Kosa Kata

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kosa

Citation preview

Kosa Kata : Kata Hampir Sama MaknaKataMaksud

1. lempar2. campak3. baling4. buang1. membuang sesuatu jauh-jauh2. membuang sesuatu dengan sesuka hati sahaja3. melempar sesuatu dengan menghayunnya melepasi kepala4. membuang sesuatu dari tempatnya ke tempat lain

1. bengkok2. condong3. serong4. bongkok1. tidak lurus; berkelok-kelok2. tidak sama rata letaknya; senget3. tidak tepat atau lurus4. melengkung ke depan; tidak lurus

1. dekat2. rapat3. damping4. mesra1. tidak jauh jaraknya2. dekat sangat3. berada dekat dengan seseorang4. erat; karib

1. menjunjung2. menjinjing3. mengelek4. menatang1. membawa sesuatu di atas kepala2. membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah3. mengepit sesuatu di rusuk atau di bawah ketiak4. membawa sesuatu di atas tapak tangan

1. menjolok2. merodok3. mencucuk4. mencolok1. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur2. menusuk sesuatu dengan senjata tajam dan lain-lain3. menikam atau menusuk dengan benda tajam4. menusuk atau mencucuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu

1. menggigit2. memagut3. menggerit4. mengunyah1. mencengkam atau memotong dengan gigi2. menggigit (ular)3. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi hadapan (tikus)4. melumatkan makanan di dalam mulut dengan gigi sebelum menelan

1. mengelap2. menggilap3. menggosok4. menyapu1. mengeringkan air dan lain-lain2. menggosok supaya berkilat3. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat4. membersihkan sesuatu dengan penyapu

12. Siti Mardiana _______________ sedulang air minuman untuk dihidangkan kepada tetamu. A. menjinjing B. menatang C. menjunjung D. membimbit10.Pegawai itu fail di celah ketiaknya.AmenatangBmengepitCmenjunjungDmembawa