap peringkat PP.
● Pelan Korporat Ketiga (2000 – 2005) Penglibatan semua peringkat PP dalam program pengeluaran bahan makanan dan pembangunan produk; program tingkatkan kepakaran dan profesionalisma anggota.
2
3. EVOLUSI PELAN KORPORAT LPP
● Pelan Korporat Keempat (2006 – 2010) Penglibatan pergerakan tiga peringkat dalam pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan rangkaian nilai tambah, khususnya bagi aktiviti IAT, memperkemaskan perkhidmatan PP kepada ahli, kukuhkan kemampuan institusi serta penggunaan ICT.
● Pelan Korporat Kelima (2011 – 2015) Ke arah memantapkan peranan Pertubuhan Peladang sebagai penyumbang kepada pengeluar bahan makanan untuk memenuhi objektif Dasar Agromakanan Negara (DAN).
● Pelan Korporat Keenam (2016-2020) Peneraju transformasi Pertubuhan Peladang progresif dalam sektor pertanian; Meningkatkan sumbangan PP dalam agromakanan dan pengukuhan institusi Pertubuhan Peladang di semua peringkat; Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan dalam melahirkan peladang produktif.
PELAN KORPORAT 2016-2020 3
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI
JOHOR
MELAKA
N.SEMBILAN
PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN
SELANGOR
PERAK
P.PINANG
KEDAH
1 PPN20 PPK
1 PPN9 PPK
1 PPN30 PPK
1 NAFAS1 PPN14 PPK
1 PPN11 PPK
1 PPN5 PPK
1 PPN29 PPK
1 PPN22 PPK
1 PPN15 PPK
1 PPN21 PPK
1 PPN6 PPK
PERLIS
KEDAH
Jumlah Keseluruhan Pertubuhan Peladang:NAFAS = 1PPN = 13PPK = 210Jumlah = 224
W.P. LABUAN
SARAWAK
SABAH
1 PPN2 PPK
1 PPN26 PPK
3.1 BILANGAN PPN & PPK DI BAWAH SELIAAN LPP
4
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI
JOHOR
MELAKA
N.SEMBILAN
PAHANG
TERENGGANU
KELANTAN
SELANGOR
PERAK
P.PINANG
KEDAH
1 PPN20 PPK
1 PPN9 PPK
1 PPN30 PPK
1 NAFAS1 PPN14 PPK
1 PPN11 PPK
1 PPN5 PPK
1 PPN29 PPK
1 PPN22 PPK
1 PPN15 PPK
1 PPN21 PPK
1 PPN6 PPK
PERLIS
KEDAH
Jumlah Keseluruhan Pertubuhan Peladang:NAFAS = 1PPN = 13PPK = 210Jumlah = 224
W.P. LABUAN
SARAWAK
SABAH
1 PPN2 PPK
1 PPN26 PPK
PELAN KORPORAT 2016-2020 5
Terengganu 41,320 Ahli
Perlis13,495 Ahli
Perak100,978 Ahli
Pahang62,556 Ahli
Pulau Pinang21,216 Ahli
Selangor48478 Ahli
Negeri Sembilan27,549 Ahli
Sabah67,523 Ahli
Labuan2,883 Ahli
Melaka20,262 Ahli
Kelantan56,553 Ahli
Johor96,780 Ahli
Kedah54,170 Ahli
*Sumber: 30 April 2016 (Belum Beraudit)
Jumlah Keseluruhan Ahli Pertubuhan Peladang ialah seramai 613,763 orang.
3.2 JUMLAH AHLI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN DI BAWAH LPP
6
Terengganu 41,320 Ahli
Perlis13,495 Ahli
Perak100,978 Ahli
Pahang62,556 Ahli
Pulau Pinang21,216 Ahli
Selangor48478 Ahli
Negeri Sembilan27,549 Ahli
Sabah67,523 Ahli
Labuan2,883 Ahli
Melaka20,262 Ahli
Kelantan56,553 Ahli
Johor96,780 Ahli
Kedah54,170 Ahli
*Sumber: 30 April 2016 (Belum Beraudit)
Jumlah Keseluruhan Ahli Pertubuhan Peladang ialah seramai 613,763 orang.
PELAN KORPORAT 2016-2020 7
Penyediaan PKe-6 ini telah mengambil kira ketetapan dasar-dasar semasa kerajaan, arahan terkini, keperluan masa kini kumpulan sasar serta ketetapan pengurusan tertinggi LPP. Ini bagi memastikan ia merangkumi perancangan yang inklusif dengan mengambil kira kepentingan bersama supaya ia berorientasikan produktiviti dan integriti serta memberi impak yang dapat dirasai oleh kumpulan sasar dan ‘stakeholder’. Fokus utama Pelan Korporat ini ialah bagi memastikan organisasi LPP/PP sebagai badan yang cekap, berkesan, relevan dan lestari.
i) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11)
Ia berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek yang berimpak tinggi. Pelan bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ mengandungi enam (6) Teras Strategik dan enam (6) Pemacu Perubahan untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020.
ii) Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020)
DAN 2011-2020 telah menggariskan beberapa objektif utama iaitu, memastikan bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan, meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada ekonomi negara serta meningkatkan daya saing dalam industri pertanian. Ia juga telah menggariskan tujuh (7) Halatuju Strategik bagi memastikan objektif DAN 2011-2020 mampu dicapai.
iii) Model Baru Ekonomi (MBE)
Ia memberi penekanan kepada menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan sasaran pendapatan perkapita sebanyak USD15,000.00 (RM45,900.00) menjelang 2020. Ia juga mengambil pendekatan inklusif membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya serta elemen kemampanan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.
4. HALATUJU PELAN KORPORAT LPP KE-6
8
iv) Program Transformasi Pertanian (ATP)
Ia merupakan usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan aktiviti pertanian dapat ditransformasikan dengan besar, cepat dan berkesan (big, fast & bold). Ia telah menggariskan sepuluh inisiatif selari dengan DAN 2011-2020.
v) Arahan semasa YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Memberi penekanan terhadap satu kaedah yang lebih dinamik untuk menggalakkan penyertaan pengusaha-pengusaha dalam bidang pertanian secara berterusan yang memberi kesan kepada peningkatan pendapatan serta meningkatkan sumbangan industri pertanian dalam perkembangan ekonomi negara dengan slogan ‘Pahlawan Yang Tidak Didendang’. Ia juga menekankan kepada aspek kedaulatan makanan serta orientasi eksport produk-produk pertanian.
vi) Pelan Korporat LPP Kelima 2011-2015 (PKe-5)
PKe-5 telah menggariskan tujuh (7) Teras Strategik bagi mencapai objektif yang digariskan di bawah DAN serta arahan semasa mengenai menangani manipulasi orang tengah.
PELAN KORPORAT 2016-2020 9
4.1
KERA
NG
KA P
ELA
N K
ORP
ORA
T LPP
KE-
6 (2
016-
2020
)
• J
am
ina
n b
eka
lan
ma
kan
an
• M
en
an
ga
ni m
an
ipu
lasi
ora
ng
te
ng
ah
• P
em
ba
ng
un
an
mo
da
l in
san
,
keu
sah
aw
an
an
da
n B
um
ipu
tera
• K
em
am
pa
na
n in
du
stri
tan
am
an
, te
rna
kan
da
n p
erik
an
an
• P
rom
osi
da
n g
ala
kan
eks
po
rt•
Me
mu
pu
k in
ova
si d
an
pe
nd
idik
an
inkl
usif
• I
nd
ust
ri b
ern
ilai t
ing
gi
• P
erk
hid
ma
tan
da
n b
an
tua
n k
hid
ma
t
soko
ng
an
• P
em
erk
asa
an
ind
ust
ri a
sas
tan
i•
Pe
me
rka
saa
n in
du
stri
pa
di d
an
be
ras
• M
era
sion
alis
asik
an
fun
gsi
da
n p
era
na
n L
PP•
Ma
nta
pka
n p
era
na
n L
PP/P
P d
ala
m P
en
ge
lua
ran
Ba
ha
n M
aka
na
n A
sas
(PBM
A)
• M
an
tap
kan
sist
em
da
n in
fra
stru
ktu
r pe
ma
sara
n
3
pe
ring
kat
• M
em
pe
rlua
ska
n s
kop
akt
iviti
so
sioe
kon
om
i
PP•
Me
ng
kaji
sem
ula
pe
run
da
ng
an
LPP
& P
P
ba
gi k
uku
hka
n p
era
na
n P
en
da
fta
r•
Me
mp
erk
asa
kan
ke
up
aya
an
mo
da
l in
san
LPP
& P
P•
Me
mp
erk
asa
kan
ke
up
aya
an
pe
ng
uru
san
ICT
LPP
& m
eka
nisa
si la
da
ng
• M
en
ing
katk
an
pro
du
ktiv
iti p
en
ge
lua
ran
• M
em
pe
rku
kuh
kan
ran
taia
n n
ilai
• M
em
pe
rka
saka
n m
od
al i
nsa
n•
Me
mp
erk
asa
kan
Inst
itusi
Pela
da
ng
• P
ah
law
an
tid
ak
did
en
da
ng
• M
en
ing
katk
an
exp
ort
ce
ntr
ic•
Pe
rtu
mb
uh
an
be
rpa
ksik
an
raky
at
• K
ed
au
lata
n m
aka
na
n
1. M
end
aul
atk
an
pe
nge
lua
ran
A
gro
ma
kana
n2.
Tra
nsfo
rma
si m
eka
nisa
si, a
uto
ma
si d
an
In
dus
tri A
sas
Tani
(IA
T)3.
Me
mb
ang
unka
n Pe
rtub
uha
n Pe
lad
ang
seb
ag
ai e
ntiti
pe
rnia
ga
an
da
n p
em
ang
kin
p
em
asa
ran
4. M
ere
ma
jaka
n Pe
rtub
uha
n Pe
lad
ang
5. T
ranf
orm
asi
Re
gul
ato
ri6.
Me
mb
ang
unka
n m
od
al i
nsa
n d
an
p
rofe
sio
nalis
ma
ang
go
ta/p
ela
da
ng7.
Me
mp
erk
asa
kan
sist
em
pe
nya
mp
aia
n
yang
be
rke
san
8. M
em
pe
rka
saka
n te
kno
log
i ma
klum
at (
IT)
se
ba
ga
i te
ras
kec
em
erla
nga
n o
rga
nisa
si
KEY
PER
FORM
AN
CE
IND
ICA
TOR
(KPI
) LP
PA
RAH
AN
YB
MEN
TERI
PER
TAN
IAN
DA
N
IND
UST
RI A
SAS
TAN
I
• B
ERPE
ND
APA
TAN
TIN
GG
I
Sasa
ran
USD
15,0
00-2
0,00
0 p
er k
ap
ita 2
020
• K
ETER
AN
GKU
MA
N
Me
mb
ole
hka
n s
em
ua
ko
mu
niti
me
nik
ma
ti
ke
kaya
an
ne
ga
ra s
ep
en
uh
nya
• K
EMA
MPA
NA
N
Me
me
nu
hi k
ep
erlu
an
se
ma
sa t
an
pa
me
nje
jask
an
ge
ne
rasi
aka
n d
ata
ng
MO
DEL
BA
RU E
KO
NO
MI (
MBE
)
• M
en
jam
in b
eka
lan
ma
kan
an
ne
ga
ra•
Me
nin
gka
tka
n s
um
ba
ng
an
ind
ust
ri
ag
rom
aka
na
n•
Me
len
gka
pka
n ra
nta
ian
nila
i•
Me
mp
erk
asa
kan
mo
da
l in
san
• M
em
an
tap
kan
akt
iviti
R&
D, i
no
vasi
&
p
en
gg
un
aa
n t
ekn
olo
gi
• M
ew
uju
dka
n p
ers
eki
tara
n p
ern
iag
aa
n
d
itera
jui s
ekt
or s
wa
sta
• M
em
pe
rku
kuh
kan
sist
em
pe
nya
mp
aia
n
p
erk
hid
ma
tan
DA
SAR
AG
ROM
AK
AN
AN
NEG
ARA
(D
AN
)
• M
en
ing
katk
an
pe
ng
elu
ara
n a
gro
ma
kan
an
• M
en
ing
katk
an
pe
lab
ura
n p
ert
an
ian
• M
em
pe
rku
kuh
kan
ran
tai n
ilai
• M
em
pe
rka
saka
n m
od
al i
nsa
n
RAN
CA
NG
AN
MA
LAY
SIA
KES
EBEL
AS
(RM
Ke
-11)
MIS
I LPP
Me
mp
erk
asa
p
eng
liba
tan
Pert
ubuh
an
Pela
da
ng d
ala
m s
ekt
or
ag
rom
aka
nan
neg
ara
ba
gi m
ela
hirk
an
pe
lad
ang
pro
duk
tif
VIS
I LPP
Pene
raju
ke
ce
me
rlang
an
Pert
ubuh
an
Pela
da
ng
ba
gi m
eni
ngka
tka
n su
mb
ang
an
be
rke
san
da
lam
se
kto
r a
gro
ma
kana
n ne
ga
ra
Pem
ba
ng
un
an
ag
rom
aka
na
n y
an
g b
erd
aya
sa
ing
da
n le
sta
ri
Beka
lan
ne
ga
ra
Out
co
me
MO
A
Pro
gra
m M
OA
Out
co
me
LPP
Pen
ing
kata
n p
erk
hid
ma
tan
pe
rta
nia
n o
leh
PP
yan
g b
erk
esa
n k
ep
ad
a k
um
pu
lan
sa
sar
Pen
ing
kata
n s
um
ba
ng
an
PP
da
lam
ag
rom
aka
na
n
PELA
N K
ORP
ORA
T LP
P K
E-6
STRA
TEG
I PK
e-6
Pen
gu
kuh
an
inst
itusi
PP
Ind
ust
ri a
gro
ma
kan
an
da
n k
eu
sah
aw
an
an
Pen
gu
rusa
n K
em
en
teria
nPe
mb
an
gu
na
n d
asa
r,p
em
an
tau
an
da
n p
en
ilaia
n
Jam
ina
n b
eka
lan
ma
kan
an
ne
ga
ra
PELA
N K
ORP
ORA
T LP
P K
E-5
(201
1-20
15)
PRO
GRA
M T
RAN
SFO
RMA
SI P
ERTA
NIA
N (
ATP
)
10
PENERAJU KECEMERLANGAN PERTUBUHAN PELADANG BAGI MENINGKATKAN SUMBANGAN BERKESAN DALAM SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA
Memperkasa penglibatan Pertubuhan Peladang dalam sektor agromakanan negara bagi melahirkan peladang produktif.
Lahir Peladang Produktif
4.2 VISI LPP
4.3 MISI LPP
4.4 SLOGAN
PELAN KORPORAT 2016-2020 11
5. OBJEKTIF PKe-6
Pengukuhan modal insan yang kompeten dengan penampilan ciri-ciri keusahawanan di dalam
PP tiga peringkat.
Melaksanakan transformasi dalam tadbir urus Pertubuhan Peladang
melalui pemantapan peranan regulatori/Pendaftar.
Menjadikan Pertubuhan Peladang sebagai entiti perniagaan yang
berjaya dalam sektor agromakanan negara dengan penyertaan ramai
golongan muda.
Melahirkan peladang produktif yang selari dengan program
transformasi dalam automasi dan mekanisasi di Pertubuhan
Peladang.
Melahirkan kumpulan pakar di dalam teknologi maklumat
yang menjadi teras kecemerlangan LPP/PP.
12
5.1 FOKUS PELAN KORPORAT LPP KE-6 (2016-2020)
8 TERAS STRATEGI CABARAN DAN PELUANG
VISIPENERAJU KECEMERLANGAN PERTUBUHAN PELADANG BAGI MENINGKATKAN
SUMBANGAN BERKESAN DALAM SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA
OBJEKTIF1. Menjadikan Pertubuhan Peladang sebagai entiti perniagaan yang berjaya dalam sektor agromakanan negara dengan penyertaan ramai golongan muda.2. Melaksanakan transformasi dalam tadbir urus Pertubuhan Peladang melalui pemantapan peranan regulatori/Pendaftar.3. Pengukuhan modal insan yang kompeten dengan penampilan ciri-ciri keusahawanan di dalam PP tiga peringkat.4. Melahirkan peladang produktif yang selari dengan program transformasi dalam automasi dan mekanisasi di Pertubuhan Peladang.5. Melahirkan kumpulan pakar di dalam teknologi maklumat yang menjadi teras kecemerlangan LPP/PP.
NILAI BERSAMA
• Cintai Organisasi• Semangat Kerja Berpasukan
• Bina Kepakaran dan Kecekapan
• Integriti• Berketrampilan
• Cekap/Cepat/Jimat• Berfikiran Positif
• Bermotivasi
PELADANG BERUSIA
PERUNTUKANYANG KECIL
PERUNDANGAN
KELESTARIAN PERTANIAN
KAWASAN PERTANIAN
YANG SEMAKIN MENGECIL
MINDA
RESISTENSI
Lahir Peladang Produktif
MENDAULATKAN PENGELUARAN AGROMAKANAN
TRANSFORMASI MEKANISASI, AUTOMASI DANINDUSTRI ASAS TANI (IAT)
MEMBANGUNKAN PERTUBUHAN PELADANG SEBAGAIENTITI PERNIAGAAN DAN PEMANGKIN PEMASARAN
MEREMAJAKAN PERTUBUHAN PELADANG
TRANSFORMASI REGULATORI
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN DAN PROFESIONALISMA ANGGOTA/PELADANG
MEMPERKASAKAN SISTEM PENYAMPAIANYANG BERKESAN
MEMPERKASAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)SEBAGAI TERAS KECEMERLANGAN ORGANISASI
12345678
MISIMEMPERKASA PENGLIBATAN PERTUBUHAN PELADANG DALAM SEKTOR
AGROMAKANAN BAGI MELAHIRKAN PELADANG PRODUKTIF
PELAN KORPORAT 2016-2020 13
6. TERAS STRATEGI PKe-6
Transformasi mekanisasi,
automasi dan industri asas tani (IAT)
Membangunkan Pertubuhan
Peladang sebagai entiti perniagaan dan pemangkin pemasaran
Mendaulatkan pengeluaran
agromakanan
TS1 TS2 TS3
Meremajakan Pertubuhan Peladang
TransformasiRegulatori
Membangunkan modal insan dan profesionalisma
anggota/peladang
Memperkasakan teknologi maklumat (IT)
sebagai teras kecemerlangan organisasi
Memperkasakan sistem penyampaian
yang berkesan
TS4 TS5 TS6
TS7 TS8
14
6.1 TERAS STRATEGI 1
MENDAULATKAN PENGELUARAN AGROMAKANANMemartabatkan, memperkasa, memperkukuh, memantapkan pengeluaran agro makanan (tanaman, ternakan, akuakultur dan industri asas tani) – keselamatan makanan, halal dan berkualiti.
Pemacu PerubahanMeningkatkan potensi produktiviti pengeluaran makanan dan ahli yang berkualiti, halal, selamat serta menyumbang kepada Self-Sufficiency Level (SSL) dan eksport negara.
Pelan Tindakana. Mengenalpasti ‘Project Champion’ oleh Pertubuhan Peladang dan usahawan.
b. Mengenalpasti dan mengembangkan ‘model projek’ yang telah berjaya.
c. Mengamalkan pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’ yang dapat dimanfaatkan bersama seperti Ladang Kontrak bersama FAMA; Pembangunan Tanah Terbiar bersama Jabatan Pertanian; projek-projek di bawah NKEA bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk memajukan tanah terbiar ahli.
d. Membina kumpulan pakar di kalangan anggota LPP dan usahawan.
e. Mengenalpasti segmentasi untuk pasaran tempatan dan eksport.
f. Penggunaan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan pengeluaran.
g. Bekerja ke arah mendapatkan akreditasi amalan pertanian baik seperti MyGap, Halal dan HACCP.
ImpakMenyumbang ke arah peningkatan pengeluaran makanan negara dan pendapatan pengusaha.
PELAN KORPORAT 2016-2020 15
16
6.2 TERAS STRATEGI 2
TRANSFORMASI MEKANISASI, AUTOMASI DAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)Meningkatkan keupayaan penawaran khidmat kejenteraan yang lebih terancang, berkesan dan pengeluaran produk-produk industri asas tani.
Pemacu PerubahanMeningkatkan kecekapan dalam penawaran perkhidmatan kejenteraan kearah 40 peratus di pasaran untuk pesawah dan pengeluaran produk proses bermutu secara berterusan untuk pasaran tempatan dan global.
Pelan Tindakan
Kejenteraan a. Pengasingan di antara khidmat kejenteraan dan perbengkelan.
b. Penawaran perkhidmatan kejenteraan secara berpusat dengan penyeragaman pengurusan.
c. Perkhidmatan merentas sempadan.
d. Mewujudkan ruang kerjasama dalam mekanisasi ladang dengan pihak usahawan dan swasta berorientasikan pendekatan‘menang-menang’.
e. Mewujudkan model baru perniagaan berkonsepkan Konsortium.
f. Menyediakan bekalan tenaga buruh mahir secara kolektif.
Industri Asas Tani a. Menaiktaraf keupayaan mesin dan teknologi yang sedia ada supaya dapat memenuhi kehendak pemasaran dengan lebih baik.
b. Mewujudkan kerjasama dengan pihak swasta berteraskan konsep ‘menang-menang’.
c. Mewujudkan ‘ladang kontrak’ bagi pembekalan bahan mentah secara konsisten.
d. Menyediakan pembiayaan modal teroka kepada Pertubuhan Peladang untuk pemilikan ekuiti bagi maksud penubuhan konsortium- LPP/PP/DPK NAFAS.
PELAN KORPORAT 2016-2020 17
e. Tumpuan kepada pembangunan produk terutama dari aspek penyelidikan dan pembangunan produk serta pembungkusan dan pelabelan.
f. Melaksanakan pengurusan ‘zero waste’ bagi hasil buangan dan sampingan oleh industri.
g. Mengenalpasti segmentasi produk untuk tujuan eksport oleh usahawan dan Pertubuhan Peladang.
h. Memperkasa Jenama Peladang.
ImpakPeningkatan kecekapan dalam memberi perkhidmatan kepada kumpulan sasar kepada 40% serta dapat mewujudkan pengkhususan fungsi di antara perkhidmatan kejenteraan dengan perkhidmatan perbengkelan yang berupaya mengurus kitaran kewangan dengan lebih berkesan. Hasilan produk IAT akan lebih terjamin daripada aspek pengoperasian, mutu dan persembahan.
18
PELAN KORPORAT 2016-2020 19
6.3 TERAS STRATEGI 3
MEMBANGUNKAN PP SEBAGAI ENTITI PERNIAGAAN DAN PEMANGKIN PEMASARANPP mempunyai rangkaian yang lengkap dari aspek organisasi mempunyai asas yang kukuh untuk membina kecekapan jaringan dari pengeluar hingga ke pengguna dengan rantaian produk dan perkhidmatan yang boleh di bekal terus dari ahli dan kepada ahli.
Pemacu PerubahanPP mampu menjana keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan pertanian kepada ahli serta mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan.
Pelan Tindakana. Memperkukuhkan sistem pengurusan dan pembangunan sumber manusia
b. Mewujudkan Cawangan Pemasaran produk PP dan ahli di peringkat Negeri dan Ibu Pejabat.
c. Memperkukuhkan sistem dan rantaian pemasaran PP tiga peringkat.
d. Memperkukuhkan Bahagian Pemasaran di peringkat NAFAS dan Pertubuhan Peladang Negeri.
e. Memperkukuhkan pembangunan produk PP/ahli secara terancang.
f. Mengadaptasi ‘business model’ yang telah berjaya seperti Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) PPK Kuala Langat.
g. Memperkukuhkan saluran pemasaran: i. Menambah bilangan PPHP dan Agrobazaar; ii. Mewujudkan dimensi baru pemasaran PP–Direct Sale Shop (DSS); iii. ‘Online Marketing Aplications’ (Contohnya: Zalora, Lazada, eBay, Rakuten, 11th Street, TESCO); iv. Pangkalan Data Pemasaran Berpusat.
h. Mengenalpasti segmentasi untuk pasaran tempatan dan eksport.
i. Penggunaan teknologi dan inovasi bersesuaian.
j. Pendekatan NBOS dengan pihak swasta serta agensi kerajaan yang lain bagi pengukuhan perniagaan dari aspek logistik, pelebaran saluran pasaran dan kepakaran dalam rundingan perniagaan.
k. Membangunkan ‘Business Model’ PP yang kurang bergantung kepada dana kerajaan.
20
ImpakMenampilkan PP sebagai entiti perniagaan dalam sektor Agromakanan negara.
PELAN KORPORAT 2016-2020 21
6.4 TERAS STRATEGI 4
MEREMAJAKAN PERTUBUHAN PELADANGPertubuhan Peladang memerlukan pendekatan baru supaya ia dapat memberi pulangan yang lumayan serta dapat menarik minat golongan muda untuk menyertai industri agromakanan dengan lebih agresif.
Pemacu PerubahanIndustri pertanian dipelopori oleh golongan muda sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan mengekalkan mereka dalam industri pertanian masa depan.
Pelan Tindakana. Membina minat dan kemahiran dari usia muda untuk menyertai pergerakan Pertubuhan Peladang: i. Mengadakan program di peringkat sekolah dengan penubuhan Kelab Pertanian Sekolah terpilih; ii. Memperkukuhkan program Kor Tani bagi pelajar lepasan sekolah; iii. Membina usahawan muda di bawah program TPUP; iv. Mempergiatkan usaha-usaha yang telah diasaskan melalui MyAgrosis di IPT; v. Menyediakan aktiviti yang sesuai dengan aspirasi Gen-Y seperti Sukan Peladang dan eksplorasi pertanian; vi. Menggembeleng graduan lepasan NATC supaya menyertai pergerakan PP dan aktiviti pertanian; vii. Had umur menjadi ahli PP diturunkan dari 18 tahun kepada 12 tahun khas bagi pelajar di peringkat sekolah sebagai ahli bersekutu;
b. Mewujudkan Ikon Belia yang boleh dijadikan contoh dan aspirasi di dalam sub sektor yang telah dikenalpasti seperti Encik Saiful Anuar di dalam bidang ternakan lembu.
c. Mengiktiraf peranan Peladang Nita di dalam pembangunan ekonomi dan sosial PP.
d. Menyediakan infra dan info struktur yang mudah di capai oleh ahli: i. Memudahkan sistem menjadi ahli; ii. Sumber dana untuk melaksanakan projek; iii. Kemudahan untuk membina kemahiran ‘hard dan soft skill’; iv. Pusat rujukan teknikal dan kemahiran.
e. Membangunkan inovasi dan teknologi yang mampu meningkatkan pendapatan dan kecekapan.
22
f. Menyediakan saluran pemasaran bagi produk-produk hasilan peladang.
g. Menyediakan program ‘up-skilling’ berakreditasi kepada peladang muda melalui program NBOS dengan NATC dan kolej lain yang berkaitan.
ImpakPenyegaran di dalam industri pertanian melalui penglibatan golongan muda yang lebih dinamik, agresif serta peningkatan hasil dan produktiviti yang lebih tinggi dengan sasaran 300,000 keahlian adalah terdiri daripada golongan muda. Sasaran ahli peladang muda ditingkatkan daripada 15 peratus sekarang (2016) kepada 30 peratus menjelang tahun 2020.
PELAN KORPORAT 2016-2020 23
6.5 TERAS STRATEGI 5
TRANSFORMASI REGULATORIMemantapkan peranan Pendaftar ke arah pengurusan dan tadbir urus PP yang lebih profesional, telus, berintegriti yang dapat menjamin hak ahli serta kepentingan ‘stakeholder’.
Pemacu PerubahanPendaftar berwibawa setanding dengan Pendaftar Pertubuhan yang lain, fungsi diperkasa, undang-undang dikuatkuasa, tadbir urus PP dan ahli terbela.
Pelan Tindakana. Mewujudkan struktur baru dengan mengadakan tugasan baru mengikut pengkhususan iaitu, audit, kawal selia, integriti/kuatkuasa, undang-undang Pendaftar. Mereka akan kekal di dalam kerjaya ini sehingga bersara.
b. Melahirkan kumpulan pegawai yang berwibawa dan kompeten; berkeyakinan, berkaliber dan berani dengan memberi penekanan kepada pengkhususan dan latihan sepanjang kerjaya.
c. Memantapkan undang-undang PP: i. Semak dan pinda undang-undang secara berterusan mengikut keperluan semasa; ii. Memperkasakan tempoh lantikan Ahli Jemaah Pengarah; iii. Penguatkuasaan undang-undang; iv. Percetakan undang-undang; v. Mempercepatkan proses pindaan undang-undang.
d. Memperkukuhkan sumber kewangan Pendaftar.
e. Pembangunan sistem komputerisasi mengikut peredaran semasa untuk meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian seperti E-undi, Registrar Online System (ROS) dan lain-lain.
ImpakMengukuhkan Pendaftar supaya lebih profesional, telus dan berwibawa serta tadbir urus PP yang lebih dinamik, meningkatkan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan dan menegakkan integriti. Menjelang 2020 fungsi Regulatori/Pendaftar akan mendominasi fungsi LPP berbanding dengan fungsi pembangunan.
24
PELAN KORPORAT 2016-2020 25
6.6 TERAS STRATEGI 6
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN DAN PROFESIONALISMA ANGGOTA/PELADANG Meningkatkan kemahiran anggota dengan pengukuhan struktur organisasi, pengkhususan fungsi kumpulan pengurusan dan perjawatan serta membina kemahiran anggota/ahli peladang.
Pemacu PerubahanMemperkasa modal insan yang unggul mengikut keperluan, pengalaman dan kemahiran untuk kelestarian Pertubuhan Peladang.
Pelan Tindakana. Mewujudkan dua laluan kerjaya – iaitu di LPP dan PP (PPK–PPN-NAFAS). Mengadakan tapisan kepada mereka yang menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar di PP.
b. Menetapkan nisbah kenaikan pangkat mengikut motivasi kerja pegawai – latar belakang anggota lantikan baru yang bersesuaian, ‘job rotation’ mengikut kepakaran.
c. Menyediakan dua penilaian prestasi peringkat PP (PPK dinilai oleh PPN; PPN dinilai oleh NAFAS) berteraskan pencapaian perniagaan dan perkhidmatan seperti di Teras Strategi 3, sementara anggota di LPP mengikut kaedah sedia ada.
d. Mengkaji, menstruktur dan memperkukuh organisasi di mana urusan Pendaftar, Kejenteraan dan Audit hanya berpusat di Ibu Pejabat dan Negeri.
e. Mengkaji kebajikan anggota dengan kenaikan pangkat dan penghargaan di semua peringkat serta memperkemas bentuk ganjaran dan hukuman.
f. Memperkukuhkan fungsi ekonomi dan sosial di PP dengan mengekalkan tiga jawatan utama iaitu Pengurus Besar, Akaun dan Hal Ehwal Koporat untuk menjaga kepentingan ‘stakeholder’.
g. Memperkasa Manual Prosedur Kerja dengan pembentukan modul kursus yang lebih fokus dan berdasarkan tahap kesukaran tugas.
h. Melatih kumpulan pakar dalaman dengan memberi pengiktirafan kepada pegawai dalaman untuk berfungsi dengan lebih profesional dan berkesan.
i. Memperluaskan dan meningkatkan kemahiran diperingkat dalam dan luar negara.
26
j. Meningkatkan integriti pegawai dan keterampilan pegawai dan peladang.
k. Melaksanakan kursus mandatori pegawai/AJP/ahli semua peringkat secara berperingkat.
l. Pengkorporatan Institut Pengurusan Peladang (IPP): i. IPP menjadi ‘business school’ LPP dan fokus kepada satu-satu industri seperti cili dan padi di IPP Tanjung Karang. PPN Jentera sebagai pusat pentauliahan Kejenteraan; ii. Penggubalan dan pelaksanaan modul ‘out bound school’ (OBS); iii. Penempatan pegawai yang bersesuaian; iv. Kajian terperinci pengkorporatan IPP supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar.
ImpakMeningkatkan keupayaan produktiviti anggota dan peladang, membina kepakaran dalaman dengan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan cekap.
PELAN KORPORAT 2016-2020 27
6.7 TERAS STRATEGI 7
MEMPERKASAKAN SISTEM PENYAMPAIAN YANG BERKESANMemastikan semua mesej, dasar semasa Kerajaan diterima, difahami, dihayati dan dilaksanakan di semua peringkat anggota dan ahli peladang serta mempromosi aktiviti ekonomi, sosial dan acara semasa supaya disertai oleh ahli dan PP.
Pemacu PerubahanMewujudkan satu mekanisme penyampaian segala mesej, dasar dan arahan semasa dari ‘stakeholder’ secara terancang dan efektif.
Pelan Tindakana. Mewujudkan satu saluran yang dapat menyampaikan mesej dan arahan semasa Kerajaan dan pengurusan LPP kepada PP dan ahli secara berkesan: i. Penubuhan Agro TV yang dipelopori oleh NAFAS; ii. Menggunakan pemimpin yang berpengaruh; iii. Penggunaan media elektronik; iv. Penggunaan media cetak; v. Penggunaan media sosial.
b. Melaksanakan program-program promosi secara berterusan tentang kejayaan produk, maklumat khasiat produk, program yang dirancang, kisah kejayaan untuk dijadikan contoh dan rujukan.
c. Membina keterampilan Pengurus Besar dan Pengurus Hal Ehwal Korporat.
d. Meningkatkan keahlian PPK dari 850,000 kepada 1 juta ahli menjelang 2020 agar PPK diterima sebagai institusi unggul oleh masyarakat luar bandar.
e. Mewujudkan pusat sumber untuk rujukan kepada kumpulan peladang dalam aspek pertanian, pemasaran dan penggembelengan.
f. Menyediakan program untuk menarik golongan muda menyertai gerakan PP bagi melestarikan komposisi ahli.
g. Penyaluran maklumat melalui usahawan peladang yang menjadi teras kepada pelanggan PP: i. Mewujudkan interaksi di kalangan usahawan peladang aktif; ii. Mengiktiraf ‘role model’ sebagai duta penyampai maklumat; iii. Usahawan contoh menjadi tarikan kepada golongan sasar terlibat dengan PP.
h. Meningkatkan komunikasi bersemuka: i. Mengurangkan kerenah birokrasi;
28
ii. Menyediakan saluran petani mengemukakan sebarang maklumbalas seperti talian khas/’online’; iii. Mengiktiraf SOP sebagai kaedah penyaluran maklumat.
i. Menerbitkan majalah yang memuatkan informasi terkini mengenai agromakanan negara secara berkala.
ImpakMempermudahkan segala arahan, mesej dan dasar semasa diterima dan dilaksana di peringkat lapangan dengan lebih cepat dan betul.
PELAN KORPORAT 2016-2020 29
6.8 TERAS STRATEGI 8
MEMPERKASAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT) SEBAGAI TERAS KECEMERLANGAN ORGANISASIMemperkasa perkhidmatan, sistem penyampaian LPP melalui penggunaan ‘Information Technology’ yang dapat meningkatkan kecekapan, produktiviti secara lebih mudah, telus dan sistematik.
Pemacu PerubahanMerapatkan jurang digital dengan memperkasa komponen sistem maklumat ke arah LPP dan PP pintar.
Pelan Tindakana. Meningkatkan kelengkapan dan keupayaan IT bagi meningkatkan produktiviti kerja.
b. Memperkasa sistem sedia ada serta pembangunan sistem yang dapat memudahcara setiap gerak kerja pengurusan iaitu: i. Paperless meeting; ii. E-undi; iii. E-reporting; iv. E-ahli; v. Peladang Agrofood Contribution Updates (PACU); vi. HRMIS; vii. CENTURY; viii. SBPKP;
c. Mewujukan sistem ‘data based’ berpusat yang boleh diakses dengan cepat dan mudah.
d. Merapatkan jurang digital dengan memperkasa komponen sistem maklumat ke arah LPP dan PP Pintar.
e. Memaksimumkan penggunaan media sosial dalam mempromosi imej LPP/PP.
f. Memperkasa kecekapan cawangan pembangunan sistem Bahagian Teknologi Maklumat.
g. Memperluas penggunaan ‘Big Data’ di LPP/PP.
ImpakModenisasi sistem bekerja anggota LPP/PP supaya hasil kerja dapat dipercepatkan, berkesan dan mudah dicapai.
30
E-undi
PELAN KORPORAT 2016-2020 31
Bil Perkara 2015 2020 Catatan
1. Keahlian 876,936 orang 1 juta orang Termasuk MADA/KADA/Sarawak
2. Isipadu Perniagaan RM2.8b RM3.8bPenghasilan daripada:-PPHP/PPB, Kedai Agro & Kedai Peladang
3.Sumbangan agromakanan kepada sasaran DAN
763,000 m/tan 820,000 m/tan
Pelbagai sub-sektor ternakan/ternakair/tanaman, kerjasama dengan SKM untuk bangunkan tanah terbiar.
4. Perkhidmatan Kejenteraan
PEMBAJAKAN45%
(79,547 ha)40%
(71,200 ha)
Keluasan kawasan bertanam yang terhad 178,000 haPENUAIAN
31%(54,799 ha)
5. Peladang Muda 15%(128,850 orang)
30%(300,000 orang)
2015 – keahlian 859,0002020 – keahlian 1 juta Had umur menjadi ahli diturunkan kepada 12 tahun.
7. JANGKAAN PENCAPAIAN SEHINGGA TAHUN 2020
8. PEMANTAUAN PELAKSANAAN PKe-6Bagi memastikan PKe-6 ini menepatkan sasaran dan mampu mencapai halatuju yang digariskan, beberapa jawatankuasa telah dibentuk bagi tujuan pemantauan secara berkala iaitu:
i) Jawatankuasa Pemandu PKe-6: a. Ia akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LPP/wakil; b. Dianggotai oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengurus Besar NAFAS dan 8 Pengerusi JK Pelaksana PKe-6; c. Diurusetia oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian; d. Akan bermesyuarat setiap enam bulan.
32
PEMANTAUAN PELAKSANAAN
PKe-6
JAWATANKUASA PEMANDUPengerusi : Ketua Pengarah LPPAnggota : TKP(O), TKP(B), Pengurus Besar NAFAS dan 8 JK Pelaksana PKe-6 bermesyuarat 6 bulan sekali
Pelaksanaan PKe-6 akan dibentangkan secara berkala di dalam Mesyuarat JK Pemantauan dan Pelaksanaan Projek LPP
JAWATANKUASA PELAKSANAPengerusi : 8 Pengerusi bagi setiap Teras StrategiAnggota : Pegawai Kanan Peringkat Ibu Pejabat LPP/Negeri bermesyuarat 4 bulan sekali
*Rajah rancangan pemantauan pelaksanaan Pelan Korporat LPP Ke-6 adalah seperti di atas.
ii) Jawatankuasa Pelaksana PKe-6: a. Terdiri dari lapan Pengerusi setiap Teras Strategik; b. Dianggotai oleh pegawai kanan peringkat LPP Ibu Pejabat/Negeri; c. Bermesyuarat 4 bulan sekali; d. Menggariskan pelan tindakan yang bersesuaian dengan sasaran
iii) Akan dibentangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan Projek LPP – secara berkala.
PELAN KORPORAT 2016-2020 33
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam proses penyediaan Pelan Korporat Lembaga Pertubuhan
Peladang 2016-2020 (PKe-6) ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan
Timbalan Ketua Pengarah Operasi
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian
Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat
Pengarah-Pengarah LPP Negeri
Peserta Bengkel Penyediaan PKe-6
Persatuan dan Kesatuan Dalaman LPP
Urusetia Penyediaan PKe-6