KPK & KSPK

Embed Size (px)

Citation preview

Disediakan oleh: Suraya Binti Nawi Siti Nurafieqah Binti Zurkfli Syahirah Binti Zainal Abidin Norhasanah Binti Mohamad Yussop

Terdapat 6 komponen yang ditekankan: Komponen Bahasa dan Komunikasi Komponen Perkembangan Kognitif Komponen Kerohanian dan Moral Komponen Perkembangan Sosioemosi Komponen Perkembangan Fizikal Komponen Kreativiti dan Estetika

Komponen Bahasa dan Komunikasi Menekankan kemahiran asas berbahasa: Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur Kemahiran membaca Kemahiran menulis

Komponen Perkembangan Kognitif Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains. Berfikir secara logik-matematik melalui manipulasi objek secara konkrit. Memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Komponen Kerohanian dan Moral Memupuk nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Komponen Perkembangan Sosioemosi Membina kemahiran emosi untuk memahami diri dan orang lain. Mengamalkan tingkah laku yang baik. Mempunyai konsep kendiri yang positif. Membina kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.

Komponen Perkembangan Fizikal Menyatakan kepentingan kesihatan diri. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. Membina minda yang sihat dan cerdas.

Komponen Kreativiti dan Estetika Menikmati keindahan alam melalui persembahan kreatif. Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula secara kreatif. Melahirkan peasaan secara kreatif. Menghargai warisan budaya.

Terdapat 6 tunjang yang diutamakan: Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Komunikasi Terdapat 2 fokus utama: Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam: Memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Pendidikan Moral: Memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah.

Tunjang Ketrampilan Diri Memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan fizikal dan estetika: Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Perkembangan kreativiti: Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.

Tunjang Sains dan Teknologi Merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Awal Sains: Menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah.

Awal Matematik: Membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah seperti konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.

Selain itu, tunjang sains dan teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu tetapi penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Tunjang Kemanusiaan Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.

KPKKurang penekanan dalam mempelajari Seni Bahasa. Komponen Perkembangan Fizikal diasingkan daripada Komponen Kreativiti dan Estetika. Memberi penekanan kepada kemahiran kognitif seperti pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Tiada penekanan pembelajaran dengan ICT. Tiada komponen khas tentang pembelajaran asas komunikasi sesama masyarakat dan perpaduan antara kaum.

KSPKPenekanan untuk mempelajari Seni Bahasa melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menggabungkan ketigatiga aspek fizikal, kreativiti dan estetika. Lebih memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar dan memberikan pengalaman awal Matematik. Pendedahan kepada pembelajaran menggunakan ICT. Terdapat tunjang kemanusiaan yang menekankan aspek-aspek komunikasi sosial dan asas perpaduan antara kaum.

KESIMPULAN Komponen-komponen yang terdapat di dalam KPK telah disemak semula dan dikemaskini. Tunjang-tunjang yang terdapat di dalam KSPK merupakan hasil penambahbaikan daripda pengemaskinian KPK.