KP MPI 603.01 Industrial Supervisory

Embed Size (px)

Citation preview

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

KERTAS KERJA

KERTAS PENERANGANKOLEJ VOKASIONAL ARAUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAJALAN PADANG NYU, 02600 ARAU,PERLIS

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME MPI/ PEMESINAN INDUSTRI

TAHUN/ SEMESTER

DIPLOMA TAHUN 2 / SEM. 2

NO.DAN TAJUK MODUL / MODULE NO. AND TITLE

MPI 603 - INDUSTRIAL SUPERVISORY

MODUL PEMBELAJARAN/ LEARNING MODULE

MPI/ KP/ 01 IMPLEMENT JOB SCHEDULE ACTIVITY

KOMPETENSI/ COMPETENCY

603.01 PRODUCT PLANNING603.02 MONITORING MACHINE PROCESS 603.04 PRODUCT PLANNING603.07 CONDUCT RESOURCES REQUISITION

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

PERFORMANCE STANDARD: (Action, Condition and Criteria)PERFORMANCE SUPERVISORY FUNCTION USING ORGANIZATION CHART,JOB INSTRUCTION, MANPOWER LIST, WORK PROGRAM, SITE CONDITION REPORT, OFFICE EQUIPMENT AND MONTHLY DEPARTMENTAL SCHEDULLE SO THAT SECTION MEETING APPLIED AND JOB SCHEDULE ACTIVITY IMPLEMENTED IN ACCORDANCE WITH STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) AND COMPANY REQUIREMENTS.

0. IMPLEMENT JOB SCHEDULE ACTIVITY2.1.Perancangan Kerja

Perancangan itu sendiri merupakan konsep yang mudah (simple). Secara asasnya ia merangkumi matlamat (objektif) sesebuah organisasi yang hendak dicapai pada masa akan datang dan pemilihan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut. Secara amnya sesebuah organisasi mempunyai dua pendekatan asas yang boleh diambil menuju masa hadapan:i. Ia boleh bertindakbalas (react) untuk perubahan mengikut keadaan sekeliling, berkesempatan bertindak samada kepada perkembangan ke arah kebaikan atau sebaliknya atauii. Ia boleh meramalkan masa hadapan dan mengambil pra penentuan tindakan untuk mempengaruhi aktiviti aktiviti masa hadapan mengikut kaedah atau rentaknya sebanyak mana yang boleh.

Perancangan adalah penting kerana i. Ia memberi arah dan tujuan sesebuah organisasi ii. Ia menyelaraskan semua aktiviti dalam oganisasi.iii. Ia membantu organisasi mengelakkan pengurusan krisis (crisis management).Perancangan yang baik membantu mengurangkan penyelia menghadapi masalah berterusan dalam masalah yang tidak dijangka.iv. Ia membantu organisasi meramalkan perubahan-perubahan masa akan data dan bersedia menghadapinya.v. Ia juga membantu mengelakkan pembaziran tenaga membuat kerja-kerja yang berulang.

Perancangan tanpa tanggungjawab (commitment) adalah satu pembaziran sumber. penglibatan sumber (resources) memerlukan keputusan di antara pilihan-pilihan yang dibuat. Keputusan-keputusan mesti dibuat pada beberapa peringkat dalam proses perancangan dimana keputusan-keputusan ini mestilah ditukarkan kepada tindakan.Jenis-Jenis RancanganSecara amnya, terdapat dua jenis rancangan iaitu rancangan strategik dan rancangan operasional.

i) Rancangan Strategik

Rancangan strategik adalah rancangan yang menentukan keadaan sesebuah organisasi. Ia menyatakan tujuan dan kearah mana organisasi tersebut akhirnya. Rancangan-rancangan ini dipraktikkan pada keseluruhan organisasi dan objektif organisasi ditentukan untuk meletakkan organisasi mengikut keadaan sekeliling yang lebih mencabar.

Rancangan strategik adalah rancangan-rancangan yang memerlukan tindakan daripada keseluruhan organisasi untuk mencapai objektif yang luas. Iamya adalah rancanagan jangkapanjang dimana ia menunjukkan ke arah mana organisasi tersebut dalam masa satu hingga lima tahun akan datang. Ianya disediakan oleh pihak atasan pengurusan.

Penyelia tidak terlibat dalam merangka rancangan ini tetapi mereka diperlukan untuk mendapatkan maklumat maklumat untuk merangka rancangan ini.

ii) Rancangan OperasionalRancangan ini merupakan tindakan terperinci yang diperlukan untuk mencapai objektif tertentu didalam rancangan strategik. Skopnya lebih kecil, biasanya ia berkenaan dengan hanya satu daripada objektif strategik ataupun sebahagiannya sahaja. Rancangan ini lebih spesifik, menentukan masa untuk setiap tindakan yang hendak dicapai. Ianya adalah rancangan jangkapendek berbanding dengan rancangan strategik. Contohnya, rancangan bulanan, mingguan dan harian adalah jenis rancangan ini dan ianya disediakan oleh pengurusan peringkat pertengahan dan bawahan

2.2. Proses PerancanganProses perancangan melibatkan membuat keputusan. Keputusan-keputusan ini dibuat untuk tindakan masa depan. Jika perancangan dilakukan dengan baik, tindakan untuk masa depan akan memenuhi objektif dan keputusan lain akan menjadi betul. Perancangan yang dibuat mesti fleksibel untuk sebarang perubahan kerana ia tidak selalunya betul untuk meramal masa depan. Elemen yang perlu dalam proses perancangan adalah mengawasi (monitoring) dan perubahan dalam rancangan,jika perlu.

Tentukan Objektif

Semua rancangan dimulakan dengan objektif. Objektif adalah satu pernyataan yang memerlukan hasil. Ia merupakan satu pernyataan kemana kita hendak pergi dan apa tujuan matlamat kita.

i) Ciri-ciri objektif yang baik: Ia perlu dinyakan dalam bentuk tulisan Ia boleh diukur (measurable) Ia hendaklah spesifik dalam masa Ia perlulah spesifik dalam masa Ia perlulah mencabar tetapi boleh dicapai (attainable) ii) Wujudkan dan nyatakan andaian dalam perancanganiii) Semak semua had yang mungkin dalam perancanganiv) Wujudkan rancangan alternatifv) Pilih rancangan yang terbaikvi) Tukarkan rancangan menjadi tindakanvii) Sediakan langkah susulan

2.4. Kebaikan-Kebaikan Perancangan Perancangan mempunyai banyak kebaikan seperti berikut:

Membantu pengurusan untuk menyesuaikan dan perubahan mengikut perkembangan Membolehkan pengurus melihat seluruh gambaran operasi dengan jelas Menyediakan turutan operasi yang betul Membantu dalam pencapaian kordinasi diantara beberapa bahagian dalam organisasi. Memberi kecenderungan supaya objektif lebih specifik dan diketahui. Mengurangkan kerja-kerja tekaan (guesswork) Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Membantu dalam mengurangkan kesalahan dalam membuat keputusan

2.5. Analisis Aktiviti Kerja

Analisis kerja bermaksud kaedah yang menentukan tugas dan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan dan jenis orang yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut. Ia juga merujuk kepada proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai pekerjaan.

Analisis kerja terbahagi kepada dua elemen utama iaitu: - a) Huraian Kerja Huraian kerja menerangkan mengenai ciri ciri persekitaran dan fizikal mengenai pekerjaan tersebut.

b) Spesifikasi Kerja Spesifikasi kerja menerangkan ciri ciri peribadi yang perlu untuk menjalankan tugas

2.6. Spesifikasi Kerja

Ia merujuk kepada senarai pengetahuan (faham mengenai prosedur atau maklumat), kemahiran (tahap kecekapan individu), kebolehan (tahap kebolehan tetap individu),serta ciri-ciri individu tersendiri (motivasi, ketekunan, kebiasan, personaliti dan sebagainya) yang perlu untuk menjalankan sesuatu pekerjaan. Contoh Seorang juruterbang perlu mempunyai tahap penglihatan 20/20, Kemahiran Motor, SpatialKadangkala, spesifikasi kerja tidak terlalu ketat. Ia amat bergantung kepada kesesuaian kerja dan selalunya cuma menjadi sebagai panduan sahaja.

2.7. Perbezaan Diskripsi Kerja Dan Spesifikasi Kerja

Dalam pengurusan sumber manusia, dua perkara perlu dapat dibezakan ialah diskripsi kerja dan spesifikasi kerja kerana dua perkara merupakan perkara yang berbeza. Penilaian perbezaan amat penting bagi memastikan kefahaman yang lebih mendalam dalam mengendalikan pekerja dan kelayakan yang diperlukan oleh pekerja untuk melakukan sesuatu tugasan.

Jadual 2.1: Perbezaan Antara Spesifikasi Kerja Dan Diskripsi Kerja

Spesifikasi KerjaDiskripsi Kerja

Ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang individu untuk melakukan sesuatu tugasan Kelayakan akedemik, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang inidividu untuk melakukan tugasan. Merupakan satu penerangan tentang tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada jawatan yang sedia ada. Kesemua kerja yang mahu dilaksanakan dalam jawatan yang diterangkan. Setiap kerja dipecahkan kepada tanggungjawab, tugas dan sebagainya.

Analisa deskripsi kerja dapat dilakukan dengan melakukan kaedah tersebut :

a) Analisa kerja yang lengkap :Kesemua kandungan kerja diambil penerangan terperinci tentang tugas-tugas kerja yang disediakan

b) Analisa kerja yang kritikal :Dimana konsenstrasi kepada kerja utama dalam kedudukan yang kritikal dengan mengenepikan kerja yang lain

c) Analisa kerja yang bermasalah :Dimana hanya kerja yang mempunyai masalah diambil untuk dianalisa tanpa menghiraukan kerja-kerja yang lain.

Analisa kerja adalah proses pembelajaran, pengumpulan maklumat dan memeriksa pelbagai aspek pekerjaan.

2.8. Proses Pengurusan Sumber Manusia

Rajah 2.1: Proses Pengurusan Sumber Manusia

Rajah 2.1 menunjukkan komponen-komponen utama dalam proses pengurusan sumber manusia. Ia terdiri daripada lima langkah awal yang dapat mengekalkan prestasi pekerja. Langkah awal ini melibatkan proses mengenalpasti dan memilih pekerja yang berkemahiran dan berdaya saing. Apabila memperolehi pekerja yang berkebolehan maka sokongan perlu diberikan oleh organisasi untuk menyesuaikan diri pekerja dengan organisasi, memastikan kemahiran dan pengetahuan mereka adalah terkini , membentuk aktiviti pembangunan kerjaya yang sesuai dan menyediakan sistem ganjaran yang cekap dan berkesan. Kesemua ini boleh dilakukan melalui proses orientasi, latihan dan pembangunan kerjaya. Langkah terakhir dalam pengurusan sumber manusia adalah proses yang direkabentuk untuk mengenalpasti masalah prestasi dan memperbaikinya.

2.9. Perancangan Sumber Manusia

Perancangan sumber manusia merupakan proses dimana pengurus memastikan bahawa mereka mempunyai jumlah dan ciri-ciri pekerja yang diperlukan pada tempat dan masa yang sesuai. Sumber manusia seharusnya berkebolehan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta membantu mencapai objektif organisasi secara keseluruhannya.Perancangan manusia adalah berkaitan rapat dengan pengurusan strategik sesebuah organisasi. Jesteru itu, matlamat perniagaan dijelaskan terlebih dahulu bagi membentuk matlamat sumber manusia yang lebih berkesan. Jadual 2.2 menunjukkan contoh matlamat perniagaan dan perkaitanya dengan matlamat sumber manusia.

Jadual 2.2: Contoh Kaitan Matlamat Perniagaan Dengan Matlamat Sumber Manusia.

Matlamat PerniagaanMatlamat Sumber Manusia

Meningkatkan bahagian pasaranMelaksanakan proses pengambilan dengan cekap bagi menarik lebih ramai calon memohon pekerjaan

Meningkatkan kecekapanMengurangkan peringkat-peringkat dalam pengurusan.

Meningkatkan perkhidmatan pelangganMemindahkan proses pembuatan keputusan kepada pekerja peringkat bawahan dan memberikan program latihan yang bersesuaian.

Mengurangkan kosMeningkatkan beban dan tanggungjawab kerja kepada pekerja.

Perancangan sumber manusia boleh diringkaskan kepada tiga langkah iaitu :a) Menilai sumber manusia semasa organisasib) Menilai sumber manusia masa hadapanc) Membentuk program untuk memenuhi sebarang perbezaan atau variasi kesan dari penilian sumber manusia semasa dengan masa hadapan

2.9.1. Menilai Sumber Manusia Semasa OrganisasiPenilaian dilakukan melalui inventori sumber manusia, kebiasaanya disediakan dengan bantuan sistem maklumat berkomputer. Laporan ini mengandungi nama, pendidikan, latihan pengalaman kerja, bahasa pertuturan, kebolehan khas dan kepakaran khusus bagi setiap kerja dalam organisasi. Sumber ini bertujuan memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia terutamanya semasa membuat perancangan. Perancangan sumber manusia juga turut dilakukan melalui analisis kerja, carta penggantian dan ramalan pakar.

i. Analisis Kerja Analisis kerja merupakan asas yang mendifinasikan tugas dalam organisasi dan gelagat yang bersesuaian untuk melaksanakannya. Contoh persoalan yang boleh dijawab dan analisis kerja adalah apakah tugas-tugas seorang pengurus sumber manusia, apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan minima untuk melaksanakan tugas berkenaan. Maklumat didalam analisis kerja diperolehi beberapa kaedah. Kaedah-kaedah tersebut ialah :

Kaedah pemerhatian :Pekerja melihat tugas secara terus

Kaedah Temuduga :Dijalankan terhadap individu dan kumpulan untuk melengkapkan maklumat dan analisa kerja.

Soal selidik berstruktur:Pekerja dikehendaki menilai sendiri tugas-tugas yang disediakan untuk melaksanakan kerja berkenaan.

Analisa kerja menentukan jenis individu yang diperlukan untuk memenuhi kekosongan jawatan dan menyediakan maklumat untuk diskripsi dan spesifikasi kerja.

ii. Carta Penggantian

Jadual yang menunjukkan setiap kedudukan pengurusan di dalam organisasi beserta dengan nama calon yang layak untuk menggantikanya di masa akan datang. Carta yang amat sulit ini memberi makna dalam ramalan keperluan pengurusan dan mengenalpasti ketersediaan calon dalaman yang sesuai.

2.9.2. Menilai Sumber Manusia Masa Hadapan

Keperluan sumber manusia untuk masa hadapan ditentukan berdasarkan objektif dan strategi organisasi. Permintaan terhadap sumber juga bermakna berlakunya peningkatan terhadap permintaan keluaran dan perkhidmatan organisasi. Keperluan sumber manusia masa hadapan juga amat bergantung kepada matlamat dan wawasan organisasi. Jika organisasi mempunyai matlamat untuk berkembang dan ingin bersaing dipasaran global, maka adalah penting jika organisasi dapat menentukan tentang keperluan sumber manusia masa hadapan.

2.9.3. Membentuk Program Untuk Memenuhi Sebarang Perbezaan Atau Variasi Kesan Dari Penilaian Sumber Manusia Semasa Dengan Masa Hadapan

Selepas organisasi mengetahui kedudukan sebenar sumber manusia semasa dan keperluan masa hadapan, maka perancanganya akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Berbagai program boleh dirancang oleh organisasi khususnya program latihan dan pembangunan. Jika organisasi mempunyai matlamat untuk berkembang pada masa hadapan, maka sudah tentu organisasi akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ia termasuklah cabaran dan perubahan persaingan, teknologi dan sumber manusia. Organisasi yang peka tentang cabaran ini pastinya perlu memberikan pekerja latihan yang berterusan agar mereka terus mahir dan boleh menerima sebarang perubahan dengan mudah.

2.9.4. Pengambilan Dan Pemilihan Pekerja

Pengambilan Dan pemilihan pekerja terbahagi kepada beberapa peringkat seperti berikut :

Pengambilan Dan Pengurangan Kaedah Pengambilan Pemilihan Alat/ Kaedah Pemilihan

a) Pengambilan Dan Pengurangan

Apabila status sumber manusia semasa dan masa hadapan diketahui, maka organisasi boleh menentukan samada untuk melakukan pengambilan atau pengurangan. Pengambilan adalah proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dalam organisasi. Pengambilan bermula pada seseorang pengurus mengisi borang memohon pekerja. Ia adalah satu dokumen yang lengkap yang mengandungi : Nama Jawatan Jabatan yang memohon Tarikh pekerja diperlukan Lain-lain butiran lengkap Ia sama seperti analisis kerja yang menjadi rujukan organisasi bagi mendapatkan calon tepat untuk sesuatu jawatan. Dengan maklumat yang ada, pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi dan spesifikasi kerja untuk mengenalpasti calon yang benar-benar berkelayakan untuk bagi memenuhi jawatan kosong. Melalui kaedah pengambilan sama ada dari dalam ataupun luar organisasi, calon-calon yang berkelayakan akan dikenalpasti.

b) Kaedah PengambilanKaedah pengambilan terdiri daripada luaran dan dalaman. Kaedah dalaman adalah bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh pekerja yang sedia ada bagi memenuhi sebarang kekosongan jawatandi dalam organisasi. Ia juga amat bergantung kepada belanjawan yang diperuntukkan olehsesebuah firma di dalam amalan pengambilan. Organisasi yang menggunakan kaedah dalaman pengambilan dan pemilihan pekerjanya memerlukan pemohon dikalangan pekerja yang sedang berkhidmat di dalam organisasi berkenaan.

Amalan Pengambilan Dalaman

Mempunyai kebaikan dari segi rekod prestasi pekerja yang telah sedia ada, kurang kos terlibat untuk latihan dan pembangunan serta akhirnya menjimatkan kos pengambilan keseluruhanya. Biasanya iklan akan ditampal di papan kenyataan organisasi. Pengurusan pengambilan dalaman agak rumit dan maklumat yang berkaitan denganya adalah sulit. Antara calon yang dipanggil temuduga dengan penemuduga saling tidak mengetahui sama lain. Pihak yang perlu tahu tentang siapa pemohon berkenaan adalah pengurus perjawatan, pengurus jabatan di mana pemohon bekerja sekarang dan penemuduga. Ini adalah mengelakkan sebarang salah faham berlaku dan masalah yang berkaitan dengan moral pekerja.

Amalan Pengambilan Luaran

Proses ini ialah dimana dilakukan apabila organisasi merasakan mereka perlu mengambil Pekerja dari luar organisasi untuk memenuhi jawatan kosong. Kebanyakan organisasi menggunakan cara ini kerana merasakan organisasi perlu mendapatkan idea baru dan individu luar sama ada yang berpengalaman ataupun yang baru tamat belajar. Tambahan ia pula ianya akan membentuk budaya yang baru. Kaedah pengambilan luaran seperti dalam jadual 2.3 :

Jadual 2.3: Kaedah Pengambilan Luaran

KaedahKomen

PengiklananPaling banyak digunakan oleh organisasi kerana liputanya yang meluas. Pemilihan media pengiklanan sama ada majalah, radio atau televisyen boleh membantu untuk menjurus kepada kumpulan sasaran

Cadangan PekerjaSalah satu sumber yang tetap untuk mendapat pekerja baru. Calon telah mempunyai pengetahuan tentang organisasi dan rakan yang mencadangkanya.

Agensi Pekerjaan SwastaMempunyai hubungan yang luas, menapis dengan terperinci dan melibatkan kos yang agak tinggi. Kaedah yang digunakan terutamanya untuk jawatan peringkat atasan.

Institusi PendidikanSumber yang digunakan bagi mendapatkan tenaga kerja yang tidak berpengalaman bagi memenuhi kekososngan jawatan. Apabila pelajar tamat pengajian, maka mereka boleh terus bekerja dengan organisasi tersebut. Sumber ini biasanya digunakan oleh organisasi perkilangan khususnya untuk mencari operator pengeluaran dan juruteknik di sekolah, kolej teknik dan vokasional.

Pameran KerjaPameran pekerjaan melibatkan banyak organisasi yang memerlukan pekerja atau ingin memenuhkan inventori bank pekerja organisasi. Pada kebiasaanya, temuduga kerja akan dijalankan pada masa berlangsungnya pameran pekerjaan ini. Pameran ini merupakan cara yang kurang efektif kerana ada pekerja yang telah mempunyai pekerjaan tapi cuba mencari organisasi yang lebih sesuai

c) Pemilihan

Pemilihan adalah proses mengenalpasti individu yang paling layak untuk memenuhi sebarang kekosongan jawatan. Apabila perancangan sumber manusia mengenalpasti bahawa organisasiperlu melakukan pengambilan, maka pengurus memerlukan kaedah yang diperlukan untuk menyenarai pendekkan calon yang sesuai bagi memastikan calon yang layak diambil bekerja.

IKeputusan TepatIIIKesilapanPenerimaanIIKesilapan PenolakanIVKeputusanTepatMemuaskanTidak MemuaskanPRESTASI KERJA

Rajah 2.2: Kesilapan Dalam Proses Pemilihan

Melalui Rajah 2.2: Ia menunjukkan kesilapan yang berlaku semasa proses pemilihan dijalankan. Tahap I menunjukkan keputusan pemilihan yang tepat dimana pekerja menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan apabila diterima, manakala keputusan tahap IV adalah terbaik kerana pekerja dijangka menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan. Tahap II pilamenunjukkan kesilapan pemilihan yang berlaku kesan dan menolak calon yang sepatutnya bakal menunjukkan kerana prestasi kerja yang memuaskan. Manakala tahap III, berlaku kerana kesilapan menerima calon kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan. Kesilapan yang berlaku di dalam proses pemilihan ini adalah terlalu subjektif untuk ditentukan pada peringkat awal. Penilaian hanya dapat dilakukan apabila proses penilaian prestasi kerja dijalankan. Kesemua kesilapan ini akan dapat menimakan jika organisasi mempunyai kaedah/alat pemilihan yang terbaik dalam mengenalpasti calon yang benar-benar sesuai untuk memnuhi sebarang kekosongan jawatan.

d) Alat / Kaedah PemilihanPengurus boleh menggunakan pelbagai alat pemilihan untuk mengurangkan kesilapan penerimaan dan penolakan. Antara kaedah yang popular ialah melalui borang permohonan yang telah dilengkapkan ujian bertulis, temuduga,penyiasatan latarbelakang dan ujian fizikal/kesihatan.

i. Borang PermohonanBorang ini mengandungi butir-butir peribadi, latarbelakang akademik, pengalaman kerja dan Pencapaian yang diperolehi. Melalui borang permohonan tersebut, pengurus akan mengetahui tentang latarbelakang akademik, pengalaman kerja dan pencapaian yang diperolehi. Melalui borang permohonan tersebut, pengurus akan mengetahui tentang latarbelakang calon dan ada kalanya pengurus boleh menghubungi mereka yang menjadi rujukan calon tersebut untuk mengesahkan semua kenyataan yang dibuat dalam borang permohonan.

ii. Ujian BertulisUjian ini kebiasaanya meliputi ujian kebijaksanaan, sikap, kebolehan dan minat. Ujian ini dapat dapat menunjukkan keupayaan dan kemahiran calon menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sesebuah organisasi kebiasaanya menggunakan ujian bertulis yang amat berkaitan dengan tugas yang mereka jalankan. Ujian sikap digunakan untuk semua jawatan sama ada peringkat operator pengeluaran sehingga ke peringkat paling atas. Manakala ujian teknikal ( Mekanikal ataupun elektronik) digunakan terutamanya jawatan juruteknik dan jurutera.

iii. TemudugaTemuduga merupakan kaedah pemilihan yang paling kerap digunakan oleh sesebuah organisasi.Temuduga dijalankan secara berstruktur dan terperinci akan dapat menentukan calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara garis panduan yang boleh diikuti seperti yang dinyatakan dalam jadual 2.4.

Jadual 2.4: Garis panduan Temuduga

a) Struktur soalan yang tetap untuk semua calonb) Penemuduga perlu mempunyai maklumat yang lengkap tentang kerja yang ingin dipohon oleh calonc) Meminimakan pengetahuan lepas tentang latarbelakang, pengalaman, minat, skor ujian dan lain-lain ciri calon yang ditemudugad) Menyanyakan soalan yang dapat menunjukkan gelagat sebenar calone) Menggunakan borang penilian yang samaf) Mengambil nota ketika temudugag) Jangan mengadakan seisi temuduga yang terlampau singkat kerana ia boleh membawa kepada keputusan pemilihan yang tidak tepat.

iv. Pemeriksaan KesihatanPemeriksaan kesihatan memastikan digunakan untuk tujuan insuran. Organisasi perlu memastikan bahawa pekerja yang baru diambil bekerja tidak akan menghantar tuntutan insuran atas kecederaan atau kesihatan yang mereka alami sebelum diambil bekerja.

2.10. Penjadualan Dalam Pembuatan

Operasi jadual rancangan jangka pendek yang direka untuk melaksanakan jadual pengeluaran induk. Penjadualan operasi memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk menggunakan kapasiti yang sedia ada dengan mengambil kira kekangan pengeluaran teknikal. Selalunya, beberapa pekerjaan perlu diproses di satu atau lebih stesen kerja. Biasanya, pelbagai tugas boleh dilakukan pada setiap stesen kerja. Jika jadual tidak dirancang dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesesakan , menunggu garis mungkin berkembang

Operasi jadual apabila suatu arahan pekerjaan diterima bagi sebahagian, bahan-bahan mentah yang dikumpul dan kumpulan dipindahkan ke operasi pertama. Pada setiap stesen kerja seseorang mesti menentukan kerja untuk memproses kadar di mana kerja tiba di stesen kerja yang sering berbeza daripada kadar di mana stesen kerja yang boleh memproses , sekaligus mewujudkan satu barisan menunggu.

2.11. Penyediaan Jadual KerjaIa adalah penting untuk mempunyai jadual yang wajar di peringkat pengeluaran untuk menampung permintaan pasaran dan pelanggan serta untuk meningkatkan kecekapan proses. Ini adalah kerana, pada kawalan proses biasa, perkiraan pengeluaran, arahan dan kawalan kemajuan ke bengkel pengeluaran, cenderung untuk menjadi tumpuan di sebelah strategik kawalan pengeluaran.Walau bagaimanapun, dari pandangan kawalan pengeluaran ia adalah lebih berkesan untuk mempunyai jadual yang baik dengan perancangan pengeluaran strategik.

Tujuan pertama perancangan adalah untuk mengetahui apabila setiap bahagian projek boleh dijalankan dan apa masa keseluruhan untuk menyiapkan projek akan datang. Tujuan utama yang lain adalah untuk menentukan rujukan terhadap mana kemajuan sebenar boleh dibandingkan dalam usaha untuk mewujudkan

Jadual adalah untuk menentukan masa mula dan masa berakhir operasi dan urutan operasi untuk beban kerja pada setiap proses. Secara umumnya , jadual dikelaskan kepada 3 kategori. Ia adalah perancangan jangka panjang (perancangan pengeluaran berkala), perancangan jangka pertengahan (perancangan pengeluaran bulanan) dan perancangan pengeluaran jangka pendek (perancangan pengeluaran setiap hari).

Rajah 2.3: Perancangan Jadual Kerja

Kualiti Jadual akan memberi kesan kepada kelewatan penghantaran dan memanjangkan tempoh masa kerja; Ia juga akan mempunyai kesan yang besar pada nisbah prestasi jentera dan pengendali. Langkah pertama adalah untuk menganggarkan tempoh setiap aktiviti. Ini hanya boleh didapati sekiranya suatu andaian yang dibuat tentang sumber-sumber (manusia, mesin, wang) yang akan diadakan untuk aktiviti. Ia adalah terutamanya penting untuk melibatkan orang yang bertanggungjawab bagi setiap aktiviti dalam proses anggaran ini.

2.12 Kaedah Untuk Penjadualan

Turutan kaedah adalah untuk mencari pekerjaan yang terkumpul dalam tempoh yang tertentu. Kaedah-kaedah keutamaan digunakan untuk memilih apakah kerja seterusnya perlu dilakukan dari dalam pemprosesan kerja menunggu Mesin untuk mesin apabila proses adalah percuma; Kaedah ini amat berguna untuk memulakan kerja proses yang dipanggil kaedah menghantar. Keutamaan kaedah yang digunakan terdiri daripada kaedah terdahulu, turutan penghantaran, masa operasi minimum dan turutan penghantaran minimum.

Jadual 2.4: Kaedah-kaedah Keutamaan Penjadualan

Sebaliknya, apabila satu kerja dibahagikan ke dalam beberapa pekerjaan dan apabila hubungan terdahulu antara setiap kerja menjadi rumit, pertama rancangan pengeluaran harus ditetapkan untuk keseluruhan pesanan yang diterima oleh itu kaedah kawalan keseluruhan pada kemajuan boleh diambil. Kaedah ini perancangan dipanggil rangkaian penjadualan dan ia boleh digunakan untuk kaedah PERT.

2.13. Kaedah PertCiri-ciri utama kaedah penilaian projek dan kajian teknik (PERT) adalah terdahulu berhubung kerja dan tombol kedua-dua anak panah yang mewakili operasi dan pengendalian akan ditunjukkan dalam rangkaian kerana keseluruhan projek sedang berjalan, ia dapat mencari permulaan dan masa tamat operasi. Rangkaian kerja (laluan kritikal) yang mempunyai kesan langsung terhadap penyiapan keseluruhan projek akan dicari. Kawalan diletakkan terutamanya mengenai kemajuan kerja yang terdapat pada laluan kritikal. Ia adalah cara yang berkesan bagi kawalan kemajuan.

PERT boleh digunakan untuk mengambil kira ketidaktentuan keseluruhan dalam tempoh projek. Ini melibatkan membuat anggaran tempoh maksimum, minimum dan yang paling berkemungkinan bagi semua aktiviti-aktiviti dan untuk setiap aktiviti dikira

(maksimum masa) + (4 x kali paling mungkin) + (minimum masa)6

Angka ini yang kemudian digunakan angka-angka tempoh aktiviti biasa untuk mencari tempoh keseluruhan yang dijangka. Sisihan piawai bagi tempoh setiap aktiviti dianggarkan seperenam perbezaan antara angka-angka maksimum dan minimum. Variasi standard ini kemudian boleh digunakan untuk menjana sisihan piawai masa keseluruhan projek.

2.14. Prosedur Perancangan

Prosedur perancangan adalah berdasarkan bahagian-bahagian yang berkembang dan untuk menentukan proses, kaedah pemprosesan, bahan-bahan yang diperlukan dan kemudahan jentera diperlukan dan prosedur proses.Terdapat dua objektif utama dalam prosedur perancangan. Pertama adalah untuk menentukan prosedur proses dan kaedah operasi ekonomi. Kedua adalah untuk menentukan bahagian-bahagian dan bahan-bahan yang akan memenuhi spesifikasi rekabentuk, kualiti dan kos faktor bagi memastikan ianya pada tahap yang ekonomik.

Jadual 2.5: Prosedur Jadual Mengikut Bahagian

2.15. Jadual Standard

Jadual Standard adalah untuk menggambarkan masa operasi standard yang diperlukan pesanan secara keseluruhan. Faktor-faktor seperti pembaziran masa yang ditanggung semasa pengangkutan di antara proses akan dimasukkan kedalam pelan ini. Ia adalah berdasarkan prosedur perancangan.ProsedurJadual standard adalah seperti berikut:1. Menyusun masa yang diperlukan bagi setiap proses perintah itu di bawah satu jadual.

2. Pastikan masa yang diperlukan operasi sejajar dengan prosedur proses yang diberikan oleh prosedur perancangan.

3. Untuk mengelakkan sebarang pengulangan proses kerja pada setiap proses, ia adalah perlu untuk mengalihkan operasi di titik permulaan.4. Di dalam jadual-jadual standard, menunjukkan '0' sebagai masa yang menamatkan operasi.

LATIHAN:

1. Kenapakah kita harus mengetahui langkah langkah yang betul dalam membuat perancangan kerja?

Berikan contoh-contoh perancangan kerja yang biasanya dilaksanakan dalam perancangan operasi?

Bagaimanakah perancangan kerja yang baik dapat membantu dalam pengurangan kos operasi?

Berikan peringkat pemilihan pekerja.

Berikan langkah langkah perancangan sumber manusia.

RUJUKAN:

1. KS Yong, KK Lau, PL Kwai Ot Poon, CL Lee : March 1991, Supervisory Management.

2. Lee J. Krajewski dan Larry P. Ritzman, Addison-Wesley, 1998. Operations Management - Strategy And Analysis

3. Aquilano,Jacobs,1998 ,Production And Operation Management- Manufacturing and Services, 8 edition.

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)IMKVSB 2015 JTM/ ILPMUKASURAT 1